Friday, July 11, 2008

Silaturrahim Pondok SeMalaysia Kali Ke-2



Kepada sahabat-sahabat yang berkesempatan dan ada kelapangan, jangan lepaskan peluang menghadiri program di atas. Insya'Allah banyak manfaatnya..

Agenda jahat terhadap Islam

Tidak ada akhbar tempatan yang terus memain dan mensensasikan isu ini selain The Star. Di muka hadapannya hari ini dipaparkan gambar berikut meliputi satu pertiga ruangannya dengan tajuk: Turban legends on the road

Sejak penguatkuasaan penggunaan topi keledar ke atas penunggang dan pembonceng motorsikal dikuatkuasakan puluhan tahun dahulu, sehingga kini ia tidak pernah menjadi isu. Semua diwajibkan menggunakan topi keledar, namun ada beberapa segmen yang diberikan pengecualian termasuklah penganut Sikh yang mengamalkan pemakian serban mereka dan umat Islam yang “haji” atau “lebai”.

Kes ini kini menjadi perhatian apabila seorang anggota polis trafik menyaman seorang murid sekolah pondok di Pasir Tumbuh Kelantan kerana tidak memakai topi keledar dan sebaliknya mengenakan serban. Anggota trafik berkenaan membuat kesimpulan bahawa Ahmad Nasir Darus tidak termasuk dalam segmen yang diberikan pengecualian itu. Ahmad Nasir kini mencabar saman itu dan kes ini sedang didengar di Mahkamah Majistret Kota Bharu (yang kebetulan Majistretnya adalah Puteri kepada Sultan Kelantan).

Sementara itu Ketua Polis Kelantan mengeluarkan arahan agar anggotanya tidak lagi mengeluarkan saman terhadap kes yang sama sementara menunggu penjelasan ebenar darihal pengecualian ini dari Bukit Aman.

Saya hairan kenapa The Star terus mensensasikan kes ini, lalu apabila mengunjungi blog Ketua Pengarangnya, Wong Chun Wai barulah terserlah agenda pihak berkenaan. Wong menulis dalam posting diblognya:

The question here is that Sikhs wear the turbans for religious reasons. For Muslims, is it a religious obligation to wear serbans? Or merely tried to look pious and look Arab?
(Soalnya di sini, kaum Sikh mengenakan serban atas alasan agama. Untuk umat Islam, adakah ianya tuntutan agama untuk berserban? Atau adakah semata-mata kerana mahu dilihat alim atau dilihat bagaikan Arab?)

Untuk makluman Wong ini bukanlah seorang yang tidak faham atau kenal akan kepercayaan dan amalan umat Islam kerana beliau adalah lulusan sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, pasti semasa menuntut beliau terdedah dengan amalan para pelajar Islam di sana, tetapi mengapa beliau seolah mempertikaikan amalan berserban ini?

Semua umat Islam yang beramal dan berilmu tahu akan tujuan berserban ini, saya bimbang apa yang cuba dibangkitkan oleh Wong ini nanti dikongsi pula oleh mereka yang lain termasuklah yang jahil dikalangan umat Islam. Dengan mengawal akhbar yang paling luas edarannya di Malaysia, Wong memiliki ruang untuk mempengaruhi dan memberi gambaran negatif dan jahat seumpama ini, lalu apa yang harus kita lakukan?

Wednesday, July 9, 2008

Lawanan Cicakman & Spiderman..



No komen.. ala kuli hal Moonman ni dapat musafir jauh dengan tak perlu isi minyak.. Protes ni.. tapi jangan la berlaga dengan burung lagi.. nyaya dia.. dia pun makhluk Allah jugak.. ;-)

Sunday, July 6, 2008

Semoga Allah meredhai.. Amin..

diterima drpd email sahabat baik ana:
MAJLIS AL-BANJARI
DI DEWAN BESAR MASJID NURUL TA’ZIM

ALHAMDULILLAH, Syukur ke hadrat Allah yang berkehandak memberi kebaikan kepada hamba-hambanya. Selawat dan Salam ke atas Penghulu segala Rasul, dan ahli keluarganya dan segala pengikutnya hingga ke hari Akhir.

Dahulu 2007-2008 al-Fadhil Ust Ibrahim al-Banjari telah pun diberi kepercayaan mengajar di Masjid Nurul Ta’zim, Majidi Baru kira-kira hampir setahun. Beliau mengajar Tafsir al-Quran dan Kitab Jauharul Mauhub. Namun apabila menjelang tempoh pilihanraya umum yang lalu, khidmat beliau dihentikan sementara. (barangkali ada kebimbangan pihak-pihak tertentu).

Kini, alhamdulillah, atas permintaan ahli qariah Masjid tersebut, sekali lagi al-Fadhil Ustaz Ibrahim al-Banjari diundang untuk berkhidmat menyampaikan ilmu. Bezanya, kali ini diadakan di Dewan Besar Masjid Nurul Ta’zim.

Kami melihat kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu amat terserlah. Pernah al-Fadhil Ustaz terlewat hadir hampir satu jam, namun mereka masih sudi menanti kehadiran al-fahil ustaz.

Kali ini al-fadhil ustaz tidak mengajar Tafsir al-Quran, tetapi mengajar Kitab Sairus Salikin sebagai muqaddimah supaya para penuntut ilmu memahami adab-adab menuntut ilmu. Difahamkan setelah tamat mempelajari adab-adab menuntut ilmu tersebut, al-Fadhil Ustaz akan mengajar Kitab Sifat 20. Sebuah kitab jawi lama yang menyentuh bab Tauhid.

Insya’Allah, al-fadhil ustaz juga akan meneruskan pengajian Kitab Jauharul Mauhub dan juga akan mengajar Kitab Aqidatul Awam..

Kami berdoa agar Majlis al-Banjari yang diadakan di Dewan Masjid Nurul Ta’zim ini berpanjangan dan berterusan dengan izin Allah swt serta mendapat keredhaan Allah Azza wa Jalla. Kami juga berharap al-fadhil ustaz dapat memberikan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan menjadikan Majlis al-Banjari di Masjid ini seumpama di Pondok Ledang, tempat al-fadhil ustaz mencurahkan pelbagai bidang ilmu.

Oleh : Hamdan Jelani al-Banjari
Gambar-gambar kenangan bersama al-fadhil ustaz Ibrahim al-Banjari
di Majlis al-Banjari, Masjid Nurul Ta'zim, Majidi Baru, Johor Bahru.





***************************
Terima kasih diucap kepada Akhi Hamdan yang merupakan murid dan sahabat baik ana. Ana juga sentiasa bermohon kepada Allah Subhanahu wa Taala agar semua majlis ilmu agama yang dianjurkan samada daripada ana atau daripada para ustaz & tuan guru yang lain sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah yang Maha Pengasih..


"Ya Allah, Anta Rabbi wa Anta Rabbul 'Alamin, Anta maksudiy wa redho Ka mathlubiy.."

"Ya Allah, Tuhan yang memiliki Ilmu, jauhkanlah diri kami daripada sifat 'ujub dan riya', masukkanlah ke dalam hati-hati kami sifat ikhlas dan amanah dalam beramal dan menyampaikan risalah Agama-Mu yang mulia ini.."

Amiin Ya Rabbal 'Alamin..

Saturday, July 5, 2008

Lagi Kenali Karya dan Ulama Banjar...

ULAMA sufi berasal dari dunia Melayu yang diriwayatkan ini nama lengkapnya ialah Syeikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari. Seperti ulama-ulama sufi lain, Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari juga mendapat tentangan daripada orang-orang yang tidak sependapat dengan ajaran tasawufnya. Namun tidak sehebat tentangan terhadap Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Dalam perkembangan mutakhir golongan sufi dunia Melayu cukup rancak dibicarakan.
Sebelum berkembangnya aliran tajdid di dunia Melayu, boleh dikatakan tidak ada ulama besar dunia Melayu menyalahkan kandungan yang termaktub dalam ad-Durr an-Nafis, iaitu sebuah kitab perbahasan yang tinggi jalan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan permulaan jalan tasawuf ketuhanan dalam bahasa Melayu yang dihasilkan oleh ulama berasal dari Banjar yang dibicarakan ini.
Bagi ulama abad ke 18-19 dunia Melayu, ajaran semacam itu cukup mereka fahami kerana memang ada kitab-kitab tasawuf peringkat tinggi (muntahi) yang dirujuk dan mengimbangi kitab ad-Durr an-Nafis itu sebagai pegangan yang kukuh bagi kaum sufi. Yang termaktub dalam karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari itu adalah relevan dengan karya-karya Syeikh Abdul Karim al-Jili, Syeikh Muhyuddin Ibnu Arabi (17 Ramadan 560 H/29 Julai 1165 M-28 Rabiulakhir 638 H/21 November 1240 M) dan lain-lain. Lebih dua ratus tahun kitab ad-Durr an-Nafis itu diajarkan oleh para ulama di dunia Melayu, kemudian pada waktu akhir-akhir ini, sama ada di Indonesia mahu pun di Malaysia, ada pihak-pihak tertentu menyalahkan dan melarang mengajarkannya.
Di satu pihak kitab itu dilarang atau diharamkan menggunakannya, di pihak lain ternyata lebih banyak surau mahu pun masjid atau pun di rumah-rumah orang mengajarkannya. Bahkan K.H Haderanie H.N., seorang ulama di Surabaya berusaha melatin/merumikan kitab tersebut, yang diberi kata sambutan oleh seorang ulama dan tokoh atau ahli politik Islam Indonesia, K. H. Dr. Idham Chalid. Ad-Durr an-Nafis yang dilatin/dirumikan itu diberi judul Ilmu Ketuhanan Permata Yang lndah (Ad-Durrunnafis).
Saya, selaku penulis riwayat ini, tetap menilai bahawa Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari adalah seorang ulama besar sufi dunia Melayu. Memang tidak boleh terlalu mudah menilai beliau sebagai seorang yang tidak berilmu, zindiq, sesat dan sebagainya, seperti yang pernah dilemparkan oleh orang-orang tertentu kepada beliau. Bagi saya bertindak adil dan jujur terhadap ilmu pengetahuan itulah yang lebih baik dilakukan daripada menyalahkan orang, sedangkan kita sendiri tidak tahu dengan tepat dan pasti apa yang disalahkan itu. Apabila berbeza sistem dan penerapan sesuatu disiplin ilmu antara satu pihak dengan pihak lain, maka itu juga boleh mengakibatkan berbeza pandangan dan pendapat.
IlmuOleh itu sistem dan penerapan ilmu sufi pada abad 18-19 jauh berbeza dengan pihak-pihak yang tidak pernah belajar sufi tradisional Islam pada penghujung abad 20 dan abad ini. Orang sufi memang berlapang dada, mereka berjiwa besar dan tidak suka bertengkar atau berdebat kerana agama Islam bukan bertujuan ke arah pertengkaran atau perdebatan tetapi untuk diamalkan oleh setiap insan Muslim yang berjiwa dan bercita-cita takwa. Pertengkaran atau perdebatan membawa kepada perpecahan umat. Ulama sufi dunia Melayu yang belajar di Mekah berpuluh-puluh tahun seperti Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari tidak dapat disamakan dengan peribadi-peribadi yang tiada mendalami Islam, tetapi mengaku dirinya dengan pelbagai pengakuan seperti yang terjadi pada akhir-akhir ini.
ASAL-USUL DAN PENDIDIKANSyeikh Muhammad Nafis al-Banjari berasal dari Banjar, Kalimantan Selatan. Hidup sezaman dan seperguruan dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Sama-sama belajar di Mekah dan Madinah. Yang seperjuangan dengannya termasuk Syeikh Abdur Rahman al-Mashri al-Batawi (Jakarta), Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dan lain-lain. Tentang dirinya hanya beberapa hal beliau sebut, ``Di negeri Banjar tempatnya jadi. Mekah tempat diamnya. Syafie akan mazhabnya, iaitu pada fikah. Asy`ari iktikadnya, iaitu pada ushuluddin. Junaid ikutannya, iaitu pada ilmu tasawuf. Qadiriyah thariqatnya, Syathariyah pakaiannya, Naqsyabandiyah amalan-nya, Khalwatiyah makanannya, Sammaniyah minumannya''.
Para gurunya juga beliau sebut dalam karyanya ad-Durr an-Nafis yang tersebut, senarai lengkapnya adalah sebagai berikut:
1. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi.
2. Syeikh Shiddiq bin Umar Khan. Beliau adalah murid kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Karim Samman, iaitu murid ulama sufi yang lebih dulu daripada Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dan kawan-kawannya.
3. Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samani al-Madani.
4. Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Aziz al-Maghribi.
5. Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Juhuri. Dan ramai lagi yang belum disebutkan di sini.
Setelah Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari diizinkan para gurunya, terutama sekali Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman, bahawa beliau boleh mengajar ilmu-ilmu batin dengan beberapa aspek tarekat dan furu'-furu'nya, maka berusahalah Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari mengajak manusia mentauhidkan Allah daripada satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi dan mendalam.
Di manakah Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari menjalankan aktiviti dakwah dan pendidikan, terjadi pertikaian pendapat daripada beberapa orang periwayat. Ada orang menceritakan bahawa beliau menyampaikan dakwah dan pendidikan Islam di Pulau Bali, Pulau Sumbawa dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya. Riwayat yang lain pula mengatakan bahawa Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari menyebarkan ajarannya di Pulau Laut, Kalimantan Selatan. Riwayat yang lain mengatakan di Kusan, Kota Baru, juga dalam Pulau Laut itu. Akhirnya dikatakan bahawa Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari meninggal dunia di Sigam, juga di Pulau Laut. Pendapat lain menyebut beliau wafat di Kalua, juga di Pulau Laut.
PENULISANKetika artikel ini saya tulis, baru dua buah saja karangan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari yang ditemui, selain ad-Durr an-Nafis, yang sebuah lagi masih berupa manuskrip ialah Majmu' al-Asrar li Ahlillahil Athyar. Mengenai ad-Durr an-Nafis beberapa maklumat tentangnya, bahawa selesai ditulis pada 27 Muharam 1200 H/30 November 1785 M. Cetakan pertama kitab ini ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, di Mathba'ah al-Miriyah bi Bulaq, Mesir al-Mahmiyah.
Pada terbitan pertama tercantum syair Syeikh Ahmad al-Fathani: ``Berpeganglah kamu dengan ilmu orang sufi, Nescaya kamu menyaksikan bagi Tuhanmu itu keesaan. Wahai yang meninggalkan sebaik-baik teman sekedudukan, Adalah kitab ini mengandung maksud keseluruhan, Seperti lautan, daripadanya tiap-tiap yang berharga penilaian''.
Sebagai keterangan lanjut Syeikh Ahmad al-Fathani mencatatkan, ``Ketahui olehmu hai yang waqif atas kitab ini. Bahawa segala naskhah kitab ini sangatlah bersalah-salahan setengah dengan setengahnya, dan tiada hamba ketahuikan mana-mana yang muafakat dengan asal naskhah Muallifnya. Maka hamba ikutkan pada naskhah yang hamba cap ini akan barang yang terlebih elok dan munasabah. Dan tiada hamba kurangkan daripada salah suatu daripada beberapa naskhah itu akan sesuatu kerana ihtiyat''.
Ad-Durr an-Nafis cetakan pertama Syeikh Ahmad al-Fathani telah memberi keterangan beberapa istilah seperti terdapat pada kalimat-kalimat:
1. ``... maka hendaklah lihat olehmu kepada Abi Bakar, iaitu ibarat daripada mati nafsu yang ammarah ...''. Syeikh Ahmad al-Fathani menjelaskan, bahawa nafsu ammarah, ialah ``nafsu yang cenderung kepada kejahatan''.
2. ``Bermula hasilnya segala wujud sesuatu itu dengan dinisbahkan kepada wujud Allah Taala yang haqiqi itu khayal, dan waham, dan majaz jua, kerana wujudnya antara dua `adam Bermula wujud yang antara dua `adam itu `adam jua adanya ...''. Keterangan Syeikh Ahmad al-Fathani, ``Dua `adam, ertinya `adam lahiq dan `adam sabiq. Pengertian `adam lahiq, ialah tiada yang mengikut. Pengertian `adam sabiq, ialah tiada yang mendahului''.
3. ``Dan pada sekira-kira zahir mumkin itu lain daripada Allah Taala. Dan sekira-kira haqiqatnya wujud mumkin itu, iaitu `ain wujud Allah Taala. Dan misalnya seperti buih dan ombak...''. Keterangan Syeikh Ahmad al-Fathani, ``Katanya, ``Dan pada sekira-kira zahir dan pada sekira-kira haqiqat ...'', maka kedua (-dua) itu `athaf. Katanya, ``Pada sekira-kira wujud, dan dhamir pada haqiqatnya dan dhamir pada nyatanya. Kedua (-dua) itu kembali kepada buih, dan dhamir daripadanya itu kembali kepada air''.
4. Syeikh Ahmad al-Fathani menjelaskan istilah ma'iyah, kata beliau, ``Yakni berserta:
a. ittihad = bersuatu.
b. hulul = bertempat.
c. khayal, yakni apabila kita lihat jauh ada sesuatu, dan kita lihat dekat tiada ada, seperti alung-alung di tengah jalan Madinah''.
Ad-Durr an- Nafis setelah cetakan pertama oleh Matba'ah al-Miriyah di Bulaq, Mesir tahun 1302 H/1884 M yang diusahakan dan ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani itu terdapat berbagai-bagai edisi.
Karya-Karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari yang kedua, yang masih belum diketahui umum, dalam bentuk manuskrip ialah Majmu' al-Asrar, salinan Muhammad Zain bin Hasan. Selesai menyalin pada waktu Zuhur, hari Sabtu 21 Syaaban 1355 H/1936 M. Kitab Majmu' al-Asrar ini juga membicarakan masalah tasawuf. Sampai riwayat ini ditulis kitab yang tersebut baru dijumpai dua versi, yang sebuah lagi dengan judul Majmu' as-Sarair, atau judul dalam bahasa Melayu yang diberi oleh beliau Perhimpunan Sekalian Rahasia.
Versi yang pertama, koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, dan versi yang sebuah lagi adalah koleksi peribadi saya sendiri. Yang menjadi milik saya itu terdapat tiga buah risalah lain, yang dipercayai juga karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari. Risalah-risalah itu ialah Penjelasan Huruf-Huruf Abjad Dalam Al-Quran, llmu Haqiqat Yang Sebenar-Benar dan Masalah Orang Yang Dijadikan Imam.
Pada risalah yang terakhir tercatat tahun selesai menulisnya pada waktu Dhuha, 8 Ramadan 1245 H/1829 M. Dengan dijumpai manuskrip yang terdapat tahun itu maka dapatlah diagak-agak jarak waktu sementara penulisan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari yang telah diketahui, iaitu 1200 H/1785 M (Ad-Durr an-Nafis) hingga 1245 H/1829 M (manuskrip yang tersebut di atas). Jadi bererti sekitar 45 tahun. Dengan demikian pada jarak waktu yang demikian lama masih banyak karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari yang belum kita jumpai dan ketahui.
"Ya Allah, Tuhan Yang Maha 'Alim, dengan berkat wali Mu yang mulia ini, berilah daku ilmu yang bermanfaat, yang membaikkan amal ibadatku, zohir dan batin, yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat... Amin ya Rabbal 'Alamin.."

Ijtima' Ruuhiyyah

SOLAT HAJAT
DAN
PIDATO ROHANI
DI SELURUH NEGARA .

Memandangkan keadaan politik negara kian bergolak malah mencetuskan susana tidak stabil serta resah dikalangan rakyat.

Negara diselubungi fitnah , khianat dan dendam , bagai api yang sedang marak membakar segala keharmonian yang pernah dikecapi oleh rakyat sebelum daripada ini .

Tekanan hidup dan peningkatan kosnya menelurkan sebuah kehidupan yang semakin pincang. Hilang perasaan justeru memburu sesuap nasi . Manusia menjadi rakus tanpa timbang rasa .Pemimpin tidak lagi menginsafi penderitaan rakyat sebaliknya hanya memikirkan pelan memperkukuhkan survival kuasa dan pengaruh . Pecah amanah , menyelewengkan kepercayaan dan menyalah gunakan kuasa .

Politik menjadi ganas , sosial penuh dosa dan noda sementara ekonomi menjadi pentas sebuah penindasan terhadap golongan yang tidak bernasib baik .

Agama dilihat sebagai halangan untuk mencapai kepuasan dan kebebasan hidup. Para ulamak dipandang hina dan menyusahkan .

Maksiat dan mungkar kini melata, menembusi benteng ummah yang kian rapuh dan runtuh .
Artis dipuja dan julang sementara pendakwah dicerca dan dihalang . Kelalaian mula menguasai anak - anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara di masa depan

....... dan apa yang paling dibimbangi ialah prinsip amal Islami dan nilai akhlaknya semakin pudar dikalangan ummat Islam amnya malah membolosi pertahanan jamaah Islam itu sendiri apabila turut menerjah pemimpin dan anggotanya .

Lantaran itu , Dewan Pemuda PAS Pusat diseluruh negara melalui organisasinya di negeri - negeri adalah diminta agar menganjurkan IJTIMA' RUUHIYYAH untuk Solat Hajat dan Pidato Rohani di sepanjang tempoh bulan rejab ini .

Andai Pemuda PAS Negeri boleh menganjurkan IJTIMA' RUUHIYYAH ini maka aktiviti umumnya adalah bermula dengan solat maghrib berjamaah di Padang yang Luas dan solat hajat dengan dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama' Negeri masing - masing yang turut memimpin munajat khas agar Allah menyelamatkan Perjuangan & Jamaah kita serta seluruh ummat dan negara kita dari musibah kegagalan , kecelakaan dan penderitaan.

Aktiviti diteruskan dengan solat Isya' berjamaah lalu diakhiri dengan ceramah Motivasi atau Pidato Rohani yang membangkitkan semangat perjuangan berasaskan aqidah perjuangan yang benar dan tulen .

Fokus ceramah bukan kepada isu dan politik semasa sahaja , tetapi lebih menekankan soal aqidah perjuangan , jihad dan pengorbanan yang saya kira menjadi topik yang semakin pudar akhir - akhir ini .

Pemuda , ayuh kita hidupkan kembali nilai perjuangan berasaskan kekuatan spiritual atau kerohanian yang tinggi tanpa kita bersikap prejudis terhadap kupasan atau bicara isu dan politik semasa . Kembalikan zaman kegemilangan Doa Rabitah dan Wirid al Mathurat .

Masa dicadangkan ialah sepanjang bulan Rejab ini . diharapkan seluruh Dewan Pemuda Negeri dapat melaksanakannya dengan kapisiti minima kehadhiran untuk IJTIMA' RUUHIYYAH ini ialah 5000 orang bagi setiap negeri dan ia tidak hanya terhad kepada pemuda , hanya DPP Negeri menjadi penganjur dan penyelia.

Kepada DPP Negeri yang setuju menganjurkannya sila respon direct kepada setiausaha DPPPusat atau respon terus di blog ini . Insyaallah , pihak seketeriat akan memantau perkembangan.

Jayakan IJTIMA' RUUHIYYAH ini .


dipetik daripada : http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/07/solat-hajat-dan-pidato-rohani-di.html

Saturday, June 28, 2008

Sheikh Abdullah Fahim: Ketua Dewan Ulama PAS Pertama

Sheikh Abdullah Fahim: Ketua Dewan Ulama PAS Pertama
Mohd Fadli Ghani, Jabatan Arkib PAS
Thu Jun 26, 08 5:08:45 pm MYT

Kepulangan Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an.

Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.

Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.

Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai ?Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah?. Perkataan ?al-Wathaniyah? atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya.

Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).

Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed.

Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.

Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.

Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga.

Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.

Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.

Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di ?Arabic School, Kepala Batas? iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.

Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.-


Ulama PAS diingatkan jangan terlalu ghairah dengan kemenangan

Ulama PAS diingatkan jangan terlalu ghairah dengan kemenangan
Bashir Ishak Fri Jun 27, 08 2:10:31 pm MYT

KANGAR, 27 Jun (Hrkh) - Peranan Dewan Ulama PAS semakin mencabar berikutan kemenangan besar PAS bersama-sama parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

Justeru, ulama di dalam PAS ditagih untuk mendepani suasana yang baru ini agar apa yang dibuat tidak bercanggah dengan perintah Allah dan perjuangan yang dibawa PAS tidak berdepan dengan masalah, demikian seruan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Nik Salleh.

"Kemenangan dalam pilihan raya baru-baru ini adalah hasil daya usaha dan kerja kuat kita sendiri di samping pertolongan Allah.

"Keadaan ini amat unik dikala umat Islam di tempat lain sedang berdepan dengan pertembungan dengan golongan bukan Islam. Tapi di negara ini, dalam keadaan negara dilanda krisis yang teruk seperti jenayah, gejala sosial dan lain-lainnya masyarakat bukan Islam dapat menerima PAS.

"Ini kerana mereka dapat melihat sistem yang sedia ada gagal dan mereka mencari alternatif lain untuk memimpin rakyat di negara ini," katanya berucap merasmikan Muktamar Dewan ulama PAS Perlis kali ke-31 di sebuah hotel dekat sini Sabtu lalu.

Namun begitu, bagi seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, beliau memberi peringatan agar tidak terlalu ghairah dengan kemenangan yang dicapai kerana dalam perjuangan PAS, kemenangan bukanlah matlamat utama.

"Kita dah lihat banyak contoh di negara luar, apabila kita ghairah mencari kemenangan, hukum-hukum agama mula dianggap remeh. Jangan kita meletakkan kemenangan di hadapan seolah-olah kemenangan adalah matlamat kita sehingga melupakan asas perjuangan sebenar.

"Justeru, Dewan Ulama di semua peringkat mesti lebih berwibawa dan lebih banyak merancang.
"Inilah cabaran untuk kita semua kerana dalam saf perjuangan kita, ulama harus ke depan. Tanpa kepimpinan ulama, dibimbangi satu masa nanti al-Quran dan hadis akaan diketepikan.

"Kalau ulama berada di belakang nescaya kita ketinggalan dan gerakan Islam akan terumbang-ambing. Kita bimbang kerana dalam masa kemenangan inilah akan meletakkan kita lebih dekat dengan jurang api neraka sedangkan semasa kalah kita lebih dekat dengan syurga," katanya. - mns _

Kelebihan Menuntut Ilmu..

( FASAL ) KELEBIHAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU


( Adapun ) kelebihan orang yang menuntut ‘ilmu itu maka iaitu beberapa dalil ( قرآن ), dan Hadits Nabi ( صلى الله عليه وسلم ), dan perkataan ‘ulama itu amat banyak.

( Dan setengah ) daripadanya, firman ( الله تعالى )::

فَسْئَلُوآ أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Maka tanya oleh kamu akan orang yang ahli zikir ya’ni akan orang yang ‘alim jikalau kamu tiada mengetahui.”

( Dan setengah ) daripadanya, firman ( الله تعالى )::

فَلَوْلاَ نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى الدِّيْنِ وَلِيُنْذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوآ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُوْنَ

“Mengapa tiada pergi daripada tiap-tiap kaum daripada mereka itu oleh seorang yang Thoifah ( satu Thoifah iaitu kumpulan ) kerana menuntut ‘ilmu, supaya memfaham (- memahami -) pada agama Islam dan supaya mengajar mereka itu akan kaum mereka itu apabila kembali mereka itu kepadanya. Mudah-mudahan takut mereka itu akan ( الله تعالى ).”

( Dan ) setengah daripada Hadits Nabi ( صلى الله عليه وسلم ) yang menunjukkan akan kelebihan menuntut ‘ilmu itu, iaitu ::

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barang siapa menjalani ia akan jalan menuntut di dalamnya akan ‘ilmu nescaya menjalankan ( الله تعالى ) dengan dia akan jalan yang memasukkan ke dalam Syurga.”

( Dan ) setengah daripadanya sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم )::

إِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضًا بِمَايَصْنَعُ

“Bahawasanya Malaikat itu merendahkan akan beberapa sayapnya bagi orang yang menuntut ‘ilmu kerana sangat redha ia dengan yang diperbuatnya itu.”


( Dan ) setengah daripadanya sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم )::

لأَنْ تَغْدُوْ فَتَتَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تُصَلِّىَ مِائَةَ رَكْعَةٍ

“Demi Tuhanku sanya berpagi kamu maka pergi menuntut ‘ilmu akan suatu bab daripada ‘ilmu itu terlebih baik daripada bahawa kamu sembahyang seratus raka’at.”

( Dan ) lagi sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم )::

طَلِبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمِ

“Menuntut ‘ilmu itu fardhu atas segala Muslim yang ‘aqil baligh berkehendak kemenangan di dalam Akhirat.”

( Dan ) lagi sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم )::

حُضُوْرُ مَجْلِسِ عَالِمٍ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَلْفِ رَكْعَةٍ وَعِيَادَةِ أَلْفِ مَرِيْضٍ وَشُهُوْدِ أَلْفِ جَنَازَةٍ
فَقِيْلَ يَارَسُوْلَ اللهِ ! وَمِنْ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ ؟ فَقَالَ : وَهَلْ يَنْفَعُ الْقُرْآنُ إِلاَّ بِالْعِلْمِ

“( Bermula ) hadhir pada tempat duduk orang yang mengajarkan ‘ilmu itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu raka’at dan daripada mengunjung seribu orang yang sakit dan daripada hadzir menghantar seribu jenazah. Maka sembah shahabat: Ya Rasulallah! Dan terlebih afdhal daripada membaca ( قرآن )? Maka sabdanya: Tiada manafaat membaca ( قرآن ) itu melainkan dengan ‘ilmu. ”

( Dan ) kata Abu Ad-Darda ( رضى الله عنه ) ::

لأَنْ أَتَعَلَّمَ مَسْئَلَةً أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ قِيَامِ لَيْلَةٍ

“Demi Tuhanku, bahawasanya aku belajar ‘ilmu akan suatu masalah itu terlebih kasih kepada aku daripada ( aku ) mendirikan ‘ibadat semalam-malam (an) .”

( Dan ) lagi kata Abu Darda ( رضى الله عنه )::

اَلْعَالِمُ وَالْمُتَعَلِّمُ شَرِيْكَانِ فِى الْخَيْرِ.وَسَائِرُ النَّاسِ هَمَجٌ لاَ خَيْرَ فِيْهِمْ

“( Bermula ) orang yang ‘alim dan orang yang belajar ‘ilmu itu bersekutu keduanya di dalam kebajikan. ( Dan) segala (ya’ni sekelian) manusia yang lain daripadanya ( ya’ni keduanya ) itu sejahat-jahat manusia yang tiada kebajikannya pada mereka itu.”

( Dan kata ) Abu Darda ( رضى الله عنه )::

كُنْ عَالِمًا أَوْمُتَعَلِّمًا أَوْمُسْتَمِعًا وَلاَ تَكُنْ رَابِعً فَتَهْلِكَ

“Jadikan dirimu itu ‘alim, atau orang yang belajar ‘ilmu, atau orang yang mendengarkan orang yang mengajar ‘ilmu; dan jangan kamu jadikan diri kamu itu orang yang keempat ( maksudnya ialah orang yang lain daripada tiga orang yang tersebut tadi ) maka jadi binasalah kamu.”

( Dan ) kata ( Imam ) ‘Atha ( رحمه الله تعالى ) ::

مَجْلِسُ عِلْمٍ يُكَفِّرُ سَبْعِيْنَ مَجْلِسًا مِنْ مَجْلِسِ اللَّهْوِ

“Perhimpunan orang yang duduk belajar ‘ilmu itu iaitu menghapuskan akan tujuh puluh perhimpunan orang yang duduk ( di ) tempat ( duduk ) orang yang bermain-main.”

( Dan ) kata Sayyidina Umar ( رضى الله عنه )::

مَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قاَئِمُ اللَّيْلِ وَصَائِمِ النَّهَارِ أَهْوَنُ مِنْ عَالِمٍ بَصِيْرٍ بِجَلاَلِ اللهِ وَحَرَامِهِ

“Mati seribu orang yang ‘abid yang mendirikan ‘ibadat semalam-malam dan puasa sehari-hari itu terlebih mudah daripada mati seorang yang ‘alim yang mengetahui ia akan barang yang dihalalkan ( الله تعالى ) dan yang diharamkan-Nya.”

( Dan ) kata Imam Syafi’e ( رضى الله عنه ) ::

طَلَبَ الْعِلْمِ أَفْضَلَ مِنْ صَلاَةِ النَّافِلَةِ

“( Bermula ) menuntut ‘ilmu itu terlebih afdhal daripada berbuat sembahyang sunat.”

DEMIKIANLAH yang dapat hamba naqalkan, yang hamba ambil daripada Kitab Sairus Salikin karangan al-‘Arif bilLah asy-Syeikh Abdus Shomad al-Falembani dalam menyatakan kelebihan menuntut ilmu.

Firman Allah swt, sabda Nabi saw, kalam hikmah para sahabat dan ulamak itu sayogianya dapat membangkitkan rasa gemar dan bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Khususnya ilmu yang memberi manafaat kepada thalabul ilmi di dunia dan di akhirat..

Walau di mana jua anda berada.. hamba (yang mengaku faqir ini) mengucapkan Selamat menuntut ilmu!…

“UTHLUBUL ILMA MINAL MAHDI ILAL LAHDI”

Al-Rajiy ila RahmatilLah al-Qadir,
Ibnu Masran al-Banjari

:::::::::::::::::::::::::::::::::::*************:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Jadual kuliah [Majlis al-Banjari]... Diedit daripada cover CD pengajian kitab kuning... dgn izin..









Tuesday, June 24, 2008

Ya Allah,, Peliharalah mereka,, sejahterakanlah mereka..



Sungguh! Dikau telah membuktikannya... Semoga Allah sentiasa memeliharamu.. dan mengurniakan kemuliaan ke atasmu..









Saturday, June 21, 2008

TERBITAN TERBARU LAJNAH TARBIYYAH DPPNJ

ALHAMDULILLAH, Syukur kita ke hadrat Allah Azza wa Jalla yang telah memberi keupayaan kepada Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan DPPNJ dalam usaha menerbitkan Siri Risalah Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah.

Jika sebelum ini Lajnah Tarbiyyah ada menerbitkan sebuah buku bertajuk “PERANAN NUQABA’ DALAM MENJANA KEBANGKITAN POLITIK SEMASA”. Maka kali ini, Lajnah Tarbiyyah dalam usaha menyebar dan memantapkan usaha pentarbiyyahan, berjaya menerbitkan sebuah Audio CD bertajuk “CIRI-CIRI & TANGGUNGJAWAB NUQABA’”

Penerbitan dalam bentuk Audio CD ini adalah sebagai satu usaha menyebarkan penerangan Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah bagi ahli pemuda khususnya kepada para NUQABA’. CD ini menyentuh berkenaan tanggungjawab dan sifat-sifat penting yang perlu ada pada para NUQABA’.

Setiap Naqib yang dilantik oleh DPPNJ seharusnya memiliki CD ini bagi menambah ilmu berkaitan tugas mereka sebagai Naqib. CD ini juga sesuai didengar dan dimiliki oleh saf kepimpinan pemuda setiap peringkat.

Lajnah Tarbiyyah DPPNJ memberikan penekanan yang lebih kepada para Nuqaba’ kerana Nuqaba’ adalah ejen yang penting kepada proses pentarbiyyahan di setiap peringkat kawasan masing-masing. Nuqaba’ menjadi contoh kepimpinan kepada ahli-ahli Usrah dan Nuqaba’ juga adalah pembimbing mereka.

CD ini adalah rakaman ceramah oleh Ust Ibrahim al-Banjari pada satu program Tamrin Nuqaba’ yang diadakan di Balai Islam Pt. Ismail, Benut baru-baru ini. Beliau mengupas tanggungjawab NUQABA’ berdasarkan firman Allah yang terkandung dalam al-Quran al-Karim, Surah al-Maa’idah ayat 12.


CD ini dijual mengikut harga pasaran iaitu RM 5.00 per satu sahaja. Anda boleh dapatkan CD ini dengan menghubungi :-

1. Ust Zulhelmei 013-762 8063
2. Ust Azam Razak 019-772 6659
3. Sdr Khalim Sakib 019-772 2300


Tuesday, June 17, 2008

Salam Tahniah & Tarbiyyah Dari Hamba.. (2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji-pujian milik Allah yang menjadikan qalam, selawat dan salam kepada Rasulillah, dan keluarganya dan para sahabatnya.. Amma ba’du.

Berkata al-Faqir ila Allah al-Ghani, Ibnu Masran al-Banjari :-

Saya mewakili Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan Dewan Pemuda Pas Negeri Johor mengucapkan tahniah dan “Mabruk” kepada al-Fadhil Ustaz Zulhilmie Mohammad Rohani yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Jabatan IT DPPNJ. Ustaz Zulhilmei sebelum ini adalah merupakan Timbalan Pengerusi 1 LT&LP DPPNJ.

Pihak LT&LP DPPNJ mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang telah beliau berikan kepada Lajnah Tarbiyyah selama beliau berkhidmat bersama LT&LP DPPNJ samada di bawah pimpinan al-Fadhil Ustaz Kasim Ibrahim atau di bawah al-Fadhil Ustaz Mohd Azam Abd Razak.

Hanya Allah swt yang layak mengurniakan ganjaran yang besar dan setimpal kepada beliau. Sesungguhnya Allah swt tidak pernah memungkiri janjiNya ke atas penolong-penolong agamaNya.

Saya juga mengharapkan agar beliau masih sudi memberikan sumbangan dalam proses pentarbiyyahan khususnya diperingkat DPPNJ. Ini kerana beliau masih lagi sebagai Ketua Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Pahat dan secara automatic menjadi AJK LT&LP DPPNJ.

Perlantikan tersebut dianggap “kena pada tempatnya” kerana ilmu, minat dan kecenderungan Ustaz Zul terhadap IT amat mendalam. Lagi pula DPPNJ perlu segera mengemaskinikan Laman web DPPNJ setelah tergendala agak lama.

Ustaz Zulhilmei merupakan sahabat baik saya sejak zaman pengajian lagi, iaitu sejak tahun 1995M. Kami pernah tinggal serumah, makan sedulang, tidur sebilik dan belajar pidato dibirai tingkap rumah (rumah sewa) ketika menuntut ilmu di bumi Serambi Mekah (Kelantan).

Kami juga sama-sama merupakan “protégé” kepada kekanda Mazlan Aliman (kini AJK PAS Pusat). Tidak dapat dinafikan bahawa kekanda Mazlan Aliman merupakan Mentor yang berjaya membentuk kami sehingga menjadi Amilin PAS sepenuh masa. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.

Ustaz Zulhelmei merupakan pelajar lepasan timur tengah (al-Azhar Universiti) yang intima dengan perjuangan PAS sejak awal tahun 90’an serta telah membuktikan kepada kami bahawa beliau tidak mahu berkerja di bawah pentadbiran dan pemerintahan BN. Beliau lebih suka berkerja di bawah PAS walaupun beliau memiliki kelayakan untuk berkerja sebagai kakitangan kerajaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausahakerja PASTI DPPNJ, setiausahakerja DPPNJ, dan setiausahakerja Pejabat DUN Senggarang di bawah YBhg. Dr Ramli Mohd Kari (2004-2008).

Kali terakhir saya berceramah bersama beliau adalah pada Ceramah Umum di DUN Senggarang ketika Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Selain memenuhi undangan kuliah-kuliah agama dan haraki, beliau kini menjadi usahawan online berjaya (dan saya mendoakan agar terus berjaya,, ameen). Sahabat-sabahat boleh melayari http://kedaionlineanda.com untuk melihat produk-produk jualan beliau. Insya’Allah anda pasti berminat untuk membelinya..

Akhirnya saya (yang mengaku banyak dosa ini) mengucapkan kepada Ustaz Zul, Selamat menjalankan tugas sebagai Menteri IT , selamat meng‘update’ semula laman web DPPNJ. Jangan lupakan kami (LAJNAH TARBIYYAH DPPNJ)!..,,,,

Ada satu nasihat yang berguna untuk kita bersama, begitu juga buat semua pemimpin, nasihat yang pernah disampaikan oleh Rasulullah saw ;

مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ لَا يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ إِلَّا لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمْ الْجَنَّةَ

“Mana-mana pemimpin yang mengetuai urusan orang Islam, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya dan tidak menasihati mereka; melainkan tidak masuk syurga bersama-sama mereka”. [riwayat Imam Muslim, lihat Sahih Muslim, jil. 9, hal. 354 / lihat juga Riyadus Solihin, Imam Nawawi, hal. 90]


(KENANGAN BERSAMA UST ZUL KETIKA BETAPA DI GUNUNG SEMUT,
DI TENGAH ADALAH UST MD NOH MELAKA)
Dan lagi, berkata al-Faqir ar-Rajiy Rahmata Rabbihi al-Qadir, Ibnu Masran al-Banjari :-

Telah bertemu saya akan Sdr Nazman Che Ibrahim pada mesyuarat penuh DPPNJ yang lalu. Sempat pula menjawab beberapa soalan feqh (hal Munakahat) daripada Sdr Nazman, tetapi masih terlupa mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau. Juga ucapan maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis walimatus urus beliau.

Maka, dikesempatan ini saya mohon maaf kepada Sdr Nazman dan keluarganya kerana tidak dapat hadir majlis beliau. Dan saya juga mengucapkan selamat berumahtangga, semoga diberkati Allah swt hendaknya, semoga tabah dengan ujian-ujian mendatang, dan sentiasa meletakan perjuangan membela ugama Allah dihadapan kita.

Sungguh Rasul kita Nabi Muhammad saw telah mengajar kita supaya mengucapkan sesuatu ucapan yang baik dan berupa doa kepada saudara kita yang baru ijab qabul. Maka saya tidak mahu kerugian melaksanakan sunnah rasul yang mulia ini.

Sdr Nazman,

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“ Semoga Allah memberi berkat kepada kamu, semoga Allah memberkatimu dan semoga Allah mempertemukan kamu berdua dalam kebaikan”. [riwayat Abu Daud, Turmuzi, Ibnu Majah dan lainnya, lihat al-Azkar, Imam Nawawi, hal 283]

Ya Allah! Perkenankanlah.. Ameen..

Sdr Nazman merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antara Kaum & NGO’s DPPNJ. Saya kira beliau adalah EXCO DPPNJ yang termuda sekali antara kami (adik bongsu) setakat ini.. Saya kagum dengan khidmat dan kerja-kerja yang beliau lakukan terhadap engagements antara kaum khususnya bangsa cina dan India serta NGO’s lain.

Saya mendapati beliau adalah orang yang suka belajar, maksud saya belajar sesuatu yang baru dan suka berkongsi bersama orang lain. Jika ada satu perkataan dalam bahasa tamil yang beliau pelajari, pasti diajar kepada orang lain melalui blognya. Tak lupa juga perkataan “bukan sede-sede”!

Tapi sayang, kini blog beliau terpaksa di“rehat”kan kerana ada pihak yang tidak bertamadun dan berfikiran ter“tutup” (lawan bagi ter“buka”) yang hasad terhadap beliau. Blog beliau memang menyakitkan sesetengah pihak yang berfikiran ter“tutup” itu.

Ada satu kenangan manis saya bersama beliau, jika diingatkan pasti hati ini tergelak. Pengalaman manis itu kami dapat ketika membantu kerja-kerja culaan (program DUN TUMPU Senggarang). Saya lupa nama kampong tersebut. Apa yang pasti, kami telah bertemu satu nama yang pelik (pelik tapi benar).

Jika jenama Honda, Toyota, Suzuki adalah daripada nama orang Jepun, jenama Ford, Mercedes, John Bert, adalah daripada nama orang barat. Maka jenama ASTRO, rupa-rupanya (barangkali) adalah daripada nama orang Jawa. J

Benar, kami dapati namanya adalah Astro @ Sastro Bin… Kami tak pasti apa maksud disebalik nama Astro kepada orang Jawa [kalau sahabat-sabahat tahu, sila kongsikan kepada saya]. Saya bukan nak menghina nama tersebut. Tetapi Islam menganjurkan kita memberikan nama dengan nama yang baik atau mempunyai makna yang baik.

Tersebut pada Kitab al-Azkar Li Imam an-Nawawi akan satu Bab..

{ باب استحباب تحسين الاسم }
{BAB MEMBERI NAMA YANG BAIK}

Imam Nawawi Rahimahullahu Taa’ala meriwayatkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan Isnad jayyid…
عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال : قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) :
" إنكم تدعون يوم القيامة بأسمائكم وأسماء آبائكم فأحسنوا أسماءكم ".

“Dari Abu Darda R.A, ia berkata, Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat nanti dengan menyebut nama-nama kalian dan nama-nama ayah kalian, maka oleh itu perbaikilah nama-nama kalian”. [
lihat al-Azkar, Imam Nawawi, hal 288]

Terdapat juga sebuah hadith dari Abi Wuhaib al-Jasymi as-Shahabi (sahabat Nabi saw), ia berkata, Rasulullah saw bersabda:

" تسموا بأسماء الأنبياء ، وأحب الأسماء إلى الله تعالى : عبد الله وعبد الرحمن ،
وأصدقها : حارث وهمام ، وأقبحها : حرب ومرة "

“Berilah nama (anak kalian) dengan nama-nama Nabi dan nama yang paling (baik) disenangi Allah Ta’ala ialah Abdullah dan Abdur Rahman, yang paling benarnya ialah Harith dan Hammam, dan yang paling jelek iah Harb dan Murrah”. [riwayat Abu Daud, an-Nasa’ai dll, lihat al-Azkar, Imam Nawawi, hal 288]

Khalas, tapi itulah yang menjadi sabab kepada kemesraan saya dengan Sdr Nazman. Selamat menjadi suami wahai Nazman! Tanggungjawab anda semakin besar dan berat. Semoga Allah permudahkan segala urusan anda, ameen…


( KENANGAN BERSAMA NAZMAN AND THE GANGS DI HOTEL 5 BINTANG [MARKAS]
WAKTU BERKHIDMAT DI DUN SENGGARANG SEBAGAI EJEN TAKAFUL IKHLAS)
Dan lagi, berkata al-Faqir ar-Rajiy Rahmata Rabbihi al-Qadir, Ibnu Masran al-Banjari :-

Bagi kebanyakan (sesetengah) manusia yang tidak sibuk dalam perjuangan, mereka tenggelam dan asyik dengan demam bola yang melanda dunia pada hari. Pesan saya (yang sentiasa mengharap pengampunan Ilahi) ini, jangan terlalu alpa dengan strategi musuh Islam hingga kalian tinggal solat dan berlengah-lengah dalam perjuangan.

Saya tak minat bermain bola atau menontonnya. Bagi saya ia lagha. Akan tetapi, tiba-tiba dapat pula kad kuning. Murad pada Kad kuning itu adalah kad undangan majlis walimatul urus Sdr Safari Sarodin (bekas Pengerusi Jabatan IT DPPNJ)..

Insya’Allah majlis walimatul urus beliau akan diadakan pada 24 Jamadil Akhir 1429H bersamaan 28 Jun 2008M. Insya’Allah juga saya dan keluarga akan hadir. Tahniah buat Sdr Safari.

Ada satu ilmu ingin saya kongsikan bersama anda. Ba’da (setelah) anda diijabqabulkan, maka sahlah anda sebagai suami isteri. Lalu apabila kamu berdua ingin bersama (jima’), maka janganlah kamu lupa daripada membaca suatu doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Doa itu adalah ;

بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

“Dengan menyebut nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (anak) yang Engkau berikan kepada kami”.

Saya tidak malu untuk menyatakan demikian kerana sesungguhnya Allah dan Rasul tidak malu menyatakan perkara yang haq. Jangan dipandang remeh perkara tersebut. Diingatkan sekali lagi buat diri saya (yang mudah lupa ini) dan kepada anda serta sahabat-sahabat yang lain, JANGAN DIREMEHKAN PERKARA INI!.

Tahukah kalian. Mengapa anak-anak dewasa ini ramai yang mudah diganggu oleh syaitan? Bahkan ada yang berperangai seperti syaitan? Besar kemungkinan adalah kerana tidak membaca doa ini ketika memulakan operasi jima’.

Apa hujahnya! Hujah saya adalah bersandarkan hadith nabi saw, yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِيَ أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا ثُمَّ قُدِّرَ أَنْ يَكُونَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذَلِكَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا

“Daripada Ibnu Abbas Radiyallahu anhuma, berkata ia, telah bersabda Nabi saw : “Jika sekiranya salah seorang dari kamu, apabila ia menggauli isterinya serta membaca :

بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

“Dengan menyebut nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki(anak) yang Engkau berikan kepada kami”. Lalu ditakdirkan bahawa jadi (lahir) seorang anak dari mereka berdua, syaitan tidak akan dapat mengganggunya selamanya” [lihat Sunan Abi Daud, juz 6, hal 65]

Hadith ini juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Lihat al-Azkar, Imam Nawawi, hal 284. lihat juga kitab Riyadus Solihin, Imam Nawawi, hal 154.

Sungguh apa yang keluar daripada kalam Saiyyidul Mursalin itu mempunyai rahasia dan janji yang benar. Oleh itu, tidak sayugianya (sepatutnya) kita mensia-siakan sunnah Rasul saw ini.

Tidakkah kita bercita-cita mempunyai anak yang soleh, yang menjadi penyejuk mata hati kita. Maka inilah muqaddimahnya. Bahkan jika diturut ijtihad Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam Kitab Tarbiyyatul Auladnya, membentuk anak yang soleh itu bermula dari mencari pasangan suami isteri lagi..

Walhasil, mabruk kepada Sdr Safari. Doa saya yang lain adalah seperti doa saya terhadap Sdr Nazman.

Satu lagi pesan saya, di mana saja kita berada, di situ Allah tetap memerhatikan. Di mana pun kita bekerja, jangan berpisah dengan Jamaah Islamiyyah! Jamaah Islamiyyah tidak rugi jika tiada kita, tetapi kita adalah orang-orang yang rugi jika tidak intima bersama Jamaah Islamiyyah!

Saya mengenali beliau (Sdr Safa) secara rapat ketika sama-sama berkhidmat di bawah Jabatan Pembangunan Remaja DPPNJ. Sdr Safari orangnya lemah lembut, moga hatinya selalu dilembutkan untuk kasih kepada perjuangan membela ugama Allah. Saya rindu sangat untuk bertemu anda. Semoga Allah memanjangkan umur saya dan umur anda dan mempertemukan kita di masa mendatang. Ameen..
.
(BERSAMA SDR SAFARI KETIKA PERASMIAN MUKTAMAR DPPNJ TAHUN 2007,
TAK SANGKA SAYA LEBIH RENDAH DARIPADA SAFA..
@ SAFA YANG SANGAT TINGGI ORANGNYA...)
(gambar ihsan daripada Bandaraya Safa (blog safa))

___________

Sekiranya pada ayat-ayat di atas terdapat pujian. Maka kembalikanlah puji-pujian itu kepada Allah Yang Maha Terpuji.

Sekiranya terdapat nasihat, nasihat itu untuk diri saya dan untuk kalian semua.

Sekiranya terdapat ilmu, saya bermohon kepada Allah agar ilmu itu adalah ilmu yang memberi manafaat kepada semua.

Khalas, sekian catatan hamba. Semoga ada manfaatnya.


al- Haqir wal- Faqir ar-Rajiy Ila Rahmati Allah al-Ghaniy :

Ibnu Masran al-Banjari

SMS : 019-777 ####
Email :
ibnumasran@yahoo.com
Weblog : http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com
Masa : 12.33 p.m
Tarikh : 13 Jamadil Akhir 1429H

Saturday, June 14, 2008

MEMO BANTAHAN KENAIKAN HARGA MINYAK


Kandungan penuh Memo boleh dibaca melalui link :

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

Takuti perkara membatalkan Islam
Ustaz Zainudin Hashim

Setiap Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak bersesuaian dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber itu merupakan rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan Allah SWT sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki.

Kerana keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.

Sama ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah untuk diperhitung amalan-amalan mereka.

Yang mengikut, patuh serta tunduk kepada ajaran al-Quran dan menerima ajaran Rasulullah s.a.w. tanpa sebarang ragu dan pastinya akan diberi syafaat untuk memasuki syurga.

Sementara yang puluhan tahun hidup di dunia, kemudian memilih jalan kesesatan dengan mengamalkan pegangan akidah yang menyimpang jauh daripada Islam, sudah pasti mereka akan dihumban ke dalam api neraka.

Justeru, bagi mengekalkan iman, akidah, Islam pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok sahaja disenaraikan.

Perkara-perkara yang membatalkan Islam

1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.

2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.

4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.

5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.

6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.

7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.

8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.

9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syari'at atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.

12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syari?at Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).

13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

16. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

29.Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.

30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

32.Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya. - lanh

Monday, June 2, 2008

Lagi Misi Dakwah & Tarbiyyah..

"Hendaklah kamu yakin bahawa Allah SWT itu tidak pernah mengabaikan
orang-orang yang memperjuangkan agamaNya..
Dan Allah SWT itu tidak pernah leka terhadap
orang-orang yang merosakkan agamaNya.."

Menuju Destinasi...









Sahabat sejati, akhi Hamdan Jelani, masih bujang..
Lokasi : Pulau Batu Putih Mata Hitamku..