Thursday, April 3, 2008

FITNA : FITNAH KAAFIRUN ATAS ISLAM

FITNA : FITNAH KAAFIRUN ATAS ISLAM

http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/ dengan keras membantah tindakan Geert Wilders Ahli Parlimen Belanda dan penerbit bagi sebuah filem pendek berjudul “Fitna” yang dengan jelas menghina Islam, menghina kitab suci Islam (al-Quran) dan tidak langsung menghiraukan sensitiviti umat Islam seluruh dunia.

http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/berpandangan tindakan menyiarkan filem “Fitna” tersebut adalah usaha provokasi untuk mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia. Oleh itu kami juga bertegas supaya penyiaran tersebut ditarik balik di semua media.

http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/amat mengalu-alukan pandangan asy-Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi yang mencadangkan 5 tindakan umat Islam seluruh dunia dalam berdepan dengan suasana ini.

Lima hal yang yang digariskan Qaradhawi dan harus dilakukan umat Islam adalah;

الرد الأول: "ينبغي أن يكون علميا بدحض الافتراء على النبي بأنه كان سفاك دماء ورجل نساء". وطالب بأن يكون هذا الرد "بلغات عالمية مختلفة حتى يصل إلى الذين يتطاولون على النبي والذين يجهلون عظمته، وأن يتصدى له علماء على دراية بسيرة النبي وإحاطة بالقضية التي يردون عليها".

Pertama, penolakan. “Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yang menyebutkan baginda seorang yang haus darah dan seorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harus dilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepada orang-orang yang selama ini memiliki imej buruk terhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akan kemuliaan Rasulullah saw.”

الرد الثانى: "سياسي ويتمثل في أن تقف الدول الإسلامية الكبيرة موقف الرجولة دفاعا عن الإسلام ورسوله".

Kedua, “Melalui kaedah politik, sikap negara-negara Islam besar harus berdiri secara jantan untuk membela Islam dan Rasul-Nya.”

الرد الثالث الذي دعا إليه الشيخ القرضاوي هو "الرد الشعبي بالضغط على الحكومات المسلمة لتقف موقفا صلبا رجوليا إيمانيا يثبت أن أمتنا ما زالت حية ومتلاحمة تغار على مقدساتها".

Ketiga, “Penolakan massa dengan menekan pemerintahan kaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.”

والرد الرابع الذي نصح به الشيخ القرضاوي هو "الرد الفني والإعلامي"، مبينا "أهمية الأعمال الدرامية كالأفلام والمسلسلات في تصحيح الصورة المغلوطة عن الإسلام".

Keempat, Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan di lapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itu misalnya, drama, filem atau drama bersiri untuk meluruskan imej yang selama ini tertutup dari Islam.

أما الرد الخامس الذي طالب به فيتمثل في "المقاطعة الاقتصادية لبضائع الدول التي تسمح لرعاياها بالتطاول على المقدسات الإسلامية". ووصف المقاطعة بأنها "سلاح يوجع القوم".

Kelima, “Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negara yang mengizinkan penduduknya mencederai kesucian Islam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampu menyakitkan suatu negara.”
Umat Islam mestilah bangkit dan sedar bahawa agama mereka sedang diperhinakan oleh musuh-musuh Islam. Ayoh bergabung bersama Jamaah Islamiyyah dalam mempertahankan agama Islam yang suci ini.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil hamd..

ibnumasran al-banjari
25 Rabi'ul Awal 1429H