Monday, September 28, 2009

Thursday, September 17, 2009

Salam EidulFitri kepada semua.. kembali kepada Fitrah..


Hamba yang faqir lagi hina ini mengucapkan Salam Eidulfitri kepada semua sahabat2 serta umat Islam, khususnya Kedua Ibubapa yg dikasihi, sahabat2 seUsrah, DPPK Pulai, warga Pondok Ledang, Pimpinan PAS Malaysia dan Johor, Ketua2 Lajnah Tarbiyah, sahabat2 DPPNJ, Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh hafizahullah, Tuan Guru Syeikh Nuruddin al-Banjari hafizahullah, Baba Eil Spanjang al-Fatoni Pondok Darul Muhajirin hafizahullah, Baba Ziz al-Fatoni Pondok Padang Pusu hafizahullah, dan Penuntut Ilmu di mana jua berada.

Tak lupa kepada seluruh Ulama Islam dan pejuang fi sabilillah, khususnya Syeikhuna Usamah bin laden hafizahullah dan Syeikh Aiman al-Zawahiry hafizahullah.

جَعَلَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ مِنَ الْعَائِدِيْنَ الْفَائِزِيْنَ، وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah SWT menjadikan kita semua sebagai hamba-hamba-Nya yang kembali (kepada fitrah) dan sebagai hamba-hamba-Nya yang menang (melawan hawa nafsu). Dan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadah kita semua.”

اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ وَرَمَضَانَ وَرَمَضَانَ

“Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah lagi kepada kami bulan Ramadhan, anugerahkanlah lagi kepada kami bulan Ramadhan, dan bulan Ramadhan, dan bulan Ramadhan…”

PENGUMUMAN! Insya Allah kuliah pengajian di Pondok Ledang akan bermula pada minggu kedua bulan Syawal. Kuliah akan diteruskan seperti biasa.

ISNIN MLM SELASA
1) Kitab al-Jawharul Mauhub
2) Kitab Irsyadul Ibad
3) Kitab Matn al-Arbain li an-Nawawi

RABU MLM KHAMIS
1) Tafsir Al-Quran
2) Kitab Risalah al-Bajuri fi Ilmi Tauhid
3) Kitab Matn al-Arbain li an-Nawawi

JUMAAT MLM SABTU
1) Kitab Munyatul Musolli
2) Kitab Kifayatul Ghulam
3) Kitab Matn al-Arbain li an-Nawawi

Monday, September 14, 2009

Tazkirah & Tausiyah Mewarnai Ramadhan Kareem

alhamdulillah..
dalam suasana kegelapan selama 1 jam,
di selubungi kebahangan akibat blackout..
tanpa cahaya lampu kalimantang..
tanpa pusingan kipas angin..
titisan peluh mencurah-curah..
mereka masih mampu bertahan dan memberi perhatian..

alangkah dahsyatnya nanti kita di padang mahsyar..

" semoga kepanasan kita dimajlis ilmu malam ini,
digantikan oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan kesejukan
di padang mahsyar nanti.." ameen..

23 Ramadhan 1430H..
sungguh tenang "malam itu"..
Terima Kasih Allah...


Ya Allah.. terima kasih..

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني..آمين

Para Anbiya' tidak hanya mengajar kita keuntungan di dunia,
tetapi juga keuntungan di akhirat..
berbahagialah orang-orang yang beruntung di dunia & akhirat..

beruntungnya kita menjadi ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم

Ya Allah!,, kami memohan keredhaan Mu dan Syurga Mu..
dan kami berlindung daripada kemurkaan Mu serta azab Neraka Mu..
Ya Allah!,, sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Mulia,
maka ampunkanlah kami ya Allah..
ampunkanlah kami...
Ya Arhamarrahimin..
Ya Akramalakramin..
Ameen..


Wednesday, September 9, 2009

SEBAHAGIAN FOTO HIMPUNAN BADAR AL-KUBRA 1430H













Foto2 bantuan kebajikan sila lihat di facebook Pemuda PAS Segamat..
Syukur Alhamdulillah di atas kelancaran program ini, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Khususnya para penderma yang budiman, dewan harian DPPNJ, warga lajnah tarbiyyah DPPNJ, PAS Kawasan Mersing, DPPK Mersing, PAS Cawangan Air Merah dan Tukang Masak Unit Amal . Jazakumullah khaira jaza, semoga Allah membalas atas kalian dengan sebaik-baik balasan. amin..
sekian,
al-faqir ibnu masran al-Banjari
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

Thursday, September 3, 2009

HIMPUNAN BADAR AL-KUBRA DPPNJ : Pemuda PAS Johor dijemput hadir..



Assalamualaikum,
Pernahkah Anda Mengharapkan,
Anda Bersama Sahabat2 Seperjuangan..
Iftar Bersama Sahabat2..
Solat Fardu & Tarawih Berjamaah Bersama Sahabat2..
Menghayati Tazkirah Bersama Sahabat2..
Mendalami Ilmu Agama Bersama Sahabat2..
Qiamulail Bersama Sahabat2..
Tidur Dan Bangun Bersama Sahabat2..
Berjihad Bersama Sahabat2...
Melakukan Kebajikan Bersama Sahabat2...
Bertadarus Bersama Sahabat2...

Dan Yang Paling Indah..

Anda Menemui Lailatul Qadr Bersama Sahabat2 Seperjuangan Anda..

Alangkah Manisnya.. Alangkah Indahnya..

Ilmu Semakin Bertambah, Tarbiyyah Semakin Mendarah Daging, Ukhuwwah Semakin Terjalin, Kekuatan Dalaman Dan Luaran Semakin Terserlah, Kemanisan Perjuangan Semakin Dirasai...

Sahabat2,

Jika Benar Anda Pernah Mengharapkan Demikian.. Bertekadlah Untuk Menghadiri Himpunan Badar Al-Kubra!.. Berdoalah Kepada Allah Agar Urusan Anda Untuk Ke Sana Dipermudahkan.. Sungguh Allah Itu Sentiasa Mendengar Dan Mengetahui Harapan Anda.. Harapan Kita Semua..

Salam Tarbiyyah,

Al-Faqir Ibnu Masran Al-Banjari
11 Ramadhan 1430h