Tuesday, July 31, 2007

Ijtima' Nuqaba' DPPNJ

Kepada semua para Naqib (Nuqaba'),

kehadiran anda dalam perhimpunan (Ijtima') ini amat diharapkan.

Kami menyeru antum semua agar bangkit bersama-sama kami,

mendepani cabaran semasa, berjuang di medan realiti,

membina wahdatul fikrah, membentuk wahdatul amal,

memimpin rakyat dan menuju kemenangan.. Insyaallah..

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!



p/s
Turut terlibat dlm program ini adalah Ketua DPPK, Tim. Ketua DPPK, Setiausaha DPPK, Ketua Lujnah Tarbiyyah DPPK dan semua Nuqaba.

Ingat!
Ijtima Nuqaba DPPNJ
5 Ogos 2007 (Ahad)
8.30 pg - 3.00 ptg
Masrkaz PAS Kawasan Simpang Rengam, (Kg. Shaari)



Jadi ayah..

RAHSIA JADI AYAH YANG BERKESAN

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri
Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketikazaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada beberapa rahsia menjadi ayah yang berkesan:- Bapa yang komited dan bertanggungjawab.


Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab

Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga – jangan lah sampai bapa tu sendiri confuse dgn peranan dia

Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga, disamping ibu mereka – setakat beritahu tak cukup, tunjuk tu yang penting, nih basuh pinggan pun tak, kesian kat bini, nanti anak ingat basuh pinggan je keje mak dia. Tak jatuh nye macho kalau basuh pinggan..

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika anda terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah – ini tidak bila anak tegur kita naik angin sedangkan dia perlu tahu yang mana kesilapan dan cara untuk mengelakkannya..

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas dirumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang! – ini bukan setakat saja-saja taknak kasi anak jadik jahat ke pelik ke tapi adalah untuk menunaikan amanah ALLAH Kenali anak anda.


Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda

Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka – malang sungguh bagi bapa yang hanya diam tak beri respon dgn setiap kelakuan anak. Belajarlah berkomunikasi dengan anak
Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing – yang ni memang penting sbb dengan cara ni, anak2 tidak akan pergi jauh dari kita dan kita pulak banyak reporter tentang sebarang kelakuan mereka. Lagipun, kan lebih baik rumah kita dijadikan port untuk anak2 dan kawan mereka dari mereka membuang masa di tempat yang kita tak tau
Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan) – ini tidak, sikit2 melenting macam nak rak padahal salah anak ciput aje. Bab ni, mungkin suami isteri perlu saling tegur menegur tentang cara komunikasi dengan anak-anak
sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan) – buatla agenda harian (eg solat jemaah subuh), agenda mingguan (eg ramai2 ke pasar), bulanan (eg gotong royong) dan jadilah orang yang paling disiplin sekali supaya anak mesra dgn kita
kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti
Melindungi, menyara dan mendoakan – doa kita dan restu kita akan mengiringi anak2…sayangilah mereka
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah
Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis


Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat

Mencintai ibu mereka. Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna

Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.


Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia
Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan
Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka berhak untuk didengari dan diberi perhatian

Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama

Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah

Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid
Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit
***Anda digalakkan membaca buku karangan 'abdullah nasuh 'ulwan, "TARBIYYATUL AWLAD".. kalau tak silap telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh Penerbitan Pustaka Nasioanal (singapura).

~hidup mulia atau mati sebagai syuhada'~

"Jadilah kamu seperti sepohon kayu (pokok),
mereka melemparinya dengan batu,
tetapi kamu melemparkan (menggugurkan) kepadanya
dengan buah yang ranum.."
~Kalam As-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna~

Wednesday, July 25, 2007

Akibat kejahilan..

Memahami Tarbiyyah (19)..

KEKUATAN JISMIYYAH , RUHIYYAH & FIKRIYYAH

MELAHIRKAN MUSLIMAH CEMERLANG.


وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ
( الأنفال 60 )

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."


MUQADDIMAH


Hadaf / matlamat kita adalah untuk memastikan musuh – musuh Allah yang terdiri daripada golongan mustakbirin dan Jabbaarin , gentar dan tunduk kepada ugama Allah swt. Justeru itu , kita mesti memiliki kekuatan semampu mungkin untuk mencapai hadaf kita.


Kekuatan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kategori


· قوة المآدي - terbahagi kepada قوة المالي و الجسمي·

. قوة الروحي - terbahagi kepada قوة الإيماني و الفكري


Kesimpulannya , Allah swt. mengarahkan orang – orang yang beriman dengan kalimah و أعدوا ( dhomir jama’ pada kalimah tersebut kembali kepada ayat 45 dalam surah yang sama – Al Anfal )


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
( الأنفال 45 )

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


Sifat orang beriman ialah thabat ( teguh ) dalam perjuangan untuk menjulang panji kalimatul haq dan ianya adalah satu daripada syarat kemenangan .


وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا
( الأحزاب 22 – 23 )


"Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."


Muslimat yang dihormati sekelian .


Perlu disedari dan diinsafi bahawa muslimah adalah sayap kiri perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Suatu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya :


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
( التوبة 71 )


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."


عن عائشة رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَال .
رواه الإمام أحمد و أبو داود و الدارمي و ابن ماجه
“ sesungguhnya perempuan adalah saudara kandung lelaki ”


Lantaran itu muslimat semestinya berfungsi dan beraksi , mengurus dan mentadbir perlaksanaan الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر, Justeru ia suatu kewajipan. Namun suatu reality yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir.Ianya tidak semudah yang diungkapkan.


Suatu operasi yang terdedah kepada tahaddiyat yang mencabar. Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah.Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi. Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan tribulasi musuh yang tidak pernah simpati.


Muslimat yang dimuliakan,


Projek الأمر و النهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak,mampu merentasi resiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman.


Projek الأمر و النهي ini memerlukanصفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة . Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah muslimat cemerlang ).


Projek ini akan gagal kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu muslimat yang penakut dan lemah jiwanya. Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu muslimah yang lesu , beku,dan jumud.


Dalam ertikata lain mereka adalah “makhluk perosak” yang menggagalkan strategi perjuangan ini. ( Mereka adalah muslimat yang pasif, naih, laih dan dhoif ).


Persoalannya….bagaimana kita mahu melahirkan Muslimat Cemerlang ini ? Maka risalah ini menjawab segala-galanya.


Muslimat yang dihormati sekelian.


Jawapannya ialah paduan tiga kekuatan. Kekuatan Jismiyyah, Kekuatan Ruhiyyah dan Kekuatan Fikriyyah. Tiga kekuatan ini melahirkan Muslimah Cemerlang.


KEKUATAN JISMIYYAH / FIZIKAL


Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, muslimat perlu masuk kelab bina badan, Kelab Karatedo/ Taekwando / Ju Do dan sebagainya.Tetapi ia bermaksud muslimat perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba.


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
( محمد 31 )


"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu."


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
( العنكبوت 2 – 3 )


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."


Kekuatan / keupayaan fizikal yang memungkinkan muslimat menunaikan ibadah dan aktiviti taqarrub Ilallah. Hal ini memaksa muslimat menjaga kekuatan fizikal / agar tahap keupayaanya mengizinkan muslimat tampil kehadapan , menghadapi segala kemungkinan.


Ertinya kesihatan dan kemahiran fizikal adalah dua tahap keupayaan yang mesti dimiliki dan ditingkatkan kualitinya. [1]


Kita tak mahu gerak kerja dakwah tergendala kerana 2 tahap keupayaan ini terlalu rendah.


Contoh:


Apabila kita nak menyusun program / aktiviti , pelbagai alasan yang kita terima dari muslimat.sakit kepala, sakit perut, tak pandaikomputer , tak ada pengalaman dll.


Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan muslimat lari dari tugas perjuangan.
Muslimat yang dihormati sekelian.


Muslimat hari ini mesti bersiap sedia. Cabaran Abad 21 memaksa kita untuk segalanya.Jangan sampai muslimat terkepong dalam susuk tubuh keperempuanan yang lemah. Sebaliknya…. Jadilah serikandi laksana Sofiyyah rha. [2]


Perjuangan masa kini memerlukan muslimat mampu mengendali tugas-tugas dakwah dan mahir mengurus sarana dakwah.(Komputer, pidato, menulis dll ).


Hapuskan reality negatif bahawa sebahagian besar hidup muslimat adalah lemah/sakit. Sebaliknya jadilah Muslimat yang sihat, cergas, cerdas dan berenergy untuk mengharungi badai perjuangan.


KEKUATAN RUHIYYAH


Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim. Sebagaimana bidalan Hukama’


رُهْبَانُ في اللَيْلِ وَ فُرْسَاُن بِالنَّهَارِ
“ Rahib di malam hari dan kuda yang tangkas di siang hari “


جُنْدِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العَمَلِ وَ صُوْفِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العِبَادَة
“ Tentera yang berdisiplin dalam menjalankan tugas dan sufi yang abid dalam melaksanakan ibadat “


Ruh ibarat nadi , menjadi dinamo untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Persediaan Ruhiyyah ini juga adalah suatu kewajipan utama apabila ia dibias oleh statement Ilahi:


يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا
إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا
( المزمل 1 – 5 )


"Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)."


Kekuatan ruh adalah asas kelangsungan perjuangan untuk merealisasikan projek الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر .Ia juga satu kuasa dalaman,laksana antibody yang yang mampu mengawal diri dari terjerumus dan terseleweng.


Suatu kuasa yang menyebabkan muslimah takkan menyerah kalah kepada musuh.


Sejarah agong mencatatakan bagaimana Asma’ binti Abu Bakar pada suatu ketika anaknya Abdullah Ibnu Zubair pulang kerumah walhal ia sedang berperang dengan tentera Hajjaj Yusuf Assaqafi. Asma’ dengan tegas menyatakan :


الشَّأْنُ شَأْنُكَ يَا عَبْدَ اللهِ وَ أَنْتَ أَعْلَمُ بِنَفْسِكَ فَإِنْ كُنْتَ تَعْتَقِدُ أَنَّكَ عَلى حَقٍّ وَ تَدْعُوْا إِلى حَقٍّ فَاصْبِرْ وَ جَالِدْ كَمَا صَبَرَ أَصْحَابُكَ الَّذِيْنَ قُتِلُوْا تَحْتَ رَايَتِكَ وَ إِنْ كُنْتَ إِنَّمَا أَرَدْتَ الدُّنْيَا فَلَيْسَ الْعَبْدُ أَنْتَ أَهْلَكْتَ نَفْسَكَ وِ أَهْلَكْتَ رِجَالَكَ


“ Apa yang berlaku terpulanglah kepada mu wahai Abdullah , dan engkau lebih tahu tentang dirimu , maka jika sekiranya engkau yakin bahawa engkau berada di atas kebenaran dan engkau menyeru kepada kebenaran maka bersabarlah dan tabahlah sebagaimana sabarnya sahabat – sahabatmu yang telah gugur di bawah panji perjuanganmu dan jika kamu inginkan dunia , engkau telah membinasakan dirimu sendiri dan engkau telah membinasakan sahabat – sahabatmu”


Khaulah rha dengan kisahnya menghantar 3 orang anaknya ke Medan Jihad. Setelah semua anaknya syahid, beliau menangis kerana tiada lagi anak untuk dihantar ke medan jihad.


Zainab Al-Ghazali pula disiksa dalam penjara berkali ganda lebih dahsyat dari seksaan yang dikenakan kepada kaum lelaki. Dilepaskan anjing-anjing garang dan lapar dalam sel tahanannya.
Ini semua wajah-wajah mereka yang memiliki kekuatan ruh sekalipun jasad mereka diratah dan disiat. Sekalipun nyawa terpaksa berpisah dari badan. Namun menyerah kalah / tunduk kepada kuasa taghut dan pengaruh nafsu tidak sama sekali.


Kekuatan ruh bererti kekuatan kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. beriltizam dengan amal Islami dalam apa jua situasi .


انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
( التوبة 41 )


"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


Kekuatan ruh jua bererti optimis bahawa مستقبل لهذا الدين Yakin Islam pasti menang. Justeru itu muslimat tidak sewajarnya merasa lemah.


وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
( آل عمران 139 )


"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."


Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. Selayaknya kita turut mencontohi mereka. Demikianlah anjuran Imam Malik rhm .


لا يَصْلُحُ أخِرُ هذِهِ الأُمَّةِ إلاّ بِمَا صَلُحَ بِهِ َأوَّلُهَا
“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”


Apa yang penting kita mesti memiliki 3 prinsip :


· Iman dan Tawakkal maksudnya Yakin menang dan serah kepada Allah. ( rujuk surah Al Ahzab ayat 22 )
· Tegas : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( sila rujuk surah Al Ahzab ayat 23 )
· Teruskan Dakwah & Istiqamah.


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
( فصلت 30 )


"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."


Muslimat yang dihormati,


KEKUATAN FIKRAH


Ummat Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk غزوة الفكري . Lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.


وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
( النحل 89 )


"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."


Ancaman غزوة الفكري menjelang abad 21 semakin sengit sementara mufakkir-mufakkir Islami semakin berkurangan. Ini suatu fenomena yang amat membimbangkan kita. Gejala Juhala’ berleluasa, pengangguran otak sampai ketahap bahaya .


Merka hanya rasa memadai mendapat sandaran mahasiswa/wi , Dr, Prof. dan lain lain , tetapi malas berfikir menatang amal Islami. Mereka guna sandaran ini untuk cari makan.


Kemahan ini menyebabkan benteng ummah kian rapuh (mudah ditembusi dengan pelbagai helah licik golongan orientalis). Kita mesti bina kekuatan fikriyyah ini, terutamanya muslimat , ( satu pihak yang pada realitinya amat terkebelakang.) Daya fikrah mereka telalu lemah. Kebanyakan muslimat hanya fikir tentang diri sendiri , hias diri , resipi dan anak-anak. Adapun amal Islami sekadar beramal apa yang rutin.


Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah kita jua mestilah jelas dan syumul juga.
Ketajaman fikrah Islami amat perlu diera kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah.


Untuk membina kekuatan ini muslimat mesti berani tampilkan diri, banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah.


Apa yang berlaku muslimat terkebelakang, usahkan nak jadi pemidato Islami yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah kepada masyarakat, nak mengemukakan soalan kepada penceramah pun , muslimat masih lagi menulis dikertas untuk diajukan.


Perbincangan kita pula banyak berkisar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh temeh (yang tidak membawa manafaaat kepada jamaah seperti mengumpat, mencela dsbnya.)


Perbincangan kita seharian di rumah sepatutnya membentuk biah Islamiah. Bincang soal ekonomi Islam, mujtama’ Islami dan sebagainya .


Muslimat yang di hormati sekelian,

Tiga kekuatan ini saling berantaian. Kalau hanya badan sihat , angkat tong gas larat tapi subuh gajah tak jadi.


Kuat beribadat tapi jumud , juga sia-sia. Bukan kita sorang nak masuk syurga. Islam perlu disebarkan dan ini memerlukan pemikiran yang haraki .


Kemudian . fikrah jelas, hebat berfikir tapi sakit gigi sepanjang tahun , sakit kepala sepanjang sessi , sakit urat sepanjang masa ( hanya sihat waktu nak shoping sahaja)…nak buat apa.


Akhirnya semua aktiviti dan program tergendala disebabkan muslimat tidak memiliki tiga kekuatan yang telah digariskan .


PENUTUP


Mulai sekarang muslimat jangan banyak dalih dan lengah, pastikan tiga kekuatan ini dapat dikumpulkan semaksima mungkin . Demi Islam dan perjuangannya .


Bila lagi kita nak berubah dan berusaha gigih untuk memiliki kemampuan dan kekuatan ini . Bukankah kita bercita – cita besar untuk menang dan seterusnya mendaulatkan syariat Islamiyyah di muka bumi Allah amnya dan di tanahair kita khasnya .


Kalau benar ini menjadi cita – cita kita , wahai muslimat ! lupakan segala karenah dan masaalah peribadi . Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami demi masa depan ummah .


[1] Hari ini orang serang Islam melalui Internet. Siapa yang mampu kendali internet? Jangan- jangan kita ni Internet tak boleh , hanya main Net ball sahaja yang boleh.
[2] Dalam satu peperangan Rasulullah mahu kubu muslimat dikawal oleh para Sahabat sedang kubu itu berada dalam kawasan yang paling bahaya. Arahan Rasulullah tidak segera disahut sehingga Sofiyyah meluru untuk mengawal kubu yang paling bahaya itu. Akhirnya berlaku suatu pertempuran antara musuh dan Sofiah , Sofiah berjaya memenggal kepala musuh lalu dibawa pulang kepada sahabat yang lain.

Dialog adik Nasuha dan abang Baihaqi... Abi pergi mana?

Ya Allahu Ya Rabbi!!.. Ampunkanlah dosa ayah & ibuku..









Ya Allahu Ya Rabbi!,, Ampunkanlah segala dosa kedua ibubapaku, berikanlah mereka belas kasihan, sebagaimana mereka menaruh belas kasihan terhadapku, ketika ku masih kecil...

Wahai ibu & ayah ku,
Tak terbalas segala budi dan jasamu..
Ampunkanlah segala keterlanjuranku..
Doakanlah anakmu ini dapat menemui Qadhi Rabbul Jalil dengan anugerah Syahid.. Amin.

Sunnah orang berjuang..




Begitulah kehidupan orang2 yang telah mewakafkan dirinya untuk berjihad fi sabilillah, berjuang demi menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi.. Hanya mengharapkan Redha Allah swt dan kemenangan yang Hakiki..

Monday, July 23, 2007

Thursday, July 19, 2007

Yang bernama wanita.. Awas!.

Wanita merupakan perhiasan.. wanita juga sentiasa mahukan perhiasan... tapi, perhiasan sebenar ialah wanita yang solehah.. Kali ni tarbiyyah kita menyentuh seketika ke alam wanita... (jika anda wanita, renung-renungkan dan jadikan ia sebagai iktibar... jika anda bukan wanita, jadikan ia sebagai ilmu).
Semua wanita makruf bahawa menutup aurat baginya adalah wajib dari semua angota badan kecuali muka dan tapak tangan... (tapi ada juga yang buat-buat tak tahu sedangkan dia tahu). Islam menetapkan hukum ini tentu ada asbab dan hikmahnya..semuanya untuk maslahat kita, bukannya untuk menyusahkan kita.
Ramai kan sekarang wanita mencukur bulu keningnya..? berpakaian tapi seperti tidak berpakaian... dedah sana.. dedah sini.. tudung labuh di jadikan singkat...pakai baju seperti balut buah nangka... macam-macam lagi... mereka berbuat demikian seolah-olah seperti tiada apa-apa... tahukah mereka bahawa Allah murka atas perbuatan ini? Apalah gunanya jika hidup kita.. hidup dalam kemurkaan Allah swt.. takde rahmah dan berkah ...
Cuba renung sejenak beberapa anggota badan kita serta dalil ke atasnya.. :
1. Bulu kening
“Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Kaki (tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31.
4. Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
5. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." An-Nur : 31
6. Gigi
“Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
7. Muka dan leher
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.”
8. Muka dan Tangan
“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat Muslim dan Bukhari.
9. Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
10. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31.

Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
11. Mulut (suara)
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. '

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.
12. Kemaluan
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” AnNur : 31.
“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar.

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
13. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab :59.
Semoga dapat di jadikan pedoman...

Sedikit maklumat mengenai al-Quran


  1. 30 juzuk.
  2. 114 surah, 87 surah yang diturunkan di Mekah dan 27 surah lagi di Madinah.
    120 hizib (tempat berhenti membaca bagi mereka yang tidak mampu menghabiskan satu juzuk sehari).
  3. 6236 ayat keseluruhannya. (khilaf)
  4. Semua surah dimulakan dengan Basmalah melainkan surah at-Taubah, sementara dalam surah an-Naml mengandungi 2 Basmalah, iaitu ayat pertama dan ayat ke-20.
  5. 6 surah yang menggunakan nama anbiya’mseperti surah Hud, Ibrahim, Yunus, Yusuf, Muhammad dan Nuh.
  6. 5 surah yang dimulai dengan Alhamdulillah iaitu al-Fatihah, al-An’am, al-Kafi, Saba’, Fathir.
  7. 7 surah yang dimulai dengan Ha-Mim iaitu Ghofir, Fussilat, as-Syura, az-Zukhruf, ad-Dukhan, al-Jathiah dan al-Ahqaf.
  8. Surah yang dimulakan dengan tasbih dan disudahi dengan takbir ialah al-Isra’.
  9. Merupakan mukjizat nabi Muhammad saw yang kekal sehingga hari Kiamat..

Doa adalah senjata orang mukmin


  1. Jalan menuju kejayaan dan keselamatan.
  2. Tangga untuk menuju kehadrat Allah.
  3. Tuntutan dan amalan para solihin dan arifin (golongan ahli sufi).
  4. Senjata untuk mengalahkan pihak musuh.
  5. Harapan golongan tertindas.
  6. Pembantu ketika senang dan susah.
  7. Bahtera pelayaran bagi orang yang melaksanakan perintah Allah dengan sebenar-benarnya.
  8. Pendamping antara seorang hamba dan tuhannya.
  9. Sebaik-baik penawar dan peyembuh yang mujarab.
  10. Intipati amal ibadat yang memiliki seribu rahsia dan fadhilat yang tidak terhitung banyaknya. Malah kata Nabi saw “Doa itu adalah ibadat seluruhnya” (H.R Tirmizi)
  11. Bukti seorang hamba itu menyerahkan diri kepada Allah dan bermunajat hanya kepadaNya.
  12. Bagi mereka yang tidak mahu berdoa, al-Quran menyifatkan mereka sebagai golongan yang angkuh dan sombong. Ia menepati ayat 60 surah Ghafir (al-mukminin) yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang yanag menyombongkan diri dari berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

Monday, July 16, 2007

Selamat datang Rejab.. Terimbau peristiwa Isra' & Mikraj

Isra’ dan Mikraj : Kembara Seorang Pejuang.

Lebih kurang dua minggu lagi , ummat Islam di seluruh dunia akan menyambut ulangtahun peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Isra’ dan Mikraj adalah merupakan satu mukjizat pengembaraan seorang Insan bertaraf Rasul untuk mengadap Tuhannya Qadhi Rabbul Jalil .

Ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan tarikh tepat berlakunya peristiwa agung ini. Al Imam An Nawawi dan Al Qurtubi mentarjihkan pandangan yang meletakkan tahun kelima An Nubuwwah sebagai tahun berlakunya Isra’ dan Mikraj.

Sementara pandangan yang menyebut bahawa Isra’ dan Mikraj berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun kesepuluh An Nubuwwah pula ditarjih oleh Al A’llaamah Asy Syeikh Mansur Puri .
و الله أعلم بالصواب
Apa yang menarik , ( menurut pandangan yang kedua ) peristiwa Isra’ dan Mikraj ini berlaku pada tahun yang dikenali sebagai tahun dukacita . ( عام الحزن)
Tahun Dukacita ( عام الحزن )

Ada 3 peristiwa penting yang mengheret Baginda Rasul saw. ke kancah rasa dukacita yang sangat mencengkam jiwa dan perasaan.

Kewafatan Saidatina Khadijah Rha.
Kematian Abu Talib.
Peningkatan kadar tekanan dan ancaman.

Kewafatan Saidatina Khadijah Rha.

Seorang tokoh yang sangat penting dalam hidup baginda saw. Bukan sahaja sebagai seorang Isteri tetapi juga sebagai individu yang bertanggungjawab membiayai perjuangan Baginda saw.
Khadijah Rha. adalah orang yang pertama beriman kepada Allah dan RasulNya saw. di saat orang lain kufur kepadanya , yang menghulurkan seluruh hartanya disaat orang lain memboikot perjuangan Rasulullah saw. , yang menenangkan perasaan baginda saw. di saat orang lain menyakitinya.

Tokoh yang disegani oleh seluruh penduduk Quraisy justeru beliau adalah seorang tokoh hartawan terkemuka di kalangan mereka. Pastinya pemergian Saidatina Khadijah Rha. sangat dirasai oleh Baginda saw.

Kematian Abu Talib .

Tidak syak , sejarah sangat menyedari kehadhiran Abu Talib yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara Nabi saw. sejak kewafatan datuknya , Abdul Muttalib .

Bahkan Abu Talib selaku bapa saudaranya turut memainkan peranan penting dalam melindungi Rasulullah saw. sepanjang detik – detik cemas dan getir berhadapan dengan ancaman dan ugutan kuffar Quraisy.

Namun tokoh besar ini juga dimatikan wataknya di awal kisah perjuangan baginda Rasul saw. sementelah pula , matinya Abu Talib tanpa Iman . ( menurut pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah .)

Tentu sahaja , kehilangan watak Abu Talib yang terlalu banyak jasanya terhadap Rasulullah saw. tanpa sempat beriman , sangat memilukan perasaan baginda saw.

Peningkatan Ancaman Musuh .

Sering kali perancangan kuffar Quraisy untuk memerangkap dan menyakiti Rasulullah saw. tergendala ekoran kehadhiran 2 tokoh besar dan terbilang dalam hidup Baginda Rasul saw.

Sejurus kedua – dua tokoh tersebut meninggal dunia , ianya menjadi kesempatan terbaik buat kuffar Quraisy untuk melipat gandakan tekanan dan asakan mereka kearah perjuangan yang didokong oleh Rasulullah saw.

Penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah saw itu adalah penentangan yang dilakukan oleh kaum kerabat dan sanak saudara baginda saw. sendiri. Pastinya fenomena ini menghiris perasaan Baginda saw. , sedang sebelumnya masyarakat Quraisy sangat mengenali keperibadian Baginda saw. sebagai insan al Amin .

Percubaan Baginda saw. menembusi benteng daerah sendiri.

Memandangkan Islam agama yang benar , di tolak mentah – mentah oleh mereka yang berada di dalam “UPU” dan “DUN” baginda saw. sendiri , Baginda saw. mengambil langkah membawa Islam ini ke Taif dengan harapan penduduk Taif boleh menerima Islam jika ianya di tolak oleh penduduk Makkah.

Ternyata , SB Makkah lebih cepat bertindak dengan melaporkan pemergian Nabi saw. ke Taif kepada pembesar – pembesar Taif. Laporan negative dan tidak benar yang dibawa itu , membuatkan pembesar Taif “menyambut” kedatangan Nabi saw. dengan batu dan kata nista yang dilemparkan kearah baginda saw. oleh pemuda – pemuda tahan lasak yang telah diupah .
Munajat Baginda saw.

Baginda saw. terpaksa pulang kembali ke Kota Makkah setelah mendapat bantahan sengit dari pembesar dan penduduk Taif. Kecederaan yang dialami oleh Baginda saw. menambah penderitaan dan kesengsaraan yang rasai dalam memimpin perjuangan suci ini.

Pertengahan jalan , Baginda Rasul saw. berhenti rehat buat seketika di sebuah kebun milik Utbah dan Syaibah bin Rabiia’h. Rasulullah saw. menadah tangan lantas bermunajat dengan hati baginda yang hiba .

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي و قلة حيلتي و هواني على الناس يا أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين و أنت ربي . إلى من تكلني ؟ إلي بعيد يتجهمني ؟ أم إلى عدو ملكته أمري ؟ إن لم يكن بك علي غضب فلا أبالي و لكن عافيتك هي أوسع لي . أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات.
Ya Allah , kepadaMu aku mengadu betapa lemahnya kekuatanku dan betapa sedikitnya helah upayaku dan betapa hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi ,

Engkaulah tuhan orang – orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku ini ?

kepada orang jauh yang senantiasa memerangiku atau kepada musuh yang mahu menangkapku ? Jika tiada kemurkaanMu terhadap diriku ini , nescaya aku tidak peduli ( akan ku teruskan perjuangan ini )

Akan tetapi naungan kesejahteraanMu terlebih aku harapkan. Aku berlindung dengan cahaya keredhaanMu yang telah menerangi kegelapan.

Al Marhum Syeikhuna Sya’rawi al Mutawwalli pernah menyebut , bahawa doa ini telah didengar dan dijawab oleh Allah swt. ketika beliau menafsirkan ayat pertama dari surah Al Isra’ :

إنه هو السميع البصير
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Melihat.
Ada riwayat menyebut bagaimana Allah menghantar Malaikat yang menjaga bukit datang mengadap Nabi saw. untuk memohon izin bagi menghempaskan Bukit Taif ke atas seluruh penduduknya yang telah menyakitkan Rasulullah saw. Namun Nabi saw. tegas menjawab :

و الله بل أرجوا أن أخرج من أصلابهم من يعبد الله وحدة .
Demi Allah , bahkan apa yang aku harapkan ialah bakal lahir dari sulbi – sulbi mereka , generasi yang mengabdikan diri kepada Allah tuhan yang Esa.

Demikianlah jauhnya pandangan dakwah Nabi saw. demi masa depan agama suci ini. Ternyata kebangkitan generasi muda telah mewarnai perjuangan Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah saw. ini . Sabda Rasulullah saw :

أوصيكم بالشباب خيرا . فإنهم أرق أفئدة لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة فحالفني الشباب و خالفني الشيوخ .
Aku ingatkan kamu mengenai pemuda agar diperlakukan dengan sebaiknya. Sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk. Sesungguhnya Allah telah membangkitkan aku dengan agama yang benar maka pemuda telah membantuku sementara yang tua sering menyanggahiku.
Perjuangan diselubungi Nusrah.

Saat menanggung rasa penuh dukacita , menghadapi segala musibah yang menimpa dan karenah golongan kuffar , Nabi saw. diundang oleh Allah swt. untuk naik mengadapnya guna dipamerkan kepada baginda saw. tanda – tanda keagongan Allah swt.

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا الذي بركنا حوله لنريه من ءاياتنا إنه هو السميع البصير .
"Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui." (Surah Al Israa’ : 1)

Tanda – tanda keagongan Allah swt. justeru satu bukti bahawa Allah swt. adalah Tuhan yang maha Perkasa lagi Gagah . Tiada tolok bandingnya . Tiada siapa yang mampu mengalahkannya. Itulah Allah swt. yang senantiasa menaungi perjuangan Islam ini.

Maka tiada apa lagi yang mengembirakan Nabi saw. setelah menghadapi segala penderitaan dan kesengsaraan di pentas perjuangan , melainkan baginda saw. melihat sendiri bagaimana keagongan Ilahi .

Ianya menjadi Nusrah ( pertolongan ) buat Nabi saw. dan juga kepada mereka yang menjejaki Manhaj an Nabawi ini .

Biarpun musuh sering menguasai keadaan dan pula senantiasa mempunyai kesempatan untuk menyakiti perasaan dan tubuh badan pejuang – pejuang Islam , Allah pasti sahaja tidak akan mensia – siakan mereka .

Menghayati tanda keagongan Allah swt. menjadikan pejuang Islam beroleh keyakinan bahawa perjuangan Islam ini bersandarkan satu kekuatan yang tidak mungkin dapat ditewaskan .

Fenomena inilah membuatkan Nabi saw. dan seluruh pejuang Islam di sepanjang zaman tidak lagi berasa gentar terhadap ancaman musuh , biar setinggi mana kuasa mereka , selebar mana pengaruh mereka dan sebanyak mana dana mereka , ternyata mereka teramat kerdil dan hina di sisi Allah swt.

Firman Allah swt :

و لا تهنوا في ابتغاء القوم إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون و ترجون من الله ما لا يرجون .
"Dan janganlah kamu berasa hina menghadapi golongan itu ( musuh kamu ) , jika kamu berasa sakit , sesungguhnya mereka juga berasa sakit sebagaimana kamu berasa sakit . sedang kamu mengharapkan ( redho ) Allah , suatu yang tidak diharapkan oleh mereka .

Friday, July 13, 2007

Mohon Maaf

Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat
yang menghantar sms menanyakan kepada saya
"bila nak update blog?",
Akhir-akhir ini saya agak sibuk dan tidak berkesempatan
untuk meng'update" blog saya, harap sahabat-sahabat faham ye..
Saya juga terpaksa susun balik jadual kuliah-kuliah saya dimasjid, surau,
markaz, serta pengisian dalaman untuk beberapa
kawasan di seluruh negeri Johor.
Insya Allah saya akan pamerkan jadual kuliah terbaru saya
untuk rujukan sahabat2, tapi buat masa ni belum siap lagi..
Terdapat beberapa perubahan besar,
seperti bermula pada hari Rabu (18 Julai 2007) minggu hadapan (setiap Rabu),
kuliah saya di Pondok Ledang adalah seperti berikut:
1) Kuliah Kitab Tafsir Quran (Surah al-Kahfi)
2) Kuliah Kitab Jawahirul Kalaamiyah (Tauhid/Arab)
Diadakan selepas solat maghrib..
3) Kuliah Kitab 40 Hadith Mendidik Jiwa (muqaddimah hadith ringkas/Arab)
4) Kuliah Kitab Muhimmah Fi Ilmi Hadith (Segala Hukum dalam rumahtangga/Jawi lama)
5) Kuliah Kitab Matan al-Ajrumiyyah ( Nahu/Arab)
6) Kuliah Kitab Mukhtasar Jiddan (Nahu/Arab)
Diadakan selepas solat Isya'... (9.30 mlm)..
Maknanya, hari Rabu kuliah di Pondok Ledang lebih padat
daripada hari-hari yang lain..
Kuliah Kitab Safinatun Naja dan Kitab Miftahut Tajwid
pada hari jumaat di Pondok Ledang terus seperti biasa..
Insya Allah saya akan siapkan jadual lengkap..

Tuesday, July 3, 2007

Telatah Ummu Hadhari & Penjelasan Ust Azhar Idrus



Program Tazkirah sempena Hi-tea Yayasan Amal Malaysia caw. Johor

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
Cikgu Ismail memberi penerangan berkenaan perkembangan dan aktiviti yayasan amal johor.

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
al-fakir ilaLlah al-ghani sedang memberikan tazkirah buat diri sendiri..dan semuanya.

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
mendengar tazkirah dari luar..

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
tekun mendengar..

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
antara yang hadir..

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
muslimat turut hadir..

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
khusyuk mengingatkan diri sendiri betapa kematian itu terlalu hampir..


Host unlimited photos at slide.com for FREE!
bertemu sahabat lama..Cikgu Rafi dan Cikgu Ibrahim..

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
menjamu selera..

berikan sokongan anda kepada Yayasan Amal Malaysia cawangan Johor
layari http://yamj.blogspot.com

Memahami Tarbiyyah (18)

INTIMA’ DAN IBTILA’

MUQADDIMAH

Intima’ dan Ibtila’: 2 aspek terpenting sebagai skala kelansungan perjuangan setiap individu . Intima’ yang rapuh akan gagal menghadapi kesengitan Ibtila’ di sepanjang jalan .

INTIMA’

Intima’ kita dengan PAS ini berasaskan kepada :

· Keimanan / keyakinan - Yakin menang
· Kesedaran / Keinsafan - Insaf bahawa ianya sukar
· Tanggungjawab / Kewajipan - Tanda syukur

Intima’ kita : Bukan spontan / irtijal jua bukan kerana terdesak. Intima’ ini menagih ufti yang terlalu mahal .

إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم و أموالهم بأن لهم الجنة يقاتلون في سبيل الله فيقتلون و يقتلون وعدا عليه حقا في التورــة و الإنجيل و القرآن و من أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذي بايعتم به و ذلك هو الفوز العظيم .
( التوبة 111 )

“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari dari orang - orang yang beriman diri dan harta mereka dengan memberi syurga untuk mereka . Mereka berperang pada jalan Allah , lalu mereka membunuh atau terbunuh . ( Itu telah menjadi ) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat , Injil dan Al quran dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah ? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar .”

Pemberian ufti Itulah menyelamatkan kita dari api neraka Allah swt.

يأيها الذي ءامنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم تؤمنون بالله و رسوله و تجاهدون في سبيل الله بأموالكم و أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون . يغفرلكم ذنوبكم و يدخلكم جنات تجرى من تحتها الأنهار و مساكن طيبة في جنات عدن ذلك الفوز العظيم .
( الصف 12 - 10 )

" Wahai orang - orang yang beriaman , sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu . Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya .”

Ufti yang diberi itu ialah :
· Nyawa ( Jiwa )
· Harta
· Tenaga
· Masa

Sementara pulangan hasil daripada ufti yang diberikan itu ialah :

· Keampunan ( Penghapusan dosa )
· Kemenangan ( Kelepasan dari neraka )
· Penempatan ( syurga )

Intima’ ini terlalu berharga . Kiranya tercicir / gugur , yang ruginya ialah kita .

و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردكم عن دينكم إن استطاعوا و من يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم في الدنيا و اللآخرة و أولئك أصحاب النار هم فيها خالدون إن الذين ءامنوا و الذين هاجروا و جاهدوا في سبيل الله أولئك يرجون رحمت الله و الله غفور رحيم .
( البقرة 218 - 217 )

“ Mereka tidak henti - henti memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu ( kepada kekafiran ) seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya , lalu dia mati sedang ia kafir maka mereka itulah yang sia - sia amalannya di dunia dan akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya .”

Kita mesti segera / secara outomatic cleaner - hilangkan khawatir / lintas ganggu yang mendesak kita meninggalkan Intima’ ini ( dengan pelbagai alasan ) walaupun ia dianggap logik .

Perlu sedar !! Intima’ ini bukan sambilan / latihan / ikut - ikutan . Sebaliknya ia suatu kewajipan .

INTIMA’UL AQIDI - ( الإنتمـاء العقيدي )

Kita masuk PAS kerana Aqidah . Bukan kerana syakhsiyyah seseorang.Inilah rahsia kekalnya da’awah PAS walau 1001 tribulasi melintang .

Intima’ Al - Aqidah menolak jenis - jenis Intima’ berikut :

· الإنتماء العفوي ( Spontan / cenderung )
· الإنتماء العاطفي ( Simpati / belas kasihan )
· الإنتماء المصلحي ( Kepentingan )
· الإنتماء الشخصي ( Peribadi )

INTIMA’UL MASHIRI ( الإنتمـاء المصيري )

Juga dikenali sebagai ( انتماء مؤبدا ) bukan ( انتماء مرحلة ) .

Allah telah jelas dalam Al-quran :


و من الناس من يقول ءامنا بالله فإذا أوذى في الله جعل فتنة الناس كعذاب الله و لئن جاء نصر من ربك ليقولن إنا كنا معكم أو ليس الله بأعلم بما في صدور العالمين . و ليعلمن الله الذين ءامنوا و ليعلمن المنافقين .
( العنكبوت 10 - 11 )

“ dan diantara manusia ada orang yang berkata : “ kami beriman kepada Allah ” maka apabila ia disakiti ( kerana ia beriman ) kepada Allah , ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah dan sungguh jika datang pertolongan dari tuhanmu , mereka pasti akan berkata : “sesungguhnya kami adalah bersamamu ” Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia . Dan sesungguhnya Allah benar - benar mengetahui orang - orang yang beriman dan sesungguhnya Ia mengetahui orang - orang yang munafiq .”

Intima’ mesti berdasarkan ( المصير ) berasaskan iman dan tabiatnya payah/sukar. melahirkan amal


و لنبلونكم حتى نعلم المجاهدين منكم و الصابرين و نبلوا أخباركم.

( محمد 31 )

“ Dan sesungguhnya kami benar - benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang - orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu dan agar kami menyatakan (baik buruk) hal ehwalmu .”

Notis :
Menelusuri sejarah Intima’ . Kita dapati dua ujian asasi :

· Fatamorgana dunia ( syahwah )
· konspirasi musuh durjana .

زين للناس حب الشهوات من النساء و البنين و القناطر المقنطرة من الذهب و الفضة و الخيل المسومة و الأنعام و الحرث ذلك متاع الحياة الدنيا والله عنده حسن المـآب .
( آل عمرآن 14 )

“ Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini , iaitu : wanita - wanita , anak - anak , harta yang banyak dari jenis emas , perak , kuda pilihan, binatang - binatang ternak dan sawah ladang . Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik .”


الذين قال لهم الناس إن الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزاد هم إيمانا و قالوا حسبنا الله و نعم الوكيل .
( ال عمرآن 173 )

“ ( Iaitu ) orang - orang ( yang mentaati Allah dan rasulNya ) yang kepada mereka ada orang - orang yang mengatakan : “ sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu , kerana itu takutlah kepada mereka .” maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab : “ Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik - baik pelindung.”

PRA SYARAT INTIMA’

Komitmen dengan program PAS الإلتزام بلقاء الجماعي
Dengar dan Taat اسمع و الطاعة
Gambaran yang jelas التصور الجلى الواضح
Kesetiaan الولاء
Semangat حماسة
Penampilan مظهر
Kerahsiaan tanzim سرية التنظيم


Kita bekerja / bertugas untuk Allah . Usah tanya dimana posisi kita .
Pemimpin atau pengikut ?!

IBTILA’

Mendokong PAS ini memerlukan nafas yang panjang .
Merancang perjalanan PAS memerlukan mata yang tajam.
Menjulang syiar PAS memerlukan semangat yang menunjang .
Menggerakkan jentera PAS memerlukan langkah yang mampan .

Justeru ia suatu kewajipan dan tanggungjawab yang sukar dan berat .



يأيها الذين ءامنوا مالكم إذا قيل لكم انفروا في سبيل الله اثاقلتم إلى الأرض أرضيتم بالحياة الدنيا من الآخرة فما متاع الحيوة الدنيا في الآخرة إلا قليل . إلا تنفروا يعذبكم عذابا أليما و يستبدل قوما غيركم و لا تضروه شيئا و الله على كل شئ قدير . إلا تنصروه فقد نصره الله إذ أخرجه الذين كفروا ثانى اثنين إذ هما في الغار إذ يقول لصاحبه : لا تحزن إن الله معنا فأنزل الله سكينته عليه و أيده بجنود لم تروها و جعل كلمة الذين كفروا السفلى و كلمة الله هى العليا و الله عزيز حكيم . انفروا خفافا و ثقالا و جاهدوا بأموالكم و أنفسكم فى سبيل الله ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون . لو كان عرضا قريبا و سفرا قاصدا لا تبعوك و لكن بعدت عليهم الشقة و سيحلفون بالله لو استطعنا لخرجنا معكم يهلكون انفسهم والله يعلم أنهم لكاذبون .
( التوبة 38 - 42 )

" Hai orang - orang beriman , apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu : “ berangkatlah ( untuk berjuang ) pada jalan Allah ” kamu berasa berat dan ingin tinggal ditempatmu ? apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat ? padahal kenikmatan hidup di dunia ini ( dibandingkan dengan kehidupan ) di akhirat hanyalah sedikit . Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang , nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksaan yang amat pedih dan digantinya kamu dengan golongan yang lain dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikitpun . Allah maha kuasa atas segala sesuatu . Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya iaitu ketika orang - orang kafir mengeluarkannya ( dari Makkah ) sedang ia salah seorang dari dua orang yang ketika itu keduanya berada di dalam gua , di waktu ia berkata kepada temannya : “ janganlah kamu berduka cita , sesungguhnya Allah beserta kita .” Maka Allah menurunkan ketenangannya kepada Muhammad dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan orang - orang kafir itulah yang rendah sementara kalimat Allah itulah yang tinggi . Allah maha perkasa lagi maha bijaksana. Berangkatlah kamu , baik dalam keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah . Yang sedemikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui . Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh pastilah mereka mengikuti mu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka . Mereka akan bersumpah dengan nama Allah : “ Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama - samamu” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar - benar orang yang berdusta .”

Menjadi sunnah pergerakkan PAS ini :

· Mengharungi gelombang maut yang memerangkap. ( Bahaya )
· Meredah sahara berduri yang meruncing . ( Sukar )
· Menjelajah benua luas yang berliku . ( Jauh dan Sulit )

Namun begitu :

· Tiada ruang untuk mengelak diri
· Tiada lorong untuk lolos dari sunnah itu

لا يستئذنك الذين يؤمنون بالله و اليوم الآخر أن يجاهدوا بأموالهم و أنفسهم و الله عليم بالمتقين إنما يستئذنك الذين لا يؤمنون بالله و اليوم الآخر وارتابت قلوبهم فهم في ريبهم يترددون .
( التوبة 44 - 45 )

“ Orang - orang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak akan meminta izin kepadamu untuk ( tidak ikut ) berjihad dengan harta dan diri mereka dan Allah mengetahui orang - orang yang bertaqwa . Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang - orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hati mereka ragu - ragu , kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya .”

Suatu yang wajar difahami bersama : Ibtila’ atau mehnah berfungsi sebagai satu saringan .


و لنبلونكم حتى نعلم المجاهدين منكم و الصابرين و نبلوا أخباركم . ( محمد 31 )

" Dan sesungguhnya kami benar - benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang - orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu dan agar kami menyatakan baik buruk hal ehwalmu.”

و لنبلونكم بشئ من الخوف و الجوع و نقص من الأومال و الأنفس و الثمرات و بشر الصابرين . ( البقرة 155 )

“ Dan sesungguhnya kami akan memberikan cobaan kepada mu dengan sedikit ketakutan , kelaparan , kekurangan harta , jiwa dan buah - buahan . Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar .”

الذين أصابتهم مصيبة قالوا إنا لله و إنا إليه راجعون أولئك عليهم صلوات من ربهم و رحمت و أولئك هم المهتدون

( البقرة 156 - 157 )

" ( iaitu ) orang - orang yang apabila ditimpa musibah , mereka mengucapakan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiuu’n” . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhan mereka dan mereka itulah orang - orang yang mendapat petunjuk.”


Saringan untuk lahirkan :
· Mujahid yang sabar
· Mendapat petunjuk sepanjang jalan


Ketahanan kita membawa mesej da’awah amat teruji tatkala kita berada di medan. Antara faktor penguji yang paling ketara ialah :

· Maslahah Syakhsiyyah Nafsu sendiri
Sayang anak isteri
Konflik peribadi
· Maslahah Maddiyah


لتبلون في أموالكم و أنفسكم و لتسمعن من الذين أوتوا الكتاب من قبلكم ومن الذين أشركوا أذى كثيرا و إن تصبروا و تتقوا فإن ذلك من عزم الأمور.
( ال عمرآن 186 )

" Kamu sungguh - sungguh akan diuji terhadap hartamu dan diri mu . dan juga kamu sungguh akan mendengar dari orang- orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang - orang mempersekutukan Allah , gangguan yang banyak yang menyakitkan hati . Jika kamu bersabar dan bertaqwa , maka sesungguhnya yang sedemikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan .”

Sebagai pejuang PAS kita terpaksa bertarung menghadapi kepentingan diri , keluarga , kerjaya dsb .



قل إن كان أباؤكم و أبناؤكم و إخوانكم و أزواجكم و عشيرتكم و أموال اقترفتموها و تجارة تخشون كسادها و مساكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله و جهاد في سبيله فتربصوا حتى يأتى الله بأمره و الله لا يهدى القوم الفاسقين ( التوبة 24 )

" Katakan lah jika bapa - bapa , anak - anak , saudara - saudara , isteri - isteri , kaum keluargamu , harta kekayaan yang kamu usahakan , perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaannya dan rumah - rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya dan jihad di jalanNya , maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang - orang fasiq .”


Antara lain , Ibtila’ yang dihadapi , di lema antara Amal Fardi , Amal Ijtimaie dan Amal Jamaie . Umumnya itu semua adalah Amal Islami . Namun dalam konteks kita tidak ada khalifah Islamiyyah , Amal Jamaie menjadi priority utama perjuangan PAS .


و لتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون.
( ال عمرآن 104 )

" Dan hendaklah ada dikalangan segolongan yang menyeru kebaikan , mengarah yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran dan mereka itulah yang beroleh kejayaan .”

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تـنهون عن المنكر و تؤمنون بالله ولو ءامن أهل الكتاب لكان خيرا لهم منهم المؤمنون و أكثرهم الفاسقون.
( ال عمرآن 110 )

" Kamu adalah sebaik - baik ummah yang dikeluarkan di tengah - tengah manusia supaya kamu mengarah yang ma’aruf dan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah . Sekiranya ahli kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka , diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah orang - orang yang fasiq .”


Notis :
· Amal Jamaie menjadi tanzim
· Amal Ijtimaie menjadi flatform
· Amal Fardi menjadi unsur pembinaan individu duat .

Beramal Fardi dengan meninggalkan Amal Jamaie adalah nyata kepincangannya .


إن الشيطان ذئب الإنسان كذئب الغنم يأخذ الشاة القاصية و الناحية فإياكم و الشعاب و عليكم بالجماعة و العامة و المسجد .
( رواه إمام أحمد )

“ Sesungguhnya syaithan adalah serigala ( kepada ) manusia sebagaimana serigala (kepada) kambing . Ia membunuh kambing yang bersendirian dan berasingan . Maka awasilah kamu dan juga masyarakat dan diwajibkan ke atas kamu berjamaah , berinteraksi dan mengimarahkan masjid .”



Berkata Abdullah ibnu Al Mubarak :

يا عــابد الحرمـين لو أبــصــــرتـنــا لـعـلــمــت أنك بالعــبادة تــلـــعـب.
من كان يخضب خده بدموعه فنحــــورنا بدمــــائـنا تـتـخضــب

“ Wahai hamba dua tanah haram kiranya kau lihat ( apa yang berlaku kepada ) kami
Nescaya kau akan mengetahui betapa kau hanya bermain - main terhadap ibadahmu”

“ Orang yang kebasahan pipinya dek air mata yang laju mengalir
tengkuk - tengkuk kami kebasahan dek darah kami yang mengalir”

Kita hanya selamat dan kuat dengan berjamaah .

IBTILA’ YANG MENGGANGGU KOMITMEN PROGRAM.

1. Luntur ketaatan pada pimpinan ( mengklasifikasikan pimpinan )
2. Kehadhiran program dalaman yang agak jarang .
3. Keprihatinan terhadap maklumat PAS tumpul
4. Sering beralasan dalam pelbagai keadaan

Menghadapi aneka Ibtila’ , kita mesti kaya perasaan dan berjiwa besar.

FAEDAH AL - IBTILA’

· تكفير الســـيئات
· رفع المـنـزلــة
· المكافأة في الدنيا
· إخلاص النفوس
· إظهار الناس على حقيقتهم
· الإقتداء بالصابرين

Sementara aspek yang lebih menguji / mencabar ialah konspirasi musuh Islam sedunia .


و إذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك و يمكرون و يمكر الله و الله خير الماكرين
( الأنفال 30 )

" Dan ingatlah tatkala orang - orang kafir mengatur tipudaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu . Mereka menyusun konspirasi itu dan Allah menggagalkan konspirasi mereka dan Allah sebaik - baik Pembalas konspirasi .”


Satu - satunya kekuatan bertahan menghadapi Ibtila’ yang pelbagai ialah yakin pada nusrah Ilahi . Ibtila’ suatu kepastian . Kita tidak boleh mengelak diri dari Ibtila’ justeru perjuangan ini amat mahal harganya .

Kita tidak boleh lari dari gelombang , kerana laut tetap bergelombang . Namun kita harus mahir cara menghadapi gelombang itu.


أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون و لقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا و ليعلمن الكاذبين .
( العنكبوت 2 - 3 )

" Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : “ kami telah beriman ” sedang mereka belum lagi diuji. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang - orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang - orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang - orang yang dusta .”

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة و لما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء و الضراء و زلزلوا
حتى يقول الرسول و الذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب .

( البقرة 214 )

“ Apakah kamu menyangka bahawa kamu boleh memasuki syurga sedang kamu belum didatangkan ( ujian ) sebagaimana yang ditimpakan kepada orang - orang sebelum kamu .Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncang ( dengan pelbagai cubaan ) sehingga berkatalah rasul dan orang - orang yang beriman bersamanya : “ bilakah lagi pertolongan Allah ” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu terlalu amat hampir .”


Kita tidak perlu meninggalkan perjuangan yang bergelombang ini , kelak kita amat rugi berbuat demikian .


يأيها الذين ءامنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتى الله بقوم يحبهم و يحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون في سبيل الله و لا يخافون لومة لائم ذلك فضل الله يؤتيه من يشـاء و الله واسع عليم إنما وليكم الله و رسوله والذين ءامنوا الذين يقيمون الصلوة و يؤتون الزكوة وهم راكعون و من يتول الله و رسوله و الذين ءامنوا فإن حزب الله هم الغالبون .
( الـمـائدة 54 - 56 )

“ Hai orang - orang yang beriman , barang siapa diantara kamu yang murtad dari agamanya maka Allah akan menggantikan dengan kaum yang lain , dimana Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah ,bersikap lemah lembut kepada orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang - orang kafir , mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut celaan orang - orang yang mencela . sedemikian itu kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya dan Allah maha luas pemberianNya dan maha mengetahui . Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasulNya jua orang - orang yang beriman yang mendirikan solat , menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah . Dan barangsiapa mengambil Allah , rasulnya dan orang - orang yang beriman menjadi penolongnya , maka sesungguhnya pengikut ( ugama ) Allah itulah yang pasti menang .”



PENUTUP .

Intima’ dan Ibtila’ selayaknya ditangani oleh setiap anggota jamaah dengan kesedaran tarbawi yang tinggi kerana ia tidak bersifat teori , sebaliknya perbahasan ini bersifat fikratul amal .