Tuesday, March 25, 2008

Ceramah Maulidurrasul SAW [ulangsiar]

Bulan Rabi'ul Awal menjelma lagi,, pada bulan inilah berlakunya kelahiran Rasulullah saw. Pada bulan ini jugalah mengikut para alim ulamak berlakunya kewafatan Rasulullah saw.

Seringkali apabila menjelang Rabi'ul Awal, maka dikisahkanlah akan kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan kemuliaannya.. Jarang-jarang kita bertemu akan kisah mengenai kewafatannya.

Jesteru itu, maka saya cuba paparkan di sini 2 perkara, iaitu:
1. Perkara yg melibatkan NUR MUHAMMAD SAW dan
2. Perkara yg melibatkan SAAT-SAAT KEWAFATANNYA SAW.

Saya memilih ucapan drpd Tuan Guru Syeikh Habib Ali al-Jufri kerana kemantapan hujah dalam meriwayatkan Seerah Rasulullah saw. Disamping beliau menjawab beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh golongan Salafiyyah Wahabiyyah.

Apa yg dipaparkan untuk tatapan penonton adalah sebahagian sahaja drpd sedutan ceramah sambutan maulidur Rasul saw yg disampaikan oleh Tuan Guru Syeikh Habib Ali al-Jufri (ulama dari Yaman).

Saya berharap agar kita semua dapat menghayati sedutan ceramah tersebut dengan hati yg tulus ikhlas dan benar-benar kasih terhadap Junjungan kita Sayyidina Muhammad SAW..

Hayatilah..







Semoga dengan sedikit sedutan ceramah tersebut dapat menambahkan lagi rasa kecintaan kita terhadap Rasulullah saw...

Dan saya berharap, kita semua diberi kekuatan oleh Allah swt dalam menghadapi fitnah-fitnah serta fahaman yang cuba disebarluaskan oleh golongan Salafiyyah Wahabiyyah yang mengajak kita mengasihi Rasulullah saw secara zahir semata-mata!..