Pertanyaan 7 :
Assalamualaikum syeikh, saya ingin tahu apa makna Hidayah, Taufiq & Ilham..
____________________
Jawapan 7 ;
Assalamualaikum syeikh, saya ingin tahu apa makna Hidayah, Taufiq & Ilham..
____________________
Jawapan 7 ;
Wa’alaikum salam..
Saya kira memada jika saya hanya menukilkan ta’rif (definasi) yang saudara kehendaki yaitu Hidayah, Taufiq & Ilham berdasarkan ta’rifan yang terdapat pada kitab at-Ta’rifat karangan Imam as-Sayyidul Jurjani (as-Sayyid asy-Syarif ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali al-Jurjani, lahir pada 740H, wafat pada 816H). Berikut dinyatakan..
اَلْهِدَايَةُ : اَلدِّلاَلَةُ عَلَى مَا يُوصِلُ إِلَى الْمَطْلُوْبِ
“Al-Hidayah itu merupakan petunjuk atas apa yang dapat menyampaikan kepada yang dimaksudkan”. [at-Ta’rifaat, hal. 273]
اَلتَّوْفِيْقُ : جَعْلُ اللهِ فِعْلَ عِبَادِهِ مُوَافِقاً بِمَا يُحِبُّهُ وَيَرْضَاهُ.
“At-Taufiq itu penjadian (bantuan dan kekuatan daripada) Allah terhadap perbuatan hamba-hamba-Nya yang sesuai dengan apa yang dicintai-Nya dan yang diredhai-Nya”. [at-Ta’rifaat, hal. 79]
اَلْإِلْهَامُ : مَا يُلْقَى فِي الرُّوْعِ بِطَرِيْقِ الْفَيْضِ.
“Al-Ilham itu ialah sesuatu yang dicampakkan ke dalam lubuk hati dengan jalan limpahan Ilahi”. [at-Ta’rifaat, hal. 40]
Berkata setengah ulamak, bahawa taufiq itu lebih / sangat diharapkan daripada Allah swt setelah kita beriman (Mu’min). Bahkan taufiq itu hanya sanya Allah Swt jualah yang berkuasa memberinya, tidak ada yang lain dapat memberinya hatta Rasul-rasul Allah sekalipun.
Sebab itulah tidak berhasil junjungan besar kita Nabi Muhammad saw mengislamkan ‘amminya (pakciknya) Abu Thalib, sehingga Allah berfirman ;
إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” [surah al-Qashash : 56]
Berkenaan dengan Hidayat dan Taufiq ini, elok juga sekiranya saudara dapat menela’ah kitab Tafsir Juz ‘Amma karangan al-‘Allaamah al-Adib Jamaa’in Abdul Murad Sumatera Indonesia (kitab jawi lama) cet. Matba’ah Bin Halabi, Pattani, halaman 192.
والله أعلم.. Demikianlah jawapan ringkas dari saya yang dhoif lagi faqir ini. Semoga ada manfaatnya. Amien..
Pertanyaan 8 :
Assalamualaikum ustaz, saya merupakan saudara baru dalam Islam, saya ada satu kemusykilan, saya ada membaca buku yang mengatakan sembahyang berjamaah akan mendapat pahala 27 darjat. Soalan saya, adakah sama darjat pahala bagi orang yg berjamaah muwafiq dan masbuq? Adakah org yg masbuq pun dapat pahala 27 darjat?. Kawan saya yang anjurkan supaya saya ajukan soalan ni pada ustaz. Harap ustaz jelaskan.
_________________________
Jawapan 8 :
Wa’alaikum salam.. wahai saudaraku, semoga Iman saudara kepada agama Islam makin menebal dan teguh.
Berkenaan pertanyaan saudara, akan saya jawab dengan memulai hadis Rasulullah SAW yang menerangkan kelebihan solat berjamaah..
عَنْ ابْنِ عُمَر : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
“Dari Abdullah bin Umar r.anhuma : Bahawa sanya Rasulullah SAW telah bersabda : Solat berjamaah itu melebihi (pahala) solat sendirian dengan 27 darjat” [Kitab Sohih Bukhari, Juz 1 hal. 119]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
“Dari Abdullah bin Umar r.anhuma : Bahawa sanya Rasulullah SAW telah bersabda : Solat berjamaah itu lebih afdhol (utama) daripada solat sendirian dengan 27 darjat” [Kitab Sohih Muslim, Juz 1 hal. 260]
Hadis-hadis ini adalah sohih dan ramai Imam yang meriwayatkanya. Terdapat juga di dalam Muwata’ Imam Malik, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah, Sunan at-Turmuzi, Sunan an-Nasa’ie dan Musnad Ahmad, dengan lafaz yang berbeza tetapi makna yang sama.
Menurut al-fadhil al-ustaz Haji Engku ‘Ali Engku Endut, dapat diertikan akan ta’rif makmum muwafiq ialah makmum yang sempat membaca faatihah beserta imam di rakaat pertama. Adapun makmum masuq ialah makmum yag tidak sempat membaca faatihah beserta imam di rakaat pertama. [lihat Fiqhus Solat, hal. 504]
Soalan saudara itu, saya kira dapat terjawab dengan kenyataan Imam Nawawi seperti berikut:
وتحصل له فضيلة الجماعة لكن دون فضيلة من أدركها من أولها هذا هو المذهب الصحيح
“..Dan berhasil (makmum masbuq) akan fadhilah berjamaah, tetapi kurang dari fadhilah orang yang mendapatkannya (berjamaah) daripada mulanya. Inilah mazhab yang sohih..” [lihat al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, juz 4, hal. 219]
Terdapat pula dalam Kitab al-Iqna’, karangan Imam Syarbini al-Khatib seperti berikut:
أن من صلى في عشرة آلاف له سبع وعشرون درجة، ومن صلى مع اثنين له ذلك لكن درجات الاول أكمل.
“..bahawa sesiapa yang solat berjamaah seramai 10,000 orang, baginya medapat pahala 27 darjat, dan orang yang solat berjamaah dengan hanya 2 orang sahaja, baginya pahala demikian (27 darjat), akan tetapi 27 darjat yang pertama adalah lebih sempurna.” [Kitab al-Iqna’, Juz 1, hal. 140]
Diharap jawapan ini memada buat menghilangkan kemusykilan saudara.
والله أعلم.. Demikianlah jawapan ringkas dari saya yang dhoif lagi faqir ini. Semoga ada manfaatnya. Amien..
Pertanyaan 9
Saya pernah mendengar kuliah ustaz yang menganjurkan membuat solat hajat jika berlaku kesulitan dengan solat hajat sebanyak 12 rakaat. Saya melihat orang ramai melakukan dengan 2 rakaat sahaja, dan saya belum pernah dengar lagi ada 12 rakaat. Bolehkah ustaz jelaskan sumbernya dan caranya?
______________________
Jawapan 9
Syukran ya akhie atas pertanyaan tersebut. Nabi Saw sangat menganjurkan ummatnya sentiasa meminta pertolongan kepada Allah swt. Solat hajat adalah suatu cara yang baik bagi orang yang berhasrat mencapai hajatnya.
Solat hajat ini dibuat sekurang-kurangnya 2 rakaat, tetapi boleh dikerjakan sebanyak 12 rakaat dengan tiap-tiap 2 rakaat satu salam.
Dalam Kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi rahimahullah taala terdapat riwayat :
عن عبد الله بن أبي أوفى رضي الله عنهما ، قال : قال : رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من كانت له حاجة إلى الله تعالى أو إلى أحد من بني آدم فليتوضا وليحسن الوضوء ، ثم ليصل ركعتين..
“Daripada Abdullah Bin Abi Aufaa Radiyallahuanhuma berkata, Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang mempunyai hajat (keperluan yang diharapkan) kepada Allah Taala atau kepada manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan baik dan sempurna, kemudian solatlah 2 rakaat..”
ثم ليثن على الله عز وجل ، وليصل على النبي صلى الله عليه وسلم ثم ليقل :
“kemudian ucapkanlah kata-kata pujian ke atas Allah Azza wa Jalla dan membaca Selawat ke atas Nabi saw, kemudian ucaplah :
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي
“ Tidak ada Tuhan yang Maha Penyantun (tidak segera menurunkan azab) lagi yang Maha Mulia, Maha Suci Allah yang Memiliki Arasy yang Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Aku memohon kepada-Mu kepastian rahmat-Mu, kepastian maghfirah-Mu, kemenangan dari tiap-tiap kebaikan dan selamat dari dosa. Ya Allah, jangan Engkau biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampuni, tidak ada kesusahan melainkan Engkau buka jalan keluar, dan tiada sesuatu yang diredhai oleh-Mu melainkan Kau luluskan Ya Allah yang Maha Rahman” (Riwayat Ibnu Majah, terdapat juga pada kitab al-Mustadrak ‘ala Sohihain) [Kitab al-Azkar, Imam Nawawi, hal. 184]
Pada Kitab Sunan Ibnu Majah terdapat tambahan berikut :
ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مَا شَاءَ فَإِنَّهُ يُقَدَّرُ.
“kemudian engkau mintalah hajat dalam urusan dunia dan akhiratmu sebagaimana yang dikehendaki. Maka sesungguhnya Allah akan menentukannya!” [Sunan Ibnu Majah, juz 4, hal. 295]
Adapun sumber solat hajat 12 rakaat itu dapatlah dilihat pada kitab Ihya’ Ulumuddin :
الثامنة صلاة الحاجة فمن ضاق عليه الأمر ومسته حاجة في صلاح دينه ودنياه إلى أمر تعذر عليه فليصل هذه الصلاة فقد روي عن وهيب بن الورد أنه قال: إن من الدعاء الذي لا يرد أن يصلي العبد ثنتي عشرة ركعة يقرأ في كل ركعة بأم الكتاب وآية الكرسي وقل هو الله أحد فإذا فرغ خر ساجداً ثم قال " سبحان الذي لبس العز وقال به سبحان الذي تعطف بالمجد وتكرم به سبحان الذي أحصى كل شيء بعلمه سبحان الذي لا ينبغي التسبيح إلا له سبحان ذي المن والفضل سبحان ذي العز والكرم سبحان ذي الطول أسألك بمعاقد العز من عرشك ومنتهى الرحمة من كتابك وباسمك الأعظم وجدك الأعلى وكلماتك التامات العامات التي لا يجاوزهن بر ولا فاجر أن تصلي على محمد وعلى آل محمد " ثم يسال حاجته التي لا معصية فيها فيجاب إن شاء الله عز وجل. قال وهيب: بلغنا أنه كان يقال: لا تعلموها لسفهائكم فيتعاونون بها على معصية الله عز وجل.
"Ke lapan adalah Solat hajat. Maka barang siapa yang disempitkan oleh sesuatu persoalan atau terkena sesuatu keperluan dalam kebaikan agamanya dan dunianya kepada suatu perkara yang sulit bagi melakukannya, hendaklah ia sembahyang akan ini sembahyang. Maka sesungguhnya telah diriwayatkan dari Wuhaib bin al-Wardi bahawasanya beliau bersabda:
Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak lagi, bahawa bersembahyang seorang hamba Allah sebanyak 12 rakaat, di mana ia membaca dalam tiap raka’atnya akan surah al-Faatihah, ayat kursyi dan Surah Qul Huwallahu Ahad, maka apabila ia telah selesai, turunlah ia sujud, kemudian dikatannya : Maha Suci Tuhan yang berpakaian dengan pakaian kemuliaan dan tertentu dengan-Nya. Maha Suci Tuhan yang berkasih sayang dengan kemuliaan-Nya dan bermurah dengan dia. Maha Suci Tuhan yang menghabiskan tiap sesuatu dengan pengetahuan-Nya. Maha Suci Tuhan yang tidak sepatutnya bertasbih melainkan hanya kepada-Nya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kurniaan dan kelebihan. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kehebatan dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada-Mu, dengan daerah-daerah kemuliaan dari Arasy-Mu, dan puncak rahmat dari kitab-Mu, dan dengan nama-Mu yang Agung, dan kekayaan-Mu yang Tinggi, dan kalimat-kalimat-Mu yang sempurna yang merata, yang tidak dapat melampauinya oleh orang yang baik, dan orang yang jahat.
Bahawa engkau limpahkan selawat atas Muhammad dan atas keluarga Muhammad saw. Kemudian engkau pohonkan hajatmu, yang tiada mengandung di dalamnya suatu kedurhakaan. Maka diterima InsyaAllah Azza wa Jalla. Kata Wuhaib, telah sampai kepada kami bahawasanya ada dikatakan : Jangan kamu ajarkan kaifiat ini kepada orang-orang bodoh, supaya jangan mereka ambil pertolongan dengannya atas bermaksiat kepada Allah.” [Kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam Hujjatul Islam Muhammad Abi Hamid a-Ghazali, juz. 1, hal. 273]
والله أعلم.. Demikianlah jawapan ringkas dari saya yang dhoif lagi faqir ini. Semoga ada manfaatnya. Amien..
Pertanyaan 10
Berapa sebenarnya rukun khutbah? Adakah membaca syahadatain termasuk rukun khutbah?
___________
Jawapan 10
Bagi menjawab soalan saudara, suka saya menyatakan sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Matan Safinatun Naja seperti berikut :
(فصل) أركان الخطبتين خمسة: حمد الله فيهما والصلاة على النبي صلى الله علية وسلم فيهما والوصية بالتقوى فيهما وقراءة آية من القرآن في أحداهما والدعاء للمؤمنين والمؤمنات في الأخيرة .
“(ini suatu fasal) rukun-rukun dua khutbah ini ada lima : iaitu [pertama] memuji Allah swt pada dua khutbah, [kedua] selawat atas Nabi saw pada dua khutbah, [ketiga] berpesan dengan taqwa pada dua khutbah, [keempat] membaca ayat daripada al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah, [kelima] berdoa bagi orang mukmin lelaki dan perempuan pada khutbah yang akhir.” [Matnu Safinatun Naja Fi Ilmil Fiqh, Syeikh Salim bin Samir al-Hadhrami, hal. 38]
Terdapat nazam pada menyatakan rukun khutbah demikian sebagaimana berikut :
وقد نظمها بعضهم في قوله:
وخطبة أركانها قد تعلم * * خمس تعد – يا أخي – وتفهم
حمد الاله، والصلاة الثاني * * على نبي جاء بالقرآن
وصية، ثم الدعا للمؤمنين * * وآية من الكتاب المستبين
“ Dan telah menazamkan oleh setengah ulamak akan rukun-rukun khutbah yang lima itu dengan katanya : Dan khutbah, segala rukun-rukunnya telah engkau ketahui lima perkara, wahai saudaraku yang dapat engkau hitung dan memahaminya, memuji Allah yang pertama dan berselawat yang keduanya atas nabi yang membawa al-Quran, ketiganya wasiat, kemudiat keempatnya doa bagi mukmin dan kelimanya membaca ayat dari kitab al-Quran yang nyata.” [Kitab I’anatut Thalibin Juz. 2, hal. 64]
Maka dapat disimpulkan bahawa rukun khutbah itu ada lima, iaitu :
1. memuji Allah swt,
2. selawat atas Nabi saw,
3. berpesan dengan taqwallah,
4. membaca ayat [yang mempunyai makna yang jelas] daripada al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah,
5. berdoa bagi orang-orang mukmin pada khutbah yang akhir.
Kesemua rukun-rukun di atas mestilah dibaca atau diucapkan dalam bahasa Arab. Para ulamak menegaskan seperti berikut :
على الخطيب أن يخطب باللغة العربية وإن لم يفهمها الحاضرون. فإن لم يكن ثمة من يعلم العربية , ومض زمن أمكن خلاله تعلمها, أثموا جميعا, ولا جمعة لهم, بل يصلونها ظهرا.
“Khatib hendaklah membaca rukun-rukun khutbah menggunakan bahasa Arab sekalipun tidak difahami jemaah yang hadir. Sekiranya tidak terdapat orang yang mengetahui bahasa Arab sedangkan telah berlalu masa yang memungkinkan seseorang untuk mempelajarinya, maka semuanya berdosa, dan tidak sah jumaatnya, bahkan mereka hendaklah mendirikan solat Zohor.” [al-Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhabil Imam asy-Syafie, Dr Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji, jil. 1, hal. 207]
Adapun membaca syahadatain, menurut para ulamak hukumnya adalah sunnat sahaja. Dan sah khutbah jumaat tanpa syahadatain.
Mengenai ada sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Abi Hurairah radiyallahu anhu, berkata ia : telah bersabda Rasulullah SAW :
كُلُّ خُطْبَةٍ لَيْسَ فِيهَا تَشَهُّدٌ فَهِيَ كَالْيَدِ الْجَذْمَاءِ
“Tiap-tiap khutbah yang tidak ada padanya Syahadat, maka iaitu seperti tangan yang terkena penyakit kusta” (riwayat Abu Daud) [lihat Sunan Abi Daud, Bab Fil Khutbah, juz. 12, hal. 470]
Maka menurut al-‘allamatul ‘Azizi dalam Sirajul Munir, sebagai berikut..
Maka menurut al-‘allamatul ‘Azizi dalam Sirajul Munir, sebagai berikut..
المراد نفى الكمال لانّ الشهادة ليست من اركان الخطبة
“yang dimaksudkan adalah menafikan sempurnanya (bukan sahnya) kerana Syahadat itu bukanlah ia daripada rukun-rukun khutbah” [lihat as-Sirajul Munir, Syarhil Jami’is Shaghir, Imam Ali al-‘Azizi, hal. 81]
والله أعلم.. Demikianlah jawapan ringkas dari saya yang dhoif lagi faqir ini. Semoga ada manfaatnya. Amien..