Thursday, April 30, 2009

Sudahkah anda temui apa yang tersirat?.. Jika belum, fahami yang ini pula...




KERJA-KERJA BODOH DALAM PAS (2)


Salam Kamunting,


1)


Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.


Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.


Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.


Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.


Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.


Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.


Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.


Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.


Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.


Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.


Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.


Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.


Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!


Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.


Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian
itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.


AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.


Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.


Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.


Sekarang masanya saya menjelaskan..


2)


Saya dengan sengajanya memilih perkataan 'pembantu - pembantu ayahanda' dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?


Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.


Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.


Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.


Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.


Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.


Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.


Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.


Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.


3)


Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.


Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.


Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.


Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!


Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!


Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.


Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.


4)


Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.


Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.


Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.


Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.


Kerja bodoh bukan menolak Unity
Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.


Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.


Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.


Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.


Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.


Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.


5)


Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.


Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.


Ini siasah syar'ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.


Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.


Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama 'mi celup'. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?


Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor 'mi celup'?


Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.


Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.


Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.



Intaha.


________



Semoga Allah memberi kita taufiq dan hidayahNya di dalam perjuangan dan jalan yang lurus.. dan mengurniakan kesihatan kepada 2 tokoh Tok Guru yang kita kasihi.. Amin..



artikel di atas sumbernya dari sini





Monday, April 27, 2009

Fahami segala yang tersurat & tersirat!





Kerja-kerja Bodoh dalam PAS


Salam Kamunting,


Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.


Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.


Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. "Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama."



Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa 'Unity Government' yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam 'kerajaan campuran' bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.



Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!


Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.


Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah 'husnuzhan' dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.


Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.


Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar 'mi celup', lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?


Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.


Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan 'pejuang nafsu' yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.


Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?


Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?


Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

Intaha.

_____________


Hamba kira artikel ini sudah memadai bagi menyatakan prinsip dan pandangan hamba terhadap isu/masalah yang diutarakan.. pendek kata.. hamba juga seperti al-Fadhil Ust Nik Abduh.! ..cumanya hamba tak berhajat mencari musuh... Semoga Allah menyelamatkan kita dari fitnah besar ini.. Amin.

sumber : dari sini


Thursday, April 23, 2009

Kunjungan Guru Mulia al-Habib Omar al-Hafidz hafizahulLah ke Malaysia






JADUAL KUNJUNGAN AL-ALLAMAH AL-MUHADDIS AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ HAFIZAHULLAH
KE MALAYSIA

1) ISNIN , 11 MEI , 6PTG - 10 MLM :
JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9 ,
SUBANG JAYA , SELANGOR.

2) SELASA, 12 MEI, 6PTG-10 MLM:
JILSAH DI MASJID SELAT ,
PULAU MELAKA, BANDARAYA MELAKA .

3) RABU , 13 MEI, 6PTG - 10 MLM :
JILSAH DI MASJID WILAYAH,
JALAN DUTA, KL.

www.alFalahUSJ9.blogspot.com
.
ANDA ADALAH DIJEMPUT HADIR
& TOLONG SEBAR-SEBARKAN

Sebahagian Dari Nasihat dan Kata-kata Hikmah Habib Umar



قَالَ فِى شَأنِ دَعْوَةٍ : اَلْوَاجِبُ أنْ نَكُوْنَ كُلُّنَا دَعَاةً وَ لَيْسَ بِوَاجِبٍ اَنْ نَكُوْنَ قُضَاةً اَوْ مُفْتِيَيْنِ (قُلْ هَذِهِ سَبِيْلِيْ أدْعُوْ اِلَى اللهِ عَلَى بَصِيْرَةٍ أنَا وَ مَنِ اتَّبَعَنِيْ) فَهَلْ نَحْنُ تَبِعْنَاهُ أوْ مَا تَبِعْنَاهُ ؟ فَالدَّعْوَةُ مَعْنَاهَا : نَقْلُ النَّاسَ مِنَ الشَّرِّ اِلَى اْلخَيْرِ وَ مِنَ الْغَفْلَةِ اِلَى الذِّكْرِ وَ مِنَ اْلأدْبَارِ اِلَى اْلإقْبَالِ وَ مِنَ لصِّفَاتِ الذَّمِيْمَةِ اِلَى الصِّفَاتِ الصَّالِحَةِ


Beliau حفظه الله تعالى berkata tentang dakwah: “Yang wajib bagi kita iaitu harus menjadi da’ie dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti. (Katakanlah Wahai Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku), apakah kita mengikuti Baginda atau tidak? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.



إذَا صَحَّ الْخُرُوْج حَصَلَ بِهِ الْعُرُوْج
Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke darjat yang tinggi.



كُلّ وَاحِدٍ قُرْبُهُ فِى الْقِيَامَةِ مِنَ اْلأنْبِيَاءِ عَلَى قَدْرِ إهْتِمَامِهِ بِهَذِهِ الدَّعْوَةِ
Kedekatan seseorang dengan para anbiya` di hari qiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.



املأ قَلْبَكَ بِمَحَبَّةِ إخْوَانِكَ يَنْجَبِرْ نُقْصَانُكَ وَ يَرْتَفِعْ عِنْدَ اللهِ شَأنَكَ

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.

مَنْ كَانَ سَيَلْقَي فِي الْمَوْتِ الْحَبِيْبَ فَالْمَوْتُ عِيْدًا لَهُ
Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.



مَنْ لَمْ يُجَالِسْ مُفْلِحُ كَيْفَ يُفْلِحُ وَ مَنْ جَالَسَ مُفْلِحَ كَيْفَ لاَ يُفْلِحُ
Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.



الإنْطِوَاءُ فِى الشَّيْخِ مُقَدِّمَةٌ لِلْلإنْطِوَاءِ فِى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَ اْلإنْطِوَاءُ فِى الرَّسُوْلِ مُقَدِّمَةٌ لِلْفَنَاءِ فِى اللهِ
Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم merupakan permulaan untuk fana pada Allah



لَمْ يَزَلِ النَّاسُ فِى كُلِّ وَقْتٍ مَا بَيْنَ صِنْفَيْنِ : صِنْفُ سِيْمَاهُمْ فِي وُجُوْهِهِمْ مِنْ أثَرِ السُّجُوْدِ وَ صِنْفُ سِيْمَاهُمْ فِى وُجُوْهِهِمْ مِنْ أثَرِ الْجُحُوْدِ
Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan:
· Golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud; dan
· Golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.


إنَّ لِلسُّجُوْدِ حَقِيْقَةً إذَا نَازَلَتْ اَنْوَارُهَا قَلْبَ الْعَبْدِ ظَلَّ الْقَلْبِ سَاجِدًا أبَدًا فَلاَ يَرْفَعُ عَنِ السُّجُوْدِ
Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahayanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.



أخْرِجْ خَوْفَ الْخَلْقِ مِنْ قَلْبِكَ تَسْتَرِحْ بِخَوْفِ الْخَلْقِ وَ أخْرِجْ رَجَاءَ الْخَلْقِ مِنْ قَلْبِكَ تَسْتَلِذَّ بِرَجَاءِ الْخَلْقِ
Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada Kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Kholiq.



كَثْرَةُ الصَّفَاطِ وَ كَثْرَةُ الْمِزَاحِ عَلاَمَةٌ خُلُوِّ الْقَلْبِ عَنْ تَعْظِيْمِ اللهِ تَعَالَى وَ عَلاَمَةٌ عَنْ ضَعْفِ اْلإيْمَانِ
Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari dhoifnya iman.



سَبَبٌ مِنْ أسْبَابِ نُزُوْلِ الْبَلاَءِ وَ الْمَصَائِبِ قِلَّةُ الْبُكَائِيْنَ فِى جَوْفِ اللَّيِلِ
Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.



أهْلُ اْلإتِّصَالِ مَعَ اللهِ اَمَْلَئَ اللهُ قُلُوْبَهُمْ بِالرَّحْمَةِ فِى كُلِّ لَحْظَةٍ
Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.



مَا ارْتَقَى اِلَى اْلقِمَّةِ اِلاَّ بْالْهِمَّةِ
Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).



مَا أعْجَبَ اْلأرْضُ كُلُّهَا عِبْرَةٌ أظُنُّ لاَ يُوْجَدُ عَلَى ظَهْرِ اْلأرْضِ شِبْرًا اِلاَّ وَ لِلْعَاقِلِ فِيْهِ عِبْرَةٌ اِذَا اعْتُبَرَ
Alangkah anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mahu mempelajarinya.



خَيْرُ النَّفْسِ مُخَالَفَتُهَا وَ شَرُّ النَّفْسِ طَاعَتُهَا
Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.



مِنْ دُوْنِ قَهْرِ النُّفُوْسِ مَا يَصِلُ الإنْسَانُ اِلَى رَبِّهِ قَطٌّ قَطٌّ قَطٌّ وَ اْلقُرْبُ مِنَ اللهِ عَلَى قَدْرِ تَصْفِيَةِ النُّفُوْسِ

Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.



إذَا انْفَتَحَتِ الْقُلُوْبُ حَصَلَ الْمَطْلُوْبَ
Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.



مَنْ كَانَ لَهُ بِحَارٌ مِنَ الْعِلْمِ ثُمَّ وَقَعَتْ قِطْرَةٌ مِنَ الْهَوَى لَفَسَدَتْ
Barangsiapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawanafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.


Monday, April 20, 2009

أسماء الله الحسنى للشيخ مشاري العفاسي

مختصر أركان الإيمان

بسم الله الرحمن الرحيم

اعلم أن أركان الإيمان ستة: الإيمان بالله وبملائكته وبكتبه وبرسله وباليوم الآخر وبالقدر خيره وشره.

ومعنى الإيمان بالله أن تعرف أن الله موجود قديم باق مخالف للخلق قائم بنفسه واحد حي عليم قادر مريد سميع بصير متكلم وأنه ليس معدوما ولا حادثا ولا فانيا ولا مشابها للخلق ولا محتاجا إلى شيء ولا اثنين فأكثر ولا ميتا ولا جاهلا ولا عاجزا ولا كارها ولا أصم ولا أعمى ولا أخرس وأن له كل كمال وليس فيه نقص وأنه يجوز أن يفعل كل ممكن وأن لا يفعل.

ومعنى الإيمان بملائكته أن تعرف أن لله ملائكة لا يعرف عددهم إلا الله لا يعصون الله ويفعلون ما يؤمرون، لا ينامون ولا يأكلون ولا يشربون ولا يتزوجون، ليسوا ذكورا ولا إناثا منهم حملة العرش ومنهم كروبيون ومنهم كاتبون ومنهم جبرائيل وميكائيل وإسرافيل وعزرائيل ومنكر ونكير ورضوان ومالك ورقيب وعتيد.

ومعنى الإيمان بكتبه أن تعرف أن لله كتبا أربعة التوراة لموسى فالزبور لداوود فالإنجيل لعيسى فالقرآن لمحمد عليهم الصلاة والسلام وأن له صحفا لا يعلم عددها إلا الله أنزلها على بعض أنبيائه وكلها نسخت إلا القران ونسخ بعضه ببعضه.

ومعنى الإيمان بأنبيائه أن تعرف أن لله أنبياء لا يعلم عددهم إلا الله منهم رسل ومنهم أمناء فطناء صادقون مبلّغون وليسوا بخائنين ولا بليدين ولا كاذبين ولا كاتمين ويجوز عليهم ما يجوز على البشر كالأكل والشرب والنكاح.
منهم آدم فإدريس فنوح فهود فصالح فلوط فإبراهيم فإسماعيل فإسحاق فيعقوب فيوسف فشعيب فهارون فموسى فداود فسليمان فأيوب فذوالكفل فيونس فإلياس فاليسع فزكريا فيحيى فعيسى فمحمد عليهم الصلاة والسلام وهو أفضل الخلائق فإبراهيم فموسى فعيسى فبقية الأنبياء فرؤساء الملائكة فأولياء البشر فعوام الملائكة فعوام البشر.
وأفضل الأمة أبوبكر فعمر فعثمان فعلي فبقية العشرة المبشرة طلحة وزبير وعبد الرحمن وسعد وسعيد وأبو عبيدة فبقية أهل بدر فأحد فبيعة الرضوان فالتفاضل مجهول.

ومحمد صلى الله عليه وسلم أبيض مشرب بحمرة متوسط لا بالطويل ولا بالقصير تولّد بمكة وبُعث بها عند تمام أربعين سنة وأُرسل بعد ثلاث فأقام بها عشرا فهاجر إلى المدينة فأقام بها كذلك وفي هذه المدة أُنزل عليه القرآن . وتوفي ودُفن بالمدينة وعمره ثلاث وستون سنة وليس في رأسه ولحيته عشرون شعرة بيضاء.

وأبوه عد الله فعبد المطلب فهاشم فعبد مناف فقصي فكلاب فمُرة فكعب فلأي فغالب ففهر فمالك فالنضر فكنانة فخزينة فمدركة فإلياس فمُضر فنزار فمعد فعدنان.

وأمه آمنة وأبوها وهب فعبد مناف فزهرة فكلاب إلى آخره. وزوجاته خديجة وعائشة وزينب وهند وسيدة ورماة وجيرية وميمونة وحفصة وصفية. وأولاده قاسم فزينب فرقية ففاطمة فأم كلثوم فعبد الله فإبراهيم.

وأخواله أسود وعمير وعبد يغوث وخالاته فرصة وفاختة وجميع ما قاله صلى الله عليه وسلم حق لا شبهة فيه كالإسراء وهو ذهابه ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى وكالمعراج وهو صعوده إلى السماوات السبع إلى ما شاء الله في اليقظة بالروح والجسد وكرؤيته لله مرتين ورجوعه في تلك الليلة إلى محله وكسؤال الملكين عن الميت بعد عود روحه وعقله إليه وكعذاب القبر للعاصين ونعيمه للمُطيعين وكالعرش والكرسي واللوح والقلم ولا نعلم حقيقتها، خلقها الله لا لاحتياجه إليها فليس في العرش للأتقاء والكرسي للجلوس واللوح والقلم لخوف النسيان.

ومعنى الإيمان باليوم الآخر أن تعتقد بوجوده وهو يوم القيامة وأوله من نفخة البعث ولا نهاية له وكبرى علاماته المهدي فالدجال فعيسى فيأجوج ومأجوج ودابة الأرض وطلوع الشمس من مغربها وظهور الدخان وخراب الكعبة بيد الحبشة ورفع القرآن وكفر أهل الأرض جميعا وبالبعث وهو إحياء الموتى وبالنشر وهو خروج الأرواح من الصور إلى الأجساد وبالحشر وهو سوق الناس إلى المحشر وبهول الموقف وهو مثل طول الوقوف ودنو الشمس وسؤال الملكين الأعمال وشهادة الأعضاء وبالحساب وهو أخذ الصحف المؤمن باليمن والكافر بالشمال من وراء الظهر وبالميزان وهو شيء يوزن به صحف الأعمال له كفتان أوسع من السماوات وبالصراط وهو جسر ممدود على جهنم أدق من الشعرة وأحد من السيف وبالجنة وهي سبع أفضلها جنة فردوس فعدن فخلد فنعيم فالمأوى ودار السلام ودار الجلال.

وبالنار وطبقاتها سبع أعلاها جهنم لعصاة المؤمنين فلظى لليهود فالحطمة للنصارى فالسعير للصابئين فسقر للمجوس فالجحيم لعبدة الأصنام فالهاوية للمنافقين.

وبجواز رؤية الله تعالى وهي للمؤمنين بلا كيف ولا جهة ولا لون ولا جسم. وبالحوض وهو له صلى الله عليه وسلم من شرب منه جرعة لا يظمأ أبدا.

وبشفاعة الأنبياء والأولياء للعاصين. وبأنه لا يخلد في النار من كان في قلبه درة من الإيمان وبغيرها كالعذاب للكافر والمنافق دائما وللعاصي بقدر عصيانه والمعذب الروح والبدن، وكالنعيم للمؤمن والمطيع .

ومعنى الإيمان بالقدر أن نعرف أن كل ما كان وما يكون للأبد بتقدير الله وإيجاده خير كان أو شر فكلاهما من الله ولكن لا يرضى بالشر ولا فاعل إلا الله ممن اعتقد أن النار تحرق بنفسها فهو كافر أو بقوة خلقها الله فيها ففي كفره قولان.

ومن اعتقد أن الله يحرق لكن لا يكون إلا بالنار فهو جاهل، أو أن عادته الإحراق بها ولو شاء أحرق بالماء البارد فهو مؤمن ناج إن شاء الله تعالى، جعلنا الله من الناجين آمين.

انتهى وبالله تعالى التوفيق.

Tuan Guru Presiden PAS sedia dicabar




Tuan Guru Presiden PAS sedia dicabar


Selepas selesai menyampaikan kuliah di sebuah masjid di Kota Bharu semalam, Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ditanya oleh pemberita adakah beliau sedia mempertahankan jawatannya sebagai Presiden PAS jika dicabar dalam Muktamar PAS Pusat kali ke 55 awal Jun ini.Kata Tuan Guru beliau bersedia untuk menghadapi cabaran dan menyerahkan kepada ahli-ahli PAS (para perwakilan) untuk memastikan siapakah selayaknya menjadi Presiden PAS. Kata beliau lagi, beliau tidak akan membuang pakaian (jawatan) kerana ia merupakan amanah yang diberikan kepadanya.


Ada orang yang tidak berapa selesa dengan kenyataan Tuan Guru ini atas pelbagai sebab dan ramai pula yang memberikan pelbagai tafsiran. Apa pun bagi saya selaku Presiden PAS dan sebagai pejuang parti yang istiqomah dan telah mengharungi berbagai mehnah dan tribulasi dalam perjuangan sehingga memegang jawatan nombor satu dalam parti sejak tahun 2002 dan kini parti berada dalam keadaan yang sangat selesa sejak ia ditubukan lebih 50 tahun lalu, Tuan Guru berhak memberikan pandangannya.Beliaulah sejak sekembalinya dari Timur Tengah pada tahun 1977 antara yang menyumbang ke arah menghidupkan kembali PAS yang ketika itu terkapai-kapai antara Islam dan perjuangan kebangsaan. Ramai yang tawaquf dalam perjuangan, ramai juga yang terus sahaja meninggalkannya. Tetapi Tuan Guru dan beberapa kerat pimpinan yang lain telah menyuntik semula roh Islam ke dalam perjuangan PAS. Slogan �kepimpinan ulamak� digema dan dihidupkan selepas diwaktu itu dan ia terus memukau perhatian ramai khasnya anak-anakmuda untuk kembali memberikan sokongan pada PAS.


Malah ramai di antara yang berada dalam parti hari ini adalah antara yang kagum dan yakin dengan perjuangan ini hasil dari dakwah dan kesedaran yang beliau dan rakan-rakannya berikan ketika ituTuan Guru antara pimpinan PAS ketika itu yang rajin menjelajah seluruh pelusuk negara. Beliau bukan sekadar berceramah politik memenuhi undangan akar-umbi tetapi memimpin kuliah-kuliah pengajian di pusat-pusat tarbiyah dan masjid serta surau untuk menghidupkan kembali kecintaan umat kepada Islam melalui ilmunya.


Selepas daripada itu Tuan Guru tidak menoleh ke belakang lagi, demi jemaah dan perjuangan beliua telah melangkah dengan yakin dan berani. Beliau ditembak dengan gas pemedih mata, di bawa ke balai, ditahan dari berceramah, diserang dan diperlakukan ketika ramai diantara kita tidak merasai pun cabaran dan gangguan seumpama itu.Beliau menang kerusi DUN di Terengganu pada tahun 1982 dan selepas itu gelaran ahli yang berhormat terus lekat padanya sehingga hari ini, termasuklah dengan kerusi Parlimen kemudiannya dan pada tempuh 1999-2004 sebagai MB terengganu dan kini kekal dengan kerusi DUN dan Parlimen.Walaupun mungkin ada yang cuba menafikan tetapi hakikatnya bukankah ketika beliau Presiden maka kita menerima pencapaian besar sebagaimana yang ada pada hari ini, termasuk menang di parlimen Kuala Terenggani dan Bukit Gantag.


Diperingkat antarabangsa sumbangan dan peranan beliau untuk gerakan Islam antarabangsa sangat besar dan diiktiraf ramai. Terbaru beliau membentang kertas dalam seminar tahunan antara mazhab di Tehran dengan menerima penghormatan luar biasa dari para ulamak dunia yang hadir selain negara tuan rumah.Saya menyatakan ini semua bukan untuk berkempen buat beliau, Tuan Guru bagi saya tidak perlu dikempen-kempen dan saya yakin seluruh ahli PAS tahu akan amalan, peribadi, akhlak dan komitmen Tuan Guru dalam perjuangan. Tujuan saya adalah untuk cuba menjelaskan mengapa sehingga Tuan Guru mengeluarkan kenyataan seperti di atas.Bagi saya beliau mengeluarkannya untuk menjelaskan bahwa jawatan Presiden di dalam PAS bukan jawatan eksklusif siapa-siapa termasuklah dirinya . Ia jawatan yang boleh dipertandingkan sekiranya ada pencalonan. Tiada kuota atau tiada kerusi �reserve� dalam PAS. Malah kalau kita teliti sejarah PAS, Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi pernah bertembung dengan Almarhum Prof Zulkifli Muhamad bagi jawatan Presiden PAS (ketika itu Yang Dipertua Agung).


Bagi Tuan Guru yang menghayati perjuangan, jika ada calon yang difikirkan layak, maka beliau bersedia menghadapinya untuk jawatan tertinggi PAS ini. Tetapi saya yakin rata-rata ahli-ahli PAS seluruh negara selesa dengan apa yang kita ada, tahu dan faham sejarah perjuangan serta matlamat perjuangan kita.


Cumanya diharapkan sebagai gerakan Islam kita kekalkan adab dan disiplin perjuangan kita. Kita boleh berkempen mana-mana calon yang kita fikir layak tetapi jangan kita menghina, merendah-rendah atau mengaibkan calon lain apalagi menabur fitnah dan seumpamanya. Kalah menang adat perjuangan kerana itu Tuan Guru menyebut beliau akan terus bersama PAS samada menang atau kalah.


Soalnya jika kita ambil iktibar dari kisah Nabi Ibrahim, perlukah alang rumah PAS ini ditukar dalam suasana kita pada hari ini, wallahualam.


Intaha. Artikel ini dipetik dari ROSLAN SMS CORNER

Thursday, April 16, 2009

Foto terkini pengajian di Pondok Ledang..

Firman ( الله تعالى ) ::

فَلَوْلاَ نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى الدِّيْنِ
وَلِيُنْذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوآ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُوْنَ
“Mengapa tiada pergi daripada tiap-tiap kaum daripada mereka itu
oleh seorang yang Thoifah ( satu Thoifah iaitu kumpulan )
kerana menuntut ‘ilmu, supaya memahami pada agama Islam
dan supaya mengajar mereka itu akan kaum mereka itu
apabila kembali mereka itu kepadanya.
Mudah-mudahan takut mereka itu akan ( الله تعالى ).”
[Surah At-Taubah, ayat 122 ]

Yang di hadapan al-faqir ini namanya Hj Omar,
penuntut di Pondok Ledang gelar sebagai Mulla Umar..
sudah 5 tahun beliau bertalaqqi menadah kitab bersama hamba..
kini beliau adalah pembaca kitab-kitab yang hamba
ajarkan di Pondok Ledang..



di situlah tempat duduknya selama 5 tahun pengajian..
kegigihan beliau menuntut ilmu menyebabkan hamba merasa malu..
orang muda lain pun sepatutnya kena malu jugak..
umur beliau 64 tahun..
sepanjang mengaji dengan hamba,
beliau telah beberapa kali menggantikan buku notanya
kerana penuh dengan catitan.
Allahu Rabbi..


Kata Imam Syafi’e ( رضى الله عنه )

طَلَبَ الْعِلْمِ أَفْضَلَ مِنْ صَلاَةِ النَّافِلَةِ

“Bermula menuntut ‘ilmu itu terlebih afdhal daripada
berbuat sembahyang sunat.” [Ihya' Ulumiddin]

Yang ni Pak Haji Osman, (Bekas Pensyarah Maktab Sultan Ibrahim).
Sebelah beliau Haji Azman (Bekas Pengarah Nenas Johor).
Sebelah beliau yg sedang tunduk tu Haji Elias (Orang Kaya Uda).
Mereka bertiga sahabat baik dan
telah menjadi murid hamba selama 5 tahun.
Pak Ji Osman ni umurnya lebih 70 Tahun..
sepanjang mengaji, tak pernah mengeluh walaupun kene
duduk bersila lebih 2 jam..
Allahu Rabbi...

Sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم )

إِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضًا بِمَايَصْنَعُ

“Bahawasanya Malaikat itu merendahkan akan beberapa sayapnya bagi orang yang menuntut ‘ilmu kerana sangat redha ia dengan yang diperbuatnya itu.”

[riwayat Imam Ahmad, dan Ibnu Hibban]

Yang pakai serban belakang Haji Omar ni
nama dia Haji Kamal (Kontraktor Besar Majidi)
kawan dia kat depan (sebelah Hj Omar) tu namanya Din,
baru 2 tahun mengaji dengan hamba.. tapi menjadi penuntut ilmu yang gigih..
dia bukak cawangan Majlis al-Banjari di Masjid Nurul Ta'zim, Majidi..
belakang Pak Ji Osman pulak namanya Haji Nizam (Tokeh Shell).
Haji Nizam ni pun seorang yang cinta majlis ilmu..
Lagi pulak seorang dermawan..
Allahu Rabbi..


Yang baju warna merun tu Haji Ali. Orang sini panggil Ali Misai.. :-)
sebelah kanan dia Imam Misran..
sebelah kiri dia Haji Murshid (Tokeh CD & Minyak Wangi)
Haji Murshid ni pun banyak dah khatam kitab...
Allahu Rabbi..

Yang pakai jubah kelabu ni murid baru.. baru 3 bulan mengaji kat sini..
namanya Wan, asal Ganu Kite..
Kalu klik Ganu, dia ngaji ngan Ustaz Azhar Idrus..
Yang belakang dia pakai baju warna hijau tu namanya akhie Mohd Noh,
abang Zaaba Ibrahim.
Pernah basah kuyup ditimpa hujan sewaktu nak pi mengaji..
tak patah semangat..
Allahu Rabbi..
Sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم ) :

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Barang siapa menjalani ia akan jalan menuntut di dalamnya akan ‘ilmu
nescaya menjalankan ( الله تعالى ) dengan dia akan jalan
yang memasukkan ke dalam Syurga.”
[Riwayat Muslim]

Yang bersandar kat tiang seri tu
namanya Dr Zahari (Doktor Pakar Johor Specialist)
murid lama juga.. dah 5 tahun..
walaupun beliau doktor pakar,, namun cinta pada majlis Ilmu..
beliau mengkhatamkan beberapa buah kitab iaitu
Kitab Matn Ajurumiyah,
Mukhtasar Jiddan,
Kitab 40 Hadis Mendidik Jiwa siri 1 & 2,
Kitab Muhimmah,
Matn Aqidatul Awam,
Matn Safinatun Naja,
Miftahut Tajwid,
Tajwid al-Faatihah,
Kitab Adab Imam & Makmum.. Dll..
secara talaqqi bersama al-Faqir..
Allahu Rabbi...

Majoriti hak pakai jubah putih tu murid lama semuanya..
Maaflah hamba tak dapat nak sebut satu persatu nama murid..
Tapi hamba selalu mendoakan agar Allah Taala melimpahkan Taufiq dan Hidayah-Nya
ke atas kita semua.. khususnya murid2 di Pondok Ledang, Masjid Majidi,
Surau Kauthar, Madrasah Sidi Ibrahim, Surau JPJ, Masjid Bukit Indah
dan lain-lain tempat..


Terdapat sebuah hadis daripada Abi Hurairah r.a,
ia berkata bahawa bersabda rasulullah saw;

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ
وَعِلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ
"apabila mati seseorang insan itu, maka terputuslah amalnya,
melainkan daripada tiga perkara :
sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat
dan anak soleh yang mendoakan baginya.”
(riwayat Imam at-Tirmizi) [hadis hasan shohih]
Mudah-mudahan ilmu yang kita kecapi di atas dunia ini
menjadi ilmu yang bermanfaat
dan ilmu yang diredhai Allah Subhanahu wa Taala
AMIN..

Friday, April 10, 2009

Surat Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat Kepada YB Nga Kor Ming (ADUN Pantai Remis Perak)

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Thursday, April 9, 2009

Alhamdulillah.. terbit kitab lagi..

Kulit Depan

Kulit Belakang
Segala puji-pujian hanya milik Allah, shalawat dan salam ke atas Rasulullah.
Agak lama sebenarnya hamba tidak menulis dalam ruangan blog ini. Yang ada hanya copy & paste sahaja. Jika tidak dilakukan demikian (up date), nescaya pengunjung blog ini melihat tidak ada apa-apa perubahan atau nanti ada yang menyangka blog ini sudah tidak berpenghuni lagi seperti sesetengah blog yang lain.
Pengajian Kitab al-Jawahirul Kalamiyah sudah hampir khatam, kitab aqidah ini hamba mula mengajar di Pondok Ledang bermula pada awal tahun 2007 yang lalu dan diajar pada setiap minggu. Kitab ini adalah kitab kedua dalam fan tauhid & aqidah yang hamba ajar setelah mengkhatamkan pengajian kitab Manzumah Aqidatul Awam.
Insya Allah apabila khatam pengajian Kitab al-Jawahirul Kalamiyah, hamba akan meneruskan pengajian dengan membawa Kitab Risalah al-Bajuri Fi Ilmi Tauhid. Insya Allah.
Oleh yang demikian, akhir-akhir ini hamba sibuk menyiapkan Kitab Risalah al-Bajuri tersebut. Ini kerana kebanyakan kitab-kitab yang hamba ajarkan, hamba taip semula dan cetak sendiri. al-maklumlah.. akhir zaman ni tok guru buat kitab sendiri, tok guru pergi tempat murid, tok guru bacakan untuk murid... :-) tak macam dulu-dulu.. Dulu tok guru sebut, murid imlak.. tok guru ngajar kat sejid rumah dia, murid pakat mari.. gurau je.. gurau tapi realiti..
Hak sebenarnya hamba nak ghoyak, ini beberapa asbab yang menyebabkan hamba lama tak menulis kat blog nie..
Satu lagi.. dalam diam-diam, Allah telah pun memberi pertolongan kepada hamba untuk menerbitkan satu lagi karya karangan dan susunan drpd hamba yang faqir ini.. Alhamdulillah..
Kitab terbaru ini hamba pernamakan dengan RISALAH SAFINATU AS-SALAAMAH (Bahtera Keselamatan). Jadi, dalam nak menyiapkannya juga, terpaksalah hamba mengabaikan seketika blog hamba ini. Kini alhamdulillah, kitab ini telah pun dicetak.. Terima kasih kepada murid-murid hamba yang sponsor kos percetakannya..
PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG
ALHAMDULILLAH.. Satu dunia telah pun mengetahui keputusannya.. cuma hamba nak ulang sekali lagi akan keputusannya.. iaitu.. PAS MENANG = Bee End KALOH LAGI..
TANBIH = Barang diingat, Kemenangan itu datangnya dari Allah Taala, bukannya atas kehebatan kita.. Allah berfirman yang ertinya ; "Allah lah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu lakukan" (as-saffat:96). Rasulullah saw pernah bersabda yang mafhumnya "Tidak bergerak walau satu zarah melainkan dengan izin Allah".
Oleh itu, segeralah kita mensucikan Allah (bertasbih), memuji-Nya (tahmid) dan memohon ampun (taubat/istighfar) kepada-Nya. Firman Allah yang ertinya " maka hendaklah kamu mensucikan Tuhanmu dengan memujiNya serta memohon ampun kepadaNya" (an-Nashr : 3).
Antara hikmah Allah Taala menyuruh kita beristighfar di saat menerima kemenangan, adalah kerana dalam usaha kita mencari kemenangan tersebut, ada di antara kita yang melakukan perbuatan yang tidak secocok dengan hukum hakam syarak. Ini terjadi dalam keadaan sedar mahupun tanpa disedari. Maka amat tepatlah perintah Allah, agar apabila Allah memberikan kemenangan, kita bersegera bertaubat kepada-Nya.
Dan antara hikmahnya juga ialah, supaya kemenangan dan amanah itu dipikul dengan hati yang bersih, dengan jiwa yang tulus sejurus memohon keampunan dari Ilahi, agar amanah tersebut terus mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah Azza wa Jalla..
Tahniah buat YB Haji Mohd Nizar..
sekian, wassalam.
ibnumasran al-banjari.

Wednesday, April 8, 2009

Raikan kemenangan dengan menSUCIkan ALLAH dan berISTIGHFAR..

Saturday, April 4, 2009

Azhan Atan : Bukit Gantang : Beramal Kerana Allah

Bantu Kempen untuk kemenangan Pakatan Rakyat

Friday, April 3, 2009

Wednesday, April 1, 2009