Sunday, June 24, 2012

POLEMIK HAJI Vs PILIHANRAYA : Mari kita belajar dan fahami..



Pilihan Pertama : Pergi Menunaikan Ibadah Haji.



Pilihan Kedua : Pergi Menunaikan Ibadah Jihad Menumbangkan Kezaliman dan Menegakkan Keadilan.

Jika anda masih tidak tahu bagaimana ingin membuat keputusan yang terbaik antara dua pilihan di atas. Maka saya anjurkan anda membaca artikel di bawah ini dengan tenang, insaf dan renungkanlah dengan akal yang waras, lihatlah juga dengan mata hati yang benih demi maslahat ummah dan jangan lupa istikharahlah kepada Allah Yang Maha Pemberi Petunjuk.

Semoga anda akan berhasil :-
1) Membuat pilihan terbaik sekiranya pilihanraya dilakukan pada musim haji nanti.
2) Memahami bicara pemimpin PAS yang memberi keutamaan kepada Pilihanraya berbanding Haji.
3) Memahami mengapa kita tidak bersetuju sekiranya pilihanraya diadakan pada musim haji.
4) Agar anda tidak mudah diperdayakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang tidak memahami feqh aulawiyat dan feqh muwazanat.

Selamat membaca!

HAJI ATAU PILIHANRAYA MENURUT PERBAHASAN SYARAK
Oleh : Muhamad Zuhaili Saiman, 14 Jun 2012

Persoalan mengenai mana prioriti yang perlu diutamakan apabila melibatkan pertembungan ibadah Haji dan juga kewajipan mengundi sekiranya pilihanraya berlaku pada musim Haji dapat dilihat kepada beberapa aspek yang penting sebelum kesimpulan dibuat. Aspek-apek yang penting ialah mengetahui bentuk kewajipan ibadah Haji dan kewajipan mengundi dalam pilihanraya serta memahami kaedah feqh muwazanat dan feqh aulwiyat.

HUKUM MENGERJAKAN HAJI

Haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Hal ini jelas berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

“Dibina Islam itu atas 5 perkara (rukun), penyaksian tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.” – Bukhari dan Muslim

Bermula musim untuk umat Islam mengerjakan haji dengan ihram haji ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan sehingga 10 Zulhijjah. Maka inilah ibadah Haji yang mempunyai waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu ialah beberapa bulan yang tertentu.” – Surah Al-Baqarah : 197

Para ulama’ sepakat bahawa kewajipan haji adalah sekali sahaja bagi yang berkemampuan. Adapun kali yang kedua dan selebihnya merupakan ibadah tambahan yang dilakukan oleh individu tersebut sahaja, bukan atas dasar kewajipan. Hal ini dilihat kepada Nabi SAW tidak melaksanakan haji melainkan sekali sahaja iaitu Haji Wada’.[1]

Syarat wajib Haji ialah :

1- Islam
2- Baligh
3- Berakal
4- Merdeka
5- Berkemampuan

Berkemampuan di sini dimaksudkan dengan cukup bekalan untuk melaksanakan ibadah Haji serta perjalanan yang ingin dilalui selamat ke atas jiwanya dan hartanya. Jika seseorang muslim tersebut tidak mencukupi salah satu syarat ini maka Haji tidak wajib ke atasnya.

Dalam Mazhab As-Syafie, kewajipan Haji tidak wajib melaksanakannya di awal waktu, bahkan terpulang kepada seseorang muslim untuk melaksanakannya pada bila-bila masa (ketika mencukupi syarat-syarat wajib) sebelum luput kewajipan tersebut iaitu kematian dan sakit sehingga menyebabkannya tidak mampu.

Sehubungan itu, sekiranya seseorang muslim tersebut mengetahui walau secara sangkaan yang kuat (zhan) akan seperti kematiaan dan sakit yang teruk maka haram baginya untuk melewatkan kewajipan haji sehingga menyebabkan luput kewajipan haji ke atasnya. Namun jika ia tidak mengetahui walau secara sangkaan yang kuat maka hukum kewajipan Haji kembali kepada asal iaitu terpulang kepadanya untuk melaksanakan kewajipan Haji pada bila-bila masa (apabila mencukupi syarat-syarat wajib).

Justeru, berdasarkan ilmu usul feqh berkenaan dengan kewajipan Haji ini, ia termasuk dalam kategori wajib muwassa’[2] (luas) iaitu wajib melakukan pada bila-bila masa dalam tempoh kewajipan tersebut sebelum luput kewajipan itu.

Maka kesimpulan mengenai kewajipan Haji dapat dibuat beberapa perkara :

- Wajib dan merupakan salah satu rukun Islam
- Kewajipan hanya sekali sahaja
- Kewajipan apabila mencukupi 5 syarat wajib
- Termasuk dalam wajib muwassa’ (luas) iaitu boleh melaksanakan pada bila-bila masa dalam tempoh kewajipan sebelum luput kewajipan dengan sebab kematian atau sakit yang teruk

Hukum Mengundi

Majoriti ulama’ menyatakan bahawa hukum mengundi wajib dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkrompomi dengannya. Jika calon tersebut amanah dan mampu memikul tanggungjawab pemerintah untuk menjaga agama dan maslahat keduniaan manusia ia mestilah mengundi calon tersebut. Hal ini demikian kerana memberikan kuasa kepada orang yang akan memberikan kerosakan adalah haram kerana bersubahat dengannya.

Berkata Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna : “Memberikan undian adalah suatu penyaksian, manusia akan ditanya akannya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)”

Hal ini demikian kerana mengundi mengundikan wasilah bagi memilih tampuk kepimpinan Islam dalam konteks mendirikan Negara Islam untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu mengundi merupakan wajib kerana ia termasuk dalam wasilah bagi tujuan yang wajib iaitu mendirikan Negara Islam. Maka ini termasuk dalam kaedah :

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh tidak dapat tidak mesti dengan pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihanraya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Imam Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa jihad tidak hanya tertumpu kepada satu jenis sahaja iaitu menganngkat senjata berhadapan dengan musuh di medan perang. Sehubungan itru, Imam Ibnu Qayyim membahagikan jihad kepada 13 peringkat[3] iaitu :

- Jihad menentang nafsu sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang syaitan sebanyak 2 peringkat
- Jihad menentang golongan kafir sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang golongan zalim, bid’ah dan fasik sebanyak 3 peringkat

Maka segala perbuatan yang dilakukan bagi memenangkan Islam atau menaikkan Islam merupakan jihad dan ketaatan kepada Allah SWT serta mendapat pahala di hari akhirat. Sekiranya membuang benda yang menyakiti di tengah jalan atau laluan manusia juga dikira dalam Islam sebagai perkara yang mendatangkan pahala serta salah satu cabang daripada iman sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :

“Iman itu lebih 70 cabang atau lebih 60 cabang, yang paling afdhal (tinggi) ialah (mengucap) penyaksian ‘tiada tuhan yang disemnbah melainkan Allah’ dan peringkat yang terendah ialah membuang perkara yang menyakiti (benda kotor dan sebagai) yang berada di tengah jalan. Malu itu satu cabang daripada iman”[4]

Justeru apakah menentang serta menolak kezaliman (dengan cara mengundi kepada pihak yang adil dalam pilihanraya) tidak termasuk dalam berjihad di jalan Allah SWT? Maka sudah tentu ia juga termasuk dalam konteks berjihad, melihat kepada beberapa hujah iaitu :

1- Ia merupakan seruan dakwah yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai seruan yang berbentuk hikmah dan peringatan yang baik

2- Waktu, masa, tenaga serta harta yang dibelanjakan bagi memenangkan pihak yang adil dan menarik masyarakat kepada perjuangan Islam dan menerima perundangan Islam merupakan jihad sebagaimana yang disebutkan oleh Allah SWT berkaitan Allah SWT membeli jiwa serta harta mereka dengan bayaran syurga

3- Termasuk juga dalam konteks menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia menyeru masyarakat dalam memilih perjuangan Islam dan menolak pihak yang zalim. Pihak yang tidak melaksanakan Islam adalah pihak yang zalim

4- Undi juga dikira sebagai salah satu konsep nasihat iaitu menasihati pemimpin. Ia termasuk dalam seruan Islam berkenaan agama sebagai konsep nasihat.

5- Termasuk dalam kewajipan masa kini iaitu menentang kerajaan yang zalim. Mengalahkan pihak dengan undian sebagaimana mengalahkan pihak musuh di medan perang. Tuntutannya mengalahkan pihak kezaliman dan memenangkan Islam walau dalam bentuk yang berbeza.

Sehubungan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa :

1- “Sesiapa yang memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki tersebut adalah soleh (layak menjadi pemimpin) maka ia sesungguhnya orang yang memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hajj pada ayat ke-30 yang bermaksud :

2- “Dan jauhilah kekotoran syirik dan perkataan yang dusta (menipu)”

3- Maka sesiapa yang mengundi seseorang calon kerana kepentingan peribadi seperti kroninya atau kawannya atau kepentingan lain (selain Islam), maka ia telah melanggar konsep saksi. Sedangkan Allah menyuruh manusia memberikan saksi kerana-Nya (kepentingan Islam) bukan sebab kepentingan lain. Berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Thalak pada ayat ke-2 yang bermaksud :

4- “Dan hendaklah kamu menyempurnakan penyaksian itu kerana Allah semata-mata”

5- Dan sesiapa yang tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak (dengan sengaja) ia dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud :

6- “Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya”[5]

Justeru berkaitan hukum mengundi, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara :

- Mengundi merupakan satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan Negara Islam
- Mengundi dalam pilihanraya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
- Dalam ilmu usul feqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihanraya Malaysia adalah 5 5 tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihanraya sahaja iaitu dalam tempoh 5 tahun sekali
- Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihanraya

Feqh Muwazanat Dan Feqh Aulawiyat

Feqh muwazanat ialah pemahaman bagi sesuatu perkara yang bertembung samada pertembungan di antara maslahat dengan mudharat atau pertembungan maslahat dengan maslahat, mudharat dengan mudharat.

Feqh Aulwaiyat ialah memahami keutamaan bagi sesuatu perkara dalam mendahulukan apa yang sepatutnya didahulukan. Maka kedua-dua feqh ini mempunyai kaitan yang sangat rapat kerana dalam permasalahan yang timbul iaitu yang melibatkan pertembungan 2 perkara maka kita mesti memahami pertembungan yang berlaku sebelum mendahulukan atau mengutamakan sesuatu perkara tersebut.

Antara contoh yang disebutkan dalam Al-Quran ialah, firman Allah SWT yang bermaksud :

“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan Haji dan memakmurkan MAsjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah.”

Maka dalam ayat tersebut perbuatan memberi minum dan memakmurkan Masjid Al-Haram merupakan kebajikan namun ia bukanlah aulawiyat yang dikehendaki oleh Allah sehingga mereka tidak mahu beriman serta berjihad. Maka aulawiyat yang patut diutamakan ialah beriman serta berjihad. Sebab itu Allah menyebut 2 golongan tersebut tidak sama martabat mereka di sisi Allah.

Justeru, dalam konteks jika pilihanraya berlaku pada musim Haji, maka kita mesti mengambil kira dari sudut feqh muwazanat dan feqh aulawiyat. Penilaian ini dapat dilihat kepada :

Feqh Muwazanat : –

1- Haji merupakan kewajipan dan ia adalah termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu rukun Islam. Mengundi merupakan kewajipan dan ia juga termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu wasilah bagi mendirikan agama.
2- Hasil kewajipan menunaikan Haji adalah kembali kepada individu yang melakukan Haji tersebut. Hasil kewajipan mengundi adalah kembali kepada umum iaitu pemerintah Islam yang diundi dan menang akan membawa maslahat umum dalam pemerintahannya.
3- Kesan tidak melaksanakan Haji pada tahun tersebut akan memberikan mudharat individu tersebut sahaja (iaitu masih belum melaksanakan kewajipan Haji) dan kewajipan tersebut boleh diganti dengan peluang pada tahun-tahun yang akan datang. Kesan tidak mengundi akan memberikan kesan yang umum (apabila pihak Islam dikalahkan oleh pihak yang menolak perjuangan Islam) dan kesannya adalah sepanjang tempoh 5 tahun iaitu Islam tidak dapat memerintah dan kezaliman akan memerintah sepanjang tempoh tersebut.

Justeru, ibadah Haji dan mengundi merupakan pertembungan di antara maslahat dan maslahat, maka konsep yang dilihat adalah kepada 3 perkara[6] sebagaimana yang dibentangkan di atas, iaitu

- Martabat maslahat. Haji (agama) dan mengundi (agama)
- Kadar menyeluruh samada umum atau individu. Haji (individu) dan mengundi (umum)
- Kesan waktu mudharat samada pasti atau tidak. Haji (pasti berlaku mudharat tetapi tahun tersebut sahaja) dan mengundi (pasti berlaku mudharat tetapi untuk tempoh 5 tahun)

Feqh Aulawiyat : -

- Haji merupakan penting iaitu tahap wajib. Mengundi merupakan penting iaitu tahap wajib.
- Haji tidak segera iaitu termasuk dalam konteks wajib muassa’ (luas), tempoh melaksanakannya sebelum luput kewajipan iaitu kematian atau sakit teruk. Mengundi termasuk dalam konteks wajib mudhaiyyaq (sempit), tempoh melaksanakannya ialah dalam waktu kewajipan tersebut ketika dalam pilihanraya.

Maka dalam penilaian feqh aulawiyat dilihat kepada sesuatu kondisi perkara tersebut samada penting atau tidak, dan segera atau tidak. Hasilnya sebagaimana yang telah dibentangkan di atas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pembentangan di atas mengenai hukum Haji dan mengundi dalam pilihanraya serta pemahaman mengenai feqh aulwaiyat dan feqh muwazanat, dapat kita ketahui bahawa :

1- Haji dan mengundi merupakan kewajipan dan maslahat serta martabat dharuriyatnya adalah peringkat agama kerana Haji merupakan salah satu rukun Islam manakala mengundi merupakan kewajipan dalam mendirikan agama.

2- Haji lebih fokus kepada individu yang melakukan ibadah Haji terseut iaitu maslahat dan mudharat adalah ke atas individu sahaja. Adapun mengundi lebih fokus kepada umum iaitu maslahat atau mudharat yang bakal terima menyebabkan pihak yang ramai dan umum.

3- Haji dan mengundi merupakan penting kerana ia merupakan kewajipan namun Haji tidak termasuk dalam konteks yang perlu diselesaikan segera (wajib muwassa’) manakala mengundi mesti dilaksanakan segera iaitu dalam tempoh tersebut juga (wajib mudhaiyyaq).

4- Kewajipan haji adalah sekali sepanjang hayat manakala kewajipan mengundi adalah setiap kali pilihanraya.

Sehubungan itu hasil perbincangan di atas menjelaskan beberapa perkara :

1- Pihak kerajaan (mana-mana negara terutama Negara-negara Islam), elakkan daripada berlakunya pertembungan tarikh antara pilihanraya dan ibadah Haji bagi meraikan syiar Islam iaitu Haji agar umat Islam dapat fokus untuk melaksanakan ibadah Haji sepenuhnya.

2- Jika terdesak seperti tidak ada tarikh yang lain melainkan terpaksa bertembung maka umat Islam mesti peka dan faham terhadap aulawiyat antara 2 kewajipan ini.

3- Individu yang sudah melakukan Haji sebelum ini, tidak menjadi keutamaannya lagi untuk melakukan ibadah Haji ketika itu, kerana Haji wajib sekali sahaja. Maka apabila bertembung perkara wajib (mengundi) dengan sunat (Haji kali ke-2 dan seterusnya) didahulukan perkara wajib (mengundi).

4- Jika bertembung antara 2 kewajipan iaitu ibadah Haji dan mengundi maka sebagaimana perbincangan di atas, diutamakan mengundi. Sirah menunjukkan bahawa jenazah Nabi SAW dikebumikan selepas para sahabat berbincang melantik ketua pemimpin. Besarnya kewajipan melantik pemimpin sehingga dilewatkan pengebumikan jenazah baginda SAW.

5- Jika individu yang sudah mendapat peluang mengerjakan Haji, akan tetapi berasa berat untuk menangguhkan ibadah Haji tersebut kerana bimbang berlaku mudharat besar yang dirasakan, maka jangan niat larikan diri daripada kewajipan mengundi, akan tetapi wajib ke atasnya ketika itu berdoa di depan Kaabah agar diberikan kemenangan kepada pihak Islam. Namun perlu ingat, walaupun begitu, keutamaan yang sebenar ialah mengundi (berdasarkan perbincangan di atas).

6- Umat Islam perlu memahami kaedah bahawa menanggung mudharat yang kecil (wang dan masa kerana terpaksa tunggu giliran untuk ibadah Haji) supaya menghilangkan mudharat yang lebih besar (pihak zalim memerintah disebabkan pihak Islam hilang undi).



Wallahu a’lam….

Disediakan oleh :
Muhamad Zuhaili Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012

Rujukan :

1- Al-Intikhabat Ahkam Wa DHawabit, oleh Dr Akram Kassab, cetakan Dar As-Salam
2- Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Dar As-Sharouq
3- Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Dr Abdul Aziz Azzam, cetakan Dar Al-Hadis Al-Kaherah
4- Dhawabit Al-Maslahat, Dr Muhamad Said Ramadhan Al-Buti, cetakan Dar Al-Fikr
5- Nihayah As-Sul Syarh Minhaj Al-Wusul Ila ‘Ilmi Al-Usul, cetakan Dar Ibnu Hazm
6- Hasyiah Baijuri, cetakan Dar Al-Maktab Al-Islami

Monday, May 14, 2012

Tok Ayah Musa : Ulama yang sentiasa merendah diri. (siri 2)


TAWADHU' TUAN GURU YANG 'ALIM.

Ketika faqir meminta nasihat daripadanya, beliau berkata : "Apalah yang Tok Ayah boleh nasihatkan.. Tok Ayah sendiri masih perlukan nasihat daripada orang 'alim yang lain.."

Namun sebagai insan yang dahagakan nasihat daripada Tuan guru, faqir memujuknya dengan lembut, faqir katakan : "Muqaddimah Tok Ayah tu membuatkan kami bertambah haus.. Tambahkanlah lagi nasihat buat kami.. Semoga menjadi bekal yang bermanfaat buat kami.. "

Tuan guru tersenyum. Wajahnya bertambah seri lagi dengan senyumannya. Akhlaknya lebih berseri daripada seri wajahnya itu. Beliau meneruskan kata-katanya : "Tok Ayah takut nak bercakap banyak.. takut nanti banyak yang salah.. sekalipun Tok Ayah bercakap quran dan hadis, Tok Ayah bimbang tersalah tafsir.."

Allahu Rabbi.. Demikianlah perkataan seorang alim yang tawadhu'. Yang selalu memakai pakaian khauf terhadap Rabbnya. Sungguh bererti nasihatnya. Sungguh mendalam pengajarannya. Di saat itu faqir terus teringat sebuah athar :

من كثر كلامه كثر سقطه ، ومن كثر سقطه كثرت ذنوبه ، ومن كثرت ذنوبه كانت النار أولى به
"Barangsiapa banyak cakapnya, banyaklah salahnya. Barangsiapa banyak salahnya, banyaklah dosanya. Barangsiapa banyak dosanya, maka neraka itu terlebih aula baginya."

Bagi faqir, Tuan guru itu hanya mahu menjaga kesempurnaan iman. Beliau sedang beramal dengan sebuah hadith yang berbunyi :

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam."

Jika sekadar itu sahaja nasihatnya, nescaya memadailah menjadi nasihat yang paling berguna buat faqir selaku murid kecil ini dalam meneruskan perjuangan para ulama. Di fikiran faqir tidak lain melainkan hanya mengharap agar Allah Yang Maha Mengetahui mengerakkan lidah Tuan guru untuk sudi menambah nasihat dan kalam hikmahnya, agar dengan nasihat itu dapat faqir semai dan suburkan dalam jiwa faqir serta faqir sampaikan kepada murid-murid yang lain.

Tiba-tiba Tuan guru mula bersuara lagi, wajahnya tetap tersenyum sambil mengutip pahala shadaqah sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

تبسمك في وجه أخيك صدقة
" Senyum engkau terhadap wajah saudara engkau adalah shadaqah"

Kata Tuan guru : "Beginilah.. Tok Ayah nasihatkan pada diri Tok Ayah dan pada antum supaya selalu shalawat ke atas rasul صلى الله عليه وسلم , shalawatlah dengan rasa penuh ta'zim ke atas rasul kita.."

Tuan guru meneruskan nasihatnya dengan menyebutkan dalil ayat al-quran yang berbunyi:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." ( al-Ahzab : 56)

Tuan guru menjelaskan : "Ibadat-ibadat yang lain, Allah perintahkan terus dengan menyebutkan ibadat itu. Tapi untuk shalawat, Allah menyebut dirinya, Allah menyebut dengan para malaikatnya.. Itu menunjukkan ibadat shalawat ini memiliki kemuliaan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah."

Tuan guru terus menyatakan kemuliaan dan budi pekerti rasulullah صلى الله عليه وسلم , sehinggalah..

LINANGAN AIRMATA MAHABBAH & KASYAF TUAN GURU

Tak semena-mena faqir sendu tersedu-sedu.. Airmata tumpah setelah kelopak mata tak mampu menanggung linangannya.. Faqir terlalu rindukan Rasul.. Faqir ingin sekali berada di bawah Liwa'il hamd, faqir ingin meneguk walau seteguk cuma daripada air telaga al-Kauthar, faqir ingin menyarungkan selipar kepada kaki Baginda yang mulia itu.. Tapi..

Faqir ini seorang yang jauh.. Jauh serba serbi.. Apakah bisa dapat merasai nikmat syafaat Rasul? Apakah mampu berada di bawah kibaran bendera Liwa'il hamd? Bisakah memeluk jasad Baginda yang mulia itu? Akan sampaikah giliran faqir untuk meneguk air kauthar?


Ternyata himbaun itu tidak mampu faqir kawal, terasa berat sekali.. Namun faqir cuba gagahi dengan mengenangkan rahmat Allah yang tidak bertepi..

Rupa-rupanya Tuan guru menyedari.. Lalu Tuan guru berhenti daripada berkata-kata. Faqir menjadi serba salah. Faqir menundukkan kepala kerana bimbang kelakuan faqir itu membuatkan Tuan guru terganggu.

Jika Imam Asy-Syafie رحمه الله تعالى pernah berkata :

كنت أصفح الورقة بين يدي مالك رحمه الله تعالى صفحا رقيقا هيبة له, لئلا يسمع وقعها
"Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik رحمه الله تعالى, aku buka dengan perlahan-lahan kerana aku gerun kepadanya, takut-takut dia terganggu bila mendengar bunyi kertas itu."

Maka bagaimana dengan esakan sendu faqir? Tentu sekali telah mengganggu Tuan guru! Ya Allah!.. Maafkan faqir..


Tiba-tiba Tuan guru membacakan beberapa potong ayat yang berbunyi :

إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا. وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولاً . وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا
"Sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelumnya, apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud dalam keadaan hiba dan khusyuk. Dan mereka berkata: "Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan Kami tetap terlaksana." Dan mereka segera tunduk sujud sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk." (Al-Israa' : 107-109)


Lalu Tuan guru juga tidak dapat menahan airmatanya.. Kami sama-sama mengalirkan airmata mahabbah! Kami sama-sama rindukan penghulu kami!. Kami sama-sama rindukan syafaatnya!. Kami sama-sama bimbangkan nasib kami di padang mahsyar kelak!. Namun kami Sangat yakin janji Allah dan rasulNya pasti berlaku!.

Kami harapkan keampunan Allah!. Kami dambakan rahmatNya!. Kami mengharapkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengenali kami sebagai ummatnya!. Kami dambakan belas kasihan Tuan Rasul kepada kami selaku ummatnya!. Ya Allah! Perkenankanlah..

والحاصل أن المحبة تهين الصعب # وتقود للطاعة الجسم والقلب
"Dan hasilnya, cinta itu dapat menyenangkan yang susah, dan memandu jasad serta hati ke arah ketaatan kepada Allah."


MUSALSAL BIL AWWALIYAH

Memikirkan murid-murid dan sahabat-sahabat yang turut serta bersama faqir, di antara mereka itu ada yang baru dengan periwayatan hadith musalsal, maka faqir sempat meminta Tuan guru agar mengijazahkan hadith musalsal bil awwaliyyah.


Harapan faqir moga ia bermanfaat buat diri faqir dan yang lainnya. Tambah pula sebagai adab apabila bertemu dengan ulama yang memiliki sanad, seharusnya terlebih awal kita memohon diperdengarkan hadith tersebut. Inilah sebabnya hadith itu dinamakan dengan hadith musalsal bil awwaliyyah.

Tuan guru tersenyum. Beliau memejamkan mata. Kemudian Tuan guru berkata : "Baiklah.. Tok Ayah ijazahkan.. Tok Ayah ijazahkan hadith musalsal ini.."

Tuan guru teruskan katanya : " Tok Ayah terima hadis ini daripada Tok Guru Omar Zuhdi dan Tok Guru Haji Omar terima daripada Syeikh Yassin Al-Fadani dan sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

الراحمون يرحمهم الرحمن، ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
"Orang-orang yang saling menyayangi, sentiasa Tuhan Ar-Rahman Tabaraka Wa Ta'ala menyayangi mereka. Sayangilah penduduk di bumi, sentiasa penduduk di langit akan menyayangi kamu."

Tuan guru bukan sahaja pandai meriwayatkan hadith tersebut, bahkan Tuan guru mengamalkannya dalam kehidupan beliau. Siapa saja yang mengenali dan pernah bertemu dengan beliau pasti merasai sifat penyayang Tuan guru itu.

[Catatan] Tok Ayah pernah memondok dengan Tuan Guru Asy-Syeikh Haji Umar Az-Zuhdi di Banggol Berangan Lanai, Kupang Kedah. Pondok gurunya itu bernama Madrasah Misbahul Falah. Tuan Guru Haji Umar adalah guru kesayangan Tok Ayah, guru yang banyak memberi kesan peribadi dan kerohanian Tok Ayah. Beliau adalah murid kepada Tuan Guru Haji Yahya Thaha Kampung Pisang. Dan ketika menuntut ilmu di Makkah, beliau sempat berguru dengan Tuan Guru Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (Pak Da’el), Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili, Sheikh Muhammad Daud Sulaiman Al-Kelantani Al-Makki dan Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani Al-Makki. Semoga Allah merahmati mereka semua serta melimpah manafaat ilmu mereka kepada kita semua. Amin..


TAWADHU' TUAN GURU

Ketika faqir memohon agar Tuan guru mendoakan kami, Tuan guru berkata : "Tok Ayah harap antum yang doakan Tok Ayah.. Doa musafir itu mustajab.."

Kami saling mendoakan.. Faqir bermohon agar Tok Ayah dikurniakan kesihatan tubuh badan, mampu mencurahkan ilmu kepada masyarakat.. Mampu berkhidmat kepada ilmunya.. Dapat terus beramal untuk menjadi bekal di alam yang kekal.. Allah jua tempat kami meminta pertolongan dan petunjuk.. Amin.. Ya Rabbal 'Alamin..


Faqir mengusap lembut kaki Tuan guru. Semoga Allah menyembuhkan kakinya yang sering tak berdaya. Kaki yang telah mendahului faqir dalam berbuat ibadah kepada Allah. Kaki yang telah melangkah jauh mencari ilmu-ilmu Allah. Kaki yang sentiasa digunakan untuk mencari redha Allah.

Tanpa disangka-sangka, Tok Ayah berkata : "Nasihatkan Tok Ayah pula.."

Faqir terkedu. Siapalah faqir ini untuk menasihati Tuan guru?! Tok Ayah merenung dalam ke mata faqir. Matanya seolah-olah mengharap sesuatu.

Faqir katakan : "Maulana Husin ada berkirim salam dengan lafaz السلام عليكم pada Tok Ayah.." Faqir cuba mengalihkan tumpuannya. Setelah menjawab salam tersebut, ternyata mata Tuan guru masih berkata-kata.

Akhirnya faqir meminta salah seorang murid faqir mengambilkan beberapa kitab karangan faqir untuk faqir hadiahkan kepada Tuan guru, sekaligus ingin memohon restu dan doanya agar faqir istiqamah untuk menjadi khadim ilmu.


Dengan cara itu, faqir dapat mengelakkan daripada memberi nasihat secara suara kepada Tuan guru yang jauh lebih 'alim, lebih wara', lebih tawadhu', lebih zuhud dan lebih tua dalam ilmu dan amal ibadahnya berbanding faqir yang kerdil ini.

Ketika Tuan guru menerimanya, beliau terus mengucapkan ; "!سبحان الله" Wajahnya tersenyum bersinar. Faqir turut tersenyum sama apabila melihat wajah kasih Tuan guru.

Tuan guru terus membaca risalah kecil itu. Ketika sampai pada perkataan As-Sayyid Ahmad Bin Idris Al-Hasani رضى الله عنه, beliau terus memandang faqir.


"Adakah ini Sayyid Ahmad Tariqat Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah?" Tanya Tuan guru sambil tersenyum. Faqir menganggukkan kepala.

Tuan guru terus berkata "Ya saiyyidi.. Ijazahkan pada Tok Ayah ya..".

Allahu Rabbi.. Faqir semakin malu dengan sifat rendah diri Tuan guru.. Demi ilmu, beliau sanggup mengambilnya daripada faqir.

"Ijazahkan ya?.." Tuan guru menyebutkannya lagi.. Sehingga faqir terpaksa melafazkan :أجزتكم يا شيخي بما في هذه الرسالة وبجميع مروياتي وبسائر مؤلفاتي

"Tok Ayah doakan ya moga saya dapat menulis dan menerbitkan lagi kitab-kitab kecik macam ni.." Sambung faqir sambil merayu pada Tuan guru. Faqir sangat mengharapkan Tuan Guru merestui dan terus membimbing faqir bagi menerbitkan lebih banyak lagi kitab-kitab selama faqir terdaya menulisnya.


Bibir Tuan Guru melafazkan "Qobiltu ya sayyidi.. besar atau kecik bukan ukuran.. Tok Ayah gembira Sangat bila ada orang muda yang menjiwai cara ulama kita yang dulu-dulu.. tulislah lagi.. dengan peninggalan tulisanlah, maka kita dianggap hidup walaupun telah mati nanti.."

Allahu Rabbi.. Sifat tawadhu' Tuan guru.. Sanggup menyeru faqir yang haqir ini dengan kalimah sayyidi. Faqir merasa amat malu sekali.. Akhlaknya membekas di hati.. Namun restu dan nasihatnya itulah lebih faqir utamakan. Terima kasih wahai syaikhuna Tok Ayah.. atas segala ilmu yang dicurahkan..

Faqir teringat ketika bertemu dengan Syaikhi Asy-Syeikh Pak Su Mid Gunong, semoga Allah memeliharanya. Beliau juga pernah berpesan dengan pesan yang sama. Dan beliau meminta faqir agar meneruskan mengajar kitab-kitab tua para ulama terdahulu dan menulis kitab dengan tulisan jawi.

Sebenarnya guru yang amat berpengaruh dalam diri faqir terutama dalam disiplin meriwayatkan dan menulis kitab adalah syaikhuna Asy-Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari, semoga Allah memeliharanya. Restu dan tunjuk ajar beliau Sangat faqir hargai. Pernah faqir katakan padanya, "Syaikh, tidak sedikit kesalahan dari sudut ejaan dan nahu dalam kitab-kitab ana ni." Beliau segera menjawab "Perlahan-lahan kita baiki.. Ana dulu macam tu jugak.. Sebenarnya tidak ada kitab yang sempurna melainkan al-Quran al-Karim.." Demikian syaikhuna ketika memberikan komentarnya.

Faqir sedar bahawa Tuan guru juga adalah pengamal Tariqat Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ad-Dandarawiyah dan memiliki tiga jalur sanad yang berbeza. Namun sifat tawadhu' Tuan Guru, Tuan Guru telah meminta izin untuk membaca sanad yang dimuatkan dalam kitab faqir tersebut.

Satu persatu nama disebutkan sehinggalah sampai kepada Al-Imam Sayyidul 'Arifin Wa Qutbul Muhaqqiqin As-Sayyid Ahmad Bin Idris Al-Hasani رضى الله عنه. Kemudian Tuan guru berdoa :

اللهم اغفرلهم وارحمهم وانفعنا بهم وبعلومهم وبأسرارهم وبأنوارهم في الدارين. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله. والحمد لله رب العالمين.آمين. يا رب العالمين

"Aminn.. Amin..Ya Rabbana.. " Kami menyambut doa tersebut.. Tuan guru tersenyum seakan-akan merasakan berkah para auliya' sedang menyelimutinya dan kami juga dapat merasai tambahan kebaikan itu.


TOK AYAH SEORANG YANG TAWADHU' TERHADAP ILMU LAGI MENGHORMATI PARA MASYAIKHNYA.


Ketika Tuan Guru melihat tertera nama Al-Banjari pada kitab-kitab faqir, beliau terus berkata "Semoga ilmu dan berkah Syeikh Abdul Karim Al-Banjari tercurah kepada syeikh.."

"Amin.." Semoga Allah perkenankan.. Segera faqir membalas. Faqir terharu dengan doa yang dilafazkan oleh Tuan guru.

Beliau teringat akan gurunya Syeikh Abdul Karim Al-Banjari ketika beliau menuntut ilmu dengannya sewaktu di Makkah dahulu.

Begitulah Tok Ayah.. Seorang yang selalu mengingati para masyaikhnya. Beliau tidak pernah melupakan jasa guru-gurunya yang pernah mencurahkan pelbagai ilmu kepadanya. Sempat juga Tuan guru memuji gurunya tersebut.

Memang wajar Allah memuliakan Tuan Guru. Sebagai murid yang tahu adab dan hak seorang guru, memang layak Tuan guru menerima kemuliaan daripada Allah Taala. Faqir teringat perkataan Imam al-Munawi رحمه الله تعالى dalam Faidhul Qadir :

تواضع الطالب لشيخه رفعة وذلة عز وخضوعه فخر
"Sebenarnya sikap merendah diri seorang penuntut ilmu terhadap gurunya adalah membawa kepada ketinggian darjatnya, kehinaan diri di hadapannya adalah kemuliaannya dan tunduknya terhadapnya adalah suatu kebanggaan."


SALING TAWADHU' TERHADAP KALAM SAYYIDUL ANAM

Tuan Guru gembira sekali di saat melihat kitab Jawami'ul Kalim yang faqir himpunkan. Beliau berkata "Inilah sebaik-baik khidmat.. Rasulullah pasti suka dengan khidmat anak.."


Tuan Guru juga meminta faqir bacakan beberapa buah hadith yang terkandung dalam kitab tersebut dan faqir juga meminta Tuan Guru membaca beberapa hadis yang lainnya. Suasana begitu indah sekali. Semoga kami termasuk dalam sabda dan doa Nabi صلى الله عليه وسلم :

عن ابن عباس قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: اللهم ارحم خلفائي قلنا: يا رسول الله ومن خلفاؤك قال: الذين يأتون من بعدي يروون أحاديثي ويعلمونها الناس

"Daripada Ibnu Abbas katanya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Ya Allah, Rahmatilah khalifah-khalifahku!, Tanya kami, wahai Rasulullah, siapakah khalifah-khalifahmu? Jawab Baginda : Ialah orang-orang yang datang selepasku dan meriwayatkan hadith-hadithku serta mengajarkannya kepada manusia." Amin Ya Rabb..

Tuan guru meminta agar faqir memberi tumpuan menulis dan membela sunnah-sunnah nabi صلى الله عليه وسلم . Sebenarnya faqir malu dengan Tuan guru. Tuan guru jauh lebih 'alim dalam ilmu hadith. Beliau memang mendalami ilmu hadith ketika menuntut ilmu di Sudan, di Makkah al-Mukarramah dan sewaktu di Madinah al-Munawwarah.


Tuan guru memiliki Syahadah 'Aliyyah daripada Madrasah Darul 'Ulum Ad-Diniyah, Makkah Al-Mukarramah dan Ijazah 'Aliyyah daripada Kuliyah Hadith Asy-Syarif dan Dirasah Islamiyah, Jami'ah Islamiyah, Madinah Al-Munawwarah.

Insya' Allah faqir akan berusaha menunaikan pesan Tuan Guru itu sedaya dan semampu faqir. Mudah-mudahan dengan berkat dan doa daripada beliau, faqir diberi istiqamah dan kemampuan dalam meneruskan usaha-usaha tersebut. Amin..

Faqir bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menimba ilmu daripada Tuan Guru yang memakai pakaian tawadhu', rendah diri, penuh kasih sayang dan saling memuliakan antara hamba Allah.

Mana mungkin faqir dapat berlebih kurang dengan Tuan guru. Menta'zimkan beliau adalah kewajipan bagi faqir selaku murid kecilnya ini. Terngiang-ngiang syair Imam Asy-Syafie رضى الله عنه:

أهين لهم نفسى فهم يكرمونها # ولن تكرم النفس التي لا تهينها
"Patutkah diriku ini bersikap lebih kurang terhadap para ulama?, sedangkan mereka sudi memuliakan diriku. Ingatlah, sekali-kali tidak akan dimuliakan diri yang angkuh, yang tidak mahu merendahkannya."


Di kala faqir menerangkan tentang isi risalah Ratib al-Banjari, Tuan guru mendengar dengan begitu semangat sekali. Faqir melihat mata Tuan guru bergelinangan air mata.

Tuan guru bicara lembut : "Sayyidi.. berkahnya hari ini.. Inilah bekal utama kita untuk bertemu Allah.." Tuan guru berkata lagi "Hanya dengan mengingati Allah, hati kita menjadi tenang.. dengan bertawakkal kepada Allah, urusan kita pasti menjadi mudah.."

Perkataan Tuan guru itu adalah manifestasi daripada tiga firman Allah iaitu :
1) أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (الرعد/28)
2) وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ(الفرقان/58)
3) وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (الطلاق/2)

Sejuk hati mendengarkan perkataan Tuan guru itu.. Sebenarnya Tuan Guru adalah orang yang sentiasa beramal dengan ilmunya. Di saat Tuan guru terlupa beramal sesuatu anjuran daripada Allah atau RasulNya, Tuan Guru akan beristighfar dan berzikir sebagai menampung keterlupaannya itu. Dan memang zikrullah sentiasa bermain di bibir Tuan Guru yang wara' itu.

Pernah ketika Tuan Guru mengajar, beliau berhenti mengajar kerana mahu mengamalkannya terlebih dahulu sebelum beliau mengajarkannya kepada murid-muridnya.


Tuan guru sempat berkata "Tok Ayah ijazahkan semua ilmu Tok Ayah pada syeikh.. Tok Ayah harap kalau ada majlis khatam, syeikh dapat sebut nama Tok Ayah.. doakan Tok Ayah.. doakan Tok Ayah dengan nama penuh Tok Ayah.. doakan kedua orang tua Tok Ayah.. "

Allahu Rabbi.. Tawadhu' Tuan guru membuatkan faqir merasa kerdil sekali. Faqir katakan kepadanya "Doa daripada Tok Ayah juga sangat saya perlukan.. Tok Ayah sudah banyak menambur ilmu.. saya tak akan lupakan Tok Ayah dalam doa-doa saya.. terutama pada waktu sahur.."

"Saya mendoakan agar Tok Ayah sentiasa dipelihara Allah, diberi kesihatan, dikurnia istiqamah dan hikmah, dapat mencurahkan ilmu, dapat terus mengerjakan amal soleh, Semoga Tok Ayah sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah Jalla wa 'Alla.. Menjadi sebahagian wali min auliya'illahis solihin.. Menjadi kebanggaan dan penyejuk mata Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Semoga kita dapat selalu bertemu di alam nyata dan di alam ghaib menurut kehendak Allah 'Alimul Ghaibi wasy Syahadah.."

اللهم اغفر لمشايخنا ولمن علّمنا وارحمهم, واكرم مكانتهم و مثواهم, يا أرحم الراحمين. آمين
"Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang pernah mengajar kami, serta rahmatilah mereka semua, Engkau muliakanlah kedudukan mereka dan tempat kembali mereka, wahai Tuhan Yang Paling Pengasih."


Demikian sempat faqir katakan di hadapan Tuan guru yang mulia. Semoga Allah perkenankan dengan berkah Tuan guru dan dengan Jah Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

"Amin.. Aminn.. Ya Rabbal 'Alamin.." Balas Tuan guru bersemangat.

Mungkin ramai juga yang tidak mengetahui, nama sebenar Tuan guru adalah asy-Syeikh 'Abdul Qadir bin Muhammad Yusuf. Ayahnya bernama Muhammad Yusuf Bin Muhammad Soleh dan ibunya pula bernama Aminah Binti Che Wok.

Semoga murid-murid Tuan Guru yang lain juga tak lupa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Tok Ayah Musa yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kita semua..


YANG SAYUGIA DIPERGAULI

Tuan Guru adalah manusia pilihan Allah. Akhlaknya sahaja sudah mampu memberi nasihat. Kalamnya sangat berhikmah. Ucapannya mampu membungkah hati yang keras. Tawadhu'nya mampu melemahkan jiwa yang takabbur. Senyumnya mampu menghiburkan hati yang gundah. Kasih sayangnya tak mengira darjat. Zuhud dan wara'nya, sangat terpamer di mata yang melihatnya. Beliau memang layak dijadikan sahabat, guru, ayah, bahkan muallim, murabbi dan mursyid. Teringat faqir akan sebuah hadith :

عن ابن عباس رضى الله عنهما قال : قيل يا رسول الله، أي جلسائنا خير؟ قال : من ذكركم بالله رؤيته وزاد في علمكم منطقه وذكركم بالآخرة عمله
"Daripada Ibni Abbas رضى الله عنهما dia berkata, para sahabat bertanya kepada ِRasulullah, mana yang baik untuk kami pergauli? Rasulullah bersabda : ialah orang yang jika kamu lihat padanya, kamu menjadi ingat kepada Allah, dan jika kamu mendengar kalamnya, ilmu kamu menjadi bertambah, dan jika kamu melihat akhlak kelakuannya, kamu menjadi ingat akan akhirat." .

Demikian terhimpun pada Syaikhuna Al-'Alim Al-'Allamah Asy-Syaikh Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir Bin Muhammad Yusuf Hafizahullah Ta'ala. Yang Dikenali sebagai Tok Ayah Musa Tumpat.


اللهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني
"Ya Allah, tutupilah aib guruku dari pandanganku dan janganlah Engkau hilangkan keberkatan ilmunya daripadaku!"

اللهم اغفر لمشايخنا ولمن علّمنا وارحمهم, واكرم مكانتهم و مثواهم, يا أرحم الراحمين.
"Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang pernah mengajar kami, serta rahmatilah mereka semua, Engkau muliakanlah kedudukan mereka dan tempat kembali mereka, wahai Tuhan Yang Paling Pengasih."

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم عدد ما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
آمين بجاه الأمين

Thursday, April 26, 2012

Majlis Khatam Kitab Al-Yawaqit Wal Jawahir Fi 'Uqubati Ahlil Kaba'ir.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, pada hari rabu 11/4/2012 yang lalu. Satu lagi majlis khatam kitab diadakan di Pondok Ledang. Kali ini Kitab Al-Yawaqit Wal Jawahir telah tamat dikaji selama dua tahun. Saya yang hina ini mula mengajarkan kitab tersebut di Pondok Ledang pada awal bulan Januari tahun 2010 dan tamat pada 11 April 2012 yang lalu.


Kitab al-Yawaqit Wal Jawahir yang diajarkan adalah versi terjemahan jawi lama yang telah diterjemahkan daripada kitab asal berbahasa arab oleh Al-Imam Al-'Allamah Asy-Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani Ash-Shufi qaddasallahu sirrahu dan diterjemahkan kepada bahasa jawi lama oleh Al-'Alim Asy-Syeikh Muhammad Ali Ibn Abdur Rasyid Bin Abdullah Al-Jawi Al-Qadhi As-Sumbawi rahimahullah taala. Kitab jawi ini sudah berusia 190 tahun. Ia diselesaikan pada hari isnin selepas asar 18 Zulkaedah 1243H.


SEPINTAS LALU TENTANG PENTERJEMAH

Dikatakan bahawa Al-'Alim Asy-Syeikh Muhammad Ali Ibn Abdur Rasyid Bin Abdullah Al-Jawi Al-Qadhi As-Sumbawi hidup sezaman dengan Syeikh Muhammad Nafis Bin Idris Al-Banjari dan Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani rahimahumullah taala. Dalam thariqat Syaziliyah, beliau seguru dengan Syeikh Daud Al-Fathani. Kedua-duanya menerima bai'ah dari Syeikh Muhammad Sholih Bin Ibrahim Ar-Rais rahimahumullahu ta'ala.

Dikatakan bahawa beliau mengamalkan tiga jenis thariqat shufiyah iaitu thariqat Syaziliyah, Thoriqat Khalwatiyah Sammaniyah dan Thariqat Syathariyah.

Di antara murid beliau yang masyhur adalah Al'alim Al-'Allamah Al-Fahhamah Asy-Syeikh Muhammad Zainuddin Bin Muhammad Badawi As-Sumbawi rahimahullahu ta'ala. Muridnya ini adalah pengarang kitab Sirajul Huda (ilmu tauhid) dan Minhajus Salam (ilmu fiqh).


SEPINTAS LALU TENTANG PENGARANG ASAL

Manakala bagi Al-Arif Billah Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani, iaitu pengarang asal kitab tersebut dalam bahasa arab, maka kealimannya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau menjadi tempat rujukan bagi kaum manusia dan jin dizamannya. Syeikh Zakaria Al-Ansari rahimahullah ta'ala telah memberi izin kepada beliau mengajar fiqh sejak beliau masih kecil lagi. Beliau banyak menulis kitab dan majoritinya menjurus kepada ilmu tasawwuf. Antaranya kitab Latha'iful Minan, Tanbihul Mughtarin dan banyak lagi. Beliau rahmatullahu 'alaih wafat pada 973H/1565M.

Pada majlis tersebut, dengan kurniaan nikmat Allah, faqir ijazahkan riwayah dan sanad yang bersambung kepada pengarang kitab jawi iaitu Al-'Alim Asy-Syeikh Muhammad Ali Ibn Abdur Rasyid Bin Abdullah Al-Jawi Al-Qadhi As-Sumbawi rahimahullah taala dan juga sanad yang bersambung kepada Al-Arif Billah Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani Ash-Shufi qaddasallahu sirrahu. Semoga bersinar berkahnya. Amin.



KITAB TERBARU

Pada majlis tersebut juga, faqir lancarkan kitab terbaru karangan faqir yang berjudul Al-Qaulul Mufid Fi Tarjumati Risalatil Qawa'id. Kitab ini termasuk bahagian Silsilah Rasa'il Ath-Tariq Ilal Jannah. Kitab ini insyaallah akan diajar kepada murid-murid di Pondok Ledang bagi menggantikan kitab Al-Yawaqit Wal Jawahir. Semoga Allah Subhanallahu Ta'ala permudahkan segalanya. Amin..


Faqir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi penerbitan kitab al-Qaulul Mufid, dan kitab-kitab lainnya. Tak lupa juga yang telah menyumbang jamuan makan dan seekor kambing untuk majlis tersebut. Jazakumullah khairal jaza'.

PENGUMUMAN

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم, الحمد لله الذي لا اله الا هو عالم الغيب والشهادة هو الرحمن الرحيم, وصلاة والسلام على رسول الله الكريم, وعلى آله وصحبه ومن تبعهم في الصراط المستقيم.
أما بعد:

Diumumkan bahawa Akaun Facebook [ Ibnumasran Al-Banjari ] sudah tidak dapat diaktifkan lagi oleh saya dan admin berikutan akaun tersebut telah di"HACK" oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengikut data SKMM ia digodam pada 19/11/2011. Pengodam juga telah menukar emel ibnumasran@yahoo.com yang digunakan pada akaun tersebut kepada iqbalmukhlis11@yahoo.com .

Dua laporan polis telah dibuat bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini termasuk penyalahgunaan akaun tersebut dan bagi membersihkan nama daripada sebarang fitnah dan khianat. Laporan tersebut dibuat pada 23/11/2011 (No. Report : BUKIT INDAH/007711/11) dan satu lagi pada 20/12/2011 (No. Report : BUKIT INDAH/008375/11).

Dengan ini saya memaklumkan bahawa akaun facebook tersebut (Ibnumasran Al-Banjari) bukan lagi dikendalikan oleh kami. Dan emel iqbalmukhlis11@yahoo.com bukan emel saya. Sekian.

حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم, ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم, وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.


P/S : Bagi yang ingin menambah rakan kepada akaun facebook saya, kini saya telah membuka akaun baru dengan menggunakan nama [ Ibnumasran Al-Banjari II ]. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

Tuesday, July 26, 2011

Ihya' Ramadhan 1432H di Makkah al-Mukarramah & Madinah al-Munawwarah




ALHAMDULILLAH, Insya'Allah pada 1 Ramadhan 1432H ini, al-faqir akan bermusafir dan bermuqim di Makkah Al-Mukarramah sehinggalah pada 2 Syawal 1432H. Dalam tempoh tersebut insya'Allah kami akan mengerjakan ibadah umrah, menghidupkan Bulan Ramadhan Syahrul Muwasah serta mengadakan pengajian kilat di sekitar Masjidil Haram dengan menggunakan beberapa buah kitab pilihan.

Insya'Allah al-faqir akan mengajarkan kitab-kitab berikut :-

1) Tamrin Ash-Shibyan (Usuluddin) تمرين الصبيان
2) Aqa'id Al-Iman (Usuluddin) عقائد الإيمان
3) Muqaddimah Al-Kubra (Usuluddin) مقدمة الكبرى
4) Wasa'il Ilmu Al-Kalam (Ilmu Kalam) وسائل علم الكلام
5) Tanbihul Ghafilin (Feqh Haji) تنبيه الغافلين من حجاج بلد الله الامين
6) Hidayah As-Salikin (Tasawuf) هداية السالكين
7) Tazkir Al-Muridin (Tasawuf) تزكير المريدين في سلوك طريقة المهتدين
8) Tafsir al-Baidhawiy (Tafsir Surah al-Qadr sahaja) تفسير سورة القدر من تفسير البيضاوي





Ziarah ke Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga akan dilakukan beserta akan diadakan pengajian hadith di sekitar Masjid Nabawi . Insya'Allah al-faqir akan mengajarkan dan mengkhatamkan pengajian kitab :-

1) Ad-Durar Al-Muhammadiyah (Hadith) الدرر المحمدية
2) Makarim Al-Akhlaq (Hadith) مكارم الأخلاق

Al-Faqir memohon maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ini serta mohon doa yang baik daripada semua murid, sahabat dan yang mengenali diri al-faqir, semoga sepanjang al-faqir dan rombongan murid berada di sini, di doakan semoga berada dalam keadaan sihat , mampu mengerjakan ibadah dengan khusyu' dan khudu', serta mendapat manfaat yang banyak daripada pengajian di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi tersebut. Semoga niat al-faqir senantiasa dipelihara dalam keadaan ikhlas bagi Allah سبحانه وتعالى , serta segala amalan diterima, diberkati, dirahmati dan diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى ..

آمين يا رب العالمين

al-faqir juga mengucapkan jazakumullahu khairan kepada warga Pondok Ledang, Jamaah Madrasah Sidi Ibrahim , Jamaah Surau Al-Kauthar, Surau Jauharul Muttaqin, murid-murid daripada Singapura, khususan ila Tuan Haji Nizam, Tuan Haji Kamal, Tuan Haji Abu, Tuan Haji Korman, Tuan Haji Sirajuddin, Sdr Khairuddin Singapura dan lain2 yang tidak tersebut namanya di sini yang telah memberikan sumbangan serta doa yang baik. Semoga Allah membalas kebaikan antum semua.

آمين يا رب العالمين

Sementara itu, insya'Allah kuliah/tazkirah sepanjang Ramadhan di Pondok Ledang akan digantikan oleh al-Fadhil Ustaz Nizamuddin Hj Omar. Insya'Allah..

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN !

al-Banjari
27 Sya'aban 1432H

اللهم إنك تعلم سري وعلانيتي, فاقبل معذرتي, وتعلم حاجتي فأعطني سؤلي. وتعلم ما في نفسي ولا أعلم ما في نفسك, فاغفر لي ذنوبي. إنك أنت علام الغيوب, غفار الذنوب, ستار العيوب. اللهم إني أسألك إيمانا يباشر قلبي, ويقينا صادقا حتى أعلم أنه لن يصيبني إلا ما كتبته علي, والرضا بما قسمته لي. يا ذا الجلال والإكرام

Thursday, June 2, 2011

Ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat : Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia 2011



-MEMIMPIN KEBANGKITAN ANAK MUDA-

Selamat Menghayati..

Saturday, May 28, 2011

Senarai Nama Kitab & Jadual Pengajian Terkini.




الحمد لله, setelah baru-baru ini pengajian kitab Bahjatul Mardhiyah (Feqh Muafiq Masbuk) , Kitab Matan Masa'il Abi Laith/ Qathrul Ghaith (Aqidah) , Kitab Usul Tahqiq (Tauhid) telah pun khatam, maka pengajian kitab baru pula telah menyusul...

Berikut dimaklumkan senarai kitab pengajian yang baru dimulakan :-

• Kitab Usuluddin أصول الدين
• Kitab Fathur Rahman Fi 'Aqaidil Iman فتح الرحمن في عقائد الإيمان
• Kitab Sairus Salikin سير السالكين
• Kitab Raudhatul Anwar Fi Syama'il Nabiyil Mukhtar روضة الأنوار في شمائل النبي المختار
• Kitab Qatrul Ghaithiyah Fi Ilmish Shufiyah قطر الغيثية في علم الصوفية

Berikut pula ialah senarai keseluruhan kitab pengajian umumi yang sedang berlangsung pada masa catitan ini dibuat :-

• Kitab Usuluddin أصول الدين
• Kitab Fathur Rahman Fi 'Aqaidil Iman فتح الرحمن في عقائد الإيمان
• Kitab Sairus Salikin سير السالكين
• Kitab Raudhatul Anwar Fi Syama'il Nabiyil Mukhtar روضة الأنوار في شمائل النبي المختار
• Kitab Qatrul Ghaithiyah Fi Ilmish Shufiyah قطر الغيثية في علم الصوفية
• Kitab Al-Yawaqit Wal Jawahir اليواقيت والجواهير
• Kitab Tanbihul Ghafilin تنبيه الغافلين
• Kitab Daqa'iqul Akhbar دقائق الأخبار
• Kitab Irsyadul Ibad Ii Sabilir Rasyad ارشاد العباد الى سبيل الرشاد
• Kitab Kifayatul Ghulam كفاية الغلام
• Kitab Bidayatul Mubtadi wa Umdatul Aulad بداية المبتدي وعمداة الأولاد


Berikut pula adalah senarai kitab muthala'ah yang dipelajari selepas waktu isya' (nizami : di Pondok Ledang shj.) :

• Kitab Matan Safinatun Naja
• Kitab Miftahut Tajwid
• Kitab Sifat 20
• Kitab Tajwid Al-Fatihah
• Kitab Wasiat Al-Mustafa
• Kitab Ad-Durarul Muhammadiyah
• Kitab Matan Arbain
• Kitab Risalah Al-Bajuri
• Kitab Aqidatul Awam
• Kitab Risalah Safinatus Salamah
• Burdah Al-Bushiri
• Kitab Adab Imam Dan Ma'mum
• Kitab Munyatul Musolli
• Kitab Jawahirul Kalamiyah
• Dan lain-lain.


Berikut disertakan juga di sini jadual penuh pengajian bersama al-faqir (terbaru) :-



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . اللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ , وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتَكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . اللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ الْعَارِفِيْنَ , وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ , وَحِفْظَ الْمُرْسَلِين , وَاِلْهَامَ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِين.. اللَّهُمَّ نَوِّرْ قُلُوبَنَا بِنُورِ مَعْرِفَتِكَ , وَافْتَحْ لَنَا فُتُوحَ الْعَارِفِيْن . اللهُمَّ انِاَّ نَعُوْزُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَع , وَعَمَلٍ لاَ يُرْفَع , وَقَلْبٍ لاَ يَخْشَع , وَدُعَاءٍ لاَ يُسْمَع . اللَّهُمَّ فَقِهْنَا فِي الدِّيْن وَعَلِّمْنَا بِالْكِتَابِ . اللَّهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ اِيْمَانًا دَائِمًا , وَنَسْئَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا , وَنَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا , وَنَسْئَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا , وَنَسْئَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا , وَنَسْئَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا , وَنَسْئَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ , وَنَسْئَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةَ , وَنَسْئَلُكَ الشُّكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ, وَنَسْئَلُكَ غِنَى عَنِ النَّاسِ . اللَّهُمَّ أَرِِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن.

Valley Of The Wolves Palestine 2011 : Kesombongan & Keangkuhan



قال الله تعالى :-

إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس فبشرهم بعذاب أليم . أولئك الذين حبطت أعمالهم في الدنيا والآخرة وما لهم من ناصرين .

{سورة آل عمران : 21-22}

Ertinya :

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-Nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan." {Surah Aali Imran : 21-21}

Tafsir Ayat :-

هذا ذم من الله تعالى لأهل الكتاب فيما ارتكبوه من المآثم والمحارم في تكذيبهم بآيات الله قديما وحديثا، التي بلغتهم إياها الرسل، استكبارا عليهم وعنادا لهم، وتعاظما على الحق واستنكافا عن اتباعه، ومع هذا قتلوا من قتلوا من النبيين حين بلغوهم عن الله شرعه، بغير سبب ولا جريمة منهم إليهم، إلا لكونهم دعوهم إلى الحق { ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس } وهذا هو غاية الكبر، كما قال النبي صلى الله عليه وسلم : "الكبر بطر الحق وغمط الناس".

Kedua ayat ini adalah merupakan celaan daripada Allah Ta'ala kepada orang-orang ahli kitab kerana dosa-dosa dan pelanggaran-pelanggaran yang mereka lakukan. Dengan mendustakan ayat-ayat Allah yang lama mahupun yang baru yang telah disampaikan kepada mereka oleh rasul-rasul-Nya yang mereka sombongi dan tentang serta enggan mengakui kebenaran dan mengikutnya disebabkan kesombongan mereka.

Disamping itu mereka telah membunuh beberapa nabi yang telah menyampaikan kepada mereka syari'at Allah. Mereka (para Nabi) telah dibunuh tanpa sebab, hanya kerana mereka (ahli kitab) diajak ke jalan yang benar.

Dan sebagai tanda kesombongan mereka (orang yahudi), ialah mereka membunuh pula orang-orang yang tidak berdosa yang melakukan dakwah dan menyuruh orang-orang yang berbuat adil. Itulah perbuatan yang menandakan puncak kesombongan, sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :-

"الكبر بطر الحق وغمط الناس"

"Kesombongan itu adalah menentang kebenaran dan menghina sesama manusia".

وقال ابن أبي حاتم : عن أبي عبيدة بن الجراح رضي الله عنه قال : قلت يا رسول الله، أي الناس أشد عذابا يوم القيامة؟ قال : "رجل قتل نبيا أو من أمر بالمعروف ونهى عن المنكر". ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: { إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس فبشرهم بعذاب أليم } إلى قوله : { وما لهم من ناصرين } الآية. ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "يا أبا عبيدة، قتلت بنو إسرائيل ثلاثة وأربعين نبيا، من أول النهار في ساعة واحدة، فقام مائة وسبعون رجلا من بني إسرائيل، فأمروا من قتلهم بالمعروف ونهوهم عن المنكر، فقتلوا جميعا من آخر النهار من ذلك اليوم، فهم الذين ذكر الله، عز وجل".

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan, dari Abi 'Ubaidah bin Al-Jarrah رضي الله عنه , beliau berkata : "Aku bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, " Wahai Rasulallah, siapakah yang paling berat mendapat siksa di hari qiamat?". Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab :

"رجل قتل نبيا أو من أمر بالمعروف ونهى عن المنكر"

"Yaitu orang yang membunuh Nabi atau orang yang beramar ma'ruf dan bernahi munkar".

Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم membaca ayat (di atas) iaitu :-

إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس فبشرهم بعذاب أليم . أولئك الذين حبطت أعمالهم في الدنيا والآخرة وما لهم من ناصرين .

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-Nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan." {Surah Aali Imran : 21-21}

Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi :

"يا أبا عبيدة، قتلت بنو إسرائيل ثلاثة وأربعين نبيا، من أول النهار في ساعة واحدة، فقام مائة وسبعون رجلا من بني إسرائيل، فأمروا من قتلهم بالمعروف ونهوهم عن المنكر، فقتلوا جميعا من آخر النهار من ذلك اليوم، فهم الذين ذكر الله، عز وجل"

"Wahai Abi 'Ubaidah, Bani Isra'il itu telah membunuh dalam tempoh satu jam, empat puluh tiga orang Nabi pada siang hari, kemudian bangkit di antara mereka seratus tujuh puluh orang yang melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar, lalu dibunuh pula orang-orang itu semuanya pada hari itu juga. Maka mereka itulah yang dimaksudkan dalam firman Allah ini."

وعن عبد الله بن مسعود، رضي الله عنه، قال: قتلت بنو إسرائيل ثلاثمائة نبي من أول النهار، وأقاموا سوق بقلهم من آخره

Abdullah Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata : "Bani Isra'il telah membunuh tiga ratus Nabi pada siang hari dan pada petang hari mereka beramai-ramai membuka pasar sayurannya".

ولهذا لما أن تكبروا عن الحق واستكبروا على الخلق، قابلهم الله على ذلك بالذلة والصغار في الدنيا والعذاب المهين في الآخرة

Dan kerana kesombongan mereka terhadap sesama manusia dan keengganan mereka menerima dan mengakui kebenaran, maka Allah menganjari mereka dengan kehidupan yang hina dina di dunia serta azab yang pedih di akhirat .

Maka ambillah i'tibar.

-alBanjari-

Friday, September 17, 2010

SYIBRAN BI SYIBRIN, WA ZIRA'AN BI ZIRA'IN : Teruskan bersikap peka !

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman :-

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم ما لك من الله من ولي ولا نصير

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." [al-Baqarah : 120]

Rasulullah صلى الله عليه وسلم pula pernah mengingatkan kita dalam sabdanya :

عن أبي سعيد الخدري قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : لتتبعن سنن من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو سلكوا جحر ضب لسلكتموه قلنا يا رسول الله اليهود والنصارى قال فمن


"daripada Abi Sa'id رضي الله عنه , dia berkata, Rasullah صلى الله عليه وآله وسلمbersabda : "sungguh kamu akan mengikuti perilaku org2 sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk lubang biawak pun, kamu ikut memasukinya. Kami bertanya, wahai rasulallah, adakah yang engkau maksudkan itu orang2 Yahudi dan Nasrani?. Rasulullah bersabda : Maka siapakah lagi?" [HR al-Bukhari]

Dua peringatan daripada Allah dan rasulNya ini sudah cukup mengingatkan kita betapa liciknya usaha dan ikhtiyar pihak Yahudi dan Kristian untuk menyesatkan ummat Islam.

Dua peringatan ini juga mengarahkan kita agar selalu mengambil sikap berwaspada terhadap segala cobaan-cobaan halus pihak musuh supaya dengan sikap peka, sensitif, berhati-hati serta berwaspada terutama di dalam hal-hal agama ini dapat menyelamatkan aqidah, ibadah dan akhlaq ummat Islam.

Apabila kita sebagai ummat islam memilki sikap ini, maka sebarang usaha merosak dan menyesatkan ummat Islam akan dapat dibendung dan dikawal sekaligus aqidah ummat Islam dapat dijaga dan dipelihara.

Sebagai contoh mudah :-


MASIH INGATKAH IKLAN INI?



ULASAN DARI PENONTON

Scene1, Budak Lelaki Melayu Tilik Buku Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene2 - Close Up Muka Surat Bergambar Beca Scene2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

5.Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene3 , Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene4, Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. - yusrizan usop

[Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam ini. Semua ini jelas menunjukkan yang ada agenda jahat pihak berkenaan untuk memesongkan minda umat Islam di negara ini. Maka itu, adalah jelas supaya pihak TV3 memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penyiaran iklan tersebut dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan marah dengan apa yang dipaparkan. Apapun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran berguna buat semua terutamanya TV3 agar lebih peka dan sensitif dengan isu agama seperti ini. Jika selama ini mereka banyak menyiarkan isu yang dimainkan oleh pihak lain, kini akhirnya perkara yang sama terkena atas batang hidung merekA sendiri pula. Jangan sampai umat Islam di negara ini memboikot pula TV3 nanti!].

NATIJAHNYA


Saturday, September 4, 2010

Salam Lebaran 1431H

al-Hamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi, semalam 25 Ramadhan 1431H, dapat jua kami warga Surau an-Nur (Pondok Ledang) mengkhatamkan pengajian Kitab ad-Durarul Muhammadiyyah. Semoga pengajian 100 buah hadis-hadis Nabi Muhammad solallahu alaihi wa salam itu dapat bermanfaat kepada al-faqir dan semua murid-murid yang menuntutinya.. amiin..

Lusa pula kami sekeluarga akan bertolak pulang ke rumah bonda mertua di Pahang. Semoga Allahu Subhanahu wa Ta'ala melindungi kami semua daripada sebarang musibah dan memberi keselamatan kepada kami di sepanjang perjalanan pergi dan pulang.. amiin..
Dengan ini, al-faqir mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran Idulfitri kepada seluruh umat Islam tak kira di mana jua berada, dan kepada yang mengenali diri al-faqir.. mohon Maaf Zahir & Batin atas salah dan silap.. Semoga Allah menerima amal soleh kita semua.. amiin..


ikhlas daripada :
al-faqir ila afwillah,
Ibnu Masran al-Banjari

Monday, August 30, 2010

ISU NON MUSLIM DI MASJID : PERINGATAN BERHARGA DARIPADA TOK GURU KITA



PENTINGNYA SIFAT CERMAT DALAM MEMBUAT TINDAKAN

Bersempena dengan peristiwa turunnya Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS disegenap lapisan peringkat untuk memanafaatkan baki Ramadhan yang tinggal ini agar ianya diisi dengan amal soleh dan mampu untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.

Selain dari itu, saya juga ingin memperingatkan kepada seluruh ahli, petugas dan para pimpinan yang berhadapan dengan masyarakat awam Islam dan bukan Islam agar sentiasa bertindak dengan cermat berdasarkan ilmu yang jelas dan penuh hikmah dalam segala bentuk pertuturan, perancangan, tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjalankan amanah kemenangan yang diberi oleh Allah SWT di segenap ceruk dalam negara kita ini.

Janganlah kita bertindak dengan cara yang disangkakan beroleh kebaikan, akan tetapi natijahnya menyebabkan kita sibuk diasak oleh musuh menerusi media yang tidak memihak kepada kita, dan terpaksa pula kita menghabiskan masa untuk menjawab dan mempertahankan sesuatu isu yang ditimbulkan itu.

Sesuatu tindakan yang pada asalnya dibolehkan sekalipun, akan tetapi jika menyebabkan polemik dalam masyarakat, malah merugikan pula dari sudut pandangan siyasah umum, maka lebih baik ianya dielakkan. Apatah lagi dalam tindakan yang boleh mendatangkan fitnah kepada organisasi parti PAS itu sendiri.

Semuanya perlu dipertimbangkan bagi menjaga maslahat umum seperti disebutkan di dalam kaedah fiqh :

Almaslahatul 'ammah muqaddamah 'ala maslahah khasah (Maslahat umum diutamakan dari maslahat khas) dan

Daf'ul mafasid muqaddam 'ala jalbil masalih (menolak keburukan diutamakan daripada mengambil maslahah).

Selagi mana ia bukanlah satu perkara yang bersifat prinsip, atau sesuatu hukum yang qat'i, maka kaedah tersebut perlulah diguna pakai dalam tindakan-tindakan kita sebagai pejuang Islam, termasuklah dalam proses kita memperkasakan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan.

Semoga segala tindakan kita sentiasa dipimpin oleh syariat dan mendapat petunjuk dari Allah SWT.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

_____________

Kenyataan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ini harus dilihat sebagai suatu peringatan yang bermakna dan mendalam khusus buat para ahli politik Islam dan pendakwah agar jangan nanti tindakan kita akan mengakibatkan Islam difitnah dan menerima fitnah.

Di sini ditambahkan lagi dua qaedah fiqh, semoga bermanfaat dalam urusan kita bersama :-

1) دفع الضار مقدم على طلب المنافع "menolak bahaya lebih diutamakan daripada mencari kemanfaatan"
2) الخروج من الخلاف مستحب "berusaha keluar daripada masalah persengketaan adalah disukai atau digalakan"

sekian, والله أعلم .

al-Banjari

Friday, August 27, 2010

LAILATULQADR : Bersama AL-MUFASSIR AL-'ALIM AL-'ALLAMAH ASY-SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALI ASY-SYA'RAWI RAHIMAHULLAHU TA'ALA..



LAILATULQADR : Bersama AL-MUFASSIR AL-'ALIM AL-'ALLAMAH ASY-SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALI ASY-SYA'RAWI RAHIMAHULLAHU TA'ALA.. (Part 1)



LAILATULQADR : Bersama AL-MUFASSIR AL-'ALIM AL-'ALLAMAH ASY-SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALI ASY-SYA'RAWI RAHIMAHULLAHU TA'ALA.. (Part 2)



LAILATULQADR : Bersama AL-MUFASSIR AL-'ALIM AL-'ALLAMAH ASY-SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALI ASY-SYA'RAWI RAHIMAHULLAHU TA'ALA.. (Part 3)



اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا.. آمين

Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADHAN 1431H


Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, mohon maaf atas salah dan silap. Semoga kita semua dikurniakan taufiq bagi meningkatkan amal ibadah, semoga ALLAH mengampuni kita, memasukkan kita ke syurga-Nya serta menghindarkan kita dari azab neraka-Nya. Amiin..


Insya'ALLAH sepanjang bulan Ramadhan ini kuliah di Pondok Ledang pada setiap hari ISNIN, RABU & JUMAAT hanya akan menggunakan Kitab ad-DURARUL MUHAMMADIYYAH. Kitab ini mengandungi 100 buah hadis jawami'il kalim baginda Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wa salam yang meliputi hadis-hadis ahkam, nasihat, pengajaran, petunjuk, targhib dan tarhib.

Sebagaimana tahun-tahun yang sudah, pada bulan Ramadhan ana akan mengajar menggunakan kitab -kitab susunan ana yang faqir ini.. semoga ALLAH menerima amal ini.. amiin..

Ini bererti pengajian Kitab Irsyadul Ibad, al-Yawaqit wal Jawahir, Munyatul Musolli, Kifayatul Ghulam, Daqa'iqul Akhbar, Matan Abi Laith, Usul Tahqiq, Tanbihul Ghafilin ditangguhkan buat sementara waktu.


Selamat menjalani ibadah puasa dan ihya' ramadhan.

- al-Banjari -