Thursday, January 31, 2008

MATINYA SEORANG ‘ALIM... Satu Musibah...

MATINYA SEORANG ‘ALIM
ADALAH SATU MUSIBAH BESAR BAGI UMAT ISLAM

Kita baharu sahaja dikejutkan dengan berita kewafatan al-fadhil Dato’ Hj. Ishak Baharom (Bekas Mufti Selangor / juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama PAS). Berita ini mungkin saja “tidak apa-apa” bagi sesetengah pihak, namun bagi mereka yang memahami agama, yang mendalami Sunnah Nabi SAW, yang cinta kepada Ulamak dan ahli ilmu, terasa amat berat dan pilu sekali.. Terasa kehilangan penyuluh yang menerangi jalan..

Kematian seorang ‘alim yang ikhlas dan amanah dengan ilmunya adalah merupakan satu musibah yang besar bagi umat Islam. Dalam siri tarbiyyah kali ini, saya (hamba yang lemah, yang hina, lagi faqir ini) mengajak sahabat-sahabat sekalian, menghayati sebuah sabda dari Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW ;

عن أبي الدرداء قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ..وللعالم من الفضل على العابد كالقمر ليلة البدر على أصغر كوكب في السماء ، والعلماء ورثة الأنبياء إن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما ، ولكنهم أورثوا العلم فمن أخذه أخذ بحظه ، وموت العالم مصيبة لا تجبر وثلمة لا تسد ، وهو نجم طمس ، موت قبيلة أيسر من موت عالم . (أخرجه البيهقي)

Daripada Abu Dardak Radiallahu ‘anhu katanya,, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Kelebihan orang yang ‘alim itu ke atas orang yang ‘abid adalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang di langit. Para ulamak itu adalah pewaris nabi, sesungguhnya para nabi tidak mewariskan wang dinar, dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambil ilmu, maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang yang ‘alim adalah satu musibah (bagi Islam) yang sukar digantikan, dan satu kepincangan yang susah ditutupi, ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (di antara bintang-bintang). Sesungguhnya mati satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang ‘alim.” [Riwayat Imam al-Baihaqi fi Syu’bil Iman][1]

Hadis ini menyatakan beberapa perkara penting berkenaan orang yang ‘alim. Apabila dirungkai satu persatu, dapatlah kita lihat bahawa ;

1. Orang ‘alim mempunyai kelebihan berbanding orang ‘abid (ahli ibadah) seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang di langit.
2. Para ulamak itu adalah pewaris nabi.
3. Para nabi ‘alaihis solatu was salam tidak mewariskan wang dinar, tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambil ilmu, maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai.
4. Matinya seorang yang ‘alim adalah satu musibah (bagi Islam) yang sukar digantikan, dan satu kepincangan yang susah ditutupi, ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (di antara bintang-bintang).
5. Sesungguhnya mati satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang ‘alim.

Demikianlah sabda nabi SAW, yang merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan ke atas ‘alim ulamak. Semestinya ulamak yang dimaksudkan ialah ulamak yang ikhlas dan amanah dengan ilmunya. Bukannya ulama’ us-su’ (العلماء السوء او تسمى علماء الدنيا).


PENGHORMATAN BUAT AL-MARHUM
DATO’ UST. HJ ISHAK BAHAROM


Al-marhum Dato’ Hj. Ishak Baharom merupakan seorang ulamak yang mempunyai prinsip yang tegas dalam mempertahankan syariat Islam. Fatwanya yang mengharamkan pertandingan ratu cantik sekitar tahun 1997 mengakibatkan almarhum dipecat daripada jawatannya sebagai Mufti negeri Selangor.

Pemecatan tersebut tidak mengoyangkan prinsipnya malah terus berani menyatakan kebenaran. Almarhum tidak mempedulikan pangkat dan mata benda dunia dalam mempertahankan hukum hakam syari’at Islam. Sungguh inilah ciri ulamak akhirat.

Berkata Imam Al-Ghazaly ( رحمه الله تعالى ) :


وعلماءُ الآخرة هم الّذين لا يأكلون بالدِّينِ ولايَبِيْعون الآخرةَ بالدّنيَا

“Bermula ulamak Akhirat itu iaitu orang yang tiada makan dengan sebab agamanya, ya’ni tiada menggunakan ilmu agamanya sebagai kaedah atau sumber untuk mencari pencarian kehidupan dunia; dan jangan menjual ia akan Akhiratnya itu dengan dunia”.[2]

Almarhum amanah dengan ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya. Almarhum terus menyuarakan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar. Almarhum memahami bahawa wajibnya melibatkan diri (intima`) bersama Jamaah Islamiyyah dalam usaha menegakkan kema’rufan dan mencegah kemungkaran. Lalu almarhum menggabungkan dirinya bersama-sama Parti Islam SeMalaysia.

Almarhum berjaya menghayati firman Allah ;


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung”. [3]

Almarhum berjaya menghayati sabda-sabda nabi SAW ;


عن زيد بن أسلم عن أبيه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

.. من مات وهو مفارق للجماعة فإنّه يموت ميتة جاهليّة.. (أخرجه أحمد)


Daripada Zaid bin Aslam Radiallahu ‘anhuma katanya,, Rasulullah SAW bersabda ; “barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah Islam,, maka bererti ia mati sebagai mati jahiliyah..” [4]

عن حذيفة بن اليمان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : .. تلزم جماعة المسلمين و إمامهم .. (متفق عليه)

Daripada Huzaifah Ibnu Yaman Radiallahu ‘anhu katanya,, Rasulullah SAW bersabda ; “…. kamu hendaklah beriltizam (komited ) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka….” [5]

Almarhum juga berjaya menghayati dan memahami kaedah feqh ;

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Jika tidak sempurna suatu kewajipan kecuali dengan suatu “perkara”, maka “perkara” itu turut menjadi wajib”. [6]

Sesungguhnya ulamak sebeginilah yang ditakuti dan digeruni bahkan dibenci oleh musuh-musuh Islam, samada dari golongan kafirin ataupun munafiqin. Inilah nilai izzah para ulamak yang ikhlas dan amanah dengan ilmunya lagi istiqamah berjihad di jalan Allah.

Sesungguhnya ulamak sebeginilah yang dikasihi dan kagumi oleh seluruh pejuang Islam, dikasihi oleh seluruh pencinta ulamak, bahkan dikasihi dan dimuliakan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya Muhammad SAW.. serta semua tentera Allah (jundullah) yang berada di atas langit dan dipermukaan bumi.

Sungguh dikasihi dan dimuliakan oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.. Ini dapat dilihat daripada beberapa firman Allah SWT dan sabda nabi SAW. Antaranya ;

Allah berfirman ;


يَرْفَعِ الله ُ الَّذِيْنَ آمَنُواْ مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أ ُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَتٍ

“Mengangkatkan Allah Taala akan mereka yang percaya ia akan Allah Taala dan mereka yang diberi ilmu itu akan beberapa darjat.” [7]

Berkata Sayyiduna ‘Abdullah bin ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma :


للعلمأ درجات فوق المؤمنين بسبعمائة درجة, ما بين الدرجتين مسيرة خمسمائة عام

“bermula darjat ‘ulama itu atas darjat orang yang mukmin tujuh ratus darjat, dan antara tiap-tiap suatu darjat itu sekira-kira perjalanan lima ratus tahun.[8]

Dan setengah daripadanya firman Allah Taala;


شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ

“Allah Taala meyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, dan begitu pula para Malaikat dan orang-orang yang mempunyai ilmu turut menyaksikan sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan.” [9]

Berkata Imam Al-Ghazali ( رحمه الله تعالى ) :


فانظر كيف بدأ سبحانه وتعالى بنفسه , وثنَّى بالملائكة, وثلّث بأهل العلم.
وناهيك بهذا شرفاً وفضلاً , وجلاء و نبلاً

“Maka perhati olehmu akan ayat ini, betapa memulai Allah SWT akan ketuhanan-Nya itu dengan diri-Nya, dan mengiringkan Ia (Allah ) dengan para Malaikat-Nya akan saksi yang kedua, dan mengiringkan Ia (Allah) dengan orang yang mempunyai ‘ilmu (ulamak) akan saksi yang ketiga; bahawasanya tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah. Dan memadalah dengan yang tersebut di dalam ayat ini akan kemuliaan ‘ilmu itu, dan kelebihan dan kebesarannya.” [10]

Dan sabda Nabi SAW :

عن أبي الدرداء قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :

..وللعالم من الفضل على العابد كالقمر ليلة البدر على أصغر كوكب في السماء ، والعلماء ورثة الأنبياء ….

(أخرجه البيهقي)

Daripada Abu Dardak Radiallahu ‘anhu katanya,, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Kelebihan orang yang ‘alim itu ke atas orang yang ‘abid adalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang di langit. Dan para ulamak itu adalah pewaris nabi,…” [Riwayat Imam al-Baihaqi fi Syu’bil Iman][11]

Berkata Imam Al-Ghazali ( رحمه الله تعالى ) :

ومعلوم أنّه لا رتبة فوق النّبوة, ولا شرف فوق الوراثة لتلك الرتبة

“dan telah diketahui bahawa tiada martabat yang lebih tinggi dari martabat kenabian, dan tiada kemuliaan yang lebih utama dari kemuliaan mewarisi martabat itu”

Sabda Rasulullah SAW lagi yang menyatakan kemuliaan para ulamak yang dikasihi Allah SWT ;

عن أبي موسى الأشعري، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "يبعث الله العباد يوم القيامة، ثم يميز العلماء،

فيقول: يا معشر العلماء، إني لم أضع فيكم علمي وأنا أريد أن أعذبكم، اذهبوا فقد غفرت لكم"

(أخرجه الطبراني)

Daripada Abu Musa al-‘Asy’ari Radiallahu ‘anhu katanya, Rasulullah SAW bersabda ; “Allah membangkitkan hamba-hamba-Nya pada hari kiamat, kemudian Ia mengasingkan para ulamak-Nya lalu berfirman : Wahai sekelian ulama-Ku, sesungguhnya Aku tidak meletakkan ilmu-Ku padamu untuk mengazabmu, sekarang pergilah kalian (ke dalam syurga-Ku), sesungguhnya Aku telah mengampunimu!”.[12]

Demikian Allah SWT tetap memuliakan para ulamak-Nya yang ikhlas dan amanah dengan ilmunya lagi berjihad di jalan Allah dalam mempertahankan agama Allah SWT.


ILMU DI ANGKAT DENGAN WAFATNYA ULAMAK DAN MANUSIA MENGANGKAT GOLONGAN JUHALA` SEBAGAI PEMIMPIN


Petanda bahawa Allah SWT menghilangkan ilmu itu adalah dengan diwafatkan para ulamak. Dan manusia di saat itu mengangkat pemimpin dari golongan yang jahil agama. Pemimpin itu sesat dan akan menyesatkan pula.

Allahu Rabbi!,,,, Alangkah musibahnya dengan kewafatan ulamak yang ikhlas lagi amanah. (namun kami tetap yakin bahawa tetap ada hikmah yang baik dari Allah SWT). Marilah kita renungi pengajaran daripada hadis di bawah ;


عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إنّ الله لا يقبض العلم انتزاعًا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتّى إذا لم يبقِ عالماً اتّخذ النّاس رءوسًا جهّالاً فسئِلوا فأفتَوا بغير علمٍ فضلّوا وأضلّوا.

(أخرجه البخاري ومسلم)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘Ash Radiallahu ‘anhuma katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu ini daripada hamba-hamba-Nya dengan cara mencabutnya sekaligus, tetapi Ia menarik ilmu ini dengan mengambil para ulamak-Nya, sehingga apabila sudah tidak ada lagi orang ‘alim, maka ketika itu manusia akan mengangkat orang-orang jahil menjadi pemimpin mereka, jika ditanya tentang sesuatu, maka dia pun cepat memberikan fatwa dengan tanpa berlandaskan ilmu agama (Cuma guna akal dan menurut hawa nafsu), akhirnya habis semua menjadi sesat dan si jahil itu terus menyesatkan.” [Riwayat Imam al-Bukhari & Muslim][13]

Hadis ini menjelaskan dua perkara besar ;

1. Allah tidak menarik ilmu daripada hamba-hamba-Nya dengan cara mencabutnya sekaligus, tetapi Ia mengangkat ilmu dengan mengambil para ulamak-Nya (mewafatkan ulamak-Nya), sehingga tidak ada lagi orang ‘alim,
2. Ketika itu manusia akan mengangkat orang-orang jahil menjadi pemimpin mereka, jika ditanya tentang sesuatu, maka dia pun cepat memberikan fatwa dengan tanpa berlandaskan ilmu agama (Cuma guna akal dan menurut hawa nafsu), akhirnya semua menjadi sesat dan si jahil itu terus menyesatkan.

Inilah perkara yang membimbangkan dan menggusarkan kita. Di kala ini saja kita sudah dapat melihat begitu ramai pemimpin-pemimpin yang jahil diangkat, dilantik dan diberi kepercayaan memerintah Negara.

Sebahagiannya jahil agama, tetapi mahu bercakap mengenai agama, bahkan mengeluarkan hukum dan pandangan yang bercanggah dengan syariat. Sudah ada yang sesat dan menyesatkan!

Bayangkanlah bagaimana saatnya satu demi satu para ulamak diwafatkan oleh Allah SWT! Dan dikala itu urusan pemerintahan, urusan hukum-hakam syariat dikuasai oleh golongan juhala!. Na’uzubillahi min zalik..

Teringat saya akan perkataan Syeikh Muhammad al-Ghazali –

هذا زمان قليل علماءه , وكثير جهلاءه

“ zaman ini adalah zaman yang sedikit ulamaknya, dan banyaknya orang-orang yang jahil”

Bayangkanlah zaman generasi yang mendatang.. Kerana itu, saya (hamba yang lemah, yang hina, lagi faqir ini) menyatakan kepada sahabat-sahabat sekelian, bahawa….

MATINYA SEORANG ‘ALIM
ADALAH SATU MUSIBAH BESAR BAGI UMAT ISLAM!

Semoga Allah memelihara kita daripada menempuh zaman di mana para pemimpinnya sesat lagi menyesatkan, semoga Allah memberi kita kekuatan menghadapi pemimpin yang sesat lagi menyesatkan, semoga Allah sentiasa membangkitkan ulamak yang akan membela agamanya, semoga Allah mencampakkan ke dalam hati kita supaya cintakan ulamak, semoga Allah memberikan kemenangan kepada kepimpinan ulamak,..

Ya Allah!, terimalah doa dari hamba Mu yang dhoif ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Menerima doa - doa hamba-Mu..

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ . رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ . رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ . رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ . رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ . رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ . رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ . رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ . رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ . والحمد لله ربّ العالمين . آمين.. ثمّ آمين

العبد الفقير الى رحمة الله القدير
ابن مسران البنجري
٢٢ محرم ١٤٢٩ﻫ


**********************************

ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM : SEPINTAS LALU

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.[14]

Almarhum meninggal dunia pada 30 Januari 2008 bersamaan 21 Muharram 1429H di Hospital Sungai Buloh waktu tengah hari selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah.

Allahyarham dikebumikan di Makam Diraja, Shah Alam.[15]

Semoga Ruhnya dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan para syuhada dan solihin.. Amin..

الفاتحة

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (
7)

Ya Allah! Andainya dikurniakan pahala dari bacaan surah al-fatihah ini,
maka ku hadiahkan pahalanya kepada almarhum Dato’ Hj Ishak Baharom.
Terimalah ya Allah.. Amin..



[1]شعب الإيمان للبيهقي - (فصل في فضل العلم وشرف مقداره)
[2] سيرالسالكين – شيخ عبدالصمد الفلمباني . م/س 18
[3] Surah Ali Imran : 104
[4] مسند أحمد - (باب مسند عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله تعالى عنهما)
[5] صحيح البخاري - ( كتاب الفتن- باب كيف الأمر إذا لم تكن جماعة) / صحيح مسلم - (كتاب الإمارة - باب وجوب ملازمة جماعة المسلمين)
[6] حركة الإسلامية – د. يوسف القرضاوي. م/س 2

[7] سورة المجادلة : 11
[8] إحيأ علوم الدين – للإمام أبي حامد الغزالي . جزء الاول . م/س 11
[9] سورة آل عمران : 18
[10]إحيأ علوم الدين – للإمام أبي حامد الغزالي . جزء الاول . م/س 11

[11] شعب الإيمان للبيهقي - (فصل في فضل العلم وشرف مقداره)
[12] المعجم الكبير للطبراني
[13] صحيح البخاري - (كتاب العلم - باب كيف يقبض العلم) / صحيح مسلم – ( كتب العلم - باب رفع العلم وقبضه وظهور الجهل والفتن في آخر الزمان)
[14] http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/belasungkawa-untuk-almarhum-dato-ishak-baharom.html
[15] http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/kesihatan-dato-ishak-baharom-kritikal.html

Monday, January 28, 2008

PROGRAM JELAJAH PRESIDEN PAS...

PROGRAM JELAJAH PRESIDEN PAS
KE SELURUH NEGARA
"GELOMBANG KUNING SEMARAK HIJAU"


Objektif :

1. Menyemarakkan kebangkitan gelombang kuning kepada rakyat
2. Membangkitkan kesedaran rakyat menolak BN dalam PRU ke 12
3. Menyatakan pendirian PAS terhadap isu-isu besar negara
4. Menjawab tohmahan terhadap PAS oleh pimpinan BN

Anjuran :Lajnah Penerangan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Penerangan Negeri-negeri

Masa :03.00 ptg – 12.00 tghmlm

Tentatif Program :

1. Himpunan Perdana Rakyat
2. Dialog bersama Non Muslim
3. Ceramah Perdana.

Sila Klik di bawah untuk lihat jadual Program Jelalah Presiden PAS
http://www.harakahdaily.net/bm/doc/pdf_jelajahpresiden2008.pdf

Monday, January 21, 2008

Salam Tahniah & Tarbiyyah Dari Hamba..

SALAM TAHNIAH & TARBIYYAH DARI HAMBA..


Alhamdulillah, awal tahun ini menyaksikan beberapa sahabat saya memperoleh cahaya mata. Antaranya Sdr Khairul Faizi (Ketua DPPNJ), Sdr Faizol Salleh (S/U DPPNJ), Sdr Johari (EXCO DPPNJ)..

Sebagai sahabat, saya tumpang gembira dan turut sama bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan nikmat tersebut ke atas mereka..

Saya mendoakan agar “putera dan puteri mereka ini menjadi anak yang soleh, yang mengerjakan solat, menjadi penyejuk mata ibubapa dan menjadi insan yang berjasa kepada Islam dan ummatnya”..

Menyebut perkara ini, suka saya berkongsi kepada sahabat-sahabat yang lain termasuk kedua ibupaba si anak-anak kecil ini akan suatu bab yang terdapat di dalam Kitab AL-AZKAR karya Imam Nawawi Rhm.. iaitulah..

استحباب التهنئة وجواب المُهَنَّأ

يستحبُّ تهنئة المولود له، قال أصحابنا‏:‏ ويُستحبّ أن يُهَنَّأ بما جاءَ عن الحسين رضي اللّه عنه أنه علَّم إنساناً التهنئة فقال‏:‏ قل‏:‏ باركَ اللّه لكَ في الموهوب لك، وشكرتَ الواهبَ، وبلغَ أشدَّه ورُزِقْتَ بِرَّه‏.‏ ويُسْتَحَبُّ أن يردَّ على المُهنىء فيقول‏:‏ باركَ اللّه لك، وبارَك عليك، وجزاكَ اللّه خيراً، ورزقك اللّه مثلَه، أو أجزلَ اللّه ثوابَك، ونحو هذا‏.‏

Bab yang menyatakan .. (Terjemahan ringkas dari saya yang faqir..)

UCAPAN SELAMAT MELAHIRKAN DAN JAWAPANNYA

Sunat mengucapkan ucapan selamat ke atas lahirnya anak seseorang kepada orang tuanya. Telah berkata para Ashab kami bahawa sunat mengucapkan selamat itu berdasarkan riwayat Husain R.A. :

أنه علَّم إنساناً التهنئة فقال‏:‏ قل‏:‏ باركَ اللّه لكَ في الموهوب لك، وشكرتَ الواهبَ، وبلغَ أشدَّه ورُزِقْتَ بِرَّه‏.‏

[“Sesungguhnya ia mengajari seseorang ucapan tahniah (ucapan selamat), maka ia berkata: - Ucapkanlah! – Semoga Allah memberi berkat kepadamu pada pemberian-Nya, semoga engkau mensyukuri pada Yang Memberi, semoga anak ini menjadi dewasa dan berbakti kepadamu”]

ويُسْتَحَبُّ أن يردَّ على المُهنىء فيقول‏:‏ باركَ اللّه لك، وبارَك عليك، وجزاكَ اللّه خيراً، ورزقك اللّه مثلَه، أو أجزلَ اللّه ثوابَك، ونحو هذا‏.‏

[Dan disunatkan pula menjawab ucapan tahniah (ucapan selamat) itu dengan dia berkata: “Semoga Allah memberi berkat kepadamu, semoga Dia ke atas kamu, semoga Allah membalas kebaikan kamu, semoga kamu diberi rezeki seumpamanya, atau semoga Allah melipatgandakan pahala kamu”. Dan jawapan yang lain yang serupa…] Intaha..

[ al-Azkar, al-Imam an-Nawawi, hal 289. cet. Dar al-Fikr.]

Maka mengambil manafaat dan beramal dengannya,, maka saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya yang baru menimang cahaya mata,,

باركَ اللّه لكَ في الموهوب لك، وشكرتَ الواهبَ، وبلغَ أشدَّه ورُزِقْتَ بِرَّه‏.‏

“Semoga Allah memberi berkat kepadamu pada pemberian-Nya, semoga engkau mensyukuri pada Yang Memberi, semoga anak ini menjadi dewasa dan berbakti kepadamu”

Sayugianya dalam mempereratkan hubungan silaturrahim (Tarbiyyah Ukhuwah Islamiyah), kita diajar dalam Islam agar memberikan ucapan yang mengembirakan sesama Muslim. Hal ini tidak lain melainkan untuk memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan kecintaan antara keluarga Muslim.

Di dalam al-Quranul Karim, ternyata terdapat beberapa ayat yang menyebut tentang pemberian khabar gembira tentang kelahiran anak di dalam beberapa kesempatan. Ini sebagai petunjuk dan ajaran bagi umat Islam.

Sesungguhnya pemberian khabar gembira dan ucapan tahniah ini mempunyai pengaruh yang besar di dalam menyemai dan menguatkan ikatan ukhuwah dikalangan kaum muslimin. Lebih-lebih lagi dikalangan anggota jamaah.

Allah SWT berfirman tentang kisah Ibrahim A.S;

وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَى قَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ فَمَا لَبِثَ أَنْ جَاءَ بِعِجْلٍ حَنِيذٍ (69) فَلَمَّا رَأَى أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَى قَوْمِ لُوطٍ (70) وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَاقَ وَمِنْ وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ (71

[Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada Ibrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Salaman" (Selamat). Ibrahim menjawab: "Salamun" (Selamatlah), maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang. Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata: "Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat-malaikat) yang diutus kepada kaum Lut." Dan istrinya berdiri (di balik tirai) lalu dia tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir putranya) Ya’kub.] –(surah Hud : 69-71)

Dan Allah SWT berfirman tentang kisah Zakaria A.S;

فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَى مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ (39)

[Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan salat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang putramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh."]-(surah Aali Imran : 39)

Berkenaan dengan pemberian ucapan tahniah (ucapan selamat) ke atas orang yang baru menimang cahaya mata (kelahiran anak), Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah telah meriwayatkan di dalam Kitabnya “TUHFATUL MAUDUD”, dari Abu Bakar al-Mundzir bahawa ia berkata;

أن رجلا جاء إليه, وعنده رجل قد وُلد له غلام. فقال له: يَهْنِك الفارس, فقال الحسن : ما يدريك أفارس هو أم حمار؟ قال الرجل : فكيف نقول؟ قال : قل! (بورك لك في الموهوب وشكرت الواهب, و رزقت برّه, وبلغ أشده).

[“Telah diriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Bashri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya terdapat seorang lelaki yang baru sahaja dikurniakan seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak kecil itu, “Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda!”. Maka berkata al-Hasan kepada lelaki itu, “Apa mu tahu, adakah dia seorang penunggang kuda atau seorang penunggang keldai?”..

Lelaki itu berkata, “ Maka bagaimanakah sepatutnya kami katakan?”. Lalu al-Hasan berkata, “Katakanlah!, “Semoga engkau diberkati terhadap apa yang diberikan kepadamu, semoga engkau bersyukur kepada Yang Maha Memberi, semoga engkau diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga anak ini mencapai masa balighnya” .]
Intaha –
[lihat TARBIYATUL AULAD, asy-Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Hal. 71, jil. 1. Cet. Dar as-Salam].

Ucapan selamat dan pemberian khabar gembira ini tertuju tanpa perbezaan samada lahirnya anak lelaki mahupun perempuan. Alangkah baiknya kaum Muslimin, jika semuanya membiasakan kemuliaan ini dalam masyarakat.. Alangkah baiknya anggota jamaah, jika semuanya membiasakan kemuliaan ini dalam kehidupan berjamaah...

“Ya Allah.. Campakkanlah kemuliaan ini ke dalam hati-hati saudara kami”… Amin..

Saya ambil kesempatan di sini dengan saya menganjurkan kepada sahabat-sahabat saya dan kepada yang lain juga akan suatu kitab yang sangat bagus dibaca..

Sebuah kitab yang bertajuk تربية الأولاد في الإسلام “TARBIYATUL AULAD FIL ISLAM” (PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM). Karya Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan. Seorang Ulama dan Murabbi yang masyhur.

Kitab 2 jilid tersebut membahas secara halus dan tajam bermula “Kaitan Perkahwinan Dengan Pendidikan Anak-Anak” sehinggalah “Tanggungjawab Terhadap Soal Pendidikan Seks Terhadap Anak-Anak”..

Segala tarbiyyah dan tanggungjawab yang penting dikupas dan dinyatakan di dalamnya.. Bacalah.. Insya Allah beroleh manfaat.

Bagi mereka yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat atau ingin men “download” kitab tersebut, bolehlah melayari laman http://abdullahelwan.net/

Mudah-mudah nukilan ringkas ini mendatangkan manafaat yang baik kepada kita semua dan diberkati Allah SWT.. Keampunan Allah lah yang saya harapkan.. Amiin..

Sekian dulu nukilan dari hamba yang haqir lagi faqir,,

العبد الفقير إلى رحمة الله :
إبن مسران البنجري

Sunday, January 13, 2008

Pulangkan Adik Linie..



Sharlinie Mohd. Nashar, 5 tahun, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.


Saya menyeru agar kita sama-sama berdoa kepada Allah Yang Maha Mengetahui agar adik Sharlinie berada dalam keadaan selamat dan akan dipertemukan bersama keluarganya.. Amin..


Bacalah surah Yaasin sebagai sarana tawassul kepada Allah agar segala kepayahan dan kesukaran untuk mencari dan menemui kembali Sharlinie dipermudahkan. Semoga Allah bersihkan juga masyarakat kita dari segala kejahatan dan jenayah para penjahat dan penjenayah.


Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyatakan bahawa sebahagian ahli ilmu menyatakan:-

أنَّ مِن خصائص هذه السورة أنها لا تُقرَأ عند أمر عسير إلا يسره الله


"Bahawa di antara khasiat surah ini (yakni surah Yaasin) tidaklah ianya dibaca ketika menghadapi sesuatu perkara atau urusan yang sulit atau payah, melainkan akan Allah permudahkannya."


Ambillah iktibar ini, segeralah kembali kepada kesyumulan syariat Islam..

Thursday, January 10, 2008

Kepada Allah jua tempat bermohon...

اعلم أن المذهب المختار الذي عليه الفقهاء والمحدّثون وجماهير العلماء من الطوائف كلها من السلف والخلف‏:‏ أن الدعاء مستحبّ، قال اللّه تعالى‏:‏ ‏ «‏وَقالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أسْتَجِبْ لَكُمْ‏» ‏ ‏‏غافر‏60‏،‏ وقال تعالى‏:‏ ‏ «‏ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً‏» ‏ ‏‏الأعراف‏‏ 55‏،‏ والآيات في ذلك كثيرة مشهورة‏.
وكان يحيى بن معاذ الرازي رضي اللّه عنه يقول‏:‏ كيف أدعوك وأنا عاصٍ‏؟‏ وكيف لا أدعوك وأنت كريم‏؟‏‏.‏
وقال بعضهم‏:‏ ادعُ بلسان الذلّة والافتقار، لا بلسان الفصاحة والانطلاق
Ketahuilah, menurut mazhab yang dikuatkan oleh para fuqaha, muhaddithin, dan jumhur ulama baik salaf mahupun khalaf, bahawa berdoa itu hukumnya sunat. Allah swt berfirman:
‏(وَقالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أسْتَجِبْ لَكُمْ‏) ‏ ‏‏غافر‏60‏،‏
".. dan Tuhanmu berfirman, -Berdoalah kepada-Ku, nescaya Ku perkenankan doa kalian.."
dan firman-Nya lagi;
«‏(ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً) ‏ ‏‏الأعراف‏‏ 55‏،
"... Berdoalah kepada Tuhan kalian dengan rendah hati dan penuh rasa takut.."
Dan masih banyak lagi ayat-ayat tentang berdoa,,
Dan adalah Yahya bin Mu'az ar-Razi berkata:
كيف أدعوك وأنا عاصٍ‏؟‏ وكيف لا أدعوك وأنت كريم‏؟‏‏.
" Bagaimana aku harus berdoa kepada-Mu, padahal aku seorang yang maksiat?, Dan bagaimana pula aku tidak berdoa kepada-Mu, padahal Engkau Maha Pemurah?
Sebahagian ulama berkata;
ادعُ بلسان الذلّة والافتقار، لا بلسان الفصاحة والانطلاق
" Berdoalah dengan bahasa yang menyatakan kerendahan diri, keberhajatan kepada Allah, bukan dengan bahasa yang fasih-fasih sahaja.."
العبدالفقير إلى رحمة ربه القدير
ابن مسران البنجري

Monday, January 7, 2008

Amiin.. Amiin... Summa Amiin.. Ya Allah..



Doa Imam besar Mekah... Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semuga ALLAH menetapkan Imannya.

Terjemahan spontan adalah seperti berikut..

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.

Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.

Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (berhenti 30 saat)

Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,

Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,

Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.

Amin Ya Rabbal 'alamin!

Sunday, January 6, 2008

Nasihat Bush pada Mat Rempit...



Ini bukan George Bush!,, Tapi Garbush @ Garmen bin Sastro... George Bush yang sebenar lebih jahat daripada mat rempit kerana menyembelih umat Islam..

Cabaran Abad 21.. Abad kite..

CABARAN ABAD 21
DARI ASPEK KEFAHAMAN FITRAH

OLEH: DR FATHI YAKAN


Cabaran Global Yang Dihadapi Oleh Agama Islam (Agama Fitrah)

Kita dapat saksikan bagaimana agama Islam sebagai agama fitrah sedang menghadapi cabaran dalam semua sektor. Dan manusia dalam kehidupan dan tingkah lakunya kerap terkeluar dari fitrah yang Allah SWT telah tentukan ke atas mereka.

Keadaan ini tidak terbatas sekadar itu sahaja, malah agama Islam sedang menghadapi pelbagai cabaran yang menggunakan beranika senjata untuk menghalang Islam dari mencapai kedudukan dalam membuat keputusan di peringkat antarabangsa dan menerajui kepimpinan manusia sejagat.


Di antara cabaran -cabaran tersebut ialah:


1. Cabaran Dalaman

Cabaran ini dihadapi melalui permainan pertentangan dan mewujudkan pertentangan yang membuat klasifikasi tentang tenaga dan sektor-sektor Islam, antara "helang dan merpati", antara ektrimis dengan sederhana dan antara pihak radikal dengan liberal.

Begitu juga melalui cetusan sentimen mazhab, semangat perkauman, kebangsaan, kumpulan dan keluarga. Di antara buktinya ialah apa yang berlaku di Afghanistan, Kurdistan, Bahrain dan Selatan Sudan serta lain-lainnya. Demikian juga dengan persoalan sempadan kebangsaan dan kedaulatan yang merupakan bom jangka waktu yang boleh meledakkan seluruh dunia Islam.

Hal ini pernah disuarakan oleh tokoh agama Yahudi, M. Samuel dalam tulisannya yang berjudul "Kamu Bukan Orang Yahudi". Di antara lain katanya, "Kami orang-orang Yahudi adalah peruntuh. Kami akan tetap menjadi peruntuh selama-larnanya. Biar apa yang kami lakukan ia tidak cukup untuk memenuhi keperluan dan tuntutan kami. Kami akan menjadi peruntuh kerana kami mahu dunia ini untuk kami.

Dalam tulisan "Zaman Utusan Amerika"; kedudukan dan masa hadapan kerajaan-kerajaan Arab yang bersekutu dengan Washington ialah untuk menjadi perkakas yang tuli, yang dipelihara dengan hati-hati atau dihancurkan dengan mudah sekali mengikut keadaan dan keperluan Amerika. Ia bagaikan dalam gelanggang percaturan antarabangsa Amerika. Dalam Buku Moro Berger, "Dunia Arab Masa Kini", beliau menulis; kebimbangan tentang bangsa Arab dan perhatian kita kepada bangsa Arab bukanlah kerana becnyaknya petrol yang mereka miliki, tetapi disebabkan kerana Agarna Islam.

Kita mesti memerangi Islam untuk menghalang kesatuan bangsa Arab yang membawa kepada kekuatan kesatuan mereka kerana selalunya kekuatan Arab beriringan dengan kekuatan Islam, keagongan Islam dan penyebarannya. Justeru itulah muncul berbagai pakatan sulit untuk menghalang setiap usaha ke arah perpaduan dan kesatuan di kalangan bangsa Arab dan umat Islam.

Dalam satu dialog yang berlangsung di antara Kessinger dan beberapa pemimpin Yahudi, beliau menyebut; "Amerika Syarikat akan terus berusaha menyisihkan bangsa Arab dan menghalang mereka dari mewujudkan hubungan antarabangsa yang bebas dan berdaulat, bukan sahaja dengan Soviet Union malah dengan negara-negara Eropah Barat. Ini dengan tujuan untuk mempastikan penguasaan kita secara menyeluruh dan meluas terhadap dasar-dasar Arab".

Mengikutnya lagi, strategi yang kita jalankan sejak tahun 1973 ialah:

i. Berusaha untuk menghancurkan perpaduan Arab.
ii. Menyisihkan Soviet dari medan diplomatik.
iii. Mengekalkan situasi yang membolehkan Israel berurusan dengan jirannya secara bersendirian.

Sementara itu harapan saya, agar ingatan orang-orang Arab dan ingatan orang-orang Islam tidak akan melupai kata-kata Bekas Setiausaha Luar Amerika, Warren Christopher, sebelum pembentukan anggota kabinet Amerika yang baru, katanya:

'Kalau kita boleh meleburkan dunia Arab kepada 5, 000 buah negara, kita tidak akan teragak-agak melakukannya".

Dalam majalah "Cifonin" yang diterbitkan oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa, iaitu bilangan 24 terbitan tahun 1982, terdapat satu kajian yang panjang lebar. Di bawah ini kita mengambil beberapa petikan darinya; Penubuhan negara Qibti di bahagian hilir negeri Mesir merupakan penggerak pasti kepada perkembangan sejarah dalam jangka masa panjang, walaupun kini dihalang oleh perjanjian damai.

Menurutnya lagi; pembahagian Lubnan kepada lima wilayah, mencerminkan apa yang akan berlaku di seluruh dunia Arab. Pembahagian Syria dan Iraq kepada beberapa wilayah mengikut perbezaan agama dan keturunan seharusnya dalam jangka masa panjang menjadi matlamat keutamaan Israel. Langkah pertama ke arah operasi tersebut ialah menghancurkan kekuatan tentera negara-negara tersebut".

Katanya lagi; "Negara Iraq yang kaya dengan minyak dan mangsa pertarungan dalaman dengan sendirinya terletak dalam lingkungan jangkauan Israel. Kedudukan suku kaum Syria mendedahkan kepada perpecahan yang boleh melahirkan tiga buah negara. Satunya negara Syi'ah iaitu di sepanjang persisiran pantai dan dua buah negara Sunni di Halb dan Damsyik. Di samping kemungkinan masyarakat Duruz mendirikan negara di kawasan Bukit Golan yang kita kuasai ".

Menurutnya lagi, "peperangan antara Syria dan Iraq akan menyumbang ke arah kehancuran kedua-dua negara dari dalam, sebelum kedua-dua negara itu memiliki kemampuan untuk membolehkannya memasuki peperangan secara meluas menentang kita". Katanya lagi; "Begitu juga dengan Semenanjung Tanah Arab yang secara keseluruhannya terdedah kepada perpecahan disebabkan tekanan dari dalam.

Keadaan ini berpanjangan di Saudi Arabia dan di seluruh negara kerjasama Teluk. Justeru itu peningkatan krisis dalaman dan kejatuhan regim ini terrnasuk dalam rangka kerja polisi kita sekarang ini". Beliau menambah; "Setiap pertarungan antara negara Arab membawa keuntungan kepada kita dan akan menyegerakan saat ledakan".

2. Cabaran Sosial

Cabaran ini mencetuskan persengketaan antara berbagai golongan dengan menyebarkan keburukan dan maksiat menerusi mafia dadah, mafia pelacuran, mafia sebaran am, menggalakkan dasar kepenggunaan, melariskan barangan mewah melalui berbagai kemudahan bertujuan untuk melemahkan semangat kerohanian serta ketahanan penentangan di kalangan umat Islam.

Ini dilakukan melalui;

i. Galakan kepada program Freemason dan badan-badan yang bernaung di bawahnya.
ii. Munculnya gejala "memuja syaitan".
iii. Pelancongan Yahudi dan kegiatan merisik serta kegiatan yang merosakkan.
iv. Menarik balik larangan hubungan perdagangan dengan regim Israel.
v. Menghapuskan daripada kurikulum pelajaran di Kuwait setiap ayat Al-Qur'an yang menyentuhpertarungan dengan Yahudi.
vi. Menarik balik sekatan pemilikan tanah oleh orang Yahudi di Jordan.

3. Cabaran Ekonomi

Cabaran ini melalui dasar kepungan ekonomi dan merampas kekayaan negara dalarn berbagai bentuk serta penguasaan ke atas sumber kekayaan di dunia Islam (samada minyak,air, logam dan lain-lainnya). Sebagai buktinya,

i. Negara Iran dilarang daripada memiliki kekayaannya sendiri dan dipastikan supaya berada di dalam kawalan Bank Dunia. Pada masa yang sama Iran dihalang dari membuat keputusannya sendiri. Namun dasar paksaan ala penjajah antarabangsa ini pasti lebur dan hancur.
ii. Negara Sudan dilarang untuk mengeluarkan minyaknya bagi tujuan eksport selagi ia tidak tunduk di bawah telunjuk Amerika. Namun halangan ini juga akan cair menghadapi kekentalan wawasan dan agenda Islam di Sudan, insyaAllah.

4. Cabaran Aqidah, Ideologi dan Kebudayaan

Wawasan dan agenda Islam telah dan sedang menghadapi pelbagai konspirasi yang menentangnya. Di antaranya ialah ancaman kepada Islam yang secara lantang disuarakan oleh Clinton dalarn "Persidangan Keganasan" yang telah berlangsung di Sharm Sheikh, beliau dengan tegas menyifatkan Islam sebagai pengganas dan menggambarkan para pejuang kebebasan yang mahu membebaskan tanah air mereka dari cengkaman Israel sebagai penjenayah.

Clinton menggambarkan juga Generasi lntifadah, Gerakan Hamas, Jihad Islam dan penentangan di Lubnan sebagai musuh-musuh perdamaian yang berusaha untuk menghalang perdamaian dan tindakan-tindakan mereka telah mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa. Dan di tempat yang lain beliau berkata: "Kita akan menjejaki golongan fundamentalis di selurah pelusuk dunia dan mereka tidak akan terlepas dari tangan kita. Mereka akan dibawa kepada pengadilan".

Dalam komentarnya terhadap "Persidangan Keganasan" di Sharm Sheikh, Encik Talal Salman, Ketua Pengarang akhbar 'al-Safr' menulis, katanya; "Lakunan palsu tidak lagi mampan mengelabui mata orang ramai, biar betapa bijak pengarah dan pelakonnya. 'Persidangan Keganasan" yang berlangsung di Sharm al-Sheikh itu sebenarnya adalah merupakan mahkamah antarabangsa untuk mengadili agama Islam, untuk men"tamaddunkannya'' dan membersihkannya dari faham ekstrimisme yang hauskan darah !.

Sidang kemuncak ini menjadikan diri mereka sebagai rujukan tertinggi dan mutlak yang berhak untuk menentukan siapa Muslim dan siapa pula yang terkeluar dari agama yang suci itu. Mereka juga menentukan siapakah orang mu'min yang sebenarnya dan siapakah yang murtad dan mesti dibunuh untuk melindungi orang Islam. Ia lebih tinggi dari al-Azhar al-Sharif dan lebih tinggi dari Najaf al-Sharif. (Akhbar al-Safir keluaran :13-3-l996).

Dalam persidangan keselamatan NATO yang diadakan di Munich pada 20hb. Feb. 1995, Setiausaha Agung Pertubuhan NATO menyebutkan bahawa "bahaya pihak fundamentalis (Islam) lebih kurang sama dengan bahaya komunis dahulu". Beliau menambah, "Selepas komunis tidak ada lagi musuh kita selain Islam". Dan beliau menyifatkan Islam sebagai "bahaya(ancaman) hijau".

Orang yang pertama menonjolkan (pandangan bahawa Islam adalah musuh selepas Komunis) ialah Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, Dick Shirmy. Sementara itu, Presiden Turki, Suleiman Dimeral pada 13-2-1997 yang dipetik oleh agensi berita Anatolia, berkata; "Sesiapa yang membawa politik ke masjid adalah melakukan jenayah dan dosa". Beliau menambah kata; "adalah satu tanda kemunduran jika ada orang yang mahu kembali kepada sistem shari'ah sekali lagi".

Di samping itu, wawasan Islam juga berhadapan dengan cabaran ideologi secular, falsafah yang sesat, kepercayaan tidak beragama dan gerakan-gerakan yang diragukan seperti Freemason, Kelab Rotary dan Kelab Lion, gerakan sekularisme, gerakan pembaratan, persatuan memuja syaitan dan (Shuhud Yahuh).

5.Cabaran Sebaran Am

Wawasan dan Agenda Islam serta negara-negara umat Islam berhadapan dengan agenda politik yang telah diprogramkan; matlamatnya untuk meleburkan jatidiri dan keperibadian bangsa Arab, menggalakkan unsur-unsur jenayah, keganasan dan seks serta mewujudkan prasarana untuk ia berkembang biak.

Sejajar dengan itu diadakan proses brain washing, penghantaran missionary Kristein, kumpulan-kumpulan kebudayaan dan kesenian, Institusi Pengajian Tinggi, Yayasan Kebajikan, Bantuan Kewangan, pita-pita video dan pelbagai agensi media massa yang kesemuanya bertujuan untuk menghancurkan keperibadian ummah.

Sesungguhnya media massa memainkan peranan utama di dalam memberikan gambaran negatif terhadap Islam khususnya kepada gerakan jihad yang mempertahankan tanahair kehurmatan ,maruah dan hak-hak mereka. Golongan ini dianggap sebagai penjenayah, fundamentalis,ekstrimis, radikalis dan yang seumpamanya. Juga melalui tindakan kejam oleh pehak-pehak keselamatan yang melakukan pembunuhan hasil desakan perisikan ketenteraan seperti Mossad C.I.A yang kemudiannya cuba dikaitkan dengan gerakan-gerakan Islam

6. Cabaran Keselamatan dan Ketenteraan (Amerika Syarikat dan Zionis)

Agenda Islam menghadapi cabaran yang getir dari aspek persenjataan dan ketenteraan. Ini dapat dibuktikan khususnya negara-negara seperti Iran, Syria, Sudan dan lain-lainnya dilarang dari memiliki senjata-senjata canggih, apatah lagi untuk memiliki senjata nuklear. Sebagai buktinya, Amerika menjadi gempar apabila Syria membeli beberapa senjata dari Cina. Perkara yang sama juga berlaku apabila ada berita yang mendedahkan Syria bercadang untuk membeli beberapa peralatan tentera dari Afrika Selatan.

Dunia menjadi gempar lagi apabila Iran membeli beberapa buah kapal laut, di antaranya kapal selam nuklear dari saki baki peralatan tentera Soviet Union. Demikian juga polisi terhadap Sudan, Libya dan Iraq yang bertujuan untuk menghancurkan mereka dari aspek ketenteraan, keupayaan untuk meningkatkan teknologi dan tenaga nuklear.

Sebaliknya pula bagi kuasa besar tidak mengapa Israel memiliki beberapa reaktor nuklear dan beratus-ratus laras senjata roket nuklear yang bersedia untuk dilancarkan. Bagi kuasa besar, tidak mengapa kalau Israel tidak menandatangani perjanjian antarabangsa untuk menghentikan ujian nuklear. Apa yang di kehendaki oleh kuasa besar ialah Islam tanpa kekuatan, tanpa maruah dan bangsa Arab tanpa kemulian dan harga diri.

Agenda Islam Menukarkan Keadaan

Dari celah-celah pusingan penindasan, penderitaan, akibat kekejaman zionis di Palestin meledak intifadah golongan Hamas dan Jihad Islam. Dari rekahan dan rintihan penderitaan di Selatan Lubnan meletus penentangan Islam. Agenda Islam telah berjaya meledakkan tenaga jihad dan tenaga syahid. Operasi syahid yang dilancarkan secara berterusan telah berjaya meruntuhkan dongengan bahawa negara Zionis tidak boleh dikalahkan dan tidak boleh dijatuhkan oleh seluruh tentera Arab.

Cabaran Akhir yang Dihadapi oleh Islam

Usaha untuk melumpuhkan kuasa gerakan Islam yang menempati kursi parlimen di beberapa buah negara umat Islam dan yang menguasai kerajaan seperti yang berlaku di Iran, Sudan dan lain-lain. Kita tidak lupa dengan dasar perjanjian ketenteraan dan keselamatan muncul semula di kawasan ini. Terdapat perjanjian bersekutu antara tentera Turki ( General Daunama) dengan Regim Zionis yang turut disertai oleh Washinton dan Amman yang mengancam bangsa Arab dan Ummah Islam. Ia juga mengancam kesatuan negara-negara Arab dan Islam. Ia mengembalikan semula ingatan terhadap dasar pemecahan oleh Amerika dan Zionis.

Saya menyerahkan kepada anda semua untuk menentukan sejauh mana kesan konspirasi tersebut terhadap wawasan dan agenda Islam dan nasional yang di bawa oleh Setiausaha Luar Amerika Madlyn Albright dengan membaca dokumen "strategi masa hadapan pentadbiran Amerika." Doc.7,8.

Penipuan Amerika dan Zionis Terhadan Institusi Pemerintahan Arab

Antara cabaran yang dihadapi juga ialah persetujuan dan perjanjian khianat diantara pelbagai Regim dengan Regim zionis di bawah slogan dusta, umpamanya " Dasar Penciptaan Pendamaian", " Dasar Hidup Bersama Timur Tengah"."( Persetujuan Camp David) ,( Persetujuan Oslo), ( Persetujuan Wadi Arbah). Pengesahan dan pengiktirafan negara Arab dan Islam ( secara rasmi) terhadap segala tindakan ganas dan provokatif negara pengganas Israel melalui Persidangan Kemuncak Sharm El Sheikh.

Dasar mencabar yang didokong oleh Netanyahu ( Perdamaian sebagai balasan perdamaian, ( Perdamaian sebagai balasan ekonomi) menggantikan cadangan ( Tanah sebagai balasan Perdamaian) ( Dasar Pengyahudian dan Penempatan ) ( Menentang gelombang Islam ) . Seterusnya penyibaran risalah- risalah yang mencemarkan kesucian Rasulullah S.A.W dan Siti Maryam A.S . Demikiam juga dengan kemunculan Pertubuhan Sulit Zionis yang menggelarkan diri mereka sebagai ( Pertubuhan Penghapus Noda ) Bagi mereka kotoran tersebut ialah ( Masjid al Aqsa, Qubah Sakhrah, (Gereja al-Mahd di Baitullaham,( dokumen No: 9-10)

Cabaran besar terakhir ialah apa yang diputuskan oleh Kongres Amerika baru-baru ini untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Zionis. Kongres turut memperuntukkan seratus juta dollar untuk memindahkan Kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis.

Kesimpulannya Cabaran tersebut ialah:

1. Cabaran ideologi terhadap fitrah beriman kepada Allah . (Fenomena global yang mencemaskankan)

2. Cabaran alkohol terhadap fitrah aqal dan kewarasan pemikiran.

3. Cabaran vana bersifat instinct terhadap fitrah erkahwinan. (Penyakit AIDS bencana semasa.)

4. Cabaran temperement terhadap fitrah yang berasaskan keseimbangan dan kesederhanaan.

5. Cabaran maya terhadap fitrah yang bersaskan realiti

6. Cabaran berjaga malam dalam jangka yang lama terhadap fitrah tidur.

7. Cabaran gelojoh terhadap fitrah makan

8. Cabaran keburukan bagi fitrah kebaikan.

9. Cabaran susu tiruan terhadap fitrah penyusuan semulajadi.

10. Cabaran rumput tiruan terhadap fitrah makanan binatang ternakan ( penyakit lembu gila)

11. Cabaran biologi terhadap fitrah ciptaan Allah ( klon manusia dan kejuruteraan genetik.)

12. Kejuruteraan genetik, pengklonan manusia serta perubahan yang meyeluruh terhadap ciptaan Allah.

13. Cabaran global yang dihadapi oleh Islam ( sebagi Agama Fitrah)

copy from : http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/