No 17, Jalan Berlian 3, Taman Rengam Jaya, 86200 Simpang Rengam, Johor Darul Ta'zim.
http://tarbiyyahdppnj09.wordpress.com
019-777 324 / 019-794 6512
28 Jamadil Awal 1430H
23 Mei 2009
PERANCANGAN
LAJNAH TARBIYYAH & LATIHAN PERKADERAN
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR :
AGENDA SESSI 2009-2011
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين, والصلاة والسلام على سيدنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين, وعلى آله وصحبه ومن سار على نهجه الى يوم الدين. أما بعد :
Inilah catatan ringkas berkenaan agenda besar Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan DPPNJ. Agenda ini akan dilaksanakan tanpa mengabaikan agenda tarbiyyah sediaada yang sudah terlaksana sekian lama. Ianya sebagai proses pemerkasaan tarbiyyah dan pembaharuan pakej. MANHAJ MADRASAH TARBIYYAH DPPNJ tetap menjadi panduan dalam perlaksanaan agenda ini.
Agenda yang dimaksudkan adalah seperti berikut ;
- Menghidupkan MAJLIS NUQABA'
- Mewujudkan MAJLIS TA'LIM PERDANA
- Mewujudkan DAURAH JUNDIYAH
- Memperkasakan TAMRIN TARBAWI, THAQAFI & QIYADI
diperingkat DPPK & DPPNJ. - Mengaktifkan program HIMPUNAN PEMUDA diperingkat ZON & Negeri, bagi menjana TARBIYAH UKHUWAH ISLAMIYAH.
Keterangan ringkasnya adalah seperti berikut;
- Membina rangkaian para naqib seluruh dppk.
- Mengatasi masalah-masalah sekitar peranan & tugas naqib.
- Berkongsi kemahiran
- Melahirkan naqib berwibawa
- Memantau keberkesanan Usrah dari sudut;
- Taaruf
- Tafahum
- Takaful
- Taaruf
- Ke arah melahirkan para murabbi pelapis.
- Mewujudkan kesatuan dalam perlaksanaan manhaj dan arahan kepimpinan.
- Iaitu kuliah perdana pemuda sebagaimana yang disaran oleh Ketua Pemuda dalam ucaptema muktamar DPPNJ 09.
- Meningkatkan ilmu, kefahaman dan tasawwur yang jelas terhadap kesyumulan deenul Islam dikalangan pemuda.
- Kuliah perdana ini merangkumi ;
- ilmu aqidah,
- hadith nabawi,
- feqh sirah,
- feqh dakwah,
- Tafsir al-Quran.
- Tenaga pengajar adalah daripada kalangan pemuda.(ulama muda)
- Berdasarkan kitab turath dan kotemporari.
- Berpusat di Seri Gading, Bakri, Tebrau, Simpang Renggam dan Segamat.
- 2 hari 2 malam. @ sehari semalam.
Mewujudkan DAURAH JUNDIYAH
- Kursus intensif bagi meningkatkan syakhsiyah & thaqafah islamiyah harakiyah
- Mensasarkan anggota Unit Amal dan petugas-petugas PAS dikalangan pemuda.
- Daurah diadakan berdasarkan ;
- Marhalah taarif (pengenalan)
- Marhalah takwin (pembentukan)
- Marhalah tanfiz (qiadi/kepimpinan unit amal)
- Marhalah taarif (pengenalan)
- kerjasama Jabatan Amal Johor.
Memperkasakan TAMRIN TARBAWI , THAQAFI & QIYADI diperingkat DPPK & DPPNJ.
- Meneruskan agenda wajib.
- Memastikan agenda tarbiyyah menyusup masuk kesemua peringkat dan marhalah berteraskan manhaj yang disediakan.
- Membina dan melahirkan thaqafah, fikrah, tazkiyyah dan sofwatul mukhtarah.
- Memahami bahawa ukhuwah adalah asas penting dalam jamaah.
- Membina pemuda yang mempunyai rantaian ukhuwah islamiyah "cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit".
- Membangkitkan amal jama'ie dan tarbiyyah amaliyah.
- Menghidupkan semula salam ukhuwah & doa wahdah.
- Menjadi "PEMUDA PENGGERAK PERJUANGAN"
Semua agenda ini akan diperhalusi lagi bagi persiapan takwim, tempat, dan sasarannya. Surat pekeliling akan dikeluarkan oleh pihak lajnah tarbiyyah DPPNJ untuk tindakan seterusnya.
Sokongan dan dokongan semua pihak amat diharapkan. Semoga Allah SWT membantu dan memudahkan urusan kita. Amiin..
الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر! ولله الحمد..
"PEMUDA PENGGERAK PERJUANGAN"
Disediakan oleh;
Al-faqir ila Allah,
Ust. Ibrahim Hj Masran al-Banjari
Pengerusi ,
Lajnah Tarbiyah & Latihan Perkaderan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.
Blog : ibnumasran.wordpress.com
Emel : ibnumasran@yahoo.com
Sms : 019-777 324