Monday, October 1, 2007

Satu program selesai, Seribu Program Menunggu Giliran...

Al-hamdulillah, telah selesai dengan jayanya program Himpunan Pemuda PAS Negeri Johor yang berlangsung selama dua hari di Markas PAS Pt Pecah, Muar. Bagi Lajnah Tarbiyyah DPPNJ, program Ihya’ Ramadhan yang dirancang juga berjalan dengan jayanya. Insyaallah segala taujihat pimpinan akan diberi perhatian dan tindakan.

Dalam pada itu juga, sebuah buku bertajuk “Peranan Nuqaba’ Dalam Menjana Kebangkitan Politik Semasa” telah diedarkan secara percuma kepada para naqib yang hadir. Syukran wa jazakallahu khairan kathiran atas penyumbang yang sponser kos cetakan buku tersebut. Sekali lagi syukur al-hamdulillah.

Untuk maklumat sahabat-sahabat, sejurus selesai program tersebut, telah berlaku insiden kemalangan melibatkan Pemuda PAS daripada kawasan Sri Gading. Mereka ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing setelah selesai program.

Mereka yang terlibat adalah Sdr Jamaludin (KP DPPK Sri Gading), Sdr Mohd Noh & Ust Rizal. Walaupun kenderaan (Kereta Wira Ust Rizal) mengalami kerosakan teruk (kira-kira total lost). Namun mereka hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. (Allah menyelamatkan mereka, al-hamdulillah).

Kami mengucapkan Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. semoga kalian bersabar atas ujian Allah SWT..

Sesungguhnya Allah taala telah berfirman ;

وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(al-Baqarah : 155-157)

Bersabarlah dan bersangka baiklah di atas keadilan Allah swt. Firman Allah swt :-

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

“Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (at-Thalaaq :7)

وَلَنَجْزِيَنّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“ dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”
(An-Nahl : 96)

إِنّمَا يُوَفَّى الصّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (az-Zumar : 10)

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصّابِرِينَ
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah : 153)

Berkata ulama tasauf ; “Setiap musibah itu pasti disertai dengan hikmah dan nikmat. Oleh itu, bersangka baiklah dengan Allah swt.”

Sabda Nabi SAW (Hadith Qudsi):

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِيْ
(رواه مسلم)

“Aku di sisi sangkaan hambaKu dengan Ku”
(Riwayat Imam Muslim)

Oleh itu, teruskanlah perjuangan dengan menerima ganjaran yang lumayan daripada Allah SWT.. Sahabat-sahabatmu tetap bersama kalian..

Inilah keadaan kereta Ust Rizal yang terhumban ke dalam parit berdekatan jalan.
bahagaian kanan kereta ini rosak teruk ..

ini kereta yang berlanggar dengan kereta us rizal, diriwayatkan bahawa pemandunya melarikan diri.. wallahu a'lam..

Jamaludin Syahid??,, taklah.. sedang mendapatkan rawatan luar..

ust rizal juga hanya mendapat rawatan pesakit luar.. Allah SWT menyelamatkan mereka..