Saturday, August 30, 2008

Perutusan Presiden PAS sempena Kemerdekaan ke-51

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.

Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.

Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.

Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.

Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.

Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.

PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.

Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.

Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا . يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Friday, August 29, 2008

Selamat Memerdekakan Malaysia!




PAS : DAKWAH DAN SIASAH

PAS : DAKWAH DAN SIASAH
Melebarkan Sokongan Merentasi Semua KelompokSerta Segmen Rakyat dan Pengundi

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sokongan jitu masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang terhadap perjuangan yang kita dokong merupakan elemen yang akan membantu untuk kita menang dan perkasa .

Sokongan jitu ini dengan maksud bukan sokongan spontan yang bersifat jalanan dan murahan , tetapi sokongan yang diraih dengan nilai kepercayaan tinggi masyarakat terhadap perjuangan kita .

Saya melihat sokongan seperti ini mesti diperolehi melalui sekurang - kurangnya 4 subjek :

Subjek yang pertama : TAKHTIT YANG MUNAZZAMAH

Iaitu Perancangan yang strategik berasaskan komitmen terhadap sumber perjuangan yang tulen serta hala tuju yang jelas .

Subjek yang kedua : USLUB YANG MUNAASIB

Iaitu approach yang bersesuaian terhadap strategi dan realiti serta efektif terhadap sasaran ( madu'u ) . Jua mengambil pendekatan yang responsif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah .

Subjek yang ketiga : DAKWAH YANG SYAMILAH

Iaitu penerangan yang menyeluruh berlandaskan objektif dan matlamat suci perjuangan . Melampaui tembok pemisah yang dibina oleh musuh jega melepasi kejumudan kelompok sendiri .

Subjek yang keempat : SIASAH YANG RAASYIDAH.

Iaitu politik yang memimpin dan menyelamatkan ummah dari cengkaman nafsu liar penguasa toghut dan zalim serta kejam melalui pendekatan yang berhemah dan berhikmah .

Justeru itu saya merasakan sayugianya kita memperkasakan sistem Jalur Lebar dakwah dan siasah parti yang bersifat online , fulltime dan borderless .

Saya juga mempunyai 5 perhatian untuk diteliti oleh kita semua :

Perhatian 1 :

Penerangan atau dakwah kita jangan hanya berlegar dengan skima atau trend pengupasan isu semata - mata sebaliknya kita mahu dakwah atau penerangan yang berjaya membentuk thaqafah ( knowledge ) ahli dan wa'iyah ( kesedaran ) ummah , yang mesti tegak di atas 4 matlamat ( prinsip ) umum dakwah dan siasah kita :

1. Tamkiin Li Deenillah ( Memperteguh Perlaksanaan Agama Allah )
2. Iqaamatud Daulatil Islam . ( Mendirikan Kedaulatan Islam )
3. Ia'adatul Khilafah ( Mengembalikan Khilafah )
4. Tabliighul Islam Linnaasi Kaafah ( Menyampaikan Islam kpd Masyarakat seluruhnya )

Perhatian 2 :

Orientasi perjuangan kita mesti bebas sepenuhnya dari tanggapan atau prinsip songsang yang hanya membawa mesej penerangan atau dakwah kita berhenti di pintu bilik pembuangan undi di hari pilihanraya semata - mata atau dalam erti kata lain , penerangan / dakwah yang hanya untuk memancing undi .

Tasawwur kita mestilah diperbaiki khususnya penerangan / dakwah kita terhadap non muslim bukan bertujuan pancing undi tetapi ianya bersifat jangka panjang untuk mereka kenal dan terima perjuangan kita .

Apa yang kita mahu ialah penerangan atau dakwah yang berjaya meledakkan daya insaf dan sedar dikalangan masyarakat terhadap masuuliyah ( tanggungjawab ) mereka menjadi seorang hamba Allah / khalifah Allah dan akhirnya melayakkan mereka menjadi warga syurga Allah swt . Inilah prinsip penerangan atau dakwah nabi Muhammad saw. Inqaazunnas a'nin Naar ( menyelamatkan manusia dari api neraka .)

Perhatian 3 :

Jangan biarkan unjuran dan kitaran peneranganatau dakwah kita tidak melepasi garis sempadan daerah sendiri. Penerangan / dakwah yang hanya berfungsi dari pintu surau ke pintu masjid , dari pintu markaz ke pintu pusat tarbiyah .

Sedang sasaran ( madu'u ) penerangan / dakwah kita diwakili oleh pelbagai lapisan masyarakat , budaya dan agama malah juga pelbagai latar belakang politik , ekonomi dan sosial . Demikian juga pendekatan dakwah kita jangan hanya di atas platform majlis rasmi tetapi juga di majlis tidak rasmi.

Bertolak dari sini , suka saya tegaskan bahawa kita mesti menguasai modul Dakwah Fardiyyah iaitu dakwah / penerangan yang berasaskan personal contact dengan pendekatan :

Politik Kasih Sayang
Politik Rapat Jurang
Politik Tambat Hati

dan menjadikan kita Duta Penyelamat dan Kasih Sayang . Sementara itu persoalan titik bengek , perbedaan pendapat seperti isu muqaabalah usahlah dijadikan satu hambatan kepada perjuangan kita nan suci ini . Bukankah perjuangan kita sudah matang dan melewati usia emas !

Kata Asy Syeikh Rashid Redha ( dipopularkan oleh Imam al Banna ) :
نتعاون فيما اتفقنا عليه و نعزر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

"Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza padanya ".

Perhatian 4 :

Realiti penerangan / dakwah kita dewasa ini sedang melintasi zon kelabu iaitu zon demokrasi yang tidak demokratik . Satu zon yang menyaksikan sandiwara negara demokrasi yang sangat jelek dan memualkan kita . Sekalipun cuba dipulih kononnya oleh UMNO dan BN , nyata ia hanya satu lagak untuk mengelirukan rakyat agar terus memberi sokongan kepada mereka .

Lantaran itu , sistem penerangan / dakwah kita mesti peka dan sensitif dalam menghadapi suasana seperti ini . Lajnah Penerangan dan Jabatan Penerangan sewajarnya menjadi organ yang paling sibuk mengendali dan mendepani situasi sebegini .

Bertindak laksana Tariq bin Ziyad yang membakar kapal untuk tidak memungkin mereka berpatah pulang melainkan terus mara membawa panji Islam . Begitu juga Uqbah bin Nafiq yang bermunajat : " Ya Allah , kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana " .

Jangan rasa kerdil dan hina untuk membawa risalah Islam ini ke tengah masyarakat biarpun 1001 nista dilemparkan kepada kita . Prinsip kita turun ke medan ialah :

عش كريما أو مت شهيدا

"Hidup ( kalau nak hidup ) sebagai orang yang mulia dan Mati ( kalau nak mati ) sebagai orang yang syahid ".

CABARAN YANG TERPAKSA DIDEPANI

Kita mesti menggaris strategi dan merencana gerakkerja yang efektif guna mendepani cabaran. Cabaran yang mesti kita depani antaranya ialah :

Cabaran undemokrasi
Cabaran kekeliruan agama yang dicipta
Cabaran Kejahilan Ummah
Cabaran Kelesuan Ulamak
Cabaran Konspirasi Pemerintahan UMNO dan BN dengan agenda jahat mereka untuk menghalang perlaksanaan dan penghayatan Islam dikalangan rakyat.

Perhatian 5 :

Aktiviti penerangan / dakwah kita mesti dipastikan agar tidak bersifat stereo type dan terikat dengan aktiviti tradisi . Saya tidak menafikan keupayaan dan keberkesanan aktiviti tradisi dalam penerangan / dakwah kita seperti ceramah , kuliah dan sebagainya , tetapi wajar kita responsif dengan perkembangan semasa yang memerlukan kita lebih advance dari pihak musuh .

Inilah yang telah dipertegaskan oleh al Marhum Abu Hasan Ali An Nadwi :

الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

"Integrasi antara warisan tradisi yang soleh dengan penemuan - penemuan baru yang bermanafaat".

Berasaskan kesedaran ini , kita mesti laksanakan beberapa misi penting .

Misi pertama :

Mengkaderkan petugas penerangan / dakwah yang mampu , bukan sahaja sebagai pemidato yang berkaliber tetapi juga mewarisi syakhsiyyah kepimpinan wibawa sehingga berkeupayaan menyahut keperluan penerangan / dakwah masa kini , seperti dialog dan debat intelektual berhadapan dengan semua pihak termasuklah golongan Islam Liberal atau golongan sekular .

Misi Kedua :

Mengaktifkan hubungan dan penerangan ( dakwah ) sehingga ia menjadi hotlink antara kita dengan pelbagai kaum dan agama . Manual pendekatan berkesan mestilah diketahui dan dilaksanakan .

Media seperti Harakah sayugianya pula meneroka satu ruang berita dalam bahasa Mandarin dan Tamil walaupun terhad sebagai langkah permulaan setelah kita mempunyai english section .

Saya juga merasakan perlunya Suruhanjaya ( dalaman ) Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Harakah ditubuh . Bukanlah bertujuan untuk menyiasat penyelewengan kerana saya percaya tiada penyelewengan tetapi maksud saya untuk memberi nafas baru dan meningkatkan prestasi Harakah ( seperti mutu pemberitaan ) termasuk mengkaji keberkesanan sistem edaran Harakah kepada umum .

Sewajarnya kita kena insaf bahawa Harakah adalah Lidah Rasmi Gerakan Islam PAS . Pasti sahaja ia tidak boleh tampil membawa glamour atau publisiti seperti Mastika , Metro dan lainnya dengan hanya melihat kepada bagaimana mahu melariskan jualan.

Saya juga tidak setuju jika Harakah hanya dilihat sebagai akhbar politik yang hanya sarat dengan penjelasan isu tetapi perlu seimbang dalam membawa mesej perjuangan . ( siasah , dakwah dan tarbiah ) Sebagaimana saya juga akan terkilan andainya Harakah ( cetak dan online ) hanya menjadi lidah rasmi kepada tokoh - tokoh tertentu bukannya jamaah .

min : akhie at-tantawi

Wednesday, August 27, 2008

Pemuda PAS Bantah Konsert Mungkar

Kenyataan Media .
BANTAH KONSERT AVRIL

Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras – kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril Lavigne walaupun sebelumnya Kementerian Kesenian dan Warisan serta PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, malang ia diluluskan kembali apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri .

Konsert ini adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada bulan september ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap ummat Islam, walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.

Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Tarikh 29 Ogos 2008 sekurang – kurang berhadapan dengan suasana penting bagi negara ini khasnya ummat Islam .

Pertama ummat Islam bakal menghadapi bulan ibadah yang penuh kemuliaan dan keberkatan . Sepatutnya ia tidak dicemari oleh konsert seperti ini yang membawa masuk seorang artis simbol seks Avril Lavigne . Pastinya konsert ini akan membawa ummat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka .

Kedua, berhadapan pula dengan ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 ogos . Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak – anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme . Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik , bermoral dan berdaya saing , sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu.

Pembatalan konsert sebelum ini, rupanya bukanlah kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelewatan memohon permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati Avril Lavigne.

Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan Kerajaan UMNO dan BN , di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini. Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?

Dewan Pemuda PAS Pusat tegas menyatakan sikap bahawa konsert seperti ini mesti dibatalkan segera dan ini adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam . Andai mereka tidak peduli amaran ini , Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak – agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung .

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS dan GAMIS turut bersama-sama membantah konsert tersebut. Ini bukan untuk kepentingan politik tetapi melibatkan maruah dan harga diri ummat Islam . Jika begini terus menerus sikap kerajaan UMNO dan BN , mereka bukan sahaja jauh dari rahmat dan berkat Ilahi tetapi insyaallah akan terus dibuang dan dihumban oleh rakyat yang semakin hari semakin jelak dan muak dengan sikap berpura – pura Islam mereka .

Dewan Pemuda PAS Pusat turut menggesa agar seluruh mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti sumpah saiful bahri tetapi diharap turut menunjuk sikap bagi membersihkan bumi ini dari maksiat dan mungkar .

Yang Menjalankan Tugas
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tuesday, August 26, 2008

Tahniah!. Anwar Menang Besar. Takziah! BN kalah lagi..


Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) : 31,195 (66.64%)
Datuk Arif Shah Omar Shah (Barisan Nasional) : 15,524 (33.16%)
Hanafi Mamat (Bebas - AKIM) : 92 (0.20%)
Majority : 15,671
Total Votes : 46,811 (65.25%)



Keputusan Awal Pilihanraya Kecil Permatang Pauh (setakat ini)

Monday, August 25, 2008

Mesti dengar.. Semoga ada manfaatnya. (siri 3)



Mesti dengar.. Semoga ada manfaatnya.(siri 2)

Friday, August 22, 2008

Mesti dengar.. Semoga ada manfaatnya.

Thursday, August 21, 2008

Sokongan Tok Guru kita..



Sunday, August 17, 2008

Sekitar Hari Penamaan Calon Parlimen Permatang Pauh





Ulama jelaskan isu ahli bersekutu yang dianggap ahli 'second class'


Harakah kali ini sempat menjejaki Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh untuk memperkatakan beberapa isu terkini. Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam dan wartawan, Intan Abdullah telah menemubual beliau dan turut dirakamkan oleh webtv PAS di studio sementara, sempena Muktamar Tahunan dewan itu di Bangunan Perbandaran Ipoh, pada 14 Ogos lalu dan ia disiarkan oleh Harakah cetak Edisi Isnin, 18 Ogos 2008.

Isu ahli bukan Islam atau ahli bersekutu yang disebut-sebut oleh perwakilan ketiga-tiga dewan cukup mendapat perhatian perwakilan. Barangkali Ustaz boleh jelaskan statusnya setakat ini.

Kalau kita lihat kepada kenyataan sebelum ini berhubung pemintaan masyarakat non-muslim, Cina, India dan Siam pada PAS di Malaysia. Kita sedar tanggungjawab PAS untuk beri penjelasan berhubung dasar perjuangan parti. Kita yakin apa yang dibawa adalah realistik untuk semua kaum. Ia mendapat sambutan baik daripada non muslim.

PAS telah mengadakan perbincangan dengan mereka yang dimulakan oleh Dewan Ulama tiga tahun lalu. Saya pun ada buat kertas kerja yang dibentangkan bukan sahaja hal yang melibatkan non-muslim sebagai ahli dalam jamaah Islam tetapi lebih daripada itu.

Apa yang kita kupas adalah sehingga ke tahap bagaimana padangan Islam kalau sekiranya mereka menjadi wakil rakyat yang bernaung di bawah tiket Islam. Kita tidak ada nas yang menghalang mereka daripada menganggotai jamaah Islam. Kita pastikan bahawa perkara ini melibatkan gerakan Islam kemudian kita serahkan kepada PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama.

Majlis Syura telah membincangkan perkara ini bukan sekadar ahli bersekutu malah sebagai ahli penuh, cuma tinggal lagi bila kita bincang pada lajnah politik dan pilihan raya kerana kita akan fikir bagaimana, apa yang kita buat ini akan memberi keuntungan kepada umat Islam dan parti Islam atau perkara ini berlaku sebaliknya.

Ini kerana penglibatan mereka ini, kita kena lihat sejauhmana mereka mahu terlibat dengan perjuangan Islam dan parti Islam. Adakah mereka datang bertemu dengan PAS di atas kesedaran bahawa Islam ini boleh memayungi mereka? Islam boleh menyelesaikan segala konflik yang berlaku dalam negara kita. Ataupun mereka datang semata-mata hendak membantah atau memprotes kerajaan Umno-BN.

Perkara ini sedang diambil perhatian oleh parti supaya kalau kita ambil mereka ini, tidak ada ahli yang protes dengan tindakan yang kita ambil kerana tidak faham dengan realiti dan kemungkinan keputusan yang dibuat tersebut tidak sesuai dengan waktu

Tapi walau bagaimanapun, ini suasana ini baik. Daripada segi pendekatan kita telah menubuhkan kelab penyokong PAS. Menampakkan mereka ramai bersama kita. Komitmen kita berikan melalui kelab ini. Kalau mereka tunjukkan prestasi yang baik, saya yakin pihak lajnah politik tidak keberatan ambil mereka sebagai ahli penuh dalam parti ini.

Tapi ada yang menyatakan bahawa mereka ini (non muslim) sebagai ahli bersekutu diberi tanggapan sebagai ahli 'second class'. Ini agak menyenakkan...

Saya telah menyuarakan perkara ini dalam mesyuarat-mesyuarat Dewan Ulama sebelum ini. Saya kurang bersetuju masyarakat non muslim diambil sebagai ahli bersekutu. Ini kerana, sudah tentulah pada perasaan mereka, dia boleh duduk di dalam parti tetapi dia tidak boleh mengundi. Itu pun jika tiada provokasi daripada pihak media.

Berdasarkan kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pulau Pinang bahawa PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan tidak mahu melaksanakan Islam setelah kerajaan BN berjaya ditumbangkan. Apa komen ustaz?

Berhubung dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden, ia bukan suatu keputusan yang baru kerana ia telah sejak daripada PAS ditubuhkan lagi. Banyak pimpinan dan ahli PAS yang dipenjarakan kerana mempertahankan dasar perjuangan.

Matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan kerajaan Islam atau dengan bahasa lain kerajaan yang memberikan kebajikan kepada rakyat serta membela semua kaum. Jadi ini adalah matlamat perjuangan kita.

Penegasan ini telah diberikan oleh parti dan kita mengharapkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan dapat memahami hal ini dengan baik kerana kita buat penegasan ini adalah untuk kebaikan dan kebajikan. Ini kerana kita yakin bahawa selain daripada sistem Islam ini, mustahil ada sistem yang dapat menyelesaikan konflik dan masalah dalam negara.

Kesemua isu jenayah, rasuah dan kelemahan ini berlaku kerana tiada suatu sistem di mana-mana negara pun, ini termasuk di negara membangun seperti Amerika syarikat. Tiada satu negara yang memiliki ideologi yang dapat menyelesaikan masalah-masalah ini semua.

Jadi kita perlu kembali kepada fitrah agama, sebab itu kita bertegas dan kita minta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat fahami kenapa kita tetap mempertahankan dasar perjuangan ini. Jika mereka merasakan Islam tidak sesuai mereka boleh kemukakan hujah dan bukti, sebutkan sahaja. Kita bersedia mendengar hujah mereka mengenai hal tersebut. Agama yang baik untuk semua kaum.

Mereka tidak boleh tersinggung, kena berbincang. Soal dasar kita kena bertegas. Kalau kita menang nanti kita kena fikir persoalan agama dan kita tidak paksa mereka supaya memeluk agama Islam tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai maklumat yang cukup mengenai negara Islam yang hendak kita perjuangkan. Kita bersedia untuk menerima sebarang perbincangan mengenai agama Islam. Kita terbuka.

Peralihan kerajaan akan berlaku, kita rasakan perkembangan yang baik. Kita yakin apa yang diperjuangkan yakni oleh Pakatan Rakyat. Waktu keghairahan untuk menukar kerajaan ini jangan kita lupa dengan tanggungjawab kita untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan kebajikan rakyat. Kalau tidak boleh terima dasar ini maka tiada gunalah kita berpakat.

Isu muzakarah dan muqabalah menjadi antara isu yang hangat diperkata di semua peringkat dalam parti. Malah masyarakat luar turut keliru dengan kenyataan dan pendirian PAS. Barangkali ustaz boleh jelaskan sedikit...

Sebenarnya ia bukan satu isu yang berlaku kerana perbincangan yang dibuat dengan Umno telah sekian lama dijalankan. Iaitu semasa cadangan pemansuhan ISA dahulu. Ini adalah salah satu daripada penjelasan wasilan dakwah kepada semua pihak.

Saya berpendapat bahawa isu ini bukanlah suatu isu yang besar. Cuma sekarang ini ia menjadi agak serius kerana kita bercakap dalam situasi Umno-BN ini berada dalam keadaan ketandusan pengaruh.

Sokongan yang dimiliki Umno-BN semakin menjunam. Masyarakat non-muslim sudah tidak lagi yakin dengan BN, begitu juga dengan MCA dan MIC menyebabkan mereka mengalihkan perhatian kepada parti pembangkang dan kita sedang bekerjasama dengan kumpulan pembangkang ini.

Tiba-tiba dalam isu ghairah masyarakat hendak menukar kerajaan pusat, berlaku pula dialog antara PAS dengan Umno. Berlaku pertemuan ini tidak seperti mana yang digembar-gemburkan oleh media.

Ia adalah perjumpaan biasa yang dibuat oleh pimpinan kita khususnya bagi membincangkan isu-isu terutama dalam perkara yang kalau PAS seorang sahaja tidak boleh selesaikan, dan kalau Umno seorang sahaja juga tidak boleh selesaikan terutamanya mengenai agama dan Melayu.

Kami tidak boleh memikirkan perkara ini secara berseorangan. Saya berpendapat ia adalah ruang yang baik untuk kita berbincang namun perbincangan ini bukan dalam bentuk kerjasama,. Kerjasama ini tidak pernah berlaku dan PAS tidak pernah berbincang untuk bekerjasama atau menyertai Umno.

Yang berlaku, kalau Umno nak masuk PAS. Itu ada. Saya tidak pernah mendapat makluman tentang PAS nak masuk Umno, sebaliknya mengenai kepimpinan Umno nak masuk PAS, memang ada.

Dari segi politik, kita lihat Umno menggunakan isu ini tetapi kita tidak melihat mereka mendapat sebarang kejayaan walaupun mereka cuba putar belit isu ini. Saya tegaskan bahawa kerjasama dengan Umno ini tidak ada. Kecuali berlaku senario politik yang tertentu dalam tanah air selepas ini.

Kita akan meneruskan rundingan dan perbincangan-perbincangan yang kita rasakan akan memberi keuntungan kepada parti kita.

Saya ingin sebutkan bahawa ahli-ahli PAS khususnya mengenai isu ini dapat memahami kenapa kita mengadakan muqabalah ini, supaya mengetepikan sebarang isu berkaitan muqabalah.

Dalam isu KeADILan bertemu wakil rakyat BN di Sabah dan Sarawak, begitu juga dengan PAS. Kita mencari sesiapa yang boleh menguatkan parti kita. Kita ada jumpa parti lain, tapi bila Umno, jadi isu.

Tapi isu ini mematangkan ahli PAS dan dengan sebab isu ini juga telah meningkatkan jumlah kehadiran dan mutu perbahasan muktamar.Ia akan jadi matang seterusnya menggerakkan jentera parti itu sendiri.

Ahli di peringkat bawahan pun akan membincangkan isu ini di kalangan mereka. Hatta di kedai kopi sekalipun, sebelum ini mereka membincangkan hal yang kurang bermanfaat. Cukup profesional dan pimpinan juga cukup bijak.

Dengan isu ini juga ahli di peringkat bawahan membincangkan isu yang secara profesional dan begitu ilmiah saya rasakan. Dan saya rasa mematangkan ahli. Tetapi pada akhirnya ia akan bertemu satu jawapan yang saya kira ia akan memberi kekuatan kepada parti itu sendiri.
rujuk : harakahdaily.net

Kenangan Perwakilan DPPNJ - Muktamar Pemuda PAS Ke-49

DUDUK DI BAWAH (DARI KANAN) :
Zuhan, al-Faqir Ustyem, Hamid, Suhaizan, Khairul Faizi, Khafiz.


DUDUK DI ATAS (DARI KIRI) :
Firdaus , Aidi, Abu Muaz, Nazri, Khalim, Faizul, Shamsul, Sabki [DPPP].


Perwakilan DPPNJ yang takde dalam gambar ni ialah
Johari, norazid, zaaba, ust azam, & rosli..
**************************


al-faqir bersama johari osman.. angkasawan M'sia..


Azid kekenyangan makan sebutir pisang..

Rosli mempengerusikan muqabalah..

ust azam menyampaikan ucapan alu-aluan...

Sahabat-sahabat hilang punca.. hilang tumpuan..
setelah mendengar sajak yang disampaikan oleh ust taleban..
Sekian dimaklumkan,
Ibnu Masran al-Banjari.

SEBAHAGIAN ADAB DAN AKHLAK AHLI JAMAAH ISLAMIYYAH


ADAB DAN AKHLAK BERKHILAF SESAMA AHLI JAMAAH


Sahabat-sahabat yang dikasihi.

MANUSIA ADA RUANG BUAT SALAH DAN SILAP

Kita semua adalah manusia. Manusia ada peluang buat salah dan silap. Gigi dan lidah lagilah tergigit, inikan pula kita dalam sebuah jamaah yang besar. Ahlinya daripada seorang ulamak sehingga kepada seorang jahil.......syarat utama keahliannya ialah Islam. Kalau kafir tak boleh.

Bila jamaah besar, ahlinya pelbagai tahap pemikiran, kerenah dan kedudukan, aktivitinya banyak MAKA pertelagahan mungkin berlaku DAN hampir mustahil tak berlaku perbalahan dan seumpamanya. Sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu ayah dan beberapa orang anak boleh tercetus perbalahan, apatah lagi kita jamaah yang ratusan ribu ahlinya.
APA YANG KITA NAK PELIHARA DAN PUPUK?

Oleh itu semua kita samada AHLI dan PEMIMPIN hendaklah sedaya upaya menjaga sebaik-baiknya ..........

1. Ikatan Jamaah
2. Ikatan Iman dan
3. Ikatan Ukhuwwah.

Jagalah ianya lebih daripada menjaga keluarga sendiri. Sentiasalah meletakkan kepentingan jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Jauhkan diri dari virus-virus dan kuman-kuman yang merosak dan menjahanamkan jamaah sekaligus membahayakan diri kita sendiri selaku individu dalam jamaah. Sentiasalah mengingati pesanan ALlah dalam surah al-Hujurat :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat " (Al-Hujurat : 10).

APA SIFAT DAN SIFAT YANG WAJIB ADA DALAM MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH DAN UKHUWWAH?

1. Tabayyun bererti mencari kejelasan dan kesohihan maklumat yang diterima.

Jangan mudah menerima berita tanpa ditapis dan diselidiki kesohihannya. Surat khabar, blog, tv, radio, sms adalah ibarat tong sampah.....jangan main hentam aje. Paling tidak, letakkan status benda-benda tadi adalah "fasiq".

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (al-hujurat:6)

2. ’Adamus Sukhriyyah ertinya tidak memperolok-olokkan.

Janganlah kita merasakan kita sahaja yang pandai, banyak sumbangan dan berkorban; orang lain baru sahaja berada di medan dakwah dan jihad......aku dah lama berjuang. Suka sangat syaitan mendengarnya. Al-Quran mengajar kita,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ." (al-Hujurat:11).

3. 'Adamul Lamz iaitu tidak mencela orang lain.

Surah Hujurat menjelaskan sikap yang patut diambil oleh mukmin mujahid;

وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ

"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'" [Hujurat:ayat 11.]

Mencela sesama muslim mukmin mujahid dalam ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standard kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.

Kita mesti sedar kalau kita memperlekehkan pimpinan bermakna kita memperlekehkan diri kita sendiri. Kalau kita mendedahkan keaiban jamaah bererti kita mendedahkan keaiban diri sendiri. Barang diingat bahawa media bukan medan tempat penyelesaian masalah jamaah.

4. Tarku at-Tanabuz yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama mukmin.

وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ

"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk).” [al-Hujurat : 11]

Janganlah memanggil atau menggelarkan sahabat sendiri dengan sebutan yang tidak baik. "Tengoklah ustaz gila tu!" "Wow hebat ustaz bingung tu" "Aku rasa kalau pemimpin umnowi, kita tendang aje" “Ni ustaz pengamal bid’ah ni!” .....macam-macam kita dengar di cuping telinga.

Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman.

Sucikan hati mu. Janganlah kebencian, permusuhan kamu terhadap seseorang sekalipun musuhmu menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Jangan diikut perasaan marah (ghadab).

5. Ijtinab Kathirun min az-zon iaitu menjauhi kebanyakan prasangka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa.” [al-Hujurat : 12]

Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Dalam sejarah perjuangan terlalu banyak berlaku perkara yang tidak diingini akibat sifat Su' Zon(buruk sangka). Lebih-lebih lagi apabila musuh pandai mencampak isu.

Lihat surah an-Nur ayat 11 hingga 16.

Peristiwa yang menimpa Umm al-Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar yang difitnahkan "berbuat jahat" dengan Safwan sahabat Nabi saw. Bayangkan kalau zaman Jamaah Islam di bawah pimpinan RasuluLlah saw boleh berlaku......bagaimana di zaman kita ini.

Oleh sebab itu dua sikap yang mesti ada kepada ahli dan pimpinan Islam ketika DALAM MENGHADAPI ISU DAN PROVOKASI MUSUH ialah:

i. MENGUTAMAKAN HUSNU-ZAN (BERSANGKA BAIK). Salah satu sikap(mawaqif) yang harus kita miliki di dalam mengembangkan AMANAH DAN JIHAD MENEGAKKAN SYARIAT ALlah di bumi ini. BERHUSNUZAN(baik sangka) kepada saudara sejamaah walaupun siapapun dia atau dari kelompok manapun.

ii. MENGUTAMAKAN JAMAAH DAN PERPADUAN.

6. ’Adamu at-Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.

Perbuatan ini amat dicela Islam. Setiap cara da'wah ada metodenya masing-masing, yang berusaha semaksima mungkin mendekati cara berda'wah Rasulullah SAW. Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Kalau cari salah orang, memang jumpa. Salah sendiri walaupun "bapak besar" tak nampak.

7. Ijtinab al-Ghibah iaitu jauhi mengumpat.

Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a., telah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ

"Tahukah kamu apakah ghibah?"

قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ

Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui."

قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ

Jawab Rasulullah s.a.w. : "Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya."

قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ

Lalu ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?"

قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

"Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang atau fitmah)." [sahih muslim, juz 12, hal 476.]

Khulasahnya kita wajib menjaga kesatuan dan perpaduan jamaah dan memelihara ukhuwwah/persaudaraan. BUKTIKAN anda benar-benar mukmin dan ikhlas dalam perjuangan dengan melakukan A, B dan C terhadap sahabat yang bertelagah dengan anda.

A = Memaafkan kesalahan sahabat kita tu.
B = Berdoa kepada ALLAH agar dosanya diampunkan.
C = Doa dan harapkan sahabat itu dalam kebaikan terutamanya dalam doa rabitah(bayangkan mukanya waktu berdoa).

Saya yakin, kita mampu melakukannya walaupun tidak mudah. Ayuh kita cari keredhaan ALlah walaupun dalam kemarahan manusia. Semoga Allah Subhanahu wa taala melindungi Jamaah kita.. Amin..

Saturday, August 16, 2008

Ucapan Penting Muktamar 2008



Alhamdulillah.. setakat ini perjalanan Muktamar Tahunan PAS Ke 54 berjalan dengan lancar. Kepada sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir dan ingin menatap ucapan dasar Presiden dan ucaptama dewan-dewan secara bertulis, bolehlah men"download" senarai ucapan di bawah ini..


**Klik untuk muat turun :


1. Ucapan Dasar Presiden PAS


2. Ucaptama Dewan Ulamak PAS Pusat


3. Ucaptama Dewan Pemuda PAS Pusat


4. Ucaptama Dewan Muslimat PAS Pusat


Saturday, August 9, 2008

al-Quran Dusturuna..

Alhamdulillah, segala puji-pujian milik Allah. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa salam dan ke atas keluarganya yang mulia..

Banyak kali hamba ditanya berkenaan perkara itu (isu muzakarah & kalau Umno nak berdamai) macamnana??.. maka hamba menjawab seadanya berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wa salam, demikian juga berdasarkan pengalaman PAS serta Harakah Islamiyyah yang lain.. antaranya firman Allah yang terdapat pada Surah al-Anfal ayat 61 & 62..

Hamba bersyukur ada yang menerimanya.. tetapi agak kesal bila terdapat juga "di kalangan kita" yang tak berapa yakin.. kesal kerana kenapa tak yakin pada Firman Allah??.. tidakkah Allah Ta'ala itu tidak pernah memungkiri janjinya...

Bukankah Allah sendiri berfirman:

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

"Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin" [surah al-Anfal : 62]

Maka sebagai pejuang Islam, tidak harus [tidak patut] kita mempunyai sikap tidak yakin terhadap janji-janji daripada Allahu Azza wa Jalla..

Tiba-tiba.. ketika hamba mendangar kuliah al-Fadhil Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, alFadhil Tuan Guru juga menegaskan perkara yang sama.. Alhamdulillah.. marilah kita ambil pengajaran daripada penegasan al-Fadhil Tuan Guru kita ini..



Semoga ada manfaatnya..

ar-Rajiy ila Rahmati Allah al-Qadir,
Ibnu Masran al-Banjari
http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com

Friday, August 8, 2008

TAREQAT SUFIYYAH

Alhamdulillah, segala puji-pujian milik Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya..
Buat Sdr Abd Halim Zakaria.. Ana minta maaf kerana kesibukan kuliah dan ceramah akhir-akhir ini, sedikit sebanyak memberi kesan untuk ana meluangkan masa bagi menjawab soalan-soalan yang diaju kepada ana melalui emel.
Soalan Sdr Abd Halim Zakaria berkenaan dengan tareqat itu, ada persamaan dengan soalan Sdr Abdullah Abdur Rahman yang dituju kepada "Mimbar Ulama'".. Oleh itu, ana kira memadai jika saudara Halim Zakaria membaca jawaban yang telah keluarkan oleh "Mimbar Ulama'" tersebut. Maka di sini saya kemukakan jawabannya..
************************

Apakah hukumnya seseorang muslim itu terlibat dalam tarekat sufiah? Adakah tidak memadai kita menggunakan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiah semata-mata?

Seringkali saya terfikir untuk melibatkan diri dalam tarekat kesufian ini, tapi tidak ada pihak yang saya yakini untuk membuat rujukan. Semenjak diperkenalkan ruangan Mimbar Ulama' ini, saya terpanggil untuk mengemukakan soalan tersebut. Saya amat mengharapkan pihak Dewan Ulama' PAS dapat membantu saya dalam hal ini. Terima kasih.

Abdullah Abdul Rahman
Negeri Sembilan

****************************

Soalan yang dikemukakan ini agak hampir dengan satu soalan yang pernah dikemukakan kepada Mufti Kerajaan Mesir iaitu Prof. Dr. Ali Jumaah. Mimbar Ulama' akan cuba mengemukakan jawapan yang dinyatakan oleh beliau dan akan memberikan kesimpulannya, InsyaAllah.

Teks terjemahan:

Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu".

Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri.

Tarekat sufiah pula ialah sebuah madrasah yang menyempurnakan melaluinya penyucian jiwa dan pembentukan peribadi. Syeikh pula sebagai pembimbing atau guru yang bersama-sama dengan muridnya.

Jiwa manusia secara tabiatnya terangkum di dalamnya pelbagai himpunan penyakit seperti takabbur, ujub, angkuh, keakuan, bakhil, marah, riya', sukakan maksiat, berkelakuan tak senonoh, gemar membalas dendam, kebencian, dengki, khianat, tamak dan rakus.

Firman Allah SWT yang mendedahkan kisah isteri Al-Aziz:

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Yang bermaksud : "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Surah Yusuf: 53]

Kerana itulah, golongan terdahulu menginsafi hal ini dan menyedari betapa perlunya pentarbiyahan jiwa dan membersihkannya dari segala penyakit-penyakitnya agar (penyucian tersebut) bersekali dengan masyarakat serta mencapai kejayaan dalam perjalanan menuju tuhan mereka.

Tarekat sufiah hendaklah melengkapi dengan beberapa perkara.

Pertamanya ialah pegangan kukuh dengan kitab Al-Quran dan Sunnah Nabawiah. Ini kerana tarekat sufiah itu ialah manhaj kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ia bukan daripada tarekat. Bahkan tarekat itu sendiri menolaknya dan melarang daripadanya.

Kedua ialah tidak meletakkan tarekat itu sebagai pengajaran yang terpisah daripada pengajaran syariah, bahkan ia merupakan intisari kepada syariah.

Bagi tasauf terdapat tiga elemen utama yang digesa oleh Al-Quran akan ketiga-tiganya iaitu :

1-Menitikberatkan jiwa, sentiasa mengawasi jiwa (muraqabah) dan menyucikannya daripada sebarang kekotoran.

Firman Allah SWT:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ، فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ، قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا ، وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
Yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya". [Asy-Syams : 7-10]

2-Memperbanyakkan zikrullah.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya". [Al-Ahzab: 41]

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT".

3-Zuhud di dunia, tidak terikat dengan dunia dan gemarkan akhirat.

Firman Allah SWT:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ

Yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?". (Al-Anaam : 32)

Adapun syeikh yang memperdengarkan kepada murid-muridnya akan zikir-zikir dan yang membantu usaha menyucikan jiwa dari sebarang kekotoran serta menyembuhkan hati mereka daripada penyakit-penyakit maka dia adalah penyelia (qayyim) atau seorang guru (ustaz) yang menunjukkan cara yang tertentu yang paling sesuai dengan penyakit yang ada atau keadaan murid itu sendiri.

Petunjuk Nabi SAW juga menasihatkan setiap manusia dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada keadaan setiap jiwa yang berbeza. Pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata : Wahai Rasulullah ! Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang menjauhkan diriku daripada kemurkaan Allah SWT. Maka sabda Rasulullah SAW : Jangan kamu marah !. Dalam kes yang lain, Rasulullah SAW didatangi seorang lelaki yang berkata kepada Rasulullah SAW : Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang aku boleh berpegang dengannya ! Jawab Rasulullah SAW : Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT.

Di kalangan para sahabat terdapat golongan yang membanyakkan qiamullail, antara mereka juga yang memperbanyakkan bacaan Al-Quran, ada yang banyak terlibat dengan jihad, ada yang banyak berzikir dan ada yang membanyakkan bersedekah.

Perkara ini tidak membawa erti meninggalkan terus keduniaan. Tetapi di sana terdapat suatu ibadat tertentu yang memperbanyakkannya oleh orang yang melalui jalan menuju Allah SWT. Secara asasnya berbilang-bilangnya pintu-pintu syurga. Tetapi pada akhirnya walaupun ada kepelbagaian pintu masuk tetapi syurga tetap satu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Setiap golongan yang melakukan amalan (baik dan soleh-ketaatan) ada satu pintu daripada pintu-pintu syurga yang memanggilnya oleh amalan, dan bagi puasa itu ada satu pintu yang memanggil golongan yang berpuasa, digelarkannya ar-rayyan".

Demikian juga tarekat-tarekat, ia mempunyai berbilang-bilang jenis berdasarkan syeikh masing-masing dan murid masing-masing. Antara mereka ada yang mengutamakan puasa, ada yang mengutamakan al-Quran lebih banyak dan tidak mengabaikan puasa dan demikianlah seterusnya.

Apa yang dijelaskan di atas adalah tasauf yang sebenarnya, tarekat yang sahih dan syeikh-syeikh yang komitmen dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita juga telah mengetahui kenapakah berbilang-bilangnya jenis tarekat, iaitu kerana kepelbagaian cara pentarbiyahan dan rawatan serta perbezaan cara untuk mencapai maksud yang dicita-citakan. Akan tetapi keseluruhannya satu sahaja pada maksud dan tujuan iaitulah keredhaan Allah SWT sebagai tujuan utama.

Kami juga ingin mengingatkan bahawa apa yang dinyatakan di atas tidak dilaksanakan oleh sebilangan besar golongan yang mendakwa sebagai ahli tasauf iaitu golongan yang merosakkan bentuknya. Mereka di kalangan orang yang tidak mempunyai agama dan kebaikan. Mereka yang melakukan tarian pada hari-hari perayaan dan melakukan amalan keghairahan yang khurafat. Ini semua bukan daripada tasauf dan bukan dari jenis tarekat sufiah. Sesungguhnya tasauf yang kami nyatakan tentangnya tiada hubungan langsung dengan pandangan kebanyakan manusia berhubung fenomena negatif yang memburukkan. Tidak harus juga bagi kita untuk mengenali tasauf dan menghukumkan ke atasnya dari kalangan sebahagian pendakwa-pendakwa tasauf yang jahil (yang mendakwa tarekat sebagai ajaran yang salah). Sepatutnya kita bertanyakan ulama' yang memilih tasauf sehingga kita memahami punca sanjungan mereka terhadap tasauf.

Untuk akhirnya, kami mengambil kesempatan ini untuk membantah pendapat golongan yang menyatakan : "Kenapakah tidak dipelajari adab-adab sulukiyah dan penyucian jiwa dari Al-Quran dan As-Sunnah secara langsung?".

Pendapat ini pada zahirnya terkandung rahmat. Tetapi pada hakikatnya terkandung azab. Ini kerana kita tidak mempelajari rukun sembahyang, sunat-sunat sembahyang dan perkara-perkara makruh dalam sembahyang dengan semata-mata melalui bacaan Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi kita mempelajarinya melalui suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu feqah.

Fuqaha' telah menyusunnya dan mengistinbatkan semua hukum-hakam tersebut daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula lahirnya kepada kita mereka yang mendakwa bahawa kami mempelajari fiqh dan hukum agama daripada kitab dan sunnah secara langsung? Kami tidak pernah mendapati seorang ilmuan/ulama' yang mempelajari fiqh daripada kitab dan sunnah secara terus.

Demikian juga, di sana terdapat perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi tidak dapat tidak daripada mempelajarinya dengan guru secara musyafahah (secara berdepan atau mengadap guru).

Tidak boleh sekadar melalui kitab, sebagai contohnya ilmu tajwid. Bahkan mestilah beriltizam dengan mustalah-mustalah yang khusus dengannya. Maka ulama' menyatakan sebagai suatu contoh : "Mad Lazim enam harakat" ! Siapakah yang menjadikannya sebagai mad lazim? Apa dalilnya dan siapakah yang mewajibkannya ke atas ummat Islam? Tentunya mereka adalah ulama' dalam bidang tersebut.

Begitu juga dengan ilmu tasauf. Ilmu yang diasaskan oleh ulama'-ulama' tasauf sebermula zaman Junaid rahimahullah dari kurun yang keempat sehingga hari ini. Ketika rosaknya zaman tersebut dan rosaknya akhlak, rosaklah juga sebahagian tarekat-tarekat kesufian. Mereka mula bergantung dengan fenomena-fenomena yang bercanggah dengan agama Allah SWT. Lantas manusia menganggap ianya merupakan tasauf. Sedangkan Allah SWT akan mempertahankan tasauf, ahlinya dan melindungi mereka dengan kekuasaannya.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat". [Al-Hajj: 38]

Mudah-mudahan apa yang dinyatakan itu dapat memberikan pendedahan kepada erti tasauf, tarekat, syeikh, sebab berbilang-bilangnya tarekat, kenapa kita mempelajari suluk, penyucian hati dari ilmu yang dikenali sebagai tasauf ini, kenapa kita ambil dari syeikh dan tidak terus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kita memohon kepada Allah untuk memperlihatkan secara jelas terhadap urusan-urusan agama kita.

(Tamat terjemahan teks asal berbahasa Arab)

Demikianlah terjemahan bebas daripada teks asal jawapan Sahibul Samahah Prof. Dr. Ali Jumuah, Mufti Kerajaan Negara Mesir yang dinaqalkan daripada Al-Bayan Lima Yashqholu Al-Azhan, cet. Al-Muqattam, Kaherah, hlm. 328-331.

Secara kesimpulannya, bagi hasrat baik saudara yang ingin melibatkan diri dalam tarekat kesufian ini, saudara hendaklah memastikan perjalanan atau program pentarbiyahan yang diperkenalkan oleh sesuatu tarekat itu tidak bercanggah dengan Al-Quran dan juga As-Sunnah An-Nabawiah.

Dalam konteks Malaysia, sebenarnya agak banyak dakwaan tarekat walhal sebenarnya ia adalah ajaran sesat. Justeru saudara perlu berhati-hati dan sering merujuk ulama' yang diiktiraf keilmuannya. Penyertaan dalam tarekat juga sepatutnya lebih menyemarakkan penglibatan dalam memartabatkan ketuanan Islam bukannya meruntuhkan ketuanannya seperti mendokong perjuangan Nasionalisme atau Sekularisme atau gerakan yang menentang perjuangan Islam.

Suasana pengamalan tarekat di Malaysia khususnya perlu diberikan perhatian bagi yang ingin menyertainya. Semestinya guru atau syeikh pemimpin tarekat itu merupakan seorang yang faqeh atau alim dalam bidang syariat dan aqidah. Bukannya seseorang yang hanya alim dalam bidang tasauf atau tarekat semata-mata. Ini kerana sebarang pengamalan beribadat dalam agama hendaklah dipandu oleh Al-Quran dan juga As-Sunnah. Justeru, seorang guru yang alim tentang syariah, aqidah dan tasauf merupakan guru yang sepatutnya dipilih untuk membimbing kita.

Amat wajar jika saudara mengambil kesempatan yang ada dengan mendalami pengajian-pengajian agama secara berdisiplin mengikut kadar kemampuan yang ada pada saudara bagi meningkatkan pengetahuan agama serta tidak mudah untuk dipesongkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Semoga hasrat baik saudara akan dibantu oleh Allah SWT.
sumber :
* Harap Sdr Abd Halim Zakaria mendapat manfaat daripada jawaban yang dikemukakan. WaLlahu A'lam..

PAS Bantah Forum anjuran Majlis Peguam Malaysia


PAS bantah forum anjuran Majlis Peguam Malaysia
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Thu Aug 07, 08 1:04:45 pm MYT

Parti Islam Se Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam Malaysia untuk mengadakan forum bertajuk "Memeluk Islam" yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Ogos ini.

PAS mengakui bahawa hak kebebasan bersuara memberikan jaminan kepada semua pihak untuk berdailog dan berbincang berhubung isu-isu kepentingan umum, namun demikian isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan dipelihara oleh perlembagaan negeri-negeri.

Oleh itu PAS merasakan kiranya forum ini diteruskan ia nanti mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara. Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak.

Bagi PAS Islam adalah agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa (authority) kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.

Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.

Demi menjamin kestabilan dan hubungan antara agama dan kaum PAS menyeru pihak penganjur agar membatalkan sahaja forum berkenaan.

Presiden,

Parti Islam SeMalaysia, (PAS)_

Tuesday, August 5, 2008

Salam Hormat dan Rindu pada Syaikhuna al-Habib Umar










"Ya Allah.. peliharalah syaikhuna al-Habib Umar bin Hafiz.." amin..

kami nantikan kehadirannya ke tanah jawi ini..

Ijtima' lagi..


Salam tarbiyyah.. pengumuman.


Satu IJTIMA' RUHI akan diadakan pada hari Sabtu 9/8/08 . Program bermula dengan solat Maghrib berjamaah, solat hajat, solat Isya' dan Taujihat oleh Dato' Pesuruhjaya PAS Negeri Johor. Bertempat di Masjid Lapis Punggur Darat, Batu Pahat.


Semua Ahli PAS Dijemput Hadir.
... sampaikan program ini kepada
sahabat-sahabat kita yang lain ...

Sunday, August 3, 2008

Sekitar Forum al-Isra' wal Mi'raj

Alhamdulillah, walaupun promosi agak terlewat,
namun program yang dirancang akhirnya berjalan lancar.

Sdr. Mohd Noh mengacarakan majlis,
bertanya akan soalan-soalan yang memberi manfaat..


al-Fadhil Ustaz Mohd Azam Abdul Razak sedang menjelaskan
taarif al-Isra' dan al-Mi'raj dari sudut lughah dan istilah..

Sebahagian warga Pondok Ledang sedang menghayati
kupasan ilmiyah al-Fadhil Ustaz Ibrahim al-Banjari..

Empat pusingan berjaya ditamatkan dengan suasana ilmiyyah. Soalan-soalan yang ditujukan kepada ahli panel berjaya dijawab dengan menarik. Soalan pusingan pertama adalah berkenaan taarif al-Isra' dan al-Mi'raj (tuju kpd Ust Azam), dan adakah al-isra' wal mi'raj berlaku secara mimpi atau sedar dan adakah secara ruh dan jasad atau roh saja?(tuju kpd Ust Ibrahim)

Soalan pusingan kedua adalah apakah peranan umat Islam dalam usaha-usaha membebaskan Masjid al-Aqsa yang kini dalam cengkaman yahudi? (tuju kpd Ust Azam), dan apakah hikmah dan kaitannya Allah swt meletakkan nama dan sifatNya iaitu AS-SAMI' dan AL-BASHIR dalam ayat 1, surah al-Israa'? (tuju kpd Ust Ibrahim)

Soalan pusingan ketiga adalah apakah peristiwa-peristiwa dan pengajaran penting disebalik peristiwa yang diperlihatkan kepada Nabi saw sepanjang al-Isra' wal Mi'raj? (tuju kpd Ust Ibrahim), dan tambahan dari soalan yang sama dan apakah rahsia atau hikmah diperjalankan pada waktu malam? (tuju kpd Ust Azam)..

Soalan pusingan kempat adalah apakah harapan ahli panel terhadap umat Islam dalam menghadapi pancaroba hidup yang semakin rosak dan bercelaru? (dituju kpd kedua-dua ahli panel)..

Terdapat satu soalan umum yang dibuka kepada hadirin.. demikian ringkasan perjalanan forum ini. Forum yang membariskan dua tokoh ulama muda ini ternyata memberi input yang banyak dan berguna sekali. Forum ini juga merupakan gandingan mantap antara Ketua Lajnah Tarbiyyah DPPNJ dan Timbalannya. InsyaAllah akan dikeluarkan CD rakaman forum tersebut. _ pondokledang.