Monday, April 21, 2008

Panduan Mengenal Sumber Utama Ilmu Hadis

PANDUAN MENGENAL SUMBER UTAMA ILMU HADITH
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para ahli keluarganya dan sahabatnya serta mereka yang menurutinya dengan kebenaran.

Penulisan ini ditulis khas untuk para pencinta ilmu hadith serta para pelajar ilmu Islam di peringkat permulaan dan pertengahan. Penulisan ini hanya menumpukan aspek sumber rujukan (kitab utama) dalam pengajian ilmu hadith dan tidak akan mengulas bab-bab hadith yang lain. Penulisan ini akan mendedahkan perkara berikut

1.Kitab-kitab utama dalam ilmu hadith.
2.Kitab-kitab utama dalam bidang ‘ulum hadith, maudu’at dll.
3.Kitab-kitab utama dalam ilmu rijal hadith.
Bagaimanapun, penulisan ini tidak akan melengkapi keseluruhan kitab utama, bahkan ia cuma sebagai panduan kepada beberapa kitab yang muktamad dalam bidang hadith dan ilmu-ilmunya.

KITAB-KITAB UTAMA DALAM ILMU HADITH

1. Shohih al-Bukhari
- Ditulis oleh [b]Imam al-Hafiz Muhammad Bin Ismail al-Bukhari, lahir pada 13 Syawal tahun 194 H, wafat pd 256 H.

- Tergerak hati untuk mengumpulkan hadith2 shohih apabila mendengar kalam salah seorang gurunya iaitu Imam Ishak Rahawaih berkata “ Sekiranya kamu mengumpulkan sebuah kitab yang ringkas bagi hadith2 shohih dari Nabi SAW”

- Kitab beliau menduduki tangga teratas selepas al-Quran. Menurut Ibn Hajar al-asqolani dalam muqaddimah [b]Fath al-Bari Shohih Bukhari mempunyai 7398 hadith dengan perulangan. Tanpa perulangan sebanyak 2602 hadith.

- Lebih utama daripada shohih Muslim kerana :

a) Imam Bukhari mensyaratkan setiap perawi yang mengambil dari perawi lain mesti berada dalam satu zaman dan mesti berjumpa sekurang-kurangnya sekali. Manakala Imam Muslim hanya mensyaratkan berada di satu zaman, tanpa syarat berjumpa.

b) Imam Bukhari lebih merupakan seorang yang faqih berbanding Imam Muslim.

c) Imam Bukhari tidak mengambil hadith dari Imam Muslim, manakala Muslim mengambil dari Bukhari.

d) Bukhari mengkaji perihal perawi.

e) Para perawi yang dikritik dalam sanad hadith dalam shohih Bukhari hanya lebih kurang 80 orang sahaja. Manakala Muslim lebih kurang 160 orang. Dalam keadaan Bukhari mengambil Hadith dari guru2nya yang amat dikenalinya, kebanyakan guru2 nya telah dikritik sebagai dhoif, tetapi beilau lebih kenal akan guru2nya daripada para pengkritik.

f) Kurangnya pengkritik ke atas Bukhari dari sudut ‘syaz’ dan ‘illah’ berbanding Muslim. Bukhari sebanyak 78, manakala Muslim sebanyak 130.

- Kitab syarah dan ringkasan Shohih Bukhari terlampau banyak, hinggakan kitab syarahnya sahaja mencecah 82 buah ( Sila lihat Kasyf az-Zunun)

- Syarah Bukhari yang paling popular adalah :
a) I’lam as-Sunan, Imam al-Khattabi ( 386 H)
b) At-Tanqih, Imam Badr al-Deen al-Zarkasyi (794 H)
c) Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-asqolani (852 H)
d) Umdah al-Qari, Badr ad-din al-‘aini (855H)
e) At-Tawsyikh, Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti (911H)
f) Irsyad al-Sari, Ahmad Bin Muhd al-Qastalani (923 H)

- Kitab khusus yang meneliti perawi2 di dalam shohih Bukhari :

a) Asma’ Rijal Shohih al-Bukhari, Ahmad Bin Muhd Al-Kalabazi (398 H)
b) At-Ta’dil wa at-Tajrih liman kharaja ‘anhu al-Bukhari, Al-Hafiz Sulaiman al-Baji (474 H)

2. Shohih Muslim

- Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muslim Bin Hajjaj al-Qusyairy al-Nisaburi lahir 204 H, wafat 261 H. Menduduki tangga kedua selepas Shohih Bukhari atas sebab2 yang dinyatakan di atas.

- Bagaimanapun, Shohih Muslim lebih terkehadapan dari shohih Bukhari dari sudut ilmu penulisan, seperti Muslim tidak banyak perulangan hadith, begitu juga isnad. Ia juga menggabungkan seluruh hadith berkaitan dalam satu bab, juga meletakkan jalan2 (turuq) yang diredhainya. Begitu juga meletakkan isnad dan lafaz yang berbeza, yang mana ia menjadikan lebih mudah bagi pengkaji berbanding Bukhari.

- Hadith di dalamnya sebanyak 7275 dengan perulangan, sebanyak 4000 tanpa ulang.

- Imam Muslim mempunyai kaedah tersendiri yang hebat dalam meringkaskan sanad menurut keadah matematik.

- Kitab syarahnya mencecah 15 buah. Yang terpopular :

i. Al-Mu’lim bi fawaid Muslim, Imam Muhd Ali Al-Mazari al-Maliki (536 H)
ii. Ikmal al-Mu’allim bi fawaid Muslim, Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki (544 H)
iii. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi (676 H)
iv. Talkhis Shohih Muslim wa syarhuh, Ahmad Umar al-Qurtubi (656H) - kitab ikhtisor Muslim
v. Mukhtasor al-Hafiz Zaki ad-Din al-Munziri (656H)
d. Kitab yang meneliti rijal( perawi) dalam shohih Muslim:

i. Rijal Shohih al-Imam Muslim, Ahmad Ali Manjuyah ( 428 H)
ii. Rijal al-Bukhari wa Muslim, Al-Hafiz al-Dar Qutni (385 H)
3. Sunan An-Nasaie

- Imam al-Hafiz Ahmad Bin Syuaib al-Khurasani (215 H-303H).

- Ia menduduki tempat ketiga kerana merupakan sunan yang tersedikit mengandungi hadith Dhoif.( demikian menurut Dr Mustofa as-Siba’ie dalam kitabnya as-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri’ al-Islami). Imam Suyuti pula menyatakan sunan ini adalah terbersih sanadnya dari empat sunan selepas shohihain. (lihat Zahr al-Ruba, 1/3, juga Syurut al-aimmah al-sittah, Al-Maqdisi, ms 12)

- Beliau menjelaskan perihal rawi dari sudut shohih, dan asoh, dhoif dan ad’af.

- Hadith dalam kitabnya terbahagi kpd 3 jenis:

a. Hadith yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.

b. Hadith shohih di atas syarat Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua.

c. Hadith yang terpisah dari illat hadith, difahami oleh ahli ilmu.
- Kitab syarahnya :

a. Zahru al-Ruba ‘ala al-Mujtaba, Imam As-Suyuti (911 H)
b. Ihktisharnya dikarang oleh Imam as-Sandi (1138 H)
4. Sunan Abu Daud

- Oleh Imam al-Hafiz Sulaiman bin As’ath al-Sijistani 202 H- 275 H)

- Beliau mengeluarkan hadith dari kumpulan 500,000 hadith lalu memilih yang terbaik. Sunannya mencecah 4800 hadith.

- Beliau menghadkan sunannya kepada hadith ahkam, lalu merupakan kitab hadith pertama yang bersifat kumpulan hadith ahkam.

- Jika hadith dlm kitabnya terlampau wahan, beliau akan menjelaskannya, (Ibnu Solah menaqalkan kalam Abu Daud sendiri)

- Kitab beliau istimewa kerana menyebut masalah2 furu’. Contohnya dalam Bab al-Adab yang mempunyai 80 bab. Juga mengandungi perincian terhdp sunnah perbuatan, perkataan, taqrir dan sifat Nabi.

- Syarhnya oleh :

a. Imam Al-Khattabi ( 386 H), Ma’alim as-Sunan
b. Qutb ad-Din as-Syafie (752 H)
c. Al-Syeikh Shihabuddin Ar-Ramli al-Syafie (844 H)
d. Syaraf al-Haq Abadi, ‘Aun al-Ma’bud
- Ikhtisornya oleh :

a. Al-Hafiz al-Munziri ( 656 H)
b. Imam Ibn Qayyim (751 H)- beserta syarah.
5. Sunan at-Tirmidzi / al-Jami’ li Imam at-Tirmidzi

- Imam al-Hafiz Abu Isa Muhd Bin Isa at-Tirmidzi ( 209 H - 270 H)

- Sunannya disusun menurut bab feqh dan lainnya, terkandung hadith Shohih, Hasan dan Dhoif. Beserta penjelasan darjah (kekuatan) hadith.

- Ia merupakan kitab yang khusus dalam menyatakan Hadith2 bertaraf Hasan. Ini kerana beliaulah yang pertama mengkelaskan hadith sbg Hasan lalu menjadikan kitabnya sebagai sumber utama untuk tujuan itu.

- Kitab beliau ini tidak sunyi dari kritikan para ulama’ hadith, serta dianggap beliau ‘mutasahil’ dalam men’shohih’ dan meng’hasan’ serta mengambil hadith dari rijal dhu’afak (perawi dhoif) dan ‘Matruk’. Antara yang mengkritik ini adalah al-Imam al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi ( 748 H). Rujuk Mizan al-I’tidal krgn az-Zahabi.
- Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi adalah :

a. Perawi dalam Isnadnya tidak dituduh ‘al-kizb’ ( pembohong).
b. Tidak ‘syaz’
c. Diriwayatkan lebih dari satu jalan. (lihat al-ilal al-Shoghir , Imam at-Timidzi, 5/658)
- Syarhnya oleh:

a. Abu Bakar Ibn al-‘arabi (543 H) ‘aridatul ahwazi.
b. Imam As-Suyuti as-Syafie (911 H)
c. Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)
d. Abd Rahman al-Mubarakpuri al-Hindi ( 1353 H), Tuhfatul ahwazi.
6. Sunan Ibn Majah

- Oleh Imam al-Hafiz Yazid Bin Majah ( 207 H - 263 H),

- Mengandungi lebih kurang 4000 hadith.

- Ulama’ terdahulu hanya menjadikan usul utama hadith dalam 5 kitab yang disebut di atas, lalu ulama’ terkemudian meletakkan kitabnya di nombor 6 krn banyaknya manfaat dlm bidang feqh. Individu yang pertama meletakkannya di tangga ke 6 adalah, al-Hafiz Muhd Bin Tohir al-Maqdisi (507 H).

- Bgmnpun terdpt ikhtilaf dalam meletakkan kitab hadith di tangga ke 6, ada yang memilih Muwatta’ Imam Malik, atau Sunan ad-Darimi. Ini adalah krn Ibn Majah terkenal mengeluarkan hadith dari perawi yang dituduh pembohong dan pencuri hadith.
- Syarahnya oleh:

a. Muhd Musa al-Damiri ( 808 H)
b. Imam as-Suyuti (911 H) , Misbah az-Zujajah ala sunan Ibn Majah.
KITAB GABUNGAN KITAB2 SUNAN, MUSNAD DAN LAIN2.
Dalam bab ini, berikut disertakan nama2 kitab yang menggabungkan hadith2 dari pelbagai kitab, berserta manhajnya secara ringkas:
1) Kitab yang menggabungkan Shohih Bukhari dan Muslim.
a) al-Jam’u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Barqani (425 H)
b) al-Jam’u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abu Mas’ud al-Dimashqi(401 H) al-Jam’u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Humaidi al-andalusi (488 H). Kitab beliau tidak sekadar menggabungkan tetapi dengan membuat penambahan dan penyempurnaan tanpa terikat dgn lafaz dari Bukhari dan Muslim. Menyusun kitab beliau dengan kaedah bab2 berbanding dua kitab sebelumnya yang disusun secara musnad.

c) al-Jam’u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abd Haq al-Azdi (581 H), Iltizam dgn lafaz mrk berdua, Imam Suyuti dalam Tadrib ar-Rawi menyatakan kitab ini amat penting, tetapi masih belum dicetak. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi.

d) Al-Lu’lu’ wa al-Marjan, Muhd Fuad abd Baqi
2) Usaha menggabungkan lebih byk kitab dalam satu kitab khas. Antara yang terutama:

at-Tajrid li al-shihah al-sittah, Al-Hafiz al-Ruzain al-Andalusi (535 H). Beliau menggabungkan kitab Al-Shohihan, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmidzi, Sunan al-Nasaie dan al- Muwatta’ Imam Malik.
Kitab ini disusun dengan bab2 dan tajuk2, ia disusun seperti yang dilakukan oleh al-Humaidi sebelumnya.

Jami’ al-Usul fi ahadith al-Rasul, Al-Hafiz Imam Ibn Athir (606 H). Mengandungi keenam2 kitab dalam al-Ruzain di atas. Bagaimanapun ia merujuk terus ke sumber asal dan bukan kitab al-Ruzain. Ia menyusun menurut tajuk2 tetapi disusun dengan huruf2. seperti huruf ba’ , mengandungi hadith bab al-Bai’, al-Birr, al-Bunyan dan lain2. Kitabnya mengandungi lebih 9523 hadith. Bagi sesiapa yang ingin merujuk kitabnya, adalah terlebih baik utk membaca bab permulaan (Tamhid) yang ditulisnya. Kitab ini telah diringkaskan oleh Az-Zubaydi (944 H) dlm kitab Taysir al-wusul Ila Jami’ al-Usul.

Jami’ al-Masanid wa al-sunan, al-Hadi li Aqwam Sunan, Al-Hafiz Ibn Kathir Al-Syafie (774 H) Beliau menggabungkan kitab sunan yang 6 ( seperti di atas) dan ditambah pula dengan empat buah Musnad yang popular iaitu : Musnad Ahmad, Musnad al-Bazzar, Musnad Abi Ya’la dan Mu’jam al-Tobrani al-Kabir. Beliau menyusunnya dengan huruf Mu’jam. Yang menyebut nama sahabat menurut urutan huruf dan hadith2 yang diriwayatkan oleh sahabat tersebut.

Majma’ az-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, Al-Hafiz Nuruddin Ibn Hajar al-Haithami Al-Syafie ( 807 H) Menggabung sunan yang enam, dengan meletakkan Sunan Ibn Majah di tempat ke 6 Ditambah dengan Musnad Ahmad, Abi Ya’la, Al-Bazzar dan ketiga-tiga Mu’jam at-Tobrani. Kitab ini istimewa kerana Ibn Hajar al-Haithami meletakkan darjah kekuatan Hadith samada Shohih, Hasan dan Dhoif. Tidak diketahui jumlah hadith didalamnya. Kerana tidak dinomborkan.

Jam’ul Fawaid min Jami’ al-Usul wa Majma’ az-Zawaid, al-Allamah Muhd Sulaiman al-Maghribi (1094 H). Menggabung kedua-dua kitab © dan (d). Hadith di dalamnya mencecah 10,121 hadith.

Al-Matolib al-‘Aliah bi Zawaid al-Masanid ath-Thamaniah, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani As-Syafie ( 852 H) Memuatkan tambahan kepada kitab sunan yang enam dan musnad ahmad, dengan 8 buah musnad yang lain secara sepenuhnya iaitu : Musnad Abi Daud at-Tayalisi, Musnad al-Humaidi, Ibn Abi Umar, Musaddad, Ibn Muni’, Ibn Abi Syaibah, Abd Bin Hamid, Ibn Abi Usamah dan menambah Musnad Abi Ya’la. Juga menambah dengan Musnad Ishak Rahawaih secara tidak sepenuhnya. Lebih kurang separuh. Menyusun hadith2 di dalamnya menggunakan bab-bab. Telah ditahqiq oleh Ulama’ Hadith India as-Syeikh Habib ar-Rahman al-a’zomi. Hadithnya hanya mencecah 4702 shj. Malangnya Ibn Hajar tidak menerangkan hukum/darjat hadith.

Ithaf as-Sadah bi zawaid al-Masanid al-‘asyarah, Al-Hafiz Syihabuddin al-Busairi ( 840 H) Kitab ini ditulis pd zaman yang sama dgn kitab Ibn Hajar, Cuma Al-Busaoiri ada mengambil dari Ibn Hajar, Kedua-dua mereka berguru dgn Al-Hafiz al-Iraqi. Kitab beliau banyak menyebut darjat hadith. Kitab ini masih belum dicetak.

Jam’ul Jawami’, Imam Al-Hafiz as-Suyuti (911 H) dinamakan juga al-Jami’ al-Kabir, menggabungkan hampir 80 kitab dari kitab hadith. Mengandungi 2 jenis hadith : Hadith2 Qawliyyah/ perkataan- disusun menurut huruf mu’jam. Hadith2 Af’al / Perbuatan -disusun menurut musnad sahabat. Bgmnpun terdpt dlmnya byk hadith munkar dan maudu’, ini menyebabkan cetakannya dihentikan. Mengandungi lebih kurang 40,000 hadith.

Kanzul ‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al, al-Allamah Al-Muhaddith ‘Alau al-Din al-muttaqi ( 975 H) Menggabungkan al-Jami’ al-Shoghir Imam As-Suyuti. Disusun menurut bab-bab feqh, menurut kaedah Jami’ al-Usul. Mencecah hadithnya sebanyak 46 624 hadith. Bgmnpun banyak perulangan dan bercampur-campur di antara shohih, dhoif, maqbul dan mardud.

Al-Jami’ al-Azhar fi ahadith an-Nabi al-Anwar, al-allamah Abd Raouf al-Mannawi (1031 H) Terdapat dlmnya sebanyak 30,000 hadith. Selepas menyebut hadith, biasanya dikuti dengan keterangan darjah Hadith.

Demikianlah, beberapa kitab utama dan gabungan kitab-kitab yang memuatkan matan-matan hadith serta sanadnya, beserta dengan beberapa kitab syarah.

Selepas mengetahui sumber2 tersebut di atas adalah sgt baik kiranya kita mengetahui kitab2 yang memuatkan hadith Dhoif dan Mawdu’.

Sebagai pengenalan ringkas, hadith Dhoif terbahagi kepada 10 jenis iaitu :

1. Al-Mursal(المرسل)
2. Al-Munqati’(المنقطع)
3. Al-Mu’dhol ( المعضل)
4. Al-Mudallas ( المدلس)
5. Al-Mudhtarib ( المضطرب)
6. Al-Syaz ( الشاذ)
7. Al-Mungkar ( المنكر)
8. Al-Mudraj ( المدرج)
9. Al-Maqlub ( المقلوب)
10. Al-Mu’allal ( المعلل)

Sebenarnya pembahagian dhoif adalah lebih banyak dari 10, sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafiz al-Iraqi (802 H), yang mana ia mencecah 42 pecahan. Bgmnpun penulisan ini tidak akan memfokuskan kpd takrifan pecahan hadith2 dhoif di atas.

Dalam menentukan hadith kelemahan dan kekuatan hadith, ilmu yang mesti dipenuhi adalah ilmu dalam meneliti ‘illat’ atau ‘waham’ atau kesilapan pd matan hadith atau perawi atau sanad. Menurut Ibn Hajar al-‘asqolani ia merupakan ilmu yang sgt sukar ( Syrah nuhbah, Nuzhat an-Nazr, Ibn Hajar). Antara pakar ulama’ hadith dalam bidang mengenal illah pada sanad hadith ini adalah :

a. Syu’bah Bin Al-Hajjaj (160 H). Ibn Rejab menyatakan beliaulah individu terawal yang meluaskan perbincangan mengenai ilm al-jarh wa at-ta’di. Juga membicarakan persoalan bersambung sanad atau terputus.

b. Yahya Bin Said al-Qattan ( 198 H)

c. Imam Ahmad Bin Hanbal, beliau berguru dlm bidang ini antaranya dengan Yahya Bin Said al-Qattan

d. Ali Bin Al-Madini (234 H)- Beliau guru kepada Imam Bukhari.

e. Yahya Bin Ma’in

f. Abd Rahman bin Mahdi ( 198 H)

g. Imam Muhd Bin Ismail Al-Bukhari.

h. Imam Abu Isa at-Tirmidzi.

i. Abu Zur’ah

j. Ad- Dar Qutni (380 H)

Serta ramai lagi, antara kitab utama yang ditulis dalam bidang ini ;

1) al- ‘ilal al-waridah fi al-ahadith an-Nabawiyah, al-Hafiz Ad-Dar Qutni.
2) al-‘ilal, Abd Rahman Abi Hatim al-Razi (327 H)
3) Syarh ‘ilal at-Tirmidzi, Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sumber rujukan :
1) ‘Ulum al-Hadith Muqaddimah Ibn Solah, al-Hafiz Ibn Solah (643 H).
2) Al-Ba’ith al-Hathith Syarh Ikhtisor ‘ulum al-Hadith Ibn Kathir, al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir
3) Alfiyatul Hadith, Al-Hafiz al-‘iraqi.
4) Al-Jami’ al-Azhar fi ahadith an-Nabi al-Anwar, al-allamah Abd Raouf al-Mannawi.
5) Al-Matolib al-‘Aliah bi Zawaid al-Masanid ath-Thamaniah, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani As-Syafie.
6) As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasri’ al-Islami, Dr Mustofa as-Siba’ie.
7) at-Tajrid li al-shihah al-sittah, Al-Hafiz al-Ruzain al-Andalusi.
8) At-Tamhid fi ‘ulum al-Hadith, Dr. Hammam Said.
9) At-Taqyid wa al-Idoh, Al-Hafiz al-Iraqi
10) Fath al-Mughis, Al-Hafiz as-Sakhawi.
11) Fath al-Bari, Ibn Hajar al-‘asqolani
12) Ithaf as-Sadah bi zawaid al-Masanid al-‘asyarah, Al-Hafiz Syihabuddin al-Busairi.
13) Jam’ul Fawaid min Jami’ al-Usul wa Majma’ az-Zawaid, al-Allamah Muhd Sulaiman al-Maghribi.
14) Jam’ul Jawami’, Imam Al-Hafiz Jalal ad- Din as-Suyuti.
15) Jami’ al-Masanid wa al-sunan, al-Hadi li Aqwam Sunan, Al-Hafiz Ibn Kathir Al-Syafie.
16) Jami’ al-Usul fi ahadith al-Rasul, Al-Hafiz Imam Ibn Athir.
17) Kanzul ‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al, al-Allamah Al-Muhaddith ‘Alau al-Din al-muttaqi.
18) Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith, Muhd Bin Abdullah al-Hakim
19) Majma’ az-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, Al-Hafiz Nuruddin Ibn Hajar al-Haithami Al-Syafie.
20) Mausu’ah li al-hadith an-Nabawi, Dr Yusof al-Qaradhawi.
21) Mizan a-I’tidal, al-Hafiz az-Zahabi
22) Syarh Nuhbatul al-Fikr Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani, Imam Ali Al-Qari.
23) Syurut al-Aimmah al-Sittah, al-Hafiz Al-Maqdisi.
24) Tarikh at-Turath al-‘arabi, Fuad Sazkin.
25) Zahru al-Ruba, Imam as-Suyuti.
________
Setelah kita mengetahui kitab yang membicarakan 'ilal hadith, maka adalah terlebih baik untuk kita sedari bahawa ilmu dalam mengkelaskan hadith kepada taraf Dhoif, Hasan atau Shohih sangat berkait rapat dengan ilmu tersukar dalam bidang hadith dan juga yang terpenting iaitu ilmu Rijal atau ilmu mengenal perawi-perawi hadith. Ia juga dikenali sebagai ilmu al-Jarh wa at-ta'dil.

Sebelum mengemukakan kitab2 utama dalam bidang ini, elok bagi pembaca meneliti istilah yang digunakan dalam menghukum seseorang perawi. Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani telah membahagikan martabat perawi kepada 12 martabat, iaitu sebagai berikut :

1) Para Sahabat, istilah sahabat menurut pemakaian ahli hadith adalah "Setiap Muslim yang bertemu Nabi SAW selepas kenabiannya dalam keadaan ia hidup dan ia mati dalam keimanan" ( Nuzhat al-Nazr, Ibn Hajar, ms 114, Takrif ini adalah yang tershohih dibina atas takrif dari Imam al-Bukhari, Imam Ahmad dll, Lihat Al-Isobah 1/11) . Takrif ini merangkumi syarat :

1. Muslim
2. Bertemu dengan Nabi SAW secara hidup.
3. Berlaku pertemuan dgn Nabi setelah Baginda menjadi Nabi.
4. Mati dalam keadaan Islam. Mereka yang murtad tidak dikira.
Syarat ini terpakai kepada lelaki, wanita, kanak2 dan orang tua. Mereka berada di tahap yang tertinggi dalam martabat perawi, Ijma' ulama' mengakui akan adil mereka. [b]Al-Khatib al-Baghdadi menyatakan : "Adilnya para sahabat thabit serta diketahui dengan ta'dil dari Allah dan khabaran Allah tentang ke'adil'an mereka sebgmn firman Allah dlm surah Al-Imran ayat 110, Surah al-Baqarah, ayat 143, Surah al-Fath ayat 18, Surah At-Tawbah ayat 100, Surah al-Anfal ayat 64." Semua ini membawa hukum qa'tie tentang adilnya mereka."

Antara kitab yang termasyhur menyebut tentang para sahabat adalah :

1. al-Isti'ab fi ma'rifat al-ashab, al-Hafiz Ibn Abd Barr al-Qurtubi (463 H). Ia disusun menurut huruf mu'jam.
2. Usdu al-Ghabat fi Makrifat al-Sahobat, Imam Ibn Athir (630 H), Mengumpulkan 7554 biografi sahabat. Disusun menurut huruf mu'jam. Bgmn disebutkan bahawa ada yang terdpt di dalam kitabnya bukan dari kalangan sahabat.
3. Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahobah, Al-Hafiz al-Imam Ibn Hajar al-'asqolani (852 H). Disusun menurut huruf mu'jam. Jumlah sahabat di dalam kitabnya mencecah 12,304 orang beserta biografi. Bgmnpun juga terdpt yang bukan sahabat.
Jumlah Sahabat:
1. Imam as-Syafie menyebut jumlah muslimin ketika kewafatan Nabi seramai 60,000 orang. ( Lihat Ikhtisor 'Ulum al-Hadith)
2. Abu Zur'ah al-Razi menyebut : "Jumlah yang berada di Haji Wida' adalah seramai 40,000 orang, dan yang bersama Nabi semasa perang Tabuk seramai 70,000" ( Ikhtisor 'Ulum al-Hadith Ibn Kathir, (dgn syarah al-Baith al-Hathith- Syeikh Ahmad Syakir) ms 175, cet Dar al-Muayyid.) Apapun, jumlah sahabat yang meriwayat hadith adalah terhad, Menurut al-Hafiz al-Hakim (sohib al-Mustadrak) iaitu sekitar 4000 orang shj, bgmnpun al-Hafiz az-Zahabi menyatakan hanya lebih kurang 1500 orang dan tidak lebih dari 2000 orang.(Fath al-Mughis, al-Hafiz al-Iraqi, 3/124, cet 'alam al-Kutub)

Perbincangan berkenaan jumlah ini dipendekkan dengan pandang yang dianggap paling tepat iaitu:

Senarai perawi dr kalangan sahabat yang disusun oleh al-Imam Ibn Jauzi hanya mencecah 1858 orang. Bgmnpun di antara mereka ada yg tidak sah sbg perawi. Di dalam Musnad Ahmad hanya terdpt lebih kurang 1565 orang rawi shj dari kalangan sahabat.

Justeru yang paling hampir dgn kebenaran adalah yang disebut oleh al-Hafiz az-Zahabi, demikian menurut Prof. Dr Akram Dhia al-Umari dlm tahqiq kitab Baqi Muhlid al-Qurtubi, ms 151.

Sahabat yang terbanyak meriwayat hadith seperti berikut (Lihat al-Baith al-Hatith ms 85):

1. Abu Hurairah ra : 5374 hadith.
2. Abdullah Bin Umar (Ibn Umar ra) : 2630 hadith.
3. Anas Bin Malik ra :2286 hadith.
4. A'isyah Umm al-Mukminin ra : 2210 hadith.
5. Abdullah Ibn 'Abbas (Ibn 'Abbas) ra : 1660 hadith.
6. Jabir Bin Abdullah ra : 1540 hadith.
7. Abu Sa'id al-Khudri ra : 1170 hadith.

2) Pujian dengan menggunakan ayat penguat seperti : awthaqu an-Naas, atau dengan perulangan secara lafaz spt : 'Thiqah Thiqah' , atau perulangan secara ma'na spt : 'thiqah hafidz'

3) Kata pujian dengan sesuatu sifat tanpa perulangan spt : Thiqah, Mutqin, Thabat atau 'Adil.

4) Disebut dengan kata spt : suduq, La baksa bih, Laisa bihi baksun ( MARTABAT INI KURANG SEDIKIT DARI TIGA MARTABAT DI ATAS).

5) Disebut dengan kata spt : Suduq saiyi al-Hifdz, Suduq yuhim atau lahu awham, atau taghayyar biakharatin (biaahiratin) atau suduq yukhtik, begitu juga sesiap yang dituduh dengan apa jua bid'ah spt Syiah, Qadariyah, Jahmiyyah dll.

6) Iaitu sesiapa yang tidak meriwayat hadith kecuali sedikit, seta tidak thabit pd riwayatnya, maka disebut dgn : Maqbul atau layyin al-hadith.

7) Diriwayat darinya lebih dari seorang tetapi ia tidak dipercayai atau tidak disebut apa2 tentangnya dari perawi yang mengambil darinya, maka tidak diketahui hal sebenarnya. Ia disebut dgn lafadz : Mastur, Majhul al-Hal.

8) Mrk yang tidak mendapat kepercayaan dari ahli hadith serta terdpt yang mengatakannya sbg dhoif wp tidak diperincikan. Mrk ini disebut dgn lafadz 'Dhoif.

9) Sesiapa yang hanya diriwayatkan darinya oleh seorg shj serta tidak dipercayai. Maka disebut Majhul.

10) Sesiapa yang langsung tidak dipercayai, di dhoif kan dgn penjelasan. Mrk disebut Matruk, Matruk al-Hadith, Wahi al-Hadith atau saqit.

11) Mrk yang ditohmah dgn pembohongan. Iaitu al-kizb.

12) Mrk yang digelar pembohong (al-kizb) atau pereka hadith (al-wad')

Begitulah 12 maratib perawi hadith menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani dalam kitabnya Taqrib al-Tahzib iaitu di bhg muqaddimah.

Menurut Al-'Allamah al-Muhaddith al-Syeikh Ahmad Muhd Syakir, kumpulan 1-3 adalah shohih di peringkat tertinggi (bidzatihi), martabat di nombor 4 adalah shohih peringkat kedua (hasan lidzatihi).

Bgmnpun setelah ditahqiqkan pandangan tersebut maka secara ringkasnya. Martabat 1-6 berada di peringkat ta'dil. Manakala bermula dari 7 ia adalah peringkat 'jarh'( Dr. Walid Hasan al-'Aani, Manhaj ad-Dirasat al-Asanid wa al-Hukm 'alaiha, cet Dar an-Nafais, ms 37).

Manakala seseorang perawi tidak akan di 'ta'dil' kan kecuali memunyai 2 perkara :

1. Beragama daan amanah, iaitu seorg Muslim, baligh, beraqal, serta terpelihara dari sebab2 fasiq dan mencalar maruah.

2. Dhobid daan itqan, iaitu meriwayat hadith sbgmn yang didengarinya : dhobid terbahagai 2 iaitu dhobid sodr (hafalan) atau dhobid kitab (dgn tulisan). ( Dr Hammam Said, Tamhid fi 'ulum al-hadith, ms 152)

Bagi men'jarh' seseorang rawi maka disyaratkan setelah menyatakan ia sbg matruk contohnya, DISYARATKAN DISUSULI PENJELASAN SEPERTI SELALU LUPA dll.

Kitab-kitab utama yang mengandungi maklumat jarh dan ta'dil para perawi hadith adalah seperti berikut :

1. al-Jarh wa at-ta'dil, al-Imam Abi Hatim al-Razi (w 327 H)
2. al-Kamil, Al-Hafiz Ibn 'Adi (w ….)
3. Tahzib al-Kamal fi asma' ar-Rijal, al-Imam al-Mizzi (w 742 H)

Sebuah kitab khusus pada perawi2 kitab yang enam.
1. Tarikh Baghdad, al-Hafiz Ahmad Bin Ali al-Khatib.
2. Mizan al-I'tidal, Al-Imam Al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi (w 748 H). Menggabungkan pendpt2 imam sebelumnya serta ditambah dgn pandangannya secara peribadi terhdp seseorg perawi.
3. At-Takmil fi ma'rifat at-Thiqat wa dhu'afa' wa al-Majahil, Al-Hafiz Ibn Kathir (w 774 H)
4. Gabungan antara Mizan al-I'tidal dan Tahzib al-Kamal. Beliau menyertakan juga tambahan2 penting.
5. Tahzib al-Tahzib, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani (852 H). Beliau meringkaskan Tahzib al-Kamal serta membuat penambahan dan komentar yang penting.
6. Taqrib at-Tahzib, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani (852 H), ringkasan kitab beilau sendiri.
7. Lisan al-Mizan fi naqd al-rijal, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani (852 H), tambahan terhdp apa yang dinayatakan dlm kitab Mizan al-I'tidal. Dan ratusan lagi kitab yang mengandungi maklumt jarh dan ta'dil, bgmnpun demkianlah antara kitab yang utama bagi rujukan para pembaca.

Dengan bantuan kitab2 ini, maka insyaAllah kita akan dapat mengetahui status hukum sesuatu hadith. Iaitu melalui penelitian terhadap para perawi.

Manakala bagi mereka yang agak kurang mempunyai masa untuk membuat penelitian tersbeut, bolehlah merujuk kitab2 berikut bagi mengetahui hadith2 mawdu' dan dhoif. Antara kitab yang menyebut hadith mawdu' (hadith palsu serta rekaan) yang utama adalah :-

1. Al-Mawdu'at, Al-Imam al-Hafiz Jamal ad-Din Ibn al-Jawzi (597 H). Menggabungkan hadith2 mawdu' yang diambil dari kitab al-Kamil, Ibn 'adi, ad-Dhua'afak oleh Ibn Hibban, al-'Uqaiyli, abu al-Fath al-azdi, juga apa yg terdpt di dalam tafsir Ibn Mardawaih, ketiga 2 Mu'jam at-Tobrani, Ad-Darul Qutni, juga dari karangan Khatib al-Baghdadi, Ibn Nu'aim, Ibn Shahin, Tarikh al-Hakim. Berkata Al-Hafiz al-Sakhawi: "Masih tertinggal byk hadith mawdu' jugaa beliau merupakan orang yang mutasahil (beringan2) dalam menghukum hadith dalam kitab ini. Beliau juga telah membawa hadith2 shohih serta dhoif ke tahap mawdu'".

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani : " Tasahul (sifat meringan2 dlm meletak hukum) ia juga tasahulnya al-Hakim menyebabkan ,menghilangkan manfaat dr kitab mereka berdua"( Muqaddimah al-Maqasid al-Hasanah, Al-Hafiz as-Sakhawi, oleh pentahqiq kitab).

Sehinggakan menurut ahli Hadith, Ibn Jawzi telah meletakkan hadith2 yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab Mawdu'aat oleh beliau.

2. Al-Lalik al-Masnu'ah fi al-ahadith al-Mawdu'ah, Al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti (911 H). Mengandungi banyak kandungan kitab al-Mawdu'at Ibn al-Jawzi serta tambahan2, juga membawakan kandungan dr Tarikh Ibn 'asakir, Ibn al-Najjar, Musnad Firdaus, al-Dailami, dll. Ia telah berperanan juga sebg pentahqiq tasahul Ibn Jawzi.

3. Tanzih as-Syari'ah al-Marfu'ah 'an al-akhbar as-Syani'ah al-Mawdu'ah, Al-Allamah al-Muhaddith Muhd Bin 'Iraq al-Kanani al-Syafie (963 H). Dianggap sbg kitab yang terlengkap, menggabungkan Ibn Jawzi dan al-Suyuti serta disusun menurut tertib keduanya. Ia juga dianggap sbg khulasah terhdp semua kitab mawdu'at, berserta tahqiq ilmi dan kajian yang lengkap. Dita'liq oleh Al-allamah al-Muhaddith Abdullah bin Muhd al-Ghumari bersama beberapa rakan2nya.

4. Al-Fawaid al-Majmu'ah, Abu Abdullah Muhd al-Syami al-Solihi (942 H).

5. Al-Habbat al-sunniat fi al-ahadith al-mawdu'at, al-Muhaddith Ali bin Sultan al-Qari (1014 H).

6. Al-Fawaid al-Majmu'ah, Al-Imam al-Qadhi Muhd bin Ali as-Syawkani (1250 H). Bgmnpun terdpt dalamnya hadith2 shohih dan hasan. Beliau dianggap mutasyaddidin dalam hal mawdu'aat. Demikian dimaklumkan oleh Abd al-Hayy al-Laknowiyy.

7. Al-athar al-Marfu'ah fi al-ahadith al-Mawdu'ah, Abu al-Hasanat Abd al-Hayy al-Laknowiyy al-Hindi (1304 H).

8. Dhoif al-Jami' al-Shogir wa ziadatihi (al-Fath al-Kabir), dan juga Silsilah al-ahadith ad-dhoifah, Al-Allamah al-Muhaddith Muhd Nasiruddin al-Albani. Cetakan al-maktab al-Islami. Mengumpulkan lebih 30 kitab dari pelbagai ulama' mutaqaddimin dan mutakhirin. Bgmnpun kitab ini dan kitab2 tulisan al-Albani mendapat kritikan hebat dari Al-Syeikh Hasan Saqqaf.

Sebenarnya terdpt byk lagi kitab2 yang ditulis dlm mendedahkan perihal kedhoifan dan mawdu' hadith, bgmnpun cukuplah sekdr menyebut yang lebih kerap menjadi rujukan ilmiah, iaitu sbgmn yang termaktub di atas.

Adalah baik juga kiranya disebutnya beberapa buah kitab yang mashyur tetapi sebenarnya mengandungi banyak hadith2 mawdu' dari sumber israiliyyat. Ianya seperti berikut :

1. Kitab2 karangan al-Waqidi, spt Futuh as-Syam serta lainnya.
2. Tanwir al-Miqbas, Tafsir Ibn Abbas, diriwayatkan dari sumber yang tidak dipercayai dan pembohong iaitu al-Kalabi dan As-Suddi dan al-Muqatil. Demikian menurut Al-Imam as-Suyuti.
3. Qisosul al-Anbiak, al-Tha'labi. 4. Nuzhat al-Majalis, al-Sofuri 5. Ar-Rawd al-Faiq fi al-Mawaidz wa al-Raqaiq, Al-Harrifisyh. Sbgmn dimaklumkan oleh al-Bairuti. Dan lain2.

Sebagai akhirnya, disebutkan di sini beberapa kitab2 utama dalam 'ulum al-Hadith.

1. 'Ulum al-Hadith Muqaddimah Ibn Solah, al-Hafiz Ibn Solah (643 H).
2. Al-Ba'ith al-Hathith Syarh Ikhtisor 'ulum al-Hadith Ibn Kathir, al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir
3. Alfiyatul Hadith, Al-Hafiz al-'iraqi (860 H).
4. Al-Iqtirah, Al-Hafiz Ibn Daqiq al-'aid.
5. Al-Muqni', Ibn Mulaqqin.
6. Al-Nukat 'ala kitab Ibn Solah, Al-Hafiz Ibn Hajar (852 H)
7. Al-Tabshiroh wa al-Tazkirah, al-Hafiz al-Iraqi (860 H)
8. An-Nasikh wa al-Mansukh fi al-ahadith, Ibn Shahin (385 H).
9. An-Nihayah fi gharib al-Hadith wa al-athar, Al-Hafiz Ibn al-Athir (606 H).
10. As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasri' al-Islami, Dr Mustofa as-Siba'ie.
11. At-Tamhid fi 'ulum al-Hadith, Dr. Hammam Said.
12. At-Taqyid wa al-Idoh, Al-Hafiz al-Iraqi (860 H)
13. Fath al-Bari Syarh Shohih al-Bukhari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani.
14. Fath al-Mughis, Al-Hafiz as-Sakhawi (902 H).
15. Ikhtilaf al-Hadith, Al-Imam As-Syafie (204 H).
16. Ma'rifah 'Ulum al-Hadith, Muhd Bin Abdullah al-Hakim
17. Ma'rifat al-Sunan wa al-Athar, al-Imam al-Baihaqi al-Syafie (458 H)
18. Musykil al-Hadith wa bayanuh, Ibn Furak (406 H)
19. Nasbu al-Rayah, Al-Hafiz al-Zaila'ie (762 H)
20. Qawaid al-Tahdith min funun Mustolah al-Hadith, Al-Allamah Jamaluddin al-Qosimi (1332 H)
21. Syarh ma'ani al-Athar, al-Imam at-Tohawi al-Hanafi (321 H)
22. Syarh Nuhbatul al-Fikr Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani, Imam Ali Al-Qari (1014 H).
23. Syurut al-Aimmah al-Sittah, al-Hafiz Al-Maqdisi.
24. Tadrib al-Rawi, Al-Imam As-Suyuti (911 H).
25. Talkhis al-Khabir, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqolani (852 H).
26. Tarikh at-Turath al-'arabi, Fuad Sazkin. 27. Tawjih al-Nazr Ila Usul al-Athar, Al-Jazairi ( 1332 H) 28. Zad al-Ma'ad, Al-Imam Ibn Al-Qayyim al-Hanbali (751 H).

Alhamudillah, begitulah serba sedikit maklumat yang dapat didedahkan melalui penulisan ini, semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada peminta ilmu2 hadith serta para penuntut ilmu, terutamanya di peringkat permulaan dan pertengahan. Penulisan ini sudah tentunya tidak melengkapi sebahagian besar keperluan para pencinta ilmu hadith tetapi cukuplah bagi membuka ruang pertama dalam mengharungi ilmu Hadith yang cukup luas.

Sekiranya ianya bertepatan dengan kebenaran maka datangnya dari Allah dan kiranya tersilap ianya dari kelemahan diri dan gangguan Syaitan.

Wallahu a'lam bis sowab..