Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini. Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan lebih kurang 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Selain menulis buku, beliau juga aktif mengadakan seminar, membuat kertaskerja-kertaskerja dan menulis berbagai rencana dan artikel. Beliau juga sangat aktif bersama ulamak-ulamak yang lain di dalam menentang aliran Salafiyah Wahabiyah.
Thursday, April 19, 2007
Mengenang perginya seorang tokoh..
Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini. Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan lebih kurang 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Selain menulis buku, beliau juga aktif mengadakan seminar, membuat kertaskerja-kertaskerja dan menulis berbagai rencana dan artikel. Beliau juga sangat aktif bersama ulamak-ulamak yang lain di dalam menentang aliran Salafiyah Wahabiyah.
Mengenali Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
Diantaranya guru-gurunya di Makkah termasuklah ulama’-ulama’ ternama seperti Sheikh Ismail Utsman Zain Al-Yamani, Sheikh Mohammad Yasin Al-Fadani serta Sheikh Hassan Mashshath. Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya ke Mesir di Universiti al-Azhar, Kaherah dalam jurusan Syariah hingga mendapat gelaran Sarjana Muda.
Antara keistimewaan Sheikh Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah.Sebagai contoh, hadits-hadits yang dipelajari beliau sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah SAW. Kitab-kitab ulama’ muktabar yang dipelajari beliau sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab-kitab tersebut ini seperti Imam As-Shafie, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulinan dan keberkatan ilmu Sheikh Nuruddin.
Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Semenjak mula mengarang kitab ‘Permasalahan Haid, Nifas & Istihadhah’ pada tahun 1991, beliau telah mengarang, mentahqiq serta mensyarahkan tidak kurang dari 50 buah kitab. Beberapa kitab beliau kini telah digunakan sebagai sumber rujukan dibeberapa buah pusat pengajian tinggi termasuk kitab beliau dalam jurusan Qawa’id Fiqhiyyah yang kini digunakan sebagai salah satu dari teks rujukan di Kuliyyah Syari’ah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dari tahun 1998 – 2001, beliau telah mencurahkan tenaga dan masa untuk membimbing para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Madrasah Tarbiah Islamiah, Derang, Kedah, dan pada pertengahan tahun 2004 beliau telah mengasaskan Ma’had Az-Zein Al- Makki Al-Ali Littafaqquh Fiddien di Bogor, Jawa Barat Indonesia dan kini beliau merupakan Sheikhul Ma’had pesantren tersebut. Para pelajar di Ma’had Az-Zein adalah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih dari beberapa buah pesantren di seluruh Indonesia khususnya dari daerah Banjar Masin yang terkenal dengan kelahiran ramai tokoh ulama’ yang ternama.
Kini hasil dari usaha dan bimbingan Sheikh Nuruddin, 5 buah kitab telah berjaya diterjemahkan dan diterbitkan sepenuhnya oleh para pelajar dari Ma’had Az-Zein.Kini beliau giat berulang-alik ke Banjar Masin setiap bulan dalam siri pengajian dan diskusi tetap beliau, disamping sessi pengajian yang sama di Malaysia serta Mesir.
Beberapa pandangan & jawaban yg baik drpd Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
Amalan Warisan...
Jawaban Tuan Guru Syeikh Nuruddin terhadap soalan drpd "org yg terpedaya dgn fahaman Salafiyah Wahabiyah" berhubung soal warisan..
Zikir berjamaah, Zikir selepas solat, Zikir nyaring...
Tahlil & Kenduri Arwah..
Bid'ah itu bukan hukum!
Kenapa digunakan Istilah Bid'ah Hasanah?
Tujuan saya menyiarkan sedutan klip video di atas adalah sebagai satu usaha dalam membendung penyebar fahaman Salafiyah Wahabiyah yang sangat gemar dalam menghukum sesuatu itu Bid'ah tanpa mengambil kira dari sudut hukum feqh, usul feqh dan lain-lain..
Tambahan pula tanggungjawab dan amanah saya sebagai umat islam dan Ketua Lajnah Tarbiyyah DPPK Pulai, menuntut agar saya memastikan ahli-ahli kita tidak terpedaya dgn fahaman Salafiyah Wahabiyah... Fahaman yg tidak menerima Ijmak & Qias sebagai sumber hukum!
Ingatlah,, tercatit di dalam perlembagaan PAS bahawa sumber hukum Parti Islam Semalaysia adalah Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak & Qias yang nyata...
Semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada saya dalam usaha memberikan kefahaman terhadap masyarakat setempat, dan di dalam menghadapi segala fitnah dan mehnah yang dijaja oleh "mereka-mereka" yg muflis hujjah..
Tuesday, April 17, 2007
Tazkirah Sempena Rabi'ul Awal
Seringkali apabila menjelang Rabi'ul Awal, maka dikisahkanlah akan kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan kemuliaannya.. Jarang-jarang kita bertemu akan kisah mengenai kewafatannya.
Jesteru itu, maka saya cuba paparkan di sini 2 perkara, iaitu:
1. Perkara yg melibatkan NUR MUHAMMAD SAW dan
2. Perkara yg melibatkan SAAT-SAAT KEWAFATANNYA SAW.
Saya memilih ucapan drpd Tuan Guru Syeikh Habib Ali al-Jufri kerana kemantapan hujah dalam meriwayatkan Seerah Rasulullah saw. Disamping beliau menjawab beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh golongan Salafiyyah Wahabiyyah.
Apa yg dipaparkan untuk tatapan penonton adalah sebahagian sahaja drpd sedutan ceramah sambutan maulidur Rasul saw yg disampaikan oleh Tuan Guru Syeikh Habib Ali al-Jufri (ulama dari Yaman).
Saya berharap agar kita semua dapat menghayati sedutan ceramah tersebut dengan hati yg tulus ikhlas dan benar-benar kasih terhadap Junjungan kita Sayyidina Muhammad SAW..
Hayatilah..
Semoga dengan sedikit sedutan ceramah tersebut dapat menambahkan lagi rasa kecintaan kita terhadap Rasulullah saw...
Dan saya berharap, kita semua diberi kekuatan oleh Allah swt dalam menghadapi fitnah-fitnah serta fahaman yang cuba disebarluaskan oleh golongan Salafiyyah Wahabiyyah yang mengajak kita mengasihi Rasulullah saw secara zahir semata-mata!..
Surat terbuka dari Pengerusi Laj. Tarbiyyah & Kepimpinan DPP Pusat
Saya terlebih dahulu mengucapkan selamat bermuktamar atau mesyuarat agong kepada semua ahli PAS di seluruh Negara yang kini sedang menghadapi musim muktamar di peringkat cawangan , kawasan dan dewan – dewan sebelum berlangsungnya muktamar penuh pada akhir bulan Mei kelak .
Semoga muktamar atau mesyuarat agong pada sessi ini berlangsung dalam suasana yang memberangsangkan ke arah membina reputasi parti yang hebat . Penuh dengan analisis dan post mortem yang jujur dan telus serta lontaran idea yang bernas dari perwakilan .
Apa yang lebih penting muktamar atau mesyuarat agong kali ini adalah peluang buat ahli memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti diperingkat masing – masing.
Persediaan Muktamar .
Muktamar merupakan medan buat pemimpin dan anggota parti menilai pencapaian semalam guna merangka strategi di hari esok . Kita diajar oleh Allah swt. sebagai seorang pejuang yang muttaqin pada hari ini agar senantiasa menghubungkan pencapaian semalam dengan langkahan yang akan dimulakan esok.
Firman Allah swt .
يا ايها الذين آمنوا اتقوا الله و لتنظر نفس ما قدمت لغد و اتقوا الله إن الله خبير بما تعملون
Justeru itu , sangat tidak wajar muktamar dibiarkan berlangsung suram dan hambar tanpa perbahasan yang mantap dan bernas hasil lontaran idea yang kritis dan dinamis .
Persediaan muktamar jangan hanya dilihat kepada penyediaan dokumen muktamar seperti minit , bag , name tag dan sebagainya tetapi mesti lebih ditumpukan kepada penyediaan idea yang mengandungi agenda dan objektif , menepati misi dan visi perjuangan kita untuk dilontarkan kepada parti di dalam sidang muktamar.
Saya secara kebetulan sering juga dijemput merasmikan mesyuarat agong PAS cawangan – cawangan malah juga PAS kawasan – kawasan demikian juga dewan – dewan .
Apa yang saya lihat , masih banyak cawangan , kawasan dan dewan yang gagal menepati erti mesyuarat agong atau muktamar yang sebenar . Mereka hanya sekadar membentang dan mengesahkan minit kemudian tergesa – gesa untuk pulang .
Mesyuarat agong itu berlangsung hampir sama dengan mesyuarat bulanan mereka , kecuali yang membezakan antara keduanya hanya pada majlis perasmian di mana mesyuarat agong ada perasmi yang diundang dari saf kepimpinan parti dan pemilihan saf kepimpinan yang baru pasa sessi mesyuarat agong yang ada pemilihan.
Fenomena ini tidak harus dibiarkan kekal tanpa penarafan semula terhadap standard muktamar atau mesyuarat agong tersebut. Sementelah pula kita berada di era globalisasi yang menyajikan pelbagai cabaran dan tentangan.
Mahu atau tidak , muktamar mesti hidup dengan menjana tenaga dan menggarap idea anggota parti agar menghasilkan satu gerakan yang hebat dan berkeupayaan tinggi mendepani segala cabaran dan menyerap segala tekanan.
Muhasabah dan analisa .
Muktamar jua ibarat makmal untuk melakukan bedah siasat terhadap aktiviti dan perjalanan parti secara telus dan jujur . Tidak menyembunyikan fakta apatah lagi menyelewengkannya.
Pemimpin dan anggota pula mesti berdada lapang dan bersikap mendengar pandangan dan cadangan serta teguran dan kritikan membina dari dua hala lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya.
Firman Allah swt.
الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة أولئك الذين هداهم الله و أولئك هم أولوا الألباب
Perwakilan sayugianya jua mempunyai daya menganalisa yang baik terhadap perjalanan parti dan dibahas pula secara matang dan positif .
Amat malang perwakilan yang menghadhiri muktamar tanpa sebarang analisa terhadap perjalanan parti serta tidak pula mengetahui apa yang patut dibahas dan dibincang. Pendek kata , mereka hadhir dengan kepala kosong sekadar memenuhi kouta perwakilan .
Hasilnya , cawangan dan kawasan akan terus statik tanpa sebarang anjakan paradigma yang menepati zuruf dan perkembangan pemikiran masyarakat dewasa kini , malah cawangan dan kawasan tersebut dilihat ketinggalan bahkan usang berbanding zaman yang sedang mereka harungi .
Muktamar bukan Pasar Borong .
Saya ingin tegaskan di sini , bersesuaian pula dengan muktamar kali ini adalah sessi pemilihan saf kepimpinan , agar perwakilan masak dan matang dalam mengambil sikap memilih pemimpin .
Hindarkan pemilihan secara rambang tanpa menilai kemampuan dan kelayakan individu yang dipilih dan terlebih patut dihindari sebarang bentuk lobi – melobi yang negatif .
Neraca pertimbangan para perwakilan dalam memilih pemimpin mestilah sensitif dan peka terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah jua mengambil kira kredebiliti pemimpin yang dipilih .
Firman Allah swt.
إن خير من استئجرت القوي الأمين
"Sesungguhnya , sebaik – baik orang yang engkau berikan tugas adalah orang berkemampuan dan amanah ." Surah al Qasas . Ayat : 26
Memilih secara borong dan tangkap muat adalah trend yang mesti dielakkan dari terus mewarnai sikap kita memilih pemimpin di pelbagai peringkat parti.
Parti mestilah dibentuk dengan segala kemantapan dan kehebatan yang melibatkan struktur organisasi , karisma kepimpinan , kualiti anggota dan nilai aktiviti .
Perbaiki kelemahan Pasakkan Kehebatan .
Saban tahun , kita berhimpun dalam pertemuan tahunan yang disebut sebagai mesyuarat agong atau muktamar untuk mengesan kelemahan dan membina kekuatan .
Kelemahan tidak dikesan untuk kita saling salah menyalah dan tuding menuding antara satu sama lain , tetapi ianya dikesan untuk diatasi dan diperbaiki serta diinsafi agar kelemahan dan kepincangan bukan sahaja tidak dibiarkan tetapi dipastikan agar ianya tidak berulang lagi.
Semua pihak dikalangan kita bertanggungjawab menginsafi perkara ini. Jadikan kelemahan sebagai peluang memperkasa parti dan cermin menilai diri bukan orang lain .
Sebab itulah , saya harap kita tidak memusuhi kelemahan sebaliknya tangani kelemahan tersebut dengan tenang dan berhemah .
Kelemahan tidak menjadikan kita panik dan tergugat apalagi kecewa , sebaliknya tanggapilah ia sebagai peluang kedua untuk kita bangkit menaikkan taraf prestasi kita dalam perjuangan suci ini .
Kelemahan bukan dihukum tetapi dibaiki sementara kehebatan pula bukan dinanti tetapi dicari .
" Kabinet " Pilihanraya
Seperkara yang saya ingin ingatkan di sini , bahawa mesyuarat agong atau muktamar kali ini adalah bagi membentuk kabinet yang bakal menghadapi pilihanraya umum ke 12 .
Nota ini tidak boleh dipandang ringan melainkan skima pemilihan mestilah benar – benar kepada mereka yang layak dan sesuai dengan cabaran sessi yang dihadapi dan mereka pula mampu menjadi pelapis kepimpinan masa depan yang pastinya menjanjikan cabaran yang lebih sengit dan getir.
Lantaran itu , pencalonan dan pemilihan mesti melalui proses pengamatan dan penelitian yang serius . Dalam erti kata lain , kepentingan perjuangan dan parti sebagai platformnya mestilah dijadikan asas rujukan ketika meletak nilai kepada individu yang bakal dipilih sebagai pemimpin .
Rasa simpati , kecenderungan " kroni " , hebat berceramah , pengaruh peribadi dan sebagainya tidak wajar dijadikan sistem nilai dalam memilih pemimpin.
فإذا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قال كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قال إذا وُسِّدَ الْأَمْرُ إلى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
Kewajipan kita memilih pemimpin yang layak dan mampu bekerja atau berjuang dengan " tangan " bukan hanya bekerja dan berjuang dengan " mulut " .
Kewajipan kita memilih pemimpin yang membawa ideologi perjuangan Islam tulen , bukan mereka yang membawa agenda peribadi , apalagi membawa ideologi yang asing daripada perjuangan Islam .
Kewajipan kita memilih pemimpin yang jelas aqidah ahli sunnah wal jamaah , bukan mereka yang menganut fahaman sekular , syiah atau apa jua fahaman yang menyeleweng dari ahli sunnah wal jamaah .
Kewajipan kita memilih pemimpin yang muttaqin dan faham objektif serta matlamat perjuangan suci ini. Bukan hanya dilihat melalui karisma politiknya tetapi juga wibawanya sebagai seorang mujahid yang berjuang untuk menegakkan Islam secara syumul.
Kewajipan kita memilih pemimpin yang mengambil skima pentarbiyyah parti sebagai sebuah gerakan Islam dan memiliki syaksiyyah qiadiyyah yang soleh .
Kewajipan kita memilih pemimpin yang mempunyai semangat waja dan tenaga gigih untuk berjuang mendepani cabaran luaran mahupun dalaman sehingga Islam dapat dijulang dengan jayanya.
Surat terbuka ini .....
Akhirnya saya tujukan surat terbuka ini buat semua pemimpin dan anggota parti dipelbagai peringkat sebagai peringatan termasuk diri saya yang amat dhaif ini. Semoga muktamar kita melahirkan satu lonjakan dan rangsangan berjuang yang kian hebat dari semalam .
Mencetus gelombang kebangkitan dalaman parti , mengejutkan yang alpa dan membangunkan yang masih lena untuk segera meluru mengambil posisi masing – masing dalam menunai amanah besar perjuangan mulia ini .
Salam perjuangan dari saya
Sunday, April 8, 2007
Memahami Tarbiyyah (10)...
Menangani sebuah Krisis KefahamanTerhadap Perjuangan ini.
Krisis Kefahaman.
Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit yang parah mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya.
Seringkali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang yang salah dan tersasar dari matlamat yang murni.
Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula.
Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat di atasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redho daripada Allah swt.
Saidina Omar al Khattab pernah menegaskan :
تفقهوا قبل أن تسودوا
"Fahamilah oleh mu ( akan perkara agama dan urusan kepimpinan/perjuangan ) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin ."
من يرد الله به خيرا يفقه في الدين
"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya Ia diberi faham tentang agama ." Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Pertama : Memahami Ghayah .
Ghayah adalah matlamat akhir yang ingin kita capai dalam perjuangan ini. Justeru itu , ghayah atau matlamat akhir kita Allah Jalla wa A’la . Segala yang kita lakukan dalam perjuangan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah azza wa jalla kerana kelak menjadikan kita menyeleweng dari petunjuk Ilahi.
و أن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه و لا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله
“ dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus , maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikut jalan – jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah swt.” . Surah al Ana'am : 153
Apabila kita benar – benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah swt. , maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam yang kita perjuangkan dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah swt.
Allah swt. sebagai matlamat akhir perjuangan ini meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standard tawajjuh kepada Allah swt.
Saat itu , tidak akan berlaku lagi pergelutan dingin merebut jawatan kerana hubbur riyaasah atau gila jawatan atau berasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri dari medan perjuangan yang serba mencabar ini .
Sebaliknya bangga dan puas dengan apa yang dilakukan untuk Islam ini , sekalipun hanya sebagai penampal poster dan pengedar handbill justeru matlamat akhirnya ialah Allah swt. yang pasti memberikan ganjaran bernilai terhadap usaha untuk menegakkan agamanya.
Saya harap semua pemimpin dan anggota jamaah kembali menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat sedikit sebanyak makin diabaikan :
الله غايتنا
Allah Matlamat kita
الرسول قدوتنا
Ar Rasul Ikutan Kita
القرآن دستورنا
Al Quran Perlembagaan Kita
الجهاد سبيلنا
Al Jihad Jalan Perjuangan Kita
الموت في سبيل الله أسمى أماننا.
Mati Syahid di atas Jalan Allah setinggi – tinggi cita – cita Kita .
Kedua : Memahami Hadaf .
Hadaf ialah matlamat semasa atau objektif yang ingin dicapai bersama perjuangan ini. Gagal memahami hadaf atau objektif memungkinkan kita berjuang tanpa sebarang pencapaian atau paling tidak menjadikan kita sukar dan semakin jauh dari destinasi.
Sebagai contoh , antara hadaf yang ingin kita capai ialah tertegaknya daulah islamiyyah di atas tanahair kita.
Mereka yang memahami hadaf atau objektif perjuangan ini akan memastikan dirinya berjuang gigih tanpa lengah dan membazirkan waktu dengan perkara yang tidak mendatang faedah buat diri dan perjuangannya.
Apa yang lebih penting untuk tahqiqul hadaf , kita terlebih dahulu diwajibkan menghayati objektif yang ingin dicapai . Sebagai contoh tadi , Daulah Islamiyyah menjadi salah satu hadaf kita yang ingin dicapai , maka kita dituntut supaya memahami dan menghayati terlebih dahulu nilai dan ruh Daulah Islamiyyah di dalam jiwa dan kehidupan kita.
Al Imam Hasan Hudhaibi pernah menyebut :
أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم
"Tegakkan Negara Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu"
Malang , andainya kita meletakkan Daulah Islamiyyah sebagai objektif perjuangan ini sedang kita bukan sahaja tidak memahami prinsip dan ciri – ciri daulah islamiyyah bahkan tidak menunjukkan syakhsiyyah sebagai seorang pejuang yang berjuang untuk menegakkan syariat Islamiyyah .
Manakan tidak , semangat berkobar – kobar untuk menegakkan Negara Islam tetapi ibadat kita “hancur” , tawakkal kita lemah dan fikrah kita hambar . Tentu sahaja semangat tidak memadai untuk mencapai objektif yang telah kita gariskan .
Begitulah apabila kita turut meletakkan Dakwah Islamiyyah antara objektif kita. Kita mestilah terlebih dahulu menghayati criteria ad daaei atau pendakwah yang berkesan. Bahkan kita sewajibnya menguasai methodology dakwah yang efektif berasaskan maudhu’ dakwah yang tepat dan bersesuaian dengan tahap madu’u .
Bertindak melulu dalam usaha dakwah tanpa memahami dan menghayatinya inilah yang melahirkan pelbagai polemic dan kontraversi . Ada yang menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapan atau ceramah , akhirnya menjauhkan madu’u dari perjuangan kita .
Demikian juga sebuah penampilan yang tidak sesuai dengan masyarakat atau audien sehingga menimbulkan rasa jengkel di hati madu’u .
Firman Allah swt :
فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غبيظ القلب لانفضوا من حولك
"Maka dengan rahmat Allah , engkau ( Muhammad saw ) berlaku lemah lembut terhadap mereka . Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar , tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu ." Surah Aali Imran : 159
Sebagai pemimpin biarpun di mana jua peringkat kepimpinan kita dan sebagai anggota sekalipun kita hanya ahli biasa , berilah perhatian terhadap persoalan ini. Fahami objektif atau hadaf ini sedalam – dalamnya .
Kita bukan berdakwah dan berceramah untuk mencari publisiti , apalagi laba duniawi . Kita berdakwah untuk membawa mesej perjuangan kita kepada masyarakat agar mereka menerima Islam.
Bertolak dari keinsafan ini , sampaikan Islam dengan penuh penghayatan terhadap kandungan Islam itu sendiri dan jiwailah ia dalam penyampaian kita agar dakwah kita menembusi jiwa madu’u.
Firman Allah swt :
ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هى احسن .
"Berdakwahlah mengajak manusia kembali kepada tuhanmu dengan hikmah , nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik." Surah an Nahl : 125
Ketiga : Memahami Manhaj .
Al Quran dan Sunnah mendasari manhaj perjuangan kita . Kita bergerak dan membentuk polisi perjuangan berasaskan wahyu dan sunnah bukan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah .
Firman Allah swt :
ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع اهواء الذين لا يعلمون .
"Kemudian kami telah meletakkan engkau di atas syariat ( peraturan agama ) , maka ikutlah peraturannya dan janganlah engkau mengikut nafsu mereka yang tidak mengerti." Surah al Jaathiyah : 18
Secara organisasinya , jamaah kita berperlembagaan dan dipimpin melalui konsep syura. Kita telah menggariskan polisi dan manhaj perjuangan ini serta menurunkannya kepada setiap peringkat jamaah .
Ianya mesti difahami dan dihayati . Pengamatan saya mendapati masih ramai yang kabur mengenainya biarpun mereka telah lama menyertai jamaah . Fenomena ini berlaku kerana mereka menyertai jamaah tanpa memahami dan mendalami manhaj perjuangan.
Sebagai contoh , Jamaah kita mengambil pendekatan Muwaajahah bissilmi sebagai polisi perjuangan kita di Malaysia . Pendekatan ini merumuskan satu jawapan yang akhirnya membawa penyertaan kita dalam persada politik tanahair sekaligus menyertai pilihanraya.
Pihak yang tidak memahami manhaj kita sering menuduh bahawa kita salah dan bercanggah dengan syara’ kerana menyertai pilihanraya dan demokrasi . malangnya ada dikalangan ahli jamaah terpedaya dengan tuduhan tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak memahami manhaj perjuangan sendiri .
Ada pemimpin yang turut keliru terhadap manhaj perjuangan mereka sendiri. Ini suatu yang sangat malang , namun ianya satu reality .
Realiti ini berlaku kerana sebahagian mereka tidak menyertai usrah atau liqa’ fikri anjuran jamaah sebagai medan untuk memahami dasar dan manhaj perjuangan. Saya sifatkan mereka yang menyertai jamaah tetapi tidak menyertai usrah sama seperti mereka masuk sekolah tetapi tidak masuk kelasnya.
Biarpun sekolah itu adalah sekolah yang ternama dan tersohor dengan kegemilangannya, tetapi keengganan memasuki kelas hanyak mengekalkan kebodohan dan kejahilan mereka. Tiada apa yang dapat mereka pelajari tanpa memasuki kelas.
Ketidakfahaman terhadap manhaj perjuangan inilah menyaksikan pelbagai aliran yang bercanggah cuba disogok kepada ahli jamaah .
Ada yang cenderung membawa aliran syiah semata – mata kerana tersilau dengan kehebatan Iran , sedang Iran bukan hebat kerana mereka syiah dan kita lemah bukan kerana kita ahli sunnah wal jamaah.
Mereka menjadi kuat kerana kesediaan pemimpin dan rakyat mereka menolak ideology barat dan menggerakkan kebangkitan rakyat mereka di atas nama jihad untuk menentang kuasa besar dunia yang digelar mereka sebagai syaithanul akbar.
Sementara masyarakat kita yang mendakwa diri mereka sebagai ahli sunnah wal jamaah tetapi menganut faham dan ideology barat serta mengikis semangat jihad daripada diri mereka. Ini menjadikan diri mereka lemah dibawah pengaruh barat .
Lantaran itu , membawa masuk fahaman atau aliran syiah ke dalam jamaah ini untuk menjadikannya kuat adalah suatu langkah yang salah dan tidak membawa sebarang faedah . Sebaliknya apa yang penting ialah menyalakan semangat jihad dikalangan ummah dan mendidik mereka agar menolak fahaman dan ideology asing dari terus menguasai minda dan jiwa ummah.
Begitu juga ada pihak yang cuba menyeludup aliran liberal memasuki jamaah untuk mengelirukan ahli dan terdapat juga yang anti ulama’ dengan tanggapan serong bahawa ulama’ tidak pandai dan mampu memimpin serta jahil berorganisasi.
Semuanya adalah terhasil daripada kekeliruan terhadap manhaj perjuangan sendiri .
Keempat : Memahami Bia’h . ( reality )
Kebenaran Islam mestilah disampaikan melalui kaedah dan cara yang benar , pula penampilan dan method yang tepat dan sesuai .
Perkara ini memerlukan kita memahami bia’h atau reality yang dihadapi dengan ijtihad yang tepat supaya Islam dapat sampaikan dengan baik kesetiap hati sanubari masyarakat , sementara dalam masa yang sama kita mestilah memelihara prinsip Islam.
Kita mestilah terbuka tetapi jangan hanyut dalam arus massa sebagaimana kita mestilah berprinsip tetapi jangan jumud dalam berfikir dan bertindak.
Tidak memahami bia’h menyebabkan kita bertindak salah dengan meletakkan suatu yang benar pada tempat yang salah dan masa yang salah pula.
Kajian terhadap tahap keupayaan minda masyarakat dan tuntutan ummah terhadap kehadhiran perjuangan kita serta keperluan jamaah dalam mendepani cabaran masa kini menjadi syarat dan bukti kita memahami bia’h.
Kita tidak boleh syok sendiri dan mementingkan diri serta mencari kepuasan sendiri tanpa memikirkan apakah pendekatan kita sesuai dengan zaman dan method kita diterima masyarakat umum ?
Kelima : Memahami Isti’dad . ( persediaan )
Allah berfirman :
و اعدوا لهم ما استطعتم من قوة و من رباط الخيل ترهبون به عدو الله و عدوكم
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu ." Surah al Anfaal : 60
Kita tidak boleh berjuang semborono tanpa persiapan . Sungguhpun perjuangan ini membawa Islam sebagai dasar perjuangannya , kita tidak diajar menyerah kepada taqdir tanpa usaha gigih untuk membawa Islam kembali ke orbitnya yang mengatasi segala ideology yang dicipta oleh manusia.
Persediaan dan persiapan yang akan dilakukan mestilah pula mengambil kira kekuatan yang ada pada musuh dengan tidak lupa untuk menangani kelemahan yang ada pada kita .
Saidina Omar al Khattab menyatakan :
إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية
"Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher ummat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui sepak terajang jahiliyyah.( musuh )"
Persiapan kita mesti mantap terhadap 2 faktor kemenangan .
Faktor pertama ialah Faktor Penentu iaitu Allah Qadhi Rabbul jalil.
Hubungan kita dengan Allah mestilah akrab guna meraih taufiq dan nusrah buat perjuangan yang kita dokong ini justeru ia lah Tuhan yang akan menentukan kemenangan dan kejayaan kita .
Jangan putuskan hubungan antara kita dengan Allah swt. malah jangan biarkan hubungan kita dengan Allah berlangsung dalam keadaan hambar .
يا ايها المزمل قم اليل إلا قليل نصفه او انقص منه قليلااو زد عليه و رتل القرآن ترتيلا إنا سنلقى عليك قولا ثقيلا
"Wahai orang yang sedang berselimut ! bangunlah pada malam hari kecuali sedikit iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al quran dengan tartil , Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu." Surah al Muzammil : 1 - 5
Faktor kedua ialah Faktor Membantu .
Kita tidak boleh memandang sebelah mata terhadap factor - factor ini sekalipun ia hanyalah factor yang membantu . Faktor ini tergolong dalam ikhtiar yang diwajibkan oleh syara’ kepada kita .
Sunday, April 1, 2007
MERUNGKAI MASALAH KHILAFIYAH DAN BID'AH
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
والله أعلم بالصواب