Tuesday, August 11, 2009

PROMOSI : POSTER DOA RABITHOH : Terbitan Lajnah Tarbiyyah DPPNJ

Sdr. Khairul Faizi (Ketua DPPNJ) bersama al-faqir (Pengerusi Lajnah)
mempromosikan Poster yang dilancarkan pada 8 Julai 2009
di Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.


Alhamdulillah, segala puji milik Allah, Sholawat dan Salam ke atas Rasulillah, dan keluarganya, sahabatnya dan mereka yang menurut jalannya..

Lajnah Tarbiyyah DPPNJ dalam rangka memperkasa tarbiyyah dari sudut ilmu, iman, amal & jihad, kali ini menerbitkan beberapa Poster seperti Doa Rabithoh, Doa Qunut Nazilah dan Doa Wahdah..

Poster ini diterbitkan agar memudahkan ahli-ahli dan pimpinan untuk menghafaznya dan menjadikannya sebahagian amalan dalam kehidupan sehari-harian sebagai pejuang Islam.

Poster ini sewajarnya dimiliki oleh individu pejuang Islam / ahli PAS dan dijadikan syiar yang dipemerkan di rumah, di markaz-markaz dan pusat tarbiyyah di seluruh Johor.

Poster ini dicetak berwarna, menggunakan hard paper dan ber size A3.

Poster ini boleh didapati daripada wakil jualan kami di ceramah-ceramah umum di seluruh Johor, khasnya di ceramah Dr Haron Din ( 12/8 di Benut, Pontian) dan ceramah Tuan Guru Nik Aziz ( 14/8 di Pt Jawa, Muar).

Lajnah Tarbiyyah akan meneruskan usaha-usaha menerbitkan Poster, Risalah & Buku-buku yang bermanfaat untuk individu, jamaah & Islam. Insya Allah..

Semoga Allah Subhanahu wa Taala sentiasa mempermudahkan urusan kami.. Amin..

- al-Banjari -