Friday, July 13, 2007

Mohon Maaf

Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat
yang menghantar sms menanyakan kepada saya
"bila nak update blog?",
Akhir-akhir ini saya agak sibuk dan tidak berkesempatan
untuk meng'update" blog saya, harap sahabat-sahabat faham ye..
Saya juga terpaksa susun balik jadual kuliah-kuliah saya dimasjid, surau,
markaz, serta pengisian dalaman untuk beberapa
kawasan di seluruh negeri Johor.
Insya Allah saya akan pamerkan jadual kuliah terbaru saya
untuk rujukan sahabat2, tapi buat masa ni belum siap lagi..
Terdapat beberapa perubahan besar,
seperti bermula pada hari Rabu (18 Julai 2007) minggu hadapan (setiap Rabu),
kuliah saya di Pondok Ledang adalah seperti berikut:
1) Kuliah Kitab Tafsir Quran (Surah al-Kahfi)
2) Kuliah Kitab Jawahirul Kalaamiyah (Tauhid/Arab)
Diadakan selepas solat maghrib..
3) Kuliah Kitab 40 Hadith Mendidik Jiwa (muqaddimah hadith ringkas/Arab)
4) Kuliah Kitab Muhimmah Fi Ilmi Hadith (Segala Hukum dalam rumahtangga/Jawi lama)
5) Kuliah Kitab Matan al-Ajrumiyyah ( Nahu/Arab)
6) Kuliah Kitab Mukhtasar Jiddan (Nahu/Arab)
Diadakan selepas solat Isya'... (9.30 mlm)..
Maknanya, hari Rabu kuliah di Pondok Ledang lebih padat
daripada hari-hari yang lain..
Kuliah Kitab Safinatun Naja dan Kitab Miftahut Tajwid
pada hari jumaat di Pondok Ledang terus seperti biasa..
Insya Allah saya akan siapkan jadual lengkap..