Saturday, July 25, 2009

Siri Lawatan Lajnah Tarbiyyah DPPNJ ke DPPK (5)





SIRI (5) DPPK SIMPANG RENGAM, DPPK PONTIAN & DPPK AYER HITAM

Syukur Alhamdulillah, program kali ini dibuat secara gabungan antara DPPK Simpang Rengam, DPPK Pontian dan DPPK Ayer Hitam. Sebelum hamba mensyarahkan kertas kerja yang dibawa, majlis telah dimulakan dengan Usrah Gabungan yang membincangkan ibrah / pengajaran daripada peristiwa al-Isra’ wal Mi’raj (Mukjizat Agung Rasulullah SAW).

Dalam lawatan tersebut, hamba tak kelepasan mendengar perjalanan proses pentarbiyyahan diperingkat DPPK dan hamba turut menerangkan beberapa agenda Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan DPPNJ. Syabas kepada Ust Ruhaizam, Ust Nizam, Ust Nazaruddin, Sdr Norazid, Sdr Isa, Pemuda Simpang Rengam, Pontian & Ayer Hitam.

Jamuan Sup Kambing Special dan buah rambutan (khabarnya sup kambing dimasak secara gotong royong, tukang rebus Ust Ruhaizam & tukang masak Ust Khalid, hamba pulak tukang makan.. :-) ) Alhamdulillah.. daging kambing adalah daging yang hamba minati.. terima kasih kepada Ust Ruhaizam yang memahami sahabatnya ini...

Sdr Azid pula sedang berkira-kira untuk menyediakan beriani kambing pada program akan datang.. Allahu Rabbi.. demikianlah sahabat-sahabat melayani tetamunya..

Ala kulli hal, mudah-mudahan lawatan dan pengisian tersebut memberi manfaat kepada saya dan mereka. Amin..

(siri lawatan ini adalah bertujuan mendapatkan maklumat secara langsung terhadap perkembangan dan perjalanan proses pentarbiyyahan diperingkat DPPK seluruh Johor.)

Kawasan mana pula selepas ini? Nantikan kehadiran kami.. :-) Semoga Allah permudahkan urusan kita.. Amin..

-al-Banjari -


Thursday, July 23, 2009

Pelajaran Dari Peristiwa Isra’ wal Mi’raj (2) : Pesanan Nabi Ibrahim عليه السلام kepada Umat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رضي الله عنه، قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم : لَقِيْتُ إِبْرَاهِيْمَ – لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِيْ – فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ ، أَقْرِئْ أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلاَمَ ، وَ أَخْبِرْهُمْ أَنَّ الْجَنَّةَ طَيْبَةُ التُّرْبَةِ ، عَذْبَةُ الْمَاءِ ، وَأَنَّهَا قِيْعَانٌ ، وَأَنَّ غِرَاسَهَا سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ - رواه الترمذي

Artinya: Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan – dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada ummatmu [1] , dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu bagus tanahnya, tawar airnya, dan bahawasanya tanahnya rata, dan bahawasanya tanam-tanamannya adalah:

سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ

(Hadits riwayat at-Turmidhi. Berkata Imam at-Turmidhi: Hadits hasan)

Dalam satu riwayat: Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم memberitahu para shahabat, bahwa barangsiapa yang mengucapkan empat kalimah tersebut, bagi setiap satu kalimat akan ditanamkan baginya sebuah pohon di dalam syurga.
[1] - Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi berkata di dalam kitab beliau Fadhilah Dhikir: Para ulama menulis bahwa barangsiapa yang telah menerima hadits ini hendaklah menjawab salam Nabi Ibrahim Alaihissalam :
وعليه السلام ورحمة الله وبركاته

Keterangan ringkas:

Kalimat dhikir diatas dinamakan juga dikenali sebagai al-Baqiyatus Shalihat.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Kahfi, ayat 46:

ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا وَٱلْبَاقِيَاتُ ٱلصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَاباً وَخَيْرٌ أَمَلاً

Ertinya: Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi ‘amalan-‘amalan yang kekal lagi sholeh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Tersebut di dalam tafsir Ibnu Katsir, Ibnu ‘Abbas, Sa’id ibnu Jubair serta lain-lain kalangan ulama salaf dan bukan hanya seorang mengatakan bahwa yang dimaksudkan dengan ‘al-Baaqiyaatus Shoolihaat’ ialah sholat lima waktu.

Ata ibnu Rabah dan Said bin Jubair telah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما bahwa yang dimaksudkan dengan ‘al-Baaqiyaatus Shoolihaat’ ialah ucapan:

سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Dan begitu juga ketika ditanyakan kepada Amirul Mukminin Utsman bin ‘Affan رضي الله عنه daripada ‘al-Baaqiyaatus Shoolihaat’, apakah maksudnya, maka beliau رضي الله عنه menjawab: Ianya,

لا إله إلا الله، وسبحان الله، والحمد لله، والله أكبر،ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
- riwayat Imam Ahmad.

Malik telah meriwayatkan dari Imarah ibnu ‘Abdullah ibnu Shayyad dari Sa’id bin Musayyib yang mengatakan bahwa ‘al-Baaqiyaatus Shoolihaat’ adalah kalimah:

سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَلاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Mujahid mengatakan, yang dimaksudkan dengan ‘al-Baaqiyaatus Shoolihaat’ ialah ucapan:

سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَلاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Ibnu Jarir mengatakan: Saya menjumpai di dalam kitab saya sebuah hadits dari al-Hasan ibnus Sabbah al-Bazzar dari Abu Nasr at-Tammar dari ‘Abdul ‘Aziz ibnu Muslim dari Muhammad ibnu Ajlan dari Sa’id al-Maqbari dari ayahnya dari Abu Hurairah رضي الله عنه yang mengatakan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم pernah bersabda:

سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، هن الباقيات الصالحات

Ertinya: " سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، semuanya adalah ‘al-Baaqiyaatus Shoolihaat’ (‘amalan-‘amalan yang kekal lagi sholeh)"
Untuk mengetahui mengenai fadhilat atau kelebihan kalimat-kaliamat ini, maka kalian bacalah di dalam kitab fadhilat dhikir karangan Maulana Muhammad Zakariyya a-Kandahlawi. Diterangnya panjang lebar.
Ahkirkata, hidupkanlah hati kita dengan sentiasa membasahi lidah dengan dhikrullah. Berdenyut nadi kita dengan dhikrullah. Dan perbanyakkanlah mengucapkan ‘al-Baaqiyaatus Shoolihaat’. Adapun kalimah ‘al-Baaqiyaatus Shoolihaat’ ini juga terhimpun di dalam Ratib al-Aidarus, Ratib al-Atthas dan juga Ratib al-Haddad. Maka sesiapa yang mengamalkan ratib-ratib tersebut, maka secara tidak langung dia juga berdhikir dengan ‘al-Baaqiyaatus Shoolihaat’.
Sekian. والله أعلم
Rujukan:
1 - Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat 10 Shahabat – Jilid 1 oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.
2 – Tafsir Ibn Katsir
3 - Fadhilat Dhikir karangan Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi

Pelajaran Dari Peristiwa Isra Mi'raj (1) : Doa Menghindari Gangguan Jin

Sewaktu Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sedang menunggang Buraq (ketika dalam peristiwa Isra’ wal Mi’raj), tiba-tiba dilihatnya ‘Ifrit (bangsa jin yang sangat jahat) mengejar Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dari belakang sambil membawa obor api. Setiap kali Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menoleh, ‘Ifrit tersebut masih ada mengekori Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم . Jibril عليه السلام berkata: Sukakah engkau, aku ajarkan beberapa kalimat yang jika diucapkan akan jatuh tersungkur ‘Ifrit dan padamlah obornya? Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menjawab: Ya. Lalu Jibril عليه السلام berkata, ucapkanlah:

اَعُوْذُ بِوَحْهِ اللهِ الكَرِيْمِ وَبِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِيْ لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلاَفَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يُنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمنَ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَمنَ شَرِّ مَا ذّارَأَ فِيْ الارْضِ وَمنَ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمِنْ فِتَنِ الَّليْلِ والنَّهَارِ وَمِنَ طَوَارِقِ الَّليْلِ والنَّهَارِ اِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَارَحْمنُ

Ertinya: Aku mohon perlindungan dengan Dzat Allah Yang Maha Mulia dan dengan firman-firmanNya yang amat sempurna, yang tidak dapat dilanggar oleh seseorang yang baik mauhupun yang durhaka, dari segala (bentuk) kejahatan apa saja yang turun dari langit serta kejahatan apa saja yang naik ke langit. Juga dari segala bentuk kejahatan apa saja yang melata di bumi dan dari kejahatan apa saja yang keluar dari bumi, serta dari fitnah-fitnah (yang berada) pada waktu malam dan siang hari, juga dari pendatang-pendatang (buruk) di waktu malam dan siang hari, kecuali sesuatu yang datang dengan membawa kebaikan, wahai Dzat Yang Maha Berbelas Kasih.

Setelah Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم membaca doa tersebut tersungkurlah ‘Ifrit tersebut dan padamlah obornya.

Dipetik dari Qishatul Mi’raj dan Mi’rajul Kabiir oleh al-Hafidz asy-Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy, terjemahan Habib ‘Abdullah Zakiy al-Kaaf.


Nota:

Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menoleh kebelakang untuk melihat itu, bukanlah kerana Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم takut, melainkan untuk memberikan pelajaran kepada umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bagaimana hendak mengusir ‘Ifrit atau gangguan jin yang jahat atau yang sebangsa dengannya , sebagaimana doa yang diajarkan oleh Jibril عليه السلام. Maka eloklah kita amalkan doa ini untuk menghindari dari gangguan jin dan kuncu-kuncunya dan yang sebangsa dengannya (juga golongan manusia yang berperangai seperti mereka) .

Monday, July 20, 2009

رحلة الإسراء والمعراج

















Wednesday, July 15, 2009

Alhamdulillah.. Be End kaloh lagi..


Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi. Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.
Pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 8.56 malam tadi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara Tuan Aziz, bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menentang Mohd Fauzi, seorang usahawan pemborong ikan.
Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu.
Kekalahan di pihak BN ini membuktikan lagi bahawa rakyat menolak politik wang (baca rasuah), media berat sebelah, dan pemimpin negara tidak amanah. Amat tidak berbaloi dengan sejumlah wang yang ditaburkan, BN hanya memperoleh keputusan KALAH..
Tahniah dan syabas kepada Parti Islam SeMalaysia PAS!

Monday, July 13, 2009

Pesanan Buat Pengundi N41 Manek Urai





Al-Fatihah buat Allahyarham Marwa al-Sherbini



Al-Fatihah buat Allahyarham Marwa al-Sherbini, seorang muslimat yang mati ditikam di Mahkamah Jerman pada 1 Julai 2009. Semoga Allah tempatkan di Syurga kerana kesungguhannya mempertahankan Islam.

إنا لله وإنا إليه راجعون. وإنا إلى ربنا لمنقلبون.
اللهم اكتبها عندك في المحسنين واجمل كتابها في عليين

Monday, July 6, 2009

Siri Lawatan Lajnah Tarbiyyah DPPNJ ke DPPK (4)

SIRI (4) DPPK BAKRI & DPPK LEDANG

Syukur Alhamdulillah, lawatan kali ini dibuat secara gabungan antara DPPK Bakri dan DPPK Ledang. Al-Fadhil Ustaz Zarul (Ketua Lajnah Tarbiyyah DPPK Bakri) meminta hamba memberi pengisian untuk marhalah Taarif kerana penyertaan kali ini melibatkan ramai ahli baru. Alhamdulillah, malam tersebut hamba memberi pengisian bertajuk “SYAHADATAIN : PANDUAN HIDUP MUSLIM”.

Seperti biasa selepas pengisian, sesi soaljawab turut diadakan. Dalam lawatan tersebut, hamba tak kelepasan mendengar perjalanan proses pentarbiyyahan diperingkat DPPK dan hamba turut menerangkan beberapa agenda Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan DPPNJ. Syabas kepada Ust Zarul, Sdr Rahman, Sdr Azmi dan Pemuda DPPK Bakri & Ledang.

Jamuan Meehoon dan buah rambutan. Setakat siri lawatan lawatan yang dijalankan, belum jumpa jamuan buah durian lagi.. :-) Program diadakan di Markaz PAS Kawasan Bakri.

Mudah-mudahan lawatan dan pengisian tersebut memberi manfaat kepada saya dan mereka. Amin.
(kelihatan Sdr Rahman KP Bakri, Ust Zarul, Ust Nahar & Sdr Azmi KP Ledang)


(sebahagian pemuda yang hadir)



(ukhuwah islamiyah asas gerakan islam)

(laungan Doa Wehdah disampaikan oleh al-Faqir)

(siri lawatan ini adalah bertujuan mendapatkan maklumat secara langsung terhadap perkembangan dan perjalanan proses pentarbiyyahan diperingkat DPPK seluruh Johor.)

Kawasan mana pula selepas ini? Nantikan kehadiran kami.. :-) Semoga Allah permudahkan urusan kita.. Amin..

-al-Banjari -

Siri Lawatan Lajnah Tarbiyyah DPPNJ Ke DPPK (3)

SIRI (3) DPPK TEBRAU

Syukur Alhamdulillah, lawatan kali ini disertakan dengan program QIAMULLAIL. Istimewanya di Tebrau ini, mereka memberi ruang tiga jam (non stop) kepada hamba bagi memberi pengisian berkenaan "PERANAN PEMUDA PAS JOHOR MERIALISASIKAN ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN". Satu kertaskerja telah hamba sediakan berdasarkan ucapan Tuan Guru Presiden yang menyentuh Dewan Pemuda dalam muktamar yang lalu.

Dalam lawatan tersebut, hamba tak kelepasan mendengar perjalanan proses pentarbiyyahan diperingkat DPPK Tebrau. Hamba juga turut menerangkan beberapa agenda Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan DPPNJ untuk sesi ini.
Jamuan Kari Ayam special bersama Roti Keping special. Program diadakan di Madrasah SRI ar-Rasyidin. Syabas kepada Ust Mualim Hafiz, Sdr Shamsul dan Pemuda DPPK Tebrau.
Mudah-mudahan lawatan dan pengisian tersebut memberi manfaat kepada saya dan mereka. Amin.



(kenangan bersama sebahagian Pemuda DPPK Tebrau)
(siri lawatan ini adalah bertujuan mendapatkan maklumat secara langsung terhadap perkembangan dan perjalanan proses pentarbiyyahan diperingkat DPPK seluruh Johor.)

Kawasan mana pula selepas ini? Nantikan kehadiran kami.. :-) Semoga Allah permudahkan urusan kita.. Amin..

-al-Banjari -

Friday, July 3, 2009

Majlis al-Banjari di Pondok Ledang



Untuk lihat gambar-gambar lain,
sila klik http://pondokledang.blogspot.com

terima kasih kepada akhie hamdan al-banjari..

Thursday, July 2, 2009

Kenyataan Media (1 Julai 2009) Dewan Pemuda PAS Pusat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS menafikan laporan kerjasama dengan Umno berkaitan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka terhadap pergerakan Pemuda Umno Malaysia:

Kenyataan Media (1 Julai 2009)


1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.


2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.


3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.


4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.


Sekian.


KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat