Monday, August 31, 2009

Iftar, Tarawih & Tazkirah bersama DPPK Bakri

Sdr Khairul Faizi memulakan ucapan dengan menceritakan
perkembangan terkini politik tanah air..

Hamba macam biasalah.. mengajak umat menjadi hamba Allah..

hubungkait puasa, ramadhan, al-Quran, petunjuk, perjuangan & taqwa..

berbuka bersama faizi, hamid, rahman & sahabat2 lain..

khusyuk...khusyuk..
JANGAN LUPA
HIMPUNAN BADAR AL-KUBRA
(HIMPUNAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR)
5 & 6 SEPT 2009
15 & 16 RAMADHAN 1430H
MARKAZ AIR MERAH, MERSING
SEMUA PEMUDA PAS JOHOR DI JEMPUT HADIR.

Thursday, August 27, 2009

HIMPUNAN BADAR AL-KUBRA :: PELUANG ANDA MENYUMBANG..

Klik gambar untuk besarkan.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kami mengalu-alukan sumbangan daripada Dato'/Tuan/Puan yang dermawan. Segala sumbangan / derma / zakat daripada pihak tuan akan kami tukarkan kepada BERAS dan akan diserahkan kepada penduduk faqir miskin di sekitar DUN Endau, Mersing.

Untuk sumbangan, sila hubungi Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPPNJ ;

Ust Ibrahim Hj Masran al-Banjari
H/P : 019-777 3248
E-mail : ibnumasran@yahoo.com

ATAU pihak tuan boleh terus bank in di nombor;

151017012932 (maybank)
IBRAHIM BIN MASRAN
* Selepas bank in, sila sms jumlah wang yang dimasukkan.

Kami mengucapkan selamat menderma / menyumbang di dalam Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Hanya Allah Taala yang akan membalas serta memberi ganjaran atas segala sumbangan Dato'/Tuan/Puan. Jazakallahu khairan jaza.

Yang menjalankan amanah,

Pengerusi,
Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

Tuesday, August 25, 2009

Tribute Murabbi : Seruan ke Himpunan Badar al-Kubra 1430H




SILA KLIK BANNER UNTUK BESARKAN. DIBENARKAN UPLOAD KE WEBLOG ANDA UNTUK BANTU PUBLISITI. TERIMA KASIH.

Jambori Amal Johor 2009 :: Tarbiyyah Amaliyyah..

al-Faqir bersama orang kuat Jabatan Amal Johor :
Kapten Khalim, Sarjan Ismael & Leftenan Adnan
Malam memipin Solat hajat, Subuh menyajikan TazkiyatunNafs..
Subuh menitiskan air mata, tgh hari bertitisan keringat..
beramal.. dan terus beramal..
Syabas Jabatan Amal Johor atas Jambori dan Amal anda.
Semoga diberkati Allah Subhanahu wa Taala.. amin.

JANGAN LUPA ! HIMPUNAN BADAR AL-KUBRA
5 & 6 SEPTEMBER 2009
KITA JUMPA LAGI DI MERSING! INSYA ALLAH

Monday, August 24, 2009

Jadual Ihya' Ramadhan 1430H DPPNJ + DPPK

kepada :

KETUA PEMUDA,
KETUA LAJNAH TARBIYYAH,
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN.


Assalamualaikum,

Berikut adalah jadual Ihya Ramadhan yang diputuskan oleh Lajnah Tarbiyyah DPPNJ dengan persetujuan DPPK. Mesyurat DPPNJ yg lalu telah bersetuju memutuskan program Ihya Ramadhan ini MESTI DI ADAKAN SECARA BERGABUNG MENGIKUT DPPK YANG TELAH DITETAPKAN.

JADUAL IHYA’ RAMADHAN 1430H / 2009

KUMPULAN 1

Bt. Pahat/Sri gading/ Pt Sulong/Ayer Hitam .
Tuan Rumah : Sri Gading
Tarikh : 12/09/09
wakil tarbiyyah : Ust. Ibrahim al-Banjari
wakil harian DPPNJ : Sdr Faizol Salleh


KUMPULAN 2

Bakri/Ledang/Pagoh/ Muar
Tuan Rumah : Bakri
Tarikh : 30/08/09
wakil tarbiyyah : Ust. Ibrahim al-Banjari
wakil harian DPPNJ : Sdr. Khairul Faizi


KUMPULAN 3

Segamat/Labis/Sekijang
Tuan Rumah : Segamat
tarikh : 12/09/09
wakil tarbiyyah : Ust. Khalid
wakil harian DPPNJ :


KUMPULAN 4

Pontian/Simpang Renggam/Tg. Piai
tuan Rumah : Pontian
Tarikh : 11/09/09
wakil tarbiyyah : Ust. Khalid & Ust. Nazarudin
wakil harian DPPNJ : Sdr Khairul Faizi

SATU JOHOR!
Mersing (Himpunan Badar al Kubra)
TARIKH : 5-6/09/09
Peserta : Seluruh Pemuda PAS Johor.
Jika anda Pemuda PAS Johor. Andalah yang kami nantikan..


KUMPULAN 5

Johor Bahru/Gelang Patah/Pasir Gudang/Tebrau/Pulai/Kulai
Tuan Rumah : Tebrau
TARIKH : 13/09/09
wakil tarbiyyah : Ust. Ibrahim al-banjari
wakil harian DPPNJ : Sdr Khairul Faizi


KUMPULAN 6

Kota Tinggi/Pengerang/Tenggara/Kluang/ Sembrong
Tuan Rumah : Kota Tinggi
tarikh : 13/09/09
wakil tarbiyyah : Ust. Khalid & Ust. Nazarudin
wakil harian DPPNJ : Sdr Faizol salleh

Diharap Ketua Pemuda, Setiausaha DPPK & Ketua Lajnah Tarbiyyah DPPK ambil perhatian dan tindakan segera. Sila berbincang bersama DPPK terbabit. Sila patuhi arahan.

Sekian,

Yang menjalankan amanah,

Ust Ibrahim Masran al-Banjari
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.


2 Ramadhan 1430H
Nusajaya.

HIMPUNAN BADAR AL-KUBRA

HIMPUNAN BADAR AL-KUBRA
(HIMPUNAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR)
15 & 16 Ramadhan 1430h
5 & 6 Sept 2009
Markaz PAS Air Merah, Mersing.
IHYA RAMADHAN :: IFTAR JAMAIE :: TARAWIKH :: TAZKIRAH :: BANTUAN KEBAJIKAN :: CERAMAH :: TADARUS AL-QURAN :: QIAMULLAIL :: TAZKIYATUNNAFS :: DLL.. Macam2 ada..

Ketua2 DPPK & Ketua Lajnah Tarbiyyah DPPK perlu ambil perhatian dan tindakan. Sila rancang perjalanan pemuda kawasan anda..

Pastikan anda tidak terkecuali untuk hadir pada program ini.

Saturday, August 22, 2009

Apa ada dengan Ramadhan?



بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah SAW bersabda, " Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan ALLAH dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi ALLAH. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Memohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendeng aranmu dari apa yang tidak halah kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul-alamin. Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. Sahabat-sahabat Rasulullah bertanya: "Ya Rasulullah Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan: Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kai-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa melakukan shalat sunat dibulan ini, ALLOH akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fa rdu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi: Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama dibulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah". "Wahai manusia!, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'."

"Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain." "Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukminin di dalamnya."

"Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang." Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah SAW, "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu." "Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barang siapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka."

"Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya." "Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka."

"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga."

(HR. Ibnu KHuzaimah).
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن


Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Sudahkah kita solat?...

Sudahkah kita bersyukur..

Martabat berpuasa dan syarat-syarat yang batin..

Orang yang berpuasa ada tiga martabat:

Martabat pertama puasa orang awam (awam) yakni puasa orang kebanyakan iaitu meningalkan makan, minum, jimak, dan menjaga daripada segala perkara yang membatalkan puasa.

Martabat kedua puasa orang pilihan (Khawwas) iaitu puasa orang soleh dan orang yang bertakwa, iaitu menahan diri dari segala yang tersebut pada martabat yang pertama, dan menahan segala anggotanya daripada berbuat maksiat dan daripada berbuat perkara yang sia-sia yang tidak memberi manfaat pada akhirat.

Hasil kesempurnaan puasa mereka itu dengan tujuh perkara;

1. Menjaga mata daripada melihat tiap-tiap yang haram, yang makruh, dan yang harus yang melalaikan hati daripada mengingati Allah. Sabda Rasulullah saw :

النظرة سهم مسموم من سهام إبليس لعنه الله فمن تركها خوفاً من الله آتاه الله عز وجل إيماناً يجد حلاوته في قلبه

“melihat itu iaitu satu panah yang dibubuh racun daripada beberapa panahan Iblis. Maka siapa yang meninggalkan melihat itu kerana takut akan Allah Taala, nescaya memberi akan dia oleh Allah Taala iman yg mendapat ia akam manis iman itu di dalam hatinya yakni di beri oleh Allat Taala akan dia tetap iman..”

خمس يفطرن الصائم: الكذب، والغيبة، والنميمة، واليمين الكاذبة، والنظر بشهوة

Lima perkara yang membatalkan pahala puasa: 1. berbohong. 2. mengumpat. 3. memperlagakan orang. 4. bersumpah dusta. 5. melihat suatu dengan sahwat (keinginan)

2. Menjaga lidah daripada perkataan yang haram, makruh dan perkataan yang sia-sia yang tiada manfaat di akhirat.

Sabda Rasulullah saw :

الصَّوْمُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ فَإِنْ امْرُؤٌ شَتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ

"puasa itu adalah perisai, maka apabila ada seseorang kamu berpuasa, maka janganlah ia mengerjakan sesuatu yang sia-sia, dan jangan berbuat akan perbuatan orang yang jahil Dan jika ada seseorang hendak memaki akan dia atau hendak membunuh akan dia, maka hendaklah ia berkata : bahawa sanya aku Maka jika ada seseorang hendak memaki akan dia atau hendak membunuh akan dia, maka hendaklah ia berkata : bahawa sanya aku berpuasa..(jangan dilawan org itu).

Berkata Imam Mujahid :

خصلتان يفسدان الصيام الغيبة والكذب

"Dua perkara membinasakan ia akan puasa. Pertama mengumpat-ngumpat akan orang (umpat yg diharamkan), kedua berdusta."

3. Memelihara telinga dari mendengar yang haram, yang makruh, dan yang sia-sia yang tiada manfaat di akhirat. Sabda Rasulullah saw :

المغتاب والمستمع شريكان في الإثم

“orang yang mengumpat dan orang yang mendengar akan sipengumpat, kedua-duanya bersekutu pada berdosa”

4. Memelihara tangan dan kaki daripada mencapai dan berjalan kepada yang haram, makruh dan sia-sia.

5. Memelihara perut, pada ketika berbuka dan makan sahur daripada memakan yang diharamkan, syubhat, makruh, dan berlebih-lebih pada yang harus, kerana tiada faedah menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari daripada makanan yang harus sedangkan pada ketika berbuka dan bersahur mengisikan perut dengan yang haram atau syubhat.

6. Menyedikitkan makan ketika berbuka dan berbuka dengan makanan yang halal. Sabda Rasulullah saw :

ما ملأ ابن آدم وعاء شراً من بطنه

“tiada memenuh oleh anak adam akan suatu tempat yang lebih jahat drpd memenuh perutnya dengan memakan yang halal”

Ertinya : walaupun makanan kita itu halal, namun Islam melarang jika ia melampaui batas.

7. Selepas berbuka, datangkan di dalam hati, roja’ dan khauf yakni harap diterima puasa, dan takut tidak diterima puasa.

Martabat yang ketiga puasa orang yang pilihan daripada yang terpilih (khawwasul-khawwas), yakni puasa orang yang hampir kepada tuhan (muqarrabin) (nisbah martabat bukan jasad) dan puasa orang yang benar-benar mengenal Allah (arifin / a’rif billah) mereka itu menjauhkan di dalam hatinya daripada mencita-cita dunia, dan memikirkannya, dan mengkosongkan hati selain daripada Allah. Mereka itu sentiasa musyahadah akan Allah yakni sentiasa melihat Allah dengan mata hati. ini martabat para nabi dan wali-wali Allah.

والله اعلم

Friday, August 14, 2009

Bukan Noordin, tapi Ibrohim..

Demikianlah taqdir dan janji Ilahi..
(Malaysia) Semoga alunan zikir munajat Asri Ibrahim (Rabbani) menjadi sebahagian perkara yang bermanfaat yang beliau tinggalkan.. untuk menerangi kuburnya..

(Indonesia) Siapa pun orangnya, mereka telah membuat pilihan.. dan Allah lah yang memilihnya..
Semoga Allah menempatkan mereka bersama para syuhada' dan sholihin.. Amin.. -al-faatihah-
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿١﴾ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ﴿٢﴾ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ‌ٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَ‌ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴿٧﴾

Tuesday, August 11, 2009

PROMOSI : POSTER DOA RABITHOH : Terbitan Lajnah Tarbiyyah DPPNJ

Sdr. Khairul Faizi (Ketua DPPNJ) bersama al-faqir (Pengerusi Lajnah)
mempromosikan Poster yang dilancarkan pada 8 Julai 2009
di Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.


Alhamdulillah, segala puji milik Allah, Sholawat dan Salam ke atas Rasulillah, dan keluarganya, sahabatnya dan mereka yang menurut jalannya..

Lajnah Tarbiyyah DPPNJ dalam rangka memperkasa tarbiyyah dari sudut ilmu, iman, amal & jihad, kali ini menerbitkan beberapa Poster seperti Doa Rabithoh, Doa Qunut Nazilah dan Doa Wahdah..

Poster ini diterbitkan agar memudahkan ahli-ahli dan pimpinan untuk menghafaznya dan menjadikannya sebahagian amalan dalam kehidupan sehari-harian sebagai pejuang Islam.

Poster ini sewajarnya dimiliki oleh individu pejuang Islam / ahli PAS dan dijadikan syiar yang dipemerkan di rumah, di markaz-markaz dan pusat tarbiyyah di seluruh Johor.

Poster ini dicetak berwarna, menggunakan hard paper dan ber size A3.

Poster ini boleh didapati daripada wakil jualan kami di ceramah-ceramah umum di seluruh Johor, khasnya di ceramah Dr Haron Din ( 12/8 di Benut, Pontian) dan ceramah Tuan Guru Nik Aziz ( 14/8 di Pt Jawa, Muar).

Lajnah Tarbiyyah akan meneruskan usaha-usaha menerbitkan Poster, Risalah & Buku-buku yang bermanfaat untuk individu, jamaah & Islam. Insya Allah..

Semoga Allah Subhanahu wa Taala sentiasa mempermudahkan urusan kami.. Amin..

- al-Banjari -

Monday, August 10, 2009

Noordin Mat Top : Lagi berita terkini yang meyakinkan beliau belum syahid..



بسم الله الرحمن الرحيم

Hamba secara pribadi sentiasa berdoa agar Allah SWT memelihara setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas berjihad di Jalan-Nya.. walaupun thoriqah akhi noordin berbeza dengan thoriqah kami, namun tujuan dan maksudnya adalah sama.

Di atas dasar ini, dan atas dasar persaudaraan sesama mukmin, hamba tetap berdoa agar Allah SWT memeliharanya, demikian juga terhadap Syaikh Usamah Ladin hafizahullah, Syaikh Aiman al-Zawahiriy hafizahullah dan seluruh mukminin yang berjihad di Jalan Allah..

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".
(Muhammad : 7)

Inilah keyakinan yang telah sebati dalam roh dan jasad kami..

Jika benar akhi noordin telah syahid, maka hamba tetap bersyukur di atas nikmat dan kemuliaan yang Allah kurniakan terhadap saudara kami itu. Sungguh itulah cita-cita dan harapan besar ke atas mereka yang berjihad di jalan Allah. Hamba menumpang gembira dan berkah atas kemuliaan itu. Semoga Allah menggantikan kami pula sebagai "orang-orang yang menunggu giliran.."

Namun di hati kecil ini, meyakini akhi noordin masih di dalam pemeliharaan Allah SWT.. Allah Maha Tahu..

Allah sentiasa menginginkan Jihad itu tetap berjalan sehingga ke hari qiamat. Dan Allah telah berfirman :

فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْ ۚ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ رَمَىٰ ۚ وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَاءً حَسَنًا ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui". (Al Anfal : 17).

Firman-Nya lagi :

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ

"Perangilah mereka, niscaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman". (At-taubah : 14).

Hanya orang-orang kafir dan munafiq yang gementar hati dan jiwa mereka. Tidak ramai di saat ini yang berjaya menggentarkan jiwa kafirun dan munafiqun, melainkan orang itu adalah orang pilihan Allah SWT..

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara "orang-orang pilihan-Nya" itu.. Amin.

الله أكبر ولله العزة ولرسوله والموءمنون

Sunday, August 9, 2009

Siri Lawatan Lajnah Tarbiyyah DPPNJ ke DPPK (6)





SIRI (6) DPPK PULAI

Syukur Alhamdulillah, sungguhpun bertembung dengan program-program yang lain, namun kepimpinan pemuda Pulai dapat meneruskan jua program kursus bina fiqrah (tamrin thaqafi) seperti yang dirancangkan.

Seperti yang tuan-tuan maklum, ketua pemuda Pulai Sdr Zaaba Ibrahim tidak sihat. Beliau cedera setelah dibelasah teruk oleh Budak Suruhan @ Samseng Umno Be End sewaktu demontrasi Mansuh ISA lalu. Sebelum program mula, sdr Zaaba ada memaklumkan keadaannya (uzur syarie). Begitulah sdr Zaaba.. tetap memaklumkan keuzurannya walaupun kami sudahpun maklum keadaannya.

Pada malam jumaat yang lalu, hamba berbual panjang di rumahnya dan memahami keadaannya. Beliau adalah sahabat karib dalam perjuangan sekaligus murid dalam pengajian. Semoga Allah mengurniakan kekuatan iman dan tsabat dalam perjuangan yang penuh ranjau dan duri ini kepada beliau dan kami. Amin..

Timbalan pula berehat-rehat di rumah. Manakala naib ketua dan adiknya (a. samad said pulai) ada kursus di Kuala Lumpur. Namun anak buah usrah yang lain tetap teguh meneruskan program seperti yang telah dirancangkan. Tahniah.

Jamuan mee hoon istimewa fadzil bersama kopi Pasti.. Alhamdulillah sedap..

Ala kulli hal, mudah-mudahan pengisian tersebut memberi manfaat kepada hamba dan mereka. Amin..

(siri lawatan ini adalah bertujuan mendapatkan maklumat secara langsung terhadap perkembangan dan perjalanan proses pentarbiyyahan di peringkat DPPK seluruh Johor.)

Kawasan mana pula selepas ini? Nantikan kehadiran kami.. :-) Semoga Allah permudahkan urusan kita.. Amin..
::::::::::::::::::::::::::::
siri lawatan (5) KLIK
siri lawatan (4) KLIK
siri lawatan (3) KLIK
siri lawatan (2) KLIK
siri lawatan (1) KLIK

Noordin Mat Top : Kami juga yakin beliau belum syahid..





setelah anda saksikan keterangan di atas, saksikan pula keterangan di bawah ini, nescaya anda akan bersetuju dengan kami.. iaitu Noordin Mat Top masih belum syahid..





amerika melatih, amerika membentuk, amerika mendoktrin, amerika lah pencetus keganasan, amerika lah terrorist!!!.

Monday, August 3, 2009

Mansuh ISA : Apa Laporan al-Jazeera?..





























Sunday, August 2, 2009

Reality TV : 1 Malaysia Mesti Tonton : Mansuh ISA!











1 Malaysia : Sembur Didahulukan, Tangkap Diutamakan.