Monday, September 3, 2007

Tanggungjawab kita.. Tarbiyyah Ukhuwah Islamiyyah

Alhamdulillah saya diberi kesempatan menziarahi anak sahabat baik saya Sdr Johari Osman, yang kini berada di wad ICU, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Keadaan anaknya (Muhammad Mujahid) masih lagi dalam keadaan kritikal.

Saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekelian agar dapat mengerjakan solat hajat dan bermohon kepada Allah Azza wa Jalla agar diberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada anak kecil ini (Muhammad Mujahid) dan semoga Allah Azza wa Jalla mengurniakan kesabaran dan ketenangan kepada Sdr Johari sekeluarga.

Disamping itu, kepada sahabat-sahabat yang ingin menghulurkan apa juga sumbangan atau bantuan kepada beliau, diharap dapat menghubungi beliau di talian 019-6253677. Semoga kita dapat sama-sama membantu beliau mengurangkan kesulitan yang beliau hadapi.

Sesungguhnya kita adalah bersaudara, menjadi tanggungjawab kita membantu masalah dan kesulitan saudara kita. Sabda Rasulullah Saw. :-

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مؤمنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيامةِ
(رواه مسلم)

“Barang siapa melapangkan orang yang mukmin dari suatu kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah Taala melapangkan daripadanya akan kesusahan dari kesusahan hari kiamat” (Riwayat Imam Muslim)

Sekiranya ada kelapangan, ziarahlah beliau dan anaknya. Ini kerana amalan ziarah adalah tuntutan Islam. Sabda Nabi SAW ;

حَقُّ الْمُسْلِمِ على الْمُسْلِمِ سِتٌّ : إذا لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عليهِ, وإذا دَعاكَ فَأَخِبْهُ, وإذا اسْتَنْصَحَكَ فَنْصَحْ لَهُ, وإذا عَطَسَ فحَمِدَ الله فَشَمِّتْهُ, وإذا مَرِضَ فَعُدْهُ, وإذا ماتَ فَاتَّبِعْهُ
(رواه مسلم)
“Hak orang Islam atas orang Islam yang lain ada enam perkara : apabila ia menemuinya hendaklah ia memberi salam, dan apabila ia menjemput hendaklah diperkenankan jemputannya, dan apabila ia meminta nasihat hendaklah diberi nasihat, dan apabila ia bersin lalu ia mengucapkan Alhamdulillah maka hendaklah dijawab (dengan Yarhamkumullah), dan apabila ia sakit hendaklah diziarahi, dan apabila ia mati hendaklah diiringi jenazahnya” (Riwayat Imam Muslim)

Kepada Sdr Johari Osman yang juga EXCO DPPNJ, semoga tabah menghadapi ujian ini. Bersabarlah dan bersangka baiklah di atas keadilan Allah swt. Firman Allah swt :-

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

“Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (at-Thalaaq :7)

وَلَنَجْزِيَنّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“ dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (An-Nahl : 96)

إِنّمَا يُوَفَّى الصّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (az-Zumar : 10)

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصّابِرِينَ

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah : 153)

Berkata ulama tasauf ; “Setiap musibah itu disertai dengan hikmah dan nikmat. Oleh itu, bersangka baiklah dengan Allah swt.”

Sabda Nabi SAW (Hadith Qudsi):

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِيْ
(رواه مسلم)
“Aku di sisi sangkaan hambaKu dengan Ku” (Riwayat Imam Muslim)


Sekali lagi saya menyeru sahabat-sahabat sekelian, tunaikanlah tanggungjawab kita. Buktikanlah persahabatan kita. Bersama-samalah kita mengerjakan solat hajat dan bermohon kepada Allah Azza wa Jalla agar diberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada anak kecil ini (Muhammad Mujahid) dan semoga Allah Azza wa Jalla mengurniakan kesabaran dan ketenangan kepada Sdr Johari sekeluarga.

Firman Allah SWT :-
يَا أَيّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصّبْرِ وَالصّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصّابِرِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah : 153)


Akhukum filLah;

Ust. Ibrahim Hj Masran al-Banjari
Tim. Pengerusi Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

* Disertakan di sini doa sembahyang hajat drpd Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumbuh sebagai tambahan untuk manafaat bersama.


DOA SEMBAHYANG HAJAT
TUAN GURU HAJI HASHIM B. ABU BAKAR
(PONDOK PASIR TUMBOH)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنَجِّيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا مِنْ جَمِيْعِ الْحَاجَات وَتُطَهِّرُنَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَص َحْبِهِ وَسَلَّم.

اللَّهُمَّ يَا جَامِعَ الشَّتَّاتِ وَيَا مُخْرِجَ النَّبَاتِ وَيَامُحْيِىَ العِظَامِ الرُّفَاتِ وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَيَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَيَا مُفَرِّجَ الكُرَبَاتِ وَيَا سَامِعَ الأَصْوَاتِ مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتِ وَيَا فَاتِحَ خَزَائِنَ الْكَرَمَاتِ وَيَا مَنْ مَلأَ َنُوْرِهِ الأَرْضَ وَالسَّمَوَاتِ وَيَا مَنْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا وَعَالِمًا بِمَا مَضَى وَمَا هُوَ آتٍ. نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ بِقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَبِاسْتِغْنَائِكَ عَنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَبِحَمْدِكَ وَمَجْدِكَ يَا إِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ أَنْْ تَجُوْدَ عَلَيْنَا بِقَضَاءِ حَاجَاتِنَا ....

وَأَنْ تَتَقَبَّلَ مِنَّا مَا بِهِ دَعَوْنَاكَ وَأَنْ تُعْطِيَنَا مَا سَأَلْنَاكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ يس وَبِحَقِّ قَلْبِ القُرْآنِ وَبِحُرْمَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم . اللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ عَيْبًا إِلاَّ سَتَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ عَزْبًا إِلاَّ زَوَّجْتَهُ وَلاَ كَرْبًا إِلاَّ كَشَفْتَهُ وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ وَلاَ ضَالاً إِلاَّ هَدَيْتَهُ وَلاَ عَائِلاً إِلاَّ أَغْنَيْتَهُ وَلاَ عَدْوًا إِلاَّ خَذَلْتَهُ وَكَفَيْتَهُ وَلاَ صَدِيْقًا إِلاَّ رَحِمْتَهُ وَكَافَيْتَهُ وَلاَّ فَسَادًا إِلاَّ أَصْلَحْتَهُ وَلاَ مَرِيْضًا إِلاَّ عَافَيْتَهُ وَلاَ غَائِبًا إِلاَّ رَدَدْتَهُ وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ لَكَ فِيْهَا رِضَا وَلَنَا فِيْهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن . وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلاَمَةَ وَالصِّحَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِمْ وَعَلَى عَبِيْدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالزُّوَّارِ وَالْمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيْمِيْنَ فِيْ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَالْجَوِّ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ وَانْصُرْنَا عَلَى اْلقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ وَاخْتِمْ لَنَا يَارَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . اللًّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا وَعَنِ الْمُسْلِمِيْنَ الغَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْبَلاَءَ وَالطَّاعُوْنَ وَالْفَحْشَاءَ وَالْمُنْكَرَ وَالسُّيُوْفَ الْمُخْتَلِفَةَ وَالشَّدَائِدَ وَالمِحَنَ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ مِنْ بَلَدِنَا هَذَا خَاصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ الْمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ . رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن.