Ruj. Kami : PAS/DPPN.12/3.03(02/09)
Ruj. Tuan :
Tarikh : 20 Jun 2009 /
: 26 Jamadil Akhir 1430H
Ruj. Tuan :
Tarikh : 20 Jun 2009 /
: 26 Jamadil Akhir 1430H
Kepada;
KETUA DEWAN PEMUDA DPPK
KETUA LAJNAH TARBIYYAH DPPK
PIMPINAN DAN AHLI PEMUDA NEGERI JOHOR
PER : DOA RABITAH
Telah maklum bahawa jamaah kita sedang menghadapi ujian demi ujian sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Taala dalam firmannya :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.”
( Surah Muhammad : 31 )
Kita hendaklah yakin bahawa ujian ini adalah datangnya dari Allah Subhanahu wa Taala bagi menguji serta menapis para JUNDULLAH dikalangan kita yang benar-benar ikhlas serta bertaqwa dalam JIHAD memperjuangkan agamaNya.
Maka ujian ini perlu dihadapi sebagaimana golongan terdahulu menghadapinya. Terdapat suatu kaedah yang penting dalam menghadapi musuh dan ujian sebegini. Ini diajarkan oleh Allah Subhanahu wa Taala dalam firmanNya :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh serta tipu daya mereka) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
( Surah Al-Anfal : 45 )
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa :
1) Apabila bertemu musuh, hendaklah tetap teguh menghadapinya.
2) Apabila menghadapi ujian, tidak boleh berlepas diri tetapi perlu menanganinya.
3) Hendaklah sentiasa mengingati Allah.
4) Hendaklah sentiasa berdoa memohon pertolongan daripada Allah Subhanahu wa Taala.
5) Teguh dalam menghadapi musuh dan ujian serta mengingati Allah dan berdoa kepadaNya adalah jalan untuk mencapai kemenangan.
Maka dalam menghadapi ujian-ujian sebegini, janganlah kita melupakan Allah. Berbanyaklah berdoa kepada Allah yang Maha Mendengar lagi maha memustajabkan doa. Inilah senjata ampuh yang Allah Subhanahu wa Taala kurniakan kepada orang-orang yang beriman.
Rasulullah SAW menegaskan :
الدعاء سلاح المؤمن
“doa adalah senjata mukmin” (rawahu Abu Ya’la)
Maka dengan ini, Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menyarankan kepada setiap pimpinan dan ahli pemuda agar menghafaz dan melazimkan berdoa dengan sebuah doa yang masyhur yang dikenali sebagai DOA RABITAH.
Inilah doa dan kaifiyatnya..

DOA RABITAH (دعاء الرابطة)
اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ، فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.
Terjemahan doa:-
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".
Kaifiyatnya..
· Apabila membaca doa ini dan tatkala menyebut (ANNA HAZIHIL QULUB..) maka hendaklah diniatkan hati-hati pemimpin dan ahli PAS serta seluruh ahli gerakan Islam.
Semoga Allah Subhanahu wa Taala sentiasa memperkukuhkan ikatan ukhuwah, mengekalkan kemesraan sesama kita, mengelakkan perpecahan serta menunjukkan kepada kita semua akan jalan yang sebenar. Jalan yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita. Amin..
“PEMUDA PENGGERAK PERJUANGAN”

Yang menjalankan amanah,
Al-Faqir Ustaz Ibrahim Hj Masran Al-Banjari
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Sms : 019-777 324
Emel : ibnumasran@yahoo.com
Blog : http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/