Monday, August 27, 2007

Buku Baru...

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.. walaupun dalam kesibukan menjalankan tugas, namun Allah swt tetap memberikan saya masa untuk menyiapkan buku kecil ini..

Buku ini asalnya adalah sebuah kertas kerja yang saya sediakan yang telah dibentang oleh al-Fadzil Ustaz Rosli Abdul Jabar ( YDP PAS KAWASAN KUANTAN, PAHANG) pada program Ijtima' Nuqaba' yang telah lalu..
Sebagaimana yang telah dijanjikan kepada sahabat2 dan bagi memenuhi permintaan sahabat2, maka saya salin kembali kertas kerja itu dalam bentuk buku kecil dan akan diterbitkan oleh LUJNAH TARBIYYAH & LATIHAN PERKADERAN DPPNJ.

Mudah-mudahan buku kecil ini menjadi permulaan bagi penerbitan "siri Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah" untuk seterusnya..

Hanya kepada Allah swt jua saya pohon, semoga buku siri Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah di bawah tajuk "PERANAN NUQABA' DALAM KEBANGKITAN POLITIK SEMASA" dapat memberi manafaat kepada saf kepimpinan khususnya para Nuqaba'...


Selamat memiliki dan membaca!

Harga RM 2.00 sahaja.