Tuesday, October 30, 2007

Pimpinlah Kami... 10 November...

Banner yang tertulis "Tok Guru dan Ulama Pimpinlah Kami Ke Jalan Raya" digantung dihadapan Markas Tarbiyyah sempena Majlis Rumah Terbuka PAS bagi meraikan penyertaan para Ulama dan Pimpinan PAS untuk Himpunan Rakyat Aman pada 10 November akan datang.


***********************************************************************************

TOK GURU HJ HADI ARAH AHLI PAS HADIR HIMPUNAN 100,000 RAKYAT!

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli PAS seluruh negara hadir pada program Himpunan 100,000 Rakyat di Dataran Merdeka pada 10 November nanti. Arahan itu dinyatakan dalam kenyataan media yang ditandatangani bersama oleh Ketua Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohamad Daud Iraqi; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.


Persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 28 Oktober di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Mesyuarat itu bersetuju menganggap program Himpunan 100,000 rakyat sebagai satu program parti yang dianjurkan bersama dengan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih).

Tujuan utama program itu untuk secara aman menyatakan hasrat PAS agar pilihan raya dikendalikan secara bersih dan adil.

Himpunan 100,000 rakyat akan diadakan pada hari Sabtu jam 2.30 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Semua peserta dikehendaki memakai pakaian berwarna kuning sebagai tanda kebersamaan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kata penganjur.

Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada tergendala, katanya. - lanh

**********************************************************************

Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan, bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil.

Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tempat:
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Tarikh:
10 November 2007 (Sabtu)

Masa:
3 petang

Nota:
Para peserta digalakkan memakai baju kuning sebagai lambang protes.
Bawa kain rentang atau bendera melambangkan simbol dan mesej BERSIH.