Thursday, September 4, 2008

Ihya' Ramadhan

Hamba yang faqir ini mengucapkan selamat datang bulan yang berkat.
Semoga kita mengharunginya dengan amal soleh dan
semoga kita mengakhirinya dengan mendapat keampunan
dan keredhaan dari Allah subhanahu wa ta'ala. Amin..
Pengajian di Pondok Ledang masih di teruskan selepas solat tarawih.
namun pengajian kitab Wasiat al-Mustafa, kitab al-Jauharul Mauhub,
kitab tafsir al-Quran, kitab al-Jawahirul Kalamiyah,
kitab Munyatul Musolli dan kitab Kifayatul Ghulam
tidak diajar sepanjang Ramadhan ini.
InsyaAllah akan disambung semula selepas kita menyambut Eidul Fitri.
Pada bulan Ramadhan yang berkat ini, insyaAllah kita akan
mula mengaji dan mengkhatamkan sebuah kitab terbaru
susunan hamba yang berjudul
اِسْتَغْفِرُوْا اللهَ
"mohonlah keampunan oleh kamu semua kepada Allah"
Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.. amin.
*p/s : tajuk kitab dibaca dengan ISTAGHFIRUULLAH..
'ala wazan ISTAF'ILUU - fe'el amar - jama'.