Soalan:-
Apa pandangan Islam terhadap zikir marhaban seperti diamalkan masyarakat Islam pada hari ini ?Jawapan:-
Pada hakikatnya adalah merupakan sebagai puji-pujian dan mengucap salawat dan salam kepada Junjungan s.a.w.Berdiri ketika sampai kepada bacaan Nabi dilahirkan lalu membawa "Marhaban Jaddal Husaini", "Ashraqal Badru 'Alaina" dan lain-lain seterusnya sebagai menghormati Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan-amalan yang baik dan tiada sekali-kali terlarang di dalam syarak, asal jangan berubah kalimat-kalimatnya yang boleh merosak makna.
Sayyid Zaini Dahlan, Mufti Besar Imam Syafiee di Mekah (wafat 1304H) berpendapat bahawa mengadakan Maulud Nabi dengan membaca kisah-kisah baginda dan berdiri dan membesarkan Nabi s.a.w. adalah suatu hal yang baik. Dan telah mengerja seperti itu banyak dari ulama-ulama yang menjadi ikutan Ummah. (I`anatuth Tholibin, Juz III halaman 363).
Imam Taqiyuddin as-Subki, seorang ulama yang terbesar dalam Mazhab asy-Syafiee (wafat tahun 657H) juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi.
Pendeknya tiadalah diragu-ragukan bahawa mengadakan Zikir Marhaban seperti yang berlaku di dalam masyarakat kita tiadalah sekali-kali tertegah dalam syarak malah ianya adalah termasuk di dalam pekerjaan yang baik.
Oleh itu, wahai ikhwah, janganlah terpedaya dengan kata-kata kaum yang suka bermudah-mudah dalam urusan agama ini. Dalam bab makan-minum tak mau pulak mereka nak bermudah-mudah, semua nak sodap, nak nyaman, bila masuk bab agama, senang je lidah tak bertulang mereka mengeluarkan - "tak pa Islam itu mudah". Ungkapan yang benar tetapi yang dikehendaki mereka dengannya adalah kebatilan. Moga Allah memberi mereka hidayah atau memusnahkan mereka agar padam fitnah yang menimpa umat beragama. Selamat Menyambut Mawlidur Rasul s.a.w., meriahkanlah sambutannya walau karihal Wahhabiyyun.Soalan:
Apakah hukumnya membaca barzanji yang diamalkan di negeri ini? Ada yang mengatakan baik kerana mengingati sejarah Rasulullah, juga memuliakan Rasulullah.
Jawapan:
Adalah dimaklumkan bahawa bacaan barzanji telah menjadi satu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam di sebelah sini dan ia adalah dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab barzanji yang dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (Sirah Nabawiyyah) selain daripada puji-pujian bagi Rasul junjungan alam. Membacanya dapat pahala dengan niat hendak mengetahui sejarah hidup Rasulullah yang mana percaya kepada Rasul salah satu Rukun Iman. Orang Islam hendaklah mengetahui Rasulullah, ayahanda dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang membaca barzanji tidak faham ertinya tetapi bacaan-bacaan mereka betul dan tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan. Oleh itu, membaca barzanji diberi pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan memuliakan Rasul utusan Allah itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para mala’ikat-Nya mengucap salawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah salawat dan salam ke atasnya.”
dipetik dari Bahrusshofa