Saturday, January 31, 2009

Sunday, January 18, 2009

Alhamduillah.. PAS Menang! Be End kaloh!



PAS menang, Abdul Wahid layak ke Parlimen!
Harakahdaily Sat Jan 17, 09 9:30:53 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.
Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit.

Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA) DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.)

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm _

Alhamdulillah.. PAS Menang lagi..


PAS rampas kerusi Parlimen KT
Jan 17, 09 9:59am

9.29 malam Pengumuman rasmi dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan.

9.25 malam Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

9.12 malam Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada bila-bila sekarang. Tiada pemimpin Umno kelihatan di Stadium negeri. Dan hanya calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut berada di situ.
9.10 malam Tidak rasmi - PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira. Pegawai pengurus pilihanraya telah memanggil semua calon naik ke pentas.

9.08 malam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin tinggi yang lain dalam perjalanan ke Stadium Negeri untuk pengumuman keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sehingga ini, calon PAS masih mendahului pengiraan undi.

8.55 malam Ribuan penyokong PAS mula membanjiri Stadium Negeri untuk menunggu pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Dengan tinggal kurang daripada 10,000 undi lagi yang dibelum dikira, calon PAS sedang mendahului dengan kira-kira 1,700 undi.

8.50 malam Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu bahawa calonnya memenangi pengundian di kesemua empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.

8.45 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 28,249 undi, BN mendapat 26,498 undi. PAS mendahului dengan 1,751 undi. Calon bebas mendapat 160 undi.

8.35 malam Dengan kira-kira baki 10,000 undi lagi yang belum dikira, PAS semakin jelas akan memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

8.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,976 undi manakala BN mendapat 24,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,132 undi.

8.25 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,971undi manakala BN mendapat 23,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,182 undi.

8.20 malam Keputusan tidak rasmi - Sumber-sumber BN percaya PAS akan berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Ini memandangkan hanya tinggal baki 15,125 undi lagi yang belum dikira. Sehingga ini, PAS dipercayai menang di semua empat DUN.

8.16 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

8.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS memenangi pengiraan undi bagi Dewan Undangan Negeri Bandar dengan majoriti 190 undi.

8.00 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 23,640 undi, BN mendapat 21,614 undi. PAS mendahului dengan 2,026 undi. Calon bebas mendapat 136 undi.

7.50 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 22,030 undi, BN mendapat 20,476 undi. PAS mendahului dengan 1,554 undi. Calon bebas mendapat 134 undi. Sehingga ini 43,000 undi telah dikira.

Di pusat perjumlahan SPR pula, selepas 50 kotak undi dikira, BN mendapat 11,120 undi, PAS 10,802 undi dan bebas 69 undi. Sejumlah 64 kotak lagi dalam perjalanan.

7.40 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 19,487 undi, BN mendapat 18,480 undi. PAS mendahului dengan 1,007 undi. PAS mendahuli di semua DUN. Ini bermakna lebih 50 peratus undi telah dikira, berdasarkan 79.3 peratus pengundian hari ini atau 63,967 yang keluar mengundi.

7.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 18,934 undi, BN mendapat 17,907 undi. PAS mendahului dengan 1,027 undi.Calon bebas mendapat 113 undi.

7.25 malam Keputusan tidak rasmi - Daripada 38,000 undi yang dikira sehingga ini, PAS mendahului dengan majoriti 1,078 undi.

7.22 malam Keputusan tidak ramsi - PAS mendapat 17,573 undi, BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan 778 undi.

7.20 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 17,531 undi manakala BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan majoriti 778 undi. Bebas pula mendapat 107 undi.

7.15 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,475 manakala BN mendapat 16,018 undi. PAS mendahului dengan 457 undi. PAS juga mendahului dengan majoriti 758 undi di Wakaf Mempelam, 355 undi di Bandar dan 308 undi di Batu Burok. BN mendahului dengan 9 undi di Ladang.

7.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,237 undi manakala BN mendapat 15,707 undi. Calon bebas mendapat 89 undi.

7.05 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

7.02 malam Keputusan tidak rasmi - BN mendapat 1,039 undi manakala PAS mendapat 86 undi. Calon bebas mendapat 1 undi.

7.00 malam Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

6.55 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 13,095 undi manakala PAS mendapat 13,042. Calon bebas mendapat 72 undi.

6.50 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.

6.30 ptg Keputusan tidak rasmi - daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 259 undi. 80 peratus lagi undi dalam proses pengiraan.

5.00 ptg Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula jam 8 pagi ini, ditutupkan tepat jam 5 petang ini.

Kesemua kertas undi akan dikira di 143 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini.

4.30 ptg Sebanyak 76 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi.

4.00 ptg Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau 'ditahan' skuad pemantau PAS kerana menyamar sebagai agen tempat mengundi. Berita mengenainya di siarkan dalam Harakahdaily.net hari ini, yang mendakwa Azeez ditahan ketika keluar dari tempat mengundi di SK Pusat Cabang Tiga. Ketika dihubungi Malaysiakini, Azeez berkata ia adalah satu fitnah kerana beliau sepanjang masa berada di pondok panas Tok Ku di DUN Bandar.Baca berita lanjut

2.45 ptg Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.

2.00 ptg Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.
1.30 t/hari Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.

1.00 t/hari Kemeriahan penyokong petugas BN dan PAS yang dari Terengganu jelas kelihatan di jalan dan tempat membuang undi. Menurut penduduk, pilihanraya umum lalu tidak semeriah hari ini. Penyokong PAS bertakbir dan berselamat, manakala penyokong BN melaungkan gelombang biru.

12.40 t/hari Di DUN Batu Buruk, PKR menyediakan sukarelawan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian di sana. Menurut ketua bahagian PKR Batu Burok, Zarawi Embong berkata, keadaan seperti pesta apabila kedua belah pihak bersorak ria antara satu sama lain.
12.30 t/hari Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.

12 t/hari Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.

11.40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.
11.15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.

11 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.
10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.
9.00 pagi Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ' Allahu-akbar' dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan "PAS kluk klek", "PAS bohong."
8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'.
8.30 pagi Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.
8.15 pagi Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: "Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN".
7.50 pagi Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.
7.45 pagi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.

sumber : http://www.malaysiakini.com/

Saturday, January 17, 2009

Ingat Allah ketika mengundi - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


"Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."

PILIHAN raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini menjadi medan mengukur kemampuan fenomena Mac 2008 beralih ke Terengganu. Lebih 80,000 pengundi bakal merumuskan hala tuju politik negara seterusnya. Impak pilihan raya kecil ini cukup besar dan boleh merubah senario politik masa depan negara. Justeru, pengundi harus menggunakan kesempatan berharga ini dengan matang dan bijaksana.

Bagi memandu pengundi membuat pilihan terbaik, ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditemui di pejabat Menteri Besar Kelantan, di Kota Darulnaim, Ahad, 11 Januari lalu.

HARAKAH: Umno kini bermati-matian mahu mempertahankan penguasaannya di Kuala Terengganu. Kempen pilihan raya pun semakin hangat dan mendebarkan. Bagaimana Tok Guru melihatnya?

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ: Sekarang berlaku pertelagahan antara gerakan Islam yang dipimpin oleh PAS dan gerakan nasionalis yang dipimpin oleh Umno untuk berebut hendak jaga negeri. Kalau lebih 50 tahun dulu, antara Inggeris dan Jepun berebut juga, hendak jaga Tanah Melayu.

Dan kira-kira hampir 2,000 tahun lalu perbalahan berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Juga sama-sama berebut hendak jaga negeri. Hak mana yang betul kerana orang Islam ini bukan semata-mata hendak makan atau minum. Islam mengajar makan minum yang betul. Berumah tangga yang betul atau politik yang betul. Betul itu kena dengan kehendak Allah Taala. Ini beza ajaran Islam dengan ajaran manusia sama ada kita Melayu atau Cina Muslim itu tidak kiralah. Ajaran Islam tidak serupa dengan ajaran yang manusia buat. Manusia reti apa di hujung dunia ada syurga neraka yang tahu benda itu ialah tukang yang membuat dunia iaitu Allah Taala. Allah Taala ajar benda ini kepada nabi-nabi sejak zaman-zaman sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw.

Ada ayat al Quran menyebut selepas mati kita akan dihidupkan balik. Selepas mati kita tidak perlu lagi sembahyang, puasa, mengundi atau apa sahaja sudah tidak ada lagi. Yang ada kamu dipaksa balik ke pangkuan Allah Taala. Ini masalah yang berlaku sejak dahulu kepada nabi-nabi dengan umat masing-masing. Begitu juga pada masa Nabi Muhammad s.a.w. dengan umatnya termasuk kita. Ini benda yang PAS hendak sebut. Ini juga yang kita sering sebut dalam sembahyang. Sembahyang, hajiku, hidup mati untuk-Mu Allah Taala. Untuk-Mu itu hendak pergi macam mana kalau bukan melalui Islam.

Kalau benda itu kita boleh buat tanpa melalui Islam, apa faedah Allah Taala kirim nabi-nabi. Apa tujuan kirim nabi sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kalau kita tolak Islam seperti yang diamalkan Umno sekarang dan mengambil kebangsaan, soalnya agama Islam itu berhenti setakat mana. Adakah Islam tidak berguna sekarang kerana tempoh dah habis atau macam mana? Mengapa kita tolak agama dan ambil kebangsaan. Adakah Umno fikir Islam tamat setakat 1946 ketika Umno mulai wujud atau Islam terus sampai khiamat. Orang Islam di seluruh dunia akui Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi akhir zaman.

Ini punca PAS dan Umno bertelagah. Apa salah kalau Umno tinggalkan kebangsaan. Islam itu terkandung di dalam al-Quran, dan di dalam terkandung semua termasuk politik, ibadat dan keselamatan. Ini kerana al-Quran didatangkan daripada Allah Taala. Bezanya sekarang Umno hanya selamat setakat dunia dan nak pergi akhirat tidak boleh. Arab, Cina, India hendak pergi syurga semuanya melalui Islam. Ini perkara pokok.

Ini bererti risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. bukan terhenti setakat tahun 1946 sahaja. Ini punca segala pertelagahan yang berlaku sekarang, dan sebab itu saya minta semua kawan-kawan dalam Umno bermula daripada peringkat 'grassroot' sehingga pemimpin atasan. Tidak ada guna satu sen pun perjuangan kebangsaan. Hendak pembangunan semua parti yang memerintah boleh buat pembangunan.

Kalau komunis memerintah di negeri ini sekalipun mereka juga mampu buat pembangunan. Sekadar pembangunan lahiriah ini semua orang boleh buat. Tidak payahlah Allah Taala kirim nabi kalau sekadar kehidupan manusia mahu kepada pembangunan. Kafir Quraisy, Rom dan Parsi buat pemnbangunan sampai sekarang pun kita dapat lihat kesannya. Di Mesir ada piramid dan macam-macam lagi. Apa yang penting pemnbangunan tidak boleh sampai ke akhirat.

Masuk kubur kita hanya bawa jari 10 sedangkan kita mempunyai banyak duit di dunia. Kita ada tenaga di atas dunia mengapa tidak boleh bawa bersama di dalam kubur. Islam sahaja �cable� yang boleh membawa kita dari dunia sampai ke akhirat. Kepandaian, kebijaksaan dan harta kita semuanya itu boleh kita tukar melalui pertukaran benda kepada pahala. Ini perkara besar yang menguasai pemikiran manusia sekarang sama yang menyokong atau melawan gerakan Islam.

Oleh itu saya minta kalau sesiapa sahaja yang hendak pembangunan ia tidak boleh membawa kita ke akhirat tanpa melalui Islam. Kami jaga Melayu sampai ke akhirat tetapi Umno jaga Melayu setakat dunia sahaja. Islam ini kalau buat tanpa ikhlas tidak jadi, tidak kiralah orang PAS sendiri pun. Sembahyang, kempen tidak ikhlas tidak jadi. Kita mahu Islam dan iman.

Apa langkah terakhir calon dan petugas PAS lakukan menjelang hari mengundi Sabtu ini?

Langkah awal akhir ini tidak ada dalam Islam, kerana ia awal dan akhir selama-lamanya. Hidup kita di atas dunia ini bertengkar dengan nafsu. Dalam tubuh kita ada nafsu. Amarah, lawamah, mutmainah. Kita kena yakin kerja mengundi ini sebagai kerja agama. Ini kerana kerja memerintah negeri ini ialah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah tidak boleh memerintah sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah Taala. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah Taala. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah Taala dan bukan hamba duit dan sebagainya.

Kita perlu solat hajat?

Solat hajat kita perlu buat setiap masa. Tidak boleh bermusim, satu budaya orang kita bermusim ketika sakit, anak hendak periksa, hendak mengundi. Tapi tak apalah kalau tidak ada langsung baik kita buat.

Bagaimana situasi yang Tok Guru tengok terhadap kecederungan politik rakyat di Kuala Terengganu sekarang?

Pada hari penamaan calon saya pergi ke sana. Saya tengok kalau di tepi-tepi jalan nampaknya petugas PAS lebih rancak. Kegiatan Umno tidak nampak sangat. Cuma di sesetengah tempat mereka ghairah dengan poster. Hari itu tidak nampak sangat kegiatan Umno, jadi kita harap perkara itu biarlah berterusan.

Sejauh mana Tok Guru mengenali Mohd Abdul Wahid Endut sebagai seorang pemimpin yang patut dipilih?

Kita mengenalinya kerana beliau sudah lama menjadi wakil rakyat. Sejak 1990 lagi menjadi wakil rakyat. Lagi pun tidak kedengaran sungutan rakyat terhadapnya. Harap begitulah. Kalau tidak masakan ia menjadi pilihan kepada Presiden yang juga orang Terengganu.

Kegelisahan pihak lawan nampak sangat sehingga terpaksa mengerahkan begitu ramai anggota keselamatan. Ia mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil. Mungkinkah ada sesuatu di sebalik nama keselamatan yang Tok Guru lihat?

Kalau hendak datang begitu ramai bagi menjaga keselamatan, itu tidak menjadi masalah. Kalau Umno mahu memperalatkan polis dalam pilihan raya kecil ini bermakna berlaku celaka besarlah dalam demokrasi. Kedudukan Terengganu di tengah-tengah laluan ke Kuala Lumpur, jadi orang dapat tengoklah keadaan sebenar yang berlaku. Bagaimanapun harap-harap Pengerusi SPR baru, yang sebelum ini banyak tercalit dengan perkara-perkara yang mencurigakan, dapat ambil berat hal ini. Peristiwa Batu Burok dahulu sangat-sangat menyedihkan.

Sambutan penduduk Cina kepada calon PAS pun semakin meningkat. Kalau sebelum ini mereka sukar didekati namun sekarang tidak lagi. Adakah ini suatu petanda yang cukup menarik?

Ini sutu perkembangan yang cukup menarik sekali. Memanglah benda baik biar pun ditekan lama-lamaan akan menyerlah juga. Macam bola yang ditekan ke dalam air, lama-lama air akan melantun juga ke atas. Begitu juga dengan kebenaran kita boleh tekan namun lama-kelamaan ia akan naik balik.

Sebelum ini media massa sebut PAS antipembangunan, antikemajuan tetapi Cina di Kelantan tengok setiap hari berlaku pembangunan di negeri ini. Saya sebagai ketua kerajaan yang bergelar ulama boleh datang ke tempat masyarakat orang bukan Islam tanpa sebarang masalah. Saya pergi ke wat Siam di Tumpat. Semasa pemimpin Cina, Foo Chong Yong meninggal dunia. saya juga pergi melawatnya. Akhirnya orang Cina faham mereka diperbodohkan dengan pembohongan. Masa orang Cina buat kenduri kahwin pun saya pergi. Setiap kali orang bukan Islam menjemput saya pergi ke majlis mereka, saya tanya sama ada jemputan itu bagi tujuan agama atau budaya. kalau hanya sekadar budaya saya pergi. Tujuan agama tidak boleh. Setiap kaum ada budayanya sendiri.

Apa yang menarik juga di Terengganu ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat datang membantu calon PAS. Adakah ini suatu perkembangan yang baik?

Ya, ini suatu yang cukup menarik sekali. DAP sekarang semakin jelas nampak dan ia lain dengan DAP zaman dahulu. Macam juga orang PAS zaman dahulu, kalau sebut Umno mereka tidak mahu dekati. Sekarang mereka sudah faham. Hendak lari macam mana kerana mereka juga saudara kita. takkan kita hendak biarkan mereka dengan salah begitu. Kalau mereka salah, kita kena perbetulkan.

Hudud yang cuba dicetus media bagi menjarakkan hubungan PAS dengan DAP nampaknya juga gagal?

Makin mereka mainkan isu tersebut tambah bodoh mereka. Ini kerana hudud itu untuk orang Islam. Jadi pemimpin Umno ini, mereka Islam atau tidak? Kalau mereka Islam mengapa tidak mahu hudud. - azm _

Tuesday, January 13, 2009

Doa buat Umat Islam Gazah - Tarbiyyah DPPNJ

Saturday, January 10, 2009

Doa buat Umat Islam Gazah..

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah dalam praktik amalan Mazhab Syafi'i hanya sunnat dilakukan dalam sholat fardhu yang lima (termasuklah sholat Jumaat), sama ada dalam kesemua sholat yang lima tersebut atau mana - mana sholat fardhu, ketika umat Islam ditimpa musibah atau menghadapi ancaman sesuatu bahaya seperti wabak, penindasan, penganiayaan, peperangan, kemarau dan sebagainya. Pernah sewaktu ancaman jerubu dahulu Mufti Negeri Sarawak menyarankan agar dibacakan Qunut Nazilah dalam sholat fardhu yang lima dan sholat Jumaat. Menurut fuqaha' kita, tidaklah semestinya bahaya-bahaya atau musibah-musibah itu mengancam umat keseluruhannya, disunnatkan juga berqunut nazilah apabila ada sebahagian umat yang mengalaminya. Dan tidak juga disyaratkan yang menerima atau menghadapi musibah itu diri orang yang berqunut itu sendiri.

Dalam perlaksanaannya, Qunut Nazilah dilakukan seperti Qunut Subuh, iaitu dibacakan pada i'tidal rakaat terakhir sholat fardhu tersebut. Sebagaimana Qunut Subuh ianya dibaca dengan jahar ketika berjemaah walaupun dalam sholat-sholat sirriyyah - Zohor dan Asar. Jika dibaca dalam sholat sendirian, maka ianya dibaca secara perlahan (sir.) Selain sholat-sholat fardhu yang lima tidaklah disunnatkan berqunut padanya. Maka dalam sholat jenazah, sholat nazar dan sholat sunnat tidak disunnatkan berqunut nazilah, bahkan dalam sholat jenazah ianya dihukumkan sebagai makruh, manakala dalam sholat sunnat dan sholat nazar, ianya dihukumkan sebagai khilaful awla.
Seperkara lagi yang perlu kita ingat ialah walaupun Qunut Nazilah ini seumpama Qunut Subuh, tetapi hukumnya tidaklah sama kerana Qunut Subuh itu adalah sunnat ab'adh yang sunnat ditampal dengan sujud sahwi jika ditinggalkan. Manakala Qunut Nazilah jika ditinggalkan dengan sengaja atau lupa tidak sunnat dijabar dengan sujud sahwi. Berhubung lama masa mengerjakan Qunut Nazilah, kebanyakan ulama kita berpendapat ianya dilaksanakan sehingga hilang musibah atau bahaya tersebut dan ada juga segelintir yang hanya membatasi perlaksanaannya dalam tempoh sebulan.
Berhubung bacaan pula, maka apa-apa doa yang munasabah bagi tujuan nazilah adalah memadai. Juga memadai jika dibaca Qunut Subuh yang lazim, dengan atau tanpa apa-apa penambahan doa-doa lain. Cuma pada kebiasaannya amalan ulama kita, ianya diawali dengan membaca Qunut Subuh lalu sebelum bersholawat ditambah dengan doa-doa yang munasabah seperti doa tolak bala' dan sebagainya. Dan biasa juga dibaca Qunut Sayyidina 'Umar r.a. sebagai Qunut Nazilah.

***********************************
Qunut Sayyidina 'Umar

" Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolonganMu, kami memohon keampunanMu, tidaklah kami mengkufuriMu, kami beriman denganMu dan kami berlepas diri daripada orang-orang yang menderhakaiMu. Ya Allah, Engkaulah yang kami sembah dan keranaMulah kami bersholat dan bersujud, kepadaMu kami arahkan segala usaha dan khidmat, kami mengharapkan rahmatMu dan takut akan azabMu, sesungguhnya azabmu yang dahsyat layak untuk ditimpakan kepada orang-orang kafir. Ya Allah, azabkanlah orang-orang kafir yang menghalangi jalanMu, yang mendustakan para utusanMu, yang membunuh para waliMu. Ya Allah, ampunilah sekalian mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, perbaikilah hubungan antara mereka, satukanlah antara hati-hati mereka, jadikanlah hati-hati mereka dipenuhi keimanan dan hikmah, tetapkanlah mereka atas agama Rasulullah s.a.w., teguhkanlah mereka dalam melaksanakan janjiMu yang telah Engkau janjikan bagi mereka, Bantulah mereka dalam menghadapi musuhMu dan musuh mereka, wahai Tuhan Yang Maha Benar, jadikanlah kami daripada kalangan mereka."

Wednesday, January 7, 2009

Suasana Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu





Lihatlah kebijaksanaan ulamak kita..


Pesan Ayah [PENGUNDI P036 MESTI DENGAR]


Monday, January 5, 2009

HijraturRasul dan Palestin (Versi Khutbah)

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

Maksudnya : "Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia."

Kini kita telah berada pada tahun baru 1430 Hijrah dan juga 2009 Masihi di mana umat Islam menyambut ketibaan tahun baru ini dalam keadaan peristiwa berdarah apabila saudara seagama kita di Semenanjung Gaza, Palestin di serang tanpa belas kasihan oleh zionis yahudi laknatullah dari arah darat dan udara sehingga mengorbankan 410 nyawa termasuk kanak-kanak dan orang tua, manakala 1,900 lagi cedera setakat 6 hari ini. Setelah lebih setahun bekalan makanan disekat, bekalan ubat-ubatan dinafikan, minyak dan gas dihalang, permit kerja dibekukan terhadap penduduk Gaza yang dikuasai oleh pergerakan HAMAS maka pengganas paling kejam di dunia iaitu zinonis yahudi memulakan serangan besar-besaran untuk membunuh umat Islam atas alasan pejuang Islam menyerang Israel. Alasan yang memualkan ini sentiasa dilaungkan untuk menipu dunia sedangkan zionis yahudi merupakan penceroboh yang merampas tanahair milik umat Islam kerana mereka telah ditanam kepercayaan melalui kitab yahudi Talmud dan terbaru Khakam iaitu ulama’ Yahudi telah mengeluarkan fatwa supaya bangsa Arab sama ada Islam dan Kristian mesti dihapuskan bagi memastikan yahudi menguasai Palestin seterusnya dunia

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setiap kali membicarakan peristiwa Hijraturrasul s.a.w maka kita sentiasa diingatkan tentang penderitaan dan penyiksaan yang diterima oleh umat Islam semasa berada di bumi Mekah, tanahair sendiri semata-mata beriman kepada Allah dan rasulNya. Akhirnya umat Islam diizinkan untuk mendapat perlindungan daripada Raja An-Najjasyi di Habsyah bagi hijrah yang pertama sebelum berlakunya hijrah yang lebih besar sehingga terdirinya Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah. Kita masih ingat bagaimana bersungguhnya nabi Muhamamad s.a.w dalam mengembangkan dakwah Islam termasuk berusaha menyampaikan dakwah Islam ini kepada penduduk Taif setelah tekanan di Mekah begitu hebat tetapi malangnya di sana baginda bukan sahaja dicemuh malah dilontar dengan batu. Pada waktu inilah nabi menadah tangan memohon bantuan daripada Allah seraya berdoa antaranya :

يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ وَأَنْتَ رَبِّي ، إِلىَ مَنْ تَكِلُنِي ، إِلىَ بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ إِلىَ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِيْ

Maksudnya : "Ya Allah Tuhan Yang Paling Penyayang, Engkaulah Tuhan kepada golongan yang lemah tertindas, Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini. Adakah kepada orang jauh yang memandangku dengan muka yang masam atau pun kepada musuh yang Engkau berikan kepada mereka kuasa untuk menguasai urusanku…."

Bila kita ingat kepada peristiwa ini maka inilah juga doa saudara seagama kita yang sedang menunggu masa untuk dibom dan dibunuh sesuka hati oleh zionis yahudi di bumi Palestin tanpa mendapat mendapat bantuan dan sokongan sewajarnya daripada negara umat Islam yang lain. Rejim zionis bukan setakat mengebom rumah dan bangunan malah turut memusnahkan lima buah masjid dan dua dewan ibadat setakat ini. Malah ada bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah disekat dan diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Kenyataan Perdana Menteri Israel bahawa yahudi disuruh oleh setengah pemimpin arab supaya menyerang Gaza ada kebenarannya bila pemimpin parti FATAH yang kalah dalam pilihanraya mengerah agar pegawainya untuk mengambil alih Gaza selepas sehari ia diserang. Begitu juga tindakan kerajaan Mesir yang pada mulanya begitu berdegil membuka pintu sempadan daripada dimasuki oleh penduduk Palestin yang ingin mendapat perlindungan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara-negara lain yang ingin menggunakan laluan sempadan Mesir untuk masuk ke Gaza. Yang paling kejam lagi apabila ada sebuah keluarga yang mencari perlindungan daripada serangan tentera udara rejim zionis telah ditembak oleh pengawal sempadan negara Mesir di sempadan Rafah sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Inilah yang berlaku kepada rakyat Palestin yang bukan sahaja dizalimi oleh rejim zionis tetapi juga kerajaan negara Arab yang berada di sekitarnya. Mereka diserang oleh rejim zionis keparat dan dibaham oleh kawan jahat. Selagi negara umat Islam dipimpin oleh pemimpin yang gila dunia maka selagi itulah penderitaan umat Islam dan keganasan rejim zionis serta sekutunya gagal dihentikan. Ayuh kita sedarkan pemimpin kita atau tukar kepada pemimpin yang cintakan Islam dan umatnya serta berani melaksanakan system Islam dalam negara tanpa gentar kepada musuh Islam

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,

:قال الرسول
المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ
- رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: "Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya."

Antara asas yang kuat dalam menjayakan Daulah Islamiah yang gemilang di bumi Madinah ialah terbinanya semangat persaudaraan yang kuat antara golongan Muhajirin dan Ansor. Semangat persaudaraan Islam yang berjaya mengikis semangat Assobiyah atau perkauman sempit ini telah mendatangkan kemenangan dan kemajuan yang gemilang kepada umat Islam. Pada hari ini kita dapat rasakan bagaimana perasaan persaudaraan di kalangan umat Islam yang semakin longgar akibat semangat kebangsaan yang kuat sehingga tidak lagi merasakan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam bukannya isu rakyat Palestin sahaja. Betapa ramai umat Islam hari ini yang terus seronok menyambut tahun baru dengan hiburan melalaikan ketika saudara seagama di Palestin meraung kesakitan. Gembirakah kita bila mengelilingi hidangan makanan yang lazat sedangkan umat Palestin tengah berdepan dengan peluru rejim zionis dari udara dan darat. Bahagiakah kita semasa berehat dalam mahligai indah sedangkan umat Palestin tengah meratap sedih melihat rumah mereka dibom menyembam tanah. Selesakah kita bila asyik bergurau senda dengan anak isteri sedangkan umat Palestin tengah berduka memangku tubuh anak kecil yang tidak bernyawa lagi. Sempurnakah iman kita sekiranya membiarkan saudara seagama menangis menderita sedangkan kita asyik bergelak ketawa.

Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,

قَالَ الرَّسُوْلُ e :
مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ
- رواية الترمذي دان النسائي

Maksudnya: "Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid."

Hijrah turut mengajar erti pengorbanan di mana golongan Ansor sanggup memberi rumah, modal perniagaan malah ada yang mempunyai isteri lebih daripada seorang sanggup mencerai salah seorang isterinya untuk dikahwini dengan saudara Muhajirin. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam.
Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah.

Sama-sama kita laungkan
خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ :
"Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali."

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : "Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar."

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas.

Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."

Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.

Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.
Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain. - azm

PAS rakam simpati, bantah keras kekejaman Zionis

"PAS merakamkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa penduduk Palestin khususnya kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut." .

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan zalim regim haram Zionis Israel membunuh rakyat dan memusnahkan penempatan Palestin di Gaza adalah sangat dikesali dan ternyata bertentangan dengan peradaban manusia yang bermoral dan bertamadun.
"PAS mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ini yang telah mengakibatkan lebih dari 250 orang rakyat yang tidak berdosa terkorban serta ramai lagi yang cedera dan musnah tempat tinggal mereka.

Kekejaman ini dilaksanakan setelah segala bentuk hubungan kemanusiaan dan keperluan hidup penduduk Gaza dinafikan sejak sekalian lama. PAS merakamkan simpati terhadap kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut, " katanya dalam satu kenyataan media yang dimajukan oleh Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Dalam masa yang sama Ustaz Hadi mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

"OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini.PAS mengajak negara-negara umat Islam lain agar bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Dalam waktu yang sama PAS menyeru agar seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh umat Islam dalam negara agar dapat bersama-sama menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan biadap regim haram ini.

"Kita menyeru umat Islam agar bersama-sama melakukan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar diberikan pertolongan serta kemenangan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi regim Zionis Israel ini," katanya. - azm