
Saturday, June 30, 2007
Tuesday, June 26, 2007
Mengenali Tokoh Ulama Banjar
Semasa ibunya hamil, kedua ibu bapanya sering berdoa agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Setelah lahir, ibu bapanya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat anak sulung yang dinanti‑nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan Asmaul‑husna, di samping berdoa kepada Allah. Setelah itu diberi pendidikan Al‑Quran kepadanya. Kemudian barulah menyusul kelahiran adik-adiknya iaitu 'Abidin, Zainal Abidin, Nurmein, dan Nurul Amien.
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Semasa Kecil
Sejak kecil, Syeikh Muhammad Arsyad al‑Banjari kelihatan cergas dan cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni lukis dan seni tulis, sehingga sesiapa sahaja yang melihat karyanya akan berasa kagum dan terpukau.
Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan ke kampung‑kampung. Apabila baginda sultan sampai ke kampung Lok Gabang, baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. Justeru, sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala itu baru berusia 7 tahun.
Syeikh Muhammad Arsyad al‑Banjari mendapat pendidikan penuh di istana sehingga usianya mencapai 30 tahun. Kemudian, beliau dikahwinkan dengan seorang perempuan yang solehah bernama Tuan Bajut. Hasil perkahwinan, beliau memperoleh seorang puteri yang diberi nama Syarifah.
Syeikh Muhammad Arsyad telah meneruskan pengembaraan ilmunya di Makkah dan Madinah. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh Sultan Tamjidillah (1745‑1778M) dan pengganti baginda Sultan Tahmidillah (1778‑1808M). Selama belajar di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad tinggal di sebuah rumah yang dibeli oleh Sultan Banjar yang terletak di kampung Samiyyah iaitu dikenali sebagai Barhat Banjar.
Syeikh Muhammad Arsyad AI‑Banjari Semasa Di Makkah Dan Madinah
Semasa di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad belajar dengan tekun di Masjidil Haram dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau berguru dengan ulama'‑ulama' terkenal pada masa itu seperti Syeikh Ataillah Bin Ahmad al‑Misriy, Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al‑Kurdiy, Syeikh Muhammad Bin Abd Karim al‑Qadiri, Syeikh Ahmad Bin Abd Mun'im al‑Damanhuri, Syeikh Hasan Bin Ahmad 'Akisy al‑Yamani, Sheikh Salim Bin Abdullah alBasri, dan banyak lagi.
Sahabat‑sahabat Syeikh Muhammad Arsyad merupakan golongan pencinta kepada ilmu pengetahuan sehingga setiap perternuan yang merupakan majlis ilmu, mereka saling bermuzakarah bersama‑sama. Antara sahabat beliau ialah: Syeikh Abdul Samad al‑Falimbani, Syeikh Abdul Rahman Mesri, Syeikh Daud bin Abdullah al‑Fatani, Syeikh Abdul Wahab Sadengreng (Bugis), dan Syeikh Muhammad Salih bin Umar al‑Samarani atau 'Semarang'.
Untuk menambah ilmu, Syeikh Muhammad Arsyad bersama sahabatnya ingin merantau pula ke Mesir. Namun, setelah bersiap untuk berangkat, mereka mendapat khabar bahawa ulama' besar Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al-Kurdie datang ke Madinah. Lantas beliau bersama sahabat pergi ke Madinah untuk berguru dengan syeikh tersebut.
Pulang Ke Tanah Air
Setelah berada selama 30 tahun di Makkah dan lima tahun di Madinah, Syeikh Muhammad Arsyad al‑Banjari pulang ke tanah air untuk menyebarkan Islam. Setibanya beliau ke kampung halaman, beliau membuka pusat‑pusat pengajian untuk memudahkan masyarakat Islam menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, Syeikh Muhammad Arsyad turut membiasakan diri bersama orang kampong berkebun, bersawah, dan bertani.
Di samping aktif mengajar dan mendidik masyarakat Islam yang datang dari pelbagai pelosok daerah, beliau turut turun berdakwah ke segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada rakyat biasa hinggalah kepada golongan pembesar dan bangsawan.
Dalam menyampaikan dakwah, Syeikh Muhammad Arsyad menggunakan pelbagai kaedah pendekatan iaitu Dakwah bil Hal (dakwah yang menggunakan pendekatan contoh dan akhlak yang dipamerkan oleh beliau), Dakwah bil Lisan (dakwah dengan menggunakan pendekatan lidah iaitu mengajak dan menyeru) dan Dakwah bil Kitabah (dakwah dengan menggunakan pendekatan penulisan buku dan risalah).
Karya‑karya Syeikh Muhammad Arsyad AI‑Banjari
Kitab Usuluddin ‑ Ditulis pada 1188H (1774 M), ditulis dalam bahasa Melayu, yang memuatkan masalah tauhid dan keimanan. Risalah ini belum pernah dicetak.
Luqthatul 'AjIan fi Bayan Haid wa istihadhati wa nifas al‑Niswan ‑ Iaitu kitab yang mengupas mengenai masalah haid, istihadhah, dan nifas. Isi kitab ini terdiri daripada muqaddimah, 15 fasal, dan penutup. Dicetak pada tahun 1992 di Indonesia. Dalam kitab ini dinyatakan bahawa wajib hukumnya bagi perempuan belajar masalah haid, istihadhah, dan nifas. Jika suami orang berilmu, dia wajib mengajar isterinya; jika sebaliknya, dia wajib memberi keizinan kepada isterinya untuk belajar mengenainya.
Kitab Tuhfat al‑Raghibin ‑ Ditulis pada 1188H (1774M). Pernah diterbitkan di Mesir pada 1353H. Kitab ini membincangkan masalah tauhid iaitu penjelasan tentang hakikat iman, perkara-perkara yang boleh merosakkan iman, tanda seseorang menjadi murtad, dan sebagainya. Kitab ini terdiri daripada muqaddimah, tiga fasal, dan penutup. (Khilaf)
Kitab al‑Qawl al‑Mukhtasar fi 'Alamat alMahdi al‑Muntazar ‑ Kitab ini mula dikarang pada tahun 1196H. Mengandungi perbahasan tentang tanda‑tanda kiamat seperti Imam Mahdi, Dajjal, turunnya Nabi Isa, terbit matahari sebelah barat. Ditulis dalarn tulisan jawi dan pernah dicetak di Singapura tahun 1356H (1937M).
Kitab Ilmu Falak ‑ Kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Penulisannya mernuatkan kaedah bila terjadinya gerhana matahari dan bulan. Walau bagaimanapun kitab ini belum sempat dicetak.
Kitab al‑Nikah ‑ Kitab ini menerangkan tentang pengertian wali dan kaedah melaksanakan akad nikah berdasarkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Kitab ini pernah diterbitkan di Istanbul pada 1304H.
Kitab Kanzul Ma'rifah ‑ Kitab ini berkaitan dengan ilmu tasawuf serta penjelasan mengenai hakikat mengenal diri untuk mencapai makrifat kepada Allah. Isi kandungannya ditulis dalam bahasa Melayu dan belum dicetak.
Kitab Sabil al‑Muhtadin ‑ Inilah kitab beliau yang paling masyhur. Kemasyhuran kitab ini akhirnya menjadi khazanah di beberapa perpustakaan besar iaitu di Makkah, Mesir, Turki, dan Beirut. Kitab ini amat popular di Nusantara yang merangkumi Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, dan Brunei.
Karya Syeikh Muhammad Arsyad al‑Banjari yang paling terkenal ini merupakan kitab fiqh Melayu yang tersebar luas di seluruh alam Melayu. Terdapat di dalam dua jilid, jilid pertama mempunyai 252 halaman dan jilid kedua 272 halaman. Perbincangan dalam kitab ini meliputi persoalan ibadah yang menyentuh thaharah, solat, puasa, zakat, haji, akikah, korban, makanan yang halal dan haram serta sembelihan.
Kitab ini ditulis atas permintaan Sultan Tahmidillah Bin Sultan Tamjidillah. Penulisannya mengambil masa selama dua tahun iaitu dimulai pada 1193H/1779M dan selesai pada 27 Rabiul Akhir 1195H. Kitab ini pertama kali dicetak di Istanbul pada tahun 1300H/1882M kemudian diulang cetak di Kaherah dan Makkah.
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Meninggal Dunia
Beliau meninggal dunia pada malam Selasa iaitu di antara waktu Maghrib dan Isyak, pada 6 Syawal 1227 Hijrah bersamaan 13 Oktober 1812 Masihi. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat Islam di Nusantara.
Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, beberapa tempat di Indonesia telah mengabadikan nama dan karya beliau. Antaranya ialah Universitas Islam Kalimantan Muhammad Arsyad al‑Banjari dan Masjid Raya Sabilal Muhtadin.
(Sumber: Dewan Agama, Mei 2005, ms46-47)
Memahami Tarbiyyah (17)
Al-Qur'an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah Saw yang harus selalu dirujuk oleh setiap muslim dalam segala aspek kehidupan. Satu dari sekian aspek kehidupan yang amat penting adalah pembentukan dan pengembangan pribadi muslim. Pribadi muslim yang dikehendaki oleh Al-Qur'an dan sunnah adalah pribadi yang shaleh, pribadi yang sikap, ucapan dan tindakannya terwarnai oleh nilai-nilai yang datang dari Allah Swt.
Persepsi masyarakat tentang pribadi muslim memang berbeda-beda, bahkan banyak yang pemahamannya sempit sehingga seolah-olah pribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah, padahal itu hanyalah salah satu aspek yang harus lekat pada pribadi seorang muslim. Oleh karena itu standar pribadi muslim yang berdasarkan Al-Qur'an dan sunnah merupakan sesuatu yang harus dirumuskan, sehingga menjadi acuan bagi pembentukan pribadi muslim.
Bila disederhanakan, sekurang-kurangnya ada sepuluh profil atau ciri khas yang harus lekat pada pribadi muslim.
1. Salimul Aqidah
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya:
Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da'wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.
2. Shahihul Ibadah.
Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: 'shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.' Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.
3. Matinul Khuluq.
Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat.
Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw ditutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an, Allah berfirman yang artinya:
4. Qowiyyul Jismi.
Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya.
Oleh karena itu, kesehatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Karena kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah Saw bersabda yang artinya: 'Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah' (HR. Muslim).
5. Mutsaqqoful Fikri
Intelek dalam berpikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur'an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya:
Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktivitas berpikir.
Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu.
Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya:
sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" (QS 39:9).
6. Mujahadatul Linafsihi.
Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatul linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu.
Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).
7. Harishun Ala Waqtihi.
Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.
Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan: 'Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.' Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi.
Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk menjaga waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka di antara yang disinggung oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.
8. Munazhzhamun fi Syuunihi.
Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur'an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya.
Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya ilmu pengetahuan merupakan di antara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.
9. Qodirun Alal Kasbi.
Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan kendiri (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kekendirian dari segi ekonomi.
Kerana itu pribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umrah, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur'an maupun hadits dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi.
Dalam kaitan menciptakan kekendirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah Swt, kerana rezeki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.
10. Nafi'un Lighoirihi.
Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tidak mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksima mungkin untuk bisa bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya.
Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir).
Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan hadits, sesuatu yang perlu kita serasikan pada diri kita masing-masing.
Monday, June 18, 2007
Satu lagi budaya mungkar..
Antara produk Islam Hadhari sejak sekian lama ia dilancarkan sebagai satu konsep dan prinsip hidup masyarakat Negara ini ialah lahirnya pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti Syarifah Amani Syed Zainal Rashid .
Sebelum ini beliau telah banyak kali membuat penampilan yang kontraversi termasuklah kenyataannya yang dianggap menghina bahasa dan bangsa sendiri . ("I sound stupid if I speak Malay" )
Juga beliau tergamak untuk tampil melakukan aksi yang pastinya menjolok mata seperti apa yang lakukannya dalam filem Gubra .
Kali ini , beliau sekali lagi menggemparkan Negara dengan kesanggupan membotakkan kepala untuk tampil dalam filem terbaru lakonannya yang berjudul Muallaf .
Nasib beliau sangat baik di bawah kepimpinan Pak Lah yang berkonsepkan Islam Hadhari berbanding ustaz dan penceramah agama di masjid dan surau yang sering dihimpit kerisauan . Bukan sahaja penceramah agama ini akan di gam kerana tiada tauliah tetapi tidak kurang juga yang ditangkap dan didenda .
Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa kesal terhadap fenomena ini . Inikah bentuk tamaddun yang mahu dilahirkan oleh Islam Hadhari ? Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt .
Satu rasa simpati diberikan kepada mereka seperti Syarifah Amani yang rosak mindanya akibat terperangkap dalam system yang tidak mendidiknya menjadi wanita muslimah yang solehah .
UMNO dan BN bertanggungjawab dalam hal yang seperti ini. Keengganan mereka melaksanakan syariat dan system hidup berlandaskan keluhuran agama dan ketulusan akhlak akhirnya melahirkan individu seperti Syarifah Amani dan lainnya.
Program reality tv seperti Akademi Fantasia juga dilihat satu aktiviti dalam system yang terpisah jauh dari wahyu Ilahi ini dan akhirnya melahirkan individu yang sangat janggal dan ganjil di mata Islam .
Akademi fantasia melahirkan penyanyi wanita yang bertudung dengan aksi rock dan tarian yang meliuk lintuk di hadapan khalayak . Tanpa malu dan tanpa segan sebaliknya bangga tanpa pula rasa bersalah terhadap agama.
Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan bagaimanakah UMNO dan BN mahu melahirkan masyarakat yang menepati rukun atau prinsip pertama Islam Hadhari iaitu manusia beriman dan bertaqwa ?
Apakah aktiviti seperti ini dianggap mampu melahirkan insan beriman dan bertaqwa menurut acuan Islam Hadhari ? Hari ini lahir pula Anugerah Ikon Malaysia sebagai satu lagi aktiviti atau produk Islam Hadhari selain dari program Gang Starz yang kian rancak di kaca tv.
Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita .
1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :
نهى النبي أن تحلق المرأة رأسها .
2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :
برئ رسول الله من الصالقة و الحالقة
Ulasan :
Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.
3. Dari Ibnu Abbas Rhma :
قال رسول الله ليس على النساء حلق و إنما على النساء التقصير
Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang .
Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini .
أما قصر الشعر و تقصيره من أجل الزينة و التجمل فهو جائز إذا كان بإذن زوج بشرط ألاّ يصل إلى حد تشبه بالرجال
"Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki . "
Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :
و ألاّ يكون ذلك بأيدي رجال الأجانب
Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .
Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?
Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .
Kerajaan Mesti Peka
Kerajaan digesa agar lebih peka dalam soal yang berkait dengan agama dan hukum . Garis panduan berasaskan syara' mesti dikeluarkan untuk industri perfileman Negara begitu juga untuk industri hiburan agar ianya tidak menyeleweng dari syariat dan merosakkan akhlak serta minda masyarakat.
Renungan bersama..
Penyakit bicara adalah bohong,
Ketika berwasiat kepada ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Wahai ‘Ali, orang yang riya’ itu punya tiga ciri, yaitu : rajin beribadah ketika dilihat orang, malas ketika sendirian dan ingin mendapat pujian dalam segala perkara. "
Wahai ‘Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdo’alah, " Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya, dan janganlah kata-katanya mengakibatkan siksaan bagiku…"
Ketika ditanya bagaimana cara mengobati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas’ud r.a berkata, " Dengarkanlah bacaan Al-Qur’an atau datanglah ke majelis-majelis dzikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah SWT Jika belum terobati juga, maka mintalah kepada Allah SWT hati yang lain, karena sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu…"
Friday, June 15, 2007
Senarai terkini..
1. Mursyidul Am - YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
2.Timbalan Mursyidul Am - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
3.Presiden - YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
4.Timbalan Presiden - Ustaz Nasharudin Mat Isa
5.Naib Presiden 1 - YB Dato' Haji Husam Musa
6.Naib Presiden 2 - Haji Mohammad Sabu
7.Naib Presiden 3 - Ustaz Ahmad Awang
8.Ketua Ulamak - YB Dato' Mohamed Daud Iraqi
9.Ketua Pemuda - YB Salahuddin Haji Ayub
10.Ketua Muslimat - Ustazah Nuridah Salleh
11.Setiausaha Agung - YB Dato' Kamaruddin Jaafar
12.Bendahari - Dr. Haji Mohd Hatta Ramli
13.Ketua Penerangan - Mahfuz Omar
14.Pengarah Pilihanraya - Dato' Mustafa Ali
Ahli jawatankuasa
15. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
16. Ustaz Idris Ahmad
17. Ustaz Haji Abdul Ghani Shamsudin
18. Dato' Abu Bakar Chik
19. Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
20. Dr. Lo'Lo' Hj Mohd Ghazali
21. Ustaz Haji Abdul Ghani Abdul Rahman
22. Hanipa Maidin
23. Ustaz Mujahid Haji Yusuf Rawa
24. YB Ir Haji Amiruddin Haji Hamzah
25. Ustaz Abdul Azizan Razak
26. Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib
27. YB Dato' Haji Anuar Tan Abdullah
28. Dr. Dzulkifli Ahmad
29. Mazlan Aliman
30. Ustaz Nik Amar Nik Abdullah
31. Dato' Abdul Halim Abdul Rahman
32. Dato' Takiyuddin Hassan
33. Dato' Harun Taib
34. Ustazah Azizah Khatib Mat
35. YB Dato' Haji Wan Abdul Muttalib Embong
36. Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
37. Asmuni Awi
38. Anuar Tahir
Pesuruhjaya PAS Negeri Sesi 2005-2007
Wilayah Persekutuan - Haji Mohammad Nor Mohamad
Selangor - Dato' Dr. Haji Hasan Haji Mohd Ali
Perak - Ustaz Haji Ahmad Awang
Pulau Pinang - Ustaz Salleh Man
Kedah - Ustaz Azizan Abdul Razak
Perlis - YB Ustaz Haji Hashim Jasin
Kelantan - YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Terengganu -Dato' Haji Mustafa Ali
Pahang - Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor - Dato' Dr Mahfodz Muhammad
Melaka - Ustaz Haji Abdul Ghani Abdul Rahman
Negeri Sembilan - Zulkifli Omar
Sarawak - Othman Mustapha
Sabah - Haji Mohamad Abdullah
Memahami Tarbiyyah (15)
MENEGAKKAN POLITIK DAN NEGARA ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله قائد الدعاة والمجاهدين وعلى آله وصحبه أجمعين
Manifestasi aqidah mereka adalah cetusan dari tuntutan firman Allah,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ
Ayat di atas memperlihatkan kepada kita bahawa keimanan menghasilkan keyakinan kepada Allah dan Rasul serta mencetuskan jihad dan perjuangan dalam kehidupan seseorang yang beriman itu.
Ini dapat dilihat melalui penegasan asSyahid Sayyid Qutub yang mengambarkan konsep aqidah yang hidup dan haraki di mana ia mengatakan :
“ Ketika al-Quran itu membina aqidah dalam hati nurani ummah pada waktu yang sama pula ia sama-sama mengharungi perjuangan menentang masyarakat jahiliyyah, berbimbingan tangan dengan ummah Islam; sepertimana ia berbimbingan tangan mengharungi perjuangan hebat mengikis sisa-sisa jahiliyyah dari hati nurani manusia, dari moral dan realiti hidup mereka dan dari percaturan inilah lahirnya pembinaan aqidah itu, bukan dalam bentuk teori dan tidak pula dalam bentuk teologi serta bukan dalam bentuk perdebatan, tetapi dalam bentuk jamaah yang hidup dan penyusunan haraki yang langsung mengenai kehidupan yang terjelma dalam jamaah muslimin itu sendiri …" (1)
Tabiat Perjuangan Islam
Aqidah yang hakiki akan menjelmakan amal dan perjuangan. Rasulullah saw dan para sahabat telah mengariskan manhaj dalam menampilkan amal dan perjuangan dalam Islam sepertimana yang di kehendaki oleh Allah.
Dan satu tabiat serta sunnah Rasul saw dan para sahabah bahawa jelmaan amal dan perjuangan itu haruslah direalisasikan melalui amal jamaiy dan haraki (berjamaah/berparti dan berorganisasi). Perjuangan secara berjamaah atau berparti ini adalah sunnah rasul dan sunnah para rasul-rasul yang terdahulu yang tercatat dalam al-Quran.
وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّه
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُون َ
Kepentingan Berpolitik Untuk Menegakkan Daulah Islam
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا
Ayat di atas menunjukkan Allah swt memerintahkan umat Islam agar menyerahkan amanah mereka kepada orang yang layak. Dan di antara amanah yang paling besar ialah amanah untuk 'menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu- إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه ’.
Ini adalah amanah kepimpinan ummah dan negara. Kerana kewujudan kepimpinan ummah dan negara (politik) ialah untuk menegakkan agama dan memerintah dunia (politik) dengan agama itu. Oleh itu menjadi kewajiban apabila memilih pemimpin negara dan politik hendaklah memilih yang layak memikul amanah itu.
Allah telah perjelaskan kepada kita ciri-ciri kepimpinan yang layak. Antaranya ialah :
(إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (55
Kita tidak dapat melantik kepimpinan politik negara setakat ini melainkan melalui proses politik yang ada sekarang ini. Oleh itu menjadi tanggung jawab kita untuk melibatkan diri dengan perjuangan politik untuk menggangkat pemimpin politik dan negara yang layak. Melantik orang yang tidak layak untuk memikul amanah yang besar itu akan membahayakan ummah dan negara.
Sabda Rasulullah saw : Jika amanah disia-siakan, tunggulah saat kehancuran. Ada sahabat bertanya : bagaimana menyia-yiakannya ?
Baginda saw menjawab : jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya (al-Bukhari)
Begitu juga Allah memerintahkan kita melaksanakan dan menghukum manusia dengan adil. Bagaimana kita hendak menghukum manusia dengan adil kalau kita tidak menguasai pemerintahan negara. Kita perlu kepada pemerintahan untuk mengubah dasar perundangan negara agar dasar itu berada dalam acuan Islam.
Bila dasar perundangan telah Islam, barulah mahkamah dapat memutuskan hukum berdasarkan hukum Islam yang adil. Ini juga memperlihatkan kepada kita betapa perlunya kita menegakkan pemerintahan Islam yang mana cara untuk menegakkannya adalah kembali kepada penglibatan dengan kerja-kerja politik.
Berkata Imam al-Mawardi : Tidak ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama’ bahawa hukum menegakkan khilafah (daulah) adalah fardhu kifayah, seperti jihad dan sebagainya…(2)
Berkata asSyahid Abdul Qadir Audah : Sesungguhnya Islam mewajibkan seluruh manusia mematuhi seluruh hukum yang diturunkan Allah danmewajibkan mereka supaya berhakimkan kepada hukum itu dan menjalankan hukuman dan pemerintahan dengan hukum yang diturunkan Allah sahaja, bukan dengan hukum lain. Pengertian dan kesimpulan dari semuanya ialah bahawa hukum dan pemerintahan itu adalah salah satu dasar dan sumber asli Islam, yang merupakan tiang tempat tegaknya dan doktrin Islam (4)
Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi : …ijma’ umat yang kukuh, yang diyakini sepanjang sejarah, bahawa Islam adalah aqidah dan syariah, agama dan daulah, ibadah dan qiyyadah, salat dan jihad, bahawa Rasullullah saw adalah pemimpin pertama bagi daulah Islam, dan para penganti baginda selepas itu juga mengikuti jalannya yang telah diterokai…(5)
Berkata Dr al-Qardhawi lagi : Sejarah Islam telah mengungkapkan kepada kita bahawa Rasullullah saw telah berusaha sedaya mungkin dengan mengerahkan kekuatan dan pemikiran dengan dukungan wahyu untuk mendirikan daulah Islam bagi dakwah dan penyelamat ummah (6)
Kepentingan Mendukung Perjuangan Islam Melalui PAS
1. Dasar dan Matlamat PAS
Dasar dan matlamat perjuangan PAS adalah untuk mendaulatkan Islam dalam bentuknya yang menyeluruh dan lengkap melengkapi. Ianya meliputi aqidah dan syariah, ad-din dan daulah, ibadah dan qiyyadah, akhlak dan jihad dalam usaha untuk menjelmakan individu, keluarga dan ummah muslim yang menepati piawaian Allah.
Apa yang hendak diperjuangkan Parti Islam ialah agar seluruh aspek kehidupan manusia seperti politik, ekonomi, pendidikan, undang-undang, kekeluargaan, budaya, ketenteraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya lagi diletakkan di dalam acuan Islam yang meliputi dasar-dasar aqidah, akhlak dan syariah yang diredhai Allah (7)
2. PAS Sebagai HizbulLah
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُون َ
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَة َ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (54) إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ [وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُون َ(55
Ciri-ciri hizbulLah atau partai Allah yang tersebut dalam ayat di atas itu ialah :
i. Mencintai Allah dan dicintai oleh Allah
PAS wujud sebagai menyahut tuntutan Allah agar ada sebuah jamaah yang melakukan kerja-kerja al-khair dan menyediakan wasilah untuk menjelmakan ciri-ciri hizbullah di dalamnya serta melakukan jihad yang berterusan melalui penyusunan kerja yang tersusun.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنيَانٌ مَرْصُوص ٌ
3. PAS berjuang menegakkan negara Islam
Tentang wajibnya umat menegakkan negara yang dengannya tertegaknya sistem Islam yang menyeluruh dan lengkap telah dijelaskan melalui ayat-ayat dan pandangan-pandangan ulama’ di atas. Perjuangan untuk menegakkan negara Islam bukanlah kerja kecil yang boleh diselesaikan secara individu, malah ianya harus digerakkan secara berjamaah sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah saw bersama generasi sahabah dahulu.
Dunia Islam hari ini secara realitinya adalah kosong dari daulah dan khilafah Islamiyyah. Dr Shalah as Showi menyebutkan : Yang dimaksudkan dengan kekosongan dari imam atau khilafah adalah ketiadaan pemerintahan syari’yyah yang melaksanakan seluruh aturan syari’yyah pada sesuatu zaman atau tempat. Begitu juga dengan ketiadaan imam kalau imam itu murtad atau menganti beberapa hukum dan merubah hukum-hukum Islam, maka dengan itu gugurlah baia’h terhadap imam atau khalifah itu. (8)
Berkata Dr Muhammad Naeem Yassin : Tetapi sekiranya seorang hakim atau pemerintah itu mentadbir hal ehwal rakyatnya tanpa berpandukan kitab Allah maka tidak wajib ditaati dan berdosa pula orang yang melihatnya tetapi mendiamkan diri (tidak berjuang merubah keadaan). (9)
Berkata al-Ustaz Abdul Rahman Muhammad Khalid : Termasuk dalam konteks maaruf yang paling agung ialah mendirikan khilafah dan tegaknya hukum Allah, juga mengoreksi para penguasa pengkhianat dan zalim. Jadi ini merupakan amal jamaiy yang sama sekali tidak dapat dilakukan secara individu. Maka menjadi kewajiban kaum muslimin untuk mendirikan jamaah yang mampu menegakkan khilafah dan mampu mengoreksi pemerintah.
Begitu juga halnya jika jamaah yang mereka bentuk itu tidak mampu melaksanakan tujuan untuk menjadi khilafah atau mengoreksi pemerintah maka mereka tetap berdosa. Sebab yang diwajibkan itu bukan sekadar membentuk jamaah sahaja, tetapi membentuk gerakan dakwah yang mampu melaksanakan gerakan tadi dan bukannya semata-mata jamaah sosial kemasyarakatan atau ikatan cendekiawan atau kelompok-kelompok thoriqah atau sebagainya yang tidak mampu untuk melaksanakan kewajiban syara’ bagi menegakkan khilafah atau mengoreksi pemerintah. (10)
Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi : Beralih kepada sunnah, Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang mati dan di lehernya tidak ada baiah (kepada khalifah Islam) maka dia mati dengan kematian jahiliyyah (Muslim).
Tidak diragukan setiap muslim haram berbaiah (ikrar taat setia) kepada pemerintah manapun yang tidak taat kepada Islam. Baiah yang boleh membebaskan seseorang dari dosa (mati jahiliyyah) ialah baiah terhadap pemerintah yang melaksanakan Islam. Jika pemerintah seperti itu tidak ada, maka setiap umat Islam adalah berdosa sehingga adanya khalifah yang menegakkan hukum Islam dan ianya boleh diberi baiah. Setiap muslim tidak terlepas dari dosa melainkan dua jalan yang selamat :
a. Ingkar kepada pemerintah yang zalim itu jika ia tidak berkuasa untuk membaikinya.
b. Berusaha secara berterusan dan berjamaah untuk mewujudkan khilafah Islam sehingga tertegaknya kehidupan yang menepati kehendak Islam yang sebenar. (11)
Berdasarkan huraian di atas jelas kepada kita bahawa kewajiban umat Islam di Malaysia ialah berjuang secara berterusan dalam Jamaah Islam untuk mewujudkan pemerintahan Islam yang melaksanakan dasar-dasar Islam dalam negara, kerana setakat hari ini umat Islam masih bebas untuk menyertai perjuangan Islam itu.
Tidak memadai setakat engkar sahaja dalam hati, kerana ruang untuk berjuang itu masih terbuka kepada ummah ini. PAS sebenarnya wujud sebagai wadah amal jama'iy untuk menampung perjuangan ini.
Penutup
قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ
Kewujudan PAS dan manhaj perjuangannya adalah berdasarkan kepentingan Islam yang sebenarnya adalah dituntut oleh Allah kepada setiap individu muslim sepertimana yang tertera melalui nash-nash al-Quran dan hadis serta pandangan dan ijma’ ulama’ yang telah dikemukakan di atas.
Umat Islam sebenarnya tidak perlu ragu untuk bersama dengan perjuangan PAS kerana perjuangan Islam oleh PAS ini secara jelas menepati kehendak Islam itu sendiri. Dalam erti kata lain melibatkan diri dengan perjuangan Islam melalui PAS ini adalah merupakan ibadah kepada Allah kerana penglibatan diri dengan perjuangan Islam adalah perkara yang telah diwajibkan oleh Allah kepada kita semua.
Maraji'
(1) Sayyid Qutub. Petunjuk sepanjang jalan
Monday, June 11, 2007
Doa Munajat untuk kita pejuang Islam..
MUNAJAT PEJUANG
Doa bagi mereka yang senantiasa difitnah dan diganggu sepanjang perjalanan dakwah dan doa memperoleh kekuatan dan pertolongan daripada Allah s.w.t..
اللهمَّ ياَ وَدُوْدُ ياَ وَدُوْدُ ياَ ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ ياَ مُبْدِئُ ياَ مُعِيْدُ ياَ فَعَّالُ لِّمَا يُرِيْدُ . نَسْأُلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ مَلأَ أَرْكَاْنَ عَرْشِكَ وَ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي قَدَرْتَ ِبهاَ عَلى جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَ بِرَحْمَتِك َالَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْئٍ لا إِلهَ إِلا أَنْتَ . ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا اللهمَّ احْكُمْ وَاقْضِ على هَؤُلأِ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ اللهمَّ احْكُمْ وَ اقْضِ على مَنْ ظَلَمَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ . اللهمَّ احْصِهِمْ عَدَدًا وَ اقْضِهِمْ بَدَدًا وَ لا تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا وَ اقْذِفْ فِي قُلُوْبِهِمُ الرُّعْبَ . اللهمَّ ياَ مَنْ ذَلَّتْ لَهُ رَبُّ الْجَباَبِرَةِ وَ خَضَعَتْ لَهُ أَعْنَاقُ الأَكَاسِرَةِ لا مَلْجَأَ مِنْكَ إِلاّ اِلَيْكَ وَ إِعَانَةَ إِلاّ بِكَ وَ لا اِتْكَاْلَ إِلاّ عَلَيْكَ اِدْفَعْ عَنَّا كَيْدَ الْحَاسِدِيْنَ وَ ظُلُمَاتِ الْمُعَانِدِيْنَ وَ أَشْرَارَ الْحَاقِدِيْنَ وَ الظَّالِمِيْنَ وَ ارْحَمْناَ تَحْتَ سَرَادِقَاتِ عَرْشِكَ . يا أَكْرَمَ الأَكْرَمِيْنَ أَيِّدْ ظَاهِرَنَا في تَحْصِيْلِ مَرَاضِيْكَ وَ نَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَ سِرِّ إِخْوَانِنَا لِلإِطْلاَعِ على مَنَاهِجِ مَسَاعِيْكَ . اللهم باَعِدْ بَيْنَنَا وَ بَيْنَ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا كَمَا باَعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَ الْمَغْرِبِ وَ اخْطُفْ أَبْصَارَهُمْ عَنَّا بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَ ثُبُوْتِ عَزَائِكَ إِنَّكَ أَنْتَ الْمُعْطِى لِجَلاَئِلِ النِّعَمِ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِ هآمَّةِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِ لاَّمَّةِ . اللهمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اللهمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ على نُحُوْرِهِمْ . اللهمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَ شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَ زَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَ سَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ وَ لاَ تَطْمَعْ فِينْاَ عَدُوًّا وَ لاَ حَاسِدًا وَ لاَ مَنْ في قُلُوْبِهِمْ سُوْءُ الظَّنِّ ياَ قَهَّارُ يا جَبَّارُ يا مُنْتَقِمُ يا ذَا الْجَلاَلِ وَ الإِكْرَامِ . اللهمَّ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَ ثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَ انْصُرْنَا على الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ . اللهمَّ أَصْلِحْ ذَاْتَ بَيْنِنَا وَ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِنَا وَ اهْدِنَا إِلى سَبِيْلِ السَّلاَم ِوَ نَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلى النُّوْرِ وَ جَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ ماَ ظَهَرَ مِنْهَا وَ ماَ بَطَنَ . اللهمَّ أَنْتَ رَبُّ السَّتَّارِ فَاسْتُرْ عَوْرَاتَنَا وَ آمِنْ رَوْعَاتَنَا . اللهمَّ أَعِنَّا وَ لاَ تُعِنْ عَلَيْنَا وَ انْصُرْنَا وَ لاَ تَنْصُرْ عَلَيْنَا وَ امْكُرْ لَنَا وَ لاَ تَمْكُرْ عَلَيْنَا وَ اهْدِنَا وَ يَسِّرِ الْهُدَى لَنَا وَ انْصُرْنَا على مَنْ بَغَى عَلَيْنَا .اللهمَّ اهْدِنَا إِلى سَوَآءَ السَّبِيْلِ وَ اجْعَلْنَا مِنَ الْهُدَاةِ الْمُهْتَدِيْنَ وَ الدُّعَاةِ الْمُرْشِدِيْنَ . اللهمَّ وَحِّدْ صُفُوْفَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ وَ انْصُرْ جُيُوْشَ الْمُوَحِّدِيْنَ وَ مَنْ مَعَهُمْ . اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِوَجْهِ اللهِ الْكَرِيْمِ وَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرٌّ وَ لاَ فاَجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيْهاَ وَ مِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ في الأَرْضِ وَ مِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَ ِمنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِق ِاللَّيْلِ وَ النَّهَارِ إِلاّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ ياَ رَحْمنُ ياَ رَحِيْم ُياَ فَتَّاحُ الْقُلُوْبِ ياَ سَتَّارَ الْعُيُوْبِ يا كَاشِفَ الْكُرُوْبِ إِنَّكَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْعُيُوْبِ . اللهمَّ ياَ مَنْ نُوْرُهُ في سِرِّهِِ وَ سِرُّهُ في خَلْقِهِ أَخْفِنَا عَنْ أَعْيُنِ النَّاظِرِيْنَ وَ قُلُوْبِ الْحَاسِدِيْنَ وَ الْبَاغِيْنَ كَمَا أَخْفَيْتَ الرُّوْحَ في الْجَسَدِ إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ اللهمَّ اجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلى مَنْ ظَلَمَنَا وَ انْصُرْنَا عَلى مَنْ عَادَاناَ وَ لاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا في دِيْنِنَا وَ لاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَ لاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَ لاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَ لاَ يَرْحَمُنَا . اللهمَّ إِنَّا نَشْكُوْ اِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِنَا وَ قِلَّةِ حِيْلَتِنَا وَ هَوَاناَ عَلى النَّاسِ . ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ وَ أَنْتَ رَبُّنَا . اللهمَّ إِلى مَنْ تَكِلُنَا إِلى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنَا أَوْ إِلى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِنَا إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيْنَا فَلاَ نُبَالِى غَيْرَ أَنْ عَافِيَتَكَ أَوْسَعُ لَنَا مِنْ ذُنُوْبِناَ . نَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أَشْرَقَتْ بِهِ الظُّلُمَاتِ وَ صَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ أَنْ يَنْزِلَ بِنَا سَخَطُكَ أَوْ يَحِلَّ عَلَيْنَا غَضَبُكَ لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ . اللهمَّ أَمَرْتَنَا بِالدُّعَاءِ وَ وَعَدْتَنَا بِالإِسْتِجاَبَةِ فَاسْتَجِبْ دُعَائَنَا . اللهمَّ لَكَ الْحَمْد ُوَ لَكَ الْمُشْتَكَى وَ بِكَ الْمُسْتَعَانُ وَ عَلَيْكَ التُّكْلاَنُ فاَسْمَعْ أَصْوَاتَ دُعَاتِكَ هَذا إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ
Selepas doa ini, elok disambung dengan doa rabitah.
TERJEMAHAN MUNAJAT PEJUANG
Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.
Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.
Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.
Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.
Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka.
Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu.
Ya... Allah Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.
Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami.
Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.
Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.
Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya, sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad. Sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibat terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami.
Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.
Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan. KepadaMulah tempat kami bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amiin..
Disediakan Oleh;
al-Faqir ilaLlah,
Ust. Ibrahim Masran al-Banjari
Pengarah Pusat Bina Syakhsiyah (PEMBINA)
Merangkap Timb. Pengerusi Lujnah Tarbiyyah & Latihan Kepemimpinan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Gambar-gambar sekitar XPDC Dakwah sempena JomMaksiat di Teluk Danga Bay, JB
Friday, June 8, 2007
Amar ma'aruf.. Nahi mungkar...
PENGUMUMAN!
XPDC Dakwah DPPNJ
sempena Konsert JomHeboh,
pada 10 Jun 2007,
berkumpul di Masjid Skudai Kiri,
solat asar berjamaah,
SAHABAT-SAHABAT DISERU
untuk menyertai XPDC Dakwah ini..
hubungi sdr Za'aba 019-7084423
Tuesday, June 5, 2007
Ahli Jawatankuasa Kerja DPP Pusat Sesi 2007/2009
Timbalan Pengerusi Tetap
Ketua
Timbalan Ketua
Naib Ketua
Ahli Jawatankuasa
Pemeriksa Kira-kira
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat yang baru..
Naib Ketua
Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-48

Dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang ke 47 tahun lepas, dalam ucapan perasmian saya, saya telah menyentuh berkenaan FIQHUL TAGHYIR atau FIQH PERUBAHAN yang seharusnya dirintis dan diterokai oleh Dewan Pemuda PAS. Alhamdulillah kita telah menyaksikan betapa kita telah sama-sama merintis dan menerokai jalan ini sehinggalah jalan-jalan perubahan itu telah sedikit sebanyak berjaya kita bina dan buka sekaligus mampu merobah persepsi masyarakat ramai terhadap PAS dan semakin mendekatkan kita dengan masyarakat ramai yang merupakan fokus sasaran kita.
Pemimpin-pemimpin Dewan Pemuda PAS pada hari ini sudah dianggap sebaris dengan pemimpin pemuda lain, malah hasil perubahan ini kita makin mendapat tempat, dikenali dan disenangi oleh masyarakat. Banyak persepsi buruk yang ditaburkan kepada kita sebelum ini nyata semakin luput dan beransur hilang dari hati rakyat.
Sidang muktamirin sekalian
Kerana itu sidang muktamirin sekalian setiap kita ahli Dewan Pemuda PAS perlulah berupaya menghidup dan menzahirkan imej petugas Islam dalam setiap diri kita masing-masing yang sentiasa membawa bersamanya sifat-sifat dan ciri-ciri seorang daie.
Sidang muktamirin sekalian
Dari kejayaan menghidupkan keutamaan-keutamaan dalaman tadi akhirnya akan mendorong kita untuk memperolehi kemampuan bagi berfikir untuk Islam. Lalu kita kelak akan memiliki keupayaan untuk merencana, merancang dan melahirkan strategi yang paling berkesan untuk parti. Yakinlah bahawa menerusi kekuatan dalaman kita nanti, kita akan diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk melahirkan strategi yang efektif untuk menyelamatkan ummah dan negara dari kekalutan dan kekusutan hasil kerja tangan Umno dan Barisan Nasional selama ini.