Thursday, April 16, 2009

Foto terkini pengajian di Pondok Ledang..

Firman ( الله تعالى ) ::

فَلَوْلاَ نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى الدِّيْنِ
وَلِيُنْذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوآ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُوْنَ
“Mengapa tiada pergi daripada tiap-tiap kaum daripada mereka itu
oleh seorang yang Thoifah ( satu Thoifah iaitu kumpulan )
kerana menuntut ‘ilmu, supaya memahami pada agama Islam
dan supaya mengajar mereka itu akan kaum mereka itu
apabila kembali mereka itu kepadanya.
Mudah-mudahan takut mereka itu akan ( الله تعالى ).”
[Surah At-Taubah, ayat 122 ]

Yang di hadapan al-faqir ini namanya Hj Omar,
penuntut di Pondok Ledang gelar sebagai Mulla Umar..
sudah 5 tahun beliau bertalaqqi menadah kitab bersama hamba..
kini beliau adalah pembaca kitab-kitab yang hamba
ajarkan di Pondok Ledang..



di situlah tempat duduknya selama 5 tahun pengajian..
kegigihan beliau menuntut ilmu menyebabkan hamba merasa malu..
orang muda lain pun sepatutnya kena malu jugak..
umur beliau 64 tahun..
sepanjang mengaji dengan hamba,
beliau telah beberapa kali menggantikan buku notanya
kerana penuh dengan catitan.
Allahu Rabbi..


Kata Imam Syafi’e ( رضى الله عنه )

طَلَبَ الْعِلْمِ أَفْضَلَ مِنْ صَلاَةِ النَّافِلَةِ

“Bermula menuntut ‘ilmu itu terlebih afdhal daripada
berbuat sembahyang sunat.” [Ihya' Ulumiddin]

Yang ni Pak Haji Osman, (Bekas Pensyarah Maktab Sultan Ibrahim).
Sebelah beliau Haji Azman (Bekas Pengarah Nenas Johor).
Sebelah beliau yg sedang tunduk tu Haji Elias (Orang Kaya Uda).
Mereka bertiga sahabat baik dan
telah menjadi murid hamba selama 5 tahun.
Pak Ji Osman ni umurnya lebih 70 Tahun..
sepanjang mengaji, tak pernah mengeluh walaupun kene
duduk bersila lebih 2 jam..
Allahu Rabbi...

Sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم )

إِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضًا بِمَايَصْنَعُ

“Bahawasanya Malaikat itu merendahkan akan beberapa sayapnya bagi orang yang menuntut ‘ilmu kerana sangat redha ia dengan yang diperbuatnya itu.”

[riwayat Imam Ahmad, dan Ibnu Hibban]

Yang pakai serban belakang Haji Omar ni
nama dia Haji Kamal (Kontraktor Besar Majidi)
kawan dia kat depan (sebelah Hj Omar) tu namanya Din,
baru 2 tahun mengaji dengan hamba.. tapi menjadi penuntut ilmu yang gigih..
dia bukak cawangan Majlis al-Banjari di Masjid Nurul Ta'zim, Majidi..
belakang Pak Ji Osman pulak namanya Haji Nizam (Tokeh Shell).
Haji Nizam ni pun seorang yang cinta majlis ilmu..
Lagi pulak seorang dermawan..
Allahu Rabbi..


Yang baju warna merun tu Haji Ali. Orang sini panggil Ali Misai.. :-)
sebelah kanan dia Imam Misran..
sebelah kiri dia Haji Murshid (Tokeh CD & Minyak Wangi)
Haji Murshid ni pun banyak dah khatam kitab...
Allahu Rabbi..

Yang pakai jubah kelabu ni murid baru.. baru 3 bulan mengaji kat sini..
namanya Wan, asal Ganu Kite..
Kalu klik Ganu, dia ngaji ngan Ustaz Azhar Idrus..
Yang belakang dia pakai baju warna hijau tu namanya akhie Mohd Noh,
abang Zaaba Ibrahim.
Pernah basah kuyup ditimpa hujan sewaktu nak pi mengaji..
tak patah semangat..
Allahu Rabbi..
Sabda Nabi ( صلى الله عليه وسلم ) :

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Barang siapa menjalani ia akan jalan menuntut di dalamnya akan ‘ilmu
nescaya menjalankan ( الله تعالى ) dengan dia akan jalan
yang memasukkan ke dalam Syurga.”
[Riwayat Muslim]

Yang bersandar kat tiang seri tu
namanya Dr Zahari (Doktor Pakar Johor Specialist)
murid lama juga.. dah 5 tahun..
walaupun beliau doktor pakar,, namun cinta pada majlis Ilmu..
beliau mengkhatamkan beberapa buah kitab iaitu
Kitab Matn Ajurumiyah,
Mukhtasar Jiddan,
Kitab 40 Hadis Mendidik Jiwa siri 1 & 2,
Kitab Muhimmah,
Matn Aqidatul Awam,
Matn Safinatun Naja,
Miftahut Tajwid,
Tajwid al-Faatihah,
Kitab Adab Imam & Makmum.. Dll..
secara talaqqi bersama al-Faqir..
Allahu Rabbi...

Majoriti hak pakai jubah putih tu murid lama semuanya..
Maaflah hamba tak dapat nak sebut satu persatu nama murid..
Tapi hamba selalu mendoakan agar Allah Taala melimpahkan Taufiq dan Hidayah-Nya
ke atas kita semua.. khususnya murid2 di Pondok Ledang, Masjid Majidi,
Surau Kauthar, Madrasah Sidi Ibrahim, Surau JPJ, Masjid Bukit Indah
dan lain-lain tempat..


Terdapat sebuah hadis daripada Abi Hurairah r.a,
ia berkata bahawa bersabda rasulullah saw;

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ
وَعِلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ
"apabila mati seseorang insan itu, maka terputuslah amalnya,
melainkan daripada tiga perkara :
sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat
dan anak soleh yang mendoakan baginya.”
(riwayat Imam at-Tirmizi) [hadis hasan shohih]
Mudah-mudahan ilmu yang kita kecapi di atas dunia ini
menjadi ilmu yang bermanfaat
dan ilmu yang diredhai Allah Subhanahu wa Taala
AMIN..