Alhamdulillah, kami ucapkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana diberikan kurniaanNya dan limpahanNya dengan diberi peluang untuk kami membetulkan setengah-setengah ‘tanggapan baru’ mengenai perihal meyambut Maulid Nabi sebagai suatu larangan atau penyelewangan orang-orang Islam zaman sekarang.
Sudah menjadi satu amanah dan tanggung-jawab kami sebagai umat Islam untuk tegur-menegur jika terdapat kesilapan atau kekeliruan antara umat Islam apatah lagi umat Islam senegara. Dan jika kami diamkan perkara ini, takut-takut nanti akan tersebar lebih luas lagi dan kami akan dipersoalkan nanti dihadapan Allah s.w.t kerana tidak menjalankan tugas da’wah atau amar ma’ruf dan nahi munkar dengan menghuraikan ‘al-fitanil qaumiyyat’ ( fitnah-fitnah antara kefahaman kaum agama ).
Kami telah menerima risalah hasil karangan dari mereka yang tidak pernah menjengguk khazanah dan pusaka para ulama , kelihatan bahwa risalah tersebut hanyalah sebagai satu pandangan sempit walaupun jika nama salah seorang ulama disandarkan dalam hujjahnya atau beberapa Hadith Nabi s.a.w dijadikan sumber rujukan hujjah-hujjahnya.

Malah Hadith yang disebut itu jauh dari tafsiran yang sebenarnya, inilah yang akan menjadikan bahan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam kita yang menyambut Maulid Nabi itu.
Bukan disitu sahaja, malah risalah tersebut juga kurang lengkap dari sudut hujjah-hujjah ilmiah yang tidak dapat diterima oleh mereka-mereka yang menyelidik. Beliau juga menyentuh bahawa amalan maulid seolah-olah tidak mempunyai sandaran yang kukuh tetapi ianya tersebar adalah hasil dari pengaruh pemimpin-pemimpin Islam yang kaya-raya seperi Abu Said Al-Kawkaburi dan seumpamanya.
Kata-kata seperti inilah dapat kita lihat dengan jelas betapa citiknya ilmu pengetahuan dan keterbatasan penyelidikan penulis tersebut mengenai sambutan Maulid Nabi s.a.w, sedangkan terdapat puluhan kitab-kitab ulama yang menyentuh tentang keharusannya menyambut Maulid Nabi dan tertera dalam kitab-kitab fiqih, sebagai salah satu ‘walimah’ yang wujud dalam syara’. ( sila rujuk kitab إعانة الطالبین bab walimah juz 3 ).
Marilah kita duduk sebentar membincangkan secara ilmiah mengenai amalan maulid Nabi s.a.w.
1-Sambutan Maulid adalah masalah Furu’ bukan Usuul ( Aqidah ).
Pertama sekali harus kita faham bahawa Rasullullah s.a.w hidup di dunia ini selain dari berdakwah dan berjihad untuk menyiarkan Islam dan menanamkan tauhid yang sebenarnya juga sebagai pengajar kepada manusia cara hidup yang benar berlandaskan Al-Quran dan Sunnahnya. Agama Islam telah sempurna sebelum beliau wafat dengan diterangkan perkara-perkara yang dilarang dan perkara yang diperintahkan. Maka perkara-perkara usul ( masalah-masalah yang besar dari hukum-ahkam agama ) telah semuanya dinyatakan hanya masalah-masalah furu’ ( masalah-masalah yang kecil dari hukum-ahkam agama ) ada setengahnya telah dijelaskan oleh baginda dan setengannya oleh para sahabat dan sentengahnya bagi para ulama
menjelaskannya sesuai denganz aman mereka masing-masing kerana mereka juga berhak mengeluarkan hukum agama yang belum dijelaskan pada zaman salaf kerana mereka adalah pewaris-pewaris Nabi, firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 43 :
فَاسْأَلُوْا أَھْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ .
Maka bertanyalah kepada mereka yang mengetahui ( para Ulama ) jika kamu tidak ketahui.
Allah sendiri dengan jelas menyuruh kita merujuk perkara yang tidak diketahui kepada para Ulama terutama sekali dalam masalah-masalah kecil seperti ini ( furuiyyat ) kerana mereka akan menjawabnya menerusi dalil-dalil usul yang sudah disempurnakan semuanya didalam Al-Quran dan Sunnah Nabi.
Sebagaimana tersebut dalam Hadith yang masyhur, mafhumnya : ‘Aku tinggalkan dua perkara ini jika kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selamalamanya.... Al-Kitab dan As-Sunnah’ Ini adalah kerana semua kaedah usuliyyah ( masalah-masalah dasar ) telah dimuatkan di dalamnya untuk kemudahan menyelesaikan masalah-masalah kecil yang bakal timbul nanti.
Di sini harus kita ambil-kira bahawa pandangan ulama itu ada sahamnya dalam perbentukan syariat kerana mereka tidak akan sekali-kali membuat keputusan yang bercanggah dengan perkara-perkara usul ( hukum dasar ). Mereka selalu berjaya dalam mengaitkan hukum-hukum furu’ dengan hukum-hukum asal ( usul ) yang telah dibina dan ditinggalkan oleh Rasullulah s.a.w. sebagai ikutan dan pedoman setiap generasi sepanjang zaman.
Masalah menyambut kelahiran Nabi s.a.w adalah masalah furu’ yang tidak perlu kita bertelagah antara kita selagi ianya tidak melanggar ‘aslulhukum’ ( hukum asal ) dan Maqasid Syariah Islamiah ( Kepentingan/Keperluan Terbesar dalam Syariah Islamiah iaitu pemeliharaan 1-agama 2-aqal 3- harta 4- jiwa 5-keturunan ).
2-Perkara-Perkara Yang Ditinggalkan Nabi Bukanlah Satu Larangan.
Banyak perkara atau perbuatan orang-orang Islam hari ini tidak pernah diamalkan oleh Nabi dan ianya tidak bercanggah dengan hukum asal ( syara’ ) samada dari bacaan tahlil, maulid , zikir-zikir, talkin mayat , doa awal/akhir tahun, doa nisfu sya’ban , doa khatam quran dan sebagainya, kerana tidak terjumpa penjelasan amalan itu dari Al-Quran dan Sunnah tetapi diterima sebagai amalan-amalan yang ‘mustahab’( yang digalakkan ).
Kaedah ini diperolehi dan menjadi rujukan dari firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hasyar ayat 7 :
وَمآ اَتَاكُمُ الرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَا نَھَاكُمْ عَنْھُ فَانْتَھُوْا
Apa yang didatangkan kepadamu oleh Rasul itu ( Nabi Muhammad s.a.w ) ambillah ianya sebagai pegangan ( sunnah ) dan apa yang ditegahnya daripada melakukannya maka kamu jauhi.
Para Ulama telah mengeluarkan satu kaedah dari ayat ini bahwa perkataan ‘didatangkan’ dari ayat diatas itu, di lawankan oleh Allah dengan perkataan ‘ditegahnya’ padahal kata lawan bagi perkataan ‘didatangkan’ itu adalah ‘ditinggalkan.’ Ini berarti apa yang ‘didatangkan’ adalah perkara yang sabit dalam sunnah dan perkara yang ditegah sahaja yang dilarang diamalkan sedangkan perkara yang ditinggalkan bukanlah larangan tetapi jika amalan itu tergolong dan diterima dari sudut syara’ ( tidak melanggar hukum dasar ) hukumnya ‘Mustahab’ (dibolehkan dan digalakkan ) dan jika ianya jelas melanggar syara’ ( melanggar hukum dasar ) ianya adalah Haram.
Di sinilah kita perlukan bimbingan para Ulama’ sebagai pewaris Nabi kerana mereka telah diamanahkan untuk menentukan hukum bagi perkara-perkara kecil yang ditinggalkan Nabi . Dan ada juga hukum itu tidak ditetapkan oleh para Ulama tetapi dihukum oleh orang-orang Islam itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
ما رآه المسلمون حسنا فھو عند الله حسن ، وما رآه المسلمون قبیحا فھو
عند الله قبیح
Apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu amalan yang elok, maka ia adalah elok disisi Allah, dan apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu amalan yang keji, maka ia adalah keji disisi Allah .( Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Mas’ud ).
Amalan menyambut maulid ini sudah dianggap mulia dan baik olek seluruh masyarakat Islam dari seluruh pelusuk Dunia Islam sejak zaman Tabiin hingga ke hari ini melainkan golongan yang terakhir ini pada zaman kita. Imam Hasan Al-Basri adalah seorang pengemar membaca Maulid S.A.W sedangkan beliau adalah seorang tabi’in. ( sila rujuk risalah ini di halaman 6 : Bab Amalan Maulid adalah sebahagian dari Amalan Para Ulama ).
3-Menyambut Hari Kebesaran dan Bersempena Dan Menziarahi Tempat-tempat Suci / Sejarah Islam Adalah Sebahagian Dari Syiar Islam.
Agama Islam mengajar kita bahwa mengenang peristiwa sejarah Islam dan mengambil I’tibar adalah sebahagian dari kesopanan dan pendidikan Islam itu sendiri. Setengah-setengahnya dijadikan dalam perjalanan syariat dan sebahagiannya dilonggarkan. Sebagai contoh peristiwa 9, 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku dizaman Nabi Ibrahim tetapi dijadikannya sebahagian dari syariat Nabi Muhammad.
Begitu juga 10 Muharam, asalnya orang-orang Yahudilah yang menyambutnya dengan berpuasa sebagai tanda syukur bahwa Allah menolong Nabi Musa dan Bani Israil dari kezaliman tentera Firuan dan menenggelamkan mereka di Laut Merah. Lalu Nabi SAW memberitahu sahabatnya bahawa kita lebih berhak menyambut hari tersebut dari orang-orang Yahudi dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. ( sila rujuk sirah Nabi SAW karangan Ibnu Hisyam ).
Dan sudah tentu banyak lagi peristiwa-peristiwa yang dijadikan syariat bagi umat ini mengikut tarikh-tarikh tertentu . Mengenang peristiwa dan menghurmati setengahsetengah tempat telah diajar dalam syariat kita. Ini banyak dicontohi oleh Nabi sendiri. Beliau bukan sahaja menyambut dan menghurmati hari-hari tertentu itu bahkan Jibril memberitau Nabi tempat-tempat yang mempunyai sejarah dalam dunia Islam. Jika kita perhatikan perjalanan Nabi waktu Isra’ dan Mi’raj Nabi diajak oleh Malaikat Jibril agar berhenti sebentar dari perjalanan qudus itu dan melakukan solat kerana mengambil ‘tabarruk’ dari tempat-tempat tertentu seperti tempat lahirnya Nabi Isa , kubur Nabi Musa dan sebagainya.
Kesimpulan dari yang disebutkan diatas, Nabi sendiri menyambut peristiwa-peristiwa besar sama ada dari sudut zaman ( tarikh ) dan makan ( tempat ). Baginda sangat mencintai tempat-tempat sejarah dan tempat-tempat yang mempunyai kenangan yang manis waktu kecilnya, baginda juga tidak ketinggalan menziarah kubur para shuhada’ Uhud kerana mengenang jasa-perjuangan mereka. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa tiap tanggal pertama bulan Syawal baginda menziarahi syuhada’ Uhud.
Kesemuanya ini ( menghormati tempat dan menyambut hari-hari tertentu ) adalah syiar Islam yang diajar oleh Allah kepada kita menerusi perbuatan Nabinya. Nabi sendiri menyambut hari kelahirannya dengan berpuasa pada setiap hari Isnin.
Walaupun ianya sebagai syiar Islam yang murni tetapi ianya juga menguatkan dan memantapkan jiwa perjuangan.
Memberi penghurmatan bagi tempat-tempat suci dan sejarah Islam dan menyambut hari-hari kebesaran Islam hanya terbit dari hati yang bertaqwa, firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 32 :
وَمَنْ یُعَظِّمْ شَعَآئِرَ اللهِ فَإِنَّھَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوْبِ .
Barangsiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah sesungguhnya ianya adalah terbit dari hati-hati yang bertaqwa.
Penjelasan dari ayat ini juga memberitahu kepada kita bahawa mengikut kaedah ‘Fahmul Mukhalafah’ iaitu makna sebalik dari pengertian ayat di atas bahawa mereka-mereka yang tidak mengagungkannya adalah kerana ketandusan hati dari taqwa. Dan ciri-ciri orang yang bertaqwa mereka-mereka yang menyambut hari kelahiran Nabi Pembimbing Manusia kejalan ketaqwaan.
Allah bukan sahaja menyuruh kita agar mengagungkan hari-hari atau tempat-tempat yang menjadi syiar Islam sahaja malah Allah menyuruh kita agar bergembira dengan rahmat dan kurniaannya. Dalam hal menyambut kelahiran Nabi termasuk hal-hal yang mengembirakan orang-orang Islam kerana dengan wujudnya Nabi adalah rahmat Allah yang terbesar sebagaimana firman yang termashur dalam surah Al-Anbiya ayat 107 :

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Tidak kami utusmu ( wahai Muhamad ) melainkan sebagai rahmat sekalian alam.
Firman Allah yang membawa makna agar kita bergembira dengan rahmatnya , dalam surah Yunus ayat 58 :
قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِھِ فَبِذَلِكَ فَلْیَفْرَحُوْا
Katakanlah( wahai Muhamad ), hendaklah mereka bergembira dengan kelebihan dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mu.
Mereka-mereka yang tidak gembira dengan rahmat Allah yang besar ini ( kelahiran Nabi ) dalam rangka bersyukur kepada ni’matNya adalah lebih hina disisi Allah dari Abu Lahab kerana beliau sendiri bergembira pada malam kelahiran Nabi hingga sanggup memerdekakan seorang hambanya.
Untuk membuktikan demikian, telah berkata Al-Hafiz Syamsuddin Muhamad Nasiruddin Ad-Dimisyqi dalam syairnya:
إذا كان ھذا كافرا جاء ذمھ # ب-تبت یداه في الجحیم مخلدا
أتى أنھ في یوم الإثنین دائما # یخفف عنھ للسرور بأحمدا
فما الظن بالعبد الذي كان عمره # بأحمد مسرورا ومات موحدا
Kalaulah si kafir ini yang sudah tentu dicela di dalamAl-Quran di neraka Jahim
Tersebut pada setiap Isnin senantiasa dianugerahi keringanan siksa kerana gembiranya tentang kelahiran Nabi
Apatah lagi seorang hamba yang sepanjang hayatnya bergembira
Menyambut Maulid junjungannya dan mati dalam keadaan mengesakan Tuhannya.
Kisah ini diriwayatkan dalam Sohih Bukhari , bab nikah dan dinukil oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya Al-Fath . Juga diriwayatkan oleh Imam Abdur Razak As-San’ani dalam kitabnya Al-Musannif ( jilid 7 m/s 478 ), Al-Hafiz dalam kitabnya Ad-Dala’il, Ibnu Kathir dalam kitabnya Al-Bidayah bab As- Sirah An-Nabawiyyah ( jilid 1 m/s 224 ). Ibnu Dibai dalam kitabnya Hada iqul Anwar ( jilid 1 m/s 134 ), Imam Hafiz Al-Baghawi dalam kitabnya Syarah As-Sunnah ( jilid 9 m/s 76 ), Ibnu Hisyam dan As-Suhaili dalam kitab Ar-Raudhul Unuf ( jilid 5 m/s 192 ), Al-Amiri dalam kitabnya Bahjatul Mahaafil ( jilid 1 m/s 41 ).
4- Kisah Maulid Nabi Adalah Penguat Jiwa Umatnya.
Kesemua sempena dan kisah-kisah sejarah para Nabi yang telah diceritakan Allah dalam Al-Quran itu menguatkan perjalanan da’wah Nabi s.a.w dan jiwanya, firman Allah dalam surah Hud ayat 120:
وَكُلًّا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ
Dan tiap-tiap perkhabaran yang Kami ( Allah ) khabarkan kepadamu ( Wahai Muhammad ) dari cerita Rasul-rasul itu adalah sebagai penetap hatimu.
Para Ulama’ telah memberikan penjelasan dari ayat diatas bahwa jika cerita-cerita para Nabi itu yang telah diceritakan Allah dalam Al-Quran itu, adalah sebagai penguat atau penetap hati atau jiwanya maka sudah tentu kisah-kisah dalam hidup Penghulu segala Rasul itu ( Muhammad s.a.w ) dari sudut kelahiran, perjuangan dan akhlak baginda ( sebagaimana yang tersebut dalam kebanyakkan kitab-kitab Maulid )sebagai penguat dan penetap jiwa dan hati umatnya.
5-Puji-pujian Terhadap Nabi Adalah Ciri Kecintaan dan Keimanan.
Sebelum kita membincangkan lebih lanjut mengenai puji-pujian, madah dan sebagainya perlu kita terlebih dahulu melihat dahulu samada perkara ini sabit dalam syara’ atau tidak. Puji-pujian yang dimaksudkan disini adalah puji-pujian yang membangkitkan keinsafan dalam hati pemuji sebagai tanda syukur kerana telah dianugerahkan Allah kepadanya Nabi Pembimbing Yang Agung itu dan sebagai pendorong untuk memuliakannya sebagaimana yang diperintahkan Allah lalu terlihat keagungan peribadinya agar pemuji itu dibukakan pintu untuk mencintainya lalu
segala tindak-tanduk yang dicintai itu mudah diikuti.
Kami mulakan perbincangan ini dengan sebuah Hadith yang telah disalah tafsirkan oleh sebilangan manusia dan dijadikan dalil bagi hujjah-hujjah yang tidak pada tempatnya iaitu sabda Nabi s.a.w :
لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مریم
Jangan kamu mendewakan ku sebagaimana orang-orang Nasrani mendewakan anak Maryam.
Penjelasan dari Hadith di atas bahawa larangan itu dari sudut ‘mendewakan’ kerana dalam bahasa Arab perkataan أطرى yang dilarang artinya ‘melampaui dalam puji memuji’ atau lebih tepat dengan perkataan ‘mendewakannya’. Larangan ini sebenarnya berdasarkan perbuatan orang-orang Nasrani yang telah mendewakan Isa itu hingga mereka mengatakan : ‘Isa itu anak tuhan’ lalu mereka telah melakukan syirik dalam memuji-muji nabi mereka tanpa disedari.
Adapun memuji Nabi s.a.w dengan penuh i’tiqad bahawa beliau adalah manusia biasa dan hamba Allah dan utusannya dan menjauh segala ‘pendewaan’ terhadapnya adalah suatu perkara yang dibolehkan kerana beliau adalah manusia yang paling sempurna dalam mentauhidkan Allah dari kalangan manusia.
Memuji-muji beliau seperti ini bukan sahaja dibolehkan bahkan digalakkan kerana termasuk salah satu perintah Allah yang umum yang berbunyi :
إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاھِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِیْرًا لِتُؤْمِنُوْا بِاللهِ وَرَسُوْلِھِ وَتُعَزِّرُوْهُ
وَتُوَقِّرُوْهُ وَتُسَبِّحُوْهُ بُكْرَةً وَأَصِیْلاً.
Sesungguhnya kami mengutusmu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasulnya, memuliakannya ( Rasul ) dan menghurmatinya ( Rasul ) dan bertasbih kepadaNya ( Allah ) di waktu pagi dan petang. ( surah Al-Fath ayat 8-9)
Dari ayat diatas secara umum memuliakan nabi bukan setakat memuji-muji tetapi juga mengikuti setiap jejak langkahnya atau syariat Allah. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai para sahabat yang senang dengan memuji-muji Nabi baik secara tulisan mahupun secara lisan.( sila rujuk sejarah peradaban sastera Arab zaman Mukhadrami ).
Sebagai menguatkan contoh di antara para sahabat yang sibuk membela Nabi dengan syairnya dengan puji-pujian, beliau adalah Hasan Bin Sabit r.a . Beliau mohon izin dari Rasulullah s.a.w untuk membelanya dan menyerang orang-orang musyrikin tanpa mengikuti dalam peperangan jihad, lalu apabila ditanya oleh Rasulullah , bagaimanakah caranya itu beliau menjawab dengan tulisan-tulisanku, lantas Rasulullah meluluskan permohonannya sambil bersabda : Serangilah mereka , Ruh Qudus ( Jibril a.s. ) bersamamu dan tanyalah Abu Bakar ( mengenai kelemahan-kelemahan orang-orang musyrik ). Antara rangkap syair beliau yang mengandungi pujian kepada Baginda s.a.w ialah yang berbunyi :

خُلِقْتَ مُبَرَّئً مِنْ كُلِّ عَیْبٍ * كَأَنَّكَ قَدْ خُلِقْتَ كَمَا تَشَاءُ
‘Engkau diciptakan bersih dari segala keaiban, seolah-olah engkau mendapat pilihan untuk mencipta dirimu sendiri.’
( sila rujuk kitab Ibnu Hisyam dalam perihal penyair Mukhadrami dari kalangan sahabat ).
Dan banyak lagi penyair-penyair Islam dalam kalangan sahabat yang tidak lari dari memuji-muji Nabi dan tidak sedikit pun ditegur oleh Nabi apatah lagi melarang mereka. Malah Ka’ab bin Zuhair r.a pernah membaca beberapa rangkap qasidah yang ada di dalamnya puji-pujian kepada Nabi dihadapan Nabi serta para sahabat sebaik sahaja selepas menunaikan solat di masjid, lantas Nabi bangun dari duduknya langsung menghadiahkan pakaian ‘burdah’ (selimut pada musim sejuk ) kepadanya. (sila rujuk kitab Adab Nususuhu wa Tarikhuhu).
Antara syairnya Ka’ab Bin Zuhair :

إِنَّ رَسُولَ اللهِ لَنُورٌ یُسْتَضَاءُ بِھِ * وَصَارِمٌ مِنْ سُیُوفِ اللهِ
الْمَسْلُولُ
Kami kira cukuplah satu contoh puji-pujian yang dibolehkan sebagai satu dorongan kepada kita untuk melihat atau membuat rujukan dalam dunia sastera Arab dan syairnya dalam zaman Nabi dalam kitab-kitab sastera. Kami tidak bawakan disini Nas atau syair-syair mereka kerana seluruh perengan syairnya sangat berkaitan dan tidak mudah difahami dengan menyebut sebaris dua.
Sebagai ringkasan untuk menguatkan hujjah selepas meneliti syair puji-pujian dari sudut sastera Arab dan penyair dari kalangan sahabat marilah kita melihat salah satu Hadith dari beberapa Hadith yang mengizinkan memuji Nabi , dari Anas bin Malik berbunyi:

كانت الحبشة یرقصون بین یدي رسول الله صلى الله علیھ وسلم ،
ویقولون بكلام لھم : محمد عبد صالح، فقال صلى الله علیھ وسلم :
ما ذا یقولون ؟ فقیل : إنھم یقولون : محمد عبد صالح ، فلما رآھم
في تلك الحالة لم ینكر علیھم وأقرھم على ذلك .
( راه احمد )
Beberapa orang Habsya telah menari dihadapan Nabi dan mereka berkata : ‘Muhammad Hamba yang Solih’( dalam bahasa mereka ). Maka bertanya Rasulullah s.a.w “ Apa yang mereka katakan ? Dikatakan : Mereka mengatakan : ‘Muhammad Hamba yang Solih’.Maka apabila Rasulullah s.a.w melihat mereka dalam keadaan sedemikian beliau tidak mencegah mereka dan beliau bersetuju atas perbuatan mereka. ( Hadith riwayat Imam Ahmad ).
Hadith ini juga adalah salah satu dari Hadith Taqrir di mana persetujuan Nabi diperolehi menerusi diamnya. Dan dari perbuatan para sahabat dan keterangan dari Hadith jelas bahawa puji-pujian termasuk ciri kecintaan dan keimanan.

6- Keharusan Sambutan Maulid Nabi Dari Sudut Kaedah Ilmu Tafsir.
Di dalam ilmu tafsir atau usul tafsir ada satu kaedah yang berbunyi : almaskut anhu aulaa minal manthuq’ – ‘yang tidak disebut oleh Al-Quran adakalanya lebih utama dari hukum yang di sebutnya.’
Sebagai contoh seseorang mendakwa bahawa membunuh ibu atau ayah kandung tanpa hak dibolehkan kerana tiada terjumpa dalam Al-Quran sepotong ayat yang melarang kita membuat demikian , sedangkan alQuran itu sangat sempurna dalam memberikan panduan kepada manusia.’
Di sini keluarlah masalah topik ‘kesempurnaan’ Alquran yang diartikan mengikut akal fikirannya sendiri. Kesempurnaan al-Quran bukanlah dari sudut ‘sempurnanya sebutan’ tetapi sempurnanya panduan’.
Benar , Al-Quran tidak sebut dengan khusus larangan membunuh ibu bapa tanpa hak adalah satu larangan kepada anak-anak, tetapi larangan khusus ini juga dapat kita lihat dalam Al-Quran dalam bentuk ‘ almaskut anhu aulaa minal manthuq ‘-yang tidak disebut oleh Al-Quran adakalanya lebih utama dari hukum yang di sebutnya.’
Ini kita lihat dari ayat 23 dalam surah al-Isra ayat :
فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا
‘Maka janganlah engkau berkata kepada mereka ( sebarang perkataan kasar ) perkataan " Ah "sekalipun , dan janganlah engkau menengking menyergah mereka , tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia ( yang bersopan santun).'
Para ulama tafsir mengeluarkan kaedah dari ayat ini, bahawa jika sebutan ‘ah ‘ dari si anak yang menggunakan tenaganya yang sikit dalam meremehkan urusan ibu atau bapa mereka sudah dilarang , apatah lagi meremehkan mereka dengan menggunakan tenaga yang banyak dengan membunuh ibu atau bapa mereka , walaupun tidak disebut dalam Al-Quran. Jadi membunuh ibu dan bapa sendiri tanpa hak adalah lebih utama ‘haramnya’ dari menyebut ‘ah’ kepada mereka sebagaimana yang jelas larangan dalam Al-Quran.
Nah, dari kaedah ini juga lah – ‘yang tidak disebut oleh Al-Quran adakalanya lebih utama dari hukum yang di sebutnya’, para ulama mengatakan tentang Maulid Nabi s.a.w yang tidak disebut dalam AlQuran tetapi panduannya wujud. Marilah kita firman Allah s.w.t dalam surah Maryam ayat 33 atas lisan Nabi Isa as:

وَالسَّلامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا
‘Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku ( Nabi Isa ) diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula ( pada hari kiamat)".
Para ulama kita mengatakan bahawa hari lahir Nabi Isa dan hari wafatnya ( nanti ) serta hari kebangkitannya adalah hari kesejahteraan dan keselamatan baginya , walaupun ada yang menentukan hari tersebut adalah 10 Muharam. Sudah tentu dengan kaedah di atas bahawa kemuliaan hari lahir Nabi Isa yang tertera dalam al-Quran tidak akan dapat menafikan kemuliaan hari lahir Nabi Muhamad. Ini disebabkan Nabi Muhamad adalah Penghulu Segala Nabi dan Nabi yang menjadi urusan utama Nabi Isa mengkhabarkan berita gembira mengenai kedatangannya, lebih besar kesejateraan dan keselamatan bagi alam sejagat.

7- Amalan Sambutan Maulid Nabi Berasal Dari Amalan Para Ulama’
Marilah kita merenung sejenak dan membaca pandangan-pandangan para ulama kita yang menjadi pewaris para nabi mengenai harusnya menyambut Hari Keputraan nabi sebelum kita membuat keputusan yang melulu dari akal fikiran kita yang cetek diikuti pula dengan kejahilan dalam hukum ahkam agama. Di antaranya :
1-Telah berkata Imam Syihabuddin Ahmad Ibnu Hajar Al-Haitami As-Syafie R.A dalam kitabnya bernama : Ni’matul Kubra Alal ‘Alam Fi Maulidi Sayyidi Waladi Adam, dalam Bab : Faslun Fii Bayan Fadli Maulid Nabi Saw :
قال أبو بكر الصدیق رضى الله عنھ : من أنفق درھما على قراءة مولد النبى صلى
الله علیھ وسلم كان رفیقي في الجنة.
‘Telah berkata Saiyidina Abu Bakar As-Sidiq R.A : Barangsiapa menaja satu dirham bagi menggalakkan bacaan Maulid Nabi saw , adalah si penaja itu menjadi temanku di syurga.’
قال عمر رضى الله عنھ : من عظّم مولد النبى صلى الله علیھ وسلم فقد أحیا الإسلام .
‘Telah berkata Saiyidina Umar R.A : Barangsiapa mengagungkan ( sambut ) maulid Nabi SAW maka sesungguhnya dia telah menghidupkan Islam’
قال عثمان رضى الله عنھ : من أنفق درھما على قراءة مولد النبى صلى الله علیھ
وسلم فكأنما شھد غزوة بدر وحنین.
‘Telah berkata Saiyidina Usman R.A : Barangsiapa menaja satu dirham bagi menggalakkan bacaan Maulid Nabi saw maka seolah-olah dia telah berjuang dalam peperangan Badr dan Hunain.’
قال علي رضى الله عنھ وكرم الله وجھھ : من عظّم مولد النبى صلى الله علیھ وسلم
وكان سببا لقراءتھ ، لا یخرج من الدنیا إلا بالإیمان ویدخل الجنة بغیر حساب.
‘Telah berkata Saiyidina Ali R.A & K.W : Barangsiapa mengagungkan ( sambut ) maulid Nabi SAW dan menjadi sebab bagi bacaannya, tidak akan keluar dari dunia melainkan dalam keimanan dan akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
2- Dalam kitab Fiqih I’aanatul Tholibin karangan Sheikh Abu Bakar Syatta dalam akhir bab Nikah-walimah tersebut : Telah berkata Imam Abu Said Al-Hasan Al-Basri r.a. ( wafat 110hj , beliau termasuk dalam golongan tabi’in , ulama salaf, menurut setengah riwayat beliau pernah berjumpa dengan Saiyidina Ali k.m.) :

وَدِدْتُ لو كان لي مثل جبل أُحُدٍ ذَھَبًا لأنفقھ على قراءة مولد الرسول
‘Aku bercita-cita jika aku mempunyai harta emas sebesar bukit Uhud akan aku nafkahkan untuk membaca Maulidur Rasul.’
3- Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) telah berkata Sheikh Abu Mahfuz Ma’ruf bin Fairuz Al-Karkhi r.a. seorang ulama tasauf pada zamannya ( wafat 200H ) :
3- Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) telah berkata Sheikh Abu Mahfuz Ma’ruf bin Fairuz Al-Karkhi r.a. seorang ulama tasauf pada zamannya ( wafat 200H ) :
" من ھیّأ لأجل قراءة مولد الرسول طعاما وجمّع إخوانا وأوقد سراجا ولبس جدیدا
وتعطّر وتجمّل تعظیما لمولده ، حشره الله تعالى یوم القیامة مع الفرق الأولى من
النبیین و كان في أعلى علیین . ومن قرأ مولد الرسول صلى الله علیھ وسلم على
دراھم مسكوكة فضة كانت أو ذھبا وخلّط تلك الدراھم مع دراھم أخر وقعت فیھا
البركة ولا یفتقر صاحبھا ولا تفرغ یده ببركة مولد الرسول صلى الله علیھ وسلم."
‘ Barangsiapa menyiapkan bagi majlis maulid Nabi SAW jamuan, mengumpulkan saudara-saudaranya, memasang pelita, memakai pakaian baru ( kemas & bersih ), berwangian, bercantik-cantik kerana mengagungkan kelahirannya, Allah akan bangkitkannya pada hari qiyamat bersama-sama barisan pertama dari golongan para nabi dan dia akan berada di puncak syurga Illiyiin. Dan barangsiapa membaca maulid Nabi SAW ke atas dirham ( siling ) emas atau perak dan dicampurkan dirham tersebut dengan dirham yang lain, tercipta satu keberkahan dari dirham tersebut sehingga pemilik wang tersebut tidak akan sekali-kali papa dan tidak akan kosong simpanannya oleh kerana berkah maulid Nabi SAW.’
4- Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) telah berkata Sheikh Abu Hasan Sirri bin Mughallis As-Saqhoti r.a.seorang ulama tasauf yang masyur wafat pada tahun 253H :
4- Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) telah berkata Sheikh Abu Hasan Sirri bin Mughallis As-Saqhoti r.a.seorang ulama tasauf yang masyur wafat pada tahun 253H :
من قصد موضعا یقرأ فیھ مولد النبي صلى الله علیھ وسلم فقد قصد روضة من
ریاض الجنة لأنھ ما قصد ذلك الموضع إلا لمحبة الرسول وقد قال علیھ السلام : من
أحبّني كان معي في الجنة
‘Barangsiapa menuju ke suatu tempat yang ada di sana bacaan maulid Nabi s.a.w. Maka sesungguhnya dia menuju sebuah taman dari taman-taman syurga kerana dia tidak menuju ke tempat demikian melainkan kerana cinta kepada Rasullulah. Dan telah bersabda: Barangsiapa mencintaiku dia akan bersamaku di syurga.’
5- Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ), telah berkata Saidut Taifah Sheikh Abul Qasim Al-junaid bin Muhamad Az-Zujaaji Al-Baghdadi R.A,wafat pada tahun 297 H telah berkata :
من حضر مولد الرسول وعظّم قدره فقد فاز بالإیمان.
‘Barangsiapa menghadiri majlis maulid Rasul SAW dan mengagungkan martabatnya ( di sisi Allah ), maka sebenarnya dia telah berjaya ( sempurna ) dengan imannya.’
6- Dari sumber kitab Ni’matul Kubra ( no : 1 ), telah berkata Imam Fakhruddin Muhamad Bin Umar Ar-Razi R.A ( seorang ulama tafsir yang masyhur , wafat pada tahun 606 H) :
6- Dari sumber kitab Ni’matul Kubra ( no : 1 ), telah berkata Imam Fakhruddin Muhamad Bin Umar Ar-Razi R.A ( seorang ulama tafsir yang masyhur , wafat pada tahun 606 H) :
ما من شخص قرأ مولد النبي صلى الله علیھ وسلم على ملح أو بر أو شيء آخر من
المأكولات إلا ظھر فیھ البركة و في كل شيء وصل إلیھ من ذلك المأكول ، فإنھ
یضطرب ولا یستقرّ حتى یغفر الله لآكلھ.
وإن قرئ مولد النبي صلى الله علیھ وسلم على ماء فمن شرب من ذلك الماء ، دخل
قلبھ ألف نور ورحمة وخرج منھ ألف غلّ وعلّة ولا یموت ذلك القلب یوم تموت
القلوب .
‘Tidak ada seorang pun yang membaca Maulid Nabi SAW keatas garam atau biji-bijian atau apa sahaja dari makanan , melainkan akan zahir darinya keberkahan dan juga dari setiap sesuatu ( makanan ) yang ada dicampurkan dengannya, maka makanan tersebut akan ‘memohon’ dan tidak akan ‘tenang’ sehingga Allah ampunkan dosa bagi mereka yang memakannya.
Dan jika dibaca Maulid Nabi SAW ke atas air, dan siapa yang minum air tersebut, masuk ke dalam hatinya seribu cahaya dan seribu rahmat dan keluar dari ( hati tersebut ) seribu penyakit dan seribu kecacatan ( hati ) dan tidak akan mati hati tersebut pada hari, dimatikan segala hati-hati ( ketika sakaratul maut ).’
7- Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) , telah berkata Imam Sheikh Abu Syamah Yahya bin Syarafuddin An-Nawawi R.A, yang wafat pada tahun 676H :

ومن أحسن ما ابتُدع في زماننا ما یفعل كل عام في الیوم الموافق لیوم مولده صلى
الله علیھ وسلم من الصدقات والمعروف وإظھار الزینة والسرور فإن ذلك مع ما فیھ
من الإحسان للفقراء مشعر بمحبة النبي صلى الله علیھ وسلم وتعظیمھ في قلب فاعل
ذلك ، وشكر الله تعالى على ما من بھ من إیجاد رسول الله صلى الله علیھ وسلم الذي
ارسلھ رحمة للعالمین .
‘Dan adalah sebaik-baik bid’ah ( perkara baru ) yang ada pada zaman kita ini ialah apa yang dilakukan pada setiap tahun, pada hari yang bertepatan dengan hari kelahiran Nabi SAW dari amalan bersedeqah , berkebajikan , memperlihatkan kecantikan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya ini semua, tanda ada keihsanan bagi orang-orang miskin, ada rasa cinta kepada Nabi saw dan mengagungkannya dalam hati penyambut tesebut, dan ada sifat kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengutus Rasulullah SAW yang diutusnya sebagai Rahmat bagi sekalian Alam.’
8- Dari kitab ‘Iqtida’us Siratim Mustaqim karangan Sheikh Taqiyuddin Ahmad Ibnu Taimiah ( wafat 728 H ) beliau berkata:
" قد یثاب بعض الناس على فعل المولد ، وكذلك ما یحدثھ بعض الناس إما مضاھاة
للنصارى في میلاد عیسى علیھ السلام ، وإما محبة للنبي صلى الله علیھ وسلم
وتعظیما لھ ، والله قد یثیبھم على ھذه المحبة والاجتھاد لا على البدع ."
‘Adakalanya sebahagian dari mereka mendapat pahala atas perbuatan menyambut maulid, begitu juga ada sebahagian yang lain yang menyambut seperti : pendewaan orang-orang Nasrani pada hari lahir Nabi Isa A.S ATAU kecintaan terhadap Nabi SAW dan mengagungkannya. Dan Allah SWT ( jika dikehendaki )memberi pahala Ke atas kecintaan ini dan inisiatifnya dan bukan diberi pahala atas corak amalannya yang baru ( bid’ah ).’
9- Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) , telah berkata Imam Abu Muhamad Abdullah Bin As’ad Al-Yafie Al-Yamani R.A , wafat pada tahun 768 H :
من جمع لمولد النبي صلى الله علیھ وسلم إخوانا وھیّأ طعاما و أخلى مكانا وعمل
إحسانا وصار سببا لقراءة مولد الرسول ، بعثھ الله یوم القیامة مع الصدیقین والشھداء
والصالحین ویكون في جنات النعیم .
‘ Barangsiapa mengumpulkan saudara-saudaranya bagi menghadiri majlis maulid Nabi SAW , menyiapkan makanan, memenuhkan ruang-ruang kosong, berbuat baik dan menjadi sebab bagi bacaan Maulid Rasul SAW, akan Allah bangkitkannya pada hari qiyamat bersama-sama para sidiqin , syuhada’ dan para solihin dan ia akan berada di dalam Syurga An-Naim.’
10- Dari Kitab ‘ Al-Bidayah Wan Nihayah –Juz 13 m/s 136’ karangan Sheikh Imadudin Ismail bin Umar Bin Kathir ( pengarang tafsir Ibnu Kathir , wafat 774 H ) telah memuji Raja Muzafar yang telah membuat majlis maulid besar-besaran sambil berkata :

" وكان یعمل المولد الشریف في ربیع الأول ویحتفل بھ احتفالا ھائلا وكان مع ذلك
شھما شجاعا فاتكا بطلا عاقلا عالما عادلا رحمھ الله وأكرم مثواه "
‘ Adalah beliau ( Raja Muzafar) menganjurkan maulid syarif pada Rabiul Awal dan membuat himpunan ( dalam majlis maulid ) dengan himpunan secara besar-besaran. Disamping itu beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, wira, bijak, alim, adil, semoga Allah merahmatinya dan memuliakan tempat rihatnya ( kuburnya )’.
11-Dari kitab ‘Husnul Maqsid Fii Amalil Maulid’ karangan Imam Sayuthi R.A, telah berkata Al-Hafiz Shamsuddin Muhamad bin Naasiruddin Ad-Dimasyqi ( wafat 833 H) dalam kitabnya yang bernama : Urfut Ta’rif bil Maulidis Syariif ‘, beliau ada memberikan pandangan terhadap satu riwayat yang masyur yang diambil dari Sohih Bukhari ( Kitab Nikah ) : Mengenai mimpi Abdullah Bin Abbas , melihat Abu Lahab dalam neraka dan menanyakan keadaannya ,lalu Abu Lahab menjelaskan bahawa beliau diazab oleh Allah terus pada setiap masa melainkan pada hari Isnin diringankan siksaannya malah diberikan air sebesar dua jarinya , ini adalah kerana rahmat Allah kepadanya yang telah bergembira pada hari kelahiran Nabi sehingga memerdeka seorang hambanya bernama Thuwaibah. Berkata Sheikh Ad-Dimasyqi :

" فإذا كان أبو لھب الكافر ، الذي نزل القرآن بذمھ جوزي في النار بفرحة لیلة مولد
النبي صلى الله علیھ وسلم بھ ، فما حال المسلم الموحد من أمة النبي صلى الله علیھ
وسلم ، یسر بمولده ویبذل ما تصل قدرتھ في محبتھ صلى الله علیھ وسلم ، ولعمري ،
إنما یكون جزاؤه من المولى الكریم ، أن یدخلھ بفضلھ جنات النعیم ."
‘Jika Si Abu Lahab yang kafir ini, yang Al-Quran turun dalam mencelanya, diringan azabnya dalam neraka oleh kerana bergembira pada malam kelahiran Nabi SAW , maka apa pula halnya seorang muslim yang bertauhid dari kalangan ummatnya SAW yang bergembira dengan kelahirannya, membelanjakan apa sahaja yang dimampukan oleh kerana dorongan cintanya kepada Baginda SAW, Demi aku bersumpah, sesungguhnya balasannya dari Allah yang Maha Penjaga dan Maha Mulia ialah dengan memasukkannya dengan kemuliaanNya syurga Naiim.’
12 – Dari kitab yang sama diatas : Telah ditanya Sheikh Islam Hafizul Asr Abul Fadl Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani ( wafat 852 H )mengenai sambutan Maulid Nabi SAW , lalu beliau menjelaskan:
12 – Dari kitab yang sama diatas : Telah ditanya Sheikh Islam Hafizul Asr Abul Fadl Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani ( wafat 852 H )mengenai sambutan Maulid Nabi SAW , lalu beliau menjelaskan:
"أصل عمل المولد بدعة لم تنقل عن أحد من السلف الصالح من القرون الثلاثة
ولكنھا مع ذلك قد اشتملت على محاسن وضدھا ، فمن تحرى في عملھا المحاسن
وتجنب ضدھا كان بدعة حسنة. ثم قال :وقد ظھر لي تخریجھا على أصل ثابت ،
وھو ما ثبت في الصحیحین من أن النبي صلى الله علیھ وسلم قدم المدینة فوجد الیھود
یصومون یوم عاشوراء ، فسالھم فقالوا : ھو یوم أغرق الله فیھ فرعون و نجى
موسى فنحن بصومھ شكر لله تعالى"
‘ Asal usul amalan maulid adalah perkara baru yang tidak ada seumpamanya dari seorang dari golongan Salafus Solih pada qurun ke tiga pertama hijrah, tetapi walaupun demikian adakalanya boleh terkumpul dari majlis itu kebaikan-kebaikan dan adakalanya sebaliknya, mereka yang beramal dengan penuh kebaikan dan menjauhi sebaliknya ( keburukan ) maka ia adalah satu amalan bid’ah yang baik.
Berkata Sheikh lagi : Bagi himmat ku, telah jelas sumber sambutan maulid ini dari asal yang mantap ( perbuatan Nabi ) , ia adalah apa yang ketara di dalam kedua kitab Sohih ( Bukhari & Muslim ) : Adalah Nabi SAW apabila masuk ke kota Madinah baginda dapati masyarakat Yahudi berpuasa pada 10 Muharram lalu baginda bertanya mengenainya. Mereka menjawab: Ia adalah hari Allah tenggelamkan Firaun dan selamatnya Musa dan kami berpuasa sebagai satu tanda syukur kepada Allah Ta’ala.’
13-Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) : Telah berkata Imam Al-Hafiz Muhamad Shamsudin As-Sakhawi ( wafat 902 H ) :
13-Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) : Telah berkata Imam Al-Hafiz Muhamad Shamsudin As-Sakhawi ( wafat 902 H ) :
" إن عمل المولد حدث بعد القرون الثلاثة ثم لا یزال أھل الإسلام من سائر الأقطار
والمدن الكبار یعملون المولد ویتصدقون في لیالیھ بأنواع الصدقات ویعتنون بقراءة
مولده الكریم ویظھر علیھم من بركاتھ كل فضل عمیم "
‘ Sesungguhnya amalan Maulid jelas berlaku selepas tiga ratus hijrah, kemudian orang-orang Islam dari seluruh pusuk rantau, kota-kota besar mengamalkan maulid, mereka bersedeqah pada malam-malamnya dengan berbagai-bagai jenis sedeqah, mereka pegang kuat dengan bacaan maulid baginda yang mulia , lalu terbit ke atas mereka dari keberkahan-keberkahannya , setiap kemuliaan yang luas.’
14-Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) : Telah berkata Sultanul Arifiin Sheikh Jalaludin As-Sayuthi R.A ( wafat 911 H ) :
" ما من مسلم قرئ في بیتھ مولد النبي صلى الله علیھ وسلم إلا رفع الله تعالى القحط
والوباء والحرق والآفات والبلیات والنكبات والبغض والحسد وعین السوء
واللصوص عن أھل ذلك البیت فإذا مات ھون الله تعالى علیھ جواب منكر ونكیر
وكان في مقعد صدق عند ملیك مقتدر ."
‘ Tidak ada seorang Muslim yang membaca Maulid Nabi SAW melainkan diangkat Allah SWT dari penghuni rumah tersebut kemarau, waba’, kebakaran, kemalangan, bencana, kesusahan, kebencian, hasad, sihir dan kecurian. Dan apabila beliau meninggal dunia, Allah akan mudahkan baginya jawab Munkar dan Nakir dan beliau akan di tempatkan disatu tempat yang baik disamping Raja yang Maha Berkuasa ( Allah SWT ).
Beliau berkata lagi di kitabnya ‘Al-Wasa ‘il Fi Syarhi Syama ‘il’ :
Beliau berkata lagi di kitabnya ‘Al-Wasa ‘il Fi Syarhi Syama ‘il’ :
" ما من بیت أو مسجد أو محلة قرئ فیھ مولد النبي صلى الله علیھ وسلم إلا حفت
الملائكة بأھل ذلك المكان وعمھم الله بالرحمة والمطوقون بالنور یعنى جبریل
ومیكائیل وإسرافبل وقربائیل وعینائیل والصافون والحافون والكروبین فإنھم یصلون
على من كان سببا لقراءة مولد النبي صلى الله علیھ وسلم"
‘Tidak ada sebuah rumah atau masjid atau sebuah tempat dibaca didalamnya Maulid Nabi SAW melainkan para Malaikat akan membuka sayapnya ke atas penghuni/mereka yang hadir tempat tersebut dan mendoakan rahmat bagi keseluruhannya dan para pembawa cahaya dari golongan Malaikat akan mendoakannya juga iaitu Jibril AS, Mikail AS, Israfil AS, Qarbail AS, Ainail AS, Safun AS, Hafun AS dan Karubiyin. Sesungguhnya mereka akan mendoakan kepada mereka yang menjadi menyebab bagi bacaan Maulid Nabi SAW.’
15-Dari kitab Maulid Nabi karangan Al-Hafiz Sheikh Wajihuddin Abdur Rahman Bin Ali As-Syaibani Ad-Diba’e ( wafat 944 H )yang terkenal dengan jolokan ‘Musnad Dunya Fi ilmil Hadith’ , kitabnya lebih terkenal dengan gelaran Kitab Maulid Diba’e, ada tersebut dalam bentuk qasidah :

" ولو أنا عملنا كل یوم # لأحمد مولدا قد كان واجب "
‘ Jika kita amalkan setiap hari membaca Maulid, sudah tentu perkara ini hampir-hampir menjadi wajib’
16- Al-Imam Ahmad Ibnu Hajar Al-Haithami, seorang faqih bermazhab Shafie, lebih terkenal dengan Ibnu Hajar Al-Haithami , beliau dilahirkan pada tahun 909H dan wafat pada tahun 974H. Beliau telah membuat komentar dalam kitab Fatwanya dalam bab Perhimpunan dengan bacaan Maulid atau zikir-zikir m/s 150 cetakan Maktabah Mustafa berbunyi , telah ditanyakan mengenai hukum majlis-majlis maulid dan majlis-majlis zikir yang telah dilakukan oleh orang ramai pada zaman itu samada ianya adalah sunnah atau satu kelebihan atau bid’ah yang keji ? Lalu Ibnu Hajar menjawab :

الموالد والأذكار التي تفعل عندنا أكثرھا مشتمل على خیر كصدقة
وذكر وصلاة وسلام على رسول الله صلى الله علیھ وسلم ومدحھ
(الفتاوى الحدیثیة )
Majlis-majlis maulid dan zikir-zikir yang sedang dilakukan sepertimana ditempat kami kebanyakannya mengandungi kebaikan seperti sedeqah, zikir , doa dan selawat ke atas nabi s.a.w dan memujinya ( sila Fatawa Hadithiyah ).
17 – Imam Almutawali As-Sya’rawi menulis dalam salah satu karyanya “ Jika semua makhluk Allah ( cakrawala, haiwan, sungei, patung berhala, api parsi ) sedar kelahiran Nabi s.a.w pada malam itu juga dan mereka menyambutnya dengan cara mereka tersendiri, kenapakah kamu melarang kita ( manusia ) menyambutnya ?”
Perhatian : Mengikut para ahli hadith terdapat lebih dari 25 peristiwa aneh terjadi pada malam yang dilahirkan Nabi s.a.w sebagai sebahagian dari tasbih mereka pada Allah dan sambutan pada alam ini , sehingga berhala yang paling besar di Ka’bah menjatuhkan dirinya sebanyak 3 kali tanpa sebab pada malam itu juga.
Dan dalam kitabnya bernama : Ni’matul Kubra Alal Alam Fi Maulidi Saidi Waladi Adam, dalam Akhir Bab : Faslun Fii Bayan Fadli Maulid Nabi Saw :
" فمن أراد التعظیم مولد النبي صلى الله علیھ وسلم یكفیھ ھذا القدر ، ومن لم یكن
عنده تعظیم مولد النبي صلى الله علیھ وسلم لو ملأت لھ الدنیا في مدحھ لم یحرك قلبھ
في المحبة لھ صلى الله علیھ وسلم"
‘ Barangsiapa yang sudah terhias dalam jiwanya ‘keagungan Nabi SAW’ cukuplah sampai disini penjelasannya, dan barangsiapa yang kehilangan ‘keagungan Nabi SAW’ dalam jiwa mereka, jika penuh satu dunia dengan kata-kata yang mengalakkan , tetap hatinya tiada tertarik dalam kecintaan terhadap baginda SAW.
8- Beberapa kitab Maulid hasil karangan Para Ulama.
Kitab-kitab mengenai kisah Maulid Nabi s.a.w terlalu banyak sekali, ada yang berupa syair, ada yang berupa prosa, ada yang pendek, ada yang sederhana dan ada yang panjang. Tetapi menerangkan satu persatu itu bukanlah tujuan kami di sini, oleh itu cukuplah hanya menyebut nama-nama para ulama besar yang telah mengarang kitab-kitab maulid yang masyhur saja.
Di antaranya ialah :
1- Al-Hafiz Muhammad bin Abu Bakar bin Abdullah Al-Qaisi Ad-Dimasyqi,di kenali sebagai Ibnu Nasiruddin , dilahirkan pada tahun 777H dan wafat pada tahun 842H seorang Imam yang alim, hafiz,ahli tarikh dan ahli Hadith . Berjawat sebagai seorang guru di Darul Hadis Al-Asyrafiah.Di antara karangan-karangannya yang banyak itu adalah sebuah kitab Maulid bernama: . مورد الصادي في مولد الھادي
2- Al-Hafiz Abdurrahim bin Husein bin Abdurrahman Al-Masri, yang lebih terkenal dengan nama Al-Hafiz Al-Iraqi, beliau lahir pada tahun 725H dan wafat pada 808 H. Beliau mempunyai ilmu yang mendalam mengenai Hadith, isnadnya dan hafalannya yang teliti. Beliau menjadi tempat rujukan pada masalah agama di negeri Mesir. Di antara karangannya yang banyak menyentuh tentang pelajaran Hadith ialah kitab Maulid Nabi s.a.w bernama :
. المورد الھني في المولد السني
3- Al-Hafiz Muhammad bin Abdurrahman bin Muhammad Al-Qahiri lebih terkenal dengan namaAl-Hafiz As-Sakhawi. Beliau dilahirkan pada 831H dan wafat pada 902H di kota Madinah. Beliau adalah seorang ahli tarikh dan ulama yang termashur. Telah berkata Ibnu Fahd bahawa beliau mempunyai kelebihan dalam mengenal nama-nama perawi Hadith, keadaanya dan segala yang bersangkutan dengannya sehingga tidak ada seorang pun dari ulama yang setanding dengan As-Sakhawi dalam bidangnya sesudah Imam Az-Zahabi. Tertulis di dalam kitab Kasfuz Zunun bahawa Imam As-Sakhawi ini ada mengarang sebuah kitab Maulid.
4- Imam Mulla Ali sebagai seorang diantara ulama’mujtahid yang termasyur dan ahli tarikh telah mengarang sebuah kitab maulid bernama : . المورد الروي في المولد النبوي
5- Al-Hafiz Al-Imam Imadudin Ismail bin Umar bin Kathir, lebih terkenal dengan nama Ibnu Kathir empunyai kitab tafsir . Beliau berguru kepada Sheikh Ibnu Taimiyah dan sangat mengasihinya , beliau wafat pada tahun 774H. Ibnu Kathir setelah menerima ‘lampu hijau’ dari gurunya Sheikh Ibnu Taimiah telah mengarang sebuah kitab maulid yang kemudiannya dicetak dengan suntingan Dr Salahuddin Al- Munjid.
6- Sheikh Abu Ja’far Barzanji seorang ulama yang terkenal di kota Madinah beliau meninggalkan sebuah kitab maulid yang dikenali sebagai Kitab Maulid Barzanji.

7- Al-Hafiz Wajihuddin Abdurahman bin Ali bin Muhammad As-Syaibani,berasal dari negeri Yaman dilahirkan pada tahun 866H dan wafat pada 944H . Beliau adalah seorang ulama yang besar pada zamannya. Kepadanya sahajalah jatuhnya segala salasilah sanad guru-guru Hadith menyebabkan beliau digelar مسند الدنیا في علم الحدیث
Di antara kelebihannya dalam ilmu Hadith ini beliau dapat menghuraikan Sohih Bukhari dalam masa enam hari. Di antara karangannya yang banyak itu ialah sebuah kitab maulid bernama الشریف المولد, kemudian lebih terkenal dengan Maulid Ad-Dibai.
8- Al-Habib Al-Waliy As-Sayyid Ali bin As-Sayyid Muhamad AlHabsyi lahir di Qosam, Hadramaut pada hari Jumaat 17 November 1843 . Beliau adalah antara seorang solihin yang terkenal di Hadramaut dengan mempunyai banyak karamah. Beliau wafat berhampiran dengan Masjid Ar-Riyadh, Hadramaut pada hari Ahad 7 March 1915. Beliau telah menyusun sebuah kitab Maulid Nabi s.a.w bernama ‘Simtud Dhurar’ atau lebih terkenal dengan sebutan ‘Maulid AlHabsyi’.
9- Al-Habib Omar Bin Muhamad Al-Haafiz, pengasas Darul Mustafa di Hadramaut, masih hidup dan sibuk berkhidmat pada masyarakat ketika nota ini disiapkan. Beliau telah menyusun sebuah kitab Maulid bernama ‘Ad-Dhiya’ul Laami’.
Sekian sahaja diantara para ulama yang besar yang dapat kami nukilkan di sini buat pengetahuan mereka yang belum ketahuinya. Moga-moga kita sentiasa memikir panjang dahulu sebelum mengorak langkah. __ intaha~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tambahan : Sila layari link dibawah juga.
http://www.almuttaqin.tv/video_papar.php?id=214
Pengajian Kitab Rasa'il Hammah Wa Mabahis Qoyyimah Bersama Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki Hafizahullah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tambahan : Juga digalakkan menontot video di bawah ini
http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2008/03/ceramah-maulidurrasul-saw-ulangsiar.html
Kelahiran & Kewatafan Rasulullah SAW : Bersama Syeikhuna al-Habib Ali Zainal Abidin al-Jufri Hafizahullah
bersambung..
alfaqir ila Allah,
-IbnuMasran al-Banjari-