Thursday, April 9, 2009

Alhamdulillah.. terbit kitab lagi..

Kulit Depan

Kulit Belakang
Segala puji-pujian hanya milik Allah, shalawat dan salam ke atas Rasulullah.
Agak lama sebenarnya hamba tidak menulis dalam ruangan blog ini. Yang ada hanya copy & paste sahaja. Jika tidak dilakukan demikian (up date), nescaya pengunjung blog ini melihat tidak ada apa-apa perubahan atau nanti ada yang menyangka blog ini sudah tidak berpenghuni lagi seperti sesetengah blog yang lain.
Pengajian Kitab al-Jawahirul Kalamiyah sudah hampir khatam, kitab aqidah ini hamba mula mengajar di Pondok Ledang bermula pada awal tahun 2007 yang lalu dan diajar pada setiap minggu. Kitab ini adalah kitab kedua dalam fan tauhid & aqidah yang hamba ajar setelah mengkhatamkan pengajian kitab Manzumah Aqidatul Awam.
Insya Allah apabila khatam pengajian Kitab al-Jawahirul Kalamiyah, hamba akan meneruskan pengajian dengan membawa Kitab Risalah al-Bajuri Fi Ilmi Tauhid. Insya Allah.
Oleh yang demikian, akhir-akhir ini hamba sibuk menyiapkan Kitab Risalah al-Bajuri tersebut. Ini kerana kebanyakan kitab-kitab yang hamba ajarkan, hamba taip semula dan cetak sendiri. al-maklumlah.. akhir zaman ni tok guru buat kitab sendiri, tok guru pergi tempat murid, tok guru bacakan untuk murid... :-) tak macam dulu-dulu.. Dulu tok guru sebut, murid imlak.. tok guru ngajar kat sejid rumah dia, murid pakat mari.. gurau je.. gurau tapi realiti..
Hak sebenarnya hamba nak ghoyak, ini beberapa asbab yang menyebabkan hamba lama tak menulis kat blog nie..
Satu lagi.. dalam diam-diam, Allah telah pun memberi pertolongan kepada hamba untuk menerbitkan satu lagi karya karangan dan susunan drpd hamba yang faqir ini.. Alhamdulillah..
Kitab terbaru ini hamba pernamakan dengan RISALAH SAFINATU AS-SALAAMAH (Bahtera Keselamatan). Jadi, dalam nak menyiapkannya juga, terpaksalah hamba mengabaikan seketika blog hamba ini. Kini alhamdulillah, kitab ini telah pun dicetak.. Terima kasih kepada murid-murid hamba yang sponsor kos percetakannya..
PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG
ALHAMDULILLAH.. Satu dunia telah pun mengetahui keputusannya.. cuma hamba nak ulang sekali lagi akan keputusannya.. iaitu.. PAS MENANG = Bee End KALOH LAGI..
TANBIH = Barang diingat, Kemenangan itu datangnya dari Allah Taala, bukannya atas kehebatan kita.. Allah berfirman yang ertinya ; "Allah lah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu lakukan" (as-saffat:96). Rasulullah saw pernah bersabda yang mafhumnya "Tidak bergerak walau satu zarah melainkan dengan izin Allah".
Oleh itu, segeralah kita mensucikan Allah (bertasbih), memuji-Nya (tahmid) dan memohon ampun (taubat/istighfar) kepada-Nya. Firman Allah yang ertinya " maka hendaklah kamu mensucikan Tuhanmu dengan memujiNya serta memohon ampun kepadaNya" (an-Nashr : 3).
Antara hikmah Allah Taala menyuruh kita beristighfar di saat menerima kemenangan, adalah kerana dalam usaha kita mencari kemenangan tersebut, ada di antara kita yang melakukan perbuatan yang tidak secocok dengan hukum hakam syarak. Ini terjadi dalam keadaan sedar mahupun tanpa disedari. Maka amat tepatlah perintah Allah, agar apabila Allah memberikan kemenangan, kita bersegera bertaubat kepada-Nya.
Dan antara hikmahnya juga ialah, supaya kemenangan dan amanah itu dipikul dengan hati yang bersih, dengan jiwa yang tulus sejurus memohon keampunan dari Ilahi, agar amanah tersebut terus mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah Azza wa Jalla..
Tahniah buat YB Haji Mohd Nizar..
sekian, wassalam.
ibnumasran al-banjari.