Orang yang berpuasa ada tiga martabat:
Martabat pertama puasa orang awam (awam) yakni puasa orang kebanyakan iaitu meningalkan makan, minum, jimak, dan menjaga daripada segala perkara yang membatalkan puasa.
Martabat kedua puasa orang pilihan (Khawwas) iaitu puasa orang soleh dan orang yang bertakwa, iaitu menahan diri dari segala yang tersebut pada martabat yang pertama, dan menahan segala anggotanya daripada berbuat maksiat dan daripada berbuat perkara yang sia-sia yang tidak memberi manfaat pada akhirat.
Hasil kesempurnaan puasa mereka itu dengan tujuh perkara;
1. Menjaga mata daripada melihat tiap-tiap yang haram, yang makruh, dan yang harus yang melalaikan hati daripada mengingati Allah. Sabda Rasulullah saw :
النظرة سهم مسموم من سهام إبليس لعنه الله فمن تركها خوفاً من الله آتاه الله عز وجل إيماناً يجد حلاوته في قلبه
“melihat itu iaitu satu panah yang dibubuh racun daripada beberapa panahan Iblis. Maka siapa yang meninggalkan melihat itu kerana takut akan Allah Taala, nescaya memberi akan dia oleh Allah Taala iman yg mendapat ia akam manis iman itu di dalam hatinya yakni di beri oleh Allat Taala akan dia tetap iman..”
خمس يفطرن الصائم: الكذب، والغيبة، والنميمة، واليمين الكاذبة، والنظر بشهوة
Lima perkara yang membatalkan pahala puasa: 1. berbohong. 2. mengumpat. 3. memperlagakan orang. 4. bersumpah dusta. 5. melihat suatu dengan sahwat (keinginan)
2. Menjaga lidah daripada perkataan yang haram, makruh dan perkataan yang sia-sia yang tiada manfaat di akhirat.
Sabda Rasulullah saw :
الصَّوْمُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ فَإِنْ امْرُؤٌ شَتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
"puasa itu adalah perisai, maka apabila ada seseorang kamu berpuasa, maka janganlah ia mengerjakan sesuatu yang sia-sia, dan jangan berbuat akan perbuatan orang yang jahil Dan jika ada seseorang hendak memaki akan dia atau hendak membunuh akan dia, maka hendaklah ia berkata : bahawa sanya aku Maka jika ada seseorang hendak memaki akan dia atau hendak membunuh akan dia, maka hendaklah ia berkata : bahawa sanya aku berpuasa..(jangan dilawan org itu).
Berkata Imam Mujahid :
خصلتان يفسدان الصيام الغيبة والكذب
"Dua perkara membinasakan ia akan puasa. Pertama mengumpat-ngumpat akan orang (umpat yg diharamkan), kedua berdusta."
3. Memelihara telinga dari mendengar yang haram, yang makruh, dan yang sia-sia yang tiada manfaat di akhirat. Sabda Rasulullah saw :
المغتاب والمستمع شريكان في الإثم
“orang yang mengumpat dan orang yang mendengar akan sipengumpat, kedua-duanya bersekutu pada berdosa”
4. Memelihara tangan dan kaki daripada mencapai dan berjalan kepada yang haram, makruh dan sia-sia.
5. Memelihara perut, pada ketika berbuka dan makan sahur daripada memakan yang diharamkan, syubhat, makruh, dan berlebih-lebih pada yang harus, kerana tiada faedah menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari daripada makanan yang harus sedangkan pada ketika berbuka dan bersahur mengisikan perut dengan yang haram atau syubhat.
6. Menyedikitkan makan ketika berbuka dan berbuka dengan makanan yang halal. Sabda Rasulullah saw :
ما ملأ ابن آدم وعاء شراً من بطنه
“tiada memenuh oleh anak adam akan suatu tempat yang lebih jahat drpd memenuh perutnya dengan memakan yang halal”
Ertinya : walaupun makanan kita itu halal, namun Islam melarang jika ia melampaui batas.
7. Selepas berbuka, datangkan di dalam hati, roja’ dan khauf yakni harap diterima puasa, dan takut tidak diterima puasa.
Martabat yang ketiga puasa orang yang pilihan daripada yang terpilih (khawwasul-khawwas), yakni puasa orang yang hampir kepada tuhan (muqarrabin) (nisbah martabat bukan jasad) dan puasa orang yang benar-benar mengenal Allah (arifin / a’rif billah) mereka itu menjauhkan di dalam hatinya daripada mencita-cita dunia, dan memikirkannya, dan mengkosongkan hati selain daripada Allah. Mereka itu sentiasa musyahadah akan Allah yakni sentiasa melihat Allah dengan mata hati. ini martabat para nabi dan wali-wali Allah.
والله اعلم