Saturday, February 6, 2010

Program terdekat Tarbiyyah DPPNJ

بسم الله الرحمن الرحيم
PERINGATAN
Program Tarbiyyah DPPNJ yang terdekat adalah seperti berikut :-
1) Tamrin Tarbawi DPPNJ

Ø Tamrin ini akan diadakan bagi memenuhi agenda TAKWIN , tarbiyyah marhalah kedua dan akan di fokuskan kepada AJK-AJK DPPK yang baru di seluruh Johor.

Ø Oleh itu, diharap pihak Ketua Pemuda & Ketua Lajnah Tarbiyyah DPPK di seluruh Johor dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan kehadiran AJK baru dalam program tersebut.


Tarikh : 27-28 FEB 2010 /13-14 Rabi’ulawal 1431H
Tempat : Gunung Payang

Sarasan : AJK DPPK YANG BARU /TIDAK PERNAH MENYERTAI TAMRIN TARBAWI.
Pendaftaran : 9.00 pagi 27/2/2010o Peralatan : Khemah dan alatan champing.
Hubungi : Ust Khalid = 019-7274274 / ust naza = 019-7946512


2) Daurah Jundiyyah

Ø Daurah ini adalah program kerjasama bersama Jabatan Amal Johor. Sasaran pesertanya adalah dikalangan ahli unit amal diseluruh Johor. Daurah yang berbentuk kursus kefahaman ini dirintis bagi memberi kefahaman yang jelas tentang tuntutan amal jama’i kepada ahli-ahli unit amal. Kursus intensif ini juga diadakan bagi meningkatkan syakhsiyah & thaqafah islamiyah harakiyah kepada ahli-ahli unit amal Johor.

Ø Pihak Lajnah Tarbiyyah DPPNJ bercadang menjadikan kursus ini sebagai takwim tahunan dan berterusan. Program pertama akan diadakan seperti berikut :-

· Tarikh : 14 Mac 2010 (Ahad)

· Tempat : Madrasah al-Masriyah, Spg. Renggam.

· Sasaran : Anggota Unit Amal Johor.

· Masa : 8.30pg – 6.00 ptg.



3) IJTIMA’ NUQABA’

Ø Program Ijtima’ Nuqaba’ ini akan diadakan seperti berikut :-

· Tarikh : 20 Mac 2010 (Sabtu)
· Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Spg. Renggam.
· Sasaran : AJK Harian DPPK & Naqib DPPK seluruh Johor.
· Masa : 8.30pg – 3.00 ptg.
· Pembentang : al-Fadhil Ustaz Azman Syafawi
: al-Fadhil Ustaz Azam Abd Razak
· Perasmi : Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil

Diharap Ketua-ketua DPPK / Ketua Lajnah Tarbiyyah DPPK mengambil perhatian dan tindakan segera.

sekian,

-alBanjari-

Pengerusi

Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.