GERAKAN ISLAM DALAM MENEMPUHI PENDEMOKRASIAN
ANTARA CABARAN DAN HARAPAN
MUQADDIMAH
Suasana yang berlaku pada hari ini ramai dikalangan umat Islam yang menyatakan demokrasi ini tidak Islam dan mengapakah gerakan Islam mengambil jalan ini walaupun ianya bertentangan dengan Islam sepertimana yang dikatakan oleh sesetengah kalangan umat Islam itu. Justeru itu adalah wajar bagi kita untuk meneliti dan mengkaji sejauhmanakah kesasihan yang diperkatakan itu dan kita cuba membandingkan dengan apa yang dilakukan oleh gerakan Islam.
Tumpuan ini cuba mendedahkan kepada kita apakah dia demokrasi dan apakah dia ciri-cirinya dan amalan yang terdapat didalam demokrasi serta pendapat-pendapat intelektual yang berpihak kepada tidak Islamiknya demokrasi, dan pandangan yang menyatakan ianya Islamik, serta pandangan yang bersifat pertengahan.
Tumpuan ini juga memaparkan realiti yang berlaku dan apakah sikap atau tindakan yang seharusnya dilakukan oleh gerakan Islam terhadap senario pendemokrasian yang telah dilalui bagi mencapai kemenangan yang pasti diberikan oleh Allah taala kepada pendokong yang memperjuangkan agama Allah taala.
DEFINISI
Demokrasi ialah satu kalimah yang digabungkan melalui dua lafaz Yunan 'Demos' yang bermakna rakyat dan 'kratos' bermakna kekuasaan. Demokrasi menurut kamus dewan merupakan pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya. Ia juga ditakrifkan sebagai unit politik atau sosial yang pada dasarnya di kuasai oleh semua anggota. Dan takrif ketiga ialah keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas.
Selain itu demokrasi juga bererti pemerintahan yang dikuasai oleh rakyat terhadap segala aktiviti-aktiviti kerajaan dengan pemerintahan Dewan Perwakilan dan kuasa untuk meluluskan undang-undang sebelum diserahkan kepada rakyat.
KEMUNCULAN DEMOKRASI
Demokrasi yang diperkenalkan oleh Erofah adalah hasil daripada aspirasi pemikiran Greek Kuno yang menjadi kesan terhadap pemikir barat dengan mengambil semula ingatan demokrasi yang berlaku dizaman Athas dan Sparta. Orang-orang Greek telah mengamalkan demokrasi di kota Athas dan Sparta. Keseluruhan rakyat lelaki secara langsung terlibat didalam pemerintahan, dimana mereka akan berkempen diperhimpunan umum dan bermasyuarat didalam semua urusan pemerintahan. Mereka akan melantik seorang ketua dan akan menggubal serta meluluskan undang-undang menjalankan segala perlaksanaan amnya dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. Namun demokrasi ini telah pun tamat berikutan tamatnya kerajaan kota Athas dan Sparta.
Ada beberapa situasi yang menyebabkan demokrasi ini diamalkan semula di antaranya:
a) sistem feudal
Di Eropah sistem feudal telah pun diamalkan lebih daripada seribu tahun dibawah naungan undang-undang Empayar Rom. Pemerintahan Kristian tidak berperanan untuk mengubah keadaan ini, bahkan membenarkan sistem politik, ekonomi, sosial terlaksana berasaskan kehendak Empayar Rom. Banyak unsur-unsur penyelewengan dan kezaliman berlaku.
Masyarakat Eropah pada ketika itu terbahagi kepada dua golongan; satu golongan kaya raya yang terdiri daripada kaum feudal yang memiliki tanah pertanian yang luas dan menguasai sepenuhnya ke atas buruh-buruh yang bekerja diladang-ladang mereka. Manakala satu golongan lagi adalah golongan miskin yang bekerja sebagai buruh paksa kepada golongan pertama.
Mereka ini di bebankan dengan kerja-kerja berat dizalimi dan dianiaya serta tidak di beri upah yang setimpal. Dalam hal ini pihak gereja juga turut memainkan peranan untuk memburuk-burukkan lagi keadaan melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu dan bukan lagi menegakkan undang-undang yang termaktub didalam kitab Injil. Pemerintah yang terdiri daripada raja-raja dan pembesar-pembesar juga mempunyai kuasa dalam memainkan peranan penting di dalam bidang politik. Dengan ini ramai rakyat hidup dalam kemiskinan dan papa kedana disamping segolongan kecil orang kaya hidup mewah dan kaya raya. Keadaan sedemikian menyebabkan orang ramai bangkit memberontak dan menentang orang kaya lalu memilih demokrasi sebagai mengimbangi dua golongan; golongan kapitalis (yang menguasai kekuasaan sebenar) dan golongan rakyat terlibat didalam pemerintahan negara.
b) kuasa gereja dan pemerintahan.
Kuasa gereja yang terdiri daripada pope-pope dan paderi-paderi mempunyai kuasa yang sangat luas dalam aspek kehidupan. Mereka berkuasa penuh dan boleh melakukan berbagai-bagai kerja dan paderi memaksa orang ramai menerima 'doktrin trinity' yang tidak boleh di terima akal yang waras. Mereka perkenalkan konsep dosa warisan, memberi hak pengampunan dosa orang ramai kepada pope dengan syarat-syarat tertentu termasuk dikenakan bayaran khas untuk mereka sebagai imbuhan. Akhirnya pope menjadi kaya raya, sedangkan masaalah sosial semakin berleluasa kerana orang yang mendapat kad pengampunan dosa tidak takut lagi melakukan kesalahan kerana dosa telah terampun.
Oleh kerana pihak gereja mempunyai kuasa penuh, mereka juga memainkan peranan penting dalam bidang politik. Walaupun raja memerintah sesebuah negara tetapi kuasa sebenar berada ditangan gereja. Gereja berhak melantik dan memecat mana-mana sahaja yang ia suka. Kemurkaan pope kepada raja dianggap sebagai kemurkaan Allah. Sebagai contoh Raja Henry IV raja Inggeris pernah dimarahi oleh pihak pope dan untuk mengembalikan kuasanya, Henry terpaksa berjalan kaki dari England ke Rome, Italy untuk memohon keampunan dari pihak gereja di sana.
Selain itu pada tahun 1869 pihak gereja Rom telah mengeluarkan ketetapan bahawa pope adalah maksom iaitu mereka yang tidak berdosa sama sekali seperti para rasul menurut pandangan Islam. Mereka mesti dipatuhi secara membuta tuli dan segala pendapat mereka mesti dipakai terima oleh orang ramai. Mereka dianggap sebagai wakil tuhan di dunia. Kerana silap gereja dan pope sedemikian rupa akhirnya lahir perasaan benci dari masyarakat kepada mereka dan merampas kuasa mereka, lalu jadilah pengasingan kuasa agama dan pemerintahan, kelahiran ini juga disebut sebagai sekularisme seiring dengan lahirnya demokrasi bagi memulihkan keadaan ini.
c: Kemajuan Ilmu dan Revolusi Prancis.
Pihak gereja menyekat reformasi pemikiran dan keilmuan yang cuba diketengahkan oleh ahli-ahli fikir dan tokoh-tokoh ilmuan mereka yang kebanyakannya belajar ilmu-ilmu Islam. Mereka mempelajarinya dinegara-negara Islam di waktu berlakunya perjanjian damai di masa peperangan Salib atau ketika utusan Eropah ke negara-negara Islam. Gereja mengganggap ilmu pengetahuan dari sumber selain sumber mereka adalah bahaya lebih-lebih lagi kalau diambil dari sumber Islam. Gereja juga menganggap Bahasa Arab adalah bahasa orang Kafir. Oleh itu gereja menggunakan kekuasaan terhadap sarjana-sarjana barat yang belajar di barat yang belajar ilmu dan sains Islam. sejarah mencatitkan betapa kezaliman yang dilakukan oleh gereja melakukan hukuman mati seramai 340,000 sarjana dan ilmuan seramai 32,000 orang dibakar hidup-hidup sepanjang sebelum lahirnya fahaman sekular yang seiring dengan lahir demokrasi.
Di sana wujud juga raja-raja didaktor didalam pemerintahan dengan alasan arahan-arahan tuhan dengan mengira bahawa mereka adalah wakil tuhan dan dibawah naungan tuhan di bumi ini. Ucapan mereka adalah arahan yang dianggap arahan yang suci. Dalam hal yang demikian ini kuasa raja dan gereja berada di kedudukan yang suci yang memaksa rakyat tunduk sehingga melupakan hak kebenaran mereka. Kezaliman yang dahsyat ini menyebabkan lahirnya Revolusi Prancis selepas Eropah menemui kemajuan ilmu sebagaimana dicatitkan diatas.Dalam masa yang sama Gerakkan Freemason yahudi telah pun menggunakan slogan kebabasan, persaudaraan dan persamaan bagi mengisi Revolusi prancis untuk menggulingkan Raja Lois Prancis yang zalim itu. Akhirnya didirikan demokrasi.
CIRI-CIRI DEMOKRASI
Demokrasi yang berasaskan kepada kuasa rakyat mempunyai pembentukan dasarnya yang menjadi keselarasan di dalam pemerintahan. Di sana terdapat tiga ciri utama yang menjadi tonggak terdirinya demokrasi iaitu;
PERTAMA: Dasar ketuhanan umat
Dasar ini mempunyai perlaksanaannya yang terbahagi kepada beberapa bentuk:
a-Pemerintahan demokrasi langsung.
Rakyat berperanan mengendalikan semua kekuasaan secara langsung.
Rakyat berperanan mengendalikan semua kekuasaan secara langsung.
b-Demokrasi ala langsung.
Rakyat memilih wakil-wakil untuk menceburi kekuasaan dan melaksanakan pemerintahan.
Rakyat memilih wakil-wakil untuk menceburi kekuasaan dan melaksanakan pemerintahan.
c-Pemerintahan majoriti
Rakyat akan memilih wakil-wakil di parlimen yang akan melaksanakan pengubalan undang-undang dan kawalan kuasa pelaksana dan undang-undang bagi memilih presiden. Parti yang mendapat majoriti akan memerintah.
Rakyat akan memilih wakil-wakil di parlimen yang akan melaksanakan pengubalan undang-undang dan kawalan kuasa pelaksana dan undang-undang bagi memilih presiden. Parti yang mendapat majoriti akan memerintah.
Perjalanan demokrasi bertitik tolak kepada dua perkara:
a-Rakyat mempunyai kewajiban mengawal segala tugas-tugas kerajaan dengan menghapuskan hak kesucian ketuhanan yang dimiliki oleh pihak gereja dan raja pada ketika itu dan memberi ruang kepada rakyat untuk mengawal segala urusan pentadbiran.
b-Hak kemanusiaan diberikan kepada rakyat setelah hak-hak mereka diharamkan lebih seribu tahun di zaman feudal. Walaupun ia dari asas ekonomi namun demokrasi yang ditegakkan ini juga menjadi fahaman yang telah menyerap masuk didalam aspek politik sehingga menjadi asas yang penting didalam demokrasi majoriti 2/3 atau lebih diperlukan didalam isu-isu yang penting seperti membuat perubahan didalam perkembangan.
KEDUA: Dasar ketinggian undang-undang
Di dalam dasar ini rakyat dan pemerintah hendaklah sama-sama mendaulatkan undang-undang bagi memastikan perjalanan undang-undang stabil dan saksama. Jaminan ini terkandung di dalam dasar kebebasan perlembagaan.
Jaminan dalam demokrasi terkandung:
i) jaminan harga diri
Setiap individu tidak akan di tangkap dan ditahan melainkan dengan tuntutan sebenar dengan malakukan kesalahan di sudut undang-undang yang memastikan ia ditahan
ii) Jaminan pengesahan
Tidak boleh menekan si tertuduh dengan ancaman janji manis atau apa-apa tekanan yang memaksa dia mengiktiraf kesalahannya.
iii) Jaminan hukuman
Si tertuduh dikenakan hukuman keseksaan sebagaimana yang diputuskan oleh undang-undang. Si yang tertuduh berhak meminta mengulangi perbicaraan (ulang bicara) atau membatalkannya apabila dia dianiaya.
IV) Jaminan perlaksanaan.
Perlaksanaan keseksaan tidak akan melampaui keputusan mahkamah. Pesalah akan layan dengan baik di dalam penjara dengan hukuman yang dijalankan.
KETIGA: Hak-hak dan kebebasan umum.
Didalam hal ini, ianya merupakan rangkaian daripada dasar-dasar ketinggian undang-undang yang meletakkan kepada dua aspek utama:
a) Persamaan
Persamaan yang meliputi kepada semua bidang-bidang berikut:
- Bidang undng-undang
- Bidang kehakiman
- Bidang tugas-tugas
- Bidang cukai
b) Kebebasan
Kebebasan yang disandarkan kepada hak-hak yang menjadi tuntutan kepada manusia. Ianya meliputi kepada:
i) Kebebasan peribadi: Ianya merupakan hak-hak meterial seperti hak hidup, hak berpindah randah, hak keamanan, tidak harus memperhambakan manusia, kehormatan tempat tinggal dan sebagainya.
ii) Hak-hak manusia: Ianya merupakan hak ummah sejagat seperti hak pemikiran ilmu kebebasan aqidah, mengemukakan pandangan, kebebasan mengadu, kebebasan pendidikan serta pembelajaran dan sebagainya.
iii) Kebebasan politik: ianya merupakan suatu jalan bagi membuat perubahan dari aspek pentadbiran seperti hak mengundi, hak mencalonkan individu tertentu, hak menggubal undang-undang, hak mengawal pemerintah, hak melucutkan presiden, hak perlantikan tugas-tugas umum, hak menubuhkan parti, hak bersuara dan sebagainya.
PERBEZAAN DEMOKRASI MENGIKUT PERUNDANGAN ISLAM
Doktor Muhammad Dhiyan Din Ar Ris di dalam kitabnya menyebutkan beberapa perbezaan penting diantara demokrasi dan Islam.
pertama: Demokrasi moden sebagaimana yang dikenali di negara-negara barat mentakrifkan rakyat atau umat ialah rakyat yang terbatas di dalam sempadan tertentu dan hidup dibawah lingkungan iklim yang satu. Sehingga mereka mengira bahawa ianya dinilai mempunyai ikatan darah, keturunan, bahasa dan adat-adat yang diamalkan oleh mereka yang membawa kepada timbulnya sentimen ta'asub. Islam menilai umat itu diikat dengan kesatuan aqidah bukannya tempat darah atau bangsa keturunan, bahasa dan lain-lainnya bahkan setiap muslim layak menjadi negara Islam.
kedua: Matlamat demokrasi adalah mencapai tujuan keduniaan atau kebendaan yang dianggap dapat membawa kebahagiaan rakyat. Adapun sistem peraturan Islam menghimpunkan segala tujuan keduniaan dan kerohaniaan, bahkan tujuan-tujuan kerohanian merupakan asas penting yang tertinggi. Negara-negara Islam menjadikan ad Deen dan undang-undang akhlak sebagai neraca dalam segala amalan dan urusan.
ketiga: Kekuasaan rakyat didalam demokrasi adalah mutlak. Adapun Islam memberi kekuasaan rakyat selagimana ianya tidak melampaui batas-batas undang-undang al-Quran dan as-Sunnah serta terikat dengan undang-undang akhlak dan dasar-dasar Islam.
PERSAMAAN YANG BERLAKU DIANTARA ISLAM DAN DEMOKRASI
Di sana terdapat titik persamaan yang berlaku di dalam demokrasi yang mempunyai beberapa unsur penting yang merangkumi kehendak Islam sebagaimana yang disebut oleh Muhammad Dhiyan Din Ar Ris
pertama: Jika demokrasi itu bererti sebagaimana yang disebut oleh Abraham Lincon, demokrasi adalah pemerintahan rakyat dengan pemerintahan kerana rakyat. Tidak syak lagi inilah yang terkandung didalam sistem negara Islam dengan pengecualian rakyat itu sewajarnya memahami Islam diatas sudut tertentu dan menyeluruh.
kedua: Demokrasi mempunyai desas desus politik dan kemasyarakatan tertentu. Dengan tidak diragui bahawa semua dasar-dasar dan hak-hak itu juga dipelihara dan dijamin oleh Islam. Maka kesemuanya ini secara umumnya mempunyai sifat tabie daripada roh Islam serta ciri-ciri, undang-undangnya. Tetapi perlu diambil perhatian bahawa Islam melihat hak-hak ini daripada sudut kelahiran tabie yang berbeza-beza dimana adanya hak-hak yang dikira hak-hak Allah begitu juga halnya hak-hak yang berkait dengan menusia ataupun ianya hanya dianggap nikmat dari Allah bukan hak-hak yang mesti diterima oleh semua. Perbezaan hak-hak pada pandangan Islam tidak menjejaskan ciri-ciri atau hak-hak ini yang mahu dilaksanakan untuk mencapai keadilan yang mutlak.
Doktor Yusof Qardawi didalam kitabnya 'Feqh Daulah' menyebut bahawa beberapa perkara yang menjadi titik persamaan di antara Islam dan demokrasi;
Pertama: Tidak harus memiih pimpinan yang dibenci oleh pengikut dengan berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Tiga jenis manusia yang tidak diangkat pahala sembahyang mereka di atas kepala mereka walaupun sejengkal. Yang pertama, seseorang yang menjadi Imam sembahyang kepada orang-orang yang benci kepadanya (riwayat Ibnu majah dan Ibnu Hibban).
Kedua: al-Quran menentang pemerintahan ditaktor yang meletakkan diri mereka mempunyai kuasa mutlak seperti mengaku berkuasa seperti tuhan. Contohnya Namrud dan Firaun
Ketiga: al-Quran dan as Sunnah mencela orang-orang yang bersekongkol dengan penguasa yang zalim.
Keempat: Islam menetapkan konsep syura sebagai salah satu kaedah daripada kaedah kehidupan Islam dan mewajibkan pemimpin itu melakukan mesyuarat. Islam juga mewajibkan umat untuk memberi nasihat, seterusnya Islam juga menjadikan amar makruf nahi munkar sebagai kewajiban yang sudah pasti.
Kelima: Pilihanraya termasuk jenis pemberian kesaksian (syahadah) Jika kita meninjau hal-hal ini maka kita akan dapati adanya persamaan yang berlaku diantara Islam dan demokrasi. Dengan sebab itu syeikh Doktor Yusof Qardawi mempunyai pandangannya dalam hal ini yang akan disebutkan nanti.
Kita boleh membahagikan kepada beberapa pandangan daripada pandangan yang bergelar intelektual kepada :
a - Mereka yang berpendapat bahawa demokrasi adalah daripada Islam.
i) -Ustaz khalid Muhammad Khalid
Beliau telah menulis didalam akhbar al Ahram, Kaherah pada 24 Jun 1985 dengan menekankan bahawa syura didalam Islam ialah demokrasi yang pernah dilakukan oleh manusia di zaman dahulu. Pada musim panas 1986, beliau telah membincangakan kembali tajuk ini dalam akhbar 'al Wafid' dan menyeru supaya mengiktiraf secara jelas. Demokrasi; rukunnya dan dasarnya beliau menyebutkan bahawa:
1.Rakyat mempunyai kuasa
2.Pemisahan hukuman diantara bidang kuasa
3.Rakyat mempunyai hak yang mutlak didalam memilih presiden.
4.Rakyat mempunyai hak yang mutlak dalam memilih pemimpin parlimen mereka.
5.Berlaku penolakan parlimen secara bebas dan berani membolehkan tergugurnya hukuman ketika berlakunya penyelewengan.
6.Berbilang parti
7.Kewartawanan yang bebas.
1.Rakyat mempunyai kuasa
2.Pemisahan hukuman diantara bidang kuasa
3.Rakyat mempunyai hak yang mutlak didalam memilih presiden.
4.Rakyat mempunyai hak yang mutlak dalam memilih pemimpin parlimen mereka.
5.Berlaku penolakan parlimen secara bebas dan berani membolehkan tergugurnya hukuman ketika berlakunya penyelewengan.
6.Berbilang parti
7.Kewartawanan yang bebas.
ii) -Ustaz Abbas Aqad.
Tulisan beliau yang bertajuk 'Demokrasi Islam' yang telah dikeluarkan pada tahun 1952 menyebutkan didalam muqaddimahnya "Pemikiran demokrasi telah dilahirkan oleh Islam pada kali pertama di dalam sejarah dunia."
catitan:
Pandangan ustaz khalid dan ustaz Abbas al Aqad telah ditolak oleh Doktor Yusof al Qardawi didalam kitabnya "sohwahtul Islamiah wa humumul watan wal Islamiah' dengan menyatakan' Islam adalah sistem pada titik permulaan, matlamat-matlamatnya dan manhajnya, begitu juga lebih besar, luas dan mendalam daripada demokrasi"
b - Merka yang bersepakat bahawa demokrasi bukan daripada Islam
i) Abu Ala' al Maududi
Di dalam kitabnya 'Nazariat Islamiah al biah' beliau mengungkapkan "sesungguhnya kerajaan (pemerintahan) Islam bukanlah demokrasi. Demokrasi adalah ibarat daripada manhaj pemerintahan yang kekuasaannya milik rakyat keseluruhannya. Tidak akan berubahnya undang-undang melainkan dengan pandangan orang ramai, bahkan undang-undang juga tidak akan digubal melainkan berdasarkan pengiraan kehendak akal mereka, sehingga perlaksanaannya daripada undang-undang tersebut melainkan mengikut rekaan diri mereka. Setiap yang tidak dikehendaki oleh akal mereka akan terbina tembok penghalang dan dikeluarkan dari perlembagaan. Inilah yang ada pada ciri-ciri Republik : "Engkau akan melihat sesungguhnya demokrasi tidak ada sesuatupun daripada Islam. Jadi tidak betul mensandarkan ungkapan Republik atau Demokrasi kepada sistem pemerintahan Islam.
ii) Ustaz Said Hawa.
Di dalam kitabnya 'al Islam' dibawah tajuk 'perkara-perkara yang membatalkan syahadah' beliau menyebutkan "termasuk demikian itu (memberi hak mutlak menyuruh, melarang, menghalal, mengharam dan membuat undang-undang kepada selain Allah), apa yang dinamakan demokrasi dengan kefahaman barat kepada demokrasi ialah suara majoriti yang mewakili Dewan Perwakilan Rakyat atau lainnya diserahkan untuk membuat undang-undang yang dikehendaki tanpa ikatanmelainkan ikatan perlembagaan di setengah-setengah negara, Perlembagaan digubal dan diluluskan oleh pihak majoriti dengan tanpa ikatan dengan pemerintah apa pun melainkan dengan pandangan dan pemikiran-pemikiran mereka seperti inilah yang memberi hak membuat undang-undang, menghalal dan mengharamkan kepada sesama manusia sedangakan ianya satu kesyirikan.
iii) Ustaz Muhammad Qutb
Didalam kitab 'Mazahib fikriah al mu'asarah' menyatakan dua hakikat yang tidak boleh dilupakan dalam demokrasi iaitu:
i )Tidak sepatutnya kita sertakan sistem-sistem Islam kepada sistem Jahiliah. Lebih-lebih lagi kita cuba untuk menyandarkan sistem yang ditetapkan oleh Allah kepada sistem Jahiliah atau kita menggambarkan akan pujian sistem Islam apabila wujudnya titik pertemuan dengan sistem Jahiliah. Firman Allah taala yang bermaksud: "Maka apakah kamu mencari hukum jahiliah? sedang hukuman siapakah yang lebih baik daripada hukum yang diturunkan oleh Allah bagi orang-orang yang yakin".
ii) Walaupun Islam dan demokrasi mempunyai keserupaan didalam beberapa noktah tetapi ia berbeza besar pada kaedar dasar. Islam berdiri di atas kaedah yangmempunyai perbezaan yang kukuh daripada kaedah yang didirikan oleh demokrasi. Dan Islam meletakkan pengabdiannya yang mutlak kepada Allah dan melaksanakan syariatnya sehingga terlaksana di bumi nyata sebagai alamat kepada mentauhidkan Allah, namun demokrasi ialah pengabdian selain Allah. Pemerintahan undang-undang manusia dan peneguhannya di bumi nyata sebagai tanda pengabdian selain dari Allah.
Doktor Ali Abdul Halim Mahmod, beliau telah menyebutkan di dalam kitab 'Gazwu fikri wa atharu fil mujtama' Islami' demokrasi mempunyai kecacatan yang akan mendatangkan mudharat kepada individu dan masyarakat. Di antaranya penyokong-penyokong demokrasi akan memastikan rakyat sebagai sumber kekuasaan dan pemilik kekuasaan dan ketuanan yang mutlak. Beliau memperingatkan bahawa Islam mempunyai undang-undang, sistem dan manhaj-manhaj yang menyeluruh daripada Allah taala. Allah memiliki kekuasaan yang sempurna dan ketuanan mutlak.
c – Mereka yang berpendapat secara pertengahan
i ) Syeikh Mufti Atiyyah Saqar
Dalam kitab 'Dirasat Islamiah li ahammi qadaya al mu'asarah' menyebutkan demokrasi mempunyai dua dasar asas yang diiktiraf oleh Islam iaitu pertama pemerintahan rakyat dan kedua pemerintahan kebebasan,
Walaupun demikian Islam berbeza dengan demokrasi.
pertama: Islam tidak menjadikan rakyat berkuasa pada perkara sabit dan tetap. Inilah asas umum dan kukuh dalam Islam.
kedua: Pemerintahan di dalam Islam tidak akan meminta pandangan di dalam perkara-perkara yang dihasilkan oleh al Quran dan as-Sunnah. Syeikh mufti menyebut di hujung perbahasannya "Demokrasi di dalam Islam bukan laungan yang dislogankan tetapi hakikatnya untuk perlaksanaan dan pengamalan yang berdiri di atas iman dengan kemuliaan Islam, penghargaan kebebasan dan pengeratan ikatan-ikatan kemasyarakatan.
Dasar keimanan adalah sebaik-baik peraturan untuk sampai kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
ii ) Syeikh doktor Yusof al Qardawi
Syeikh Doktor telah menyebutkan di dalam 'Fatwa' dan ' Feqh Daulah' bahawa Jauhar Demokrasi (jauhi daripada pelbagai definisi dan istilah-istilah akedemik) ialah suatu proses dimana rakyat memilih pemerintah dan pentadbir urusan mereka dan undang-undang yang dibenci tidak akan menguasai mereka. Dengan sebab itu kita perlu meneliti kaedah yang sudah di sepakati oleh para ulama iaitu kaedah feqhiyah 'menentukan hukum ke atas sesuatu itu menjadi perkara cabang daripada hakikatnya'. Maka sesiapa yang menetapkan hukum tentang sesuatu padahal dia tidak mengetahui secara pasti, maka ketetapan hukumnya ini dianggap cacat dan tidak tepat.
Beliau menyebutkan lagi bahawa "realitinya arang yang meneliti jauhar demokrasi mendapati bahawa ia daripada intipati Islam." Justeru tu syeikh doktor berpendapat demokrasi adalah sistem yang tidak bercanggah dengan Islam pada asasnya selama mana menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang tertinggi negara.
Syeikh doktor juga berpendapat "tidak ada salahnya bagi manusia, pemikir dan para pemimpinnya untuk mencari alternatif sistem lain yang lebih ideal dan lebih baik, tapi mestilah lebih mudah diterapkan didalam kehidupan manusia. Kami berpendapat tidak ada salahnya jika kita mengambil kaedah dari sistem demokrasi, sebagai cara untuk mewujudkan keadilan dan syura, menghormati hak-hak manusia, menghalang dan memberhentikan gerak kerja taghut di muka bumi."
iii) Syeikh Muhammad Ghazali
Semenjak keluar kitab 'Islam wal istibdad as Siasi' pada awal tahun 1949M, beliau terkenal dengan pertahanan taqlidi tentang demokrasi. beliau terbuka menolak pandangan ustaz Muhammad Qutub yang mengkritik mengambil ideologi-ideologi lawan antaranya demokrasi. Di dalam 'tarbiah Islamiah', ustaz muhammad Qutb telah mensabitkan: "Orang-orang yang berkata dakwaan mereka "kami mengambil daripda Islam, demikian daripada demokrasi, demikian daripada sosialis, demikian dan kami masih orang-orang Islam." Allah telah menyebut tentang orang-orang yang seumpama ini dengan firmannya yang bermaksud: "maka apakah kamu beriman dengan separuh daripada kitab dan kafir dengan sebahagian kitab yang lain. Maka tidak ada satujuzu' bagi orang yang melakukan sedemikian kecuali ia menyesal di dunia dan pada hari qiamat kelak mereka akan dikembalikan ke tempat yang paling teruk azab nerakanya."
Syeikh Muhammad Ghazali telah memunaqasyahkannya dan menolak pandangan ini didalam kitabnya 'Dustur al wahdahtul thaqafiah baina al muslimin"
Beliau berkata "Ucapan itu perlu kepada penetapan 'dhawabit'. Demokrasi bukan agama yang di letakkan di dalam saf orang Islam. Sesungguhnya demokrasi ialah satu sistem yang menghubungkan antara pemerintah dan rakyat. Kami telah mengkaji sistem ini sehingga kami menemui kemuliaan individu terlaksana bagi semua penyokong dan pembangkang sama sahaja.
Bagaimana dapat dibina undang-undang untuk menghalang seseorang daripada melampau dan mendokong penentang supaya dia berkata dengan penuh lantang "tidak! tidak takut penjara! Tidak takut ancaman gantung!" dan sebagainya. Sesungguhnya kediktatoran adalah perosak yang memakan agama dan dunia kita. Adakah haram ke atas penyeru kebaikan untuk orang Islam supaya mencedok setengah langkah (prosedur) yang dilakukan oleh umat-umat lain tatkala mereka teruji seperti ujian yang di hadapi oleh orang Islam. Cara yang kita gunakan untuk aqidah dan kelebihan kita juzuk daripada pemikiran kemanusiaan yang umum yang tiada hubungan dengan matlamat yang dilaungkan.
Kita telah melihat pendokong-pendokong falsafah yang bertentangan memindahkan banyak bidang dengan tanpa kesalahan. Kesalahan keseluruhan ialah meninggalkan agama, usul-usul dan nilai-nilai agama kerana melebihi sistem-sistem lain yang di import daripada timur dan barat.
PENGLIBATAN GERAKAN ISLAM KE DALAM DEMOKRASI
Sejak kejatuhan khilafah Islamiah Othmaniah di Turki pada tahun 1924, tidak wujud lagi kerajaan Islam yang benar-benar berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Bahkan negara-negara Islam telah di faraidkan (dipisah-pisahkan) oleh penjajah Barat dan yang berlaku ialah undang-undang penjajah di amalakan di negara-negara umat Islam, undang-undang yang memisahkan daripada Islam dan pemerintahan sehingga tidak menjadikan al-Quran dan as-Sunnah asas perkembangan yang utama.
Menyedari hakikat inilah, maka para ulama telah merasakan bahawa perlunya kepada pemulihan institusi khilafah Islamiah yang runtuh itu. Oleh kerana suasana setempat yang berlainan yang mempunyai perbezaan dari sudut reaksi untuk mendaulatkan Islam, maka berlakunya kaedah yang berbeza untuk digunakan bagi menggulingkan kerajaan yang tidak Islam. Disana terdapat sekurang-kurangnya tiga kaedah yang dilakukan:
a: Kaedah Revolusi.
Kaedah ini telah pun di lakukan oleh gerkan Islam dan massa di bawah pimpinan al Marhum Ayatullah Khomeihi ketika menumbangkan Rejim Shah Iran. Kaedah ini telah pun mencapai kejayaannya di Iran dan merupakan kaedah yang paling sesuai ketika itu kerana situasinya di realiti yang dihadapi oleh gerakan Islan di sana memerlukan kaedah yang sedemikian, kerana Shah Iran tidak membenarkan
Islam dilaksanakan oleh rakyat Iran walaupun diperingkat yang minimum, bahkan berlakunya penindasan dan kezaliman dilakukan terhadap rakyat, sehingga pernah berlaku 6,000 rakyat terbunuh dan mayat-mayat bergelimpangan di tengah-tengah jalan raya Tehran.
b: Kaedah Perang
Kaedah yang kedua ini telah pun dibuktikan kejayaannya di Afganistan. Pencerobohan yang dilakukan oleh Rusia ke atas negeri tersebut hanya boleh di selesaikan dengan perang. Mujahidin Afghanistan atau gerakan Islam tidak mempunyai alternatif selain kaedah ini, bahkan jihad menggunakan senjata adalah kaedah yang paling sesuai dan berkesan di sana, malah mengikut hukum Islam, perang disana menjadi wajib atau fardhu ain kerana secara jelas musuh Islam (Rusia) telah melakukan percerobohan dan agresif. Sebagai kesimpulannya, kaedah perang telah membuktikan kejayaannya di Afganistan.
c: Kaedah Pilihanraya
kaedah ini telah dan sedang di praktikkan oleh gerakkan Islam untuk mengembalikan khilafah Islamiah. Kaedah ini agak meluas wujud di negara-negara Arab dan juga negara-negara umat Islam yang lain. Antaranya gerakan Ikhwan Muslimin yang terdapat di Mesir, Jordan, Algeria dan Syria.Parti Refah di Turki, Jemaah Islamiah di Pakistan, India dan Bangladesh, Hizbullah di Sudan, Misyumi di Indonesia dan Parti Islam Semalaysia (PAS) di Malaysia dan banyak lagi.
Mereka ini melibatkan diri ke dalam pilihanraya kerana terdapat dasar-dasar dan hak-hak demokrasi yang memberi ruang dan peluang kepada Islam untuk mencapai cita-cita dan tujuannya. Terlibat didalam pilihanraya juga merupakan perkara yang berhubung kait dengan perkara Ijtihad. Islam tidak menentukan secara sabit pengharusan dan pengharamannya. Ada beberapa alasan yang boleh di kemukakan untuk menunjukkan kesesuaian sikap untuk terlibat didalam pilihanraya.
Pertama : Tujuan-tujuan pokok bagi gerakan Islam
i - mencorak keperibadian Islam
ii - Menegakkan negara Islam di setiap negara.
iii - Menyatukan umat Islam
iv - Menghidupkan khalifah Islamiah
v - Menegakkan negara Islam sedunia.
Kedua : Allah telah memfardhukan kepada orang-orang mukmin mendirikan hukum-hukum Islam
Ketiga: Kaedah feqh 'perkara yang tidak sempurna kewajibannya kecuali dengannya maka ia juga adalah wajib' Didalam Kitab 'Jundullah thaqafah dan akhlak' Ustaz Sa'id Hawa menyebutkan "Jihad tidak akan sempurna dengan tidak ada kerajaan Islam yang beriman dengan Islam di setiap negara. Tidak sempurna kewajiban melainkan dengannya, maka ia adalah satu kewajiban. Apabila itu semua tidak sempurna tanpa persiapan. Wajib ke atas kita untuk menyediakan persiapan. Apabila itu tidak sempurna tanpa jihad wajib ke atas kita berjuang, masaalah ini tiada 'ihtimal', wajib ke atas setiap muslim di setiap negara menegakkan kerajaan Islam, bagi mereka di setiap negara sebagai suatu maslahah yang lebih utama dari sudut orang lain daripada maslahah-maslahah.
Masalah ini bukan fardhu kifayah di zaman sekarang. bahkan ia fardhu ain sehingga tertegaknya negara Islam. Tanpa jihad agama Islam dan umatnya akan hancur.
Keempat : 'Asal pada sesuatu perkara itu adalah harus' Para ulama berpandapat sesuatu yang tiada nas kitab dan sunnah yang mengharamkan penglibatan didalam demokrasi selama mana kewajiban dilaksanakan menyuruh kebaikan, mencegah kemunkaran dan menegakkan pendirian Islam. Oleh itu asal sesuatu itu di atas asas hukum harus.
Kelima ; 'Maqasid syara' yang dituntut apabila tertentu padanya satu cara untuk mencapainya. cara ini akan berhukum seperti hukum maqasid itu.
Keenam : Doktor Yusof Qardawi menyebutkan didalam kitabnya 'Fatwa Mu'asarah' dan 'Feqh Daulah' "tidak ada sesuatu halangan syara' dari menceduk sesuatu teori atau penyelesaian ilmiah daripada bukan Islam. Nabi telah mengambil teori menggali parit (Khandak) didalam peperangan al-Ahzab sedangkan menggali parit daripada uslub tentera Parsi. Rasulullah saw mengambil faedah daripada tawanan Badar yang pandai membaca dan menulis supaya mengajar anak-anak muslimin menulis walaupun mereka syirik.
Ketujuh : Islam memerintah supaya menyampaikan dakwah Islam, mereka mengemukakan undang-undang Islam, mencegah kemunkaran dan bangkit memperbetulkan penyelewengan dan kezaliman.
Kelapan ; Rasulullah dan para sahabat mengambil faedah daripada sistem jahiliah untuk kepentingan dakwah Islam. Masyarakat jahiliyah mengamalkan sistem 'himayah wa jiwar' (pemeliharaan dan berjiran). Apabila orang lemah berada dibawah perlindungan seseorang atau kabilah yang kuat dan samseng,dia akan selamat daripada pencerobohan dan bebas hidup. Contohnya:
i) Perlindungan Abi Talib terhadap Rasulullah saw untuk menyampaikan Islam.
ii) Perlindungan Muthim Bin Adi terhadap kepulangan Rasulullah saw daripada Taif untuk masuk ke Madinah.
iii) Perlindungan yang diberi oleh Ibnu al-Daghnah kepada Saidina Abu Bakar ra sepertimana yang diceritakan oleh Saidina Aisyah ra dimana apabila Abu Bakar berangkat untuk menuju ke habasyah, tiba-tiba beliau berjumpa dengan al-Daghnah di suatu tempat bernama Barakal Ghimad, Ibn al-Dagnah bertanya: "Mahu ke mana kamu wahai Abu Bakar? Abu Bakar menjawab: Aku telah di halau oleh kaumku. sekarang aku mahu pergi ketempat lain supaya aku boleh menyembah tuhanku" Ibnu al-Daghnah berkata: "Orang yang seperti kamu tidak layak meninggalkan negeri dan tidak layak dihalau kerana keperibadian kamu suka menolong orang yang tidak berada, membantu orang yang lemah, memuliakan tetamu dan menolong orang yang susah. Aku menjadi jiranmu, oleh itu pulanglah segera. Sembahlah tuhanmu di negerimu."
ii) Perlindungan Muthim Bin Adi terhadap kepulangan Rasulullah saw daripada Taif untuk masuk ke Madinah.
iii) Perlindungan yang diberi oleh Ibnu al-Daghnah kepada Saidina Abu Bakar ra sepertimana yang diceritakan oleh Saidina Aisyah ra dimana apabila Abu Bakar berangkat untuk menuju ke habasyah, tiba-tiba beliau berjumpa dengan al-Daghnah di suatu tempat bernama Barakal Ghimad, Ibn al-Dagnah bertanya: "Mahu ke mana kamu wahai Abu Bakar? Abu Bakar menjawab: Aku telah di halau oleh kaumku. sekarang aku mahu pergi ketempat lain supaya aku boleh menyembah tuhanku" Ibnu al-Daghnah berkata: "Orang yang seperti kamu tidak layak meninggalkan negeri dan tidak layak dihalau kerana keperibadian kamu suka menolong orang yang tidak berada, membantu orang yang lemah, memuliakan tetamu dan menolong orang yang susah. Aku menjadi jiranmu, oleh itu pulanglah segera. Sembahlah tuhanmu di negerimu."
Abu Bakar pulang semula bersama-sama Ibnu al-Daghnah mengistiharkan kepada pemimpin Mekah bahawa ia memberi perlindungan kepada Abu Bakar ra. Mereka menerima apa yang dilakukan oleh Ibn al-Dgahnah dengan syarat Abu Bakar dibenarkan beribadah di rumahnya, boleh bersembahyang, membaca al-Quran dan apa-apa sahaja haya didalam rumahnya tetapi tidak boleh sama sekali di buat secara terbuka.
Ibnu al-Daghnah memberitahu Abu Bakar akan permintaan pemimpin Quraisyh itu dan Abu Bakar telah tinggal di rumahnya.. Setelah beberapa hari ia pun membina tempat di halaman rumahnya. Di situlah dia bersembahyang dan membaca al-Quran. Saidina Abu Bakar yang lembut hatinya apabila dia membaca ayat-ayat al-Quran ia akan menangis lalu ia di kerumuni oleh perempuan musyrikin dan anak-anak merka.Mereka tertarik mendengar dan melihat apa yang dibaca oleh Abu Bakar. Perkara ini telah membimbangkan pemimpin-pemimpin Mekah.
Lalu mereka menemui Ibn Daghnah dan menyatakan bahawa dia hanya membenarkan beliau bersembahyang dan membaca al-Quran di dalam rumahnya sahaja bukan membuat tempat di halaman rumahnya. Kami bimbang apa yang dilakukan olehnya itu dapat mempengaruhi anak-anak dan isteri-isteri kami. Halangi dia dari melakukan perkara-perkara itu. Jika sekiranya ingkar maka batalkan perlindungan yang telah diberikan kepadanya.
Ibnu Dgahnah telah pun mengugut Abu Bakar, sama ada memilih perlindungan yang diberikan atau membatalkannya. Abu Bakar menjawab dengan tegasnya: "Aku memulangkan balik kepadamu perlindungan yang diberikan kepadaku. Aku redha dengan perlindungan yang dikurniakan oleh Allah.”
REALITI ISLAM DALAM ERA PENDEMOKRASIAN
Realiti yang ada masih belum menggambarkan bahawa gerakan Islam mampu untuk mewujudkan apa yang diperjuangkan bagi meletakkan ad-Deen sebagai asas pijakan utama di dalam pentadbiran negara melalui pendemokrasian. Bahkan negara-negara yang dipimpin oleh umat Islam yang meletakkan agama sebagai agama rasmi juga hanyut ditenggelami oleh undang-undang ciptaan manusia sehingga bertapak kukuh,merampas dan mencabul hak-hak Hakimiah Allah swt.
Gerakan-gerakan Islam sentiasa menghadapi pelbagai suasana kesulitan juga tragedi yang sambung menyambung sehingga kita boleh meyaksikan kemunafikan demokrasi yang ada. Bahkan gerakan Islam dianggap sebagai golongan 'fundamentalis Islam' atau 'militan Islam' yang begitu rakus mahukan kuasa politik. Dr. Syed Azman Syed Ahmad berpendapat di dalam kertas kerjanya 'cabaran sosio-politik Gerakan Islam Dalam Pendemokrasian di alaf baru' menyebut era pendemokrasian yang sedang berjalan sekarang ini juga sedang menjadi 'test case' ke atas kebanyakkan negara-negara umatIslam terutamanya di Timur tengah sama ada mereka terus menerus dilindungi oleh Barat tanpa sebarang usaha ke arah pendemokrasian yang lebih baik dan mereka terus kekal sebagai negara yang bersifat autokrasi ataupun ruang 'demokrasi' akan dibuka untuk mereka". ini dapat kita perhatikan dalam senario penglibatan gerakan Islam.
i - Kemengangan yang hampir di capai oleh FIS melalui sistem demokrasi dan pilihanraya di sanggah dan dibatalkan dalam satu perancangan yang diatur pada pilihanraya bulan Disember 1990. Amerika Syarikat yang dikatakan menjamin 'hakasasi manusia dan demokrasi' yang dicanangkan oleh mereka dikebanyakkan negara di dunia ini telah menampakkan sikap mereka terhadap kebanyakkan negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah apabila keganasan rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera Algeria yang mengakibatkan konflik peperangan di Negeria telah memakan korban lebih dari 100 ribu nyawa penduduk tempatan sehingga kini tiada apa-apa tanda penyelesaian yang konkrit yang sedang diusahakan oleh mereka yang memegang Pertubuhan Dunia PBB.
ii- Penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi adalah lebih merupakan satu proses beroreintasikan 'safety valves' di mana selagi gerakan Islam di lihat sebagai tidak memberi ancaman kepada yang berkuasa maka selagi itulah mereka akan di benarkan turut terlibat dalam proses demokrasi. sila lihat lampiran 1 carta tersebut membuktikan bahawa apabila gerakan Islam sudah memperlihatkan tanda-tanda ancaman kepada barat serta sekutu mereka, maka mereka melakukan tindakan sehingga mematikan gerakan Islam.
Mereka tidak akan sama sekali membenarkan gerakan Islam menguasai dunia bahkan sentiasa memperhatikan gerak geri yang di lakukan oleh gerakan Islam dan membuat pelbagai perancangan, ancaman dan sebagainya bagi memastikan gerakan Islam tidak mengeuasai politik Islam yang sebenar. Mereka mungkin hanya memberikan ruang bernafas bagi gerakan Islam di acara demokrasi tetapi tidak sekali-kali memberikan kemutlakan demokrasi kepada gerakan Islam.
Inilah yang dipraktikkan oleh seorang tokoh sains politik Amerika syarikat, Frofesor Graham Fuller yang menulis di dalam makalah 'Deterting Islam, Echo of Islam" mengenai sikap barat terhadap gerakan Islam, Beliau berkata; "Biar Islam dan Gerakan Islam itu keluar dari bawah tanah dan belajar untuk hidup di dalam proses demokrasi sebagaimana ianya telah hidup di dunia Islam. Berilah sedikit masa kepada mereka. Evolusi politik sentiasa ada masa-masa ketidakstabilannya tetapi yakinlah bahawa politik Islam tidak akan menjadi suatu impian ngeri yang amat di takuti oleh Barat."
HARAPAN MASA DEPAN
Menjadi suatu kewajiban kepada umat Islan yang berjuang menegakkan agama Allah, mestilah menaruh harapan dan percaya kepada janji Allah yang pasti memberi kemenangan. Walaupun tekanan, kepungan serta ancaman yang hebat dilakukan oleh musuh terhadap Islam mamun kemenangan pasti diberikan oleh Allah swt kerana Allah taala tidak sekali-kali memungkiri janjinya.
Firmannya yang bermaksud: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad saw) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; Khalifah-khalifah yang berkuasa dan ia akan menguatkan dan menyembunyikan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhainya untuk mereka dan ia juga mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar selepas itu, maka mereka itulah orang-orang yang durhaka.” An-Nur: 55.
Dan Rasullullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya:"Sesungguhnya permulaan agama kamu ialah kenabian dan rahmat, ianya berlaku dikalangan kamu apa yang dikehendaki Allah berlakunya, kemudian Allah Jalla jalaluhu mengangkatnya, kemudian berlakunya secara beraja yang menggigit (mengukuhkan kedudukan dan kuasa tanpa syura) ianya berlaku dikalangan kamu apa yang dikehendaki Allah berlakunya, kemudian Allah Jalla jalaluhu mengangkatnya, kemudian berlakunya secara beraja yang memaksa (diktator) ianya berlaku dikalangan kamu apa yang dikehendaki Allah berlakunya, kemudian Allah Jalla jalaluhu mengangkatnya. Kemudian pula berlaku secara khilafah berlandaskan ajaran kenabian manusia pada ketika itu beramalkan (ajaran) nabi, Islam menemui pangkalnya dibumi lalu meredhainya oleh penduduk langit dan bumi, langit tidak meninggalkan titisan hujan melainkan mencurahkan keatasnya secara lebat dan tiadalah meninggalkan oleh bumi dari tumbuhan dan keberkatannya melainkan ia mengeluarkannya." Riwayat al-Barraz.
Kita mestilah menyedari bahawa pihak musuh (barat serta sekutunya) sentiasa membuat pelbagai perancangan dari segi cara, teknik, dan strategi yang sentiasa berubah mengikut arus perubahan semasa bagi menghalang kemenangan Islam. Justeru itu gerakan Islam mestilah membuat persiapan bagi berdepan dengan segala perancangan mereka dan melakukan 'tajdid' (Reformasi) di dalam gerak kerja gerakan Islam bagi memastikan syarat-syarat kemenangan dapat dipenuhi dan dilengkapi supaya hala tuju ke arah lebih mudah dicapai dan mampu juga mengisi kemenangan.
Walaupun memang perancangan dibuat tidak membenarkan gerakan Islam bertapak diatas pemerintahan melalui proses pilihanraya seperti yang telah pun berlaku di Algeria, Mesir dan baru-baru ini di Turki, namun apa yang berlaku seperti Yaman, Pakistan, Indonesia dan Malaysia masih lagi boleh di katakan demokrasi yang ada disana membenarkan gerakan Islam boleh memerintah melalui proses demokrasi. Tidak dinafikan memang ada ketidakadilan yang berlaku didalam proses demokrasi dan pilihanraya seperti yang kita boleh lihat di negara Malaysia sebagai satu contoh.
Pilihan raya baru-baru ini cukup menggambarkan kepada kita ketidakadilan tersebut seperti Suruhan Raya Pilihanraya (SPR) yang amat dikongkong oleh kerajaan kerana sekitar 650 ribu pengundi yang baru yang sewajarnya layak mengundi telah dinafikan hak mereka untuk mengundi oleh SPR. Walaupun mereka menyatakan sebab tidak boleh mengundi ialah urusan menyiapkan nama pendaftar baru akan selesai pada tahun 2000. Jika Pilihan Raya diadakan selepas Januari 2000 pengundi tersebut layak mengundi tetapi pilihan raya telah diadakan sebelum tahun 2000.
Inilah percaturan politik yang mereka atur, sepatutnya alasan seperti itu tidak boleh dijadikan hujjah kerana pihak kerajaan dan pihak pengendali SPR sepatutnya telah menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka untuk melayakkan pengundi tersebut layak mengundi kerana mereka telah mempunyai hak mengundi dan dengan ini bermakna mereka telah melakukan percanggahan dengan perlembagaan negara kerana perlembagaan negera telah menjelaskan bahawa seseorang yang layak membuang undi pada hari pembuangan undi tidak boleh dinafikan haknya. 650,000 tersebut adalah mereka yang boleh digambarkan sebagai mereka yang mahukan perubahan dalam arus politik negara Malaysia untuk menolak kerajaan yang sedia ada. Dengan sebab itulah kerajaan telah membuat penelitiannya dan mengunakan kuasanya bagi memperkudakan SPR.
Begitu juga halnya terhadap kes-kes yang melibatkan ketidak jujuran pihak SPR seperti undi-undi pos, pengundi-pengundi hantu yang diambil daripada orang luar dengan penyalahgunaan nombor kad pengenalan undi. Namun kemenangan yang dicapai oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai Parti Gerakan Islam mampu mempertahankan Kelantan dan memenangani negeri Terengganu tidak dipertikaikan kemenangan tersebut seperti apa yang berlaku di Algeria, Mesir dan Turki.
Bagi pengamatan penulis kemenangan tersebut wajib dipertahankan dan pihak PAS mestilah memperlihatkan kesyumulan pentadbiran Islam supaya negeri-negeri yang masih lagi belum lagi ditawan oleh PAS mampu untuk mengikuti jejak langkah pentadbiran yang dibuat oleh kerajaan PAS di dua negeri tersebut dan pihak bukan Islam mampu juga menerima hakikat pentadbiran Islam yang berteraskan keadilan sejagat. Apabila PAS mampu mentadbir Malaysia Insyaallah maka PAS mestilah memainkan peranannya sebagai sebuah kerajaan Islam yang berdaulat.
Persiapan untuk ke arah kemenangan mestilah juga dimainkan oleh kesemua rangkaian gerakan Islam sedunia. Bagi pengamatan penulis ianya boleh dilakukan melalui:
I - Memperkukuhkan aqidah yang menjadi teras kepada perjuangan Islam yang mesti dilaksanakan di semua peringkat sama ada ahli sehinggalah pimpinan gerakan Islam yang boleh dipraktikkan melalui program Tarbiah yang direncana dan disusun rapi.
II- Memperkemaskan lagi ciri-ciri Hizbullah yang mesti diterapkan didalam organisasi gerakan Islam sebagai pemangkin perjuangan dan ciri tersebut dinyatakan Firman Allah taala yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman barangsiapa dikalangan kamu yang murtad dari agamaNya maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah akan mencintainya dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir yang berjihad dijalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itulah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha luas (pemberianNya) lagi maha mengetahui. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya golongan Allah itulah yang pasti menang." al Maidah: 54-56.
III-Mewujudkan penyelerasan rangkaian gerakan Islam sedunia yang boleh dibuat melalui muktamar yang perlu diadakan bagi membangkitkan kembali cara bagaimanakah strategi untuk ke arah kemenangan yang boleh dicapai, yang mampu diselaraskan oleh kesemua gerakan Islam dinegara masing-masing.
IV-Memperkemaskan perjalanan organisasi gerakan Islam melalui organisasinya sama ada sekecil-kecil unit hinggalah sebesar-besarnya yang dimainkan oleh pentadbiran gerakan Islam
V - Menzahirkan Islam sebagai kuasa besar yang setanding dengan kuasa-kuasa besar lain yang ada.
PENUTUP.
Walaupun kita telah meninjau betapa pendemokrasian yang ada menampakkan ketidak telusannya namun, ruang dan peluang masih mampu diberikan oleh sesetengah negara. Justeru itu gerakan Islam yang mampu mencapai kemenangan melalui proses pendemokrasian hendaklah meneruskannya kerana cara yang begitu adalah cara yang dianggap cermat dan teliti tetapi jika sekiranya demokrasi menghalang bagi mencapai tujuan itu gerakan Islam mestilah mencari cara lain yang difikirkan masih selamat dan serasi dengan keadaan setempat daripada dua cara telah disebutkan (peperangan dan revolusi). Jika keadaan memaksa ke arah itu gerakan Islam mestilah memperkukuhkan dan meyakinkan diri pendokong sebagaimana Saidina Abu Bakar dalam peristiwa mengambil 'Himayah dan Jiwar' ke atas Ibnu Daghnah.
Sekian wallahua'lam.
Lampiran : Rajah 1
Klik rajah untuk jelas.
by; Ibnu Masran Al-Banjari (2000)
Rujukan:
'Feqh Daulah' karangan Dr. Yusof Al-Qardhawi.
'Ittijahat al-Fikriyah al-Muasarah' karangan Dr. Ali Jarisyah.
Kertas Kerja 'demokrasi menurut pandangan Islam'.
Kertas Kerja cabaran sosio-politik gerakan Islam dalam pendemokrasian di Alaf Baru. - Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Kertas Kerja Islam dan penentangannya dengan fahaman sekular. - Zakaria @ Mahmod Bin Daud.