Sunday, August 9, 2009

Siri Lawatan Lajnah Tarbiyyah DPPNJ ke DPPK (6)





SIRI (6) DPPK PULAI

Syukur Alhamdulillah, sungguhpun bertembung dengan program-program yang lain, namun kepimpinan pemuda Pulai dapat meneruskan jua program kursus bina fiqrah (tamrin thaqafi) seperti yang dirancangkan.

Seperti yang tuan-tuan maklum, ketua pemuda Pulai Sdr Zaaba Ibrahim tidak sihat. Beliau cedera setelah dibelasah teruk oleh Budak Suruhan @ Samseng Umno Be End sewaktu demontrasi Mansuh ISA lalu. Sebelum program mula, sdr Zaaba ada memaklumkan keadaannya (uzur syarie). Begitulah sdr Zaaba.. tetap memaklumkan keuzurannya walaupun kami sudahpun maklum keadaannya.

Pada malam jumaat yang lalu, hamba berbual panjang di rumahnya dan memahami keadaannya. Beliau adalah sahabat karib dalam perjuangan sekaligus murid dalam pengajian. Semoga Allah mengurniakan kekuatan iman dan tsabat dalam perjuangan yang penuh ranjau dan duri ini kepada beliau dan kami. Amin..

Timbalan pula berehat-rehat di rumah. Manakala naib ketua dan adiknya (a. samad said pulai) ada kursus di Kuala Lumpur. Namun anak buah usrah yang lain tetap teguh meneruskan program seperti yang telah dirancangkan. Tahniah.

Jamuan mee hoon istimewa fadzil bersama kopi Pasti.. Alhamdulillah sedap..

Ala kulli hal, mudah-mudahan pengisian tersebut memberi manfaat kepada hamba dan mereka. Amin..

(siri lawatan ini adalah bertujuan mendapatkan maklumat secara langsung terhadap perkembangan dan perjalanan proses pentarbiyyahan di peringkat DPPK seluruh Johor.)

Kawasan mana pula selepas ini? Nantikan kehadiran kami.. :-) Semoga Allah permudahkan urusan kita.. Amin..
::::::::::::::::::::::::::::
siri lawatan (5) KLIK
siri lawatan (4) KLIK
siri lawatan (3) KLIK
siri lawatan (2) KLIK
siri lawatan (1) KLIK