Thursday, February 22, 2007
Sahabat seUsrah,,, Sahabat sePerjuangan,,,
Memahami Tarbiyyah (2)
TARBIYYAH
Uslub yang terbaik di dalam proses berinteraksi dengan fitrah kemanusiaan dalam bentuk pengucapan langsung dengan perkataan atau secara tidak langsung dengan qudwah, berdasarkan manhaj dan wasilah-wasilah yang khas, ke arah menghasilkan perubahan di dalam diri insan kepada yang lebih baik.
[Definisi berdasarkan kertas-kertas kerja Jamaah Ikhwanul Muslimin yang dipetik daripada buku “Wasa’il at-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwaan al-Muslimin: Diraasah Tahleeliyyah Taareekhiyyah” oleh Doktor Ali Abdul Halim Mahmud terbitan Darul Wafaa’ Mesir 1414H / 1993M]
HURAIAN,..
USLUB:
Iaitulah kaedah. Yang dimaksudkan di sini adalah kaedah berinteraksi dengan manusia
YANG TERBAIK (ﻞﺜﻣﻷﺍ):
Iaitu yang paling afdhal, paling bermanfaat dan paling sesuai. Sebaik-baik uslub Tarbiyyah adalah sebagaimana Allah SWT mentarbiyyah Nabi Muhammad SAW dan sebagaimana Baginda SAW mendidik para sahabat RA. Hal ini dapat diketahui melalui Sunnah secara umum dan Sirah Nabawiyyah secara khususnya.
FITRAH:
Iaitulah tabiat semulajadi manusia yang meliputi kelebihan, kekurangan, sifat-sifat yang saling bertentangan di dalam diri seperti kebaikan, keburukan, saying, benci, takut, harap, bersifat jama’ie dan individualistik, iltizam dan longgar pegangan serta positif dan negatif.
INTERAKSI (ﻞﻣﺎﻌﺘﻟﺍ):
Iaitu komunikasi bersama fitrah manusia daripada segenap aspek dirinya. Sebahagian daripada kita gagal menghasilkan interaksi yang terbaik bersama fitrah manusia disebabkan oleh kelemahan di dalam memahami fitrah tersebut dengan terpeinci. Oleh itu, manhaj yang diletakkan tidak cukup atau tidak mampu memindahkan manusia daripada kejahatan kepada kebaikan atau daripada kesesatan kepada hidayah. Ini adalah kerana, prinsip utama ketika berinteraksi dengan fitrah manusia yang dijadikan Allah SWT itu adalah dengan mengambil sepenuhnya petunjuk Allah SWT berkenaan segala perincian diri manusia yang dijadikanNya itu.
PENGUCAPAN LANGSUNG (ﺭﺷﺎﺑﻤﻠﺍ ﻪﻳﺟﻮﺘﻟﺍ):
Iaitulah mengajar, mendidik dan membuat persiapan yang bersifat langsung kepada individu manusia. Ia dilakukan dengan perkataan yang meliputi perintah, larangan, galakan, menyukakan, menjauhkan, bersifat menarik perhatian dan fokus, mendekatkan atau menakutkan. Perkataan tersebut boleh di dalam bentuk nasihat, cerita, menerangkan sesuatu peristiwa, artikel, kajian, penggunaan alat pandang dengar atau apa sahaja jalan yang bermatlamatkan menghasilkan perubahan.
PENGUCAPAN TIDAK LANGSUNG (ﺭﺷﺎﺑﻤﻠﺍ ﺭﻳﻏ ﻪﻳﺟﻮﺘﻟﺍ):
Iaitu dengan memberikan contoh perbuatan, teladan (qudwah) dengan perlakuan kebaikan, tingkah laku yang terpuji dan akhlak yang tinggi, agar yang ditarbiyyah dapat mengikut contoh pentarbiyyah (murabbi). Pengucapan langsung dan tidak langsung adalah seperti duit syiling yang mana kedua-dua bahagian tidak mungkin dapat dipisahkan dan saling memerlukan. Contoh pengucapan secara langsung dan tidak langsung adalah sebagaimana kombinasi al-Quran, Sunnah dan Sirah Nabi SAW yang memberikan garis panduan dan contoh terbaik dan lengkap.
MANHAJ:
Iaitu garis panduan yang sistematik, jelas dan berperancangan yang dibentuk secara terpeinci.
WASILAH-WASILAH KHUSUS DAN PELBAGAI :
Ia meliputi apa sahaja bentuk amalan dan aktiviti yang tidak bercanggah dengan Syara’ dan berfungsi dengan baik ke arah mencapai matlamat Tarbiyyah itu sendiri. Ia sentiasa beriringan dengan perubahan dan perkembangan yang sentiasa berlaku di dalam kehidupan manusia.
MATLAMAT (ﻒﺩﻬﻟﺍ) :
Iaitu mengubah manusia daripada kejahatan kepada kebaikan atau yang terbaik, memindahkannya daripada kufur kepada iman (jika beliau bukan seorang muslim), daripada maksiat kepada taat, daripada kesesatan kepada hidayat, daripada kebatilan kepada kebenaran, daripada sistem-sistem manusia kepada sistem Allah SWT di dalam segenap sudut kehidupan
MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH
Matlamat atau di dalam Bahasa Arabnya (ﻒﺩﻬﻟﺍ) atau (ﺔﻳﺎﻐﻠﺍ) di dalam konteks perbincangan kita ini adalah dengan makna yang sama. Ia merupakan hasil yang mahu dicapai daripada semua proses yang berlaku di dalam Tarbiyyah. Secara umumnya matlamat itu bermaksud:
“mencapai semua aspek yang membolehkan seorang insan itu hidup di dunia ini dengan kehidupan yang berpetunjuk dan baik lantas membawa kepada kehidupan akhirat yang diredhai Allah SWT”
Akan tetapi, perincian kepada matlamat ini diutarakan di bawah untuk membolehkan kita melihat dengan lebih jelas dan praktikal maksud Tarbiyyah tersebut:
1. Beribadah Hanya Kepada Allah Berdasarkan Kehendak Syara’
Firman Allah SWT di dalam al-Quran yg bermaksud:
“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah Aku” (Adz-Dzariyat: 56)
Beribadah hanya kepada Allah SWT berpandukan apa yang telah ditetapkan oleh Syara’ melalui lisan Muhammad SAW adalah matlamat pertama dan paling utama Tarbiyyah Islamiyyah. Ia hanya dapat dihasilkan melalui gabungan unsur-unsur yang pelbagai termasuklah unsur Iman, Islam, Ihsan, Adil, Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar serta Jihad fi Sabilillah. Ia juga merangkumi aspek perkataan, perbuatan, akhlaq dan adab.
2. Khilafah Allah di Muka Bumi
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 30 yg bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menjadikan (Adam) di muka bumi itu sebagai Khalifah”
Ia dapat direalisasikan melalui perlaksaan tugas memakmurkan bumi Allah SWT serta memanfaatkan apa yang diberikanNya di dunia ini untuk kegunaan manusia, daripada kebaikan. Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 61 yg bermaksud:
“Dialah (Allah) yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya”
3. Mengenali (ﻒﺭﺎﻌﺘﻠﺍ) Sesama Manusia
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 13 yg bermaksud:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari jenis lelaki dan perempuan serta berbangsa-bangsa dan kaum agar kamu saling mengenali di antara satu sama lain”
Ia adalah di antara tujuan yang besar bagi Tarbiyyah Islamiyyah kerana Allah SWT menjadikan kita dari aspek berkategori dengan kategori paling utama ini, adalah dengan maksud supaya manusia itu saling kenal mengenal. Natijah daripada matlamat inilah yang membolehkan agama Allah SWT tersebar luas dan manusia menerima Islam sebagai jalan yang lurus dan bersesuaian dengan segala latar belakang mereka.
4. Memimpin dan Memerintah Dunia dengan Teguh
Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur ayat 55 yg bermaksud:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”
Allah SWT telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman tiga pemberian berikut:
i) Menjadikan mereka sebagai Khalifah yang memakmurkan bumi Allah SWT dan memanfaatkan kebaikan daripada apa yang disediakanNya untuk kegunaan manusia di dunia ini.
ii) Meneguhkan kedudukan mereka di dunia dengan Islam dan manhaj mereka lantas mereka menjadi golongan yang mulia dan berkuasa serta menjadikan agama mereka tinggi dan nyata.
iii) Menukar suasana kehidupan mereka daripada ketakutan kepada keamanan.
5. Menghukum dengan Syariat Allah SWT
Firman Allah SWT di dalam surah al-Jatsiah ayat 18 yg bermaksud:
“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”
Ini adalah matlamat Tarbiyyah Islamiyyah yang amat besar kerana matlamat-matlamat yang awal itu tadi adalah demi untuk melaksanakan maksud menghukum dengan Syariat Allah SWT. Hanya dengan terlaksanya hukum dan peraturan Allah SWT sahajalah, segala kebaikan, keadilan dan kemakmuran dapat dicapai, bukan sahaja untuk orang-orang Islam bahkan juga menjadi rahmat kepada sekalian alam.
Demikian itu tadilah matlamat Tarbiyyah Islamiyyah sebagaimana yang dikemukan oleh Doktor Ali Abdul Halim Mahmud di dalam kitabnya “Wasa’il at-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwaan al-Muslimin: Diraasah Tahleeliyyah Taareekhiyyah”. Matlamat-matlamat ini adalah kemuncak kepada penciptaan manusia oleh Allah SWT dan Dia jualah yang menempatkan manusia di muka bumi ini dengan maksud tersebut.
Oleh yang demikian, Tarbiyyah Islamiyyah yang bermatlamatkan maksud-maksud di atas, hendaklah diproses ke arah melahirkan batu bata binaan berikut:
1. Individu Muslim dan segala yang berkaitan ke arah pembinaan swadaya diri (syakhsiah).
2. Keluarga Muslim (Bait Muslim) serta segala nilai dan akhlaq yang wajid dibina ke arah merealisasikannya.
3. Masyarakat Muslim (Mujtama’ Muslim) serta segala yang meliputi jalin hubungan yang membentuknya.
4. Ummah Islamiyyah serta segala yang bersangkutan dengan persediaan dan gerak kerja ke arahnya.
5. Daulah Islamiyyah serta setiap aspek yang wajib dihasilkan sebagai asas penegakkannya yang terdiri daripada manhaj dan sistem kehidupan.
Manakala bagi sebuah gerakan Islam, matlamat-matlamat jangka pendek dalam konteks gerak kerja mereka, hendaklah dinilai daripada dua kategori iaitu matlamat tetap dan matlamat yang berubah mengikut kehendak semasa. Wallahu A’lam bi as-Sawaab.
Tuesday, February 20, 2007
Gambar-gambar di sekitar program Ijtimak Tholabah Pondok Semalaysia
(PENGKAJI SILSILAH ULAMAK NUSANTARA)
Thursday, February 15, 2007
15 BALA AKHIR ZAMAN
Lalu sahabat bertanya : Apakah 15 perkara itu ya Rasulullah ?
Rasulullah saw. menjawab : Apabila berlaku :-
1. Harta khazanah kekayaan negara hanya berlegar dikalangan orang- orang tertentu .
2. Amanah menjadi batu loncatan untuk mengumpul kekayaan .
3. Zakat dianggap sebagai hutang yang menyusahkan mereka .
4. Lelaki tunduk kepada isterinya.
5. Derhaka kepada ibunya .
7. Sering menjauhi bapanya .
8. Meninggikan suara ( bising ) di dalam Masjid .
9. Pemimpin yang dilantik adalah yang paling hina ( jahat ) dikalangan mereka.
10. Dimuliakan seseorang ( bukan kerana mulia tetapi ) kerana takut akan kejahatannya.
11. Meminum Khamar ( arak )
12. ( Lelaki ) memakai sutera .
13. Menyanjung para artis ( penyanyi )
14. ( Menyanjung para artis ) pemuzik .
15. Dan mengutuk golongan ( ummat/ulama’ ) terdahulu
Maka layaklah mereka ditimpa Angin Ahmar ( yang melumpuhkan ) atau gempa bumi ( yang menghancurkan ) atau mereka ditukar wajah menjadi makhluk lain ( beruk atau lainnya ) .
Jilid 4 / Muka surat 494 . Cetakan Dar Ihya at Turath Beirut
Ulang siar kebiadaban mulut Rosnah!! Artis Islam Hadhari!
Perempuan ini samada dgn sengaja atau tidak sengaja telah menghina Ummahatul Mukminin Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid al-Kubra... Secara tidak sengaja juga telah menghina Rasulullah SAW..
rujuklah firmah Allah dalam surah al-Ahzab ayat 53, Allah melarang kita menyakiti Nabi SAW dan Isteri2nya itu adalah IBU2 kepada sekalian mukminin,,
juga rujuklah ayat 2 surah al-Ahzab... Insaflah,, Bertaubatlah,,,
Sebagai seorang yg cintakan Rasulullah SAW, segala penghinaan terhadap Rasulullah mestilah ditentang!!! Mestilah dikutuk! dan mestilah diajar!! supaya kembali kepada Allah SWT!!
Apa yg berlaku ini, menunjukkan betapa kurang ajarnya perempuan tua yg tidak sedar diri ini!!,, dan inilah dia islam dan otak artis yg dilahirkan oleh Sistem Islam Hadhari!!!
Sahabat2 boleh klik tajuk di atas untuk menyaksikan ucapan celupar dari mulut artis Islam Hadhari!!
Monday, February 12, 2007
Biografi ringkas mengenai Tuan Guru Hj Ismail Sepanjang
Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan.
Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.
Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).
Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan ).Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.
Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.
Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.
Program Ijtimak Tholabah Pondok SeMalaysia

Ijtimak Tholabah Pondok SeMalaysia
BERSEMPENA DENGAN "MAJLIS SAMBUTAN 70 TAHUN MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM" BONGEK ACHEH 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN ,
"IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA"
(Perhimpunan penuntut-penuntut pondok semalaysia)
Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya insyallah.
Jadual Pengajian/dialog dan forum perdana .
Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang (Baba Ismail).-Fathoni Daarussalam-
1.Sabtu 17 feb 2007- 8.30 pagi - 11.30 pagi - Pengajian Ilmu Tauhid berkitab ( kitab-kitab karangan Tuan Guru Haji Ismail sendiri) dan kupasan ayat-ayat mutasyabihat serta soal- jawab.
2. Sabtu 17 feb 2007- 9.00 malam -11.30 malam -Forum Perdana serta soal jawab- bersama ahli panel yang lain, tajuk forum (Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).Akan bersama meraikan majlis dengan tetamu khas terdiri dari para Ulama.

Tamrin lagi..
Friday, February 9, 2007
10 Wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna
- Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
- Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
- Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
- Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
- Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
- Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
- Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
- Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
- Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan da'wah kita adalah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
MENGAPA PERLU MEMILIH ISLAM
OLEH: IBNU MASRAN AL-BANJARI
Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi SallaLlahu’Alaihi Wasallam untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia Sunnah Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan.
1. Manhaj ALlah sahaja yang benar (hak),tidak didatangi sebarang kebathilan. Firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala , maksudnya:
" Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu itu sahaja yang haq."(Ar-Ra’d : 1)
Ini bermakna bahawa manhaj ketuhanan yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadith nabi itu sahaja-lah manhaj yang benar di mana setiap manusia sama ada dia sebagai seorang biasa atau sebagai pemerintah mestilah menerima dan mengamalkan apa-apa yang terkandung di dalam manhaj itu. Sekiranya mereka tidak menerima dan mengamalkannya mereka adalah sesat dan seterusnya gagal dalam menyelesaikan masalah ummah.
"Apakah orang yang mengetahui bahawa apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu itulah yang sebenar-benarnya sama dengan orang yang buta."(Ar-Ra’d: 19)
Dengan perkataan lain, tidak sama orang yang mengetahui kebenaran yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam dengan orang buta, orang yang tidak mengetahui kebenaran itu RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :
"Aku tinggalkan kepada kamu (wahai umat Islam) dua perkara yang mana kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya itu, iaitu KitabuLlah dan Sunnahku" (Riwayat lmam Malik)
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu ni’matKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu." (Al-Maidah : 3)
Dalam ayat lain ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:Maksudnya:
"Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan ke’adilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. ALlah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-An’aam : 115)
Firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala lagi: Maksudnya:
"Tidak ada sesuatu pun yang Kami abaikan di dalam kitab Al- Qur’an itu." (Al-An’aam : 38)
Dari ayat-ayat yang kita baca di atas terbukti bahawa agama Islam itu adalah agama yang lengkap, menyeluruh, mencakupi segala ruang kehidupan manusia.
"Begitulah Kami mentafsirkan ayat-ayat Kami bagi kaum yang berfikir." (Yunus : 24)
Dalam ayat yang lain pula ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, maksudnya:
"Al- Qur’an itu merupakan suatu kitab yang diterangkan secara terperinci ayat-ayat dan tanda-tanda di dalam bahasa Arab, di mana keteraugan itu adalah untuk kaum yang mengetahui."(Fushshilat : 3)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi, maksudnya:
"Dan sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka itu sebuah kitab yang Kami terangkan secara terperinci berdasar kepada ilmu pengetahuan demi untuk memberi hidayah dan rahmat kepada kaum yang beriman." (M-A’raaf: 52)
Dan firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala, maksudnya:
"Begitulah seterusnya ALlah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan kepada kamu tanda kebesaranNya moga-moga kamu berfikir." (A’-Baqarah : 242)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi, maksudnya:
"Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang ingkar dengan tanda-tanda yang terang itu." (Al-Baqarah : 99)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi, maksudnya:
"Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim."(An-Nahl : 89)
"Dan tidak Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk manusia seluruhnya; memberi berita baik (bagi yang ta’at) dan berita yang tidak baik (bagi yang ingkar)." (Saba’: 28)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, maksudnya:
"Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Wahai manusia ! Sesungguhnya aku ini adalah Rasul (Utusan ALlah) kepada kamu semua." (Al-A’raaf: 158)
RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:
"Aku diberi keistimewaan dan kelebihan dari Nabi-nabi yang lain sebanyak enam perkara. Aku diberi tutur kata yang mempunyai makna yang mendalam dan aku diberi pertolongan dengan sebab rasa gerun musuh semasa dia masih berada di tempat yang jaraknya sebulan berjalan kaki dan dihalalkan kepada aku harta-harta rampasan perang dan dijadikan bumi ini sebagai masjid dan bahan bersuci bagiku dan aku diutuskan kepada makhluq kesemuanya dan dengan aku berakhirlah sekelian Nabi-nabi."
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, maksudnya:
"Dan Kami turunkan daripadaAl-Qur’an itu apa-apa yang menjadi penawar dan rahmat kepada sekelian mukmin." (Al-Isra’: 82)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, maksudnya:
"Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Al- Qur’an itu menjadi petunjuk dan penawar kepada orang yang beriman." (Fushshilat: 44)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi, maksudnya:
"Maka berimanlah kamu kepada ALlah dan RasulNya dan kepada cahaya yang Kami turunkan." (At-Taghaabun : 8)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi, maksudnya:
"Wahai manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu tanda-tanda dan Tuhan kamu dan Kami turunkan kepada kamu cahaya yang terang benderang." (An-Nisaa’: 174)
Dari ayat-ayat di atas nyatalah kepada kita bahawa Islam sebagai manhaj ketuhanan adalah diwujud-kan untuk menjadi penyuluh dan penawar kepada seluruh manusia dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan masyarakat, apa lagi untuk memporak-peranda dan menghuru-harakan masyarakat.
6. Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi SallaLlahu’Alaihi Wasallam untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia. Firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala, maksudnya:
"Wahai Rasul ! Sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu. Jika tidak kamu lakukan, maka tidakah kamu menyampaikan risalahNya" (Al-Maidah : 67)
Firman ALlah Subhanahu wa Ta’ala lagi, maksudnya:
"Dan Kami turunkan kepada kamu peringatan (Al Qur’an) supaya kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka" (An-Nahl : 44)
Di sini ternyata Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam diminta supaya menyampaikan keseluruhan risalah Islam dan menerangkannya kepada manusia. Malah dituntuti supaya Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam melaksanakan segala hukum-hakam ke atas masyarakat manusia.
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, maksudnya:
"Dan Kami turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Kitab Al- Qur’an itu dengan sebenarnya untuk kamu memerintah (memimpin) manusia dengan apa yang diperlihatkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu." (An-Nisaa’: 105)
"Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu." (Al-Maidah 49)
Ternyata bahawa Al-Qur’an itu diturunkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala untuk dijadikan dasar hidup dan asas kepada pemerintahan negara.7. Sunnah Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, maksudnya:
"Sesiapa yang menta’ati Rasul, maka dia telah menta’ati ALlah Subhanahu wa Ta’ala."
(An-Nisaa’: 80)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi, maksudnya:
"Dan ta’atlah kamu kepada ALlah dan ta’atlah kamu kepada Rasul dan awas (berjaga-jagalah) kamu. Sesungguhnya jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka ketahuilah bahawa tugas Rasul Kami adalah memberi penyampaian yang terang." (Al-Maidah : 92)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi,maksudnya:
"Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepadaALlah dan kepadaRasul. Jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka sesungguhnya ALlah Subhanahu wa Ta’ala tidak suka kepada orang-orang kafir." (Al ‘Imran : 32)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi, maksudnya:
"Dan apa-apa yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul hendaklah kamu menerimanya dan apa yang dilarang akan kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu tinggalkannya." (Al-Hasyr: 7)
RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallain bersabda, maksudnya:
"Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Mereka bertanya: "Siapakah yang enggan itu ya RasuluLlah? " Lantas RasuluLlah bersabda: "Siapa yang ta’at kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang ingkar (enggan)."
Di dalam hadith yang lain pula RasuluLlah SallaLlahu ‘AlaIlii Wasallam bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala)."
Ternyata bahawa dari apa yang disebut di atas, Al-Qur’an dan As-Sunnah merupakan manhaj ketuhanan yang tidak dapat ditinggalkan oleh umat manusia. Al-Qur’an merupakan asas kepada segala-galanya manakala As- Sunnah pula menambah atau menerangkan sesuatu yang tidak jelas di dalam Al-Qur’an itu.
Justeru itu segala perkara yang tidak berasaskan kepada Al-Qur’an dan As- Sunnah adalah dikira-kan suatu dasar yang bathil, yang ditolak oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan ditolak oleh rasulullah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam.
Seterusnya semua harakah, pergerakan dan parti politik yang tidak berdasarkan kepada Al-
Qur’an dan As-Sunnah serta tidak berusaha ke arah melaksanakan apa-apa yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Nabi SaliaLlahu ‘Alaihi Wasallam adalah pergerakan yang bathil dan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan RasulNya.
Wallahu A’lam Bis Sowab...
Memahami Tarbiyyah...
MEMAHAMI TARBIYYAH
Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber rabbani.
Dengan sumber inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya melahirkan generasi rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim :
“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”
(Ali ‘Imran: 110)
Peranan Tarbiyah Islamiyah.
Tarbiyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan, pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam perancangan pembangunan sesuatu masyarakat.
Sejarah Rasulullah SAW sendiri menjelaskan bahawa tarbiyah menjadi faktor utama untuk membangunkan manusia yang mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
Titik Tolak Tarbiyah Islamiyah.
Di dalam ‘Tarbiyah ar-Ruhiyah’, Said Hawa menjelaskan bahawa asas dan titik tolak didikan Islam adalah iman.
Dr Abdul Karim Zaidan pula di dalam ‘Usul ad-Dakwah’ menghuraikan dengan panjang lebar mengenai peraturan asas pembentukan masyarakat Islam. Katanya, asas pembentukan masyarakat dalam Islam ialah aqidah Islam yakni tauhid Rububiyatillah dan tauhid Uluhiyatillah.
"Setiap manusia dituntut meyakini aqidah ini supaya ia mengetahui hakikat diri dan letak duduknya manusia itu dalam hidup supaya faham mengapa manusia itu dijadikan, memahami hubungan dan pimpinan akal fikiran manusia, tindak lakunya dan segala aktivitinya dihubungkan dengan Allah swt,” tulis beliau.
Sehubungan itu, Muhammad Shadid dalam ‘Manhaj al-Quran fi-tarbiyah’ telah menyingkap kembali sejarah dengan menjelaskan bahawa Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT. Baginda adalah contoh utama dan qudwah hasanah serta pelaksana manhaj al-Quran.
Baginda adalah pendakwah yang amat faham tentang dakwahnya dan murabbi (pendidik) yang dianugerahkan segala sifat sebagai murabbi. Baginda mengajak sahabatnya dan orang ramai beriman kepada Allah, menghubungkan mereka dengan al-Quran dan memberi kefahaman bahawa al-Quran adalah arahan daripada Allah SWT untuk dilaksanakan. Arahan itu hanya akan diterima oleh hati yang beriman.
Oleh itu, menurut Said Hawa, pemusatan perlu diberi kepada proses pendidikan untuk memastikan lahir titik tolak yang betul.
Tarbiyah Imaniyah Dalam Semua Aspek.
Iman tidak boleh dipisahkan daripada sebarang kegiatan hidup manusia. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibina dan didorong oleh iman kepada Allah SWT. Dengan itu, barulah pekerjaan itu dikira sebagai ‘ubudiyah (ibadah) kepada Allah SWT.
Menurut Mustafa Masyhur, ibadah yang sahih (betul) lahir daripada aqidah yang baik. Perkataan ibadah itu mempunyai sifat kesyumulannya dan merangkumi segala urusan hidup, tidak terbatas kepada sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja kerana risalah dan tugas manusia dalam hidup ini ialah beribadah kepada Allah. Hidup seluruhnya ialah ibadah kepada Allah.
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku.”
(Al-Zariyat: 56)
Oleh itu setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini dengan niat yang betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan minum, ilmu dan amalan, riadah dan perkahwinan menjadi wasilah (jalan) mentaati Allah. Rumah menjadi mihrab (tempat beribadah kepada Allah).
Begitu juga sekolah, kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun, ladang, sawah, padang permainan, malah dunia seluruhnya menjadi tempat beribadah kepada Allah SWT. Dengan perkataan lain, segala usaha dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada Allah.
Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba dengan Penciptanya dalam semua
aspek kehidupan. Semua urusan dirujuk kepada syariat Allah SWT. Hubungan hati manusia dengan Allah pada setiap masa adalah asas utama bagi melaksanakan tarbiyah Islamiyah dengan berkesan.
Aspek rabbani dalam tarbiyah Islamiyah adalah aspek yang paling penting kerana matlamat pendidikan Islam ialah melahirkan insan mukmin dalam pengertian sebenar iaitu insan yang memiliki iman yang menguasai hati dan fikiran, lahir dalam bentuk amalan dan tindakan, seperti yang disebutkan dalam al-athar:
“...Ia sebati dalam jiwa dan dibenarkan dalam bentuk amalan.”
Allah berfirman :
“Sesungguhnya orang yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah.” (Al-Hujurat: 15)
Tunggak tarbiyah rabbaniyah ialah hati yang subur, sentiasa berhubung dengan Allah SWT, yakin akan menemui-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Jiwa yang hidup inilah yang menjadi tumpuan Allah swt untuk dicampakkan nur kepadanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalanmu.”
“Pada hari di mana tidak berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang balik kepada Allah dengan hati yang (sejahtera).”
Tarbiyah Islamiyah berusaha menghidupkan jiwa supaya tidak mati, memakmurkannya supaya tidak binasa dan melembutkannya supaya tidak keras kerana hati yang keras dan akal yang beku merupakan satu kemungkaran yang perlu diminta perlindungan Allah SWT daripadanya.
“Adapun Nabi SAW meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada ilmu yang
tidak bermanfaat dan daripada hati yang tidak khusyu’.”
Hati Yang Soleh.
Baik buruk seseorang itu berpunca daripada hatinya. Tepat seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:
“Ketahuilah di dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik ketulan itu maka baiklah seluruh jasadnya, tetapi jika rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati.”
Oleh itu membaiki dan merawat hati daripada sebarang penyakit perlu diberi keutamaan. Jiwa perlu dibersihkan daripada sebarang syirik dan sifat yang tercela seperti hasad, ‘ujub, takkabur, bakhil, cintakan dunia, menurut hawa nafsu dan sebagainya.
Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati itu menjadi baik apabila ia mengenali Allah yang menciptanya, nama-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya dan peraturan-Nya. Hati yang sihat akan mengutamakan keredaan Allah dan mencintai apa yang disukai Allah serta menjauhi segala tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.
Realiti Masyarakat Islam Kini.
Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu manusia hendaklah menjadi muslim dan dididik dengan didikan Islam. Bagaimanapun perkara semudah ini tidak difahami oleh umat Islam hari ini atau kabur bagi mereka.
Umat Islam hari ini rata-rata kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat pilihan, hilang kekuatan dan terumbang-ambing menjadi buih, tidak digeruni atau disegani lagi seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadapi hidangan makanan. Mereka bertanya: ‘Apakah kita sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak, tapi kamu laksana buih air bah.”
Dasar Penyelesaian Islam.
Masalah manusia hari ini tidak akan dapat dirungkaikan kecuali kembali kepada Islam. Islam pula tidak dapat memainkan fungsinya melainkan wujud para pendokong (‘amilinnya).
Meneliti sejarah Rasulullah SAW, para pendokong dibentuk dan diproses melalui Tarbiyah Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada Allah; ‘ubudiyah yang merangkumi i'tiqad, ibadah dan peraturan yang benar-benar berjalan dalam amalan hidup mereka.
Proses ‘ubudiyah seperti ini akan membersihkan jiwa mereka daripada beriman kepada yang lain dan mengawasi amalan mereka daripada bermatlamatkan yang lain daripada Allah semata-mata.
Melalui proses ini sahajalah ummah Islamiyah dapat dibentuk. Ummah ini akan menjadi dasar penyelesaian Islam. Ummah yang dianggotai oleh mereka yang melalui proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang diikrarkan oleh setiap anggotanya iaitu ‘La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah’.
Selagi ikrar ini tidak lahir dalam bentuk amalan individu mahupun masyarakat sebagai natijah proses pembentukan itu, mereka belum layak untuk menganggotai ummah muslimah dalam pengertian sebenar.
Konsep yang tegas dan jelas ini perlu difahami oleh setiap muslim yang telah bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan jahiliah dan mengikrarkan ‘ubudiyahnya hanya bagi Allah SWT.
Kefahaman yang jelas ini penting supaya amalan hidup setiap muslim adalah benar-benar merupakan ibadah yang diredhai Allah SWT. Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan praktik. Dengan itu, kehidupan ummah Islamiah benar-benar diasas dan dikawal oleh kaedah ini, bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain.
Allah berfiman dalam Surah Yusuf, ayat 40 :
“Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar.”
Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula Allah berfirman :
“Siapa yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah.”
Berdasarkan kepada proses pembentukan dan pembangunan itu, maka langkah pertama ialah membersihkan jiwa anggota daripada ‘ubudiyah kepada yang lain daripada Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan syariat. Ummah yang dianggotai mereka yang sudah bersih hati dan jiwa sahaja yang dapat membangunkan masyarakat Islam.
Ummah yang dibangunkan di atas dasar tauhid tidak dapat diwujudkan kecuali setelah tencapai suatu tingkat kekuatan yang mampu menghadapi cabaran dan tekanan masyarakat jahiliyah.
Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan aqidah, kekuatan syariah, kekuatan ahklak, kekuatan organisasi, kekuatan ilmu dan pelbagai jenis kekuatan yang diperlukan bagi menentang sistem jahiliyah atau sekurang-kurangnya mampu mempertahankan diri daripada dikuasai jahiliyah.
Wallahu subhanahu wa taala a'lam...
Salam Takziah dari kami..
al-Marhum jenazah adalah merupakan anak yg ke-7 dan baru dilahirkan pada 8/2/2007 jam 5.25 pagi.. al-Marhum jenazah meninggal dunia pada 9/2/2007 lebih kurang jam 2.30 pagi..
Semoga Sdr Mohd Noh sekeluarga tabah menghadapi ketentuan Ilahi.. Marilah kita mengambil sedikit masa untuk membaca suratul faatihah dan disedekahkan pahalanya kepada al-marhum jenazah.. al-Faatihah,,
untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Sdr Mohd Noh : 019-766 6273
Sunday, February 4, 2007
sambungan... Perutusan Hijrah
Misi Menubuhkan Negara Islam
dan Mendaulatkan Syariat.
Melaksanakan misi ini , ianya tidaklah berlaku secara spontan melainkan beberapa strategi dan langkah bijak telah diambil oleh Rasulullah saw. ke arah pembentukan Daulah Islamiyyah .
Baiatul Aqabah ( Baiatul Kubra ) adalah merupakan detik akhir dari perancangan besar Nabi saw untuk membina kedaulatan Islam setelah 12 tahun baginda saw. bertungkus lumus membentuk Syakhsiyyah dan Aqidah ummah agar mereka kembali mentauhidkan Allah dan memakmurkan muka bumi dengan sifat mahmudah .
Kandungan baiah itu sebagaimana yang diriwayatkan dari Jabir Rha. :
فقلنا يا رسول الله على ما نُبايِعُكَ قال تُبَايِعُوْنِيْ عَلى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي النَّشَاطِ وَالْكَسَلِ وَعَلى النَّفَقَةِ فِي اْلعُسْرِ وَاْليُسْرِ وَعَلى اْلأَمْرِ بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيِ عَنِ الْمُنْكَرِ وَعَلى أَنْ تَقُوْلُوْا فِي اللهِ لاَ تَأخُذُكُمْ لَوْمَةُ لاَئِمٍ وَعَلى أَنْ تَنْصُرُوْنِيْ إِذَا قَدِمْتُ عَلَيْكُمْ وَتَمْنَعُوْنِيْ مِمَّا تَمْنَعُوْنَ عَنْهُ أَنْفُسَكُمْ وَأَزْوَاجَكُمْ وَأَبْنَاءَكُم وَلَكُمُ الْجَنَّةُ
Lihat : المستدرك على الصحيحين Hadis No. 4251 . Juzuk 2 , Muka Surat 681
* Baiah yang dianggotai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan ( Nusaibah bt Kaab dan Asma’ bt Amru ) itu adalah merupakan tunas dan benih subur untuk Islam bertapak di Madinah ( Yathrib ) . Setelah selesai mereka berbaiah , satu persatu berjabat tangan dengan Rasulullah saw maka Rasul saw melantik 12 orang naqib mewakili kaum mereka.
Bermulanya Hijratul Kubra .
Setelah menyaksikan kesempitan ruang untuk baginda menegakkan Islam dibumi Makkah sebagai sebuah Negara berperlembagaan dan berdaulat , ditambah pula dengan tekanan dan ancaman yang kian berlipat ganda dikenakan ke atas Islam dan perjuangannya , maka nabi saw mengizinkan para sahabatnya berhijrah ( keluar ) dari bumi Makkah menuju Yathrib setelah menerima baiah dari penduduk Yathrib.
فقال قَدْ أُخْبِرْتُ بِدَاْرِ هِجْرَتِكُمْ وَهِيَ يَثْرِب فَمَنْ أَرَادَ الْخُرُوْجَ فَلْيَخْرُجَ إِلَيْهاَ
Lihat : تاريخ مدينة دمشق Juzuk 25 . Muka surat : 324Terbitan : Terbitan Darul Fikr . Beirut
Dan الطبقات الكبرى . Juzuk 1 . Muka surat : 226Terbitan : Darul Sodir . Beirut .
Pensyariatan hijrah ini juga boleh dilihat bagaimana Allah menegaskannya di dalam al Quran :
"Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan Pembela antara satu Dengan Yang lain.
dan orang-orang Yang beriman Yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu Dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum Yang ada perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha melihat akan apa Yang kamu lakukan."
Surah al Anfaal : Ayat 72
Hijrah bukan Takut Melarikan Diri .
Rasul saw. dan para sahabat rhm. melakukan hijrah adalah untuk mendaulatkan Syariat Ilahi , justeru itu tidak timbul soal takut dan melarikan diri . Sebaliknya hijrah adalah perintah dari Allah yang diwahyukan kepada Nabi saw.
Sabda Rasulullah saw.
رأيت في الْمَنَامِ أَنِّي أُهَاجِرُ من مَكَّةَ إلى أَرْضٍ بها نَخْلٌ فَذَهَبَ وَهَمِّي إلى أنها الْيَمَامَةُ أو هَجَرُ فإذا هِيَ الْمَدِينَةُ يَثْرِبُ
Shohih Bukhari . Juzuk 3 . Muka surat 1326
من أَرادَ أَن تَثْكُلَهُ أُمُّهُ ويُوتِمِ وَلَدَهُ ويُرْمِلْ زَوْجَتَهُ فَلْيَلْقَنِيْ وَرَاءَ هَذا الْوَادِي
Lihat : أسد الغابة Juzuk 4 , Muka surat : 164Terbitan Darul Ihya’ at Turath al A’rabi Beirut .
Al Imamul Ghazali pernah berkata :
الدُنْياَ مَزْرَعَةُ الآخِرَةِ وَ لاَ يَتِمُّ الدِّيْنُ إلاَّ بِالدُّنْيا وَ الْمُلْكُ وَ الدِّيْنُ تُؤْماَن فَالدِّيْنُ أَصْلٌ وَ السُّلْطاَنُ حَارِسٌ وَ مَا لاَ أَصْلَ لَهُ فَمَهْدُوْمٌ وَ مَا لاَ حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ وَ لاَ يَتِمُّ الْمُلْكُ وَ الضَّبْطُ إلاَّ بِالسُّلْطاَنِ .
` Dunia adalah ladang akhirat dan tidaklah sempurna agama tanpa dunia sementara kerajaan dan agama dua perkara yang berkembar . Agama adalah tapak ( asal ) dan kedaulatan ( sultan ) adalah pengawal . Suatu yang tiada tapak ( asal ) baginya maka pasti ia runtuh ( binasa ) dan suatu yang tiada pengawal pasti ia hilang ( sia – sia ) . malah tidak sempurna kerajaan dan pegawainya kecuali dengan kedaulatan .
Ihya’ Ulumiddin . Jilid 1 / 71 kitabul Ilmi
Kedaulatan yang dimaksudkan adalah untuk memastikan manusia hidup diatur urus berasaskan pedoman wahyu ilahi . Firman Allah swt .
"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami Dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat Yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan Yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi Dengan keadaannya mengandungi kekuatan Yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.
(dijadikan besi Dengan keadaan Yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu Dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang Yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Surah Al Hadid . Ayat : 25
من خَرَجَ من بَيْتِهِ مُجَاهِداً في سَبِيلِ اللَّهِ عز وجل ثُمَّ قال بِأَصَابِعِهِ هَؤُلاَءِ الثَلاَثِ الْوُسْطَى وَالسَّبَّابَةِ وَالإِبْهَامِ فَجَمَعَهُنَّ وقال وَأَيْنَ الْمُجَاهِدُونَ فَخَرَّ عن دَابَّتِهِ وَمَاتَ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ على اللَّهِ تعالى أو لَدَغَتْهُ دَابَّةٌ فَمَاتَ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ على اللَّهِ أو مَاتَ حَتْفَ أَنْفِهِ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ على اللَّهِ عز وجل
Lihat Musnad Imam Ahmad bin Hanbal . Jilid 4 . Muka surat : 36 .باب فضل من مات في سبيل الله .
Kalendar tersebut merupakan bermulanya diary baru , bagi ummat Islam muncul sebagai ummat yang berdaulat dan menjadi kuasa baru buat ummat manusia seluruhnya kearah meletakkan mereka sebagai ummat yang bebas dari perhambaan sesama hamba dan sekaligus memerdekakan manusia dari belenggu fahaman dan anutan agama ciptaan manusia serta fatamorgana dunia yang penuh tipu daya.
Agenda Menegakkan Negara Islam .
Menegakkan Negara Islam sebagai Baldatun Toiyyibatun wa Rabbun Ghafur dan mendaulatkan syariat Ilahi adalah menjadi asas utama hijrah Rasulullah saw ke Madinah. Semata – mata untuk mendirikan solat , puasa , haji dan zakat tidak memerlukan nabi saw. berhijrah ke Madinah dan barangkali Makkah adalah tempat yang lebih sesuai malah nabi tidak mendapat tentangan hebat dari kuffar Quraisy andainya perjuangan baginda sekadar untuk solat dan mengerjakan haji .
Baginda ditentang dan diperangi apabila Baginda saw berjuang untuk mendaulatkan syariat Ilahi menjadikan Islam sebagai cara atau pedoman dalam segala aspek hidup ummat manusia. Dari sekecil kecil perkara seperti memakai sepatu ke tandas hingga kepada sebesar – besar perkara seperti memimpin dan memerintah Negara , diajar oleh baginda saw agar ianya dilaksana berasaskan manhaj islami dengan sumber asalnya wahyu Ilahi dan sunnah baginda saw. sendiri.
Berjuang menegakkan negara Islam dan mendaulat syariat Ilahi adalah merupakan sepenting – penting urusan demi meletakkan Agama Allah tinggi mengatasi segalanya dan serentak itu memartabatkan ummahnya agar tidak lagi menjadi ummat belasahan pula hina dimata dunia.
Pengorbanan Harta .
Peristiwa Suhaib ar Ruumi yang dihalang oleh kuffar Musyrikin dalam perjalanan beliau hijrah ke Madinah . Suhaib terpaksa meninggalkan seluruh harta kekayaan yang diperolehi sewaktu mengurus perniagaannya di Makkah sebagai ` passport ’ untuk menjayakan hijrah beliau. ( setelah beliau diletakkan syarat bahawa beliau hanya dibenarkan hijrah selepaskan meninggalkan seluruh hartanya.)
Harta telah tiada nilainya lagi bagi Suhaib berbanding kepentingan hijrah kearah mendaulatkan syariat Allah swt. di muka bumi ini. Demi hijrah yang bermisikan kedaulatan Islam itu , Suhaib memilih untuk tidak bersama hartanya asal sahaja beliau dibebaskan pergi ke Madinah melepasi halangan atau sekatan kuffar Musyrikin .
Mendengar berita pengorbanan Suhaib ar Ruumi rha tersebut , baginda Rasul saw. berkata :
رَبِحَ صُهَيْبٌ ربح صهيب
“ beruntunglah Suhaib , beruntunglah Suhaib “
Sohih Ibnu Hibban . Jilid 15 Muka surat 557 No. Hadis : 7082 .Terbitan : Muassasah ar Risaalah . Beirut
Pengorbanan yang dilakukan oleh Suhaib ar Ruumi bukan sahaja mendapat pengiktirafan dari Rasulullah saw. bahkan turut mendapat sanjungan dari Allah swt. Dengan Firman Nya :
"Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya."
Pengalaman yang dialami oleh Abu Salamah Rha melakarkan segalanya , bagaimana perasaan terpaksa diketepikan jua demi mengharapkan agar hijrah berjaya dilakukan .
Sebagaimana umum mengetahui bahawa hijrah berhadapan dengan sekatan ( road block ) dan halangan oleh pihak kuffar guna menghalang dan menggagalkan hijraturrasul saw.
Antara mereka yang berhadapan dengan sekatan kuffar itu ialah Abu Salamah dan isterinya Ummu Salamah Radiyallahu ‘anhuma . Turut serta dalam sekatan itu ialah anggota keluarga Abu Salamah dan keluarga Isterinya .
Keluarga isterinya mengambil isterinya ( ummu Salamah Rha ) dan keluarganya mengambil anaknya . Namun Abu Salamah tetap meneruskan hijrah ke Madinah tanpa anak dan Isterinya.
Sehinggalah beberapa ketika setelah pemergiaan Abu Salamah , Ummu Salamah hanya menangis pagi dan petang dan akhirnya menimbulkan rasa simpati dari sebahagian anggota keluarganya dan Umma Salamah dan anaknya dibenarkan kembali ke pangkuan suaminya di Madinah . Ummu Salamah berhijrah bersama anaknya meredah padang pasir sejarak 500 kilometer .
Ummu Salamah dibantu oleh Uthman bin Talhah bin Abi Talhah sejurus beliau tiba bersama anaknya di Tan`im yang membawanya sampai ke Quba’ .
Rujuk Fiqh al Harakah dari Sirah an Nabawiyyah Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi AwangJilid 1 . Muka surat 226 . Terbitan Dewan Pustaka Fajar
Pengorbanan perasaan yang dilalui oleh para sahabat ini turut dilihat melalui doa baginda saw. bagi menenangkan perasaan para sahabat yang amat merindui kampung halaman dan ahli keluarga mereka .
اللهم حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أو أَشَدَّ
“ Ya Allah ! campakkan rasa kasih kami kepada Madinah sebagaimana kami kasih kepada Makkah atau lebih kasih daripadanya."
Sohih Bukhari : Juzuk 2 . Muka surat 667 Sohih Muslim : Juzuk 2 . Muka surat 1003Musnad Imam Ahmad : Juzuk 6 . Muka surat 56
Pengorbanan Darah dan Nyawa .
Perancangan kuffar Musyrikin dalam usaha mereka menggagalkan misi dan operasi hijrah tidak hanya terhenti setakat mengadakan sekatan tetapi sampai ke peringkat mencetus gerakan mencari dan memburu Nabi saw. untuk dibawa pulang ke Kota Makkah dalam keadaan hidup atau mati .
Melalui parlimen mereka Darul Nadwah yang bersidang pada 26 Safar tahun 14 selepas an Nubuwwah , satu keputusan nekad untuk membunuh Nabi saw. telah diambil . Darul Nadwah telah melantik 11 orang pemimpin bagi mengetuai gerakan membunuh Rasulullah saw.
Mereka yang dilantik itu ialah : Abu Jahal bin Hisyam , Abu Lahab , Ubai bin Khalaf , Umayyah bin Khalaf , al hakam bin al `As , Uqbah bin Abi Mu`it , al Nadar bin al Haraith , Zam`ah bin al Aswad , Ta`imah bin `Adi , , Nabih bin al Hajaj dan Munabbih bin al Hajaj .
Percubaan pertama pada malam hijrah untuk membunuh nabi saw. di atas ranjang tidur baginda digagalkan oleh Allah swt yang Maha Licik Perancangan dan strategi-Nya . Firman Allah swt :
'Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya."
Surah al Anfaal . Ayat : 30
Percubaan kedua ialah peristiwa kepungan Gua Thur sedang Nabi saw. bersama Abu Bakar as – Siddiq Rha berada di dalam gua tersebut. Hampir sahaja pihak kuffar menemui baginda saw yang sedang berlindung dalam gua tersebut. Namun Maha suci Allah , sekali lagi baginda di selamatkan dengan tentera yang tidak dijangka membantu baginda saw.
"(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
Surah al Fath . Ayat : 4
Peristiwa Gua Thur ini menyaksikan bagaimana sepasang burung merpati liar dan labah – labah memainkan peranan sebagai “ tentera/junud ” yang menyelamatkan Rasulullah saw.
Percubaan ketiga melalui khidmat pembunuh upahan yang cekap bernama Suraqah bin Malik bin Ja’sham yang mendapat tawaran lumayan untuk membunuh Rasulullah saw.
Percubaan yang tragis ini juga gagal setelah nabi saw. sekali lagi diselamatkan oleh Allah swt. dan ini diceritakan sendiri oleh Suraqah bin Malik setelah ia memeluk Islam .
"Pertama – tama yang dilakukan setelah jauh dari pandangan , aku menilik melalui anak panah ( azlam ) , apakah lebih baik aku keluar atau tidak . Maka keluar anak panah yang menjelaskan tidak baik namun aku terus menggagahkan diri untuk mendapatkanya dan aku menemuinya . Rasulullah saw meneruskan perjalanan tanpa berpaling , aku mendengar bacaannya sementara Abu Bakar menoleh kebelakang .
Apabila aku memacu kuda ke arahnya , tiba – tiba kaki depan kudaku terperosok ke bumi separas lutut mengakibatkan aku tersungkur . Setelah aku bangun dan membangunkan kudaku , lalu aku lihat asap keluar sampai ke Langit . Aku mencabut panah yang menentukan nasib lalu keluar panah yang menyatakan tidak baik .
Lalu aku meminta aman dari mereka , mereka berhenti dan aku pun menghampiri mereka dan aku merasakan apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. akan membawa kemenangan . Aku pun berkata kepadanya : “ Kaumku telah menyediakan hadiah yang besar untuk menangkap kamu"
Rujuk Sohih Bukhari. Hadis No. 3693 Jilid 3 . Muka surat : 1420
Begitulah antara bentuk pengorbanan yang dilalui oleh baginda rasul saw. para sahabat Rhm dalam peristiwa hijrah , termasuklah pengorbanan Saidina Ali karramallahuwajhah yang sanggup tanpa bantah mengambil tempat tidur ( pada malam hijrah ) Rasulullah saw guna melengahkan kuffar Musyrikin sekali membuka jalan kepada Rasulullah saw. memulakan hijrah melepasi kepungan yang dilakukan pada malam hijrah tersebut.
Segalanya dilakukan sebagai bukti bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja demi perjuangan mereka menegakkan agama Allah swt di atas muka bumi ini. Sepantasnya itulah sikap orang – orang yang beriman disepanjang zaman dikala berhadapan dengan tugas mendokong risalah Islam dan bertentangan pula dengan musuh yang merintang.
Firman Allah swt :
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
Surah at Taubah . Ayat : 41
Hijrah adalah Penyatuan
Hijraturrasul saw. turut mencatat sejarah bagaimana Baginda saw. mempersaudarakan golongan Ansar ( Madinah ) dengan golongan Muhajirin ( Makkah ) serta berjaya menamatkan persengketaan kaum antara Aus dan Khazraj yang berselisih sejak sekian lama .
Hijrah membuka lembaran baru yang menyatukan mereka sedang penyatuan itu pula menjanjikan kekuatan dan kehebatan kepada mereka serta mereka mula digeruni oleh lawan. Malah persaudaraan erat mereka menjadikan mereka mendapat keampunan dan kemuliaan disisi Allah swt .
"Dan orang-orang Yang beriman dan berhijrah ( Muhajirin ) serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia Yang mulia."
Surah al Anfaal . Ayat : 74
اللهم لا عيش إلا عيش الآخرة فاغفر للأنصار والمهاجره
“ Ya Allah , Tiada kehidupan sebenar kecuali kehidupan di akhirat , maka ampunilah Ansar dan Muhajirin . ”
Rujuk : الطبقات الكبرى Jilid 1 . Muka surat : 240
Kemuliaan dan kehebatan perpaduan mereka sebenar dicerna dari nilai persaudaraan dan persahabatan yang tiada taranya. Saksikan bagaimana mereka ( Ansar dan Muhajirin ) mempamerkan nilai ukhuwwah mereka dalam membentuk perpaduan kental yang tentunya menjadi syarat kekuatan ummat ini .
لَمَّا قَدِمُوا الْمَدِينَةَ آخَى رسول اللَّهِ e بين عبد الرحمن بن عَوْفٍ وَسَعْدِ بن الرَّبِيعِ قال لِعَبْدِ الرحمن إني أَكْثَرُ الْأَنْصَارِ مَالًا فَأَقْسِمُ مَالِي نِصْفَيْنِ وَلِي امْرَأَتَانِ فَانْظُرْ أَعْجَبَهُمَا إِلَيْكَ فَسَمِّهَا لي أُطَلِّقْهَا فإذا انْقَضَتْ عِدَّتُهَا فَتَزَوَّجْهَا قال بَارَكَ الله لك في أَهْلِكَ وَمَالِكَ أَيْنَ سُوقُكُمْ فَدَلُّوهُ على سُوقِ بَنِي قَيْنُقَاعَ
“ Tatkala mereka sampai ke Madinah , Rasulullah saw. telah mempersaudarakan diantara Abdur Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi’ . Saad telah berkata kepada Abdur Rahman bin Auf : “ Saya adalah orang yang paling kaya dikalangan Ansar , marilah kita bahagi dua hartaku dan saya mempunyai dua isteri , maka lihatlah yang mana satu kamu suka agar aku ceraikan dia lalu apabila selesai iddahnya maka kamu kahwinilah ia , Abdur Rahman bin Auf menjawab : Semoga Allah memberkati kamu dan keluargamu dan hartamu , tunjukkan aku dimanakah pasar kamu , maka ia dibawa ke pasar Bani Qainuqa’ ..”
Lihat Sohih Bukhari . Hadis No : 3569 Jilid 3 . Muka surat 1378
Asas terpenting di dalam piagam ini ialah :
و أنكم مهما اختلفتم فيه من شئ فإن مرده إلى الله عزوجل و إلى محمد صلى الله عليه و سلم
Lihat Sirah Ibnu Hisyam 1 / 502 – 503
Hijrah Rasul saw. membina kedaulatan Islam dan meletakkan ummatnya aman , harmoni , bahagia , tenang , selamat , bertamaddun , maju , berjaya dan kuat . Islam menjadi asas dan sumber pedoman atau petunjuk , sementara ummah pula sebagai khalifah yang mentadbir dan mengurus kehidupan di dunia berasaskan agama .
Syiar Negara Islam pula sebagaimana ungkapan Ruba`i bin `Amir kepada Rustam Panglima Parsi :
إن الله بعثنا لنخرج الناس من عبادة العباد إلى عبادة الله وحده و من ضيق الدنيا إلى سعتها و من جور الأديان إلى عدل الإسلام .
Lihat : Min Fiqhid Daulah Fil Islam Karya Dr. Yusuf al Qaradhawi . Muka surat : 20Cetakan Darul Syuruq Qaherah .
Hijrah adalah Kemenangan
Bermula dengan kejayaan nabi saw. melepasi kepungan rumah baginda oleh 11 mafia yang dilantik mewakili kabilah masing – masing , nabi saw. terus mencipta kejayaan demi kejayaan sehinggalah tiba di Madinah .
Ancaman pertama ( di rumah baginda ), Nabi saw. berjaya melepasinya dengan menabur pasir ke atas kepala musuh seraya membaca firman Allah swt :
"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia Yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab Yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka Dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan Yang benar)."
Surah Yaasin . Ayat : 9
Ancaman kedua ialah sewaktu baginda Rasul saw. bersama Abu Bakar di dalam Gua Thur. Ianya adalah saat yang paling getir pula terputus hubungan dengan pihak luar.
Peringkat awal , Abu Bakar rha. telah menunjukkan rasa resah berhadapan dengan situasi sedemikian , tetapi nabi saw. sangat optimis bahawa hijrahnya untuk menegakkan Negara Islam dan mendaulatkan syariat Allah pasti tidak disia – siakan oleh Allah Jalla wa `Ala . Lantas baginda menegaskan :
لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللهَ مَعَنَا
“ Jangan bimbang ( berduka cita ) sesungguhnya Allah bersama kita “
Penegasan tersebut telah dirakamkan oleh Allah swt . dalam firman-Nya di surah at taubah :
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita".
"maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Surah at Taubah . Ayat : 40
Ternyata Allah swt. telah menghantar nusrah dan ma`unah-Nya kepada mereka yang berjuang untuk menegakkan agamaNya. Nabi saw. dan Abu Bakar rha. selamat dari kepungan tersebut dan meneruskan hijrahnya ke Madinah .
Ancaman ketiga , dikala Nabi saw. berhadapan dengan Suraqah bin Malik yang begitu teruja dengan tawaran pembesar Quraisy lalu berhajat benar ia membunuh Nabi saw. Ternyata Suraqah bukan sahaja tidak berjaya membunuh Nabi saw. malah mencederakan baginda pun tidak berupaya .
Sebaliknya Nabi saw. penuh bergaya dan hebat , menawarkan hadiah lebih lumayan mengatasi apa yang ditawarkan oleh pembesar musyrikin . Nabi saw. menawarkan 2 gelang maharaja Farsi . Gelang yang ditawarkan oleh nabi saw. akhirnya dipakaikan kepada Suraqah bin malik di zaman pemerintahan Saiyidina Omar al Khattab rha. setelah amirul mukminin berjaya mengalahkan Parsi sang kuasa besar dunia dan merampas gelang tersebut.
Saiyidina Omar al Khattab memanggil Suraqah untuk memakai gelang tersebut seraya mengajar Suraqah agar berkata :
الحمدُ للهِ الَّذِي سَلَبَهُمَا كِسْرَى ابْنُ هُرْمُزْ الذي كَانَ يَقُوْلُ أَنَا رَبُّ النَّاسِ وَأَلْبَسَهُمَا سُرَاقَةَ بْنِ مَالِك
“ Segala puji bagi Allah , Tuhan yang telah merampaskan keduanya dari Kisra bin Hurmuz yang pernah berkata : Akulah tuhan kepada manusia dan Tuhan telah memakai keduanya kepada Suraqah bin Malik .”
Lihat : الإستعاب Yusuf bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Bir ( w. 463 )Juzuk 2 . Muka surat 581Terbitan Darul Jiil . Beirut .
Ketibaan nabi saw. di Madinah disambut penuh gembira dan meyakinkan oleh golongan Ansar dengan slogan yang menandakan mereka adalah golongan yang menang dan berjaya malah bakal muncul menjadi ummat yang terbaik memimpin dunia.
أشرق البدر علينا من ثنيات الوداع
Lihat : ar Rahiiqul Makhtum . Muka Surat : 204 Terbitan Maktabah as Sahabah Jeddah
Bibliografi .
Ar Rahiiqul Makhtum . Sofiyyur Rahman al Mubarak Furi . Darul Sohabah Jeddah 1990.
At Tobaqat al Kubra . Muhammad bin Saad bin Muni’ Abu Abu Abdullah al basri az Zuhri ( 168 – 230 h ) . Darul Soodir , Beirut
Al Mustadraak `Ala as Sohihaini . Muhammad bin Abdullah Abu Abdullah al Haakim an - Naisaaburi ( 321 – 405 h ) . Darul Kutub al `Ilmiyyah Beirut – 1990 . Tahqiq oleh : Musthafa Abdul Qaadir`Ata’
Fiqh Sirah An Nabawiyyah . Dr. Muhammad Said Ramadhan al Buuti . Darul Fikri Damascus Syria . ( cetakan kesepuluh th 1991 )
Kanzul `Ummal Fi Sunanil Aqwal wal Af`al . `Ala`uddin `Ali al Muttaqi bin Husamuddin al Hind ( 885 – 975 h ) . Darul Kutub al `Ilmiyyah Beirut 1998 m. Tahqiq oleh : Mahmud Umar ad Dumyati .
Min Fiqhid Daulah Fil Islam. Dr. Yusuf al Qaradhawi . Darul Syuruq Cetakan pertama 1997 .
Musnad Imam Ahmad bin Hanbal ( 164 – 241 h ) . Muassah al Qurtubah Mesir .
`Umdah al Qaari , Syarah Sohih al Bukhari . Badrudin Mahmud bin Ahmad al `Aini . ( 762 h – 855 h ) . Darul Ihya at Turath al `Arabi , Beirut .
Sohih al Bukhari . Muhammad bin Ismail Abu Abdullah al Bukhari al Ja’fi ( 194 – 256 h ). Darul Ibnu Kathir , Beirut ( cetakan ketiga ) . Tahqiq oleh Dr. Mustafa Dib Bugha .
Sohih Ibnu Hibban . Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim at Tamimi ( wafat 354 h ) . Muassasah ar Risalah . Beirut th 1993. ( cetakan kedua ) . Tahqiq oleh : Syuib Arnaoudh .
Sohih Muslim . Muslim bin al Hajaj Abul Husaini al Qusyairi an Naisaaburi ( 206 – 261 h ) Darul Ihya’ at Turath al `Arabi . Beirut . Tahqiq oleh : Muhammad Fuad Abd Baaqi .
Tariikh Madinah Damsyik . Abil Qaasim `Ali bin al Hasan Ibnu Hibbatullah bin Abdullah asy Syaafi`i . ( 499 – 571 h ) . Darul Fikri , Beirut th 1995 . Tahqiq oleh : Muhibbuddin Abi Said Umar bin Gharamah al `Umri .


