Wednesday, September 12, 2007

Salam Ramadhan.. Pengumuman...

Assalamualaikum.. pengumuman kepada sahabat2 dan para penuntut ilmu di Pondok An-Nur Surau Ledang, Masjid Majidi Baru, Surau al-Kauthar Perling, Surau Taman Pelangi Indah dan lain-lain tempat..
Kuliah pengajian secara bertalaqi bersama Ustaz Ibrahim al-Banjari akan bercuti di sepanjang bulan Ramadhan ini. Ini bagi meraikan umat Islam yang berhajat melaksanakan solat terawih 20 rakaat.
Bagaimanapun, di Pondok Ledang akan diadakan Tazkirah Ramadhan pada setiap hari Rabu dan Jumaat. Kemungkinan Ustaz akan menggunakan Kitab al-Kabaa'ir dan Kitab Duratun Nashihin. Hari-hari yang lain, ustaz akan mengadakan Tazkirah Ramadhan di seluruh negeri Johor.
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan diri kita Insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT. Sekian untuk makluman.