Monday, September 22, 2008

Salam Tarbiyah : Hulurkan Bantuan Kita Kepada Keluarga Mangsa ISA..


Salam Tarbiyah,

Dulu sahabat-sahabat kita ini sama-sama berjihad dengan kita, bertarawih dengan kita, berbuka dengan kita.. TIBA-TIBA.. Rejim BN dengan akta rimba dan jumudnya telah memisahkan mereka dengan kita..

Terpisah dengan kita masih boleh kita anggap ringan.. tetapi mereka juga telah dipisahkan daripada isteri dan anak pinak mereka! Bererti isteri dan anak pinak mereka menghadapi satu keadaan yang berat berbanding dengan apa yang kita rasai..

Tak perlu disebut apakah bentuk keadaan yang besar dan berat yang terpaksa dipikul oleh ahli keluarga mereka.. jikalau kita mukmin yang memahami apa itu UKHUWAH, pasti kita bisa memahaminya..

Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab kita sesama saudara kita. Mereka dizalimi, keluarga mereka teraniaya.. Adapun kita, jika kita membiarkan mereka dizalimi dan membiarkan keluarga mereka teraniaya, maka kita telah menzalimi dan berbuat aniaya terhadap diri kita.. Allahu Subhanahu wa Ta'ala tidak suka kepada orang-orang yang berbuat zalim.

Keluarga mereka adalah keluarga bagi setiap mukminin. Mereka bukannya pengemis, bukannya peminta, tetapi mereka mempunyai hak.. dan mereka berhak menjelaskannya di mahkamah Mahsyar kelak..

Jika kita bencikan kezaliman, jangan zalimi diri kita dengan membiarkan keluarga mereka hidup dalam dukacita akibat diabai oleh kita! Hulurkan bantuan kita kepada keluarga mangsa ISA.

Sungguh Rasulullah Saw pernah memberikan berita gembira dan ancamannya kepada kita semua. Sabdanya

السَّخِيُّ قَرِيبٌ مِنْ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنْ الْجَنَّةِ قَرِيبٌ مِنْ النَّاسِ بَعِيدٌ مِنْ النَّارِ
وَالْبَخِيلُ بَعِيدٌ مِنْ اللَّهِ بَعِيدٌ مِنْ الْجَنَّةِ بَعِيدٌ مِنْ النَّاسِ قَرِيبٌ مِنْ النَّارِ
وَلَجَاهِلٌ سَخِيٌّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ عَالِمٍ بَخِيلٍ

“Orang yang pemurah itu lebih dekat dengan Allah, lebih dekat dengan syurga, lebih dekat dengan manusia, jauh pula daripada neraka, dan orang yang bakhil itu, jauh dengan Allah, jauh dengan syurga, jauh dengan manusia, hampir pula dengan neraka, dan orang jahil yang pemurah lebih dikasihi oleh Allah Azza wa Jalla daripada orang ‘alim yang bakhil”
[riwayat at-Tirmizi]

Semoga Allahu Subhanahu wa Ta’ala menuntun kita semua menjadi orang yang pemurah. Ameen..

Ibnu Masran al-Banjari
Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.
22 Ramadhan 1429H