USRAH DAN KEPENTINGANNYA DALAM TARBIYYAH ISLAMIYYAH
MUQADDIMAH
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)
Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam.
Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.
Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).
Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.
Antara syarat-syarat tersebut ialah:
Syarat Pertama
Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.
Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.
Syarat Kedua
Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.
Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.
Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).
Syarat Ketiga
Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.
Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Syarat Keempat
Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.
Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).
Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.
Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.
Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.
Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.
Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).
Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah).
KONSEP 'AMAL JAMA'I DALAM GERAKAN ISLAM
‘Amal jama’i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)
Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya: “Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”
Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:
“Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.”
Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara’.
Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi’ kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun ‘ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.
Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.
Al-Ghayah (Matlamat)
Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?
Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:
.Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islam
.Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza
Dalam mengisi tuntutan ini Al-Syeikh Sa’id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:
1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.
2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.
3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am.
Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.
4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).
5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah.
Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara.
Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.
6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.
7.Berusaha untuk mewujudkan cirri “ustaziyat al-‘alam” (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.
Keempat-empat peringkat di atas merupakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.
Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sabagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dan (setelah Yusuf dujualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 21)
Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina’ (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan.
Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:
Pertama
Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah; tarbiyah ‘aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima’iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal).
Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:
1.Melahirkan insane yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.
2.Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh)
3.Pembentukan syakhsiyah Islamiyah (personality Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah.
Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai.
Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.
4.Mewujudkan intima; dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.
5.Membentuk cirri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitive terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.
6.Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu kepada PAS dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:
a)Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah
b)Tanzim yang bersifat terbuka
c)Muwajahah silmiyah
d)Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professional
e)Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul
Kedua
Dalam hubungan ‘amal jama’I setiap nuqaba’ hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala’ dan thiqah pada pimpinan.
Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.
Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.
AL-WASILAH DAN KEPENTINGAN USRAH DALAM TARBIYAH
Bila kita menyebut tentang wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistic).
Kita hendaklah sedar bahawa kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksima mungkin untuk memanggil dan mengajak dan bukan untuk berebut mahupun memaksa.
Maka dengan demikian dua wasilah yang kita gunakan adalah wasilah umum dan wasilah khusus.
Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk mnyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah samada dengan lisan, tulisan ataupun dengan qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik).
Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh), apa itu aqidah yang benar yang kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.
Kita mengadakan majlis-majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan lain-lain majlis yang boleh mesej Islam disampaikan.
Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandugnan utamanya adalah Islam dan Iman dan bukannya perkumpulan.
Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) telah boleh menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan kepada wasilah khusus.
Dalam wasilah khusus pula, konsep ‘amal jama’i adalah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan Islam.
Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu di lalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan).
Di dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenalpasti boleh menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada ruhnya dan ketenteraan dalam amalannya yang syiarnya adalah perintah dan taat.
Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berasa dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja.
Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan keder yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan kita.
Di sini beberapa pengorbanan adalah diperlukan dan ianya akan merupakan sebab kepada peningkatan Iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.
Marhalah al-tanfiz sebagai marhalah ketiga pula adalah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani bila mana di dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keihlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.
Ramai yang boleh berteori dan ramai yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang ramai tadi akan sanggup menanggung berbagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.
Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangna yang didatangkan oleh manusia samada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.
USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIYYAH HARAKIYAH
Proses tarbiyyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina si atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.
Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan menlahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atas oleh kebatilan yang kemas.
Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.
PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.
Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan cirri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri.
Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunayi beberapa cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara cirri-ciri tersebut ialah:
1.Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan.
Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
2.Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.
3.Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4.Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba’ mahu pun ahli.
5.Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempurna mungkin:
a.Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam
b.Sejauh mana pula konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam
c.Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauhmana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan.
Penutup
Akhirnya marilah kita sama-sama memperbahrui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za’imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur’an perlembagaan kami), al-Jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).
Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam danhajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.
Tuesday, February 27, 2007
Memahami Tarbiyyah (6)
Memahami Tarbiyyah (5)
MUQADDIMAH
Semua pihak dari kalangan anggota Harakah Islamiyah di seluruh dunia berpendapat betapa besarnya peranan tarbiyah dalam menjamin kemurnian dalam memenuhi matlamat dan cita-cita Islam sepanjang zaman.
Ini kerana tarbiyah menanam dan memperkukuhkan pergantungan yang kuat dari aspek aqidah dan memenuhi syarat-syarat kemenangan kepada janji Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami katakutan (dari ancaman musuh).Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasulullah; supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Nur: 55 – 56)
Walaupun urusan yang silih berganti dan berlakunya pasang surut dalam arena sejarah dan perkembangan umat Islam, namun Islam tetap dipelihara dan terpelihara mengikut sunnatullah dan harapan kemenangan tetap akan berlaku.
Oleh itu, kita mestilah mempunyai harapan dan percaya janji kepada Allah s.w.t. yang akan memberi kemenangan kepada Islam, walaubagaimana besarnya cabaran yang akan dihadapi oleh perjuangan Islam, dan walaubagaimana ketat dan ganasnya tindakan musuh, namun kerana kebesaran Islam itu adalah dari Allah s.w.t. Yang Maha Besar, maka tidak mungkin menghalang janjiNya yang pasti ditunaikan di dunia dan di akhirat.
Kita juga mestilah menyedari bahawa pertarungan di antara iman dan kufur, Islam dan jahiliyah itu terus-menerus berlangsung mengikut cara pada zaman masing-masing.
Maka, perubahan zaman dan cara inilah memerlukan berlakunya tajdid dalam Harakah Islamiyah, bagi berdepan dengan cara, taktik dan strategi yang sentiasa diubah oleh penentangnya.
Fahaman sekular yang menjadi senjata berbisa dengan pelbagai ideologinya yang telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke dalam roh, akal, budi dan tindak-tanduk umat Islam melalui serangan pemikiran (ghazwu al-fikri) yang meminda caranya dari pemisahan agama dan politik secara total, kepada menghormati arus kebangkitan Islam yang berlaku di mana-mana supaya tidak menongkah secara berdepan.
Sebaliknya mereka telah menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya setempat untuk memesong umat Islam dari landasannya.
Dengan cara ini mereka telah berjaya menipu kalangan cerdik pandai, ahli politik dan ahli akademik termasuk para ulama’ sehingga mereka tidak bersimpati kepada perjuangan Islam yang tulen melalui parti Islam di mana-mana dengan berbagai anggapan yang direka-reka.
Bekas Perdana Menteri Mesir, Dr. Mustafa Khalil pada tahun 1981, bersama Menteri Luarnya pada masa itu, Dr. Butros Ghali menghadiri satu forum bersama beberapa orang professor Yahudi di Israel yang pakar mengenai politik Asia Barat itu pernah menyatakan:
“Saya ingin menerangkan kepada saudara-saudara sekalian, bahawa kami di Mesir tetap memisahkan di antara kepentingan agama dan kepentingan kebangsaan, dan kami tidak menerima sama sekali kepimpinan politik yang berlandaskan kepada kepercayaan agama.”
Profesor Tpi Yafut dari kalangan Yahudi Israel menjawab:
“Menjadi satu kesilapan besar kalau diteruskan usaha memisahkan agama dan kepentingan kebangsaan. Rantau Asia Barat menjadi tempat kelahiran agama-agama samawi bukannya tempat fahaman nasionalisme.”
Begitulah kepekaan musuh Islam tentang reality dan menyedarkan pemimpin negara umat Islam seperti Mesir tentangnya. Sebenarnya, itulah yang akan dialami oleh seluruh dunia Islam, termasuk rantau kita, dengan perubahan teknik dan strategi yang selaras dengan kebangkitan Islam yang berlaku.
Maka, musuh dari dalam dan luar mempunyai rancangan dan taktik serta strategi yang sentiasa diperbaharui.
Bagi menjuruskan perbincangan tentang tarbiyah, apakah cabaran dan persiapannya? Sukacita ditegaskan bahawa perlunya kita melakukan tajdid, bagi membina fahaman kita sendiri dan masyarakat yang mejadi sasaran, manakala bidang-bidang yang lain seperti peneranganm pilihanraya dan sebagainya boleh disediakan dan dilakukan tindakannya oleh pihak lain.
Pembahagian perbincangan tersebut adalah seperti berikut;
1.Tajdid dalam Perkara Aqidah
Dalam pengajian Aqidah Islamiyah yang sebenar, kita tidak boleh berganjak daripada prinsip aqidah yang telah dinaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran di zaman seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul sehingga Hari Kiamat. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 256)
Al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. telah menerangkan secara jelas dan terperinci cabaran penentang aqidah dari kalangan musyrikin yang dilihat dengan nyata amalan syiriknya, golongan ahli kitab yang memahami ajaran agama memainkan peranan yang sangat mengelirukan dan golongan munafiqin yang mengadakan projek Islam Masjid Dhirar untuk mengelirukan sahaja tanpa matlamat Islam.
Tajdid dalam memahami dan menerangkan perkara aqidah mestilah mengikut cabaran semasa. Golongan musyrikin tidak lagi berupa Firaun yang mengaku menjadi tuhan atau abu Jahal dan pengikutnya yang menyembah berhala.
Tetapi ianya diperbaharui dengan fahaman maddiyah yang menjadi berhala baru yang dipuja, sehingga mempengaruhi matlamat hidup dunia dan akhirat, kepercayaan dalam perkara rezeki dan kepentingan yang amat menjejaskan aqidah umat dan menggugat bukan sekadar di kalangan umat Islam secara umum, bahkan para pendakwah dan pejuang Islam juga akan turut tergugat.
Penyelewengan ahli kitab bukan sekadar di kalangan penganut ahudi dan Nasrani yang menjual agama Allah dengan dunia dan kemewahan yang dikejar, tetapi juga wujud di kalangan umat Islam iaitu para ulama’ jahat (ulama’ su’) yang boleh dipergunakan oleh musuh.
Dalam memahami cabaran ini, kita perlu meneliti sejarah peranan para sahabat r.a. dan generasi ulung umat Islam. Walaupun tanpa penyertaan Rasulullah s.a.w. kerana kewafatan baginda, namun mereka dapat memahami setiap perkembangan semasa mengikut zamannya.
Mereka menyambung jihad menegakkan negara Islam dan mempertahankannya tanpa dapat digagalkan oleh kuasa besar Parsi yang mempertahankan syirik dan Rom yang mempertahankan ahli kitab serta golongan riddah yang masih mengucap dua kalimah syahadah, melaungkan azan, mendirikan sembahyang dan perkara-perkara lain tetapi hanya menafikan hukum wajibnya zakat sebagai salah satu daripada rukum Islam dan hukum Islam di samping menolak agama secara menyeluruh.
Generasi selepasnya boleh menghadapi cabaran kelahiran perpecahan dalam masyarakat Islam kerana kesan daripada perkembangan politik dalam masyarakat Islam sendiri sehingga melahirkan fahaman Syiah dan Khawarij.
Di zaman Abbasiyah pula, melalui saluran perterjemahan ilmu asing secara silap tanpa penapisan lahir pula golongan Muktazilah, Jabariyah dan sebagainya. Namun, kemurnian aqidah negara dan umat dapat dipertahankan walaupun rupanya berbeza.
Tetapi gerakan tajdid yang berlaku dalam perkara aqidah ini dapat mempertahankan fahaman yang istiqamah dan memahami segala penyelewengan aidah yang dipinda caranya.
Kini, kita masih lagi berdepan dengan anggapan bahawa tidak menjejaskan aidah bukan sahaja dalam menganut ideology bukan Islam, tetapi juga menolak hukum yang dinaskan di dalam al-Quran dan hadith seperti qisas dan hudud, dan mempersendakan amalan cara Islam seperti memisahkan kaunter pembayaran lelaki dan wanita dengan berbagai-bagai alasan.
Sedangkan kitab-kitab aqidah menegaskan bahawa iman terbatal dengan mempersendakan ajaran Islam walaupun dalam perkara sunat, makruh dan harus. Ini menunjukkan pengajian Islam sebenarnya tidak diselaraskan denga tajdid dalam memahami Aqidah Islamiyah dan pengajiannya.
Oleh itu, maka tarbiyah dalam perkara aqidah melalui huraiannya dalam pengajian dan penerangan mestilah dengan penuh kebijaksanaan untuk memahamkan perkara ini dalam konteks semasa, reality dan situasinya.
2.Tajdid Dalam Perkara Amal
Kita tidak perlu menjelaskan di sini dalam memahami amal fardhu ‘ain dan fardhu kifayah, fardi dan jama’i, yang sudah ada nas yang jelas pada prinsipnya dan huraiannya serta khilafiyah dalam perkara furu’nya oleh para ulama’ dalam semua mazhab di dalam kitab-kitab yang telah dikarang.
Seperti perkara-perkara sembahyang lima waktu, sembahyang sunat, sembahyang berjamaah, sembahyang jenazah dan urusannya, haramnya riba’, judi, arak dan lainnya, wajib berjihad apabila negeri telah diserang oleh musuh Islam secara bersenjata. Dalam perkara ini masyarakat Islam sangat kaya dengan penulisan dan lisan.
Apa yang menjadi masalah ialah mengajak beramal untuk turun ke dalam gelanggang masyarakat yang telah diharu-birukan oleh gejala-gejala akhlak, kefahaman dan sikap berkecamuk kesan daripada serangan pemikiran moden melalui politik, ekonomi, pendidikan, media massa dan berbagai-bagai aktiviti yang boleh menjejaskan aqidah dan amal Islam.
Amal yang memerlukan angkatan penyelamat yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali ‘Imran: 104)
Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w. perlunya amal fardi (individu) secara fardhu ‘ain dengan sabdanya:
Maksudnya:
Hadith Abu Said r.a. : Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a. katanya: Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu said berkata: Orang ini benar-benar telah membaalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka di ahendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Di samping secara jama’i (organisasi) sebgaimana ayat yang tersebut dan ayat-ayat yang lain dan beberapa hadith Rasulullah s.a.w., di antaranya ialah peristiwa Bai’ah al-‘Aqabah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“Berbai’ahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di masa cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) dimasa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah s.w.t. tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbai’ah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk syurga.” (Riwayat Ahmad)
Hadith ini menjelaskan amal Islami dalam konteks sikap individu sehinggalah tuntutan ke peringkat mendirikan negara dan masyarakat Islam dengan besedia memenuhi tuntutan dan mengahdapi segala cabarannya seperti yang kita mahu lakukan dalam parti kita, Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Bagi memperincikan sifat-sifat yang perlu ada dalam setiap pejuang Islam, ianya merupakan buah daripada iman yan ikhlas iaitu:
1. Ketaatan secara mutlak kepada Allah s.w.t. dan RasulNya
2. Ketaatan kepada kepimpinan
3. Keikhlasan
4. Pengorbanan
5. Jihad
Sifat-sifat yang perlu dihindari pula ialah:
1. Derhaka
2. Tidak ikhlas
3. Pemalas
4. Bakhil
5. Penakut
Perkara Persekitaran
Kita keluarkan dahulu dari perbincangan kita, mereka yang berada dalam anggota masyarakat yang bernama Islam yang tidak peka dan tidak mempunayi kesedaran langsung dalam perkara ini yang lebih cenderung menjadi pencabar agama Allah s.w.t. daripada menjadi Ansarullah (penolong Allah).
Ramai mereka yang memilih iman yang lemah iaitu sekadar membenci di dalam hati walaupun mempunyai kemampuan. Ada pula yang melibatkan diri secara sambil lewa, tidak menyeluruh dan teragak-agak.
Samada secara individu atau menubuhkan kumpulan Islam dengan memberi penekanan dalam perkara dakwah sahaja ke arah mengajak kepada Islam secara borong tanpa memahami cara yang sepatutnya diberi kepada Islam dan meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya. Ada pula yang memberi penekanan dalam aspek tertentu tanpa mengikut kesempurnaan yang ada dalam ajaran Islam.
Samada kerana kejahilan atau pengecut dan tidak bersedia menghadapi kesukaran dan memberi pengorbanan kepada amal Islam. Allah s.w.t. sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat di dalam hati mereka yang menjadi sebab-sebab dan punca yang mengganggu perjalanan kebangkitan Islam dan boleh memesong perjalanannya.
Kita sangat-sangat mengalu-alukan mereka yang menjadi pembantu kepada kerja-kerja Islam dan menjadi salah satu daripada mata jamaah Islam yang lebih besar dan menyeluruh.
Kita mestilah memungut sebanyak mungkin dari kalangan mereka, orang-orang yang boleh menjadi ahli kita atau pengikut atau bersimpati kepada perjuangan kita dan mengambil jalan tidak bermusuh dengan mereka sehingga meramaikan lagi jumlah musuh, atau terdapat mereka yang boleh diambil kesempatan oleh musuh sehingga boleh menjadi alat untuk menentang kita.
Perkara Dalaman
Terdapat juga perkara dalaman parti yang masih belum selesai. Adapun perkara individu ahli seperti tidak ikhlas, ‘ujub, riak, hasad, tamak dan lain-ain terpulanglah kepada diri masing-masing untuk membuat muhasabah dan membaiki diri sendiri.
Perkara ini sangat perlu kerana perjuangan PAS tidak ada elaun dan upah kebendaan (maddiyah) yang ditetapkan.
Terpulang kepada masing-masing membetulkan diri sebelum mati. Penekanan perlu diberi kepada perkara dalaman parti, yang masih belum selesai sebelum kita menghadapi pilihanraya tahun-tahun yang akan datang.
Masih ada yang seperti tidak faham bahawa di dalam ‘amal jama’i ada perkar-perkara yang dinaskan oleh al-Quran, al-Hadith, ijma’ para ulamak dan Qias yang nyata menjadi hukum tertinggi menurut undang-undang tubuh PAS.
Adapun perkara yang tidak dinaskan seperti keputusan-keputusan yang diambil dalam perkara urusan pentadbiran, pengurusan dan beberapa tindakan dalam perkara-perkara taktik dan strategi diputuskan oleh kepimpnan secara individu atau secara syura yang telah menjadi keputusan yang wajib dipatuhi mengikut prinsip ketaatan dan berbai’ah kepada parti.
Walaupun begitu, masih ada yang tidak mematuhi secara individu atau kumpulan sehingga memerlukan adanya tindakan disiplin yang tegas perlu diambil walaupun tindakan disiplin adalah penyelesaian terakhir, demi kepentingan parti kerana ianya boleh menghalang kelancaran dan penyelarasan perjalanan organisasi.
Semua perkara ini adalah menjadi perkara dalaman yang menjadi cabaran yang berterusan, yang kadang-kadang boleh melambatkan kemenangan atau tidak layak mendapat janji kemenangan dari Allah s.w.t. Yang Maha Penyayang kepada perjuangan Islam dan penyokongnya.
Maka suatu kajian perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya dikenalpasti adakah kerana kelemahan dalam proses tarbiyah yang tidak mencecah kesedaran dan kefahaman ahli atau kelemahan daripada mereka sendiri. Dengan kajian ini, tindakan yang komprehensif dan terancang rapi mampu diwujudkan untuk menyelesaikan segala kelemahan yang wujud.
3.Tajdid Dalam Perkara Taktik Dan Strategi
Dalam menangani perkara ini kita perlu mengambil kira hal-hal yang tersebut di atas yang wujud dalam parti atau masyarakat Islam yang boleh menganggap parti Islam ini asing daripada mereka. Maka, gerakan parti yang dilakukan di semua peringkat seperti dewan-dewan dan lajnah-lajnah disusun dan diselaras dengan rapi di samping peranan melalui bidang masing-masing.
Semuanya mempunyai hubungan yang erat supaya program-program tarbiyah parti pada masa akan datang manjadi lebih berkesan di samping melihat kepada tindak tanduk pihak kerajaan yang mahu bermusuh dengan kita samada dengan perangai lama atau baru muncul seperti melaksanakan undang-undang dan tindakan yang telah sedia ada atau melaui perkembangan lebuh raya maklumat, di mana semuanya menjadi cabaran padahari-hari yang akan datang.
Insya’Allah, banyak lagi program tarbiyah yang telah sedia ada wajib diteruskan kerana keberkesanannya yang nyata dalam mempertahankan kewibawaan parti dan meningkatkan prestasinya dan boleh menghadapi segala cabaran tersebut.
Dalam persediaan individu kita perlu meningkatkan diri dengan mengambil contoh sifat-sifat wajib bagi Rasul s.a.w. iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Sifat-sifat ini adalah keperibadian unggul dalam mencapai cita-cita dakwah dan ketahananya dalam menghadapi segala cabaran.
Maka setiap ahli akan menjadi anggota parti yang dijalin dengan ikatan yang teguh sehingga membina kekuatan jamaah yang mampu mencapai dan mengisi kemenangan.
Program Tarbiyyah
Dalam merealisasikan tarbiyah Islamiyah yang menepati prinsip aqidah dan mencapai matlamatnya, maka dicadangkan program-program berikut:
1. Tarbiyah Dalaman
Penekanan kepada aqidah dan membentuk Syakhsiyah Islamiyah Harakiyah Jama’iyah. Program berkaitan yang boleh dijalankan adalah:
a) Kelas-kelas pengajian
b) Usrah
c) Tamrin dan daurah tadribiyah
d) Liqa’ al-fikri
Program ini disasarkan kepada kepimpinan di beberapa peringkat dan juga ahli-ahli di semua peringkat, dewan ulama’, pemuda, muslimat dan pelajar-pelajar.
2. Tarbiyah Untuk Masyarakat Umum
Ia bertujuan memberi kesedaran Islam dan kefahaman yang betul kepada masyarakat umum sehingga menyertai PAS atau menjadi penyokong. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan untuk sasaran ini adalah seperti berikut:
a) Pengajian umum
b) Program pengajian ILHAM dan lain-lain
c) Sekolah
d) Pusat pengajian yang dikendalikan oleh ahli-ahli PAS
e) PASTI
Antara masalah yang perlu diatasi adalah:
a) Manhaj tidak sampai ke bawah
b) Trend luar
c) Secara persendirian
d) Keberkesanan
e) Kelembapan
Penutup
Demikianlah secara ringkas tajuk ini disediakan huraiannya untuk menjadi bahan perbincangan mudah-mudahan diberi manfaat, taufiq, hidayah dan istiqamah.
Penjelasan Ust Dato Hj Harun Taib mengenai Syiah!!
Ramai sahabat2 yg bertanyakan ana mengenai syiah!,, adakalanya sempat dijelaskan, adakalanya tak sempat kerana ketiadaan masa untuk berborak panjang..
Bagi sahabat2 yg ingin tahu lebih lanjut, bolehlah dengar sendiri penjelasan drpd Tuan Guru Hj Harun Taib (ketua dewan ulamak PAS pusat).
Thursday, February 22, 2007
Amalan kita... Ma`thurat as-Shugra
(Al-Wazifah Al-Shugra)
أَعُـوذُ بِاللهِ السَّمِيـعِ العَلِيْمِ، من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk
بِسْــمِ اللهِ الرَّحْمٰـنِِ الرَّحِِيـْمِ،
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِــينَ، الرَّحْمــنِ الرَّحِيـمِ، مَالِكِ يَوْمِ الدِّيــنِ، إِيَّاكَ نَعْبُــدُ، وإِيَّاكَ نَسْتَـعِـينُ، اهدِنَــا الصِّـرَاطَ الْمُستَقِـيـمَ، صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيـهِمْ غَيرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيـهِمْ وَلاَ الضَّــالِّينَ .
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala sanjungan itu terpulang kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Yang menguasai hari balasan (Kiamat). Hanya Engkau sahaja kami sembah dan hanya kepada Engkau sahaja kami pohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murka terhadap mereka dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
بِسْــمِ اللهِ الرَّحْمٰـنِِ الرَّحِِيم،
الـم، ذَلِكَ الْكِتَـابُ لاَ رَيْـبَ فِيـهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِيـنَ، الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ، والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُِوْنَ، أُوْلآئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ، وَأُوْلآئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ .
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (Surah al Baqarah 1-5)
اللهُ لاَ إِلـَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَّهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ، مَن ذَا الَّذِي يَشْفَـعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِــإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيـهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلاَ يُحِيـطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِـمَا شَـآءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّـهُ السَمٰـوَاتِ وَالأَرْضَ، وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِـيُّ الْعَظِيـمُ .
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya, melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari (butiran) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ، قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ، فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُـوْتِ وَيُؤْمِنْ بِاللهِ فَقَدِ اسْتَـمْسَـكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ، لاَ انْفِصَامَ لَهَا، وَاللهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ .
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (utas ajaran agama) yang teguh serta tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
اللهُ وَلِيُّ الَّذِيـنَ آمَـنُـواْ، يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُـمَـاتِ إِلَى النُّـوُرِ، وَالَّذِيْنَ كَفَرُواْ أَوْلِيَـآؤُهُمُ الطَّاغُوْتُ، يُخْرِجُونَـهُمْ مِّنَ النُّـْْـورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ، أُوْلآئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ، هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ .
للهِ مَا فِي السَّـمٰـوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ، وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوْهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللهُ، فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ، وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَـاءُ، وَاللهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ .
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah berdaya menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang Ia kehendaki dan menyeksa sesiapa yang Dia mahu (menurut undang-undang peraturanNya) . (Ingatlah), Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.
آمَنَ الرَّسُـوْلُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُـوْنَ، كُلٌّ آمَـنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ، لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ، وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا، غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ .
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْـعَهَا، لَهَا مَا كَـسَـبَـتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ، رَبَّـنَا لاَ تُـؤَاخِذْنَا إِن نَّسِيْـنَا أَوْ أَخْطَـأْنَا، رَبَّـنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْـلِـنَا، رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ، وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ، أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْـنَ .
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat) olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Doa mereka ialah) Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak berdaya memikulnya. Maafkanlah kesalahan kami, serta ampun-kanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (al Baqarah :284-286)
بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمٰنِِ الرَّحِيـمِ،
(قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، اللهُ الصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ . (3 كالي
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak. Ia juga tidak diperanakkan; dan tidak ada sesiapapun yang menyerupaiNya.” (3 kali)
(Surah al-Ikhlas :1-4)
بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمٰنِِ الرَّحِيـمِ،
( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِن شَرِّ مَا خَلَقَ، وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَـبَ، وَمِن شَرِّ النَّـفَّاثَـاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِن شَرِّ حَاسـِدٍ إِذَا حَسَـدَ . (3 كالي
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang mencipta sekalian makhluk; dari bencana para makhluk ciptaanNya; dan dari bahaya gelap apabila ia (merangkak) masuk; dan dari bencana kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada berbagai simpulan sihir; dan dari bahana orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.” (3 kali)
(Surah al-Falaq: 1-5)
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّـاسِ، إِلـٰهَ النَّاسِ، مِن شَـرِّ الْوَسْـوَاسِ الْخَـنَّاسِ، الَّذِي يُوَسْـوِسُ فِي صُدُورِ النَّـاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ . (3 كالي
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai manusia; Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia; dari segala (bentuk) kejahatan para pembisik; penghasut yang timbul tenggelam, yang mencetuskan bisikan dan hasutan jahat ke dalam hati manusia. (3 kali)
(Surah al-Nas : 1-6)
أَصْبَـحْنَا (أَمْسَيْـنَا) وَأصَبَحَ (وَأَمْسَى) الْمُلْكُ للهِ، وَالْحَمْدُ للهِ لاََََ شَرِيْـكَ لَهُ، لاَ إِلـٰهَ إِلاَّ هُوَ وَإِلَيْـهِ النُشُـوْرِ (المَصِيْـرُ) . (3 كالي
Sesungguhnya kami hayati pagi / petang hari ini dengan kesedaran bahwa kerajaan (bumi dengan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah tiada sekutu bagiNya dan tiada Tuhan selainNya dan kepadaNyalah kami akan dibangkitkan / dikembalikan. (3 kali)
أَصْبَـحْنَا (أَمْسَيْنَا) عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلاَمِ، وَكَلِمَةِ الإِخلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا، وَمَا كَانَ مِنَ المُشْرِكِيْـنَ . (3 كالي
Kami hidup di pagi / petang hari ini dalam suasana fitrah; dalam lingkungan kalimah ikhlas seraya menghayati agama Nabi kami Muhammad s.‘a.w dan dalam Millah (ajaran) bapa (datuk) kami Nabi Ibrahim yang bersikap (lurus) .Memang beliau bukanlah seorang musyrik. (3 kali)
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ (أَمْسَيْتُ) مِنْكَ فِي نِعْمَةٍ وَعَافِيَةٍ وَسِتْرٍ، فَأَتِمَّ عَلَيَّ نِعْمَتَكَ وَعَافِيَتَكَ وَسِتْـرَكَ فِي الدُّنْـيَا وَالآخِرَةِ . (3 كالي
اَللَّهُـمَّ مَا أَصْبَـحَ (أمْسَى) بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْـكَ وَحْدَكَ، لاَ شَرِيْـكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ . (3 كالي
Ya Allah, nikmat apa sahaja yang aku kecapi dan diperolehi dari para hambaMu di waktu pagi / petang hari ini dari para makhlukMu; semuanya adalah dariMu jua; Yang Maha Esa dan Tidak mempunyai sekutu. BagiMu segala puji dan syukur. (3 kali)
يَا رَبِي لَكَ الحَمْدُ، كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ . (3 كالي
Ya Allah, ya Tuhanku, bagiMu segala puji seagung kemuliaan zatMu dan seagung kebesaran kekuasaanMu. (3 kali)
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلاَمِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلاً . (3 كالي
Aku reda Allah sebagai Tuhanku, aku reda Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku. (3 kali)
سُبْـحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَـا نَفْسِـهِ، وَزِنَةَ عَرْشهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِـهِ . (3 كالي
Maha Suci Allah dan segala puji bagi Nya sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredaanNya, dan seberat timbangan ‘ArasyNya, dan sebanyak dakwat yang terpakai untuk menulis kalimatNya. (3 kali)
بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِـهِ شَـيْءٌ فِي الأَرْضِ، وَلاَ فِي السَّـمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيْـعُ العَلِيْــمِ . (3 كالي)
Dengan nama Allah yang dengan namaNya akan terpelihara segala sesuatu di bumi dan di langit untuk dapat menimpakan bencana. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)
اَللَّهُـمَّ إِنَّا نَـعُـوْذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْـئًا نَعْلَـمُهُ، وَنَسْتَـغْـفِـرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُهُ . (3 كالي
Ya Allah, kami berlindung kepada Mu daripada (kejahatan) menyengutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui; dan kami mohon ampun kalau kami terlanjur menyengutukan Engkau dengan sesuatu yang tidak kami ketahui. (3 kali)
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ . (3 كالي
Ya Allah, aku berlindung dengan kalimah firmanMu yang sempurna dari kejahatan apa-apa yang diciptakan. (3 kali)
اَللَّهُمَّ إِنِّـي أَعُوْذُ بِـكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَأَعُـوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ، وَأَعُـوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْـنِ وَالبُـخْلِ، وَأَعُـوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ . (3 كالي
اَللَّهُمَّ عَافِنِـي فِي بَدَنِي، اَللَّهُمَّ عَافِنِـي فِي سَمْعِي، اَللَّهُـمَّ عَافِنِي فِي بَصَـرِي . (3 كالي
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الكُفـْرِ وَالفَقْـرِ، وَأَعُـوْذُ بِـكَ مِنْ عَـذَابِ القَبْــرِ، لاَ إِلـٰهَ إِلاَّ أَنْتَ .
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّـيْ، لاَ إِلـٰـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِـي وَأَنَـا عَبْـدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْـدِكَ وَوَعْـدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُـوْذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ مَا صَنَـعْـتُ، أَبُـوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِـكَ
عَلَيَّ، وَأَبُـوْءُ بِذَنْبِـي، فَاغْفِـرْ لِي فَإِنَّـهُ لاَ يَغْـفِـرُ الذُّنُـوْبَ إِلاَّ أَنْتَ . (3 كالي)
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba abdiMu. Aku berada dalam perjanjian denganMu dan ikrar kepadaMu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmatMu ke atasku. Aku juga mengakui dosa-dosa terhadapMu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, Ya Allah. (3 kali)
اسْـتَـغْـفِـرُ اللهَ العَظِيْـمَ، الَّذِي لاَ إِلـٰهَ إِلاَّ هُوَ، الحَـيُّ القَيُّـوْمُ، وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ . (3 كالي)
لاَ إِلـٰهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْـدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ . (10 كالي
Tidak ada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan puji. Allah berkuasa terhadap segala-galanya (10 kali)
سُبْـحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِـحَمْدِكَ، أَشْــهَدُ أَنْ لاَ إِلـٰهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَـغْفِرُكَ وَأَتُــوْبُ إِلَيْـكَ . (3 كالي
Maha Suci Engkau, ya Allah, segala puji bagiMu; aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah. Aku pohon ampun dan bertaubat padaMu. (3 kali)
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، عَبْـدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ، وَعَلَى آلِهِ وَصْحْبِهِ، وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ عِلْمُكُ، وَخَطَّ بِهِ قَلَمُكَ، وَأَحْصَاهُ كِتَابُكَ، وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنْ سَادَاتِـنَا أَبِي بَكْرٍ وَعُمَـرَ وَعُثْـمَانَ وَعَلِيٍّ، وَعَنِ الصَّحَابَةِ أَجْمَعِيْنَ، وَعَنِ التَّابِعِيْنَ وَتَابِعِيْهِمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . سُبْحَانَ رَبِّـكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُـوْنَ، وَسَـلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَـلِيْـنَ،
Memahami Tarbiyyah (4)
Umat Islam telah dijajah begitu lama. Penjajah bukan sahaja telah memunggah kekayaan bumi mereka, tetapi lebih dahsyat daripada itu penjajah juga telah memesongkan agama mereka. Umat Islam telah dijajah begitu lama. Penjajah bukan sahaja telah memunggah kekayaan bumi mereka, tetapi lebih dahsyat daripada itu penjajah juga telah memesongkan agama mereka.
Di antara yang paling ketara ialah memisahkan urusan politik daripada agama ataupun dengan lain perkataan menjajah umat Islam bukan berdasarkan kepada ajaran Islam bahkan memerintah umat Islam berdasarkan kepada agama mereka iaitu Kristian.
Adapun yang tidak diganggu oleh penjajah hanyalah sembahyang, puasa, haji, zakat manakala perkara-perkata yang berhubung dengan ibadah lain semuanya menurut undang-undang mereka. Lama-kelamaan, umat Islam yang dibiarkan dalam keadaan jahil itu menyangka bahawa itulah Islam.
Penjajah tidak keluar dari negeri yang dijajahnya melainkan sesudah mendidik pengganti yang setia kepadanya bagi meneruskan ajarannya iaitu Islam suku dan politik suku.
Sesiapa juga yang cuba melawan ajaran sesat itu dianggap sebagai pelampau, ekstrim, taksub, fanatik, bodoh dan tidak relevan dengan tuntutan semasa. Adapun orang yang mengajak muslimin menghayati kembali ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dianggap mengajak manusia kembali ke zaman unta dan hidup di dalam khemah sebagai orang yang menolak kemajuan.
Apabila umat Islam mencapai kemerdekaan, maka bangkitlah para ulama’, fuqaha’ dan guru-guru agama bagi mengajak umat Islam menghayati agama yang sebenarnya dan mentafsirkan apakah ertinya firman Allah:
Maksudnya:
“Bahawasanya agama di sisi Allah hanyalah Islam.” (Ali ‘Imran: 19)
Dan apakah ertinya: Maksudnya:
“Dan sesiapa yang mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup (agama), maka tuhan tidak akan menerima daripadanya dan di akhirat nanti daripada orang-orang yang rugi.” (Ali ‘Imran: 85)
Mereka mengajak umat Islam bersatu dalam satu jamaah, kumpulan atau parti. Pada tahun 1951, Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) telah ditubuhkan di Malaysia. PAS bukanlah sebuah parti politik yang hanya berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dan bergerak cergas di dalam siasah semata-mata, tetapi di antara usahanya yang utama ialah ta’lim dan tarbiyah.
Para pimpinannya yang terdiri daripada para ulama’, fuqaha’, penulis dan guru adalah mereka yang berkecimpung di dalam bidang ta’lim dan tarbiyah yang memberi pengajaran, menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada orang ramai dan mendidik manusia dengan pendidikan agama.
Rata-rata penyokong PAS terdiri daripada tuan-tuan guru pondok, guru-guru agama yang mengajar di sekolah-sekolah, ma’had -ma’had atau madrasah-madrasah atau lain-lain golongan yang sedar bahawa Islam itu adalah politik dan pemerintahan.
Oleh yang demikian, al-ta’lim dan al-tarbiyah menjadi salah satu daripada program yang pertama dan utama di dalam perjuanga Islam yang dibawa oleh PAS.
Apakah Bentuk Ta'lim dan Tarbiyyah Yang Disusun Oleh PAS
Di sana terdapat dua bentuk ta’lim dan tarbiyah:
PERTAMA : Yang berbentuk tarbiyah nizamiyah melalui:
1. Pondok-pondok, pusat pengajian yang bersifat tradisi dan pusat-pusat pengajian tinggi
2. Sekolah-sekolah agama dan ma’had-ma’had
3. PASTI dan sebagainya
KEDUA : Tarbiyah yang tidak nizamiyah;
1. Kuliah-kuliah umum di masjid-masjid dan surau-surau
2. Halaqah-halaqah khusus yang mengajar matapelajran yang tertentu seperti tafsir, hadith, tauhid dan sebagainya
3. Usrah
4. Qiamullail
5. Mukhaiyam (perkhemahan)
6. Nadwah, seminar, bengkel, liqa’ al-fikri
7. Rehlah, ziarah dan lain-lain
Program-program tarbiyah dalam Harakah Islamiyah di tahap mana sekalipun bertujuan untuk membentuk jiwa, mental dan jasmani ahli mengikut keperluan perjuangan kerana kita berpendapat ahli jamaah Islam tidaklah sama kualitinya dengan orang -orang awam.
Mereka mestilah seorang ‘jundiy’ bagi Hizbullah yang mempunyai sifat-sifat yang mulia iaitu:
1. Bertaqwa kepada Allah
2. Beriltizam kepada jamaah
3. Berkemampuan memikul tanggungjawab dan boleh memimpin
4. Memiliki aqidah yang sahih
5. Ibadah yang sempurna
6. Memahami syari’at Islam dan sirah Rasulullah s.a.w. dan sahabat baginda
7. Muamalahnya mestilah betul
8. Menghayati Islam sepenuhnya
Sasaran Tarbiyyah
Semua orang Islam menjadi sasaran ta’lim dan tarbiyah, tetapi anggota jamaah adalah menjadi sasaran tarbiyah yang utama di tempat dan tahap masing-masing:
1. Kepimpinan di semua peringkat dan dewan
2. Ahli-ahli
3. Anggota masyarakat di semua peringkat
Bagi memastikan tarbiyah berjalan dengan baik dan teratur, maka perlu kepada sasarannya kepada beberapa tahap atau marhalah yang tertentu seperti:
1. Marhalah al-ta’rif (pengenalan)
2. Marhalah al-takwin (pembentukan)
3. Marhalah al-tanfiz (pelaksanaan)
Pada umumnya, sekiranya kita mahu mengkelaskan anggota-anggota harakah menurut susunan tanzim yang ada, maka bolehlah kita mengatur dan menyusun maudu’ atau tajuk yang diberikan dan diminta memahami dan menghayatinya adalah seperti berikut:
PERTAMA : Tahap cawangan (al-ansar)
1. Aqidah
2. Ibadah
3. Al-Wala’
4. Ikhlas
5. Awrad (wirid-wirid)
6. Menghadiri majlis-majlis ilmu
KEDUA : Tahap kawasan (al-‘amilin)
1. Merendah diri kepada orang-orang yang beriman
2. Ikhwah – bersaudara
3. Mahabbah – berkasih sayang kepada orang-orang yang beriman
4. Jihad – dengan mengenali syarat, bahagian dan tahap
5. Kerohanian – tasawuf
6. Beberapa kursus keselamatan (al-Kitman)
7. Qiamullail
8. Amar ma’ruf dan nahi mungkar
9. Ziarah
KETIGA : Tahap perhubungan (al-nuqaba’)
1. Pemerintahan (al-hukm wa al-hukumah)
2. Pengamatan (al-anah)
3. Kesediaan membantu (al-khidmat)
4. Pemurah (al-karam)
5. Berani (al-syaja’ah)
6. Kepatuhan (al-ta’ah)
7. Permesyuaratan (al-syura)
8. Program (al-‘amal)
9. Perbincangan (al-munaqasyah fi al-halaqat)
10. Penyampaian dakwah (tahkrij al-da’wah)
KEEMPAT : Tahap Pusat (al-nawab)
1. Benar (al-sidq)
2. Amanah
3. Iltizam
4. Pintar (al-fatanah)
5. Tabligh
6. Mursyid
7. Mujtahid – dan lain-lain
Jikalau kita mahu menjadikan sektor kemasyarakatan dalam kehidupan untuk memudahkan kita memahami kumpulan sasaran dalam usaha pembinaan masyarakat harian, bolehlah kita gambarkan mengikut tahap-tahap berikut:
1. Pembinaan individu muslim
2. Pembinaan rumahtangga muslim
3. Pembinaan parti Islam
4. Pembinaan kepada masyarakat umum
5. Pembinaan baldatun taiyibatun wa rabbun ghafur
KESIMPULAN
Bahawa tarbiyah adalah satu-satunya proses pembentukan muslim yang mesti wujud di dalam mana-mana Harakah Islamiyah yang mahu mewujudkan baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
Tasawur Islami (gambaran Islam) mestilah jelas kepada semua orang Islam apatah lagi anggota Harakah Islamiyah di peringkat ansar, ‘amilin, nuqaba’ dan nawab yang menghasilkan penghayatan dalam kehidupan seharian sehingga dapat dirasai kehadiran mereka di tengah-tengah masyarakat umum.
Mudah-mudahan kertas yang tidak sepertinya ini dapat memberi sedikit panduan kepada rakan-rakan seperjuangan khususnya sahabat-sahabat yang ditugaskan untuk mengendalikan urusan tarbiyah di semua tahap.
Memahami Tarbiyyah (3)
Tarbiyah Islamiyah itu adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengislamkan kesuburan tubuh badan, pekerti, roh dan akal fikiran. Ia juga bertujuan untuk menyempurnakan akhlak yang memungkinkan manusia itu hidup di dunia ini dalam keadaan baik dan mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti.
Berdasarkan kepada pengertian di atas, maka tarbiyah Islamiyah itu dilaksanakan berasaskan kepada beberapa prinsip. Antaranya ialah:
1) Bahawa tarbiyah Islamiyah itu adalah suatu perkara wajib lantaran ia merupakan kerja utama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Perkara ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a. w.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada meeka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari I’tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Jumu’ah: 2)
Justeru, Islam mewajibkan tarbiyah ke atas lelaki dan perempuan samada dia seorang merdeka atau seorang hamba sahaya.
2) Tarbiyah Islamiyyah itu berasaskan kepada keikhlasan kepada Allah s.w.t. iaitu mengajar dan mempelajari ilmu pengetahuan itu semata-mata kerana Allah s.w.t.
Barangsiapa yang mempelajari ilmu dengan sebab-sebab duniawi, maka dia akan diseksa di akhirat nanti. Sebaliknya jika dia menjalani pendidikan kerana Allah s.w.t., maka keadaannya setaraf dengan para mujahid di jalan Allah.
3) Bahawa tarbiyah Islamiyah itu tidak terikat dengan masa dan umur. Ia dilakukan secara berkekalan bermula daripada kandungan yangbelum dilahirkan sampailah ke alam dewasa dan berpindah ke alam baqa’. Tidak ada seorang pun yang diberikan kesempatan mempelajari ilmu pengetahuan boleh merasakan bahawa dia adalah seorang yang paling alim dan bijak.
Al-Quran menegaskan bahawa setiap seorang yang alim itu sedah pasti ada orang lain yang lebih alim daripadanya. Selain itu, Allah s.w.t. juga memperingatkan kita bahawa ilmu yang diberikan kepada hamba-hambaNya adalah terlalu sedikit. Oleh itu, Islam menganjurkan agar pentarbiyahan dilakukan secara berkekalan. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“(Nabi Ya’kub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Yusuf: 86)
Firman Allah s.w.t. lagi:
Maksudnya:
“Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Taha: 114)
Bahawa tarbiyah Islamiyah berjalan di atasprinsip al-takamul (lengkap melengkapi) antara ilmu dan iman. Iman mengajak manusia mencari ilmu, manakala ilmu pula mengajak manusia beriman. Perkara ini sangat jelas jika kita melihat kepada beberapa ayat al-Quran antaranya firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: “Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal – menurut yang terkandung dalam Kitab Allah – sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan ( yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya).” (Al-Rum: 56)
Dalam surah Fatir pula Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya:
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang -orang yang berilmu.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun" (Fatir: 28)
Bahawa tarbiyah Islamiyah itu mengajak supaya bersikap tidak terus menerima apa sahaja yang dipusakai daripada generasi yang lalu melainkan sudah dibuat kajian yang teliti dan dipastikan bahawa ia benar. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah.” Lalu mereka menjawab: “( Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya.” Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?” (Al-Baqarah: 170)
Firman Allah lagi dalam Surah al-A’raf:
Maksudnya:
“Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: “Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?” (Al-A’raf: 28)
Dan banyak lagi ayat-ayat lain yang berkaitan dengan perkara ini. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip di atas dapat disimpulkan bahawa perjalanan tarbiyah mengambil kira perkara-perkara berikut:
1. Keberkesanan dalam mengatur hubungan manusia dengan diri sendiri
Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
Matlamat tarbiyah Islamiyah itu perlu dibahagikan kepada dua matlamat iaitu matlamat yang umum dan matlamat yang khusus. Matlamat tarbiyah Islamiyah yang umum ialah untuk menyelamatkan insan daripada azab Allah s.w.t. sebagaimana yang difirmankanNya:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Al-Tahrim: 6)
Insan yang diselamatkan daripada azab Allah s.w.t. itu ialah insan yang dapat menyempurnakan segala tanggungjawabnya ke arah mencapai tujuan dan matlamat ianya dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang digariskan oleh Allah s.w.t. seperti di bawah:
1) Beribadah kepada Allah s.w.t. yang Esa mengikut syariat yang diwujudkan oleh Allah s.w.t. sepertimana firmanNya:
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” ( Al-Zariat: 56)
Ibadah kepada Allah s.w.t. mengikut syariat yang diturunkan olehnya melalui lisan Nabi Muhammad s.a.w. menuntut supaya orang-orang muslim itu memiliki beberapa sifat yang penting. Antaranya ialah iman, Islam, ihsan, keadilan, amar ma’ruf nahi mungkar, jihad di jalan Allah,manis tutur-kata, pekerti yang mulia dan beberapa peradaban serta amalan lain.
2) Menjadi khalifah Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.
Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa antara tujuan manusia diciptakan ialah untuk menjadikannya khalifah di atas muka bumi ini. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” (Al-Baqarah: 30)
Ekoran daripada itu, maka penciptaan manusia oleh Allah bertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan segala perancangan dan pembangunan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
3) Berkenal-kenalan dan berbaik-baik di kalangan manusia.
Dalam Surah Al-Hujurat, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat: 13)
Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih-syang sesama mereka, bantu-membantu antara satu sama lain dan seterusnya ingat-mengingati serta pesan-memesan sesama mereka dalam perkara kebaikan.
4) Memimpin dan memerintah dunia ini.
Firman Allah s.w.t., maksudnya;
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Al-Nur: 55)
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah s.w.t. menjanjikan golongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akan dikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu itu manusia dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepada Allah s.w.t. dalam suasana yang aman.
5) Menjalankan syariat Allah s.w.t. di bumi ini.
Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. ialah untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini. Ini merupaka matlamat yang sangat besar dan masyhur. Ia merupakan intisari kepada segala matlamat yang lain.
Banyak ayat-ayat al-Quran yang menerangkan kepada kita tentang perkara ini. Antaranya ialah firman Allah s.w.t., maksudnya:
“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).” (Al-Jathiah: 18)
Dan firman Allah s.w.t., maksudnya:
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu) ,maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adlah orang-orang yang fasik.” (Al-Ma’idah: 49)
Matlamat Yang Khusus bagi Tarbiyyah Islamiyyah
Adapun yang dikehendaki dengan matlamat khusus bagi tarbiyah Islamiyah ialah matlamat dari aspek haraki.Matlamat tarbiyah dari aspek ini bolehlah dibahagikan kepada tiga sudut:
1) Sudut keahlian dan keanggotaan
Matlamat Tarbiyah Dari Sudut Keahlian Dan Keanggotaan
Matlamat tarbiyah Islamiyah dari sudut keanggotaan dan keahlian adalah untuk melahirkan:
1) Para anggota yang memahami atau bersedia untuk memahami Islam dan perjuangannya sebagaimana yang digariskan di bawah:
a) Ia hendaklah memahami bahawa Islam itu ialah agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia samada aqidah dan syariah ataupun agama dan negera. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain selari dengan kehendak al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan Qias.
b) Ia mestilah memahami bahawa al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan Qias itu merupakan rujukan bagi setiap muslim. Pendapat sesiapa juapun yang berlawanan dengan sumber-sumber tersebut tidak boleh dihormati dan dipatuhi malah tidak perlu dipertimbangkan langsung.
c) Manakala pendapat para pemimpin yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati.
d) Perselisihan pendapat dalam masalah furu’ adalah perkara kecil dan tidak perlu dielakkan. Oleh itu setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah menerima dan memakai mana-mana pendapat alim ulama’ yang muktabar dan janganlah menjadikannya sebagai punca perpecahan di kalangan anggota.
e) Setiap anggota mestilah faham bahawa dia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana dia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah tersebut dan selama mana dia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar dari Islam atau selama mana dia tidak mengingkari sesuatu yang pasti (dharuri) atau secara mudah dan senang di dalam Islam seperti ia mengingkari haramnya riba atau haramnya arak atau seperti dia mengingkari wajibnya menjalankan syariat Islam atau selama dia tidak melakukan perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan kecuali kufur seperti dia menyembah berhala atau menghina kitab suci al-Quran.
2) Setiap anggota hendaklah jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan semata-mata kerana Islam. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Al-An’am: 162)
Dalam hal ini Nabi s.a.w. pernah bersabda. Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.” (Riwayat Abu Daud)
3) Setiap anggota hendaklah bekerja dengan gigih untuk menjayakan matlamat perjuangannya. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (Al-Taubah: 105)
Oleh kerana itu, setiap anggota mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing. Peringkat pertama hendaklah dia membetulkan dirinya supaya menjadi insan yang soleh, badan yang sihat lagi kuat, cara berfikiran baik, pekerti mulia, aqidahnya betul, ibadahnya sah, pandai menjaga masa, bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.
Manakala peringkat kedua ialah membentuk rumahtangga dan keluarga secara Islam. Bagi yang belum berkeluarga hendaklah memilih pasangan yang soleh seterusnya mendidik anak secara Islam.
Peringkat ketiga ialah memperbaiki masyarakat supaya menjadi sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya sebuah ajaran dan peraturan yang dipandu dan dipimpin oleh sebuah kerajaan Islam. Dan seterusnya berusaha mengembalikan kedudukan umat Islam sebagai pemimpin dunia agar kembali teratur. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Dan Allah jua yang berkuasa terhadap urusannya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” (Yusuf: 21)
4) Setiap anggota hendaklah mengetahui bahawa mereka dikehendaki berjihad. Dia mestilah mengetahui bahawa berjihad adalah suatu fardhu yang diwajibkan secara berterusan sampai hari kiamat. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.” (Al-Hajj: 78)
Ketahuilah bahawa serendah-rendah martabat jihad itu ialah ingkar dengan hati, setinggi-tingginya ialah berperang pada jalan Allah dan ditengahnya ialah ingkar dengan lisan dan dengan kata-kata.
5) Setiap anggota hendaklah memahami bahawa dia mestilah bersedia untuk berkorban jiwa dan harta demi untuk agama Allah s.w.t. yang tercinta ini. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan ( balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (Al-Taubah: 111)
6)Setiap anggota hendaklah taat dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan dan melaksanakannya samada sewaktu senang atau susah, samada dia bersetuju atau sebaliknya. Ketahuilah bahawa perjuangan kita melalui tiga peringkat iaitu ta’rif, takwim dan tanfiz (pengenalan, pembentukan dan pelaksanaan). Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.” (Al-Syu’ara: 179)
7) Setiap anggota hendaklah tetap pendirian. Dia mestilah terus berjuang walaupun memakan masa yang panjang. Allah s. w.t. berfirman, maksudnya:
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid ), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun .” (al-Ahzab: 23)
8) Setiap anggota hendaklah membersihkan fahaman pemikiran dari segala unsur yang tidak Islam. Ingatlah tidak ada yang lebih baik selain dari Islam yang diperjuangkan itu. Islam itu ciptaan Allah tiada yang setanding dengannya. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? ( Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.” (Al-Baqarah: 132)
9) Setiap anggota jamaah mestilah merasakan bahawa anggota-anggota yang lain itu adalah saudaranya, saudara seaqidah yang hubungannya lebih kuat dari saudara seketurunannya. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujurat: 10)
Dalam surah yang lain Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Taubah: 71)
10) Setiap anggota hendaklah memberi dan menaruh kepercayaan yang tidak berbelah bagi antara satu sama lain terutamanya terhadap pemimpin. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (Al-Nisa’: 65)
Matlamat Tarbiyyah Dari Sudut Jamaah
Tujuan tarbiyah dari sudut jamaah antara lain bolehlah disimpulkan kepada perkara-perkara berikut:
1) Membekalkan jamaah dengan factor kemanusiaan yang mempunyai kelayakan di bidang-bidang seperti berikut:
a) Bidang dakwah dan penerangan
b) Bidang amal dan harakah
c) Bidang pengurusan dan pentadbiran
d) Bidang kerja politik
e) Bidang social dan kemasyarakatan
f) Bidang kerja ekonomi
g) Bidang akademik
h) Bidang pendidikan dan pembinaan
i) Bidang sukan
2) Membekalkan jamaah dengan tenaga kepimpinan yang baik, yang sudah dilatih dengan matang agar tenaga-tenaga itu dapat ditempatkan pada tempat-tempat yang diperlukan antara lain ialah:
a) Kepimpinan di bidang kerja fardi dan jama’I
b) Kepimpinan di bidang kerja social
c) Kepimpinan di bidang kerja politik, ekonomi, pengurusan, pentadbiran pendidikan dan lain-lain
3) Membekalkan jamaah dengan factor-faktor kemanusiaan yang mampu menangani urusan yang berkaitan dengan jamaah -jamaah yang bersimpati dengan harakah atau jamaah-jamaah yang bermusuh dengannya.
4) Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang mampu memanjangkan fitrah jamaah kepada generasi- generasi yang akan datang.
Matlamat Tarbiyah Islamiyah Dari Sudut Sosial Dan Kemasyarakatan
1) Pengagihan dan penempatan mereka yang telah terlatih ke dalam sector kemasyarakatan bertujuan untuk memenuhi keperluan-keperluan yang tertentu seperti:
a) Sekolah-sekolah, institusi-institusi dan universiti-universiti
b) Kilang-kilang, tempat perniagaan dan lading-ladang
c) Perbadanan dan agensi-agensi kerajaan.
Agar mereka menjadi contoh tauladan yang baik dalam beberapa aspek yang berkaitan dengan tugas dan bidang kerja masing-masing seperti kejujuran dan kecekapan.
2) Mengenalpasti perkara-perkara negatif dan sebab-sebab kegagalan serta kerugian yang terdapat di dalam sektor kemasyarakatan itu agar jamaah dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan.
3) Melibatkan diri secara posotif di dalam semua kegiatan yang berjalan di dalam masyarakat.
4) Memberi penekanan terhadap ketekunan bekerja dalam mana-mana jurusan yang dipertanggungjawabkan.
5) Memberi penekanan dan pemerhatian yang khusus kepada masjid serta surau supaya dapat dimakmurkan dengan sebaik mungkin.
6) Menceburi dan menguasai kelab-kelab sukan, pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan lain-lain dengan tujuan untuk mengambil manfaat daripada apa yang baik dan memandu kepada kebiakan mana-mana perkara yang perlu diperbetulkan.
- Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat -