انا لله و انا اليه راجعون . اللهم لا طير الا طيرك ولا خير الا خيرك ولا اله غيرك
Saya (al-faqir Ibrahim Hj Masran al-Banjari) mengucapkan takziah kepada pihak pengurusan Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas yang kehilangan tiga blok asrama pelajar lelakinya dalam kebakaran kira-kira jam 2 pagi, semalam.
Pondok ini merupakan pusat pengajian agama tradisional yang tertua di Kelantan yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Che Wan pada tahun 1931. Pondok ini kemudiannya dipimpin oleh al-'Allamah Tuan Guru Hj Abdullah (Tok Guru Hj Lah). Setelah kewafatan beliau, pondok ini terus dipimpin oleh Tuan Guru Hj Hussin Bin Ibrahim dan Dr. Lokman bin Tuan Guru Hj Abdullah.
Kepada semua alumni Pondok Lubuk Tapah dan juga para pencinta pengajian tradisional , diharap kita sama-sama dapat membantu dan memberi sumbangan kepada pihak Pondok Lubuk Tapah bagi pembangunan pondok tersebut.
Bagi yang ingin memberikan sumbangan, bolehlah menghubungi pejabat pondok berkenaan di talian: 09-7905672 atau Saudara Azlan, 014-5064930
-alBanjari-