No.1 Judul:
Dhiyaul Murid, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996. Kandungan: Membicarakan tatacara berzikir menurut Tariqat Syatariyah. Data kitab yang asal. Sejarah perkembangan Tariqat Syatariyah di Asia Tenggara. Selainnya juga membicarakan riwayat hidup Syeikh Abdul Mubin al-Fatani, ulama yang menyebar Islam di Pahang. Dengan lampiran beberapa manuskrip karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani di antara mengenai Imam Mahdi. 198 halaman. Keterangan: Transliterasi kitab Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani
No. 2 Judul:
Al-’Urwatul Wutsqa, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996. Kandungan: Data kitab, penyelidikan biodata Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dan perkembangan tariqat Samaniyah di Asia Tenggara, Kandungan transliterasi membicarakan pelbagai aspek Tariqat Samaniyah yang diajarkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as- Sammani al-Madani. 248 halaman. Keterangan: Transliterasi kitab Al-’Urwatul Wutsqa wa Silsilatul Waliyil Atqa; karya Syeikh Abdul Shamad al-Falimbani.
No. 3 Judul:
Hidayatus Salikin, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, jilid 1.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996. Kandungan: Pengenalan data kitab. Kandungan transliterasi menggalakkan berbagai-bagai amalan berdasarkan Al-Quran, hadis dan pendapat para ulama. Dilampirkan juga karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang berjudul Zahratul Murid. 189 halaman. Keterangan: Tranliterasi kitab Hidayatus Salikin Fisuluki Maslakil Muttaqin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani,
No. 4 Judul:
Hidayatus Salikin Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, jilid 2.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997. Kandungan: Membicarakan nafsu mahmudah dan madzmumah. Dilampirkan juga manuskrip Tuhfatul Mursalah bergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Lubabut Tasawuf bergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri dan Fat-hur Rahman oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. 271 halaman. Keterangan: Transliterasi kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.
No. 5 Judul:
Syeikh Abdus Shamad Palembang Tokoh Shufi dan Jihad Dunia Melayu.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996. Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Abdus Shamad Palembang. Dibicarakan juga tentang Syeikh Syihabuddin dan Syeikh Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani dan pengenalan beberapa karyanya. 222 halaman. Keterangan: Merupakan penyelidikan dan perbahasan secara ilmiyah. Merupakan informasi terlengkap dan terkini mengenai >ulama Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.
No. 6 Judul:
Tafsir Puisi Syeikh Hamzah Al-Fansuri.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996. Kandungan: Merupakan transliterasi puisi karya syeikh Hamzah al-Fansuri dari manuskrip Melayu/Jawi salinan Tuan Guru Mahmud bin Yusuf Terengganu. Pada bahagian awal dibicarakan riqayat hidup syeikh Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin as-Sumatra-i dan Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Juga dilampirkan manuskrip Melayu/Jawi dan sebuah karga Syeikh Nuruddin ar-Raniri judul Durarul Faraid. 201 halaman. Keterangan: Penyelidikan dan perbahasan ilmiyah, penting untuk kajian sastera klasik Melayu.
No. 7 Judul:
No. 7 Judul:
Al-Fatawal Fathaniyah Syeikh Ahmad al-Fathani, jilid 1.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996. Kandungan: Membicarakan data penyelidikan kitab yang asal. Soal dan jawab berbagai-bagai permasalahan agama Islam. Selain membicarakan ‘aqidah dan fiqh juga dapat dikaji jalan pemikiran bahasa yang dibahas oleh pengarangnya. 221 halaman. Keterangan: Tranliterasi kitab Al-Fatawal Fathaniyah karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani. Terlampir teks asli dalam bentuk Melayu/Jawi.
No. 8 Judul:
Al-Fatawal Fathaniyah Syeikh Ahmad al-Fathani, jilid 2.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, Februari 1997. Kandungan: Soal dan jawab berbagai-bagai permasalahan agama Islam, merupakan kelanjutan dari jilid 1. Selain membicarakan fiqh juga dapat dikaji jalan pemikiran pengarang mengenai politik, sosiologi dan lain-lainnya. 279 halaman. Keterangan: Tranliterasi kitab Al-Fatawal Fathaniyah karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani. Terlampir teks asli dalam bentuk Melayu/Jawi.
No. 9 Judul:
Badai’uz Zuhur Segugus Bunga Nan Indah Syeikh Ahmad al-Fatani jilid 1. Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997. Kandungan: Pengenalan data kitab, menanggapi pertikaian pendapat mengenai bala’ dalam bulan Safar. Kandungan tranliterasi membicarakan berbagai-bagai jenis amalan dan doa. Terlampir manuskrip asli dalam bentuk tulisan Melayu/Jawi. 236 halaman. Keterangan: Merupakan transliterasi karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani yang belum pernah diterbitkan.
No. 10 Judul:
Badai’uz Zuhur Segugus Bungan Nan Indah Syeikh Ahmad al-Fatani jilid 2.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997. Kandungan: Kelanjutan buku jilid 1, membicarakan berbagai-bagai jenis amalan dan doa. Dilampirkan juga Segusus Bunga terbitan Matba’ah al-Miriyah, Makkah, 1321 H. 286 halaman. Keterangan: Merupakan transliterasi karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani yang belum pernah diterbitkan.
No. 11 Judul:
Kitab Pengetahuan Bahasa Raja Ali Haji.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997. Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah membicarakan sejarah ringkas Matba’ah Al-Ahmadiah Singapura dan Raja Haji Umar bin Raja Al-Ahmadiah Singapura dan Raja Haji Umar bin Raja Hasan, cucu Raja Ali Haji. Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji masih dikekalkan dalam tulisan Melayu/Jawi. 483 halaman. Keterangan: Merupakan kamus bahasa Melayu yang disebut pada cetakan awal Lughat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga. Penting untuk kajian bahasa Melayu.
No. 12 Judul:
Koleksi Data Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman Al-Fathani.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997. Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah memperkenalkan data kitab-kitab karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, membicarakan sejarah ringkas Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani. Karya-karya Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani yang telah ditemui baik dalam bentuk cetakan atau pun manuskrip masih dikekalkan dalam tulisan Melayu/Jawi, semuanya dimuat dalam koleksi ini. 524 halaman. Keterangan: Bertujuan untuk menyelamatkan semua karangan ulama dan tokoh ini daripada kemusnahannya. Selain itu sekaligus memperkenalkan peranan ulama silam dunia Melayu kepada generasi sekarang dan yang akan datang.
No. 13 Judul:
Koleksi Data Syeikh Abdur Rahman Gudang Al-Fathani.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997. Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah membicarakan sejarah ringkas Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani yang telah ditemui baik dalam bentuk cetakan masih dikekalkan dalam tulisan Melayu/Jawi, semuanya dimuat dalam koleksi ini. 220 halaman. Keterangan: Bertujuan untuk menyelamatkan semuanya karangan ulama dan tokoh ini daripada kemusnahannya. Selain itu sekaligus memperkenalkan peranan ulama silam dunia Melayu kepada generasi sekarang dan yang akan datang.
No. 14 Judul:
Koleksi Data Raja Ali Bin Raja Muhammad/Tengku Nong: Melibatkan Aktiviti Syarkah Ahmadi & Co. Midai dan Cawangannya Al-Ahmadiah Sengapura (Bahagian Pertama).Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1417 H/1997 M. Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah membicarakan sejarah ringkas salah satu jurusan Kerabat Diraja Riau, bermula dari Raja Abdullah/Marhum Mursyid, Yang Dipertuan Muda Kerajaan Riau-Lingga ke IX hingga peranan anak cucunya. Yang dipentingkan dalam koleksi ini ialah cucu baginda bernama Raja Aii/Tengku Selat. Selanjutnya adalah kumpulan surat-surat tulisan Melayu/Jawi juga terdapat tulisan Latin/Rumi antara Raja Ali/Tengku Selat timbalbalik dengan pihak lainnya. Surat penyelidikan syarikat perniagaan yang dikelolanya baik pusatnya di Pualai Midai mau pun cawangannya di Singapura. Juga penting untuk kajian aktiviti Kerabat Johor, Selangor, Pahang, Terengganu dan lain-lain sesudah kejatuhannya tahun 1911 M. Ukuran/Tebal: Menggunakan ukuran lebar kerana mengikut saiz surat-surat yang paling lebar pada zamanya, 259 halaman. Keterangan: Bertujuan untuk menyelamatkan dokumen tokoh ini daripada kemusnahanya. Selain itu sekaligus memperkenalkan peranan tokoh dunia Melayu kepada generasi sekarang dan yang akan datang. Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak sangat terbatas, hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu saja.
No. 15 Judul:
Koleksi Data Pulau Tujuh Kepulauan Riau (Bahagian Pertama).Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1417 H/1997 M. Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullahy merupakan keterangan ringkas keseluruhan kandungannya. Terdapat beberapa contoh surat saham dan lambang/logo beberapa perusahaan bangsa Melayu dan Islam peringkat awal seperti Natoena & Co. Sedanau tahun 1318 H/1900 M, Tarempa Syarikat tahun 1333 H/1915 M, Ahmadi & Co. Midai 1333 H/195 M, dan lain-lain. Peraturan Perjanjian Tarempa Sharkah tahun 1913 M. Surat-surat keputusan Mahkamah Midai yang ditandatangani oleh Raja Haji Ahmad bin Raja Haji Umar selaku Kepala Midai tahun 1328 H/1911 M, dan tahuhn-tahun berikutnya. Dan lain-lain informasi/maklumat mengenai Pulau Tujuh, yang terdiri gugusan kepulauan Jemaja, Siantan, Natuna, terdapat dalam koleksi ini. 343 halaman. Keterangan: Bertujuan untuk menyelamatkan dokumen daripada kemusnahannya. Selain itu sekaligus memperkenalkan peranan tokoh dunia Melayu kepada generasi sekarang dan yang akan datang. Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak sangat terbatas, hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu saja.
No. 16 Judul:
Fatwa Binatang Hidup Dua Alam.Terbitan: HIZBI Shah Alam, 1990. Kandungan: Penyelidikan yang dilakukan saintifik Syeikh Ahmad al-Fathani terhadap binatang yang hidup dalam dua jenis alam sehingga dapat untuk menentukan hukum halal atau pun haram dimakan. Dilampirkan juga manuskrip asli dan bahagian cetakan dalam Al-Fatawal Fathaniyah, Selain dilampirkan riwayat hidup ringkas Syeikh Ahmad al-Fathani. 60 halaman. Keterangan: Diubahsuai bahasa lama dengan yang digunakan sekarang dari naskhah tulisan tangan Syeikh Ahmad al-Fathani dengan perbandingan yang termaktub dalam Al-Fatawal Fathaniyah.
No. 17 Judul:
No. 17 Judul:
Wasiat Abrar Peringatan Akhyar Syeikh Daud al-Fatani.Terbitan: HIZBI Shah Alam, 1990. Kandungan: Membicarakan amalan wirid, zikir dan lain-lain yang pernah diamalkan oleh Nabi S.A.W, para shalihin, dan lain-lain. Dengan lampiran dua buah manuskrip judul ini yang telah ditemui. 99 halaman. Keterangan: Trnsliterasi kitab Washayal Abrar wa Mawa’izhul Akhyar karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.
No. 18 Judul:
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani >Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara.Terbitan: HIZBI Shah Alam, 1990. Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. 174 halaman. Keterangan: Sudah habis dalam persediaan, sedang disiapkan cetakan yang kedua dengan tambahan maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan terbaru.
No. 19 Judul:
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari Pengarang Sabilal Muhtadin.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1990. Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. 137 halaman. Keterangan: Sudah habis dalam persediaan, sedang disiapkan cetakan yang kedua dengan tambahan maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan terbaru.
No. 20 Judul:Faridatul Faraid Syeikh Ahmad al-Fathani.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996. Kandungan: Membicarakan sejarah ringkas ilmu tauhid di Asia Tenggara, gambaran ringkas pengenalan Faridatul Faraid karya Syeikh Ahmad al-Fathani. Kandungan transliterasi membicarakan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang dilengkapi dengan nota-nota yang panjang. Dengan lampiran salah sebuah edisi cetakan Faridatul Faraid. Terlampir juga tiga judul manuskrip karya Syeikh Ahmad al-Fatani dalam bahasa Arab, ialah Jumanatut Tauhid, Munjiyatul ‘Awam dan Minhajus Salam. 272 halaman. Keterangan: Edisi cetakan 1990 tidak beredar lagi. Yang diedarkan ialah Cetakan Kedua, 1996, (Edisi Penyempurnaan) dengan judul lengkap Faridatul Faraid Syeikh Ahmad al-Fathani ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah Yang Sejati.
No. 21 Judul:
Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, jilid 1.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur. 1991 Kandungan: Membicarakan karya- karya Syeikh Abdur Raud bin Ali al-Fansuri dan karya- karya para ulama lain yang sezaman dengannya. 207 halaman. Keterangan: Membahas pelbagai ilmu Islam terutama tasawuf, aqidah dan fiqh
No. 22 Judul:
Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, jilid 2.Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1991. Kandungan: Membicarakan karya- karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan karya- karya para ulama lain yang sezaman dengannya. 192 halaman. Keterangan: Membahas pelbagai ilmu Islam terutama tasawuf, ‘aqidah dan fiqh
No. 23 Judul:
Mun-yatul Muishalli Syeikh Daud al-Fathani Terbitan: Cetakan pertama Oktober, 1991, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur.Kandungan: Pengetahuan sembahyang. 215 halaman. Keterangan: Transliterasi kitab Mun-yatul Mushalli karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Cetakan Kedua 1996
No. 24 Judul:
Hadiqatul Azhar war Rayahin Syeikh Ahmad al-Fatani, Edisi Kajian Jilid 1.Terbitan: Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1992. Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah membicarakan data kitab hadiqatul Azhar war Rayahin, petikan beberapa macam pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani masih dikekalkan dalam tulisan Melayu/Jawi tulisan tangan asli pengarangnya. Terkumpul di dalammya hikayat para Wali Allah dan >ulama. 213 halaman. Keterangan: Sudah habis dalam persediaan, akan diterbitkan dalam bentuk transliterasi secara keseluruhan kerana kitab ini adalah sebagai contoh teori takmilah.
No. 25 Judul:
Al-’Allamah Syeikh Ahmad al-Fatani Ahli Fikir Islam dan Dunia Melayu, jilid 1.Terbitan: Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, Januari 1992. Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani. Serba ringkas memperkenalkan karya- karya dn petikan sebahagian kecil pemikirannya baik untuk dunia Melayu mau pun dunia Islam antaabagsa. 220 halaman. Keterangan: Sudah habis dalam persediaan, sedang disipkan cetakan yang kedua dengan tambahan maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan terbaru.
No. 26 Judul:
Manhalush Shafi Syeikh Daud al-Fatani.Terbitan:Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah dengan kerjasama Imatera Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Ogos 1992. Kandungan: Maklumat penyelidikan kitab Manhalush Shafi, riwayat hidup Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, riwayat hidup Syeikh Muhammad Zain al-Fathani. Kandungan tranliterasi membicarakan tasawuf haqiqat peringkat tinggi. Dilampirkan juga Manhalush Shafi salinan Syeikh Miuhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan dua buah manuskrip karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang lainnya. 222 halaman. Keterangan: Transliterasi dua buah kitab karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, iaitu Manhalush Shafi fi Bayani Rumuzi Ahlis Shufi, sebuah kitab tasawuf yang lain tanpa judul, dan sedikit petikan dari karya beliau berjudul Tuhfatur Raghibin.
No. 27 Judul:
Penjelasan Nazham Syair Shufi Syeikh Ahmad al-Fatani.Terbitan: Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah dengan kerjasama Imatera Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, September, 1993. Kandungan: Membahas syair shufi Syeikh Ahmad al-Fathani pada menjawab pertanyaan Sultan Kelantan lengkap dengan lampiran surat, transliterasi dan keterangannya. 231 halaman. Keterangan: Penting untuk kajian perkembangan tasawuf/tariqat dan sastera di dunia Melayu.
No. 28 Judul:
Koleksi Kertas Kerja Ilmiyah Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah Dibentang Dalam Pelbagai Seminar dan Forum (Dari Tahun 1990 Sampai Tahun 1996).Terbitan: Terbitan terhad/terbatas diedarkan hanya berdasarkan permintaan sesiapa yang memerlukannya:
1. Tiga Zaman Pembentukan Istilah Ilmu Keislaman Asia Tenggara. Dibentang dalam Persidangan Peristilahan Antarabangsa ke-ll (Termplan ‘90) pada 20-22 November 1990.
2. Riwayat Hidup Ringkas dan Hasil Karya Syeikh Daud al-Fatani. Dibentang di Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama’ Peringkat Kebangsaan Kali ke lV (Syeikh Daud Abdullah al-Fatani) pada 11-13 Jamadilakhir 1412 H/17 - 19 Disember 1991.
3. Sumbangan Syeikh Daud al-Fatani Kepada Pengajian Fiqh Syafi’ie Di Nusantara. Dibentang dalam seminar yang sama, seperti tersebut pada angka 2, pada hari yang lain.
4. Khazanah Koleksi Syeikh Ahmad al-Fatani.Dibentang di Balai Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada Ogos, 1992 dalam rangka Pesta Buku Kelantan '92.
5. Koleksi Khazanah Manuskrip Pusaka Syeikh Ahmad al-Fatani. Dibentang dalam Seminar Antarabangsa Koleksi Khas Pengajian Asia Tenggara 19-21 Jun 1995 anjuran Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Syeikh Ahmad Al-Fatani Ulama dan Tokoh Persuratan Melayu: Dari zaman klasik ke arah dunia moden. Dibentang dalam seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu IV, 14-16 Ogos 1995 anjuran Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malayisa dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Penulisan Ulama- ulama Melayu dalam Kesusasteraan Arab. Dibentang dalam Seminar Balaghah (Retorika), 27 Rabulakhir 1416 H/23 September 1995 M anjuran Jabatan Pengajian Arab & Tamadun islam, Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
8. Tulisan Melayu/Jawi Ejaan Dalam Manuskrip dan Cetakan Kitab Suatu Analisis Perbandingan. Dibentang dalam Seminar dan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu, 3-4 Oktober 1995 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.
9. Manuskrip Islam Dunia Melayu Ditinjau dari Pelbagai Peringkat. Dibentang dalam forum jemputan khas anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 27 September 1995. Kemudian kertas kerja yang sama dibentang lagi dalam jemputan khas Siri Seminar Jabatan pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia pada 25 Oktober 1995.
10. Perkembangan Penulisan Hadith Ulama Asia Tenggara. Dibentang dalam Seminar Antarabangsa pengajian Islam di Asia Tenggara, 2-23 November 1995 anjuran Fakulti Islam, Universiti Brunei Darussalam.
11. Pengenalan Ulama Asia Tenggara Dahulu dan Sekarang. Dibentang dalam Seminar Ulama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 23 Syaaban 1416 H/14 Januari 1996 M anjuran Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.
12. Peranan Orang -orang Patani di Dunia Peantauan. Dibentang dalam Seminar Patani anjuran Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam dengan kerjasama Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 Mac 1996.
13. Pengaruh dan Pemikiran Saiyidina Ali di Alam Melayu: Satu Analisis Berdasarkan Karya- karya Klasik Melayu. Dibentang dalam Seminar Khazanah Pemikiran Islam anjuran Info Taiment Enterprise, 21 Julai 1996 di Kuala Lumpur.
14. Hubungan Ulama’ Patani dan Kedah: Kekeluargaan, Pertalian Ilmu dan Karya. Dibentangkan Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman, 29-30 September 1996, anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
No. 29 Judul:
Koleksi Karya Ilmiyah Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah mengenai Fikrah Wawasan Tokoh Dunia Melayu dalam Majalah Dewan Budaya, Dakwah, Al-Islam dan Kiblat.Terbitan: Terbitan terhad/terbatas diedarkan hanya berdasarkan permintaan sesiapa yang memerlukannya. 246 halaman. Kandungan: Dalam Dewan Budaya Konsep Pemikiran:
Syeikh Ahmad al-Fatani berdasarkan Teks-Taiyibul Ihsan Fi Tibbil Insan,
Syeikh Ahmad al-Fatani: Sultan, Politik dan Riau,
Syeikh Ahmad al-Fatani dan Teknologi Dua Bintang Satu Nama Pengruh Tarekat Naqsyabandiyah di Kerajaan Riau-Lingga *
Raja Haji, Raja Ali, dan Gusti Jamiril Tuk Raja Faqih Syeikh Safiyuddin al-Abbasi Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani: Catatan Baru
Syeikh Ahmad Khatib Sambas
Syeikh Yusuf Tajul Khalwati
Syeikh Muhammad Nafis bin Idris al-Banjari
Syeikh Nawawi al-Bantani - Imam Nawawi Kedua
Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani al-Banjari Syeikh Ahmad Lingga " Qus Bahasa Melayu"
Raja Haji Muhammad Tahir Riau: Tokoh Falakiyah dan Tariqat Naqsyabandiyah Dalam Dakwah Syeikh Abdul Wadir bin Abdur Rahim Terengganu
Al-Allamah Al-Amil Wa Al-Fadhil Al-Kamil Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan Al-Kalantani
Tuan Guru Haji Ahmad Al-Kalantani: Sultan Minta Beliau Karang Kitab Darul Hasan
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman Al-Fathani
Syeikh Muhammad Tayib Al-Banjari
Al-Qad-hi Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad Al-Idrus (Tokku Melaka)
Tuan Guru Haji Uthman bin Haji Senik Mufti Kerajaan Pahang Darul Makmur: Guru Mat Kilau
Syeikh Muhammad bin Ismail Daudy Al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik Al-Fathani)
Syeikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak: Dalam Merintis Kecemerlangan Ilmu di Sarawak, Sambas dan Pontianak.
Haji Muhammad Husein bin Abdul Latif (Tok Kelaba Al-Fathani): Penyalin Manuskrip Melayu Terbesar di Asia Tenggara.
Syeikh Muhammad Said Negeri Sembilan: Mursyid Tariqat Ahmadiyah Idrisiyah.
Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani: Penyusun Kitab Kasyful Litham Tentang Cabang-cabang Fiqh Terlengkap Mazhab Syafi’ie di Dunia Melayu
Tuan Guru Haji Muhammad Yasin Kedah: Pengasas Pengajian Pondok Pertama Kalimantan Barat
Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq: Syeikhul Islam Kedah Darul Aman Yang Berwibawa
Syeikh Abdur Rasyid Al-Fathani: Syeikhul Islam Kerajaan Negeri Selangor
Tuan Guru Wan Hasan Besut Guru Keluarga Raja dan Masyarakat Besut
Syeikh Abdul Malik bin Abdullah Terengganu (Tok Pulau Manis): Pengkuan dan Bantahan Kitab Syarah Hikam Melayu Sebagai Karyanya.
Tuan Guru Tok Kenali Bersama Gurunya ke Mesir: Permasalahan Khilafiah dan Sanggahan Kitab Mujarrab Sebagai Karyanya.
Syeikh Abdus Shamad bin Muhammad Shalih (Tuan Tabal): Penyebar Tariqat Ahmadiyah Pertama di Asia Tenggara.
Syeikh Daud bin Ismail Al-Fathani: Kader Pentashih Kitab Melayu/Jawi yang Pertama.
Syeikh Ismail Minangkabau: Guru Intelektual Diraja Riau, Johor dan Selangor.
Syeikh Abdur Rahman Siddiq: Mufti Kerajaan Inderagiri Riau.
Sayid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin Al-’Aidrus: ulama dan Bapa Kesusasteraan Melayu Terengganu
Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Raman-Terengganu: Ulama dan Penyalin Pelbagai Manuskrip Melayu
Syeikh Faqih Jalaluddin Al-Asyi: Generasi Penyambung Ulama- Ulama Aceh Terkenal
Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Al-Asyi: Pengaruh Bidayatul Hidayah Karyanya di Dunia Sepanjang Zaman
Syeikh Muhammad Salih Ar-Rawa: Pengarang Kitab Fathul Mubin
Syeikh Muhammad Azhari bin Abdullah Al-Falimbani: Generasi Penyambung Ulama- Ulama Palembang
Tok Bendang Daya ll: Pondok Teramai Muridnya di Asia Tenggara Abad 19.
Syeikh Syamsuddin bin Abdullah As-Sumatra-i: Ulama Shufi Pembesar Kerajaan Aceh
Syeikh Nuruddin Ar-Raniri: Pembangkang Faham Wihdatul Wujud
Syeikh Abdur Rauf bin Ali Al-Fansuri: Penyusun Tafsir Quran Pertama Bahasa Melayu
Syeikh Ismail bin Abdul Mutalib Al-Asyi: Ketua Pelajar Melayu Pertama di Mesir
Syeikh Abbas Kutakarang: Ahli Astrologi Dunia Melayu
Syeikh Sirajuddin bin Jalaluddin: Pengrang Kitab Durratun Nakhirah
Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan. Penyebar Tasawuf Islam Metod Tariqat Syatariah Yang Pertama di Jawa Barat
Mufti Haji Jamaluddin (Mufti Martapura): Penyusun Kitab Perukunan
Ibnu Syeikh Abdul Mu’thi: Penyusun ilmu Tajwid Pertama Bahasa Melayu
Megat Sati Ibnu Amir Sulaiman Al-Asyi: Murid Syeikh Nuruddin Ar-Raniri
Syeikh Muhammad Zainuddin As-Sumbawi: Pengarang Kitab Sirajul Huda
Mufti Saiyid Utsman Al-Betawi: Mufti Betawi Yang Paling Dikenali
Syeikh Muhammad bin Khatib Langien Ulama Sufi Penyebar Tariqat Syatariyah, Dakwah, Jun 1995/Zulhijah 1415
Syeikh Syihabuddin al-Jawi >Ulama Pengamal Empat Tariqat Sufiyah, Dakwah, Julai 1995/Muharam 1416
Catatan Tentang Ulama Banten Syeikh Arsyad Tawil Al-Bantani >Ulama Yang Terlibat Dalam Jihad di Banten, Dakwah, November 1995 M/Jamadilawal 1416 H.
Syeikh Wan Ali bin Ishaq Al-Fatani Ulama Sufi Penyebar Tariqat Samaniyah, Dakwah, Disember 1995 M/Jamadilakhir 1416 H.
Syeikh Wan Ali bin Ishaq Al-Fatani Ulama Sufi Penyebar Tariqat Samaniyah, Dakwah, Disember 1995 M/Jamadilakhir 1416 H.
Syeikh Abdul Mubin Al-Fathani Ulama- Ulama Kader Pondok Pauh Bok
Syeikh Haji Wan Mustafa Al-Fathani Syeikh Abdul Lathif bin Mustafa Al-Fathani: Menggunakan Seni untuk menyebarkan Islam Wan Muhammad bin Syeikh Safiuddin Dalam Kiblat (Edisi Melayu/Jawi)
Syeikh Abdul Malik bin Abdullah Karya Syeikh Muhammad Zain Aceh Yang Terkenal
Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani : Sejarah Fathani Syeikh Daud Al-Fathani Islam Terawal Masuk Ke Patani Melayu Patani Capai Kemajuan Teknologi
Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani : Sejarah Fathani Syeikh Daud Al-Fathani Islam Terawal Masuk Ke Patani Melayu Patani Capai Kemajuan Teknologi
Keterangan: Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak sangat terbatas, hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu saja.
No. 30 Judul:
Koleksi Karya Ilmiyah Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah Mengenai Kitab Melayu/Jawi Dalam Jurnal Dewan Bahasa 1990-1991. Terbitan: Terbitan terhad/terbatas diedarkan hanya berdasarkan permintaan sesiapa yang memerlu-lukannya. Kandungan: Karya- karya Klasik Abad 16: Bukti Bahsa Melayu Bahasa Ilmu, Februari 1990.
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Pemikiran Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Mac 1990.
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Pemikiran Sheikh Nuruddin Ar-Raniri, Mei 1990
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Pemikiran Sheikh Nuruddin Ar-Raniri, Jun, 1990
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Syeikh Abdul Malik Terengganu, Jurnal Dewan Bahasa, Julai 1990
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Kitab Sabil Al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Jurnal Dewan Bahasa, Ogos 1990.
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Menkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Hidayah as-Salikin Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani, Jurnal Dewan Bahasa, September 1990
Mengkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Tuhfah Ar-Raghibin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Jurnal Dewan Bahasa, Oktober 1990
Pendokumentasian Karya- Karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani Yang Belum Pernah Dicetak, Jurnal Dewan Bahasa, Nombember 1990 Pendokumentasian Karya- karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani Yang Belum Pernah Dicetak, Jurnal Dewan Bahasa, Disember 1990
Mengkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Furu’ul Masail Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Januari 1991.
Mengkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Kasyful Litham Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Februari 1991
Mengenal Pelbagai Peristilahan Fekah dan Gaya Bahasa Dalam Kitab Bughyatut Tullab Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Mac 1991
Mengkaji Kandungan Kitab Hidayatul Muta’allim Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, April 1991.
Mengkaji Karya Besar Kitab Al-Bahrul Wafi Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Mei 1991.
Matla’ul Badrain Kitab Fiqhi Yang Termasyhur di Dunia Melayu Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Jun 1991
Mengenal Kitab Hadiqatul Azhar Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, September 1991.
Warduz Zawahir Kitab usuluddin Yang Terbesar Dunia Melayu Karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Oktober 1991.
Keterangan: Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak sangat terbatas, hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu saja.