Thursday, August 30, 2007

Seruan kami, Jadilah pejuang kemerdekaan!

SERUAN KAMI, JADILAH PEJUANG KEMERDEKAAN.
(siri 1)

Marilah kita merenungi firman Allah swt;

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

" Sesungguhnya kami telah bangkitkan di setiap kalangan ummat itu akan seorang Rasul supaya menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan thaghut "
(An-Nahl : 36 )

Begitulah kenyataan Allah swt yang menegaskan bahawa tugas besar Rasul-rasul alaihimus solatu was salam adalah :

1. Menyeru umat manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah swt.
2. Menyeru umat manusia supaya menjauhkan thaghut.

Perkara ini memberi gambaran kepada kita terdapat unsur perjuangan pembebasan (kemerdekaan) yang menjadi tugas utama Rasul-rasul alaihimus solatu was salam. Perjuangan pembebasan atau kemerdekaan itu dapat kita simpulkan seperti berikut ;

1. Perjuangan membebaskan umat manusia dari mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah – supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah swt.
2. Perjuangan membebaskan umat manusia dari belenggu thagut - supaya menjauhkan thaghut.

Perkara ini sangat difahami oleh golongan para sahabat dan salafus soleh. Ianya telah disimpulkan dalam ucapan Rub’ie bin ‘Amir yang masyhur ketika berhadapan dengan panglima tentera Farsi yang bernama Rustam :

إن الله بعثنا لنخرج الناس من عبادة العباد إلى عبادة الله وحده و من ضيق الدنيا إلى سعتها و من جور الأديان إلى عدل الإسلام .

“Sesungguhnya Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan (memerdekakan) manusia dari perhambaan sesama hamba, kepada menghambakan diri hanya kepada Allah yang maha Esa, mengeluarkan manusia (memerdekakan) dari kesempitan dunia kepada keluasannya dan mengeluarkan manusia (memerdekakan) dari kedholiman ideology kepada keadilan Islam.”

(Lihat : Min Fiqhid Daulah Fil Islam, Dari. Yusuf al Qaradhawi. Hlm : 20, Ctkn. Darul Syuruq Qaherah.)

Dari kenyataan Rub’ie bin ‘Amir tersebut, dapat kita pecahkan kepada beberapa tugas tuntutan kemerdekaan seperti berikut ;

1. Tugas memerdekakan umat dari perhambaan sesama hamba/makhluk – kepada menghambakan diri hanya kepada Allah Yang Maha Esa,
2. Tugas memerdekakan umat dari mentaliti/wawasan keduniaan yang sempit – kepada keluasanya serta keluasan akhirat,
3. Tugas memerdekakan umat dari belenggu kezaliman thagut/ideology/agama ciptaan manusia – kepada keadilan Islam yang syumul.

Inilah juga tugas kita. Perlu kita sedari dan fahami, bahawa tugas menuntut dan mencapai kemerdekaan menurut perspektif di atas, akan tetap berjalan berterusan sehinggalah ke hari qiamat.

Sabda Rasulullah saw;

لَاْ تَزَاْلُ طَاْئِفَةٌ من أمَّتي على الحقِّ ظاهرينَ لا يضُرُّهُم من خَذَلهِم حتَّى يأتي أمرُ اللهِ

“Akan senantiasa ada di kalangan umatku kumpulan/kelompok yang berjuang memenangkan kebenaran, yang tidak berupaya memudaratkan mereka akan orang-orang yang memulau mereka, hinggalah ke saat datangnya urusan Allah (yakni kiamat)”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi)[ Sunan at-Tirmizi, hadis no. 2330.]

Firman Allah swt :

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِيْن مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).”
(Aali Imraan : 144)

Oleh itu saudara-saudaraku sekelian, perjuangan kita dalam mencari kemerdekaan menurut perspektif di atas adalah berterusan. Masih ada ruang dan peluang untuk kita menjadi pejuang kemerdekaan.

Jadilah pejuang kemerdekaan yang mendapat keredhaan Allah swt. Firman Allah ;

فَآتَاهُمُ اللَّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الآخِرَةِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum) dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tiada bandingannya). Dan ingatlah, Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan”.
(Surah Aali Imran : Ayat 148)

Menuntut dan mencapai kemerdekaan menurut perspektif di atas sudah pasti tidak akan tercapai tanpa kita menggabungkan diri kita (intima’) dengan jamaah Islamiyyah. Sabda nabi saw ;

لَاْ تَزَاْلُ طَاْئِفَةٌ من أمَّتي على الحقِّ ظاهرينَ لا يضُرُّهُم من خَذَلهِم حتَّى يأتي أمرُ اللهِ

“Akan senantiasa ada di kalangan umatku kumpulan/kelompok yang berjuang memenangkan kebenaran, yang tidak berupaya memudaratkan mereka akan orang-orang yang memulau mereka, hinggalah ke saat datangnya urusan Allah (yakni kiamat)”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi)[ Sunan at-Tirmizi, hadis no. 2330.]

Kenyataan ini jelas menyatakan kalimat “Tho’ifah” yang bermaksud kelompok atau jamaah. Di dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda ;

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ

“Kamu hendaklah beriltizam (komited) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka .”
(Riwayat : Bukhari dan Muslim )

Allah swt berfirman ;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.”
( As-Saaf:4)

Firman-Nya lagi ;

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.”
(at-Taubah : 71)

Firman-Nya lagi ;
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.”
(al-Maaidah : 2)

Dalil yang diberikan ini memadai sebagai hujjah bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan itu mestilah berlaku secara amal jama’ie dan perlu kepada penggabungan (intima’) bersama jamaah Islamiyyah.

Pastiya jamaah Islamiyyah itu mempuyai ciri-cirinya. Perlu kita fahami bahawa ciri-ciri jamaah Islamiyyah yang diberi jolokan sebagai “hizbullah” ini asasnya telah digariskan oleh allah swt.

Firman Allah swt ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (54) إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (56)

“wahai orang-orang yang beriman, sesiapa yang menyeleweng dari kalangan kamu, daripada agamanya, Allah akan melahirkan golongan, dikalangan umat Islam,,, yang menentang penyelewengan itu, golongan itu bersifat,,, Allah menyintai mereka,, dan mereka menyintai Allah,, mereka merendah diri kepada orang-orang yang beriman,,, mereka nenunjukan kekuatan, kepada orang-orang yang ingkar menentang,,, mereka berjihad kepada jalan allah,,, dan mereka tidak takut terhadap celaan orang-orang yang mencela,, yang demikian itu kurniaan allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya,, Sesungguhnya Allah itu Maha Luas Kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui,”

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).”

“Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, Maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah (hizbullah) Itulah yang pasti menang.”
(al-Maaidah : 54-56)

Melalui firman ini, dapat kita simpulkan bahawa di antara ciri-ciri dan sifat-sifat Hizbullah itu,, adalah:,,

1. Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah,,
2. mereka merendah diri terhadap orang-orang mukmin,,,
3. mereka bersikap tegas terhadap orang-orang kafir,,
4. mereka berjihad pada jalan Allah,,
5. mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela,,
6. mereka memberi wala’ kepada Allah dan Rasul-Nya,,, dan kesetiaan kepada pemimpin Mukmin,
7. mereka mendirikan solat, menunaikan zakat dan sentiasa ruku’ tunduk dan patuh kpd allah swt,
8. kemudian,,, mereka yakin! kepada janji kemenangan daripada Allah swt,,

Inilah dia asas kepada sifat jamaah Islamiyyah yang wajib kita gabungkan diri dalam usaha menuju dan memperjuangkan kemerdakaan menurut perspektif di atas.

Jangan mudah kita terpedaya dengan slogan jamaah atau puak-puak tertentu tetapi hakikatya jauh daripada jamaah islamiyyah yang telah digariskan oleh Allah swt. Dan jangan pula kita menyangka bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan ini dapat dilakukan secara individu.

Memperjuangkan kemerdekaan semestinya tidak dapat lari daripada system politik (siyasah). Oleh itu sekiranya mencari kemerdekaan dengan memisahkan deen dan siyasah adalah pejuang kemerdekaan yang sia-sia.

Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya:

كانت بنوا إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي

“Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku ( Rasulullah ), dan diikuti oleh para pemimpin…”

(Riwayat Bukhari no 3268 , Muslim no 1842, Ahmad no 7947, Ibnu Majah 2871. Hadith Shahih)

Bukankah telah dijelaskan bahawa antara tugas besar Rasul-rasul alaihimus solatu was salam adalah :

Menyeru umat manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah swt.
Menyeru umat manusia supaya menjauhkan thaghut.

Telah dinyatakan juga bahawa terdapat unsur perjuangan pembebasan (kemerdekaan) yang menjadi tugas utama Rasul-rasul alaihimus solatu was salam. Perjuangan pembebasan atau kemerdekaan itu dapat kita simpulkan seperti berikut ;

1. Perjuangan membebaskan umat manusia dari mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah – supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah swt.
2. Perjuangan membebaskan umat manusia dari belenggu thagut - supaya menjauhkan thaghut.

Ini berdasarkan firman Allah swt ;

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

" Sesungguhnya kami telah bangkitkan di setiap kalangan ummat itu akan seorang Rasul supaya menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan thaghut "
(An-Nahl : 36 )

Maka ditegaskan sekali lagi, perjuangan mencari kemerdekaan dengan memisahkan deen dan siyasah adalah perjuangan mencari kemerdekaan yang tidak menepati Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Hukum memperjuangkan kemerdekaan menurut perspektif di atas

Firman Allah swt ;

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
(surah al-Ahzab : 21)

Ayat di atas menerangkan bahawa Rasulullah saw adalah contoh ikutan yang paling baik, idola yang paling bagus untuk kita jadikan sebagai contoh dan panduan. Rasulullah saw adalah Bapa Kemerdekaan yang memiliki syafa’at al-uzma.

Rasulullah saw telah mendirikan daulah Islamiyyah yang mempunyai jiwa dan roh yang merdeka. Sebelum daripada itu, Rasulullah saw telah mengambil langkah bijak ke arah Daulah Islamiyyah yang merdeka.

Baiatul Aqabah (Baiatul Kubra) adalah merupakan sebahagian besar perancangan Nabi saw untuk membina kedaulatan Islam setelah 12 tahun baginda saw. bertungkus lumus membentuk Syakhsiyyah dan ‘Aqidah ummah agar mereka kembali mentauhidkan Allah dan memakmurkan muka bumi dengan sifat mahmudah .


Kandungan baiah itu sebagaimana yang diriwayatkan dari Jabir Rha. :
فقلنا يا رسول الله على ما نُبايِعُكَ قال تُبَايِعُوْنِيْ عَلى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي النَّشَاطِ وَالْكَسَلِ وَعَلى النَّفَقَةِ فِي اْلعُسْرِ وَاْليُسْرِ وَعَلى اْلأَمْرِ بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيِ عَنِ الْمُنْكَرِ وَعَلى أَنْ تَقُوْلُوْا فِي اللهِ لاَ تَأخُذُكُمْ لَوْمَةُ لاَئِمٍ وَعَلى أَنْ تَنْصُرُوْنِيْ إِذَا قَدِمْتُ عَلَيْكُمْ وَتَمْنَعُوْنِيْ مِمَّا تَمْنَعُوْنَ عَنْهُ أَنْفُسَكُمْ وَأَزْوَاجَكُمْ وَأَبْنَاءَكُم وَلَكُمُ الْجَنَّةُ

“diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah al Ansori rha.. “kami bertanya : “wahai Rasulullah, di atas dasar apakah kami berbaiah? Sabda Rasulullah saw : “ di atas dasar mesti dengar dan taat samada di masa cergas atau malas, di atas dasar bernafqah di masa susah atau senang, di atas dasar menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran. Di atas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah swt dengan tidak memperduli celaan orang-arang yang mencela dan di atas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu, kamu pertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu, jika kamu melakukan itu nescaya diberikan untuk kamu syurga.”
(Lihat : Al Mustadraak `Ala As Sohihaini. Muhammad Bin Abdullah Abu Abdullah Al Haakim An - Naisaaburi ( 321 – 405 H ) , Juz 2 , Hlm. 681. Darul Kutub Al `Ilmiyyah Beirut – 1990 . Tahqiq Oleh : Musthafa Abdul Qaadir`Ata’ Hadis No. 4251 .)

Allah swt berfirman ;

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ

“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah,,”
(an-Nisa’ : 80)

Firman-Nya lagi ;

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Dan apa-apa yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul hendaklah kamu menerimanya,, dan apa yang dilarang akan kamu oleh Rasul,, maka hendaklah kamu tinggalkannya."
(Al-Hasyr : 7)

Ketaatan kita kepada Allah dan Rasul-Nya adalah ketaatan yang Mutlaq. Berdasarkan kepada firman Allah swt ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah..”
(Surah an-Nisa’ : 59)

Jesteru itu, Rasulullah saw bukan sahaja menjadi idola dan contoh ikutan, bahkan menjadi insan yang perlu ditaati.

Di antara sekian banyak arahan dan perintah Nabi saw, adalah sebagaimana yang tertera di dalam Piagam Madinah atau Miithaaqul Maadinah sebagai perlembagaan negara Islam merdeka yang pertama. Asas terpenting di dalam piagam ini ialah :
و أنكم مهما اختلفتم فيه من شئ فإن مرده إلى الله عزوجل و إلى محمد صلى الله عليه و سلم

“ Apa jua yang menjadi perselisihan dikalangan kamu maka tempat rujuknya ialah Allah Azza wa Jalla dan Muhammad saw. ”
(Lihat : Sirah Ibnu Hisyam , Juz. 1, Hlm. 502 – 503)

Rasulullah saw membina negara Islam merdeka dan meletakkan umatnya aman, harmoni, bahagia, tenang, selamat, bertamaddun, maju, berjaya dan kuat, di mana Islam menjadi asas dan sumber pedoman atau petunjuk, sementara ummah pula sebagai khalifah yang mentadbir dan mengurus kehidupan di dunia berasaskan agama.

Rasulullah saw juga tidak jemu-jemu menyeru umatnya agar membebaskan diri dari kegelapan dan kesesatan jahiliyyah kepada cahaya Ilahi yang bersinar-sinar. Apa jua perselisihan yang timbul dalam urusan umat, maka diperintahkan suapaya kembali kepada rujukan agong iaitu al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad saw.

Maka kembali kepada rujukan agong Al-Quran dan Sunnah saw adalah perintah yang mesti ditaati. Perkara ini juga telah ditegaskan oleh Allah swt dalam firman-Nya ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada pemimpin dari kalangan kamu (orang yang beriman). Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya ,,jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.,, Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”
(Surah an-Nisa’ : 59)

Dalil ini menujukan ketegasan dalam mentaati Allah dan mentaati Rasul-Nya serta pemimpin-pemimpin jamaah Islam yang beriman. Juga perintah agar kembali kepada Al-Quran dan Sunnah saw.

Dalam hadith yang lain, Sabda Rasulullah saw;

“dari abu hurairah dari nabi saw, bahawa baginda bersabda: “aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitulah Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah !!”
(Riwayat Imam Malik dan Abu Daud)

Ini menunjukkan sekiranya kita berpegang teguh serta mengamalkan dengan dua sumber agong yang merupakan wahyu Ilahi, maka kita telah berusaha mentaati Allah dan Rasul-Nya serta tidak akan sesat.

Al-Quran telah memerintahkan kepada kita supaya memerdekakan/membebaskan agama daripada fitnah, supaya ad-deen itu hanya semata-mata untuk Allah. Firman Allah swt ;

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ

“dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ad-deen itu seluruhnya (bebas) untuk Allah semata-mata.”
(al-Anfaal : 39)

Sebahagian ulamak menyatakan bahawa fitnah itu adalah tohmahan, ancaman, sekatan, kezaliman, penghinaan, diperintah serta mengadakan agama baru dan ideology yang bercanggah dengan Islam yang dilakukan oleh musuh-musuh islam.

Berdasar ayat di atas juga, di mana Allah swt menggunakan isim fe’el amar pada kalimat وَقَاتِلُوهُمْ yang menegaskan suatu perintah. Maka adalah WAJIB SYAR’IE bagi kita berjuang dan berperang menurut waqi’ ditempat masing-masing agar ad-deen itu dapat dibebaskan/dimerdekakan daripada fitnah tersebut dan sehinggalah ad-deen itu semata-mata untuk Allah.

Perlu kita fahami, agama kita akan sentiasa diperintah (tidak merdeka) dan difitnah selagimana Islam tidak mengambil tampuk pemerintahan, tujuan untuk menerajui pemerintahan pula tidak akan terlaksana tanpa politik (siyasah).

Kaedah Fiqhiyah menyebut :
الحريم له حكم ما هو حريم له
“apa yang berada disekeliling yang haram maka hukumnya juga adalah haram”

Ia juga diistinbadkan dari ayat :

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا

“ Janganlah kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya ia adalah pekerjaan yang teramat buruk dan seburuk-buruk jalan ”
(al-Israa’ : 32)

Menurut Imam Suyuti As-Syafie dan Imam Zarkasyi al-Syafie (al-Bahrul Muhit) berkata ‘al-harim’ termasuk dalam perkara wajib, lalu timbullah kaedah :

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Jika tidak sempurna suatu kewajipan kecuali dengan suatu “perkara”, maka “perkara” itu turut menjadi wajib”.
(Lihat : Asbah wa an-Nazair : hlm 162)

Maka jalan kepada tertegaknya sebuah negara Islam yang mendaulatkan Aqidah dan Syari’at Allah serta merdeka menjadi wajib, sebagaimana wajibnya memerdekakan ad-deen dari difitnah. Menegakkan Aqidah dan Syari’at Allah dalam negara adalah wajib!.

Sebagaimana yang pernah ditegaskan oleh al-Faqih al-Ma’rof Ibnu Hazam al-Andalusi:

“Para ulama daripada Ahlussunnah wal jamaah, al-Murjiah, Syiah dan Khawarij berijma’ dalam mengatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib..”

Bahkan Al-Imam Al-Mawardi As-Syafi’e menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam.
(lihat : Imam al-mawardi, al-Ahkam as-sultaniyah, hlm. 29-30)

Namun kewajipan tertegaknya sebuah negara Islam merdeka yang mendaulatkan Aqidah dan Syari’at Allah swt ini mustahil terlaksana, jika Islam tidak menguasai politik dan pemerintahan negara.

Kerana itu, berusaha, berjuang dan berjihad untuk mendapatkan kuasa politik bagi Islam adalah wajib hukumnya, bagi menyempurnakan kewajipan menegakkan sebuah negara Islam merdeka yang mendaulatkan Aqidah dan Syari’at Allah itu. Sekaligus membebaskan agama daripada fitnah dan ad-deen itu semata-mata untuk Allah.

Ini juga ada hubungkait dengan firman Allah swt ;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً

“dan ingatlah, ketika tuhanmu berfirman kepada malaaikat, sesungguhnya aku akan jadikan di atas muka bumi itu seorang khalifah”
(al-Baqaarah : 30)


Perkataan khalifah atau khilafah ini, telah ditafsirkan oleh ulamak-ulamak muktabar. Sebahagiannya mentaarifkan seperti berikut ;

نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به
“Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama”
(Lihat juga : Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Al-Mawardi, hlm 29)

Daripada ini dapat juga kita fahami bahawa telah menjadi tugas kita untuk berjuang dan berusaha menjaga agama, dan mentadbir negara ini dengan agama!. Sudah tentu juga kemuncak menjaga agama dan mentadbir dunia ini dengan agama melambangkan kemerdekaan sebagaimana tuntutan firman Allah swt ;

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ

“dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ad-deen itu seluruhnya (bebas) untuk Allah semata-mata.”
(al-Anfaal : 39)

Dan oleh kerana waqi’ dalam negara kita mengamalkan system demokrasi berparlimen, maka ulamak kita telah berijtihad,, dengan mengambil pendekatan Muwajjahah Silmiyyah,,,,

Secara mudahnya begini, kita nak tadbir negara dengan agama,,, kita perlu ada kuasa 2/3 majoriti di parlimen, kita nak kuasa di parlimen, kita kene menang pilihanraya, kita nak menang pilihanraya, kita kene masuk pilihanraya, maka masuk berpilihanraya hukumnya wajib,

Kita nak masuk pilihanraya,,, kita kena ada parti,,, maka mewujudkan parti islam adalah wajib!! Maka bagi memperjuangkan kemerdekaan dalam perspektif yang dinyatakan serta mendapatkan kuasa politik dalam waqi’ negara kita (Malaysia) ini, tidak dapat tidak wajib kita bergabung (intima’) dengan harakah atau jamaah Islamiyyah yang tertua di Negara kita iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Nak wujud parti islam kena ada ahli,, - maka jadi ahli adalah wajib! Hukum menggabungkan diri (intima’) dan komited (iltizam) dengan PAS adalah wajib.

Ahli saja tanpa pemimpin akan gagal – maka memilih pepimpin adalah wajib! Nak masuk pilihanraya kena ada calon – maka memilih calon adalah wajib! Calon pula mesti menang!- maka mengundi calon parti Islam hukumnya adalah wajib!

Ini berdalilkan juga kepada kaedah fiqhiyyah :

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Jika tidak sempurna suatu kewajipan kecuali dengan suatu “perkara”, maka “perkara” itu turut menjadi wajib”.
(Lihat : Asbah wa an-Nazair : hlm 162)

Maka dapat kita simpulkan di sini, hukum menjadi pejuang kemerdekaan menurut perspektif yang dibentangkan adalah WAJIB SYAR’IE .

Oleh kerana itu, saya menyeru kepada diri saya dan saudara-saudara sekelian agar bersama-sama menjadi pejuang kemerdekaan! Setidak-tidaknya menjadi perintis kemerdekaan yang hakiki!

Sekian dulu untuk siri ini. Mudah-mudahan dapat memberi manafaat kepada kita semua. Kepada Allah swt jua saya memohon pertolongan dan taufiq. Semoga Allah memperkenankan..

ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!

Akhukum fillah;

Al-Faqir ilallah al-Ghaniy,
Ust. Ibrahim Hj Masran Al-Banjari
Tim. Pengerusi Lajnah Tarbiyyah & Latihan Perkaderan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.