Friday, September 17, 2010

SYIBRAN BI SYIBRIN, WA ZIRA'AN BI ZIRA'IN : Teruskan bersikap peka !

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman :-

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم ما لك من الله من ولي ولا نصير

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." [al-Baqarah : 120]

Rasulullah صلى الله عليه وسلم pula pernah mengingatkan kita dalam sabdanya :

عن أبي سعيد الخدري قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : لتتبعن سنن من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو سلكوا جحر ضب لسلكتموه قلنا يا رسول الله اليهود والنصارى قال فمن


"daripada Abi Sa'id رضي الله عنه , dia berkata, Rasullah صلى الله عليه وآله وسلمbersabda : "sungguh kamu akan mengikuti perilaku org2 sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk lubang biawak pun, kamu ikut memasukinya. Kami bertanya, wahai rasulallah, adakah yang engkau maksudkan itu orang2 Yahudi dan Nasrani?. Rasulullah bersabda : Maka siapakah lagi?" [HR al-Bukhari]

Dua peringatan daripada Allah dan rasulNya ini sudah cukup mengingatkan kita betapa liciknya usaha dan ikhtiyar pihak Yahudi dan Kristian untuk menyesatkan ummat Islam.

Dua peringatan ini juga mengarahkan kita agar selalu mengambil sikap berwaspada terhadap segala cobaan-cobaan halus pihak musuh supaya dengan sikap peka, sensitif, berhati-hati serta berwaspada terutama di dalam hal-hal agama ini dapat menyelamatkan aqidah, ibadah dan akhlaq ummat Islam.

Apabila kita sebagai ummat islam memilki sikap ini, maka sebarang usaha merosak dan menyesatkan ummat Islam akan dapat dibendung dan dikawal sekaligus aqidah ummat Islam dapat dijaga dan dipelihara.

Sebagai contoh mudah :-


MASIH INGATKAH IKLAN INI?



ULASAN DARI PENONTON

Scene1, Budak Lelaki Melayu Tilik Buku Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene2 - Close Up Muka Surat Bergambar Beca Scene2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

5.Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene3 , Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene4, Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. - yusrizan usop

[Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam ini. Semua ini jelas menunjukkan yang ada agenda jahat pihak berkenaan untuk memesongkan minda umat Islam di negara ini. Maka itu, adalah jelas supaya pihak TV3 memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penyiaran iklan tersebut dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan marah dengan apa yang dipaparkan. Apapun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran berguna buat semua terutamanya TV3 agar lebih peka dan sensitif dengan isu agama seperti ini. Jika selama ini mereka banyak menyiarkan isu yang dimainkan oleh pihak lain, kini akhirnya perkara yang sama terkena atas batang hidung merekA sendiri pula. Jangan sampai umat Islam di negara ini memboikot pula TV3 nanti!].

NATIJAHNYA


Saturday, September 4, 2010

Salam Lebaran 1431H

al-Hamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi, semalam 25 Ramadhan 1431H, dapat jua kami warga Surau an-Nur (Pondok Ledang) mengkhatamkan pengajian Kitab ad-Durarul Muhammadiyyah. Semoga pengajian 100 buah hadis-hadis Nabi Muhammad solallahu alaihi wa salam itu dapat bermanfaat kepada al-faqir dan semua murid-murid yang menuntutinya.. amiin..

Lusa pula kami sekeluarga akan bertolak pulang ke rumah bonda mertua di Pahang. Semoga Allahu Subhanahu wa Ta'ala melindungi kami semua daripada sebarang musibah dan memberi keselamatan kepada kami di sepanjang perjalanan pergi dan pulang.. amiin..
Dengan ini, al-faqir mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran Idulfitri kepada seluruh umat Islam tak kira di mana jua berada, dan kepada yang mengenali diri al-faqir.. mohon Maaf Zahir & Batin atas salah dan silap.. Semoga Allah menerima amal soleh kita semua.. amiin..


ikhlas daripada :
al-faqir ila afwillah,
Ibnu Masran al-Banjari

Monday, August 30, 2010

ISU NON MUSLIM DI MASJID : PERINGATAN BERHARGA DARIPADA TOK GURU KITA



PENTINGNYA SIFAT CERMAT DALAM MEMBUAT TINDAKAN

Bersempena dengan peristiwa turunnya Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS disegenap lapisan peringkat untuk memanafaatkan baki Ramadhan yang tinggal ini agar ianya diisi dengan amal soleh dan mampu untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.

Selain dari itu, saya juga ingin memperingatkan kepada seluruh ahli, petugas dan para pimpinan yang berhadapan dengan masyarakat awam Islam dan bukan Islam agar sentiasa bertindak dengan cermat berdasarkan ilmu yang jelas dan penuh hikmah dalam segala bentuk pertuturan, perancangan, tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjalankan amanah kemenangan yang diberi oleh Allah SWT di segenap ceruk dalam negara kita ini.

Janganlah kita bertindak dengan cara yang disangkakan beroleh kebaikan, akan tetapi natijahnya menyebabkan kita sibuk diasak oleh musuh menerusi media yang tidak memihak kepada kita, dan terpaksa pula kita menghabiskan masa untuk menjawab dan mempertahankan sesuatu isu yang ditimbulkan itu.

Sesuatu tindakan yang pada asalnya dibolehkan sekalipun, akan tetapi jika menyebabkan polemik dalam masyarakat, malah merugikan pula dari sudut pandangan siyasah umum, maka lebih baik ianya dielakkan. Apatah lagi dalam tindakan yang boleh mendatangkan fitnah kepada organisasi parti PAS itu sendiri.

Semuanya perlu dipertimbangkan bagi menjaga maslahat umum seperti disebutkan di dalam kaedah fiqh :

Almaslahatul 'ammah muqaddamah 'ala maslahah khasah (Maslahat umum diutamakan dari maslahat khas) dan

Daf'ul mafasid muqaddam 'ala jalbil masalih (menolak keburukan diutamakan daripada mengambil maslahah).

Selagi mana ia bukanlah satu perkara yang bersifat prinsip, atau sesuatu hukum yang qat'i, maka kaedah tersebut perlulah diguna pakai dalam tindakan-tindakan kita sebagai pejuang Islam, termasuklah dalam proses kita memperkasakan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan.

Semoga segala tindakan kita sentiasa dipimpin oleh syariat dan mendapat petunjuk dari Allah SWT.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

_____________

Kenyataan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ini harus dilihat sebagai suatu peringatan yang bermakna dan mendalam khusus buat para ahli politik Islam dan pendakwah agar jangan nanti tindakan kita akan mengakibatkan Islam difitnah dan menerima fitnah.

Di sini ditambahkan lagi dua qaedah fiqh, semoga bermanfaat dalam urusan kita bersama :-

1) دفع الضار مقدم على طلب المنافع "menolak bahaya lebih diutamakan daripada mencari kemanfaatan"
2) الخروج من الخلاف مستحب "berusaha keluar daripada masalah persengketaan adalah disukai atau digalakan"

sekian, والله أعلم .

al-Banjari

Friday, August 27, 2010

LAILATULQADR : Bersama AL-MUFASSIR AL-'ALIM AL-'ALLAMAH ASY-SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALI ASY-SYA'RAWI RAHIMAHULLAHU TA'ALA..



LAILATULQADR : Bersama AL-MUFASSIR AL-'ALIM AL-'ALLAMAH ASY-SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALI ASY-SYA'RAWI RAHIMAHULLAHU TA'ALA.. (Part 1)



LAILATULQADR : Bersama AL-MUFASSIR AL-'ALIM AL-'ALLAMAH ASY-SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALI ASY-SYA'RAWI RAHIMAHULLAHU TA'ALA.. (Part 2)



LAILATULQADR : Bersama AL-MUFASSIR AL-'ALIM AL-'ALLAMAH ASY-SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALI ASY-SYA'RAWI RAHIMAHULLAHU TA'ALA.. (Part 3)



اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا.. آمين

Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADHAN 1431H


Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, mohon maaf atas salah dan silap. Semoga kita semua dikurniakan taufiq bagi meningkatkan amal ibadah, semoga ALLAH mengampuni kita, memasukkan kita ke syurga-Nya serta menghindarkan kita dari azab neraka-Nya. Amiin..


Insya'ALLAH sepanjang bulan Ramadhan ini kuliah di Pondok Ledang pada setiap hari ISNIN, RABU & JUMAAT hanya akan menggunakan Kitab ad-DURARUL MUHAMMADIYYAH. Kitab ini mengandungi 100 buah hadis jawami'il kalim baginda Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wa salam yang meliputi hadis-hadis ahkam, nasihat, pengajaran, petunjuk, targhib dan tarhib.

Sebagaimana tahun-tahun yang sudah, pada bulan Ramadhan ana akan mengajar menggunakan kitab -kitab susunan ana yang faqir ini.. semoga ALLAH menerima amal ini.. amiin..

Ini bererti pengajian Kitab Irsyadul Ibad, al-Yawaqit wal Jawahir, Munyatul Musolli, Kifayatul Ghulam, Daqa'iqul Akhbar, Matan Abi Laith, Usul Tahqiq, Tanbihul Ghafilin ditangguhkan buat sementara waktu.


Selamat menjalani ibadah puasa dan ihya' ramadhan.

- al-Banjari -

Sunday, July 18, 2010

Pengajian Umumi : Kitab Baru Akan Bermula




syukur alhamdulillah pada bulan Rejab ini pengajian kitab Al-Jauharul Mauhub, kitab Risalah al-Bajuri Fi Ilmi Tauhid, kitab Matan al-'arba'in an-nawawi di Pondok Ledang, BBU dan kitab Sifat 20 di Masjid Majidi serta Surau al-Kauthar, Perling dapat dikhatamkan. Majlis khatam kitab dan pengijazahan juga berjaya diadakan.


Hampir 8 tahun saya yang hina ini menjadi khadim menyampaikan ilmu di Surau Ledang, yang akhirnya saya jadikannya sebagai Pondok Ledang (tempat saya mengajar kitab2 kuning).




Bererti hampir 8 tahun juga orang-orang seperti Haji Omar, Haji Osman, Haji Azman, Haji Elias, Imam Misran, dan ramai lagi penuntut ilmu sabar bertalaqqi bersama saya.



Dalam tempoh tersebut mereka telah pun mengkhatamkan beberapa buah kitab dalam beberapa fan seperti:-



Fan/Ilmu Tajwid
:-




  • Miftahut Tajwid (khatam),


  • Tajwid al-Faatihah (khatam).


Fan/Ilmu usuluddin :-




  • Manzumah Aqa'idul Awwam (khatam).


  • Jawahirul Kalamiyyah (khatam).


  • Matan al-Bajuri Fi Ilmi Tauhid (khatam).


  • Irsyadul Ibad Ila sabilir Rasyad (masih mengaji).


  • Tuhfatur Raghibin (masih mengaji/terhenti/belum khatam).



Fan/Ilmu Nahu & Saraf :-




  • Matnu al-Ajurumiyyah (khatam).


  • Syarah Mukhtasar Jiddan, (khatam).


  • Ta'lim Lughatul 'Arabiyah (masih mengaji/belum khatam).


  • Dham serta madkhul (masih mengaji/belum khatam).


Fan/Ilmu Feqh :-




  • Matnus Safinatun Naja, (khatam).


  • Kifayatul Ghulam, (masih mengaji).


  • Munyatul Musolli, (masih mengaji/belum khatam).


  • Adab Imam dan Makmum, (khatam).


  • Bidayatul Mubtadi (masih mengaji)


Fan/Ilmu Hadis:-




  • 40 Hadis Mendidik Jiwa siri 1 (khatam).


  • 40 Hadis Mendidik Jiwa siri 2 (khatam).


  • Matnu al-Arba'in lin Nawawi (khatam).


Pengajian Tafsir:-




  • Surah al-Faatihah (khatam).


  • Surah Yunus, (khatam).


  • Surah al-Kahfi, (khatam).


  • Surah al-Humazah, (khatam).


  • Surah an-Naas, (khatam).


  • Surah al-Falaq, (khatam).


  • Surah al-Kauthar, (khatam).


  • Surah an-Naazi'at, (khatam).


  • Surah al-Fil, (khatam).


  • Surah al-Insyirah, (khatam).


  • Surah Sajdah (khatam).





Fan/Ilmu Tasauf dan lain-lain:-




  • Adab Imam dan Makmum (khatam).


  • Muhimmah fi ilmi hadis (khatam).


  • Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatil Qulub, (masih mengaji/belum khatam).


  • Durratun Naasihin, (masih mengaji/belum khatam).


  • Bahrul Maazi, (khatam bab janaiz, jilid 7).


  • Sairus Saalikin (khatam Muqaddimah, Fasal pertama, Fasal kedua, Fasal ketiga & Fasal keempat. Juzuk 1).


  • Hidayatus Saalikin, (khatam Fasal pada menyatakan adab orang yang belajar).


  • Istaghfirullah : Fadhilat al-Istighfar (khatam).


  • Wasiat al-Musthafa (khatam).


  • dll..



Kitab Yang Akan Menyusul Pula Adalah :




  • Qatrulghaith Fi Masa'il Abi Al-Laith


  • Daqa'iqul Akhbar Fi Zikril Jannah Wan Nar


  • Tanbihul Ghafilin


  • Bidayatul Mubtadi
  • al-Yawaqit wal Jawahir


  • Tuhfatul Kiram Min Kalam Khairil Anam





Demikianlah beberapa buah kitab yang dibaca dan akan dibaca dari kulit ke kulit. Dimulakan dengan kitab2 peringkat rendah membawa ke peringkat tinggi. Mudah-mudahan semua usaha ini dikira sebagai amal yang soleh, yang diberi ganjaran pahala dan keberkatan serta keredhaan Allahu subhanahu wa taala.. Amin.



Kepada murid-murid yang dikasihi, telah diberi ijazah talaqqi, telah disertakan sanad pengajian, telah diberi wasiat demi wasiat. Maka beramallah dengan ilmu yang diperolehi.



Berkata Syeikh Ibnu 'Abbad di dalam Syarah Hikam, ia naqal daripada Ibnu 'Athaillah rahimahullahu taala : -



اِعْلَمْ أَنَّ
الْعِلْمَ حَيْثُمَا تَكَرَّرَ فِى الْكِتَابِ الْعَزِيْزِ وَالسُّنَّةِ ، إِنَّمَا
الْمُرَادُ بِهِ الْعِلْمُ النَّافِعُ الَّذِىْ تُقَارِنُهُ الْخَشْيَةُ
وَتَكْتَنِفُهُ الْمُخَافَةُ . قاَلَ اللهُ تَعَالَى: إِنَّمَا يَخْشَ اللهَ مِنْ
عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ، فَتَبَيَّنَ أَنَّ الْخَشْيَةَ تُلاَزِمُ الْعِلْمَ ،
وَفُهِمَ مِنْ هَذَا أَنَّ الْعُلَمَاءَ إِنَّمَاهُمْ مِنْ أَهْلِ الْخَشْيَةِ . وَكَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى: وَقاَلَ الَّذِيْنَ أُوْتُوْاالْعِلْمَ ،
وَالرَّاسِخُوْنَ فِى الْعِلْمِ ، وَقُلْ رَبِّ زِدْنِىْ عِلْماً ، وَقَوْلُهُ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إِنَّ الْمَلاَ ئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا
لِطَالِبِ الْعِلْمِ ، وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلْعُلَمَاءُ
وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ ، وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : طَالِبُ
الْعِلْمِ تَكَفَّلَ اللهُ تَعَالى بِرِزْقِهِ . إِنَّما الْمُرَ ادُ بِالْعِلْمِ
فِى هَذِهِ الْمَوَاطِنِ الْعِلْمُ النَّافِعُ




Ertinya : "Ketahui olehmu bahawasanya kelebihan 'ilmu yang berulang-ulang sebut di dalam ( قرآن ) yang 'aziz yakni yang mulia dan di dalam Hadits Nabi ( صلى الله عليه وسلم ) hanya sungguhnya murad ( - yang dimaksudkan - ) dengan dia itu iaitu 'ilmu yang memberi manafaat yang menyertai akan dia takut akan ( الله تعالى ) dan melengkapi akan dia itu haibah kepada ( الله تعالى ), seperti firman ( الله تعالى ) (Surah Fathir, ayat 28, yang ertinya) : "Hanya sanya mereka yang takut akan ( الله تعالى ) itu iaitu daripada hamba-Nya yang 'ulama." Maka menyatakan Ia akan bahawasanya takut itu melazimkan akan 'ilmu dan (di) faham daripada ini bahawa 'ulama itu hanya sanya mereka itulah orang yang takut akan ( الله تعالى ). ( Dan ) demikian lagi firman ( الله تعالى ) ( Surah Al-Qashash, ayat 80) : yakni (maksudnya) "( Dan ) berkata mereka yang mempunyai 'ilmu." ( Dan ) firman ( الله تعالى ) (Surah Ali Imran, ayat 7) : yakni (maksudnya) "( Dan ) mereka yang mahir di dalam 'ilmu." ( Dan ) firman ( الله ) (Surah Thaha, ayat 14) : yakni (maksudnya) "Kata olehmu ya Muhammad tambahi oleh-Mu ya Tuhan-ku akan 'ilmuku." ( Dan ) demikian lagi sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم ): yakni (yang ertinya ) : "Bahawasanya segala Malaikat itu merendahkan akan sayapnya itu kerana membesarkan orang yang menuntut 'ilmu." ( Dan ) sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم ): yakni (yang ertinya) : "(Bermula) 'ulama itu mempusakai akan Anbiya'." ( Dan ) sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم ) : yakni (yang ertinya) : "( Bermula ) orang yang menuntut 'ilmu itu telah mengakui ( - menjamin oleh - ) ( الله تعالى ) dengan rezkinya." ( Hanya sesungguhnya ) murad ( yang dimaksudkan ) dengan 'ilmu pada segala tempat ini, yakni pada segala 'ilmu yang tersebut di dalam ( قرآن ) dan segala yang tersebut di dalam Hadis Nabi ( صلى الله عليه وسلم ) itu, iaitu semuanya dikehendaki dengan dia itu (adalah) 'ilmu yang memberi manafaat pada agama ( dan ) di dalam Akhirat. " [lihat Sairus Salikin, Syekh Abdul Samad al-Falembani]



Kepada pembaca dan pelawat blog ini, doakan saya agar terus belajar dan mengajar ilmu-ilmu Islam kepada sekalian ummat. Semoga saya diberi kekuatan sebagaimana yang telah dilalui dan ditempuh oleh tok-tok guru dan ulamak yang telah meninggalkan kita atau yang masih menabur bakti mencurah ilmu di pondok2 atau di mana saja.



Ya Allah!. Terimalah doa dari kami semua. Amin..

Wednesday, June 30, 2010

النتائج الإيجابية للتعددية المذهبية

Berikut adalah point penting yang dicatitkan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam ucapannya pada Muktamar al-Majmak al-'Alamiy Li at-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiyyah baru-baru ini yang berlangsung di Tehran.


النتائج الإيجابية للتعددية المذهبية



عبدالهادي بن الحاج أوانج محمد
رئيس الحزب الإسلامي في ماليزيا




جعل الله سبحانه وتعالى الاختلاف من طبيعة هذه الحياة الدنيا وغريزتها, وجعله بين أهلها من البشر, والاختلاف سنة ربانية, وباقية إلى أن يرث الله الأرض ومن عليها. فقال تعالى:

كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلاَّ الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ لِمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللّهُ يَهْدِي مَن يَشَاء إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

وقال تعالى:

وَلَوْ شَاء رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ.

فالخلاف موجود ومقدر, ولكنه من حيث الشرع, منه ما يكون مقبولا وما يكون مذموما. ومنه ما يكون واجبا وما يكون محرما وماتكون فيه حكمة بالغة في تنوع النظريات والحلول في الأمور الاجتهادية التي لانصوص فيها أو فيها نصوص عامة يتنوع تفسيرها أو نصوص متعلقة باسباب خاصة فالعبرة بخصوص السبب.

والخلاف بين الإيمان والكفر, وبين الحق والباطل, وبين العدل والظلم. وهو على المبادئ المنصوصة, لا مساومة فيها, فيجب مواجهتها بالحكمة سواء أكانت بالنصيحة أم بالمجادلة هي أحسن أم الجهاد في الدفاع عن هذاالدين ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون. وأما الخلاف في الأمور الفرعية والاجتهادية, أمر ضروري في الحياة على الآداب والأخلاق والسلوك التي تقسط العلاقة بين المجتمع الإنساني الذي يمر بتنوع الطبائع والأوضاع والأزمان. ولايجوز كذلك إذا كان منحرفا عن الإخلاق التي تهدم الأخوة والمحبة. وعن السلوك التي تعطل الترابط بين الأمة الواحدة.

فالإسلام يهدي إلى سواء السبيل, ليقوم الناس بالقسط, ويعيشون فى الدنيا على الصراط المستقيم, ولكن الطبيعة البشرية المكلفة جعلت الصراع بين الحق والباطل في المنصوصة القطعية التي لايستطيعون الناس مواجهة تحدياته إلا بالهداية من عندالله, فمنهم من آمن ومنهم من كفر, فمن شاء فاليؤمن ومن شاء فليكفر, ومنهم من اهتدى ومنهم من ضل عن سواء السبيل.

فهناك أمور مسلمة التي حددها الله للناس على ضرورة اختلاف عقولهم ومشاربهم ومآربهم وضرورياتهم في مواجهة الحياة وأداء العبادة والخلافة في الأرض. وحدث الاختلاف بين المسلمين في أمور لاتمس الأركان الإيمانية والإسلامية والأمور المعلومة من الدين بالضرورة, واختلفوا إلى مذاهب في الاعتقاد والسياسة والفقه. فالاختلاف نوعان: اختلاف لم يقرق الأمة ولا ينبغي أن يفرق, ولم يجعل بأسها بينها شديد. فهناك اختلافات قد انحرفت عن الدين تارة, وتارة أخرى لم تنحرف عن أركان الدين ولكنها فرقت الأمة وأذهبت ريحها ووحدتها.

فموضوعنا الاختلاف الطبيعي الإيجابي الذي يوفر الحكمة البالغة, لتكون الأمة خير أمة أخرجت للناس على اختلاف شعوبهم وألوانهم وأوطانهم وأزمانهم. وهي تحمل قيادة البشرية على تعاليم الرحمة للعالمين, وتطبيق العدالة الإلاهية للدولة والعالم وعلى المستوى الأسري والأممي رغم التعدد والتنوع.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ.

ودخل الإسلام في الفتوحات الواسعة بنوره الذي أنقذ اهل البلاد من الضلال والظلم. ولم يدخل كما دخل الاستعمار والطغاة والظلمة الذين طغوا في البلاد وأكثروا في الفساد. وظهر اليوم الفساد حول العالم. فما أحوج العالم إلى الإسلام من جديد. فما أحوجنا إلى دراسة خزائن علومنا في جميع المذاهب المعتبرة.

الاختلاف المذموم

وهو اختلاف تضاد ويأتي إلى العداوة والبغضاء والتشاجر والتقاتل، ويرجع إلى أسباب خلقية متعددة، ومنها الجهل والعصبية وحب الرياسة واتباع الهوى وحب الدنيا.

وهذه الأسباب وغيرها من الرذائل الأخلاقية والمهلكات هي التي ينشأ عنها اختلاف غير محمود وتفرق مذموم، وكل واحد من هذه الأسباب يطول شرحه وليس في موضوعنا.



الاختلاف المحمود

وهو اختلاف تنوع، وهو عبارة عن الآراء المتعددة التي تصب في مشرب واحد، ومن ذلك ما يعرف بالخلاف الصوري، والخلاف اللفظي، والخلاف الاعتباري. وهذه الاختلافات مردها إلى أسباب فكرية، واختلاف وجهات النظر، في بعض القضايا العلمية كالخلاف في فروع الشريعة، وبعض مسائل العقيدة التي لا تمس الأصول القطعية.

وكذلك الاختلافات في بعض الأمور العملية، كالخلاف في بعض المواقف السياسية، ومناهج الإصلاح والتغيير، ويدخل في الخلافات الفكرية: اختلاف الرأي في تقويم بعض المعارف والعلوم مثل: علم الكلام والمنطق والفلسفة والتصوف. والاختلاف في تقويم الأحداث التاريخية وبعض الشخصيات التاريخية والعلمية.

وهذا الخلاف ليس فيه مذمة، وإنما الذم في عدم مراعاة آداب الخلاف العملية والأخلاقية.

وجود الخلاف في خير قرون الأمة:

لقد كان الخلاف موجودًا في عصرالرسول صلى الله عليه وآله وسلم بين الصحابة الكرام رضوان الله عليهم. وبعد ذلك بين الأئمة المتبوعين الكبار: أبي حنيفة ومالك والشافعي وأحمد والثوري والأوزاعي وغيرهم بين أهل السنة وهناك خلاف أئمة أهل البيت رضوان عليهم. ولم يحاول أحد منهم أن يحمل الآخرين على رأيه أو يتهمهم في علمهم أو دينهم من أجل مخالفتهم. بل كان الخلاف موجودًا في عصر شيوخ الأئمة وشيوخ شيوخهم من التابعين الكبار والصغار.

فالخلاف موجود في عهد النبوة بين الصحابة الكرام رضوان الله عليهم, نظرًا لاختلاف أفهامهم وتفسيرهم للنصوص والأوامر. فأقره ولم ينكره، كما في قضية صلاة العصر في بني قريظة، وهي مشهورة. والخلاف الذي ذهب اليه الرسول صلى الله عليه وسلم لحسمه في بني عمرو بن عوف وانشغل في الإصلاح بينهم حتى تأخر عن الصلاة. والخلاف بين الصحابيين في كيفية التيمم و غيرها من القضايا.وهكذا ظلت كثير من القضايا الشرعية والنازلة يقع فيها الاختلاف بين الجيل الأول ثم يتفقون عليها ويتسامحون بينهم لاسيما القضايا الكبيرة والمصيرية. ولايزال الخلاف قائما في المسائل الفقهية والعلمية التي لم تكن فيها نصوصا قاطعة في الشريعة. فالدعوة الإسلامية منتشرة عبر القارات, والفتوحات الإسلامية متقدمة في مشارق الأرض ومغاربها.

طبيعة الدين:

فقد أراد الله أن تكون في هذا الدين أحكاما منصوصة ومسكوت عنها، وأن تكون في المنصوص عليه: المحكمات والمتشابهات، والقطعيات والظنيات، والصريح والمؤول، لتعمل العقول في الاجتهاد والاستنباط، فيما يقبل الاجتهاد.

ولو شاء الله لأنزل كتابه كله نصوصًا محكمة قطعية الدلالة، لا تختلف فيها الأفهام، ولا تتعدد التفسيرات وتكثر فيها الاجتهادات. ولكنه لم يفعل ذلك، لتتفق طبيعة الدين مع طبيعة اللغة، وطبيعة الناس وضروريات الزمن. وطبيعة الرسالة المحمدية إلى كافة الناس في كل مكان وزمان في المدر والوبر وما بلغ الليل والنهار.

فالاختلاف فى الرأي والفهم بآدابهما غير التفرق الذي يفرق الأمة الواحدة, فالأول محمود ومأجور (من اجتهد فأصاب فله أجران ومن اجتهد فأخطأ فله أجر واحد ). والثاني مذموم,(فتفرقت أمتي إلى ثلاث وسبعين فرقة كلهم في النار إلا واحدة).

والاختلاف المحمود يسميه العلماء اختلاف تنوع, مع الاجتهاد في البحوث بالعلوم الشرعية بإخلاص الإيمان والعمل الصالح والأمر بالمعروف والنهي عن المنكروالجهاد في سبيل الله, للعبادة وإقامة الدين وسياسة الدنيا به.

وفي الكتاب والسنة نصوص قطعية الدلالة التي لاخلاف فيها بين العلماء وهناك نصوص عامة ظنية الدلالة لاختلاف المعاني وتغير الأسباب بخصوصها وعمومها, وما هو مسكوت عنه أكثر منها. وهذه ماحدث فيها الاختلاف بين العلماء ولا تفرقهم ولا تشتت الأمة بسببها, بل رحمة وحكمة لحلول المشاكل وبناء الحضارة العادلة الوسطية.

الاختلاف الإيجابي

والخلاف العلمي يكون على نهج الأمور الاجتهادية بآداب الاختلاف بشروط:

1ـ أن يكون صادرا من العلماء المخلصين الذين تكلموا أو كتبوا بصلاحية العلوم الشرعية المعتبرة. والجهلاء لايحقون الكلام في الأمور الدينية وكذلك علماء السلاطين الذين يتكلمون على حسب المصالح الرسمية فحسب.

2ـ أن لايكون مخالفا للإجماع القطعي الصحيح كإيجاب الفرائض الكبيرة وتحريم الفواحش المعلومة.

3ـ أن لايكون صادرا عن أصل غير معتبر بالإجماع الذي مضى عليه سلف الأمة وأئمتها المعتبرة أو بالدليل القاطع على عدم اعتباره, كأقوال نفاة القياس والسياسة الشرعية.

4 ـ أن لايكون مخالفا لأدلة ثابتة كالنصوص الثابتة ذات الدلالة القطعية الواضحة في قطعيتها. كموالاة الكفار ضد المسلمين.

وفي الخلاف أمور يجب مرعاتها بين العلماء والمفكرين وقادة الأمة:

1ـ التعاون على البر والتقوى والتنسيق بينهم. فإن الميادين مكشوفة وقضايا الأمة معقدة. فالأولى تعزيز روابط التعاون والأخوة والتنسيق في الإصلاح وحل القضايا التي تحيط بالأمة من الداخل والخارج.

2ـ العناية والتركيز على جوانب المتفق عليها والمصالح المشتركة والمراعاة والتسامح في جوانب الاختلاف.

3ـ التفريق بين الثوابت والمتغيرات في الأمور الاجتهادية من الدين والرجوع إلى أولياء الأمور من العلماء والقادة.

4ـ الاهتمام بالأزمات والمحن التي تعانيها الأمة, فإننا اليوم نعيش فى أزمة ومحنة لا يعلمها إلا الله. ونحتاج إلى وحدة الصف والتقارب فيما بيننا. واجتناب عوامل الفرقة والانشقاق بين الأشخاص والجماعات والشعوب المسلمة.

ولقد ظهر بين الأمة العلماء ورثة الأنبياء الذين يأمرون الناس بالقسط ويقومون على الحق ولايخافون في الله لومة لائم. وتركوا علوما شرعية في الصدور والسطور وورثنا كتبهم ومؤلفاتهم. أولئك الذين يعملون بعلمهم وجاهدوا في سبيل الله واولئك هم الصادقون.

ولدينا كتب تراثية متوفرة وبحوث علمية متدفقة على جميع المذاهب المعتبرة بين أهل السنة والشيعة والإباضية, وأبواب الاجتهاد مفتوحة لأهلها لحل المشاكل العصرية التي فشلت فيها الحلول المستوردة التي جنت على أمتنا, ووسائل العلاقات متيسرة بيننا فاستفيدوا منها للقاء والحوار بالأخوة الإيمانية والمحبة المخلصة.

قال الله تعالى:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ {3/103} وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ {3/104} وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُوْلَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

وقال الله تعالى:

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Tuesday, June 1, 2010

Doa Adalah Senjata Orang Mukmin





Terjemahan spontan adalah seperti berikut..

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.

Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah.

Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti)

Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka.

Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (berhenti 30 saat)

Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,

Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,

Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Ibnu Masran al-Banjari
http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com

Tuesday, May 18, 2010

ISU JUDI BOLA : PILIH DOSA ATAU GELARAN JAHIL

بسم الله الرحمن الرحيم

Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."(al-Maaidah: 90)

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" (al-Maaidah : 91)

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَاحْذَرُوا فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

"Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata."(al-Maaidah : 92)

Rasulullahi Sallahu alaihi wa sallam bersabda :-

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ

"sesungguhnya yang halal itu jelas dan sesungguhnya yang haram itu jelas" (riwayat al-Bukhari & Muslim)

Sabdanya lagi :-

اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ

"jauhilah perbuatan haram, nescaya engkau menjadi orang yang paling taat beribadah.." (riwayat at-Tirmidzi & Ahmad)

Sabdanya lagi :-

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"apa yang aku tegahkan /larang kamu daripadanya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya, maka hendaklah kamu mengerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa.." (riwayat Muslim)

Memadailah firman Allah SWT dan sabdaan Nabi SAW di atas sebagai peringatan kita bersama. Sesungguhnya yang mengharamkan JUDI itu adalah Allah SWT. Maka berTAQWAlah kpd Allah SWT..

Taatilah Allah dan Rasul. Namun jika kamu masih mahu menentang Allah dan Rasul-Nya, layaklah kamu digelar sebagai orang yang JAHIL.!!

Sabda Nabi SAW :-

يا بن آدم أطع ربك تسمى عاقلا ولا تعص ربك فتسمى جاهلا

"wahai anak Adam! taatilah Tuhanmu, nescaya kamu disebut sebagai orang yang berakal, dan janganlah kamu menentang-Nya, maka kamu akan digelar si JAHIL!" (riwayat Abu Nu'aim)

wallahu a'lam..
al-Banjari



Saturday, May 15, 2010

Wafatnya seorang 'Arif billah.. al-Habib Ali Bin Jaafar al-Aydrus, Batu Pahat

(al-arif billah al-Habib Ali Bin Jaafar al-Aydrus rahimullah)

Dengan suasana masih gundah dan berkabung atas Mangkatnnya Al Arif Billah Al Qutb Alhabib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf rahimahullah di Jeddah, maka kamis sore 13 Mei 2010 menyusul pula teman seperguruan beliau, Al Arif Billah Alhabib Ali bin Jakfar Alaydrus rahimahullah.

Beliau sudah dianggap guru rujukan bagi para ulama besar dan para ahli makrifah billah khususnya para habaib terkemuka di dunia, sebagaimana Al Arif Billah Alhabib Hasan bin Abdullah Assyatiri rahimahullah, Al Allamah Al Musnid Alhabib Muhammad bin Alwi Al Malikiy Rahimahullah, juga para Tokoh ulama habaib saat ini seperti Al Allamah Al Musnid Alhabib Umar bin Hafidh, Al Allamah Al Musnid Alhabib Salim bin Abdullah Assyatiri, Al Allamah Almusnid Alhabib Zein bin Ibrahim bin Smeith, dan banyak lagi para tokoh Makrifah billah dan para Musnid Hadits berkunjung silaturahmi pd beliau, tiadalah satu dari mereka kunjung ke Malaysia mestilah bersilaturahmi pada beliau.

Beliau orang yg sangat sederhana, dengan rumah yg sangat kecil, sempit dan tergolong rumah dari rakyat jelata kalangan fuqara, ruang tamunya tak pernah kosong dari ratusan botol air aqua dari para tamu yg meminta air doa dari beliau, beliau sangat santun pada para tamu dari segala kalangan, kalangan kaya, miskin, ulama, awam, dan siapapun, jika mereka kunjung pada jam makan, maka tak mungkin tamunya diizinkan pulang sebelum makan bersama beliau, dan salah satu sifat rendah hati yg sangat mengagumkan pada pribadi beliau adalah selalu meminta doa dari tamunya, tak pernah mau beliau berdoa kecuali tamunya yg berdoa, jika tamunya tak mau berdoa maka tak diizinkan pulang, demikian santun budi pekerti beliau.

Ayah beliau Adalah Al Arif Billah Al Musnid Al Allamah Alhabib Jakfar Alaydrus, seorang yg sangat memanjakan Guru Mulia Al Musnid Alhabib Umar bin Hafidh ketika masih bocah. Dan ayah beliau ini terkenal sekali dan masyhur dikalangan para wali Allah swt, ayah beliau dimakamkan di pekuburan Zanbal, di samping Makam Qutbinnufuus Al imam Abdullah Alaydrus Akbar bin Imam Abdurrahman Assegaf, di kota tarim Hadramaut Yaman.

Al habib Ali bin Jakfar alaydrus ini pernah lama tinggal di Subang Jawa barat, Indonesia dimasa kecilnya, suatu pengalaman, bahwa saya sering kunjung pada beliau jika kunjung ke Malaysia, beliau sangat memanjakan saya jika pendosa ini datang, beliau selalu tersenyum gembira, lalu saya minta doa beliau maka beliau berdoa, berbeda dengan tamu lain yg selalu beliau menolak untuk berdoa kecuali tamunya yg mesti berdoa, namun permintaan saya tak ditolak oleh beliau, seraya mengangkat tangannya setinggi tingginya hingga keatas kepala, kedua telapak tangannya dipadukan, dan wajah beliau menunduk.., lalu suara rintih keluar dari bibirnya tak bisa saya pastikan apa yg diucap, benar benar gerakan doa yg menggambarkan posisi yg sedang sangat mengemis pd Yang Maha Luhur…, belum pernah saya lihat orang berdoa dg posisi sekhusyu dan seperti ini dalam merendahkan diri pada Allah swt..

Setelah itu saya pamitan, padahal saya tahu kebiasaan beliau yg saya dengar dari semua orang yg mengunjungi beliau, jika waktu makan tak akan diizinkan pergi, saya berkata lembut : “saya pamit wahai habib..”, beliau menunduk dan berkata lembut pula : “tidak makan dulu kah?”, saya menjawab : “saya pamit jika habib ridho”, beliaupun berdiri mengizinkan kepergian kami, lalu terbersit dihati saya : “aku terbebani hutang sangat besar karena masalah perluasan dakwah di Indonesia, mudah mudahan kedatanganku kesini bisa membuat Allah menyelesaikan masalah hutang2ku.., beban beratku ini kutumpahkan pada habib Ali, semoga Allah swt meringankanku”, demikian renungan saya sambil melangkah keluar kediaman beliau..

Saat itu saya tidak sendiri, ada beberapa orang yg bersama kami, mereka kagum dan berkata : “kami sering kunjung kesini, belum pernah habib Ali mau berdoa kecuali saat kamu yg memintanya, belum pernah habib Ali izinkan kami pamitan diwaktu makan kecuali saat kamu yg minta izin pulang..”, dan salah satu diantaranya adalah seorang pengusaha sukses, maka saat kami sudah keluar rumah, beliau memanggil orang itu, dan membisikinya sesuatu, lalu beliau masuk rumah..

Orang tsb mendatangi saya, dan berkata : “Habib Ali berkata pada saya, kamu punya hutang dakwah yg besar dan berat yg harus dibayarkan, saya diperintah habib ali untuk melunasi semua hutangmu”

Saya kaget dan berpaling pd beliau, ternyata beliau sudah masuk rumah menutup pintu.., subhanallah..

Beliau selalu memanjakan saya jika pendosa ini datang, sekali waktu saya datang silaturahmi, kepala ini penuh dengan permasalahan dakwah yg bagai gunung menindih, kesibukan, masalah perluasan, pengaturan dll, maka saya datang dg lemah, duduk dihadapan beliau, maka beliau diam, diam, lalu menggeleng2kan kepala beliau, lalu menangis, dan berkata : Berat… berat.., sambil mengipasi dirinya dgn kipas ditangannya dan mengipasi saya pula.., tak lama saya pamit begitu saja, beliau berdoa lagi, belum sampai saya di Jakarta kecuali seluruh masalah dakwah telah selesai.

Pernah suatu kali Al Allamah Almusnid Al Habib Muhammad bin Alwi Al Malikiy rahimahullah kunjung pada beliau, sepanjang jalan Alhabib berbicara tentang rindunya pd Rasulullah saw, maka ketika sampai dikediaman beliau, maka semua tamu tidak diperkenankan masuk, kecuali Al Allamah Alhabib Muhammad Al Malikiy, mereka masuk berdua cukup lama, lalu keluarlah Al Allamah Alhabib Muhammad Al Malikiy rahimahullah dg airmata yg bercucuran.., seraya berkata : hajat saya sudah terkabul… terkabul.. terkabul.., sambil menutup wajah beliau tanpa berkata kata pada siapapun atas apa yg terjadi di dalam Kamis sore dinihari 13 mei Al Arif billah Alhabib Ali bin Jakfar Alaydrus rahimahullah menghembuskan nafas yg terakhir… khususnya seluruh para habaib di Malaysia gempar, dan dunia para habaib sepuh pun gempar terkena kabar duka ini..

Rasul saw bersabda : “Para shalihin wafat satu demi satu, tersisalah sisa sisa sampah tak berarti dimata Allah, dan Allah swt tak perduli lagi dgN keadaan mereka” (Shahih Bukhari).

Maksud hadits ini adalah keberadaan para shalihin menguntungkan bumi, mereka terus berdoa untuk keselamatan ummat, pengampunan untuk para pendosa, terus beribadah pada Allah swt hingga Allah swt banyak menyingkirkan musibah sebab doa dan rintihan mereka, maka jika mereka tiada, Allah swt tak lagi melihat sisa penduduk dunia karena mereka tak perduli dg Allah swt, maka Allah swt tak perduli lagi musibah musibah yg akan diturunkan pada mereka, entah musibah atau kenikmatan, entah cobaan atau kekacauan..

Rabbiy,, bangkitkan para pengganti dari para shalihin kami yg terus wafat dan wafat, munculkan kembali generasi para shalihin yg menjadi paku penahan musibah bagi ummat, muliakan Guru tercinta yg mulia ini dipangkuan Kelembutan dan Keridhoan Mu, dan sertakan kami dalam pembagian waris dari keluhuran beliau disisi Mu, amiin..

INTAHA ~ DI AMBIL DARI SINI

Saturday, May 8, 2010

POLIGAMI : Erti Keadilan Dalam Poligami

(Gambar Hiasan)


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Keadilan yang dituntut di dalam Islam tidak semata-mata di dalam poligami semata-mata, bahkan meliputi semua perkara. Sama ada kepada diri sendiri, masyarakat, Negara dan pada Tuhan pencipta itu sendiri. Tuntutan berlaku adil dan tidak menzalimi mendapat panduan khusus daripada Al-Quran dan Hadis Nabi.

PANDUAN AL-QURAN

Firman Allah Taala di dalam surah Al-Maidah ayat 8:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

Firman Alla Taala lagi di dalam surah An-Nisa’ ayat 135:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلا تَتَّبِعُوا الْهَوَى أَنْ تَعْدِلُوا وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

ANCAMAN DARIPADA HADIS

Ancaman daripada baginda kepada lelaki yang tidak mampu adil kepada isteri-isterinya yang di poligami sebagai sabdanya:

إذا كََان عند الرجل امرأتان ، فلم يعدل بينهما ، جاء يوم القيامة ، وشقه ساقط
Maksudnya: Mana-mana lelaki yang mempunyai dua orang isteri dan dia tidak berlaku adil kepada keduanya. Maka dia akan hadir pada hari Kiamat dengan bahunya senget sebelah. (Tirmidzi, Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Darimi)

Pada riwayat yang lain:

ومن كان له امرأتان فلم يعدل بينهما في القسم من نفسه ، وماله ، جاء يوم القيامة مغلولا ، مائلا شقه ، حتى يدخل النار
Maksudnya: Mana-mana lelaki yang mempunyai dua orang isteri dan dia tidak berlaku adil kepada keduanya pada pembahagian (tidur di rumah isteri-isteri). Maka dia akan hadir pada hari Kiamat dengan dibelenggu, bahunya senget sebelah diseret ke dalam neraka.

Kebenaran Allah kepada mana lelaki yang ingin berpoligami adalah dengan syarat MAMPU ADIL. Jika tidak mampu cukup memadai dengan seorang isteri.

Firman Allah Taala di dalam surah an- Nisa’ ayat 3:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا
Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Firman Allah ini tidak bermaksud dibenarkan berlaku zalim jika hanya beristeri satu. Bahkan kewajipan untuk bersikap adil tidak terlepas daripada tanggungjawab suami dan isteri. Keadilan dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan melunaskan sebaik mungkin tanggungjawab sebagai seorang isteri.

ERTI KEADILAN DALAM BERPOLIGAMI

Bagi seorang Mukmin/Mukminah sama sekali tidak akan mempertikai keadilan sistem yang Allah Taala tetapkan. Kesemua kita beriman mengatakan sistem, tatacara, undang-undang dan kaedah yang diatur oleh Allah untuk manusia adalah yang terbaik serta melampau zaman dan masa. Segala ketetapan hukum hakam Allah akan dijunjung bagi mereka yang masih ada iman di dalam hati.

Perkara yang sentiasa menjadi perselisihan di dalam perkara ini apabila sesetengah masyarakat mengatakan erti keadilan adalah menyamaratakan perasaan antara semua isteri. Sebahagian lain mengatakan keadilan pada nafkah dan pakaian. Sebahagian lagi berpendapat kepada bilangan hari yang dibahagi sama rata di antara isteri. Di sini merupakan punca masalah pertikaian yang menjadi perdebatan sesama masyarakat.

Jalan penyelesaian yang akan diambil oleh setiap mereka yang beriman apabila ditimpa dengan masalah, menjadikan Allah dan Rasul sebagai rujukan dan berpuas hati dengan segala ketetapan Al-Quran. Terdapat seribu satu hikmah daripada situ sama ada kita sedari ataupun tidak.

Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa ayat 59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Firman Allah lagi di dalam surah an-Nisa’ ayat 65:

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya.

Allah tidak menjadikan keadilan perasaan itu sebagai prasyarat untuk dibenarkan berpoligami. Bahkan Allah menegaskan keinginan menyamaratakan perasaan merupakan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa’ ayat 129:

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya: Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat ini membawa maksud keadilan pada sudut hati dan perasaan. Juga Firman ini dikuatkan dengan hadis baginda Nabi:

كان يقسم بين نسائه فيعدل ويقول اللهم هذا قسمي فيما أملك فلا تلمني فيما تملك ولا أملك
Maksudnya: Baginda menyamaratakan pembahagian tidur setiap malam sesama isteri-isteri baginda lalu baginda berdoa. Ya Allah, ini pembahagian ku pada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mengazab ku pada perkara yang engkau milikku, tidak aku miliki (perasaan melebihkan sebahagian isteri daripada yang lain).

KESIMPULAN

Maka dapat disimpulkan di sini erti keadilan dalam berpoligami ialah:

1) Membahagikan tidur malam kepada isteri-isteri sama rata; Bermula tidur mengikut perkiraan syarak ialah daripada waktu solat maghrib sehingga waktu solat subuh. Pembahagian siang tidak diwajibkan sesama isteri ke atas suami. Siang ialah waktu bekerja, dipersilakan suami untuk ke mana sahaja untuk mencari rezeki. Jika suami bekerja malam, maka wajib berada di dalam pengetahuan isterinya yang digilirkan jika dia akan terlewat pulang. Ini hak isteri yang diberikan syarak.

2) Kebendaan; Bukan suatu keadilan jika diberikan wang sama banyak. Itu tidak diertikan sebagai keadilan. Keadilan yang sebenar adalah apa yang mencukupi keperluan isteri-isteri. Jika isteri pertama mempunyai anak 2 orang dan isteri kedua belum mempunyai anak. Logik dan adil sekali wang yang diserahkan kepada isteri pertama lebih banyak. Ini antara masalah yang terkeliru sebahagian masyarakat. Isteri pertama mempunyai anak lelaki dan adapun isteri kedua mempunyai anak perempuan. Adakah dikatakan adil jika kedua-dua anak tersebut diberi pakaian yang serupa sedangkan berlainan jantina, umur dan minat?!

Mana-mana suami yang melengkapi dua perkara tersebut, maka telah melaksanakan keadilan.
NASIHAT BERHARGA

Kebanyakan para wanita tidak boleh menerima apa yang dikatakan poligami. Ini kerana perkahwinan merupakan satu ikatan terbina daripada perasaan dan poligami serba sedikit menggoncang perasaan ini. Kesannya menjadikan wanita-wanita yang tidak beriman mempertikai satu hukum yang ditetapkan oleh Allah Taala. Adapun yang masih subur imannya, akur dengan ketetapan tetapi tidak akan menyokong.

Wahai saudari benteng agama! Agama ini bukan semata-mata demi meraikan perasaan. Bahkan terdapat perkara yang lebih besar daripada itu. Tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi hanya sementara demi hasil yang akan dipungut di akhirat.

Statistik dunia mendapati wanita semakin ramai daripada lelaki iaitu 2:1. Cuba kita berbicara secara logik. Jika tidak dibenarkan poligami, siapakah suami kepada baki-baki wanita yang daripada jenis kalian juga. Apakah dibiarkan berpelesiran, berzina, tanpa suami dan zuriat sehingga mati, hidup tanpa lelaki yang berada di sisi dan dan dan ....

Allah yang melemparkan perasaan cemburu di dalam hati kalian dan Allah juga yang memberikan ketetapan hukum berkenaan poligami. Kenapa kita tidak cuba mencari hikmah yang cuba ditunjukkan oleh Maha Pencipta daripada menurutkan perasaan yang cuba menyesatkan.

Ucapan ini tidak bermaksud satu sokongan padu kepada poligami kerana sebagaimana kita perlu menentang golongan yang menentang poligami begitu juga kita akan menentang golongan yang ingin berpoligami tetapi tidak mampu adil. Ingin berkahwin tetapi isteri dan anak-anak tidak mampu di didik dengan didikan agama yang sempurna. Ingin poligami tetapi tidak lebih melainkan ikutkan hawa nafsu semata-mata. Golongan sebegini tidak kita bicarakan di ruangan ini, kerana persoalan berkenaan keadilan poligami pada wanita serta keperluannya.

Akhirnya, poligami bukannya metode yang mampu diguna pakai oleh semua lelaki dan juga tidak boleh dihalang semua lelaki untuk menggunakannya. Firman Allah terlalu jelas berhubung perkara ini.

Allahu A’lam.
Disediakan Oleh
Muhammad Aidil Azwal

Friday, May 7, 2010

Tasawwuf: cabang agama yang dizalimi



Oleh PANEL PENGKAJI YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Mempelajari Ilmu tasauf menjadi pelengkap kepada ilmu fardu ain yang lain.

DALAM siri tulisan mengenai tajdid di minggu-minggu yang lalu ada disebut bahawa tasauf kerap menjadi sasaran sesetengah aliran mereka yang mendakwa tajdid.


Tasauf, tarekat dan istilah-istilah yang berkaitan dengannya sering dimomokkan oleh mereka seolah-olah setiap yang bernama tasauf dan tarekat itu sesat, bidaah dan khurafat.


Strategi memomokkan istilah ini sebenarnya suatu cubaan mengunci minda dan menjadikan masyarakat jauh hati daripada tasauf tanpa benar-benar mengenali dan memahaminya dengan tepat.


Mereka ini sedar jika masyarakat meneliti dan mendekati tasauf dengan adil dan bersungguh-sungguh, kefahaman dan penghayatan yang murni terhadap tasauf akan menjadi salah satu benteng yang memisahkan masyarakat daripada terpengaruh aliran yang ingin mereka juarai.


Tasauf sebagai cabang ihsan


Kunci utama kepada kefahaman yang murni terhadap tasauf adalah dengan menyedari bahawa sebenarnya ia tidaklah melainkan cabang atau dimensi Ihsan daripada agama kita.


Ihsan selain daripada Islam dan iman serta kesedaran tentang akhir zaman merupakan cabang dan dimensi utama al-Din seperti yang kita semua tahu daripada hadis Jibril yang merupakan antara induk hadis-hadis Nabi SAW.


Begitu besar pengajaran yang hendak dibawa melalui hadis tersebut sehingga Jibril telah menyampaikan secara istimewa iaitu dengan merupakan dirinya sebagai manusia dan berdialog secara langsung dengan Nabi SAW bersaksikan para sahabat.


Dari situ, kita semua maklum bahawa agama yang kita anuti ini sebenarnya terdiri daripada tiga cabang Islam, iman dan ihsan yang terjelma kepada tiga cabang ilmu utama agama iaitu syariah, akidah dan akhlak.


Tiga istilah alternatif bagi ilmu-ilmu ini adalah fiqh, tauhid dan tasauf. Jadi sebenarnya dalam peta minda Islam, tasauf adalah istilah lain bagi dimensi ihsan atau akhlak.


Jika itulah kedudukan tasauf dalam kerangka faham agama kita, tidak peliklah jika kita melihat para ulama muktabar sepanjang zaman, sebagai mereka yang paling menguasai selok-belok agama ini, bersikap sangat positif terhadap tasauf dan dunia tasauf.


Kebanyakan mereka terjun langsung ke dalam dunia tersebut dengan mengamal, mengajar dan mengarang kitab-kitab rujukan dalam bidang ini. Selebihnya menjadi mereka yang mencintai para ulama dan pemuka tasauf atau sekurang-kurangnya tidak mengambil sikap memusuhi mereka.


Imej-imej negatif tasauf


Tetapi kenapa masih ada yang takut dengan tasauf atau memandangnya sebagai asing atau negatif?


Jika direnungi, tasauf adalah dimensi dalaman atau batin agama kita. Kerana sifatnya itu telah timbul salah-faham dan kekeliruan terutama di peringkat amalan dan perbahasan yang lebih tinggi.


Mendekati tasauf di tahap yang tinggi tanpa panduan guru yang berkelayakan boleh menyebabkan timbulnya ajaran sesat. Bila ini berlaku, ajaran-ajaran salah ini sering mendapat liputan meluas dan sensasi di media seperti dalam kes Hassan Anak Rimau, Ayah Pin dan al-Arqam.


Kumpulan dan ajaran tasauf yang menyeleweng sering menggunakan istilah-istilah dalam dunia tasauf seperti tarekat, sheikh, mursyid, aurad, kasyaf, yaqazah dan seumpamanya. Akhirnya istilah-istilah ini turut terpalit dan dilihat negatif sedangkan hakikatnya tidak begitu.


Sebenarnya penyelewengan turut berlaku dalam cabang lain seperti syariah. Malah penyelewengan dalam cabang syariah mungkin lebih meluas dan melibatkan lebih ramai orang dan kumpulan.


Cuma mungkin kesannya tidak begitu kelihatan atau kurang dirasakan oleh mereka yang terlibat. Bukankah masih banyak penyelewengan daripada landasan hukum syariah yang ada dalam masyarakat kita?


Dalam bidang dan kumpulan mana pun akan ada mereka yang menyeleweng atau ekstrem. Soalnya, adakah kita adil menilai dan menghukum sesuatu bidang atau kumpulan hanya dengan merujuk kepada mereka yang menyeleweng atau sesat yang muncul dari bidang atau kumpulan itu?


Jika begitu, banyaklah bidang dan cabang ilmu yang harus kita tolak kerana adanya bebiri hitam yang muncul daripada kalangan pengamalnya!


Adakah bijak kita meminggirkan tasauf hanya kerana beberapa individu dan kelompok yang sesat yang timbul dari dunia tasauf?


Segelintir mereka yang salah menghayati tasauf juga menyebabkan timbul imej seolah-olah tasauf adalah anti-dunia, anti-kemajuan dan anti-perjuangan.


Harus diingat, jika tasauf hendak dinilai dengan neraca seseorang yang memang tenggelam dan mabuk dengan dunia dan material memanglah tasauf akan dilihat pasif dan tidak cukup dinamik.
Ada juga orang yang baik-baik dan minatkan agama tetapi punya tanggapan bahawa tasauf adalah ilmu yang terlalu tinggi untuk mereka. “Kami belum layak mengaji tasauf”, kata mereka.
Ini juga satu sindrom yang amat merugikan kerana ia menjauhkan mereka daripada apa yang amat diperlukan dalam kehidupan mereka.


Siapakah di kalangan kita yang tidak perlukan penyucian diri dan peningkatan kerohanian?
Malah ini adalah suatu keperluan bagi setiap Muslim pada setiap ketika dalam hidupnya. Kita akan jelaskan nanti betapa tasauf, seperti juga ilmu-ilmu lain ada tahap dan peringkat-peringkatnya.


Selagi mana kita mendatangi tasauf mengikut tahap dan kaedahnya, dengan bimbingan guru yang layak maka tidak timbul sindrom tidak layak atau belum sesuai belajar tasauf.


Ada juga di sana kelompok dan kumpulan yang sentiasa mencemburui dunia tasauf dan pendokongnya kerana tasauf dilihat sebagai aliran tandingan kepada aliran yang mereka juarai.
Lantas mereka sering cuba menempelkan label-label bidaah, khurafat dan taksub kepada tasauf.


Insya-Allah kita akan membahaskan asas-asas al-Quran dan al-sunnah di sebalik tasauf. Jika difahami dengan jujur, tasauf yang murni adalah bebas daripada label-label ini.


Sebaliknya, jika diteliti, kelompok yang mentohmah tasauf, sering terlibat dengan unsur-unsur bidaah, khurafat dan taksub.


Tengok sahaja bagaimana mereka menjulang tokoh-tokoh mereka sendiri dalam pelbagai bentuk dan cara. Seolah-olah tokoh-tokoh ini sahaja yang memonopoli kefahaman dan kebenaran. Bukankah ini taksub walaupun tiada tangan yang dicium atau berkat yang diambil?


Sunday, April 4, 2010

Ziarah al-Habib Zain bin Hussien al-Habshi

Alhamdulillah.. semalam diberi kesempatan menziarahi al-Habib Syed Zain bin Hussien al-Habshi. Beliau baru sahaja keluar dari hospital.. Alhamdulillah beliau sudi memberi Ijazah Ammah dan mengijazahkan kitab-kitab terjemahan beliau serta kitab-kitab yang beliau pelajari dari guru beliau al-Habib al-Ulama' bin Abdurrahman al-Habshi, Idrus bin Abd Qadir, Hassan bin Solleh, Hadi Bin Abu Bakar, dan al-allaamah Syeikh Umar bin Abdullah al-Khatib rahimahumullah ...

Di antara kitab-kitab tersebut adalah Risalah at-tazkirah an-nafiah, Safinatun najah, matan al-ajurumiyah, matan zubad, mulhatus salik, al-fiyah ibn malek, al-kawakibuduriah, syarhul ainiyah, ihya' ulumiddin, syarhul ratib al-attas, kunzul sa'adatul abdiyah, tasbitul fuad, tahzibul asma', shahih bukhari & shahih muslim.. alhamdulillah..

Antara kitab terjemahan beliau yang masyhur adalah ad-durarus saniyah fi ar-rad 'ala al-wahabiyah (Permata Yang Berharga - Hujah Menolak Fahaman al-Wahhabi).

Semoga Allah Subhanahu wa Taala memberkati ilmu dan umur beliau serta mengurniakan kesihatan kepada beliau.

Tuesday, March 30, 2010

Isu setinggan Denai Pinggiran Kempas dibawa ke Parlimen

Wednesday, March 24, 2010

CATATAN SEKITAR OPERASI MEROBOH RUMAH SETINGGAN KG. DENAI PINGGIRAN, KEMPAS

CATATAN INI ADALAH TULISAN SDR SUHAIZAN BIN KAYAT

Kita mulakan hari penuh sejarah 24.3.2010 di Surau Denai Pinggiran Kempas dengan bermunajat kepada Allah seawal jam 4 pagi di ketuai oleh Ust Ibrahim Misran. Kita mohon agar Allah memberi kekuatan dan Allah membantu golongan yg lemah di Kg Denai Pinggiran.

Jam 7.00 penduduk Kg Denai Pinggiran mula bersarapan. Mulai jam 8.30 pagi pihak berkuasa polis termasuk 2 trak FRU berada dihadapan Surau Kg Denai Pinggiran. Penduduk & penyokong membuat rantaian manusia di hadapan jalan masuk ke Kg Denai Pinggiran. Akhirnya FRU bergerak keluar dpd kawasan ini.Jam 10 am kenyataan media dibuat dihadapan lebih 10 media tempatan.

Jam 11.00 am Rumah Sdr. Ramli Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Setinggan Kempas mahu di robohkan. Sdr. Ramli merayu kepada Pegawai PTD Johor Baharu Sdr. Hishamuddin untuk dapat menangguhkan perobohan dalam masa satu hari. Pada mulanya Sdr. Hishmuddin bersetuju kemudian tidak bersetuju. Akhirnya rumah Sdr. Ramli hancur di mamah JCP. Saya tidak sempat berunding dgn pihak berkuasa kerana masa perundingannya terlalu pantas dan saya berada jauh dpd rumah Sdr Ramli.

Jam 12.00 tghari Penguatkuasa PTDJB, Polis & JCP bergerak kerumah Sdr Alias. Beliau baru lepas kemalangan jatuh pokok beberapa bulan lepas. Penguatkuasa mengepong rumah tersebut. Saya merayu kpd En. Hishmuddin agar mempertimbangkan agar memberi masa. Beliau berkeras. AKhirnya alhamdulillah hanya barang sahaja dikeluarkan. Sedikit dinding dipecahkan. Tetapi rumah tersebut tidak dipecahkan. Walaubagaimana pun bila hujan turun barang-barang Sdr. Alias mengalami kerosakkan.

Jam 1.00 tengahari JCB bergerak kerumah Sdr. Shukri & Sdr. Sulaiman. Saya cukup sedih melihat kedua-dua keluarga ini. Isteri Shukri menangis dihadapan saya mengenangkan anak-anaknya yg kecil tiada tempat perlindungan selepas ini.Lebih menyedihkan lagi keluarga Sdr. Sulaiman Kassim. Isterinya mengandung 8bulan. Sedang menunggu hari untuk bersalin. Sdr. Sulaiman & isteri menangis dihadapan saya. Beliau berkata beliau adalah ahli UMNO dan anggotai rela. Bertugas menjaga pemimpin UMNO. Tetapi rumahnya mahu dirobohkan. Saya cukup sebak melihat anaknya menangis dihadapan saya. Kebetulan anaknya sebaya dengan anak saya. Sdr. Sulaiman ada 5 org anak. 3 berada di asrama di KL. Beliau sebenarnya memiliki rum sewa di Projek Perumahan Kempas (PPR Kempas) tetapi sudah 7 bulan tidak dpt membayarnya kerana kesesakkan wang ringgit. Rumah tersebut telah disita. Dia tiada pilihan terpaksa mendiami rumah setinggan di situ. Saya agak lama berada dirumah beliau dengan harapan dpt merayu kpd PTDJB. Alhamdulillah 2 rumah ini tidak diroboh setakat hari ini.

Jam 2.00 ptg YB Osman Sapian, Adun Kempas lalu dihadapan kelompok penduduk Kg Denai Pinggiran. Apabila penduduk mohon pertolongan. YB Osman Sapian berkata " Pergilah jumpa hero awak Sdr. Suhaizan Kayat. Dia boleh tolong awak semua" Penduduk bertambah berang dgn kenyataan seorg yg bergelar YB. Nasib baik dpt ditenteramkan oleh rakan-rakan mereka.

Jam 3.00 ptg Penguatkuasa ingin merobohkan Kedai Raja Sulaiman Ketua Cawangan UMNO Denai Pinggiran. Berlaku sedikit pertengkaran. YB Osman Sapian pun turut hadir & cuba merayu. Tetapi malangnya YB Osman tidak mampu menghalang kedai Raja Sulaiman dirobohkan. Saya tidak sempat pergi kelokasi tersebut sebab membuat persediaan di kawasan Surau Denai Pinggiran yg mahu dirobohkan.

Jam 5.00 ptg Penguatkuasa bergerak di Surau Denai Pinggiran. Mulanya elektrik dipotong. Penduduk & penyokong cuba membuat rantaian manusia sambil berselawat. Semakin lama semakin ramai anggota polis datang. Saya berada ditengah-tengah manusia itu sambil memberi semangat kepada mereka. En Hishamuddin datang berjumpa saya mempertegaskan utk merobohkan rumah penduduk. Beliau berkata persetujuan telah disepakati bahawa bila kedai Raja Sulaiman diroboh maka kawasan kawalan saya di Surau Denai mesti diroboh. Saya kata siapa yg bersetuju? Saya tak ada hantar wakil pun utk berbincang. Isu itu tidak ada kait mengait. Saya minta tempoh seminggu. Beliau tak setuju. Saya tidak layan amaran mereka. Polis merapatkan kereta black maria. Saya bangkitkan simpati pihak polis dgn anak-anak sekolah yg menangis dihadapan polis. Akhinya En Hishmuddin memberi peluang 3 hari. Saya minta elektrik disambung semula. Alhamdulilah TNB sambung semula.

9.30 mlm saya mahu menguruskan hal kebajikan penduduk selepas ini.

Sekian jumpa lagi.

~~~~~~~~~~~

BEBERAPA GAMBAR SEKITAR OPERASI TERSEBUT..



Keluarga Sdr Sulaiman Kassim.
Isterinya mengandung 8 bulan dan menunggu masa untuk melahirkan anak...
Renunglah wajah anak kecil ini.. Tiadakah rasa simpati dalam diri kita ?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(FAEDAH) SAYA KONGSIKAN BEBERAPA HADIS RASULULLAH SAW AGAR KITA DAPAT BERAMAL DENGANNYA..
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّه قال : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُنْجِيَهُ اللَّهُ مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلْيُنَفِّسْ عَنْ مُعْسِرٍ أَوْ يَضَعْ عَنْهُ
Daripada Abdulullah bin Abi Qatadah r.a, bahawa dia berkata : aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa ingin dilepaskan Allah dari huru-hara hari kiamat, maka hendaklah ia memudahkan orang yang susah." (muslim)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ أَرَادَ أَنْ تُسْتَجَابَ دَعْوَتُهُ وَأَنْ تُكْشَفَ كُرْبَتُهُ فَلْيُفَرِّجْ عَنْ مُعْسِرٍ
Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW : Barangsiapa ingin harapannya dikabulkan dan kesusahannya dilapangkan Allah, maka hendaklah ianya memudahkan orang yang kesusahan". (ahmad)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قال قَالَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ
Daripada Abi Hurairah r.a berkata, bersabda Rasulullah SAW : Orang yang beriman itu adalah cermin bagi orang yang beriman yang lainnya, dan orang yang beriman itu saudara orang mukminin lainnya, mereka saling tolong menolong satu dengan lainnya dalam kehidupan dan saling menjaga/ melindungi" (al-bukhari)
عن أنس بن مالك ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ يُحِبُّ إِغَاثَةَ اللَّهْفَانِ
Daripada Anas bin Malik r.a berkata, bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang meringankan saudaranya yang kesusahan." (abu ya'la)
عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:إِنَّ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ خَلْقًا خَلَقَهُمْ لِحَوَائِجِ النَّاسِ يَفْزَعُ النَّاسُ إِلَيْهِمْ فِي حَوَائِجِهِمْ أُولَئِكَ الآمِنُونَ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ تعالى.
Daripada Ibnu Umar r.a berkata, bersabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya bagi Allah Azza wa Jalla, ada makhluk yang diciptakanNya untuk membantu manusia, yang dengan bantuan itu mereka merasa lapang. Mereka termasuk orang-orang yang terselamat daripada Allah Ta'ala." (ath-thabrani)
wallahu a'lam..
Ust Ibrahim al-Banjari
EXCO DPPNJ.


Monday, March 22, 2010

Syeikhul Azhar yang Baru..





[ AL-JAZEERA ] JUMAAT,19 Mac 2010 adalah tarikh yang penuh bermakna di Mesir.Ini adalah kerana,di Sinai, sambutan ulangtahun ke 21 kembalinya TABA,ke pangkuan Mesir setelah di jajah oleh Israel.Tanggal 19 Mac 1989,Presiden Husni Mubarak,menaikkan bendera Mesir di tanah TABA,sebagai lambang kembalinya TABA ke peta Mesir.


Taba adalah merupakan tanah jajahan Israel yang terakhir diserahkan semula kepada Mesir.Pemimpin arab,memang suka membuat sesuatu keputusan penting pada hari yang penting seperti hari kemerdekaan,hari raya,awal ramadhan dan lain-lain.


Sempena ulangtahun hari bersejarah ini,Presiden Husni Mubarak melantik PROF DR AHMAD TAYYIB,Presiden Al Azhar,sebagai SYEIKHUL AZHAR yang baru menggantikan Al Marhum Dr Tantawi.Prof Dr Ahmad Tayyib adalah syeikhul Azhar yang ke 43 dalam sejarah Al Azhar.


Bagaimana perlantikan seorang syeikhul Al Azhar?Sebelum tahun 1961,Syeikhul Azhar dipilih melalui undian dikalangan ahli Akademi Kajian Islam Al Azhar,mesir (Majmak Bu'uth El Islami,Al Azhar).


Namun,setelah Raja Farok dijatuhkan pada tahun 1952,kerajaan revolusi tentera Mesir mula campur tangan secara meluas ke atas AL AZHAR.Harta wakaf Al Azhar dimilik negarakan.


Kekayaan Al azhar saat itu telah mula menjadi harta kerajaan dan bukannya milik penuh Al Azhar seperti sebelumnya.


Ianya juga menandakan Mesir mula menggunakan sistem sosialis.


Pada tahun 1961,Mesir diperintah oleh Gamal Abdul Nasir,seorang presiden yang berpengaruh, namun, ditangannya, Syed Qutb, seorang ulama Mesir digantung sampai mati walaupun mendapat bantahan keras dari Raja Arab Saudi.


Gamal yang berpemikiran sosialis itu melihat pengaruh AL AZHAR sebagai sesuatu yang mesti dikawal.


Oleh yang demikian,sebuah undang-undang digubal dengan perkara 5,akta bernombor 103 tahun 1961 menyebutkan bahawa Syeikhul Azhar dilantik oleh Presiden Rebublik.


Sejak 1961, jawatan Syeikhul Azhar tidak lagi dipertandingkan bahkan dilantik oleh Presiden Republik.


Oleh yang demikian,saya amat berharap,agar para mahasiswa tidak mengikut rentak berita-berita liar yang menyatakan bahawa pemilihan Syeikhul Azhar dibuat secara tidak sah dan kerana pengaruh politik tertentu.


Ulama Al Azhar cukup sederhana. Latar belakang mereka meyakinkan kita atas apa yang diperkatakan.


Saya yakin, syeikhul Azhar yang baru tidak kurang hebatnya dalam lapangan ilmu.Al Azhar akan sentiasa menjadi benteng pertahan umat Islam dan kiblat ilmu umat Islam.


Waallahua'lam.