Monday, March 22, 2010

Syeikhul Azhar yang Baru..





[ AL-JAZEERA ] JUMAAT,19 Mac 2010 adalah tarikh yang penuh bermakna di Mesir.Ini adalah kerana,di Sinai, sambutan ulangtahun ke 21 kembalinya TABA,ke pangkuan Mesir setelah di jajah oleh Israel.Tanggal 19 Mac 1989,Presiden Husni Mubarak,menaikkan bendera Mesir di tanah TABA,sebagai lambang kembalinya TABA ke peta Mesir.


Taba adalah merupakan tanah jajahan Israel yang terakhir diserahkan semula kepada Mesir.Pemimpin arab,memang suka membuat sesuatu keputusan penting pada hari yang penting seperti hari kemerdekaan,hari raya,awal ramadhan dan lain-lain.


Sempena ulangtahun hari bersejarah ini,Presiden Husni Mubarak melantik PROF DR AHMAD TAYYIB,Presiden Al Azhar,sebagai SYEIKHUL AZHAR yang baru menggantikan Al Marhum Dr Tantawi.Prof Dr Ahmad Tayyib adalah syeikhul Azhar yang ke 43 dalam sejarah Al Azhar.


Bagaimana perlantikan seorang syeikhul Al Azhar?Sebelum tahun 1961,Syeikhul Azhar dipilih melalui undian dikalangan ahli Akademi Kajian Islam Al Azhar,mesir (Majmak Bu'uth El Islami,Al Azhar).


Namun,setelah Raja Farok dijatuhkan pada tahun 1952,kerajaan revolusi tentera Mesir mula campur tangan secara meluas ke atas AL AZHAR.Harta wakaf Al Azhar dimilik negarakan.


Kekayaan Al azhar saat itu telah mula menjadi harta kerajaan dan bukannya milik penuh Al Azhar seperti sebelumnya.


Ianya juga menandakan Mesir mula menggunakan sistem sosialis.


Pada tahun 1961,Mesir diperintah oleh Gamal Abdul Nasir,seorang presiden yang berpengaruh, namun, ditangannya, Syed Qutb, seorang ulama Mesir digantung sampai mati walaupun mendapat bantahan keras dari Raja Arab Saudi.


Gamal yang berpemikiran sosialis itu melihat pengaruh AL AZHAR sebagai sesuatu yang mesti dikawal.


Oleh yang demikian,sebuah undang-undang digubal dengan perkara 5,akta bernombor 103 tahun 1961 menyebutkan bahawa Syeikhul Azhar dilantik oleh Presiden Rebublik.


Sejak 1961, jawatan Syeikhul Azhar tidak lagi dipertandingkan bahkan dilantik oleh Presiden Republik.


Oleh yang demikian,saya amat berharap,agar para mahasiswa tidak mengikut rentak berita-berita liar yang menyatakan bahawa pemilihan Syeikhul Azhar dibuat secara tidak sah dan kerana pengaruh politik tertentu.


Ulama Al Azhar cukup sederhana. Latar belakang mereka meyakinkan kita atas apa yang diperkatakan.


Saya yakin, syeikhul Azhar yang baru tidak kurang hebatnya dalam lapangan ilmu.Al Azhar akan sentiasa menjadi benteng pertahan umat Islam dan kiblat ilmu umat Islam.


Waallahua'lam.